Adsense

Ahad, 9 Januari 2011

Celebrity News

Celebrity News


Ana Raffali Lirik Tolong Ingatkan Aku

Posted: 09 Jan 2011 08:04 AM PST

Tolong Ingatkan Aku Ana Raffali Lirik
Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa ditebus hari
Tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa
Tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
setiap detik jantungku berdetak

setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku

Keputusan AJL25 2011 !!

Posted: 09 Jan 2011 08:02 AM PST


Keputusan Juara AJL

Juara Ana Raffali 
Naib Juara ( MUH & Black )
Tempat Ke-tiga ( Noktah Cinta ) Ajai




Persembahan Terbaik 


Faizal Tahir ( Hanyut )





Vokal Terbaik 


Hafiz ( Noktah Cinta )


Keputusan Juara AJL


Naib Juara ( MUH & Black )
Tempat Ke-tiga ( Noktah Cinta ) Ajai

Anduka Taruna Kena Belasah Di Terengganu !!

Posted: 08 Jan 2011 09:35 PM PST

Ketika ditahan di tingkat 1

Blogger yang penuh dengan konterversi ini ditahan dan dikatakan dipukul ketika menegur Presiden PAS pada 2.20 petang.  Nasib baiklah Anduka Taruna boleh lepaskan diri dan buat laporan polis selepas ditahan oleh lebih daripada 100 orang.


Didalam blognya Anduka menerangkan beliau hanya ingin menemubual Presiden PAS namun ada pihak yang tidak senang dengan tindakan beliau.


ZoOm pernah melawat Laman blog Anduka ni, bahasa dia lebih kepada bahasa bebudak zaman sekarang
seperti "Gua", "Lu" dan sebagainya..Apa-apa je la Anduka asal tak kena tahan lagi dengan konterversi yang ditimbulkan.


Apa kata anda !!!?

Sheikh Muszaphar Bakal Jadi Bapa

Posted: 08 Jan 2011 09:09 PM PST

Angkasawan Negara Sheikh Muszaphar bakal akan jadi bapa tidak lama lagi apabila isteri Dr Halina Mohd dikatakan mengandung bayi sulung mereka.


Sheikh Muszaphar sebelum ini berkahwin pada 10 oktober 2010 dengan majlis yang penung gilang gemilang di PICC Putrajaya.


Usia kandungan Dr Halina kini berusia 12 minggu, dan Angkasawan kita ini dengarnya ingin 10 orang
anak...Ramainya, tak apa kalau mampu...Kalau ZoOm mampu mungkin akan berfikiran seperti beliau :).


Apa kata anda ?