Akhirnya pada malam tadi, debaran untuk mengetahui lagu terbaik untuk tahun 2010 diketahui juga menerusi satu pertandingan yang begitu ditunggu oleh semua… Anugerah Juara Lagu yang ke-25 berlangsung dengan penuh dramatik dan magikal di mana kesemua finalis memberikan persembahan terbaik.
Sebanyak 14 buah lagu dengan hasil nukilan dan garapan komposer serta penulis lirik terhebat dengan alunan penyanyi-penyanyi hebat tanahair. Semua lagu bagi Budiey ada kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Sebenarnya, semua lagu boleh diangkat untuk bergelar. Cuma perlu diingatkan, segalanyat terletak di pena semua juri profesional yang dilantik oleh pihak TV3.
SENARAI KEPUTUSAN PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-25
Pemenang Anugerah Juara Lagu 25:
Lagu Tolong Ingatkan Aku ciptaan sepenuhnya oleh Ana Raffali (trofi & wang tunai RM35,000)
Naib Juara Lagu ke-25:
Drama King ciptaan Taja penulis lirik Tun Teja oleh Black & Meet Uncle Hussain (trofi & wang tunai RM15,000)
Tempat Ketiga Juara Lagu ke-25:
Noktah Cinta ciptaan Ajai dan lirik oleh Sheikh Qalam nyanyian Hafiz (trofi & wang tunai RM10,000)
Persembahan Terbaik:
Faizal Tahir menerusi lagu Hanyut (trofi & wang tunai RM10,000)
Vokal Terbaik:
Hafiz menerusi lagu Noktah Cinta (trofi & wang tunai RM10,000)
Tahniah kepada semua pemenang!
Acara tahunan ini berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil dan dibawa secara langsung menerusi TV3 pada jam 9 malam hingga 11.30 malam. Dihoskan oleh Faizal Ismail, Cheryl Samad dan Ally Iskandar. Budiey rasa ada sesuatu yang tak kena pada skrip AJL kali ini yang membuatkan penonton merasa bosan. Namun, dari pengamatan Budiey, ramai juga bersetuju sudah tiba masanya pihak penganjuran AJL menukar pengacara. Setidaknya selain kelancaran, apa yang kita mahu adalah tumpuan penonton tidak berganjak. Sekiranya ada skrip dan lawak yang sama diulang-ulang, ia seakan membuat tumpuan penonton jadi terpesong.
Berbagai spekulasi dan ramalan telah kita baca dan dengar di media massa dan di social network Twitter dan Facebook, namun segalanya terletak di tangan juri profesional. AJL25 diadili oleh juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik iaitu pemuzik Acis, komposer Azmeer, penulis lirik Habsah Hassan, komposer Andy Flop Poppy, penyanyi Amy Search, komposer Pacai dan komposer M. Nasir selaku ketua juri.
Kesemua 14 lagu yang bertanding pada malam tadi telah diadili berdasarkan jumlah markah sebanyak 70% yang dibuat sebelum pertandingan dan 30% menerusi persembahan malam kemuncak.
Dengan konsep berlainan saban tahun, AJL25 kali ini menampilkan konsep Music Mapping. Ia dipilih sebagai menerapkan perkembangan dan perjalanan arus muzik dan irama terutamanya di dalam industri tempatan dan kemuncak acara femilang ini.
Konsep ini nampak jelas sesuai semasa persembahan pembukaan yang disampaikan oleh bekas pengalun lagu-lagu yang pernah dinobatkan sebagai juara iaitu Francissca Peter dengan lagu Sekadar di Pinggiran, Nash dengan lagu Ada Syurga di Pinggiran dan M. Nasir dengan lagu Tanya Sama Itu Hud Hud.
Konsep Music Mapping ini diharapkan bukan setakat konsep yang unik semata-mata kerana pada malam ini AJL25 sebenarnya mahu mengajak penonton untuk mengimbas kembali arus transformasi muzik pelbagai genre dan era dulu hinggalah sekarang.
Dengarnya perkarangan Stadium Bukit Jalil riuh seawal jam 3 petang dipenuhi oleh para peminat yang tak sabar menantikan acara langsung dengan meluangkan masa mengambil bahagian di aktiviti anjuran HotFM, selaku radio rasmi.
KEPUTUSAN PEMENANG DIPROTES?
Nampaknya, kemenangan lagu Tolong Ingatkan Aku telah diprotes oleh ramai peminat. Paling teruk dalam sejarah penganjuran AJL, tak pernah lagi ada peminat 'boo' dan terus cabut dari kerusi dewan stadium seusai nama pemenang diumumkan. Semasa persembahan juara menutup tirai AJL25 semalam, ramai penonton yang tak berpuas hati dengan melontar perasaan mereka di Twitter dan Facebook.
Biar apa pun keputusan dan kutukan yang melontarkan rasa tak puas hati, pihak juri tetap mempertahankan kredibiliti lagu ini. Harus diingatkan keputusan adalah muktamad dan Budiey rasa korang patut hormati keputusan itu kerana mereka ni semuanya profesional dan sudah tentu bijak menilai muzik. Keputusan dibuat secara demokrasi.
Semasa sidang media, ketua juri iaitu M.Nasir telah memberikan sebab mengapa semua juri bersetuju memilih lagu Tolong Ingatkan Aku sebagai juara. Menurut M.Nasir, lagu nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Ana Raffali ini mempunyai keistimewaan tersendiri di mana liriknya sangat unik, sangat personal, simple dan itu yang membuatkan juri mengangkat lagu ini sebagai juara. Ini satu gaya muzik yang ada pembaharuan dan ada citarasa yang berlainan. Lagu ini memang dalam kategori yang terbaik dalam senarai top 3 juri.
Menurut M.Nasir lagi, kebanyakan lagu finalis AJL tak mempunyai kekuatan pada lirik di mana lirik lagu sangat lemah. Namun lagu Tolong Ingatkan Aku ini mempunyai kekuatan setara iaitu 50-50. jadi, lagu ini nampak seimbang. Lirik dan melodi pada lagu ini mencipta satu pembaharuan. Juri melakukan penilaian bukan dari segi persembahan pada malam AJL tapi juri menilainya dari CD yang diberikan. Semasa mendengar lagu ini, ramai juri bersependapat, lagu Tolong Ingatkan Aku ini sangat mendalam, rasa serta mesej yang mahu disampaikan memang 'sampai' ke dalam hati juri. Jadi, lagu ini jujur dan ia lebih jujur dari lagu lain. Apa yang penonton perlu tahu, juara lagu bukannya satu pertandingan lagu yang popular tapi satu pertandingan lagu terbaik.
"Saya sedar perkara ini akan terjadi tapi juri telah membuat pilihan, sama ada betul atau salah, keputusan itu telah dilakukan dengan penuh pengetahuan kami dalam bidang muzik. Ini adalah keputusan demokrasi kami. Sudah tentu lagu ini sedap. Bagi saya lagu ini ada nilai sensitiviti, peribadi dan sangat ringkas, dah cukup untuk buat lagu ini juara. Saya melihat dari sudut lirik dan melodi. Kejujuran dalam lagu ini lebih dari orang lain, itu yang kita cari. Memang tidak dinafikan semua lagu dalam AJL kali ini bagus dan sedap, tapi lirik mereka lemah. Bagi saya, lirik juga memainkan peranan besar dalam membentuk sesebuah lagu,"ujarnya yang mengakui sukar untuk menentukan pemenang. Saya akui memang agak sukar nak pilih antara semua lagu yang bertanding, tapi susah nak cakap, lagu Tolong Ingatkan Aku ini lain dari yang lain dan bagus. Di sini saya inginkan tegaskan, kita pilih yang bagus dan terbaik, bukan lagu yang popular."
Selepas keputusan pemenang diumumkan, Budiey sempat membaca komen-komen dari penonton yang melontar komen di Twitter. Kata mereka, lagu kemenangan AJL25 adalah sampah dan sebagainya.
Namun, menurut Ana Raffali, bagi beliau, takkanlah nak tolak rezeki. Mendapat peluang untuk ke pentas AJL pun satu kelebihan tersendiri. Beliau tak kecewa dengan suara-suara yang mengatakan lagu beliau tak layak kerana itu hak masing-masing. Bahkan, sekiranya penonton rasa begitu, bolehlah mengajukan kepada ketua juri.
Persembahan magik penuh drama dari Faizal Tahir menggondol anugerah persembahan terbaik AJL25
Persembahan 3 Diva membuatkan sorakan dan jeritaan penonton semakin kuat mengegarkan stadium.
Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari?
Daftarkan email anda [ di sini ]
Baca artikel lain yang berkaitan:
Top 10 Selebriti Lelaki Paling Meletop di AJL25Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-23 18 Januari IniDayang Nurfaizah: Profile & BiodataProfile Sarimah IbrahimSenarai 14 Lagu Finalis Ke Anugerah Juara Lagu Ke-24Siapa Finalis Anugerah Juara lagu Ke 24Anugerah Era, Anugerah Era, Pemenang Anugerah Era, Ulasan Anugerah Era 07Doa Dalam Lagu, Persoalan Cinta dan Dusta Berkalang ke AJLFaizal Tahir, Spider, Ziana Zain di Semi-final Muzik-Muzik Kategori BaladaTop 5 Muzik Muzik Separuh Akhir Minggu Ke-2
Entri ini telah diterbitkan
pada Monday, January 10th, 2011 pada 10:30 am dan dibawah kategori Anugerah Juara Lagu.
Anda boleh mengikuti komen dan respon pembaca melalui RSS 2.0 feed.
Anda boleh menghantar komen, atau trackback dari laman blog anda.