Adsense

Ahad, 9 Januari 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Tolong ingatkan Ana

Posted:

Tolong ingatkan Ana

Tolong ingatkan Ana


ANA pernah kecewa apabila pendapat dan saranan tulus daripadanya dianggap enteng oleh sesetengah pihak.


MASIH segar dalam ingatan saya, kelibat perempuan berbaju kurung sedang mengulit gitar. Waktu itu nama yang dibawanya belum cukup besar, bukan seperti sekarang. Manis dia tersenyum dalam celoteh di bibir mungil. Itu, sama seperti sekarang.

Dia membawa nama segar Ana Raffali yang waktu itu masih bertatih mencari ruang dan peluang. Berdiri dalam kurung atau kebaya miliknya membawa karya dan rasa melalui ritma yang bermula di mindanya dan dialirkan ikhlas buat khalayak. Waktu itu dia bertapak di ruang Layar Tanchap, sebuah pentas kecil untuk si pemula yang sememangnya masih ranum. Senyumnya berbunga, takut tapi yakin.

Sedang kalendar waktu silih berganti, begitu juga perjalanan si dara manis yang kekal dalam prinsipnya yang satu. Setia berbaju kurung dan mengulit gitar. Si pemilik gitar ini sudah bertukar haluan jalan menuju ke sebuah pentas yang selama ini dilihat daripada pandangan kaca televisyen. Dia bukan lagi nama yang dilihat sebagai aksesori, sebaliknya nama yang sedang membangun sebagai seorang 'singer-songwriter'.

Jujur mahu menang

Ana cuba menepis rasa yang bergejolak dalam dada saat disebut nama sebuah penganugerahan berprestij di bawah lembayung Anugerah Juara Lagu (AJL). Siswazah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam ini mahu menolak rasa takut yang mampu menambah gundah. Jujurnya dia mahu menang, mahu bergelar juara, sama seperti rasa yang mungkin sedang ditanam dalam diri setiap peserta AJL yang lain. Malam ini adalah penentuan kemenangan itu dan lagu Tolong Ingatkan Aku adalah taruhan besarnya.

Bagusnya, dia tidak menipu diri mahu pun khalayak. Siapa yang mahu kalah dalam sebuah pertandingan? Siapa yang tidak meletakkan sebuah trofi yang tinggi dalam anganan yang panjang? Mungkin yang menolak kata itu cuba menipu diri atau takut dengan bayangan kemenangan mahu pun kekalahan.

"Jujurnya saya mahu menang. Apabila saya meletakkan perkataan menang itu, secara automatik saya turut melakukan yang terbaik pada malam 9 Januari. Dengan sebuah usaha yang juga mendalam," suaranya berbunyi tegas. Sambungnya, sebuah persembahan berbentuk teater bakal dipersembahkan bersama kumpulan pemuzik iringannya, The Marhaens. Juga beserta satu penampilan khas. Semuanya dibikin dalam rungkai kata indipenden, usaha sendiri. Cuma tunggu dan lihat.

Sekali lagi dia memberi jawapan jujur apabila ditanya perihal persaingan malam AJL yang bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil malam ini. Dia ketawa sebelum menjawab, bukan tidak serius cuma sebuah pendahuluan kepada jawapan yang bakal diberikannya.

"Seperti yang saya katakan, saya mahu menang. Tidak fikir tentang persaingan," dia ketawa lagi tetapi kemudian menamakan lagu Noktah Cinta nyanyian Hafiz sebagai sebuah lagu yang ditulis indah oleh Ajai. Bahagian korusnya dilihat seakan doa yang memikat hatinya. Realistik menamakan sebuah persaingan.

Kemenangan AJL satu trend?

Ana Nur Hidayah Mohd Rafali membawa harapan dalam hela nafasnya. Sebuah lagu hasil karyanya yang ditulis beberapa tahun lalu ketika mahu menjamu selera di sebuah restoran akhirnya menjadi salah satu senarai dalam sejarah AJL.

"Terbayangkan satu situasi di mana pasangan kekasih bergaduh lalu terjadi pergolakan. Masing-masing senyap berhadapan masalah. Kemudian terbayang pula tentang orang-orang yang menyayangi kita dan sentiasa ada waktu untuk kita walau sibuk. betapa pentingnya kehadiran orang sebegini dalam hidup kita," hurai Ana tentang 'kehamilan' situasi itu kemudian dilahirkan mejadi sebuah lagu yang menjadi perjuangannya.

"Saya juga berdiri di pentas AJL sebagai penyanyi dan komposer. Proses penulisan lagu tersebut tumbuh daripada sebuah sajak yang kemudian dilagikan. Saya beri peluang untuk khalayak menghalusinya dan kupaskan mengikut definisi sendiri," akuinya tentang Tolong Ingatkan Aku yang menjadi lagu kegemarannya dalam album Ketika Aku Kecil, buah tangan perdananya.

Saya tujukan pula soalan perihal fenomena AJL. Suatu ketika dahulu, kata Ana menonton AJL adalah acara rutin familinya dan saya pinta sebuah jawapan tulus daripadanya. Sebuah pendapat daripada penonton setia yang kemudian melompat menjadi peserta. Tentang pendapat khalayak yang melihat perjalanan AJL sudah terlekat sedikit unsur trend dalam nominasi mahu pun keputusan pemenangnya.

"Bagi saya, AJL memberi peluang kepada komposer untuk memperlihatkan karya mereka. Menunjukkan bahawa komposer tempatan mempunyai karya-karya yang berkualiti. Tentang trend mungkin ada benarnya tetapi menunjukkan juga pada satu sisi bahawa komposer muda berbakat dan karya mereka diterima sehingga dipertandingkan," ujarnya yang gembira melihat fenomena lagu-lagu yang dipertandingkan kini adalah usaha si penyanyi yang turut menyandang tugasan komposer.


MENAMAKAN Noktah Cinta sebagai persaing untuk AJL.


"Namun berdiri atas tugasan komposer dan penyanyi ada kesukarannya. sebagai penyanyi, saya mahu menarik perhatian ramai untuk melihat saya dan mendalami lagu itu. Saya perlu tampil sebagai penyanyi dan hidupkan lagu tersebut. Ia juga merangkumi usaha The Marhaens,"ujar Ana yang bergelar artis di bawah label Aidit Alfian Records.

Imbas Ana yang kini bakal memasuki usia 26 tahun, saban tahun dia menjadi pemerhati setia AJL di kaca televisyen. Satu demi satu tahap itu berubah. Tahun 2009, dia gagal memasuki Stadium Putra dan hanya menonton dari luar. Tahun sebelum itu, dia menjadi penyanyi latar untuk Elyana yang dinominasi di AJL dengan lagu Kalis Rindu. Tahun 2007, dia menyaksikan pementasan daripada tempat duduk penonton. Waktu bertukar, begitu juga posisi seorang Ana Raffali dalam sejarah AJL.

Pahit yang ada manisnya

Sengaja menjentik emosi berpandukan lagu taruhannya bertajuk Tolong Ingatkan Aku, saya tanyakan Ana adakah dia sudah mula 'terlupa' apabila disulam populariti dan status selebriti. Apa pula yang mahu diingatkan kepadanya?

Dia tersenyum mempamerkan barisan gigi yang cantik.

"Saya mahu khalayak ingat bahawa saya juga manusia biasa. Namun saya ada perjuangan dalam diri saya. Saya mahu umum ingat bahawa saya sedang menghasilkan sesuatu dan hargai keprihatinan peminat terhadap saya.

"Bila saya ingatkan usaha para peminat yang sudi mengorbankan masa dan wang ringgit untuk menonton persembahan, saya menghargainya. Ini tanda sokongan kepada saya dan industri,"ujarnya yang mendatangi dunia seni melalui dunia laman Youtube.

Dia kembali menjawab soalan tentang isu lupa. Ada khabar yang menyatakan bahawa penyanyi Hujan Bunga Di Kuala Lumpur ini sudah dijentik permasalahan. Ada juga yang mengatakan dia sudah berani bersuara deras dan menunjukkan warna sebenar dirinya. Manakan tidak, namanya sedang harum kini. Ditambah pula dengan kemantapan dan penerimaan ramai umum terhadap lagu Kalau Berpacaran nyanyian bersama Altimet dan Sohaimi Meor Hasan.

"Segala perubahan adalah proses kematangan. Semakin lama berada dalam industri, semakin nampak banyak perkara. Saya kini lebih berhati-hati.

"Bergelar penyanyi, perlu ada rasa pahit. Saya rasa pahit itu bila pendapat saya tidak didengari. Malah saya kecewa dengan situasi tersebut. Persoalan dalam kepala saya timbul, sejak bila hak bersuara sebagai individu tidak boleh diperdengarkan? Namun itulah pengalaman dan saya tempuhinya," ujarnya kecewa pernah dianggap enteng percakapannya oleh sesetengah pihak. Malah pendapatnya juga pernah dipandang sepi.

Tetapi kecewa itu cepat-cepat diletakkan ke tepi. Tidak mahu diingatkan perkara yang melukakan. Malah penyanyi ini cuba untuk melupakan ketakutan yang bakal melanda dirinya bergelar salah satu nominasi dalam pertandingan AJL. Ana Raffali sedang mengharapkan hujan bunga dikelilingnya dalam perjalanan bergelar komposer dan penyanyi.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Jamal tanggung risiko

Posted:

Jamal tanggung risiko

Jamal tanggung risiko


KEMUNCULAN Datuk Dr. Ahmad Nawab dengan tiupan saksofon barunya menambah tenaga kepada J2011-Legenda Jamal di Istana Budaya.


DIA digelar legenda yang masih hidup. Lebih 20 tahun disanjung kerana gema vokalnya yang tiada tandingan, Jamal Abdillah berdepan segala kerenah dunia sepanjang tempoh itu.

Memulakan tahun 2011 dengan konsert meganya bergelar J2011-Lagenda, Jamal sekali lagi berdepan kesulitan. Gelaran legenda belum cukup gah untuk dia bersama syarikatnya Bintang Chanel mendapat sokongan penaja sebagai penyumbang impak kepada konsert yang bermula kelmarin hingga esok, di Istana Budaya itu.

"Mungkin pihak saya sendiri lambat menghantar cadangan kepada penaja atau syarikat korporat. Kita faham bahawa bajet mereka dikeluarkan awal tahun sedangkan kita pula datang penghujung tahun untuk mencari penaja.

"Sebenarnya, bagi membuat persiapan untuk mengadakan sesuatu konsert termasuk penyediaan kertas kerja, ia mengambil tempoh selama setahun sebelum penetapan tarikh konsert," kata penyanyi berusia 52 tahun itu optimis.

Bukan sahaja bajet yang terhad, sepanjang penganjuran konsert J2011-Lagenda, penyanyi tersohor menerusi puluhan lagu berhantu itu turut terkena tempias sensasi, kononnya dia 'anak emas' Istana Budaya (IB). Disebabkan faktor itulah, Jamal didakwa mudah mendapat tempat di Panggung Sari yang menjadi dambaan ramai anak seni.

Sensasi Bintang: Apa masalah utama menyebabkan sukar mendapat kepercayaan penaja?

JAMAL ABDILLAH: Mungkin kertas kerja pihak saya tidak berjaya meyakinkan, penaja perlu tahu apakah keuntungan dan pulangan pelaburan yang mereka perolehi sekiranya menaja konsert seseorang artis. Keyakinan itu yang saya tidak mampu buktikan. Bab itulah yang saya tidak arif. Tak mengapalah, lagi pun tahun lepas juga saya buat konsert tanpa penaja besar.

Untuk konsert kali ini pula, adakah Jamal berpuas hati dengan keseluruhan kelancaran dan perancangan yang telah diatur?

Ikutkan kata hati, saya mahu hasil yang lebih baik setiap mengadakan konsert. Kalau dilihat dari segi masa yang diperuntukkan dengan latihan, inilah hasil terbaik yang telah saya usahakan.

Ada yang berpendapat konsep mengembalikan lagu-lagu legenda ke dalam konsert besar seperti di IB ini kurang tepat kerana ada penonton tetap mahu melihat Jamal mendendangkan lagu-lagu popular?

Sebenarnya saya terpaksa memilih lagu-lagu yang tidak pernah dinyanyikan pada konsert sebelum ini untuk konsert ini. Saya takut orang bosan saya asyik menyanyikan lagu yang sama. Jadi untuk konsert J2011-Lagenda ini, itulah kelainan yang cuba saya tonjolkan. Inilah masalah yang sering dihadapi oleh seorang penghibur, susah untuk penuhi selera semua dan serba-salah pula saya jadinya.

Jadikah adakah konsert ini satu projek eksperimental daripada Jamal sendiri?

Ia boleh dikatakan begitu. Semasa proses latihan sebenarnya ada berlaku rombakan dari segi pemilihan lagu. Sebab itulah sepanjang konsert ini, saya ada menyanyikan lagu Kau Lupa Janji, Di Sudut Kamar Hatiku dan Gadis Melayu. Kalau ikutkan, lagu-lagu itu tiada dalam senarai asal.

Kenapa Jamal beria-ria mahu merakam konsert J2011- Lagenda ini sebagai konsert yang diisi dengan lagu legenda?

Sebab saya memang meminati lagu-lagu berkenaan sejak dari zaman muda lagi. Lagu-lagu S. Effendi, Yopie Latul, M. Bakri, Eddie Silitongga serta lagu Seniman Agung Tan Sri Ramlee merupakan lagu yang saya minati. Memang hasrat saya mahu merakamkan penghargaan terhadap seniman-seniman itu di atas satu pentas. Begitu juga dengan Datuk Dr. Ahmad Nawab sendiri yang saya undang ke pentas untuk sama-sama menghidupkan konsert berkenaan.

Tidak bimbang dengan risiko peminat akan kecewa?

Sebagai penyanyi, saya memang kena berdepan risiko. Saya mengangkat lagu-lagu legenda dan dialunkan dengan vokal dan penyampaian saya yang tersendiri untuk dinikmati oleh peminat. Saya harap peminat suka.

Dari awal lagi, Jamal ada bercakap tentang penataan cahaya berkonsepkan PANI (teknik pencahayaan daripada Austria), malangnya elemen itu tidak dapat disaksikan dari pentas konsert?

Memang saya mahu aplikasi konsep itu, tetapi apabila digunakan ia mengganggu ruang pentas, terlalu dan menjejas fokus penonton. Jadi, sepanjang konsert cahaya PANI itu dipancarkan ke bumbung IB, dan ia boleh disaksikan dengan jelas apabila khalayak umum yang melalui jalan sekitar IB.

Apa perkembangan terbaru Jamal, dengarnya ada sebuah konsert besar menanti?

Ya. Dalam perancangan akan ada satu konsert saya di Stadium Tertutup Singapura, Mac ini.

Masih ada perancangan untuk tampil dengan album baru?

Album baru studio yang akan diterbit oleh Ahmad Nawab akan terbit hujung tahun nanti. Sekarang dalam persiapan untuk album kompilasi lagu-lagu legenda termasuk dua buah lagu baru. Sembilan buah lagu sudah dirakamkan dan akan dilancar sekitar Mac ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.