Adsense

Khamis, 5 April 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


ABPBH 25: Debaran Semakin Terasa, Siapa Yang Layak Menang?

Posted: 05 Apr 2012 10:57 PM PDT

Ahad ini bakal menyaksikan sekali lagi sebuah anugerah berprestij yang akan diadakan di Genting, sebuah acara yang penuh gilang-gemilang dan tahun ini adalah tahun yang ke-25 ianya diadakan.

Mula dikenali sebagai Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular (APPP) pada tahun 1984, anugerah ini telah dijadikan anugerah rasmi pada tahun 1987. Pada tahun 1992 hingga 1993 pula, nama APPP ditukar kepada Anugerah Bintang-Bintang Popular (ABP) dan bermula pada 1994 namanya dipendekkan menjadi Anugerah Bintang Popular (ABPBH) dan kekal sehingga hari ini.

Kita pernah melihat nama-nama besar seperti Datuk Siti Nurhaliza mengungguli Anugerah Bintang Popular sebanyak 8 kali dan Mawi pula sebanyak 3 kali. Namun, tanpa undian dari peminat, tidak mungkin kedua selebriti ini dapat merangkul anugerah tersebut.

Tahun ini bakal menyaksikan persaingan sengit dari ramai selebriti searas dengan meningkatnya sambutan terhadap filem-filem dan drama. Dari sinilah peminat melihat dan menilai selebriti pilihan mereka samada selebriti itu layak untuk menang atau tidak.

Dari pihak OHBULAN! sendiri, kami rasakan antara selebriti yang bakal bersaing untuk memenangi Anugerah Bintang Paling Popular ialah Shaheizy Sam, Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Najwa Latiff, dan juga Zizan. Kalau dikatakan mungkin salah seorang dari nama ini mempunyai aura yang tersendiri untuk menang, OHBULAN! rasa Najwa Latiff turut mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

Jangan disangka artis yang baru setahun jagung ini tidak mampu bersaing dengan nama-nama besar yang lain. Walaupun masih baru lagi dalam bidang hiburan, namun fenomena Cinta Muka Buku telah melonjakkan namanya seiring dengan nama selebriti lain. Perkara ini boleh dibuktikan melalui laman Twitter-nya sendiri, walaupun masih baru, dia mempunyai lebih 230,000 orang pengikut berbanding Maya Karin yang hanya mempunyai 229,409 orang pengikut.

Anda nampak bukan perbezaannya, walaupun sedikit, namun untuk seorang artis yang baru didalam industri hiburan, itu adalah satu pencapaian yang memuaskan.

Namun begitu, setelah diselidik dan dikaji melalui blog-blog hiburan tempatan dan juga media cetak yang lain, nama Aaron Aziz dan Shaheizy Sam adalah antara selebriti yang paling banyak disebut. Mana tidaknya, impak lakonan Ombak Rindu oleh Aaron Aziz benar-benar membuatkan ramai makcik, wanita, dan yang sewaktu dengannya "jatuh cinta" dan sanggup menghabiskan masa menonton filem itu berulang-ulang kali.

Shaheizy Sam pula semestinya sudah dijangkakan akan merangkul Anugerah Bintang Paling Popular pada tahun ini, apa tidaknya, hampir kesemua filem yang dilakonkannya mengaut keuntungan yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa Shaheizy Sam benar-benar diminati dan mampu merampas kebahagiaan selebriti-selebriti yang lain.

Masing-masing ada pendapat sendiri, anda setujukah dengan pendapat kami?

Stesen TV & Radio Diarah Hentikan Watak Pondan

Posted: 05 Apr 2012 10:03 PM PDT

Jabatan Penerangan Malaysia melalui ruangan Facebook memaklumkan arahan terkini mengenai penguatkuasaan penayangan watak pondan yang akan dikuatkuasakan serta-merta sekitar 20 jam yang lepas.

Arahan pembatalan tersebut mendapat respon yang positif daripada responden yang terlibat memberikan komen dalam laman tersebut. Namun, ada juga segelintir pihak yang membantah kerana mereka mendapati tiada garis-garis panduan yang tepat bagi mengkelaskan kelompok masyarakat yang sebegini.

Bagaimana pun, arahan tersebut telah dibatalkan kerana ia bukanlah 'arahan rasmi' yang dikeluarkan oleh pihak yang berkaitan. Moderator laman tersebut mengeluarkan status terbaru seperti berikut :

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


IAMNEETA Kini Artis Baru NAR Records

Posted: 05 Apr 2012 07:58 PM PDT

IAMNEETA Kini Artis Baru NAR Records

Setelah berjaya mencungkil bakat Najwa Latif melalui youtube, NAR Records Sdn Bhd kini maju setapak lagi dengan menandatangani kontrak artis baru syarikat rakaman tersebut.Artis baru yang dimaksudkan itu adalah kumpulan iamneeta

Baru-baru ini, Kumpulan iamneeta telah di lamar oleh syarikat rakaman NAR Records Sdn Bhd untuk menjadi artis di bawah naungan syarikat itu.Kumpulan iamneeta bertuah dapat bernaung bersama-sama artis2 NAR Records Sdn Bhd yang lain seperti Mimie Haris dan Najwa Latif.

Bakat iamneeta juga dikesan melalui laman social youtube apabila video-video nyanyian mereka menarik perhatian pihak NAR.Kumpulan yang dianggotai oleh 3 anak muda ini terdiri dari Neeta selaku vokalis serta anas dan Patrick selaku gitaris .Single pertama kumpulan ini berjudul "Tuhan Tolong Aku" akan dilancarkan tidak lama lagi.

Kumpulan iamneeta mendapat sambutan baik dari peminat ketika siri jelajah sahabat lalu,meskipun single mereka belum di lancarkan,kumpulan ini telah banyak menerima undangan nyanyian di sekitar kuala lumpur dan di seluruh negara .

Satu kelebihan kumpulan iamneeta ini adalah vokalis utamanya Neeta merupakan gadis kacukan Cina, India dan Thailand yang begitu fasih berbahasa melayu, selain itu juga Neeta juga fasih berbahasa inggeris dan mandarin.Jesteru itu kumpuan iamneeta mempunyai kelainan dari kumpulan-kumpulan yang lain. Kumpulan iamneeta juga mempunyai bakat dalam penulisan lagu, ini kerana single pertama mereka "Tuhan Tolong Aku" hasil tulisan gitaris mereka Patrick.

Menurut kumpulan iamaneeta single ini sangat bermakna mereka, selain dapat merealisasikan cita-cita untuk merakam lagu mereka sendiri. Ia juga adalah juga hadiah buat para peminat yang telah lama menantikan singlenya sendiri dan telah lama menyokong beliau dalam bidang seni. Single "Tuahn Tolong Aku" akan di jangka keluar pada bulan April 2012.Jesteru itu mereka berharap single ini mendapat sambutan baik pendengar dan stesen-stesen radiom tempatan.

Laman Sosial:
Facebook Fanpages: iamneeta
Twitter : @iamneeta3
youtube : www.youtube.com/iamneeta

NAR Records Sdn Bhd
NAR Records Sdn Bhd adalah satu-satunya syarikat rakaman bumiputra yang telah melahirkan ramai artis seperti Exists,Siti Sarah,Farah Dhiya,Jin Bara,Deja Moss dan ramai lagi.Pada tahun 2010 NAR Records mengorak langkah dengan memcari artis-artis baru untuk bernaung di bawah syarikat ini.Antara muka baru yang telah bernaung di bawah NAR ialah Mimie Haris,Kumpulan FBO dan Najwa Latif.

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Najwa Latif Promote Rakan Youtube di Jelajah Sahabat
  • Gambar Nubhan di Majlis Menandatangani Kontrak Maestro Records & Talents & Artiste United Records
  • Mimie Haris Rakam Single Terbaru Kakiku Kaku
  • Najwa Latif Artis Youtube Paling Muda di Malaysia
  • List Winner 54th Annual GRAMMY Awards
  • Refleksi Orkestra Catat Malaysia Book Of Records
  • Gambar Juliana Banos di Anugerah Industri Muzik 1998
  • Ajai dan Liza Ilyas Kahwin Julai 2008?
  • Yuni Shara, Kakak Kris Dayanti Bawa Lagu Melly Goeslow
  • Melanie Amaro Winner Of The X Factor
  • Feel Good Run 2012 Batalkan Larian Bersama Haiwan Peliharaan

    Posted: 05 Apr 2012 07:50 PM PDT

    Pihak penganjur Feel Good Run 2012 ingin memohon maaf kepada orang ramai kerana terpaksa melupakan rancangan awalnya untuk memperkenalkan larian yang memberi ruang kepada pemilik haiwan untuk berlari bersama haiwan peliharaan mereka di dalam larian amal yang bakal berlangsung pada 8 Julai nanti di Sri Pentas, Bandar Utama.

    ntv7

    Mengambil kira nasihat dan maklum balas daripada pelbagai pihak berkenaan soal keselamatan dan sebarang kebarangkalian terhadap pelari dan haiwan, pihak jawatankuasa terpaksa mengambil keputusan untuk membatalkan rancangan itu bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. "Kami telah pelajari daripada pelbagai larian yang sedia ada bahawa aspek keselamatan adalah yang paling terpenting daripada semua aspek. Pasukan kami tentunya memerlukan lebih masa persediaan dan latihan untuk benar-benar lengkap dan bersedia kerana ini merupakan sesuatu yang baru buat kami," kata Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV.

    "Kami sentiasa cuba untuk memberikan para pelari sebuah pengalaman yang penuh ceria dan kami percaya peraturan sebegini amat penting di dalam mana-mana jua acara larian yang lain," tambah Airin.

    Walaupun keputusan untuk membatalkan larian bersama haiwan telah dibuat, namun pihak penganjur akan tetap memastikan pelbagai perkara menarik bakal menanti mereka pada 8 Julai ini.

    Sementara itu, jumlah penyertaan sehingga kini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan sejak dibuka pada 21 Mac dan bagi pelari yang benar-benar berminat adalah digalakkan untuk melakukannya dengan kadar segera sebelum tarikh tutupnya pada 1 Jun.

    Penyertaan boleh dilakukan secara online di laman sesawang rasmi Feel Good Run di www.ntv7.com.my/feelgoodrun, manakala penyertaan secara manual pula boleh dilakukan di:

    • Federal Territory Amateur Athletic Association (FTAAA), Level 2C, Multipurpose Hall, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat 50150, Kuala Lumpur
    • Twenty First Century Sports (M) Sdn Bhd, No 51 Jln SS 18/6, 47500 Subang Jaya

    Peserta yang berminat juga boleh mengajukan sebarang kemusykilan mereka melalui emel ke feelgoodrun@ntv7.com.my atau hubungi talian Hooha.Asia 03-56373821 untuk keterangan lanjut.

    Penganjuran Feel Good Run buat julung kalinya pada tahun lepas adalah bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-13 stesen ntv7 dan bertujuan untuk menyebarkan keseronokan bersama keluarga dan rakan taulan di samping bergembira dan kekal cergas. Untuk maklumat lanjut mengenai acara larian ini, layari www.ntv7.com.my/feelgoodrun.

    ntv7

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Feel Good Run 2012
  • Raja Azura, Azfar OIAM, Ikhwan Hotfm Dalam Friskies… Meow Belai Si Comel
  • Gambar Sekitar Feel Good Run NTV7 2011
  • ntv7 anjurkan Larian Amal Feel Good Run 2011
  • Feel Good Run Larian Ceria Buat Semua
  • Syadhia Hos Haiwan Teladan 3
  • Artis Meriahkan Larian Amal Feel Good Run
  • Sinopsis Filem Zoo
  • Jom Lari Bersama Selebriti di Feel Good Run ntv7
  • Gambar Dayang Nurfaizah @ 10th Anniversary NTV7 Feel Good Channel
  • Sensasi

    Sensasi


    Memey kesal tak kahwin awal?

    Posted: 05 Apr 2012 08:03 AM PDT



    Selepas enam bulan berkahwin, saya dan Norman mula fikirkan sesuatu. Bukannya tak bahagia, sebaliknya kami rasa 'kesal' mengapa tidak mempercepatkan perkahwinan ini dari awal lagi. Mengapa kami mengambil masa begitu lama untuk mendirikan rumah tangga sedangkan kami sedar akan rasa cinta yang ada.


    "Setiap saat yang kami lalui bersama memang memberikan saya rasa bahagia. Saya juga menempuh tahap kematangan, tanggungjawab dan erti sebuah ikatan perkahwinan yang sebenar. Setiap hari ada saja pengalaman yang menjadikan saya matang dalam membentuk diri menjadi seorang wanita. Maklumlah saya masih muda dan perlu belajar erti sebuah perkahwinan.


    "Bagaimanapun saya bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang lelaki yang tidak jemu memimpin dan memberi tunjuk ajar. Dia sudah jauh berpengalaman dan sudah tahu asam garam dalam membentuk sesebuah keluarga. Lantas saya gembira kerana abang sentiasa ada membantu saya terutamanya dalam soal menjaga anak-anak.

    "Sekarang saya sudah berani katakan yang saya sudah semakin mahir dalam banyak perkara seperti memasak dan menguruskan rumah tangga. Dulunya kita ada ibu yang membuat semua perkara tetapi sekarang saya kena cuba sendiri," katanya.

    Meskipun bukan anak sendiri, namun hubungan antaranya dengan tiga anak tiri - Mohd Danish Hakim yang kini berusia sembilan tahun, Marisa Dania Hakim, 7, dan Maria Danisha Hakim, 4, begitu akrab. Jelasnya, itulah juga penambah warna dalam perkahwinan mereka berdua.

    "Mujur sebelum kahwin lagi, Norman memang selalu membawa anak-anak bertemu saya. Lantas hubungan kami bertambah mesra apabila sudah pun tinggal bersama kini. Anak-anak akan hanya bersama kami pada hari Jumaat hingga Ahad setiap minggu. Itu saja waktu yang ada untuk Norman dan saya bersama mereka.

    "Justeru sejak berkahwin lagi, kami sudah pun meletakkan syarat untuk memperuntukkan waktu hujung minggu di rumah. Kalau boleh, kami akan tolak sebarang tawaran atau jadual kerja ketika itu. Kami akan membawa mereka makan bersama, berjalan-jalan dan melakukan pelbagai aktiviti bersama. Saya rasa ia memberikan kami suasana berbeza kerana hari-hari yang lain hanya kami berdua saja setiap hari.

    "Bagaimanapun saya dan Norman tidak pernah sunyi walaupun hanya berdua. Ini kerana kami sibuk dengan jadual kerja dan hanya bertemu pada waktu malam saja.
    Namun kami akan cuba luangkan masa untuk bersarapan sama dan makan malam berdua walaupun sudah lewat malam. Norman jenis yang suka isterinya masak walaupun ringkas.

    "Kebiasaannya kami akan makan malam bersama dan saat itu saja yang ada buat kami berdua bertukar cerita, bersembang panjang dan berkongsi pendapat," katanya.

    "Tatkala saya bersedia menjadi isteri, saya juga sudah membayangkan untuk hamil. Memang saya inginkan rasa pengalaman itu. Itu memang menjadi impian saya dan pastinya sebagai seorang wanita, ia adalah angan-angan terindah bersama suami," katanya.

    Gambar Nia Ramadhani mengandung anak kedua

    Posted: 05 Apr 2012 08:05 AM PDT

    Cantiknya si Bawang Merah...berseri-seri ketika mengandung kan..

    Gambar Adda,bekas kekasih Mamat sudah bernikah

    Posted: 04 Apr 2012 09:18 AM PDT

    Adda merupakan bekas kekasih Mamat sepah,yang suatu ketika dahulu menimbulkan kontroversi apabila mendakwa Mamat curang dan seorang playboy.

    Setelah kecewa dengan Mamat ,Adda sudah menemui pengganti dan baru melangsungkan perkahwinannya dengan jejaka pilihan.

    Ada merupakan adik kepada Rody Kristal dan juga bekas penyanyi kumpulan Butterfly.

    Tahniah sensasi ucapkan kepada Adda dan semoga bahagia disamping suami tercinta.
    Photobucket
    Photobucket
    PhotobucketPhotobucket

    Dira enggan komen setelah nama nya disebut dalam laporan polis mangsa tendang di muka

    Posted: 04 Apr 2012 09:10 AM PDT

    Bagi yang belum tahu,Dira adalah anak VIP iaitu bekas ketua Menteri Melaka,Datuk Seri Abu Zahar.Sensasi dengar Dira mempunyai bodyguard dan hidup dalam kemewahan.

    Dira yang kini menjadi pengacara Melodi dikaitkan dengan isu menyerang wanita.

    Menurut mangsa,pada mulanya seorang lelaki datang menamparnya sehingga terjatuh kemudian datang seorang wanita menendang dan memijak wajah wanita tersebut dengan kasut tumit tinggi sehingga menyebabkan kecederaan,dan Dira dikaitkan dengan isu ini berikutan laporan polis dibuat jelas menyebut namanya.






    "Saya tidak mahu komen apa-apa kerana saya tidak boleh beri sebarang jawapan kerana perkara ini masih dalam siasatan dan melibatkan pihak berkuasa.

    "Saya minta maaf banyak-banyak dan terima kasih kerana paham dengan situasi saya sekarang," jawab Dira.

    Semua pihak berkenaan masih berdiam diri dan pelbagai cerita serta spekulasi telah tercetus daripada insiden ini, namun belum ada individu yang tampil untuk mengesahkan semua gosip ini.

    Just for fun:Situasi yang sering berlaku dalam kehidupan

    Posted: 04 Apr 2012 08:58 AM PDT

    Dinasihatkan sesiapa yang membaca jokes nie jangan emo-emo..nie cuma hiburan dan fakta yang sering terjadi tapi bukan lah pada semua orang..

    Sensasi faham ada yang betul2 cinta sejati tak kiralah lelaki hensem ke,perempuan cantik ke,perempuan tak cantik ke...just for fun..

    5 Jenis Lelaki Yang Anda Patut Putuskan Hubungan

    Posted: 04 Apr 2012 08:58 AM PDT



    1 – Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya sudah bertahun². Ini bermakna bahawa anda bakan orang yang dia inginkan & mungkin juga anda tiada dalam kamus hidupnya. takut² anda hanya di gunakan untuk mengisi masa lapangnya sahaja.

    2 – Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki sebegini akan mengeluarkan kata² manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi, bila anda memerlukannya, dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelakkan dari anda.

    3 – Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tapi mesra. Kemana saja anda berdua. Ibarat merpati dua sejoli la konon pda pandangan orang. Malangnya hati lelaki tu tak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang dah lama kosong. Jangan buang masa dengan lelaki cenggitu.

    4 – Lelaki yang sudah mempunyai kekasih, tapi tetap mahukan anda (tamak betul). Selalunya lelaki macam ini mempunyai ramai awek tapi sekadar memenuhi nafsunya sahaja.

    5 – Lelaki yang anggp dirinya sentiasa betul. Pandangan atau setiap perkara yang anda buat salah pada mata atau pandangan dia. Selalunya kalau menjalinkan hubungan dengan lelaki macam ini, anda akan sering dimarah atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal (ego la tu), hal kecik pun nak dibesarkan.

    * ini sekadar tips sahaja.

    Kes Pengacara sepak muka wanita ,Pengacara Dira disebut dalam Laporan Polis mangsa

    Posted: 04 Apr 2012 08:56 AM PDT




    Baru-baru ini seorang pengacara wanita dikatakan telah bertindak liar apabila dia menyepak muka seorang wanita di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur, dan mangsa telah membuat laporan polis.Ramai yang membuat spekulasi pengacara tersebut adalah Dira,iaitu pengacara rancangan Melodi.

    Namun apabila ditanya wartawan,Dira menafikan dan mengatakan bahawa dia takda masa mahu ke kelab malam,pagi pagi buta.

    Namun dalam laporan polis yang diterima melalui Email oleh rakan blogger iaitu Rotikaya.
    Mangsa ada menyebut nama Dira ,pengacara Melodi telah menyepak mukanya dengan kasut tumit tinggi,sehingga mennyebabkan hidung bengkak,muka berdarah,gigi goyang dan sebagainya.

    Kita tunggu Melodi terjah cerita ini..errr??? akan terjah ke kisah pengacara sendiri?
    Kes masih dalam siasatan,tak tahulah samada betul Dira,atau mangsa tersilap tengok?

    Video: Nadia Mustafar disamun, rugi RM20,000 wang hasil jualan

    Posted: 04 Apr 2012 08:50 AM PDT



    Siti Naziyah Sheikh Mustafa atau Nadia Mustafar kerugian RM20,000 selepas disamun dua lelaki menaiki motosikal di tempat letak kereta Pasar Pudu, di sini, semalam.

    Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, Nadia, 35, bersama anak keduanya di dalam kereta Toyota Camry miliknya sebelum seorang lelaki yang masih memakai topi keledar membuka pintu dan membawa lari beg tangan pelakon berkenaan yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan.


    Nadia yang ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi berkata, terkejut dengan tindakan dua lelaki itu, dia keluar daripada kereta dan menjerit meminta tolong, namun beberapa orang awam di situ gagal mengejar dua lelaki terbabit yang memecut laju motosikal mereka.

    "Saya baru tiba di tempat letak kereta pasar itu apabila tiba-tiba dua lelaki berhenti di sebelah pintu kiri saya sebelum seorang daripada mereka membuka pintu dan melarikan beg tangan saya.


    "Di dalam beg itu ada tiga beg kecil masing-masing berisi wang perniagaan RM18,000 manakala dua lagi wang perbelanjaan diri dan dokumen peribadi," katanya.


    Menurutnya, dia terkilan dengan kejadian itu kerana wang berkenaan hasil pendapatan 13 hari membuka gerai jualan di Pusat Kraf Negara.

    "Wang itu hasil pendapatan berniaga yang sebahagiannya saya mahu bayar gaji enam pekerja," katanya.

    Gambar bekas anggota Elite semasa pernikahan Azza

    Posted: 04 Apr 2012 08:45 AM PDT

    Majlis nikah Azza Elite sudahpun selesai pada 1 April yang lepas,namun kontroversi Azza tidak menutup aurat semasa bernikah di masjid masih menjadi isu.Takpe lah,jadikan iktibar selepas nie supaya orang ramai faham tertib masuk masjid menutup Aurat.

    jom tengok gambar anggota kumpulan Elite yang suatu ketika dahulu muda remaja,kini masing-masing dah beranak pinak.hehe..

    Cume Sensasi rasa mekap kahwin Azza kurang menyerlah,manakala make up Rozita Che Wan pula mcm terlebih sudah...ok layan...

    reunion kumpulan elite

    reunion kumpulan elite

    reunion kumpulan elite
    reunion kumpulan elite
    reunion kumpulan elite
    reunion kumpulan elite
    reunion kumpulan elite
    reunion kumpulan elite
    reunion kumpulan elite
    reunion kumpulan elite

    reunion kumpulan elite
    reunion kumpulan elite
    reunion kumpulan elite
    reunion kumpulan elite
    reunion kumpulan elite
    reunion kumpulan elite

    Eh,pengantin laki apsal pegang watie plak...Bini awak kat belakang tue,jangan silap pula..ehe
    reunion kumpulan elite

    Datuk K terima pangkat Kolonel Kehormat

    Posted: 04 Apr 2012 08:32 AM PDT

    Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memakaikan pangkat Kolonel Kehormat kepada Pengerusi Eksekutif Ace Global Ventures Sdn Bhd, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

    Ia disampaikan pada majlis perhimpunan bulanan dan pemakaian pangkat kehormat di Dataran Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur, Selasa.

    Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin. Sebelum ini, penerbit filem terkenal, David Teo juga diberi penganugerahan pangkat kehormat yang membawa gelaran Mejar.

    borak kosong

    borak kosong


    Gila ini artis Indon yang mahu orang yang datang ke majlis kahwinnya nanti pakai pakaian dalam sahaja

    Posted: 05 Apr 2012 09:30 PM PDT



    infospesial.net -  Merancang menikah tahun depan, aktris Cynthiara Alona dan kekasihnya, Ferdy menggadakan pesta pernikahan yang unik dengan tema mengenakan lingerie, dimana yang menghadiri acara tersebut hanya diperbolehkan mengenakan pakaian dalam saja. 

    "Kalau cowok yang datang pakai celana pendek aja. Underware. Kalau cewek pakai lingerie. Kita berpesta deh," ujar Alona

    Diakui Alona, Idea yang unik itu datang  dari sang kekasih. Menurutnya, pernikahan yang hanya sekali seumur hidup, oleh kerana itu ia ingin membuat acara yang berkesan dan tak kan terlupakan. 

    "Setuju aja, nggak masalah. Kalau aku sih sebenarnya pengen yang konsepnya meriah, karena menikah buat aku seumur hidup sekali. Jadi buat aku, konsep dia luar biasa, aku ikut aja deh. Yang terpenting asal jangan nikah siri aja. Itu paling pantang buat aku," paparnya. 

    Sementara Alona sendiri juga mempunyai idea yang tak kalah uniknya. Ia ingin membuat ingin membuat sebuah pernikahan di dalam gua. 

    "Pengen nikah di sebuah gua yang dengan glester tajam-tajam gitu, kalau masuk harus punya mental yang kuat, nggak punya asma. Ya semacam seperti pecinta alam gitu deh," katanya.

    Lelaki 203 Kg Turunkan Berat Badan Kerana Tersepit di Kerusi Kereta

    Posted: 05 Apr 2012 09:15 PM PDT


    Maidstone, Kent, Rasa malu mungkin dapat memotivasi orang untuk hidup lebih sihat. Seorang lelaki dengan berat 203 kg akhirnya mahu menurunkan setengah dari berat badannya setelah mendapatkan malu kerana punggungnya tersepit di kerusi kereta hingga harus membayar denda.

    Brandon Mower (33 tahun) bersumpah akan menurunkan berat badannya setelah mengalami kejadian memalukan. Punggungnya yang besar terjebak selama 15 minit di kerusi kereta dan harus mengemis bantuan pada konduktor hingga akhirnya dikenakan biaya kerana perjalanan kereta yang tertunda.

    5 tahun kemudian Brandon sudah berhasil menurunkan hampir setengah dari berat badannya. Dengan tinggi badan 193 cm kini berat badannya hanya 104 kg. Brandon kini bahkan menjadi seorang pelatih penurunan berat badan.

    "Kerusi itu memiliki sandaran tangan yang fix dan punggungku terjebak disana. Aku terkejut, punggungku juga sangat besar. Aku tidak boleh keluar dan harus menghabiskan waktu 15 minit untuk membantuku keluar," kenang Brandon yang bekerja sebagai desainer grafik di Maidstone, Kent, seperti dilapor Mirror.co.uk, Rabu (9/11/2011).

    Rasa malu duduk di kereta itu terjadi pada tahun 2005 dalam perjalanan dari Maidstone ke Bromley. Brandon mengakui bahawa saat itu ia sering makan di restoran junk food dan memesan semua yang ada di menu namun tetap merasa lapar.

    Saat itu ia berhasil menurunkan berat badan 63,5 kg dalam 2 tahun dan mengikuti diet makan sihat serta memperbanyak latihan.

    "Saya pergi ke pesta dia bulan lalu dan ibuku tak mengenaliku," ujar Brandon dengan senang melihat badannya yang ideal.


    sumber : detikhealth.com

    ( Kisah Nyata ) 'Kejamnya Ibuku, Aku Diperlakukan seperti anjing"

    Posted: 05 Apr 2012 09:00 PM PDT

     "Ibuku sendiri memperlakukan diriku seperti seekor anjing," begitulah pengakuan seorang anak yang kesehariannya diwarnai dengan dipukuli ibunya, dikunci di ruangan, tidak diberikan tempat tidur hingga berjualan di pasar gypsy. Apa yang membuat seorang ibu sanggup berbuat seperti itu pada darah dagingnya sendiri?

    Andrew Clappison, 18 tahun, melaporkan ibunya, Linda Clappison, 46 tahun ke pengadilan kerana perlakuan yang tidak lagi boleh diterimanya. Andrew mengaku kepada pengadilan Hull Crown bahawa ibunya dulu baik-baik saja dan penyayang sampai ayahnya meninggalkan ibunya saat dirinya berusia sepuluh tahun.

    Dilapor Dailymail, remaja lelaki ini merasa hidupnya bagaikan teror dengan kelakuan ibunya yang kadang melarang dirinya pergi sekolah namun memaksanya untuk berjualan di pasar gypsy. Sepulang sekolah iapun dikurung di bilik dan hanya tidur di lantai tanpa cahaya lampu atau pemanas. Di hari-hari tertentu, ibunya juga sering memukuli dan menendangnya tanpa ada alasan tertentu.

    Bekerja di pasar Gypsy di area Whitby dan Hull Fair diakuinya ia tak menerima bayaran sesen pun, ia hanya dijadikan pesuruh di pasar tersebut oleh para penjual lepasan. Jika para penjual itu mengeluh pada ibunya, maka ia langsung dipukul, ditampar atau ditendang oleh ibunya di rumah.

    Perlakuan aneh dari ibunya tidak hanya sampai di situ. Setelah ia dikurung di bilik, ia harus mengetuk pintu jika ingin pergi ke toilet atau minum air. "Aku diperlakukan seperti anjing pada dasarnya," akunya.

    Sejak bulan Januari 2010, ibunya mengeluarkan tilamdan selimut dari biliknya. Iapun mengakali kedinginan di musim dingin dengan mengangkat kotak dan menjadikannya selimut. Saat bangun pagi, kakinya sudah membiru dan membeku. Meskipun ada pemanas di biliknya, tapi alat itu tidak boleh digunakan tanpa radiator.

    Pihak sekolah juga mengakui ke pengadilan, di periode usia Andrew yang menginjak 10 hingga 16 tahun, cuti sekolahnya hanya mencapai 43%. Saat pihak sekolah menelefon ayah atau ibunya di rumah, tidak ada yang menjawab.

    Hingga saat ini, Linda Clappison yang tinggal di Keyingham Marsh, Inggris, menolak tuntutan anaknya sendiri yang mengatakan bahawa dirinya menyiksa anaknya. Sidangpun masih terus berlanjut. 

    sumber 

    Miskin, Perempuan Lanjut usia Tinggal di Toilet 5 Tahun

    Posted: 05 Apr 2012 08:45 PM PDT

    Kerana miskin, seorang perempuan lanjut usia di Kota Makassar, Sulawesi Selatan, terpaksa menghabiskan waktu di bilik mandi. Dia bahkan sudah tinggal di bilik mandi sejak lima tahun terakhir.

    Perempuan bernama Halifah Daeng Nginga, warga Bantoala Tua, Kecamatan Bantoala, Kota Makassar, itu hidup sebatang kara tidak memiliki keluarga.

    Bilik mandi itu pun sebenarnya bukan milik Halifah, melainkan milik tetangganya.

    Perempuan berusia 80 tahun itu tidak punya pilihan lain selain menetap di tempat sempit, bau, dan kotor. Di samping tidak memiliki tempat tinggal dan keluarga di Makassar, Halifah mengaku tidak ingin membuat repot orang lain ketika buang air. Maklum Halifah menderita kelumpuhan sehingga dia susah jika berjalan sendiri ke bilik mandi.

    Untuk mencukupi keperluan sehari-hari, para tetangga secara bergantian memberi makan kepadanya.

    Sementara itu, Cia, pemilik rumah mengaku iba dengan Halifah. Dia berinisiatif mengajak Halifah tinggal di rumahnya. Namun kerana keadaan ekonomi keluarganya juga susah, Cia tidak boleh menyediakan bilik khusus untuk Halifah.

    Cia berharap ada perhatian pemerintah untuk mencarikan Halifah tinggal yang layak.

    sumber 

    Cammi Tse Bukukan Skandal Seksnya denga Edison Chen

    Posted: 05 Apr 2012 08:30 PM PDT


    infospesial.net -  
    Ditahun lalu 2011, dunia maya kembali dihebohkan dengan foto-foto vulgar antara Edison Chen dan Cammi Tse. Pada saat itu Cammi sendiri terlihat shock dan depresi mengetahui skandal seks nya menjadi konsumsi publik. Namun berbeza drastis dengan kini, seolah dengan bangga Cammi merancang akan bukukan skandalnya tersebut.


    Seperti dilapor dari Sina, Khamis (5/4/2012) model yang masih berusia sweet seventeen ini, akan melancarrkan buku otobiografinya di tahun ini. "Buku ini berisi cerita romantis gadis remaja, tentang jalinan asmara dengan mantan kekasih di masa lalu." tuturnya dengan percaya diri.



    Edison sendiri sempat menggemparkan dunia intertainment denga beredarnya sex tape dirinya bersama banyak artis cantik dan terkenal Hong Kong, sebut saja seperti Cecilia Cheung dan Gillian Chung. Oleh kerana itu, buku Cammi yang mengisahkan skandalnya seksnya dengan Edison banyak manarik perhatian.

    Hanya untuk sekali Facial, Madonna Habiskan 10 ribu euro

    Posted: 05 Apr 2012 08:15 PM PDT


    MANADOTODAY – Ternyata kecantikan seorang diva tak selamanya kerana operasi plastik dan botoks. Hal ini dibuktikan diva pop dunia, Madonna. Wanita berusia 53 tahun yang masih kelihatan cantik nan muda itu, mengaku tidak memakai dua metode tersebut untuk kelihatan cantik dan seksi.
    Lalu, apa yang digunakan perempuan ini agar selalu kelihatan muda? Dilpor telegraph.co.uk, perempuan yang lahir di Bay City, Michigan, Amerika Syarikat ini hanya menggunakan facial intraceuticals Rejuvenate Daily Serum yang dipakai dengan sebuah alat khusus.
    Uniknya alat rawat tersebut ada diharganya. Dimana untuk intraceuticals Rejuvenate Daily Serum seperti yang tercantum disitusnya, harganya sekitar 192,9 euro.
    Sedangkan untuk alat bantunya, 9.000 euro . Mesin ini, dibeli 6 sekaligus untuk sekali pakai . Jadi  total harga yang dikeluarkan penyanyi lagu 'American life' lebih 10 ribu euro hanya untuk alat memakai cream harian itu. Anda berminat seperti Madonna?

    Drama cemas suami mahu kelar isteri

    Posted: 05 Apr 2012 08:00 PM PDT


    BANGKOK - Seorang lelaki, Sakdawut Hamsiri mengacukan pisau dekat leher isterinya dalam drama tebusan yang berlaku selama enam jam di Thailand.
    Sakdawut yang bersenjatakan sebilah pisau menawan isterinya, Thawee Naiyanit di sebatang jalan raya di sini semalam.
    Lelaki berusia 30 tahun itu nekad menjadikan wanita berkenaan sebagai tebusan dan berulang kali menolak permintaan polis supaya mangsa tersebut dibebaskan.
    Insiden tersebut hanya berakhir apabila polis menggunakan pistol renjatan elektrik terhadapnya.
    Dia ditangkap dan dibawa ke sebuah balai polis untuk disoal siasat selepas rebah terkena renjatan itu.
    Polis kemudian memberitahu, Sakdawut berada di bawah pengaruh dadah ketika insiden tersebut berlaku. - Agensi
    sumber : myMetro

    Serbuk tanduk sumbu popular di Vietnam

    Posted: 05 Apr 2012 07:45 PM PDT


    HANOI, Vietnam - Seorang wanita, Nguyen Huong Giang gemar berparti tetapi dia benci kesan alkohol yang menyebabkan kepalanya berasa sakit.
    Bagi menghilangkan kesakitannya, dia menenyeh-nenyeh tanduk badak sumbu di atas permukaan pinggan seramik sehingga menjadi serbuk dan meminum ramuan itu bersama air.
    Giang memiliki tanduk berwarna coklat sepanjang 10 sentimeter itu yang diberikan oleh bapanya.
    Ia dipercayai dapat menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk sakit kepala dan kanser.
    "Saya tidak tahu harga sebenar tanduk ini," kata Giang, 24, selepas menunjukkan tanduk badak sumbu itu di apartmennya di sini.
    "Saya cuma tahu ia mahal," tambahnya.
    Tanduk badak sumbu terdiri daripada keratin, bahan protein yang turut ditemui dalam rambut dan kuku manusia.
    Beberapa pakar menyatakan sebahagian tanduk badak sumbu yang dijual di Vietnam didapati palsu.
    Giang meminum serbuk tanduk badak sumbu bersama air apabila dia mengalami alahan atau selepas mengambil terlalu banyak minuman keras.
    Serbuk berkenaan popular dalam kalangan penduduk di Vietnam.
    Seorang penjual ubat tradisional memberitahu bahawa setiap paket serbuk tanduk badak sumbu dijual pada harga 200,000 dong (RM30.65) di Vietnam.
    Beberapa pegawai Amerika Syarikat pula menyatakan serbuk itu berharga sekitar AS$55,000 (RM168,575) bagi setiap satu kilogram di Asia sekali gus menjadikan ia lebih mahal daripada kokain. - Agensi

    sumber : kosmo online

    Murid, 9, tertembak rakan tulis surat minta maaf

    Posted: 05 Apr 2012 07:30 PM PDT


    WASHINGTON: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun dari Bremerton di sini menulis surat meminta maaf kepada rakan sekelasnya yang cedera parah selepas pistol yang dikeluarkan dari beg galasnya meletup ke arah tulang belakangnya.
    Surat tulisan tangan itu dialamatkan kepada Amina Bowman, 8, yang keluar dari hospital Selasa lalu. "Saya minta maaf saya cederakan kamu kerana saya bawa pistol ke sekolah. Saya tidak bermaksud mencederakan sesiapa. "Saya harap semua orang baik-baik saja. Saya buat pilihan yang buruk," tulisnya.

    Enam minggu selepas diterbangkan ke Pusat Perubatan Harborview, Amina menunjukkan tanda beransur pulih.


    "Mahu makan sup, berjalan setapak dua dan meminum milk shake selepas keluar dari hospital adalah perkembangan yang ditulis ibunya di laman Facebook. Pada 22 Februari lalu, Amina ditembak dalam kelas di Sekolah Rendah Armin Jahr di Bremerton. Sekolah itu ditutup serta-merta selepas kejadian itu.

    Pendakwaan ke atas kanak-kanak akan ditangguhkan. Ibunya, Jamie Lee Chaffin dan teman lelakinya, Douglas L Bauer tidak mengaku bersalah atas tuduhan serangan tahap ketiga dan memiliki senjata api secara haram. Ibu bapa Amina berkata, anak mereka akan kembali ke sekolah pada musim luruh kelak. - AP



    sumber : myMetro

    Wanita simpan mayat bayi dalam peti dingin beku 5 tahun

    Posted: 05 Apr 2012 07:15 PM PDT


    MOSCOW: Seorang wanita Russia didapati bersalah membunuh anaknya yang baru lahir dan menyimpan mayat bayi terbabit dalam peti dingin beku selama lima tahun.
    Mahkamah di Arkhangelsk di utara negara itu mengesahkan Lyudmila Smirnova, 37, melahirkan anak perempuan di kediamannya pada Januari 2007 dan menekap bayi itu dengan kain hingga mati.

    Dia kemudian meletakkan mayat bayi berkenaan dalam peti dingin beku hingga 29 Disember tahun lalu sebelum dikeluarkan teman lelakinya yang menyangka ia daging lembu. - Agensi



    sumber : myMetro

    Budak 10 tahun lahirkan anak

    Posted: 05 Apr 2012 07:00 PM PDT


    BOGOTA: Seorang kanak-kanak Colombia berusia 10 tahun mencetuskan kemarahan selepas dia menjadi antara ibu paling muda di dunia setelah melahirkan seorang anak perempuan.
    Kanak-kanak itu, anggota suku kaum Wayuu di Semenanjung La Guajira, mengandung 39 minggu apabila menjalani pembedahan Caesarean.

    Ia kali pertama kanak-kanak itu yang berasal dari bandar Manaure, mengunjungi doktor berhubung kehamilannya.


    Dia dilapor tiba di hospital itu dalam keadaan berdarah sambil menangis kerana kesakitan disebabkan deria untuk bersalin.

    Doktor mengambil keputusan untuk menjalankan pembedahan yang mengancam nyawa kanak-kanak itu kerana usianya. Bagaimanapun, kanak-kanak itu dan anaknya yang hanya seberat lima paun, sihat walaupun si ibu enggan menyusukan bayinya.


    Mereka kini berada di hospital yang lokasinya tidak didedahkan.



    Walaupun polis Colombia boleh mengenakan tindakan undang-undang terhadap si bapa atas tuduhan melakukan seks bawah umur, perlembagaan negara itu menjamin autonomi masyarakat Wayuu.

    Ia membenarkan suku kaum itu mengekalkan kedaulatan mereka dan beberapa warisan budaya yang antaranya melahirkan anak ketika usia amat muda.


    Namun, suku kaum itu enggan mendedahkan identiti si bapa. Beberapa akhbar Colombia meramalkan dia berusia 15 tahun. Ada yang percaya dia berusia 30 tahun.

    Kes itu diselar oleh Pengarah Hospital tempat kanak-kanak itu bersalin.


    "Ini bukan kali pertama kami menerima kes seperti ini. Kanak-kanak itu sepatutnya bermain anak patung, tetapi sebaliknya, mereka menjaga anak mereka," kata Efrain Pacheco. - DM



    sumber : myMetro

    Cina buta perlu taubat

    Posted: 05 Apr 2012 06:45 PM PDT


    KUALA LUMPUR: Haram dan berdosa besar bagi seorang lelaki yang mempunyai niat untuk menjadi cina buta terutama bagi menjadikan kegiatan itu sebagai suatu yang menguntungkan, meskipun pernikahannya dengan pasangan adalah sah di sisi agama.
    Penasihat Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut berkata, Allah SWT melaknat lelaki yang berkahwin dengan niat begitu dan sesungguhnya perkahwinan yang dilangsungkan walau untuk tempoh sementara tidak pernah mendapat keberkatan daripada-NYA.

    "Memang nikahnya sah, tetapi ingatlah sekiranya perkahwinan diasaskan dengan niat begitu, tetap dilaknat Allah dan hendaklah mereka yang terbabit bertaubat dengan kadar segera tidak kiralah sama ada lelaki cina buta atau individu lain yang mengupahnya. "Dan kegiatan ini pun tidak sepatutnya berlaku dalam kita sedang giat berdakwah mengajak dan mendidik umat Islam. Saya mahu ingatkan semua pasangan terutama suami supaya jangan bermain dengan perkahwinan dan perceraian," katanya ketika dihubungi, semalam.


    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai sekumpulan lelaki di Johor yang menjadi pak sanggup atau cina buta semata-mata mengidamkan imbuhan lumayan mencecah RM10,000.


    sumber : myMetro

    Kepala nenek dihentak besi

    Posted: 05 Apr 2012 06:30 PM PDT


    KODIANG: Seorang warga emas bukan saja kehilangan barang kemas bernilai RM3,000, malah menerima 15 jahitan pada dahi akibat dipukul dengan benda keras dipercayai besi dalam kejadian samun di Kampung Meribut, dekat sini, kelmarin.
    Kejadian berlaku jam 3 petang ketika mangsa, Ku Timah Ku Ibrahim, 74, yang tinggal seorang diri tidur di atas kerusi malas di ruang tamu rumah tanpa menyedari seorang lelaki memasuki kediamannya.

    Katanya, dia terkejut apabila tiba-tiba berasa lehernya dicekik dan cuba menjerit meminta pertolongan, namun tidak berupaya kerana tiada suara.


    "Saya tidak sempat bertindak, malah tidak melawan ketika suspek mencekik leher dan cuba merampas gelang tangan emas bernilai RM3,000 pada tangan kiri.

    "Mungkin dia terkejut apabila saya cuba menjerit, lantas menghentak sesuatu dipercayai benda keras di kepala hingga saya pening, tetapi masih tidak sedar darah sudah mengalir keluar dari dahi," kata ketika ditemui di sini, semalam.


    Bimbang dengan keselamatannya, Ku Timah membuat laporan di Balai Polis Kodiang sebelum dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu.



    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohamed Yusoff ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan siasatan masih dijalankan untuk mengesan suspek.


    sumber : myMetro

    Isteriku lelaki,setahun tertipu

    Posted: 05 Apr 2012 06:15 PM PDT


    KUALA LUMPUR: Selepas setahun melayari bahtera perkahwinan, barulah si suami mengesyaki isteri ketiganya, pengusaha butik kecantikan adalah seorang lelaki.
    Ini menyebabkan bekas dekan di sebuah institusi pengajian tinggi awam, Dr Bahrom Sanugi, 61, memfailkan faraq (membubarkan perkahwinan) dengan Sri Wani Choo Abdullah, 37. 
    Peguam Syarie, Muhammad Hafiz Ab Rashid yang mewakili Bahrom memberitahu wartawan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, Bahrom selaku plaintif memfailkan permohonan faraq itu pada 17 Januari 2011 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

    Katanya, anak guamnya juga hanya menyedari dia mengahwini seorang lelaki pada penghujung 2010 iaitu setahun selepas mereka berkahwin di Songkhla, Thailand, 19 Ogos 2009.



    Anak guamnya turut mempunyai bukti, termasuk sijil lahir serta nombor kad pengenalan Sri Wani yang menyatakan dia adalah lelaki berdasarkan nombor terakhir iaitu nombor ganjil.



    sumber : myMetro

    Tok Ayah ijab kabul tepi jalan

    Posted: 05 Apr 2012 06:00 PM PDT


    IPOH: Di tepi jalan pun boleh asalkan bayar. Khidmat jurunikah palsu ini bergiat aktif di Perak dan beberapa negeri lain untuk pasangan yang tidak mendapat restu ibu bapa atau suami yang ingin berpoligami tanpa kebenaran isteri.
    Sindiket nikah palsu itu yang didalangi warga tempatan menawarkan khidmat berkenaan dengan bayaran RM2,000 hingga RM5,000 dan mengambil masa kurang 10 minit untuk proses pernikahan sebelum pasangan diberi sijil nikah.
    Sumber Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) berkata, khidmat jurunikah palsu itu dipercayai diiklankan sindiket melalui Internet menggunakan laman sosial dan iklan di kaki lima selain disebarkan individu yang pernah menggunakan perkhidmatannya.

    Menurutnya, sindiket dikenali 'nikah 10 minit' itu didalangi seorang lelaki tempatan digelar 'Tok Ayah' berusia 50-an yang berperanan sebagai jurunikah.



    "Tok Ayah dibantu beberapa individu lain dikesan menawarkan khidmat nikah itu bergerak dari satu lokasi ke lokasi. Malah, mengadakan majlis nikah itu di sebarang lokasi, termasuk di tepi jalan.


    "Pelanggan diberikan taklimat seringkas mungkin sebelum ijab kabul dilakukan. Setakat ini, maklumat mendapati Tok Ayah yang berasal dari Kedah, aktif menjalankan kegiatan itu walaupun menyedari menyalahi undang-undang," katanya



    sumber : myMetro

    Gadis kembali ke pangkal jalan

    Posted: 05 Apr 2012 05:45 PM PDT


    KUALA LUMPUR: "Saya serik dan takkan sesekali kembali ke keadaan itu. Saya lebih tenang kini walaupun hidup tidak mewah," kata Amirah, 19, bekas pelacur yang diselamatkan beberapa minggu lalu.
    Dia mendakwa mampu memperoleh pendapatan hampir RM10,000 seminggu dengan melacurkan diri, tetapi semua itu tidak memberi sebarang makna kepadanya. 
    "Kini saya hanya memperoleh RM350 sebulan saja sebagai pembantu kedai, namun saya cukup bahagia," katanya.

    Selepas hampir dua tahun bergelumang dosa, dia kembali ke pangkal jalan selepas menghubungi Unit Kebajikan dan Sosial Bekas Anak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (Perbak) yang kemudian mengeluarkan dia daripada 'sarang' pelacuran di ibu negara.



    Kisah hitam hidupnya bermula selepas melarikan diri daripada rumah keluarga angkatnya di Tampin, Negeri Sembilan dua tahun lalu sebelum dinodai beberapa lelaki dikenali sewaktu menjadi pelayan di sebuah kelab malam.



    sumber : myMetro

    Ni memang designnya atau seluar akak ni terkoyak?

    Posted: 05 Apr 2012 05:00 PM PDT


    adakah patut...

    Posted: 05 Apr 2012 04:45 PM PDT

              inilah yang dikatakan rumah siap pahat berbunyi....adakah patut!!!

    Hebat ..Seniman ini membuat serangga dengan rambutnya sendiri

    Posted: 05 Apr 2012 04:30 PM PDT

    Seniman Adrienne Antonson mempunyai cara tersendiri dalam membuat karya seni, yakni dengan membuat patung serangga dengan menggunakan rambutnya sendiri.

    Bahkan, Ripley mempamerkan enam karyanya di muzium mereka kerana menganggap karya Antonson ini sangat bagus.

    Antonson, yang baru saja pindah ke Asheville, NC, dari Vashon Island, mengatakan bahawa sangat menyukai serangga ketika masih berusia muda.






    "Mereka (serangga) memikat saya, dan yang membuat saya kagum kerana meskipun ukuran mereka sangatlah kecil, namun serangga dapat melakukan begitu banyak hal yang tidak dapat kita lakukan," jelasnya.

    Antonson menggunakan teknik yang berbeza, bergantung pada model serangga yang ia ciptakan. Terkadang ia menjahit rambut tersebut dan kadang kala mencat atau menggunakan hairspray.

    "Idaenya adalah untuk menciptakan sesuatu yang indah dan bertekstur seperti serangga. Bahkan saya tidak perlu membunuh mereka untuk membuat karya ini " katanya.

    Sumber : huffingtonpost

    Beli rumah berharga AS$40 juta untuk tamatkan persengketaan

    Posted: 05 Apr 2012 04:15 PM PDT

    Kalau dah banyak duit..


    SAN FRANCISCO: Bilionair, Larry Ellison akhirnya menamatkan sengketa yang berlaku sekian lama dengan jirannya, membabitkan deretan pokok yang tidak terurus apabila dia membeli kediaman jirannya itu dengan harga AS$40 juta (RM120 juta).
    Ellison, pengasas Oracle, sebuah syarikat perisian komputer, bertelingkah dengan jirannya di 'Billionaire's Row,' sebuah kawasan kediaman mewah, sejak beberapa tahun lalu mengenai pokok yang didakwanya menghalang pemandangan teluk San Francisco dari kediamannya. Ellison, individu kelima terkaya di dunia, mengadu dua pokok besar pohon kayu merah di bawah bukit dari kediaman mewah seluas 10,000 kaki persegi dan lima bilik tidur miliknya di Pacific Heights menghalang pemandangan indah Teluk San Francisco.

    Dia cuba menyaman pasangan suami isteri yang memiliki pokok itu kerana membiarkan tanaman mereka menghalang dia menikmati pemandangan indah itu. Usahanya itu bagaimanapun gagal. Akhirnya Ellison terpaksa menggunakan kekayaannya untuk menyelesaikan isu itu.

    Dia membeli kediaman jirannya itu dengan harga RM120 juta. Ellison dikatakan bersetuju membeli kediaman yang mempunyai 22 bilik tidur itu tetapi tidak mempunyai garaj kerana yang penting baginya dia dapat menikmati pemandangan Teluk San Francisco.

    Ellison sebelum ini pernah dua kali menawar untuk membeli rumah itu dengan harga RM45 juta tetapi tawaran itu ditolak. - Agensi

    Budak 7 tahun jadi bidan sambut kelahiran adiknya

    Posted: 05 Apr 2012 04:00 PM PDT

    TEMPO Interaktif, London – Anak perempuan berusia tujuh tahun, Lauren Burman, menjadi bidan menyambut kelahiran adiknya lalu menyelamatkan adiknya tersebut ketika adiknya itu tidak boleh bernafas setelah lahir.

    Lauren Burman tetap tenang ketika ibunya, Clair, 28 tahun, tiba-tiba melahirkan di rumahnya di Rotherham, South Yorks, England. Lauren dengan tenang membawa ibunya ke bilik tidur lalu menyambut kelahiran adiknya yang bernama Charley.

    Namun, proses kelahiran Charley sedikit terhambat. Tali pusat Charley mengelilingi lehernya sehingga Charley membiru keranna tidak boleh bernafas. Lauren pun dengan perlahan melepaskan lilitan tali pusat tersebut sehingga mulut dan leher Charley boleh bernafas kembali.

    Lauren mengatakan, "Awalnya, itu rasanya sedikit aneh dan menjijikkan. Lalu keadaan menjadi sedikit menakutkan. Saya akan selalu mengenang itu. Dia adalah adik perempuan terbaik untuk saya."

    Sementara, Clair mengatakan, "Lauren terus berusaha membuat saya tetap tenang. Tapi ketika dia melihat kepala adiknya keluar, dia mulai sedar bahawa ini adalah sesuatu yang nyata."

    "Saya panik. Namun, Lauren tetap tenang dan semuanya ternyata berakhir dengan sempurna. Kini dia ingin jadi bidan," lanjut Clair

    Aksi brutal lelaki aniaya burung merak

    Posted: 05 Apr 2012 10:30 AM PDT





    Gaun dibuat daripada buku cerita kanak-kanak

    Posted: 05 Apr 2012 10:15 AM PDT

    VIVAnews – Lembaran-lembaran kertas buku cerita anak yang sudah tak terpakai, umumnya langsung dibuangkan. Tapi, ini tidak berlaku bagi Ryan Novelline. Dengan sedikit kreativiti dan imajinasi, artis yang menetap di Boston itu menjadikan buku  jadi gaun menakjubkan.

    "Jujur, saya hanya berharap punya sesuatu yang boleh dipakai," kata Novelline yang dikutip dari laman thestir.cafemom.com.

    Gaun yang diciptakan Novelline sepenuhnya dari bekas buku cerita Little Golden Books. Dia memanfaatkan ilustrasi warna-warni dalam buku itu. Lalu mempolanya sedemikian rupa. Sehingga jadilah karya fashion yang benar-benar dapat dipakai.

    Menurutnya, ini bukan hanya idea yang luar biasa. Tapi benar-benar menakjubkan.

    Bahagian atas gaun karya Novelline, dengan model korset, dirancang untuk meniru foil emas yang mengikat tulang belakang. Sedangkan bagian rok, dirancang dari halaman buku-buku cerita.



    Selain buku bekas, kertas bekas scan foto anak-anak di mall juga dapat dimanfaatkan untuk busana. Misalnya dirancang menjadi sebuah kaus.

    Jom Kita Intip Ruang Khusus Masturbasi di Sebuah Lab Klinik Kesuburan

    Posted: 05 Apr 2012 10:00 AM PDT



    Program bayi tabung dilakukan dengan mempertemukan sel telur dan sperma di laboratorium. Jika pada perempuan sel telur dikeluarkan oleh doktor, laki-laki harus mengeluarkan spermanya sendiri sehingga ada ruang khusus di klinik kesuburan yang disebut ruang masturbasi.

    Di ruang masturbatorium disediakan majalah majalah dewasa dan CD video porno

    Ruang masturbasi yang rasminya bernama sperm collection room merupakan ruang khusus di klinik kesuburan yang disediakan khusus untuk pesakit laki-laki. Sesuai namanya, ruangan ini menjadi tempat untuk mengeluarkan sperma untuk kemudian ditampung dalam botol khusus.

    "Kami menyadari betul, terkadang tidak mudah untuk mengelurkan sperma. Kerana itu kami sediakan ruangan seperti hotel lengkap dengan fasilitinya," ungkap dr Budi Wiweko, SpOG(K) dari Klinik Yasmin Kencana RS Cipto Mangunkusumo (RSCM) pada Detikhealth .


    Ruang khusus masturbasi, boleh menonton filem porno untuk tujuan mengeluarkan sperma

    Untuk melihat fasiliti apa saja yang tersedia, detikHealth berkesempatan mengunjungi sperm collection room alias ruang masturbasi di Klinik Yasmin Kencana RSCM Jakarta. Ruangan tersebut terletak paling hujung, terhubung langsung melalui sebuah jendela kecil menuju ruang penyerahan sperma untuk diperiksa.

    Berbeza dengan ruangan lain yang ada di laboratorium tersebut, ruang masturbasi benar-benar seperti bilik hotel. Dindingnya dihiasi wallpapper oranyge bermotif bunga-bunga, dengan penerangan lampu remang-remang sehingga sama sekali tak terasa kalau sedang berada di laboratorium.

    Fasilitas yang ada di ruangan itu antara lain spring bed berukuran twin yang cukup untuk ditempati

    2 orang, televisyen LCD 29 inchi, DVD player serta 1almari berisi koleksi filem dan majalah khusus dewasa. Di dalam ruangan juga ada bilik mandi, yang boleh dipakai untuk membersihkan diri.


    Kalau di China proses pengeluaran sperma dibantu oleh jururawat klinik.

    Menurut jururawat yang bertugas, tempat tidur yang tersedia cukup untuk ditempati 2 orang kerana kadang-kadang ada pesakit laki-laki yang tidak boleh mengeluarkan spermanya sendiri. Solusinya, pesakit yang kesulitan melakukan masturbasi boleh mengajak isterinya ke dalam ruangan.

    Di dalam ruangan, pesakit laki-laki bebas melakukan apa saja untuk mengeluarkan sperma. Kebanyakan hanya melakukan masturbasi dengan bantuan isteri mahupun menggunakan media berupa DVD dan majalah dewasa yang telah disediakan, namun ada juga yang sampai harus bersetubuh dengan istrinya.

    "Boleh-boleh saja mahu bersetubuh, yang penting setelah itu spermanya harus segera ditampung dalam botol," tambah dr Budi, yang juga menjabat sebagai Manager Unit Pelaksanaan dan Pemasaran INA Repromed di Klinik Yasmin Kencana RSCM.

    Jika spermanya tetap tidak keluar, dr Budi bersama pasukannya akan melakukan alternatif terakhir untuk mengeluarkannya yakni melalui operasi. Jika keluar air mani tetapi tidak ada sel spermanya atau disebut juga azoospermia, maka spermanya juga harus diambil melalui operasi.
    (detikhealth)-dipetik dari ruanghati.com

    Kemaruk betul pasangan ni

    Posted: 05 Apr 2012 09:45 AM PDT






    Kemaruk betul pasangan ni..sampai dah tak pedulikan orang lain...