Adsense

Jumaat, 24 Jun 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Kematangan Yusry memikat

Posted: 23 Jun 2011 08:31 PM PDT

UMUM mengetahui kebelaka�ngan ini cerita peribadi lebih menjadi bualan hangat bagi pelakon jelita, Lisa Surihani Mohamed.

Ini kerana percintaannya dengan duda dan pengarah filem popular, Yusry Abdul Halim bukanlah satu rahsia lagi.



HATI SUDAH DIMILIKI...umum mengetahui jalinan kasih antara Lisa dan Yusry.


GEMBIRA...Lisa bersyukur dengan rezeki melimpah ruah.

Apapun, Lisa tetap profesional antara cinta dan karier. Bahkan, gadis berusia 25 tahun ini masih sibuk dengan pelbagai aktiviti seni termasuk sebagai duta produk.

Baru-baru ini pun, Lisa dipilih menjadi duta produk tuala wanita, Sofy.

Mengikat kontrak selama setahun, Lisa berkata dia akan memberikan komitmen sebaik mungkin untuk mempromosi produk itu.


Malah, Lisa juga bersedia untuk turun padang ke beberapa lokasi promosi selain beramah mesra dengan pengguna di facebook (FB).

Sedar jadualnya kini sangat padat, apakan daya dia harus akur. Apatah lagi, di sebalik kesibukannya sebagai insan seni popular, Lisa juga terpilih menyertai perbincangan Meja Bulat 1Malaysia bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Teruja dan menganggap ia penghargaan besar pada dirinya, Lisa menolak sepenuhnya tanggapan pembabitannya di dalam persidangan itu kerana ingin menyertai politik.

Katanya, penyertaan dia pada persidangan itu akan membincangkan isu sosial saja.
"Saya tidak akan menyentuh sedikit pun isu berkaitan politik atau ekonomi. Ia lebih tertumpu kepada isu sosial yang bersesuaian dengan usia serta bidang kerja saya. Jujur saya akui, diri ini kurang arif untuk berbincang mengenai politik.

"Malah, saya juga akui tiada minat untuk menyertai politik. Barangkali, mungkin saya tidak dikelilingi individu yang menyertai politik, jadi minat itu tiada. Apapun, saya mahu mendekatkan golongan muda tanah air dengan program amal.

"Menyentuh soal program amal, tidak semestinya menderma wang ringgit. Ia boleh disalurkan dalam banyak aspek bantuan. Perkara ini harus diberikan penjelasan sebaik mungkin supaya suatu hari nanti program amal akan jadi budaya dalam masyarakat," katanya.

Selain Lisa, personaliti televisyen terkenal, Aznil Nawawi dan ikon rock negara, Amy Search antara selebriti tempatan yang terpilih menyertai perbincangan meja bulat itu.

Berbicara mengenai percintaannya, Lisa berkata dia kini harus membiasakan diri apabila kisah peribadinya lebih menjadi tumpuan selain karier.

Tak dinafikan selama empat tahun dalam industri sebelum ini memang kisah karier yang difokuskan.

"Bagaimanapun, kini saya harus lebih bersedia berhadapan dengan gosip. Biarpun, ia bukan perkara baru, tetapi saya tidak boleh lagi menganggap gosip sebagai usikan manja semata-mata seperti dengan Farid Kamil dulu. Antara Yusry dan saya ada sahihnya.

"Apapun, saya akui tidak begitu gemar bercerita mengenai kisah peribadi. Ini kerana hubungan kami pun masih dalam proses mengenal hati budi. Bahkan, berkaitan soal jodoh kami berdua selesa menyerahkan semuanya pada ketentuan Tuhan.

"Jadi, jangan ditanya bila dan apa saja berkaitan perancangan masa depan kerana saya tidak mahu meletakkan sebarang sasaran untuk mendirikan rumah tangga. Bagi saya, jika ada jodoh, Tuhan pasti aturkan semuanya.

"Saya belajar daripada pengalaman lalu. Ketika berkawan dengan seseorang sebelum Yusry, saya pernah meletakkan sasaran mahu membina keluarga pada usia 24 tahun.

"Namun, impian itu tak kesampaian dan kini saya tidak mahu terlalu fikirkan jodoh," katanya.

Tenang mengungkap kata-kata dan tak lekang mengukir senyum, Lisa berkata dia menerima Yusry kerana kematangannya.

Ujar Lisa, sebagai wanita timur, prinsip tradisional Melayu masih utuh menjadi pegangannya yang mana biarlah lelaki meluahkan dulu.

Selain laris di layar perak, Lisa juga aktif berlakon drama dan kini dia turut memikul tanggungjawab sebagai pengacara program realiti TV, Mari Menari musim kedua di Astro Ria di saluran 104 di samping pengacara dan pelakon, Awal Ashaari.

Ketika dikaitkan dirinya yang banyak mendapat tawaran umpama pisang goreng panas, Lisa berkata setakat ini dia sangat bersyukur dengan rezeki yang diperoleh.

Ujarnya, namun ia tidaklah sampai ke tahap dia tak menang tangan untuk menerimanya.

"Buat masa ini, apa yang boleh saya ucapkan hanyalah kesyukuran. Saya gembira di kala industri hiburan tanah air yang kian membangun pesat dan kemunculan artis baru, diri ini masih diterima baik peminat. Saya berasa syukur dan sangat bertuah.

"Apapun, mengenai produk Sofy ini saya secara jujurnya mengakui memang berpuas hati. Sebagai gadis yang lasak dan sibuk dengan pelbagai aktiviti, kedatangan haid ada kalanya mengganggu batas pergerakan. Tetapi, dengan Sofy 360 baru, saya tiada masalah.

"Oleh itu, saya berterima kasih dengan kepercayaan pihak Sofy yang memilih saya sebagai duta produk ini. Saya akan memberikan kerjasama dan komitmen baik sebagai menghargainya. Malah, menariknya juga ada permainan interaktif FB untuk pengguna.

"Kepada mereka yang berminat boleh melayari FB Sofy dan bermain permainan ini. Bagi pengguna yang berjaya, mereka akan berpeluang memeriahkan rumah terbuka Aidilfiri bersama saya. Apapun, ia memang satu permainan menarik untuk anda cuba," katanya.

Berbicara mengenai filemnya, Lisa berkata peminat jangan lupa ke pawagam menyaksikan gandingan mantapnya bersama Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010), Shaheizy Sam dalam filem Sekali Lagi arahan Hashim Rejab pada 30 Jun ini.

RM300,000 milik siapa?

Posted: 23 Jun 2011 08:27 PM PDT


SELAMA 12 minggu bersiaran, program realiti paling popular terbitan Astro Warna, Maharaja Lawak (ML) sudah tiba ke penghujungnya.

Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi, ML merupakan program realiti yang cukup diminati dan digilai oleh masyarakat ketika ini sehingga ia mampu menjadi satu fenomena baru.

Populariti ML memang melangkaui segala-galanya. Sebagai penyiar rasmi, Astro sendiri tidak pernah menyangka sambutan di luar dugaan yang diberikan terhadap ML.

Belum pernah berlaku dalam sejarah untuk mana-mana rancangan realiti di negara ini yang melanjutkan tempoh siarannya sehingga ke minggu ke-12.

Gelanggang akhir ML akan berlangsung malam ini di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor dan bakal menyaksikan persaingan sengit empat finalis.

Keempat-empat finalis merupakan calon kegemaran yang memang sudah diduga akan melangkah kemas ke peringkat akhir.

Mereka yang dimaksudkan ialah kumpulan Sepah, Jambu, Jozan dan satu-satunya peserta solo, Nabil di mana masing-masing akan berentap untuk merebut gelaran ML sekali gus membawa pulang hadiah lumayan bernilai RM300,000.

Bagi naib juara pula, pemenang akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM200,000 manakala tempat ketiga pula RM100,000.

Di sebalik populariti masing-masing yang turut menyumbang ke arah undian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), persembahan mereka setiap minggu juga sebenarnya membuktikan bahawa keempat-empat finalis ini mempunyai kualiti serta kelas tersendiri.

Untuk menghangatkan lagi kemeriahan ML, Hits mahu membawa pembaca melihat empat finalis yang berpotensi untuk dijulang sebagai juara sulung ML.

Sayugia diingatkan, ini hanyalah sekadar ramalan semata-mata dan tidak mempengaruhi mana-mana pihak dalam menentukan pemenang ML yang dinilai berdasarkan 50 peratus undian SMS dan selebihnya daripada pihak juri.

Apakah dengan dua tema yang ditetapkan iaitu bebas dan komedi muzikal akan membawa tuah kepada empat finalis ini? Semuanya akan terjawab malam ini.

Yuna tak melatah

Posted: 23 Jun 2011 08:27 PM PDT

BIARPUN sedang mencipta nama di Amerika Syarikat, pelantun lagu Dan Sebenarnya, Yuna tidak melatah apabila namanya tidak tersenarai untuk pencalonan Anugerah Planet Muzik (APM) yang bakal berlangsung pada 15 Julai ini di Singapura.

Bagi Yuna atau Yunalis Zarai, semua itu adalah suratan yang sudah tertulis yang perlu diterimanya dengan hati terbuka.

Tidak mahu fokusnya terganggu kerana sedang menyiapkan album sulung yang masih belum ditentukan judulnya, Yuna yang berada jauh di perantauan menganggap mungkin tahun ini, APM bukan rezekinya.

"Apabila nama tidak tercalon, saya tidak berkecil hati sebaliknya mungkin bukan rezeki saya untuk tercalon dalam APM tahun ini.

"Terus terang saya katakan kepada Hits, walaupun timbul rasa kurang senang dengan cara penganjur membuka pencalonan, saya tidak boleh berbuat apa-apa.

"Saya kenalah terima dan hormat dengan keputusan mereka. Dan saya percaya, Allah itu maha adil.

"Insya-Allah, mungkin rezeki saya ditempat lain. Apa yang penting, saya harus terus berusaha dan jangan mengalah," ujar Yuna yang album terbarunya akan dilancarkan September ini.

Tambah anak kelahiran negeri Jalapang Padi itu lagi, dia mempunyai sebab yang kukuh mengapa tidak menghantar nama untuk pencalonan APM.

Jelasnya, dalam kesibukan berulang alik ke Amerika Syarikat, dia tidak sedar bahawa borang pencalonan APM perlu sampai ke tangan penganjur dalam tempoh waktu tertentu.

"Mungkin sebab saya banyak berulang ke Amerika membuatkan saya terlepas pandang tempoh pencalonan yang dibuka.

"Lagi pun, tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, pencalonan APM kali ini agak senyap dan tidak diuar-uarkan.

"Jadi, saya sendiri tidak tahu akan had waktu pencalonan. Sedar-sedar sudah ada senarai calon," luah Duta Canon itu.

Katanya, dia tetap mendoakan yang terbaik untuk rakan-rakan artis seangkatannya yang tersenarai dalam APM tahun ini.

"Saya doakan yang terbaik untuk mereka dan berharap kejayaan menggondol trofi APM menyebelahi mereka," jelasnya.

Belum bersedia

DItinggalkan seketika topik pencalonan APM, Yuna tidak dapat lari daripada menjawab soalan tentang percintaannya dengan Qushairi Mohammed Razali atau Qi.

"Buat masa ini saya masih belum lagi memikirkan soal jodoh atau perkahwinan. Rasanya masih terlalu awal untuk saya memikirkan soal itu.

"Tumpuan saya adalah kepada kerjaya dan andai sampai jodoh yang telah ditentukan untuk saya kelak, saya mahu menjadi seorang isteri yang baik.

"Sebab itu saya perlu betul-betul bersedia sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin," ujar Yuna yang akan tampil dengan single terbarunya Ketakutan.

Katanya lagi, dia tidak pula meletakkan usia sasaran untuk menamatkan zaman solonya sebaliknya menyerahkan segala-galanya kepada takdir.

Justeru, katanya, apabila sampai waktunya nanti, berkahwinlah dia seperti mana insan-insan lain di luar sana.

"Hubungan saya dengan dia masih lagi terlalu awal. Kami melalui proses berkawan untuk mengenali hati budi masing-masing.

"Banyak lagi perkara yang perlu diambil kira sebelum membuat sebarang keputusan.

"Lagi pun, bukan senang untuk melalui asam garam hidup berumah tangga, sebab itulah saya ingin betul-betul bersedia sebelum menerima kehadiran seorang suami dalam hidup saya," jelas Yuna yang telah menjelajah enam negeri di Amerika Syarikat bagi mempromosikan bakatnya di negara Uncle Sam itu.

Aaron mengurat Erra

Posted: 23 Jun 2011 08:26 PM PDT


MELIHAT gelagat Erra Fazira dan aktor kacak pujaan ramai Aaron Aziz ketika menjalani penggambaran filem Ngorat, kredibiliti kedua-dua bintang itu tidak perlu dipersoalkan.

Digandingkan buat pertama kali dalam karya terbitan LineClear Motion Pictures, sama ada Erra mahupun Aaron mereka menjanjikan lakonan terbaik agar dapat memancing penonton ke pawagam apabila filem genre komedi romantik itu ditayangkan di panggung.

Baru-baru ini, bertempat di E@Curve Mutiara Damansara, lokasi penggambaran Ngorat, Hits mendekati kedua-dua pelakon itu untuk mencungkil pengalaman mereka sepanjang menjalani penggambaran di bawah arahan Prof. A. Razak Mohaideen.

Kolaborasi antara jelitawan Fazira Wan Chik, 37, dengan pengarah prolifik A. Razak bermula sejak tahun 2003 (Cinta Kolestrol) dan yang terakhir pada 2009 (Sifu & Tongga).

Sepanjang enam tahun tersebut, lapan filem arahan A. Razak telah dibintangi oleh Ratu Cantik Malaysia 1992 itu.

Setelah dua tahun tidak bekerjasama, ibu kepada Engku Aleesya Engku Emran itu kembali ke pangkuan A. Razak bagi membintangi filem Ngorat digandingkan dengan Aaron dan bintang baru, Iedil Putra.

"Sebelum ini bukan saya tidak mahu berlakon di bawah arahan Prof., tetapi saya perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada Aleesya.

"Tempoh dua tahun sebelum ini sememangnya diperuntukkan untuk Aleesya kerana dia amat memerlukan saya di sisinya ketika itu," jelas Erra yang mendukung karakter tomboy dalam Ngorat.

Kali pertama penampilan Erra melakonkan watak tomboy ialah menerusi filem Kuliah Cinta, terbitan MIG Productions, juga di bawah arahan A. Razak pada tahun 2004.

Dalam filem Ngorat, Erra akan melakonkan watak Keyra yang bersifat tomboy dan ia sebenarnya klise.

Erra yang ditebak dengan soalan itu menjelaskan, ia bukan satu isu kerana pengalamannya selama 17 tahun dalam dunia lakonan membolehkannya memberikan lakonan yang berkesan.

"Saya sudah berlakon sebanyak 34 filem sepanjang menceburi bidang lakonan dan menerusi kesemua filem itu, saya telah mendukung pelbagai karakter.

"Ketika ini, saya hanya mementingkan keberkesanan lakonan walaupun watak Keyra begitu sinonim dengan diri saya," katanya.

Bagi Aaron yang melakonkan watak Arjuna Kasih, watak itu amat berbeza dan mencabar kerana memerlukan dia menyerlahkan sisi lucu dalam dirinya.

"Sukar untuk saya membuatkan orang ketawa tetapi lebih senang untuk orang mentertawakan saya sekiranya lawak yang ditonjolkan menampakkan kebodohan saya selaku pelakon.

"Oleh itu, sedikit pengalaman yang saya ada, digunakan untuk memberikan lakonan yang berkesan," jelas Aaron yang tidak mahu dilabelkan sebagai pelakon komedi.

Untuk menjadi salah seorang pelakon yang berwibawa, Aaron akur apabila dia harus mencabar dirinya untuk melakonkan watak yang rumit.

Semua itu, katanya, boleh mempertingkatkan lagi kualiti lakonan kerana penonton pasti bosan jika seseorang pelakon itu memberikan lakonan yang stereotaip.

Lalu, menurut aktor itu lagi, peluang yang diberikan oleh A. Razak disambut baik dan sudah pasti dia akan memberikan lakonan terbaik kerana tidak mahu mengecewakan pengarah, penonton dan sekali gus, peminatnya.

"Saya berjanji akan lakukan yang terbaik dengan menyuntik kelainan menerusi gaya saya tersendiri untuk menjiwai watak.

"Saya tidak dapat lari daripada melakonkan watak-watak yang agak serupa untuk sesuatu drama tetapi percayalah, apabila saya berlakon, saya lakukannya dengan sepenuh hati," katanya yang kini sibuk menjalani latihan teater Badai Semalam.

Selepas Bercerai, Zul Huzaimy Enggan Fikir Soal Kahwin

Posted: 23 Jun 2011 08:25 PM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas hampir setahun bercerai, pelakon Zul Huzaimy mengakui masih belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga semula.

Jelasnya, buat masa ini dia lebih banyak menumpukan perhatian kepada kerjayanya di samping menjalani hidup bersendirian.

"Selepas berpisah saya jalani hidup saya seperti biasa dan banyak menumpukan perhatian kepada kerja.

"Buat masa ini masih tiada sesiapa yang sesuai untuk menjadi isteri saya dan saya sendiri belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi.

"Apa yang pasti saya lebih banyak menumpukan perhatian dalam kerjaya dan menjalani hidup seperti yang telah ditentukan," ujarnya yang berpisah dengan Nor Dalilah Muhammad pada Julai 2010.

Selain itu, kata Zul dia masih mempunyai hubungan baik dengan isteri dan keluarga mertua biarpun kini sudah tiada sebarang ikatan.

"Saya masih lagi baik dengan bekas isteri dan keluarga mertua saya, pada saya hubungan itu tidak pernah putus sampai ke akhirat. Sebagai lelaki, saya masih lagi bertanggungjawab kepada mereka," katanya.

Tambah Zul, dia dan isteri sering bertolak ansur dari segi penjagaan anak, Awal Haziq yang kini berusia 5 tahun.

"Awal masih kecil dan belum lagi memahami situasi ini. Daripada segi penjagaan anak kami bertolak ansur dan berkongsi-kongsi menjaga dia," katanya.

Dalam pada itu, Zul yang menggantikan pelakon Adi Putra untuk pementasan teater Sri Mersing 2 mengakui sangat teruja apabila diberi peluang tersebut.

"Ini kali kedua mereka tawarkan saya untuk berlakon teater ini, semasa pementasan pertama dahulu saya terpaksa menolak kerana mempunyai komitmen lain.

"Ketika mereka hubungi dan tawarkan watak ini, saya terus setuju dan menolak tawaran-tawaran lain, kerana bagi saya watak dalam teater adalah suatu pencapaian bagi seorang pelakon," katanya.

Suami Berhenti Kerja Untuk Bantu Ning

Posted: 23 Jun 2011 08:24 PM PDT

KUALA LUMPUR: Suami kepada penyanyi popular, Ning Baizura iaitu Omar Sharif Christopher Layton Dalton bertekad berhenti kerja bagi membantu melancarkan perjalanan kerjaya isteri tercinta.

Kata Ning, suaminya yang bekerja sebagai pengurus di bahagian pemasaran sebuah syarikat minyak dan galian itu kini menumpukan perhatian kepada strategi pemasaran album terbarunya berjudul Dewa dan konsert yang bakal diadakan Disember depan.

"Album Dewa baru sahaja berada di pasaran, saya bersyukur kerana suami saya mengambil tanggungjawab untuk bersama-sama membantu mempromosikan album ini.

"Skop kerja dia masih sama seperti dahulu iaitu bahagian pemasaran cuma produk sahaja yang berbeza, jadi bagi saya dia lebih pakar untuk berbincang dan menyusun strategi pemasaran," ujarnya.

Selain itu, Ning yang bakal mengadakan sebuah konsert pada 2 dan 3 Disember depan di KL Live Center kini sedang sibuk mencari penaja.

"Saya dan suami kini sibuk mencari penaja untuk konsert tersebut, seperti biasa masalah utama artis Malaysia bila nak buat konsert ialah tiada penaja.

"Buat masa sekarang Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Bank Simpanan Nasional merupakan penaja utama, namun kami masih lagi mencari penaja yang sudi menaja konsert tersebut," ujarnya.

Dalam pada itu, Ning berkata album yang memuatkan lapan buah lagu itu juga merupakan buah tangan terbarunya setelah hampir lapan tahun menyepi.

"Peminat saya sudah lama menunggu album baru, kali terakhir ialah pada tahun 2004 menerusi album Pertemuan.

"Setiap lagu dalam album ini juga mempunyai makna tersendiri yang menceritakan tentang kisah hidup saya sepanjang menjadi anak seni," katanya.

Tambah Ning, pemilihan tajuk album menggunakan nama Dewa adalah memberi makna sebagai cahaya baru dalam kerjaya nyanyiannya.

"Dewa bermaksud cahaya dalam bahasa Sanskrit iaitu cahaya baru bagi saya dalam perjalanan kerjaya.

"Dari segi genre lagu dan vokal yang baru dalam setiap lagu dalam album ini adalah mengikut perkembangan muzik masa kini," katanya yang menerbitkan sendiri album tersebut.

Aizat Nasihat Artis Muda Perlu Banyak Membaca

Posted: 23 Jun 2011 08:23 PM PDT

KUALA LUMPUR: Penyanyi Aizat menyarankan kepada penyanyi-penyanyi muda pada hari ini supaya banyak membaca ilmu berkaitan muzik untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang masing-masing.

Menurut Aizat disebabkan kebanyakan golongan muda memonopoli dunia muzik, dia melihat tidak ramai yang boleh bertahan dalam industri tersebut kerana kekurangan ilmu yang diperoleh.

"Pada pendapat saya, hanya beberapa penyanyi solo dan kumpulan sahaja yang mungkin bertahan dan terus maju dengan karya muzik masing-masing.

"Sebab itu, untuk menyertai bidang muzik, ia tidak boleh dianggap hobi atau sekadar seronok-seronok sahaja tetapi mereka perlu ada misi dan visi untuk mengangkat muzik yang mereka bawa.

"Pada masa yang sama mereka perlulah banyak membaca untuk mengembangkan bakat yang tersedia ada," katanya.

Tambah Aizat, dengan pembacaan juga, para penyanyi boleh merancang dan membuat strategi pemasaran terhadap produk muzik yang dibawakan supaya dapat bertahan lama.

"Anggaplah karier muzik ini adalah sebuah perniagaan. Daripada situ, barulah kita boleh merangka strategi untuk mempelbagaikan muzik yang bakal dihasilkan serta cara-cara pemasaran dan promosi yang harus dibuat," ujarnya.

Dalam pada itu, Aizat juga sedang membuat persiapan untuk melanjutkan pelajarannya di Point Blanc Music School jurusan Diploma dalam Produksi Muzik dan Jurutera Audio selama dua tahun bermula tahun hadapan.


Kata Aizat, ketiadaannya di Malaysia nanti tidak bermakna dia akan mendiamkan diri dalam bidang nyanyian dengan begitu sahaja.

Sebaliknya Aizat telah merancang untuk menghasilkan beberapa lagu di United Kingdom dan akan pulang ke Malaysia tiga bulan sekali untuk promosi lagu.

"Selain itu, saya juga merancang untuk merakamkan sendiri aktiviti-aktiviti harian sepanjang pembelajaran saya di sana dan menjual rakaman tersebut kepada mana-mana syarikat produksi untuk ditayangkan ke stesen televisyen.

"Bagaimanapun semua ini sekadar perancangan yang ada dalam fikiran tetapi belum ada hitam putihnya lagi," jelasnya.

Sementara itu, Aizat akan menemui para peminat menerusi Konsert Borneo Tour di Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak, pada 16 Julai depan dan Dewan KDCA, Penampang, Kota Kinabalu, Sabah (22 Julai).

Aizat berkata konsert yang bertemakan Celebration Of Music itu merupakan kesinambungan daripada persembahannya di Auditorium Bentley, Mutiara Damansara pada Januari lalu.

Tiket boleh didapati menerusi laman web www.mall.aizatamdan.com serta di kaunter tiket Stadium Perpaduan Kuching bermula pada 4 Julai dan Dewan KDCA, Penampang (18 Julai). Seramai 1000 pembeli tiket pertama akan ditempatkan di bahagian 'Rock Zone' yang terletak berdekatan dengan pentas.

Khalwat: Rayuan Ako Mustapha Diketahui September

Posted: 23 Jun 2011 08:22 PM PDT


SHAH ALAM: Rayuan yang difailkan oleh pelakon, Ako Mustapha terhadap hukuman bagi kesalahan berkhalwat dengan seorang wanita bukan Islam, akan diputuskan pada September depan.

Pegawai Pendakwa Syarie, Zusyrafain Mohd Yusoff memberitahu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Khamis, menetapkan 13 September depan sebagai tarikh untuk memberikan keputusan.

Ako memfailkan rayuan itu selepas Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini, memerintahkan agar dia dihukum penjara tiga bulan dan denda RM3,000 kerana berkhalwat dengan seorang jurusolek artis, Anang Sagunting, 25.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad menjatuhkan hukuman tersebut pada 21 April 2009.

Pelakon yang membintangi drama Halimah Jongang itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di Kondominium Oakleaf Park, Persiaran Bukit Antarabangsa jam 1.20 pagi, 27 Jun 2007.

Ako hanya datang menyerah diri ke mahkamah pada 20 Januari lalu selepas waran tangkap dikeluarkan berikutan kegagalannya hadir ke mahkamah bagi mendengar prosiding sejak kes itu mula disebut pada 2007.

Prosiding rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah dijalankan di hadapan Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad dan Ako diwakili oleh peguam syarie, Akbardin Abdul Kader.

'Sri Mersing 2' Dipentaskan Di Johor Julai Depan

Posted: 23 Jun 2011 08:21 PM PDT

KUALA LUMPUR: Teater adaptasi filem Sri Mersing yang pernah dipentaskan di Istana Budaya tahun lalu akan dipentaskan buat kali kedua di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru selama tiga hari bermula 15 Julai depan.

Penerbit, Megat Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Keno berkata, teater karya Allahyarham Salleh Ghani itu dipentaskan di Johor kerana menghargai sejarah Sri Mersing yang berasal dari negeri tersebut.

"Kita memilih Johor Bahru kerana Sri Mersing merupakan sebuah tempat yang terletak di negeri Johor manakala kebanyakan tenaga produksi asal filem ini berasal dari negeri tersebut.

"Dengan membawa teater ini ke sana, masyarakat Johor berpeluang untuk menontonnya dalam bentuk teater dan tidak perlu ke Istana Budaya," katanya pada sidang media Teater Sri Mersing 2, di sini, Khamis.

Turut hadir pada sidang media tersebut ialah barisan artis yang menjayakan teter tersebut seperti Zul Huzaimy, Elly Mazlein, Fazurina, Leez Rosli dan A.Galak.

Jelas Keno, selepas kejayaan pementasan Sri Mersing lalu, pihak Esplanade, Singapura dan Brunei telah menawarkan untuk membawa teater berkenaan ke negara itu namun terdapat halangan dari segi bajet yang diberikan.

"Kita tiada masalah untuk terima pelawaan bagi mementaskan teater tersebut di negara jiran tetapi masalah dari segi bajet yang mereka tawarkan tidak berpatutan," katanya.

Dalam pada itu, kata Keno, pemilihan barisan pelakon pula adalah terdiri daripada individu yang sama pada pementasan lalu tetapi hanya watak Damak yang dipegang oleh Adi Putra diganti dengan pelakon Zul Huzaimy.


"Adi tidak dapat menjayakan teater ini kerana mempunyai komitmen lain dan Zul Huzaimy merupakan calon yang paling sesuai memegang watak tersebut," katanya.

Ujar Keno, dia yakin kedua-dua artis tersebut mampu memberi keserasian dan persembahan yang terbaik.

Sementara itu, cabaran utama menjayakan teater ini adalah dari segi penggunaan set yang di stadium tersebut.

"Kita akan menggunakan set seperti dipentaskan di Istana Budaya lalu tapi cabaran utama adalah kemudahan teknologi yang berbeza.

"Kami akan menggunakan secara manual dan akan membabitkan lebih ramai tenaga kerja," katanya.

Teater di bawah naungan Tuanku Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ini juga merupakan kerjasama antara Istana Budaya, Kerajaan Johor dan Keno Production.

Tiket dijual dengan harga RM25 dan RM50. Ssebarang pertanyaan atau tempahan boleh menghubungi talian 03-78807999 atau layari laman web www.ticketpro.com.my.

Widya - Bukan yang terakhir

Posted: 23 Jun 2011 03:08 AM PDT


Widya harap langkahnya dalam kerjaya lakonan boleh pergi lebih jauh

WAJAHNYA seumpama perempuan Melayu terakhir. Nampak semula jadi tanpa calitan solekan tebal tetapi masih mampu membuatkan mana-mana jejaka berpaling dua kali ke arahnya dengan hanya melontarkan senyuman manis.

Mungkin keunikan wajahnya dan pakej yang ada pada personalitinya itu antara sebab dia diberi penghargaan membintangi drama bersiri Alauddin yang kini sudah mula bersiaran di TV AlHijrah?
Kehadirannya itu pula dilihat bakal meninggalkan kesan mendalam dengan membawa watak utama sebagai Raja Fatimah, bergandingan pula bakat muda yang tidak kurang juga ketampanannya, Lash Mokhtar sebagai Sultan.

Ketika ditemui baru-baru ini, empunya nama yang cukup sedap didengar, Widya Irani, cukup ramah mengatur bicara berkenaan dirinya dan perjalanan kariernya yang masih jauh untuk ditempuhi.

"Saya bermula dari pentas program Anak Wayang dan antara 25 finalis pada program itu. Walaupun tidak memenangi program berkenaan, saya tidak putus asa untuk memulakan kehidupan sebagai anak seni," katanya.

Masih tersipu-sipu ketika ditemubual mungkin kerana masih baru dalam arena seni, Widya memberitahu dia pada mulanya menjadikan bidang seni secara sambilan sebelum berubah fikiran untuk terus berada dalam dunia yang diminatinya itu.

Dalam drama Alauddin yang dilihat berpotensi melangkah lebih jauh dalam drama epik tanah air , gadis lemah lembut kelahiran Pahang ini membawa watak sebagai Raja Fatimah, isteri pertama kepada Sultan Alauddin yang tidak dapat melahirkan anak dan berkongsi kasih bersama, Tun Senaja, isteri kedua kepada Alauddin.
"Ini tugasan pertama dalam bidang seni yang cukup mencabar dan saya bersyukur kerana diberi penghargaan memegang watak dalam penceritaan Alauddin ini.

"Sebelum ini, saya hadir untuk uji bakat untuk watak kakak kepada Alauddin sebelum kak Liza (produser) tukar watak saya kepada watak permaisuri, iaitu isteri kepada Sultan Alauddin," katanya jujur.

Menceritakan serba sedikit naratif drama epik yang dibintanginya ini, Widya menerangkan watak yang dibawakan itu berkisarkan kepada watak Raja Fatimah yang berdarah raja, yang dikahwinkan atas pilihan nenda Alauddin.

"Kiranya watak Raja Fatimah dan Sultan Alauddin ini adalah sepupu jauh yang jodohnya atas tangan keluarga. Di sini saya perlu membawa watak dan konflik dalaman antara Raja Fatimah dan Alauddin yang tidak tidur sebilik dan tidak mesra.

"Namun dalam pada masa itu juga, Raja Fatimah banyak membantu Alauddin dalam urusan pentadbiran," katanya yang mengakui banyak menerima sokongan dan tunjuk ajar daripada produksi dan artis berpengalaman lain.

Mengakui baru sangat baru dalam bidang lakonan, membuat dia melakukan kerja rumah dengan mencari banyak sumber termasuk internet untuk memahami dan seterusnya menghayati karekor Raja Fatimah.

Ternyata inisiatif yang dilakukan itu memang tidak sia-sia kerana bukan saja mencari maklumat yang diperlukan tetapi juga memperolehi pengetahuan am berkaitan dengan sejarah kesultanan Melayu.

"Semua ini untuk membantu saya mengenali Raja Fatimah dengan lebih dekat lagi dan akhirnya saya jatuh hati pada watak Raja Fatimah ini yang bijaksana dengan membantu suaminya memimpin seperti Harun Al Rasyid. Baginda permaisuri juga adalah seorang yang suka memendam rasa dan penyabar," katanya yang gemar membaca bagi menambah ilmu di dada.

Sedar bahawa untuk berada di landasan seni perlukan kesungguhan, kemahiran dan kelebihan tersendiri bagi menempa nama sebaris dengan pelakon terkenal lain, gadis ayu berusia 29 tahun ini bakal mengambil kelas lakonan bagi memantapkan lakonannya.

"Saya sudah berkira-kira untuk ambil kelas lakonan dan mahu beri yang terbaik dalam perjalanan sebagai anak seni," katanya yang tuurt meminati bidang pengacaraan.

Anak kedua dari tujuh beradik ini juga berterima kasih kepada keluarga yang sentiasa menyokong perjalanan yang mahu ditempuhinya ini dan kepercayaan yang diberikan keluarganya akan digenggam sebaik mungkin.

"Walaupun tidak seorang pun dari keluarga saya berada dalam bidang seni mereka tetap menyokong kemahuan saya.

"Saya akan gunakan peluang yang ada sebaik mungkin," katanya yang mengakui hatinya masih belum dimiliki mana-mana lelaki.

google: widya, widya facebook, widya blog, widya bogel, widya hot, widya panas, widya 2011, widya twitter, widya terbaru dan terkini, gambar terbaru terkini widya, widya kontroversi,