Adsense

Ahad, 30 Januari 2011

Zon Artis

Zon Artis


Aidil Kata Damai, Rita Kata Dusta – Apa Kes Ni?

Posted: 30 Jan 2011 11:26 PM PST

RITA RUDAINI DAN AIDIL ZAFUAN

Baru je semalam perselisihan faham antara Rita Rudaini dan Mertua dikhabarkan sudah berakhir, tapi hari ini lain pula ceritanya bila Rita Rudaini membuat kenyataan kat mymetro yang semua itu adalah dusta. Naik pening kami dibuatnya. Anda baca apa yang dilaporkan oleh mymetro kat bawah ni.

Krisis rumah tangga pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 24, dan pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 35, memasuki episod baru apabila satu pihak mengeluarkan kenyataan sudah menemui jalan damai manakala satu pihak lagi menafikannya dengan tegas, semalam.

Aidil yang dihubungi Harian Metro untuk mengesahkan laporan satu portal Internet mengenai Rita dikatakan sudah memohon maaf dengan mentuanya, mengakui perkembangan positif itu berlaku ketika isteri dan ibunya berjumpa selepas anak mereka, Airil Rayyan Rizkin, 2, dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court, Khamis lalu.

"Ibu saya menziarahi anak saya yang mengalami demam panas dan dia berbual panjang dengan Rita. Mereka sudah bermaafan antara satu sama lain. Bagaimanapun lebih baik persoalan mengenai perkara ini ditanya kepada Rita kerana dia yang mempunyai masalah dan bukannya saya," katanya.

Malah, Aidil berkata dia juga menarik balik tindakan proses sulh yang difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah berhubung soal penjagaan anak yang dibuat sebelum ini.

"Saya akan menarik balik tindakan memfailkan proses sulh yang dibuat sebelum ini dalam masa terdekat dan bersyukur sekiranya apa yang berlaku sebelum ini tidak berpanjangan dan berakhir dengan baik dan selamat," katanya.

Bagaimanapun Rita yang dihubungi pula, menafikan segala yang diperkatakan suaminya dan tidak mahu kenyataan diputar belit sehingga menimbulkan masalah kepadanya seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

"Mengapa saya memohon maaf sedangkan tiada satu kesalahan pun datang dari pihak saya. Mereka sekali lagi sudah mengubah cerita sebenar agar kesalahan nampak di pihak saya.

"Dalam hal ini saya perlu berhati-hati dan perlu membetulkan kembali kenyataan kerana bimbang ia bakal digunakan di mahkamah kelak. Saya ada saksi apa sebenarnya berlaku kerana ketika itu seorang wartawan kebetulan ada bersama dan dia boleh menjadi saksi," katanya.

Rita yang kini hamil enam bulan juga hairan mengapa Aidil tidak menceritakan perkara sebenar bahawa dia datang melawat Rayyan hanya selepas dipaksa.

"Saya sedih apabila terpaksa berdepan dengan masalah anak seorang diri. Sudahlah saya berbadan dua dan sekarang tidak cukup rehat kerana menjaga Rayyan di hospital. Selama tiga hari di hospital Aidil langsung tidak datang menjengah anak.

"Apabila dia melawat bersama mentua saya sudah tidak dapat bersabar dan menceritakan apa yang berlaku sebenarnya. Selama ini pun saya banyak bersabar dan telan segala perbuatan mereka terhadap saya," katanya.

Rita berkata, Adil dan kelurganya memohon maaf ke atas kesalahan mereka, namun itu hanya berlaku selepas dipujuk oleh wartawan yang kebetulan berada di hospital berkenaan.

"Saya maafkan mereka tetapi ingin saya tegaskan ia membabitkan kedua-dua mentua saja. Ini kerana saya menghormati mereka sebagai orang yang lebih tua tetapi yang lain saya tidak akan maafkan," katanya.

Rita juga menegaskan, kenyataan Aidil yang dia menarik balik permohonan hak penjagaan anak mereka sesuatu sukar diterimanya kerana pihak Mahkamah Syariah Seremban baru menghubunginya dan memaklumkan bawa Aidil mahu perbicaraan kes itu diteruskan.

"Sekarang saya tidak mahu fikir panjang mengenai perkara itu kerana perlu beri perhatian kepada kesihatan Rayyan dan kandungan saya. Terpulanglah kepada suami saya apa juga tindakan dilakukan sama ada mahu menarik kembali aduan atau tidak. Tolong jangan kacau dan menambah tekanan kepada saya lagi.

"Sebelum ini dia (Aidil) pernah kata mahu menarik kembali aduan tetapi sampai sekarang ia tetap diteruskan. Dengan saya dia kata sudah tarik tetapi mahkamah menghubungi saya dan memaklumkan dia mahu perbicaraan diteruskan. Saya malas mendengar penjelasan bercanggah daripadanya," kata Rita.

+ mymetro

Related Posts with Thumbnails
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Lagu InsyaAllah Versi Bahasa Melayu Nyanyian Maher Zain Sendiri

Posted: 30 Jan 2011 06:42 PM PST

Jom layan lagu InsyaAllah versi Bahasa Melayu yang dinyanyikan sendiri oleh Maher Zain kat bawah ni.

Walaupun sebutan Bahasa Melayu Maher Zain kedengaran sedikit pelat, tapi ianya langsung tidak mencacatkan lagu InsyaAllah yang disampaikan. Thumbs up Maher Zain. – Video on Facebook

Related Posts with Thumbnails
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Sensasi

Sensasi


Ujibakat mengarut American Idol 10,sungguh annoying

Posted: 30 Jan 2011 03:02 PM PST



Korang tengok tak ujibakat American Idol 10.Ada yang menarik ada yang pelik dan ada jugak yang Annoying.

bahkan ada yang menyentuh jiwa tentang kisah percintaan seorang lelaki dan tunang nya.

Tai Video nie adalah video audition yang agak kelakar ,annoying dan tak masuk akal.

Kenapa dia nak masuk American Idol?Sensasi berpendapat mereka nie mmg kemaruk sgt nak masuk TV jadi caranya ialah dengan membuat audition pelik-pelik supaya disiarkan kat TV.maklumlah yang pergi audition je dah berpuluh-puluh ribu. tak sempat TV nak tunjukkan smuanya hanya memaparkan yang menarik sahaja.

So this gerl suara dier punyalah mcm kartun..Then masa dah habis audition dis gerl buat cerita plak dah yang kononnya Steven tyler puji sora dia bagus utk american Idol..kuikui...i miss Simon Cowell...mesti dia akan bagi ayat pedas

Gambar Noh hujan bersama tunangnya Mizz Nina,Noh mengerjakan Umrah

Posted: 30 Jan 2011 02:56 PM PST



baru-baru nie,Noh Hujan telah ke Mekah untuk mengerjakan Umrah,Noh berada disana selama seminggu dan telah pulang ke tanah air pada 22 Januari 2011.

Menurut sumber Mizz Nina taklah mengikuti Noh ke Mekah untuk mengerjakan umrah tetapi hanya bergambar semasa menjemput Noh di KLIA.

Sweetkan mereka ,mcm ustaz dengan ustazah.Noh pernah memberitahu bahawa selepas Nina sah menjadi isterinya kelak dia tidak mengizinkan Mizz Nina untuk berpakaian seksi lagi.

Noh dan Mizz Nina bakal bernikah pada 1 Julai 2011 sempena hari lahir ke 31 Mizz Nina.

Justin Bieber Topless sebagai cover Magazine X17

Posted: 30 Jan 2011 02:48 PM PST

Justin Bieber baru-baru nie telah menjalani sebuah Photoshoot untuk Majalah X17 dengan hanya mengenakan torso,tanpa berbaju mendedahkan badannya.

Menurut majalah X17online,Justin Bieber mengambil kesempatan untuk menghantar gambar dia tak berbaju kepada kekasihnya Selena Gomez.



Gambar Nora Danish bersama Ibu dan adik beradiknya dan gambar-gambar menarik Nora

Posted: 30 Jan 2011 02:31 PM PST

Sensasi suka sangat tengok perempuan cantik,comel,kiut dan gorgeous.Nora Danish adalah antara yang cantik dan sangat lah kiut kat negara kita nie.

Berbeza dengan Lisa surihani yang adik beradik semua lelaki,Nora pula datang dari keluarga dimana adik beradiknya semuanya perempuan.Jadi girls power tue lebih la.

Jom ushar gambar-gambar Nora bersama keluarga ,anaknya ,dan gambar-gambar menarik Nora.

okey dalam gambar nie yang dipeluk Nora tue la ibunya,tak silap sensasi lah ibu Nora nie berdarah Myanmar .kan kan?correctme if im wrong. Nora punyer adik beradik sumenyer gerls

Nie adik Nora yang bernama Nadya

apa yang menarik kat gambar diatas nie..Nora berambut hitam..ya kita selalu tgk Nora dnegan rambut karats nya..mcm nie la rupa Nora with black hair,cantik kan..nampak muda remaja.
Nora yang sedang bagi anak kesayangannya Rayqal minum air.
Gambar masa Raya,dalam pix nie kita boleh tengok Nora,Rayqal dan Jejai kat belakang tue tgk apa tah..
Nora dengan her baby,masa nie Nora masih lagi ada lemak-lemak maklumlah lepas bersalin,tapi berjaya jadi slim mcm anak dara balik .memang Hot Mama sangat,
Comelnye..Nora dan anaknya buat muka busyuk..
Nora hantar Rayqal ke Taska
Sibuk mekap..biasala perempuan kan..hehe
Nora yang kelihatan penat dan makan KFC
Apa yang menarik kat gambar nie???Gambar nie tak menarik sebab tue yang menjadikannya menarik.Hair and make-up failure lah Nora dalam pix nie...Tak suke..huhu

Apa yang menarik kat gambar nie..ermm..lu pikir lah sendiri.. :P
Nora and her bestfren Betty Rahmad,iaitu adik beradik Erma Fatimah dan Umie Aida

Gambar Lisa Surihani dan adik beradiknya

Posted: 30 Jan 2011 01:59 PM PST

Lisa Surihani kini antara the most wanted chick in Malaysia kerana ke ayuannya dan kejelitaan Lisa.

Pasti semua orang sibuk-sibuk nak tengok wajah adik beradik Lisa,kalau ada kakak ke adik perempuan ke mesti lagi syiok korang kan sebab rasa tak dapat Lisa dapat adik ke kakak ke jadilah..hehe

Tapi nampaknya Lisa adalah the only flower in da house..

Semuanya abang-abang belaka.Nie la gambar abang-abang kandung Lisa and maybe adik Lisa jugak,Sensasi tak pasti,tapi sebelum nie Sensasi dah pernah tengok dah mereka nie sebab tue pasti mereka nie mmg Lisa's brothers.

Bestkan dapat adik perempuan yang comel pulak tue.

Sape-sape yang bakal nak jadi boyfren lisa nampaknya kene la diinterview oleh para bodyguardnyer tue..hehe

With my bros. From left Azan, Dzull, Aamyer, Arif. Adri takde dalam ni ♥

Engku Emran main kayu tiga,Erra malas ambil pusing

Posted: 30 Jan 2011 01:52 PM PST


Kebelakangan nie ada rakan-rakan artis yang mula bergossip kononnya Engku Emran iaitu suami kepada Erra Fazira berlaku curang,ayat lebih manis sikit main kayu tiga la dibelakang Erra.

Erra sendiri pernah mendengar gossip nie tapi malas nak percaya dan tidak mahu bergaduh dengan Emran kalau takda bukti kukuh.Erra lebih suka relax ,tapi ada jugak tanya kat suaminya dengan nada bergurau.

Walaubagaimanapun Erra cakap lagi,dia pasti akan bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang ada.


"Jujurnya, memang saya pernah dengar cerita yang mengatakan Emran mempunyai hubungan dengan wanita lain di luar tetapi saya selalu ambil pendekatan untuk tidak ambil pusing selagi tiada bukti kukuh.

"Kadang-kala orang boleh bercakap dan memfitnah macam-macam tentang kita. Jika benar dakwaan tersebut, saya sentias berdoa agar ditemukan bukti dan petunjuk,"


"Memang saya pernah bertanyakan perkara itu kepadanya tetapi dalam keadaan yang santai dan bergurau. Namun, selagi tidak terbukti, saya tidak mahu ambil serius.


"Tidak perlulah sampai kami berbalah di rumah semata-mata mendengarkan cerita yang timbul sedangkan belum terbukti kebenarannya," katanya yang mengakui pengalaman bergelar selama hampir 18 tahun dalam bidang seni banyak membantu dalam menangani gosip sebegini.

Rita Rudaini bermaaf-maafan dengan deraian air mata dengan Mertuanya

Posted: 30 Jan 2011 01:45 PM PST

Aidil bersama ibu bapanya

Alhamdulillah,akhirnya Rita yang kini sarat mengandung anak kedua,bermaaf maafan dengan mertuanya.Macam nie lah buang yang keruh ambil yang jernih.Takkan bahagia dan takkan lengkap rasanya hidup berkeluarga dengan insan tercinta tanpa restu org tua.Maklumlah,walaubagaimanapun,ibu bapa yang membesarkan kita,tanpa restu mereka,pasti jiwa kacau dan runsing.

Rita meluahkan rasa hati yang terbuku setelah tiga tahun bermasam muka dengan mertuanya,sambil menangis,dan saling bermaafan semasa Rita dan Aidil membawa kedua ibu bapa Aidil melawat anak mereka Aidit Rayyan di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Tun Razak.

"Emak sayangkan Rita. Mak restu perkahwinan Rita dengan Aidil," kata Azizah sambil memeluk menantunya dengan linangan air mata

Masa tue kedua-dua belah keluarga Rita dan Aidil turut menyaksikan peristiwa itu.

"Kalau mak dengan ayah rindu dekat Rayyan, boleh datang melawat," kata Rita yang tentunya berasa lega dengan peristiwa bersejarah itu.

Bukti Laporan Polis tentang ugutan mencederakan Fasha Sandha

Posted: 30 Jan 2011 01:36 PM PST



Sekali lagi Fasha terpaksa menunjukkan bukti yang dia memang pernah diugut dan telah membuat Laporan Polis berhubung ugutan untuk dicederakan apabila ada yang cuba mempertikaikan kenyataan Fasha .

Kata mereka,kalau benar Fasha sudah membuat laporan polis mustahil tiada tindakan yang dibuat.Bahkan katanya ada membuat semakan di Balai Polis dan mendapati tiada laporan yang dibuat Fasha Sandha langsung.

Fasha malas bercakap panjang lalu mengeluarkan bukti laporan Polis yang dibuatnya.

Laporan dibuat pada tahun 2008.

So takda sapa yang patut pertikaikan kenyataan Fasha lepas nie.

"Barangsiapa melakukan kesalahan menakutkan secara jenayah hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya; dan jika ugutannya itu ialah ugutan hendak menyebabkan kematian atau cedera parah, atau hendak menyebabkan kebinasaan apa apa harta dengan api, atau hendak menyebabkan sesuatu kesalahan yang boleh diseksa dengan bunuh atau penjara, atau dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun atau hendak mentohmahkan seorang perempuan sebagai jalang, maka ia hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya."

Diana Danielle dan Farid Kamil Putus Cinta

Posted: 30 Jan 2011 01:29 PM PST


Percintaan antara Diana Danielle dan Farid Kamil pernah menjadi misteri apabila org tertanya-tanya siapa sebenarnye aweks Farid Kamil nie.adakah Lisa Surihani ataupun Diana Danielle??

Namun setelah korek punye korek,melalui blog,Facebook bahkan subang berhuruk F dan K yang dipakai DD ,terbuktilah mereka berdua nie bercinta walaupun masing-masing menutup rapat mulut tentang kisah percintaan mereka..Dua dua cantik dan hensem.

Cuma Sensasi tengok Farid Kamil nie kalau berlakon dengan perempuan bukan main romantik lagi lagak gayenye..Pernah gak sensasi tertanya-tanya,tak cemburu ke Diana Danielle tengok lagak Farid yang mcm ala-ala playboy tue?

Bukan apa,siap ada adegan Farid Kamil buat surprise kat Lisa Surihani siap suap-suap kek lagi semua kan..hehe

Agaknye mungkin selama nie Diana Danielle dan Farid ada gaduh-gaduh pasal isu nie..yelah mustahil dalam sesuatu hubungan tue tiada perasaan cemburu.

Dalam Twitter Cuitsikit bgtau yang Farid Kamil dump Diana Danielle sebab DD bersikap kurang matang dan kerap mencari gaduh..

Tapi dinafikan oleh DD,katanya,dia yang dump Farid Kamil..





Sebelum nie Farid Kamil pernah bercinta dengan Irma Hasmie iaitu ex-gf Nabil Raja Lawak.

Nampaknya sekarang nie musim org jadi single..

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Sekitar Sidang Media & Pelancaran Anugerah Seri Angkasa 2010

Posted: 30 Jan 2011 10:25 PM PST

Pada jam 10 pagi tadi (31 Januari 2011), Budiey telah hadir di Sidang Media & Pelancaran Anugerah Seri Angkasa 2010 yang diadakan di Courtyard, Royale Chulan Hotel, Jalan Conlay, Kuala Lumpur.

Tetamu kehormat pada acara ini ialah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kesenian, Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim.

Selain daripada beliau, turut akan hadir di sesi soal jawab sidang media ini ialah Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia, Yang Bhg Dato' Sri Kamaruddin Siaraf merangkap Pengerusi, Jawatan Kuasa Induk ASA 2010, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Datuk Ibrahim Yahaya, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, En Izham Omar, wakil Astro dan wakil Rangkaian Radio Media Prima Berhad.

Majlis dibuka dengan nyanyian dari lagu Negaraku dan nyanyian persembahan pembukaan dari Nani Mentor

Anugerah Seri Angkasa 2010 Sidang Media

Dihoskan oleh AC Mizal dari Astro,

Anugerah Seri Angkasa 2010 Sidang Media

Untuk info pembaca budiey.com, Anugerah Seri Angkasa 2010 akan diadalan pada 18 Februari 2011 (rakaman) dan 19 Februari 2011 (siaran langsung) bermula jam 8.30 malam dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Membawa tema Dunia Penyiaran: Citra Budaya Malaysia, ASA2010 berhasrat untuk mengetengahkan saluran radio dan televisyen sebagai saluran utama dalam menggambarkan perkembangan kemajuan warga Malaysia.

Siaran langsung boleh diikuti serentak menerusi TV1 (RTM), TV9 (Media Prima) dan Astro Prima (ASTRO).

Anugerah Seri Angkasa 2011 melibatkan kerjasama stesen-stesen penyiaran kerajaan dan swasta iaitu RTM, ASTRO, TV3, TV9, ntv7, Hot FM, Suria FM dan Sinar FM.

Budiey rasa, dah lama anugerah ini tak diadakan. Selama 4 tahun Anugerah ASA2011 ini tidak diadakan. Kali terakhir diadakan pada tahun 2006. Dan kali ini dengan inisiatif pihak kerajaan dan semua pihak indusri penyiaran, ASA2011 diadakan untuk mengiktiraf industri penyiaran di Malaysia. Tujuannya adalah untuk menyuntik semangat para karyawan dan penyiar tempatan supaya terus berjuang di persada industri penyiaran dan seni tanahair menerusi acara gilang gemilang lagi berprestij.

Sebanyak 53 kategori anugerah akan dipertandingkan kali ini iaitu 34 Anugerah TV, 16 Anugerah Radio dan 3 Anugerah Khas merangkumi Anugerah Khas Juri TV, Anugerah Khas Juri Radio dan Anugerah Tokoh Seri Angkasa.

Sebanyak 521 pencalonan telah diterima iaitu 198 bagi kategori radio dan 323 pencalonan bagi kategori TV.

Pencalonan Anugerah Seri Angkasa 2010 terbuka kepada rancangan Radio/TV terbitan RTM, terbitan agensi-agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, syarikat-syarikat swasta di Malaysia yang telah membekalkan rancangan untuk siaran di RTM dan stesen swasta dalam tempoh 1 Jun 2009 hingga 31 Julai 2010.

Penerima anugerah bakal membawa pulang trofi dan sijil manakala dua penerima anugerah utama bagi kategori Pengarah Terbaik dan Drama Terbaik akan membawa pulang hadiah istimewa berupa lawatan khas ke Los Angeles.

SEJARAH ANUGERAH SERI ANGKASA
Anugerah Seri Angkasa adalah sebuah anugerah berprestij karyawan penyiar yang diperkenalkan pada tahun 1972, iaitu 3 tahun selepas penggabungan Radio Malaysia dan TV Malaysia kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ketika itu, daya tarikan utama ialah penerbitan drama dan hiburan dengan memperkenalkan beberapa kategori anugerah termasuk drama terbaik, pelakon drama lelaki dan wanita, penulisan skrip, pengacaraan, juruhebah radio serta penerbitan dokumentari terbaik. Kategori lain yang turut diiktiraf adalah bahagian sokongan seperti audio, jurukamera, penyunting visual serta penataan cahaya walaupun ketika era itu penerbitan dibuat dalam hitam putih.

Anugerah ini diteruskan sehingga era TV warna pada tahun 1878 hingga awal tahun 2000 dan hanya dibuka penyertaannya kepada kakitangan dan penerbitan yang disiarkan menerusi RTM sahaja memandangkan anugerah ini dianjurkan atas inisiatif RTM.

Pada tahun 2004, Anugerah Seri Angkasa buat pertama kalinya membuka penyertaan kepada stesen-stesen swasta dalam usaha mewujudkan persaingan yang lebih sihat di kalangan karyawan industri penyiaran negara. Usaha ini diteruskan lagi pada penganjuran Anugerah Seri Angkasa 2006.

Bagi mengukuhkan lagi hubungan yang akrab serta semangat setiakawan di antara tiga penjuru utama stesen-stesen penyiaran negara masa kini, iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM) selaku stesen penyiaran kerajaan, Media Prima Berhad (stesen penyiaran swasta) dan Astro (stesen penyiaran berbayar), maka Anugerah Seri Angkasa 2010 dianjurkan buat pertama kalinya oleh ketiga-tiga peneraju utama ini dengan kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan selaku peneraju induk.

Anugerah Seri Angkasa 2010 Sidang Media

Ketibaan Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim

Anugerah Seri Angkasa 2010 Sidang Media

NANI MENTOR

Anugerah Seri Angkasa 2010 Sidang Media

LISDAWATI & FAUZI NAWAWI

Anugerah Seri Angkasa 2010 Sidang Media

Anugerah Seri Angkasa 2010 Sidang Media

UCAPAN DARI Yang Bhg Dato' Sri Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiausaha, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia merangkap pengerusi Jawatan Kuasa Induk Anugerah Seri Angkasa 2010.

Anugerah Seri Angkasa 2010 Sidang Media

Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim sedang bag

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Anugerah Seri Angkasa 2010
  • Gambar Selebriti di Sidang Media Anugerah Skrin 2010 Part 2
  • Sekitar Sidang Media Anugerah Bintang Popular 2007
  • Sistem Penjurian Festival Filem Malaysia
  • Gambar Sekitar Sidang Media Showcase Anggun di Hotel Istana
  • Anugerah Pantene Shine di Anugerah Skrin 2008
  • Gambar Selebriti di Sidang Media Anugerah Skrin 2010
  • Video Sekitar Pelancaran Anugerah Skrin 2009
  • Sidang Media Anugerah Skrin 2008 Berkonsepkan DIAMOND
  • Gambar Selebriti di Media Prima Television Networks Screenings 2011
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Winners List Screen Actors Guild SAG Awards 2011

    Posted: 30 Jan 2011 09:48 PM PST

    Here is the 2011 SAG Awards winners list. The 17th annual Screen Actors Guild Awards are broadcast live on Sun. January 30, 2011 on TNT and TBS cable channels from the Los Angeles Shrine Exposition Center.

    MOTION PICTURES

    Ensemble: The King's Speech

    Male Actor, Leading: Colin Firth, The King's Speech

    Female Actor, Leading: Natalie Portman, Black Swan

    Male Actor, Supporting: Christian Bale, The Fighter

    Female Actor, Supporting: Melissa Leo, The Fighter

    Stunt Ensemble, Motion Picture: Inception

    TELEVISION

    Ensemble, Comedy Series: Modern Family

    Ensemble, Drama Series: Boardwalk Empire

    Male Actor, Comedy Series: Alec Baldwin, 30 Rock

    Female Actor, Comedy Series: Betty White, Hot in Cleveland

    Male Actor, Drama Series: Steve Buscemi, Boardwalk Empire

    Female Actor, Drama Series: Julianna Margulies, The Good Wife

    Female Actor, Television Movie or Miniseries: Claire Danes, Temple Grandin

    Male Actor, Television Movie or Miniseries: Al Pacino, You Don't Know Jack

    Stunt Ensemble, Television Series: True Blood

    LIFE ACHIEVEMENT AWARD
    Ernest Borgnine

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Oscar Academy Awards Cancelled?
  • Britney Spears join Emmy Awards, Emmy Awards, Emmy Awards, Emmy Awards, Britney Spears Crap!
  • Winners of the 2008 MTV Asia Awards
  • 8th Annual Boh Cameronian Arts Awards Nominations Announced
  • 80th Annual Academy Awards – Winners
  • 8TV Receives 4 Nominations The Asian Television Awards
  • L'oréal Paris Signs Matthew Fox As The New Spokesperson
  • Twelve Hotlink customers enjoy Star Treatment at the Shout! Awards
  • CHRISTINA AGUILERA AND KANYE WEST TO TAKE THE STAGE MTV VIDEO MUSIC AWARDS
  • Liyana Jasmay di Konsert Jelajah 11 Era
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.