Adsense

Ahad, 30 Januari 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Nora dedah cerita mesra di jepun

Posted: 29 Jan 2011 06:55 PM PST


WANITA genit ini sekali lagi dihimpit kontroversi. Namanya kembali di bibir peminat industri seni. Ia atas sebab yang cukup klise di kalangan perempuan iaitu lelaki.

Biarpun berulang kali Nora Danish mengatakan dia tidak terlibat langsung dengan perpisahan yang terjadi antara bekas suaminya, Rizal Ashram atau Jejai yang merupakan anak bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib dengan seorang aktres, tapi Nora tetap diasak dengan persoalan yang sama.

Sekarang ini pula pelakon drama Puteri ini berdepan dengan pelbagai dakwaan negatif seperti gila talak dan penghancur kebahagiaan percintaan orang lain.

Dalam tenang, anak kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu yang ditemui baru-baru ini menerangkan bahawa dia tak pernah berniat untuk mengganggu urusan percintaan mereka.

"Beginilah, isu ini sebenarnya sudah berlanjutan selama tiga tahun, selepas penceraian saya. Malah, saya dah lali kalau orang bercakap yang bukan-bukan tentang saya. Begitu juga tentang kisah perkahwinan yang digembar-gemburkan mereka.

"Tapi yang saya betul-betul tak faham kenapa kali ini 'perempuan' itu mengaitkan saya sebagai punca perpisahan? Saya ada bertanyakan perkara yang sama kepada Jejai. Dia cakap ada sebab lain dan bukan saya puncanya.

"Lepas itu keluar dakwaan saya menghasut keluarga bekas mentua agar membenci pelakon itu. Fakta itu sebenarnya salah dan buat saya betul-betul terkilan.

"Satu dunia tahu, keluarga Tan Sri adalah keluarga berpengaruh dan disegani. Mana mungkin, saya yang bekerja sebagai pelakon ini mampu menghasut mereka agar turut membenci pelakon itu,'' reaksi awalnya tentang hubungan Jejai dengan bekas kekasihnya, Fasha Sandha.

Apa yang menyebabkan Nora menggelengkan kepala apabila ada pihak masih menuding jari ke arahnya walaupun berulang kali dia menafikan.

Tegasnya, "Kalaulah saya ada kuasa untuk mempengaruhi Jejai agar memberitahu kepada semua orang tentang duduk perkara sebenar, sudah pasti saya akan buat sebegitu. Malangnya, tidak. Saya pula dipersalahkan.

"Apa pun, saya sangat bersyukur apabila Jejai bantu bersihkan nama saya dengan mengeluarkan kenyataan di media. Itu yang membuatkan saya terharu setelah sekian lama saya berdiam diri dengan hubungan cinta mereka," katanya lagi.

Percutian paling bermakna

Melihat gambar-gambar kenangan percutian Nora bersama bekas suami dan keluarganya, terlintas di fikiran, apakah akan ada perkembangan positif tentang mereka?

Apakah akan ada kemungkinan untuk Putera Rayqal kembali mendapat kasih sayang ibubapanya dalam ikatan yang sah?

Ditanya adakah kemungkinan Nora akan kembali ke pangkuan Jejai, wanita kecil molek ini berulang kali menggelengkan kepala.

Katanya, perkara itu tidak mungkin berlaku kerana dia dan Jejai hanya selesa dalam ikatan sahabat atau kawan sahaja ketika ini.

"Saya bukan menafikan tentang soal jodoh. Tapi, lebih baik tiada ikatan sebagai suami isteri demi kebaikan anak. Biarlah kami selesa menjadi ibu dan bapa sahaja kepada Rayqal tanpa ikatan suami isteri.

"Malah semasa bercuti baru-baru ini di Tokyo dan Niseko, Jepun baru-baru ini, saya akui memang lebih baik antara kami tiada ikatan nikah.

"Kami selesa bercerita tentang masalah masing-masing. Kami mesra sebagai ibu dan bapa kepada seorang anak, bercerita tentang perancangan masa depan Rayqal, tentang kehidupan baru kami dan ia sesuatu yang menggembirakan kami," katanya jujur.

Semasa percutian selama 20 hari bermula pertengahan Disember 2010 itu, dia adalah ibu paling bahagia dan terharu di dunia kerana melihat Rayqal dikelilingi bapa, datuk, nenek dan bapa saudara yang cukup menyayangi anaknya.

Anak berusia dua tahun itu mahu Jejai sentiasa berada di sisinya untuk bermain atau melakukan banyak perkara bersama.

Dalam perkembangan yang sama, tatkala ditanya adakah Jejai pernah bercerita sesuatu kepada Nora semasa percutian bersama mereka tentang punca perpisahan dengan Fasha, wanita berusia 29 tahun ini menyungging senyum.

"Jujurnya memang ada perbincangan. Ada juga dia bercerita. Tetapi tidak perlu diceritakan kepada orang lain. Saya tak mahu dikata penghasut lagi dan saya cuma menjadi pendengar. Cukuplah perkara yang sudah-sudah tu.

"Saya pun tak mahu fikir masalah orang lain, lebih baik fikir masalah diri sendiri,'' katanya.

Mahu bertemu pelakon itu?

Diajukan soalan sama apa tindakannya andai bersemuka dengan bekas kekasih Jejai, wanita ini enggan membayangkan perkara itu.

Seboleh-bolehnya, dia mengelak dari bertemu dengan 'perempuan' itu atas apa jua tindakan yang pernah dilakukan atasnya.

"Apa yang berlaku dalam set penggambaran drama Spa Qistina dulu, adalah satu pengajaran. Saya tak mahu membuat silap untuk kali kedua dan itu adalah pengajaran sepanjang zaman.

"Saya berdoa agar tidak berlaku perkara yang sama lagi. Saya juga tak menolak kemungkinan andai satu masa nanti saya dengan aktres itu akan berdamai.

"Tapi perkara ini terlalu awal untuk ketika ini, saya masih tak boleh lupa semua apa yang sudah berlaku. Kalau suatu masa nanti, saya sudah okey, mungkin akan ada perdamaian, " katanya tanpa hipokrasi.

Kisah banglo 10 bilik

Berhubung dengan hadiah pemberian istimewa daripada keluarga bekas mentua, sebuah rumah banglo 10 bilik yang bernilai jutaan ringgit, heroin Cuti-Cuti Cinta ini tersenyum sambil menyangkal dakwaan itu.

"Jujurnya, saya sendiri tidak tahu dari mana timbul cerita ini. Pening kepala juga kalau orang di luar lebih tahu tentang kehidupan saya.

"Saya sedar asal usul saya, di mana kedudukan saya di kalangan keluarga bekas mentua saya itu. Janganlah saya dikata mengambil kesempatan kerana sangkaan itu tidak benar sama sekali.

"Terima kasih saya ucapkan kepada penyebar cerita palsu itu sebab bercerita tentang keburukan itu. Semoga Tuhan membalas segala perbuatannya itu," selar wanita ini.

Tiupan semangat

Ditanya dari mana pemilik nama sebenar Nora Danish Mohd. Hanif mendapat tiupan semangat yang kuat untuk berdepan dengan dugaan tatkala kini, pelakon drama Arjuna ini ada cerita tersendiri.

"Saya pernah diceraikan ketika sedang mengandung. Hanya wanita yang pernah mengalami situasi perit sebegini yang tahu macam mana sakitnya. Ia tercatat sebagai peristiwa paling perih dalam sejarah hidup saya.

"Pemikiran, jiwa dan perbuatan ketika itu tak selaras. Macam-macam benda yang kita fikir. Apa pandangan orang sekeliling bila keluar rumah dengan keadaan membuncit sebegitu? Macamana nak jaga anak?

"Tapi, disebabkan mahu lihat darah daging saya lahir di dunia ini, saya bulat hati untuk jadi kuat. Saya tak pedulikan apa yang orang di luar sana berkata tentang saya.

"Biarkan mereka bercakap dan saya percaya semua perkara itu akan berhenti. Ketika itu hikmah di sebalik kejadian pasti muncul, dan orang akan tahu siapa sebenarnya yang bersalah," ceritanya membuka lembaran lama.

Pada masa yang sama, bintang filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2 ini mengharapkan kebahagiaan mutlak miliknya satu masa nanti, apabila dipertemukan dengan jodoh sekali lagi.

Siapakah gerangan jejaka, masih belum boleh didedahkan lagi kerana menurut Nora, hatinya belum ditawan sesiapa lagi sehingga ke hari ini.

google: fasha sandha dan jejai. fasha sandha dan jejai putus cinta, fasha sandha dan jejai berpisah, gambar terkini fasha sandha dan jejai, gosip fasha sandha dan jejai, kontroversi fasha sandha dan jejai, fasha sandha dan nora danish, twitter fasha sandha dan nora danish, perang fasha sandha dan nora danish, perang twitter fasha sandha dan nora danish, penjelasan fasha sandha dan nora danish, berita fasha sandha dan nora danish, gambar fasha sandha dan nora danish, fasha sandha dan nora danish blog, fasha sandha dan nora danish facebook, fasha sandha dan nora danish laporan polis, fasha sandha dan nora danish sms, fasha sandha dan nora danish foto, nora danish dan jejai bercuti di jepun, gambar nora danish dan jejai bercuti di jepun, cerita nora danish dan jejai bercuti di jepun, kemesraan nora danish dan jejai bercuti di jepun, gambar nora danish dan jejai bercuti di jepun dan anak,

Urusan Aizat Amdan selesai

Posted: 29 Jan 2011 06:52 PM PST


CUKUP meriah dengan sambutan yang diterima peminat, Aizat Amdan tidak menyangka sebegitu ramai peminat setianya yang sanggup mengeluarkan duit untuk hadir menyaksikan persembahan solonya semalam.

Konsert Urusan Aizat Amdan - Live In Damansara yang mencatatkan jumlah penonton mencecah 1,000 cukup hangat dengan rangkaian lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh penyanyi ini.

Bayangkan di saat anak seni lain tidak berani membuat pelaburan sendiri untuk melabur dalam konsert sendiri, anak muda yang dibesarkan di Kuala Lumpur ini berjaya merentasi ketakutan itu dengan satu kejayaan.

Semuanya berjalan dengan cukup baik apatah lagi dengan bantuan pasukan yang cukup teguh berdiri di belakang Aizat lagi.

"Memang Aizat bersyukur sebab berjaya menghiburkan penonton yang datang. Ini memang satu impian Aizat sejak dahulu lagi dan nampaknya sudah terkabul.

"Benar, tak ramai orang yang sanggup untuk bikin konsert sendiri kerana ketiadaan penganjur. Kalau nak tunggu orang taja, sampai bila pun tak akan jadi kenyataan.

"Tak perlu nak merintih dan mengenang nasib yang kita tak ditaja. Sebaliknya Aizat lebih suka berusaha sendiri dan tunjukkan pada semua yang kita boleh buat apa sahaja kalau kita mampu.

"Pada mulanya memang Aizat ada sedikit gementar untuk melakukan konsert solo ini. Bimbang kalau tak ada sambutan. Tapi bila melihat ramai yang datang memberikan sokongan Aizat tahu masih ramai yang sayangkan Aizat.

"Ada yang datang dari Singapura semata-mata nak tengok Aizat menyanyi. Memang Aizat sangat berbesar hati," kata penyanyi yang cukup popular dengan lagu Hanya Kau Yang Mampu ini.

Melihatkan jualan tiket yang sudah habis dibeli sebulan lebih awal dari tarikh persembahan, ramai peminat yakin Aizat merupakan antara penyanyi solo lelaki tempatan yang cukup berpengaruh.

Tidak mahu terus termakan dengan pujian-pujian melangit yang diberikan sudah banyak perancangan baru yang mahu dilaksanakan oleh Aizat selepas ini.

Kata Aizat, kalau boleh dia mahu melakukan siri jelajah ke seluruh negara dan berkunjung ke Sabah dan Sarawak sebelum melebarkan sayap ke Singapura dan Indonesia.

"Memang itu sudah ada dalam perancangan Aizat. Nak bertemu dengan peminat di seluruh negara sambil mempromosikan album kedua, Urusan Aizat Amdan.

"Tapi di sebalik itu lagi ada agenda lebih besar yang mahu Aizat lunaskan. Aizat juga mahu menyambung kembali pengajian dalam bidang muzik di sebuah kolej di London.

"Memamg sengaja Aizat pilih kolej tersebut kerana ia tidak terikat dengan sesi pembelajaran. Jadi untuk orang yang sentiasa sibuk macam Aizat itu memang pilihan yang tepat.

"Ini memang azam Aizat sejak dulu lagi. Cuma sampai sekarang Aizat masih tak berkesempatan disebabkan jadual kerja yang cukup padat.

"Aizat juga merancang untuk keluar dengan album baru pada penghujung tahun ini. Bahan-bahan pun sedang dikumpulkan dan banyak kejutan yang akan dibuat melalui album baru nanti.

"Kalau kita sogok dengan lagu biasa, orang akan jemu. Ibarat kita bagi orang baca buku yang sama. Kulit luar sahaja berbeza tapi isi dalam tetap sama.

"Banyak idea yang tengah bermain dalam kepala Aizat. Semuanya masih dalam perancangan dan Aizat harap sangat semua orang akan tunggu," kata Aizat lagi.

Melihatkan keadaan industri muzik masa kini, kedatangan artis-artis dari luar cukup memberangsangkan. Lepas satu-satu nama-nama besar singgah menghiburkan peminat tempatan yang cukup dahagakan hiburan.

Ramai yang merungut kenapa penyanyi luar begitu mudah masuk ke sini sehingga menerima tajaan berjuta-juta ringgit sedangkan anak seni kita langsung tidak dipandang.

Sambil mengakui hakikat itu, Aizat berpendapat itu merupakan rezeki mereka dan membuktikan pihak penaja percaya penyanyi yang masuk itu mampu memberikan pulangan pada mereka.

"Itu rezeki mereka dan sudah pasti ada perkara menarik yang membuatkan mereka sampai ke tahap itu. Sebagai anak seni, kita juga perlu berusaha untuk setanding dengan mereka dan barulah selepas ini orang akan buka mata.

"Kalau asyik merungut tapi tak ada usaha yang dilakukan nak buat apa? Sebab itu kita kena berusaha untuk meletakan diri kita ke tahap yang lebih tinggi," katanya.

google: konsert urusan aizat amdan, video konsert urusan aizat amdan, terbaru terkini konsert urusan aizat amdan, gambar konsert urusan aizat amdan, foto konsert urusan aizat amdan, rakaman konsert urusan aizat amdanm, cd konsert urusan aizat amdan, dvd konsert urusan aizat amdan, berita konsert urusan aizat amdan

Kita punya bakat hebat - Seventeen

Posted: 29 Jan 2011 06:51 PM PST


Tumbuh bagai cendawan selepas hujan, penganjuran pelbagai program pencarian bakat di Indonesia bagaimanapun tidak menggoyahkan artis-artis yang sedia ada.

Perkara ini turut diakui oleh kumpulan Seventeen yang popular dengan lagu Selalu Mengalah.

Menurut vokalisnya, Ifan, program sebegitu dilihat positif memandangkan peminat sentiasa mahukan sesuatu yang baru dan lebih segar.

Malah, dari sudut positif, kata Ifan, perkara itu tidak salah memandangkan Indonesia mempunyai bakat-bakat muda yang hebat.

"Kalau dilihat fenomena ini luar biasa sekali dan ia menyerlahkan bahawa sebenarnya banyak bakat muda di negara ini.

"Dengan program-program sebegitu, kami harap ia boleh menyalurkan keberanian di kalangan anak muda untuk mencuba mengasah bakat yang ada selain menggali kreativiti,

"Pun begitu, artis lama juga tak perlu risau kerana mereka juga punya kelompok peminat mereka yang tersendiri, " katanya.

Dalam pada itu, Ifan percaya, generasi sekarang lebih kreatif berbanding dahulu.

Selain Ifan, Seventeen turut dianggotai oleh Joddie Rose (gitar), Bani (bass), Herman (gitar), dan Andi (drum).

google: seventeen, kumpulan seventeen, album baru kumpulan seventeen, single terbaru kumpulan seventeen, lagu baru kumpulan seventeen, mp3 kumpulan seventeen, download mp3 kumpulan seventeen, kumpulan seventeen lirik lagu, kumpulan seventeen lyrics, poster kumpulan seventeen, album kumpulan seventeen

David melampau - Khir

Posted: 29 Jan 2011 06:49 PM PST


PRESIDEN Persatuan Pekerja Professional Filem Malaysia (Profima), Khir Mohd. Noor bertegas untuk tidak meminta maaf kepada produser David Teo. Meskipun dia didakwa mengeji filem terbitan David Teo menerusi syarikat MIG Production (MIG), Khir tidak mahu melayan permintaan David itu.

Dalam sebuah akhbar baru-baru ini, Khir membuat kenyataan bahawa pihaknya tidak ada sebarang pencalonan daripada MIG untuk Anugerah Profima yang diadakan Selasa lalu.

Bila ditanya kepada David, alasan dia tidak menghantar sebarang pencalonan kerana terkilan dengan kritikan Khir terhadapnya selama ini.

Disebabkan itu, Khir menyifatkan penerbit filem itu bersikap seperti budak-budak dan keterlaluan.

"Sebab apa saya kena meminta maaf kepada dia? Tak relevan langsung dan sangat melampau. Buat apa saya akur dengan permintaan dia sebab maklumat yang dia dapat itu salah sama sekali.

"Dia cakap saya kutuk filem dia. Hei, bila masa pula saya merendah-rendahkan filem dia? Saya tak pernah kutuk filem dia. Kalau benar saya lakukan perkara itu, tolong bagi bukti,'' kata Khir penuh berapi.

Apa yang menyebabkan dia cukup terkilan apabila David mencampur -adukkan soal peribadi dengan soal masa depan industri. Apatah lagi melibatkan tenaga kerja MIG yang juga merupakan ahli Profima.

Baginya, itu adalah sikap paling tidak profesional daripada orang berpengaruh dalam industri. Sebab benda kecil itu juga boleh menjahanamkan industri perfileman tanah air yang semakin tenat dalam menghasilkan karya-karya terbaik.

Bahas Ahli Lembaga Penasihat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) ini, dia tidak pernah menyekat mana-mana syarikat produksi untuk menyertai Anugerah Profima yang dahulunya dikenali sebagai Anugerah Oskar.

Semuanya terpulang kepada penerbit sama ada untuk menghantar seberapa banyak karya untuk dipertandingkan pada Malam Anugerah Profima yang berlangsung pada Selasa lepas.

"Apa yang dia hendak bimbangkan tentang soal penjurian? Saya tidak terlibat langsung dalam bab itu sehinggalah hari ke-13, bila mana semua ahli jawatankuasa bersidang buat kali terakhir sebelum pertandingan.

"Saya difahamkan daripada pihak juri bahawa filem MIG ada yang mendapat tiga anugerah, bagaimanapun, David menarik balik pencalonannya atas sebab silap faham ini. Itu sudah cukup mengecewakan saya.

"Sebabnya, setiap filem yang dipertandingkan turut melibatkan penyertaan ahli Profima. Bila dia buat begitu, kesianlah pada ahli yang terlibat,'' jelasnya lagi.

Kenapa saya kahwin sorok?

Posted: 29 Jan 2011 06:49 PM PST


PENYANYI dan pelakon Haleeda punya sebab tersendiri menyembunyikan identiti sebenar suaminya daripada pengetahuan umum buat sementara waktu. Hal tersebut disifatkan peribadi untuk dikongsi. Tambahan pula masyarakat masa kini mudah melabel wanita yang pernah memegang status ibu tunggal dengan mengaitkannya pelbagai andaian buruk yang dikhuatiri boleh mengeruhkan keadaan.

Prasangka tersebut juga menyebabkan wanita berusia 38 tahun ini berat mulut. Dia bimbang andai apa yang terkeluar dari mulutnya disalah erti.

''Cukuplah saya memberitahu bahawa saya sudah bersuami. Kami bernikah di Thailand pada penghujung tahun lalu. Tapi bukan secara sembunyi atau sorok-sorok seperti mana yang dikatakan orang ramai. Perkara melibatkan munakahat itu juga bukan kerana tidak mendapat restu.

''Semuanya dilakukan mengikut hukum syarak dengan berwalikan abah, Badaruddin Sham. Anak saya Amirah Amani, adik dan sepupu sebelah abah juga turut hadir. Majlis berjalan serba sederhana,'' cerita pengantin baru ini menyingkap kisah rumah tangga yang baru dibina tidak kurang dalam tempoh sebulan.

Pertemuann bersama Pancaindera pada Khamis lalu di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur itu juga menyaksikan Haleeda atau nama sebenar Halida Mazlin ini bercerita serba sedikit tentang suami yang dinikahi hujung Disember tahun lalu.

Bagaimanapun, Haleeda enggan memberi nama penuh suaminya dan selesa digantikan dengan panggilan 'Mr. S' dan berusia awal 40-an.

Haleeda juga menggambarkan 'Mr. S' sebagai seorang penyayang dan berkongsi apa sahaja yang dialami sepanjang tempoh perkenalan mereka.

''Alhamdulillah, suami saya sangat bertanggungjawab dan boleh menerima saya seadanya. Dia bijak mengawal keadaan. Kami saling melengkapi antara satu sama lain dan memperbaiki kesilapan andai berlaku pada masa akan datang.

''Saya turut bersyukur kerana mendapat suami yang bukan sekadar pandai bercakap sahaja tetapi tahu bagaimana pelaksanaan sesuatu perkara. Ini melibatkan soal hati dan saya tidak main-main dengan perkahwinan kali ini. Akhirnya Tuhan menemukan saya dengan jodoh sekali lagi,'' katanya.

Kisah cinta

Ditanya sejak cinta berputik cinta di kalangan mereka, wanita ini tersenyum. Ceritanya, baik Haleeda atau 'Mr. S', masing-masing tidak mengambil masa yang lama memutuskan untuk bernikah.

''Saya percaya jika seseorang lelaki itu benar-benar ikhlas serta bersungguh-sungguh dengan kita, tak akan ada banyak alasan untuk menangguhkan perkara yang baik,'' katanya menyelak kembali cerita lama.

Suaminya itu juga cukup prihatin dengan kesihatan arwah ibunya, Mazidah Saarin ketika hayatnya yang menderita penyakit kanser usus peringkat keempat pada tahun lalu.

''Di situ saya melihat keikhlasan suami saya. Saya jadi begitu tersentuh atas apa juga tindakannya. Bertungkus lumus dia memastikan kesihatan ibu saya. Malangnya, hayat ibu tak panjang. Arwah meninggal tidak lama kemudian.

''Lepas itu, saya minta pandangan abah tentang 'Mr. S'. Ternyata abah tidak menghalang hubungan kami. Malah, abah menasihati agar saya beristikharah. Iyalah, saya sudah bergelar ibu tunggal sepanjang tempoh 10 tahun.

''Macam-macam dugaan yang saya hadapi. Begitu juga dengan sindiran macam-macam yang singgah ke telinga. Sebab itu, abah tidak mahu tengok saya terus berdukacita.

''Saya juga tak mahu pisang berbuah dua kali. Sebab itu, saya banyak kali berdoa kepada Tuhan agar pilihan saya kali ini tepat dan direstui semua pihak,'' katanya tanpa berselindung.

Bila mahu dedahkan

identiti Mr. S?

Pelakon drama bersiri Kecuali Cintamu itu juga kekal dengan keputusan untuk menyembunyikan identiti buah hatinya yang juga ahli perniagaan itu sehinggalah satu masa sesuai.

Pendiriannya mudah, status diri di kalangan mata masyarakat membataskan perbuatannya untuk menguar-uarkan kepada masyarakat.

''Memang betul kalau kita selalu dengar apa kata orang, kita tak boleh jauh ke hadapan. Tapi, saya ada perkara penting yang perlu saya selesaikan terlebih dahulu.

''Seperti pendaftaran perkahwinan kami dan beberapa perkara utama lain. Jadi apabila sudah selesai, barulah saya tampil ke hadapan, bercerita lebih lanjut tentang duduk perkara sebenar kepada umum.

''Saya tidak mahu mengusutkan keadaan. Cukuplah cerita yang bukan-bukan tentang saya sebelum ini. Begitu juga dengan cerita-cerita negatif tentang saya, semuanya terjadi bersebab,'' jelasnya.

Kenapa kahwin senyap-senyap?

Menjawab persoalan mengapa dia menyembunyikan perkahwinan keduanya itu, anak ketiga dari lima beradik ini dilihat begitu tenang sekali.

Katanya, rasional pemikiran mengatakan dia tidak perlu bercerita secara terperinci mengenai perkahwinannya bersama 'Mr. S' sebab ia milik peribadi dan terlalu kompleks.

''Terus terang, saya katakan bahawa saya belum bersedia ke arah itu. Insya Allah saya akan mendedahkannya satu hari nanti.

''Tapi apa yang menyedihkan saya, makin lama saya berdiam diri, makin naik tocang orang bercakap tentang saya yang bukan-bukan.

''Saya paling kasihankan Amirah yang dah masuk 16 tahun ini. Anak saya yang seorang itu cukup sensitif bila orang mula berkata tentang perkahwinan baru ibunya. Kalau betul tak mengapalah, ini bila sudah ditambah tokok, mengalir air mata jugalah dia.

''Sebab itu, saya ambil keputusan untuk rahsiakan dahulu perkara itu. Bagi mengelakkan lebih banyak spekulasi yang timbul selepas ini,'' pintanya berkali-kali.

Pada masa yang sama, penyanyi lagu Setia Kasih menafikan bahawa dia 'kantoi' dengan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semasa di rumahnya. Tak kurang dari itu, ada macam-macam versi negatif yang kedengaran tetapi didiamkan sahaja.

''Sekarang ini, saya perlu bersedia untuk berdepan dengan proses perundangan dengan pihak mahkamah. Biarlah ditumpukan perkara ini terlebih dahulu,'' katanya ringkas.

Hidup lebih tenang

Menyentuh tentang kehidupan barunya ini, penyanyi lagu Terkilan ini mengatakan dia cukup bahagia dan tenang tatkala ini.

''Kehidupan saya sudah terisi, lebih bermakna dan sempurna. Bila ada orang yang sudi mendengar cerita, berkongsi cerita harian dan sama-sama melayari bahtera perkahwinan.

''Saya akui memang ketenangan ini yang saya cari selama ini. Menumpukan perhatian kepada urusan keluarga yang selama ini semacam kurang lengkap.

''Amirah juga sudah punya teman untuk berbual dan bergurau senda. Bonus ini yang buat saya lebih bertambah tenang,'' katanya mengakhiri perbualan selama dua jam yang manis itu.

google: haleeda, haleeda dan suami, haleeda dan anak, haleeda kahwin, haleeda nikah, haleeda kahwin sorok, haleeda facebook, haleeda blog, haleeda twitter, gambar haleeda dan suami, foto haleeda dan suami, gambar terkini haleeda, terbaru haleeda, gambar foto terbaru terkini perkahwinan pernikahan haleeda

Kalau tak kreatif duduk rumahlah!

Posted: 29 Jan 2011 06:40 PM PST


ISU ciplak bukan baru dalam dunia muzik tempatan. Isu yang sering kali melingkar penggiat seni nampaknya tiada berpenghujung apabila satu demi satu artis baru yang menjadi mangsa.

Terbaru pelakon yang sedang mencipta nama, Nazim Othman turut terkena tempiasnya. Dia yang bercita-cita merakamkan sebuah lagu khas untuk sebuah drama bersiri nampaknya telah dikhianati.

Bekerjasama dengan seorang artis program realiti yang dikatakan berbakat mencipta lagu, usaha Nazim yang juga pelakon drama Ponti Anak Remaja bagaikan memakan diri apabila lagu tersebut sebenarnya diciplak dari sebuah lagu yang ada di Youtube.

Tindakan tidak bertanggungjawab artis realiti bergelar pelakon ini bersama tunangnya cukup melukakan hati Nazim.

Dia yang bertekad untuk menyelesaikan masalah itu secara baik tidak menjadi kenyataan apabila artis realiti terbabit enggan mengakui kesalahan sendiri.

Cukup terkesan dengan apa yang telah berlaku, Nazim tidak mahu isu tersebut menjadi lebih parah. Dia juga tidak mahu ada pihak lain yang menunding jari ke arah dirinya. Jadi, Nazim telah membuat satu laporan polis pada hari Ahad lalu.

Bukan bertujuan untuk mengheret sesiapa tapi usaha yang dilakukan itu sekadar untuk melindungi dirinya daripada terus diperlekehkan oleh pasangan berkenaan.

Kepada wartawan Pancaindera SYED MUSSADDAD MAHDI dan jurugambar YAZID MUSTAFA, Nazim mendedahkan apa yang telah berlaku pada dirinya.

Apa cerita sebenar?

Saya meminta lagu daripada artis ini dan tunangnya untuk dimuatkan dalam runut bunyi drama bersiri Begitukah Cinta yang akan ditayangkan bermula 14 Februari. Hasil perbincangan, akhirnya saya membeli lagu itu mencecah ribuan ringgit tanpa mengetahui lagu itu sebenarnya dicuri dari Internet. Bila lagu tu dah habis proses rakaman dan hanya menunggu masa nak diserahkan kepada pihak produksi, baru tembelang mereka pecah. Selidik punya selidik lagu tu memang sama dengan lagu You And I Unfulfilled Feeling yang ada dalam Youtube.

Apa jadi lepas tu?

Saya ada tanya artis tu, tapi dia tak mengaku. Memang saya cukup kecewa sebab seorang rakan baik sanggup buat saya macam tu. Saya ada bagi masa untuk dia mengaku dan minta maaf, tapi sampai ke sudah tak ada.

Macam mana boleh tahu lagu tu lagu curi?

Ada seorang rakan yang memberitahu lagu itu seakan-akan sama dengan demo yang saya miliki sebelum proses rakaman vokal. Setelah diamati, memang ada persamaan, cuma lagu Jepun itu dalam versi yang lebih laju temponya. Tapi bila saya tanya kepada artis ni, katanya persamaan seperti itu adalah biasa.

Yalah, dah kawan baik tentu kita percaya seratus peratus padanya. Tapi bila saya nak hantar lagu tersebut ke penerbit drama tersebut, ada sesuatu yang tak kena berlaku.

Apa yang jadi?

Tiba-tiba artis ni suruh saya tukar lagu tu. Ada masalah katanya. Tapi dia tak cakap apa masalah yang ada pada lagu tersebut. Ada kenalan saya yang terjumpa lagu tu di Youtube. Memang hampir keseluruhan lagu itu sama dengan versi instrumental lagu tersebut. Apa cerita beb?

Bagi tahu dia tak?

Memang saya ada tanya pada dia apa sebenarnya dah jadi. Sudahlah tak mengaku dia suruh saya menghormatinya pula. Tak ada sebab untuk saya hormat pada orang macam ni. Kalau dia mengaku dari awal, rasanya benda ni tak akan jadi sebesar ini.

Dia tak mengaku salah juga?

Banyak kali tanya tapi jawapan yang saya terima tak seperti yang diharapkan. Sekiranya dia ada membuat kesilapan, mengaku, minta maaf dan teruskan hidup. Tapi dia ni ego, malah saya pula dimarah kononnya cuba nak sekolahkan dia. Kita manusia biasa tak terlepas buat salah, sebab itu saya bagi ruang kepada dia dan tunangnya untuk berfikir dan mengambil langkah yang wajar. Tapi dalam tempoh masa yang saya berikan dia masih buat tak tahu, saya terpaksa ambil tindakan lanjut. Saya dah pun buat laporan polis baru-baru ini.

Kenapa sampai buat laporan polis?

Laporan polis perlu untuk membersihkan nama saya sekiranya ada isu-isu berkaitan yang mungkin berbangkit di masa hadapan. Tambahan pula isu ini melibatkan harta intelek yang memang tak sepatutnya terjadi. Saya langsung tidak dihormati sebagai seorang kawan, apatah lagi sebagai seorang klien berbayar. Lagi satu, saya tak nak pisang berbuah dua kali.

Apa maksudnya?

Cukuplah apa yang dia dah buat pada saya, dan juga diri mereka sendiri kali ni.Saya tak nak benda yang sama berulang kepada orang lain.

Apa jadi pada lagu tu?

Saya terpaksa mendapatkan khidmat individu lain untuk membuat susunan muzik baru berdasarkan lirik asal. Judul lagu itu masih sama, Cinta dan insyaallah akan dimuatkan dalam drama bersiri Begitukah Cinta akan datang.

Tak nak heret ke muka pengadilan?

Ada juga terfikir soal tu, ia terpulang kepada keadaan. Kalau boleh saya tak mahu dakwa di mahkamah. Tapi kalau mereka masih memutarbelitkan isu ini di laman sosial Twitter dan Facebook saya tak teragak-agak untuk heret mereka ke mahkamah. Sebelum ini pun dia pernah kutuk saya melalui cara itu. Saya ada cukup bukti untuk mengheret mereka ke muka pengadilan. Ini soal maruah diri saya juga, jangan main-main.

Ada apa-apa pesanan untuk pasangan ni?

Kalau mereka buat semua ni pasal duit, saya halalkan dunia akhirat. Ingat, dia dah buat dekat saya tapi jangan sesekali buat dekat orang lain. Industri ni kecil sahaja, lambat laun kita jumpa juga. Nanti nak sorok dekat mana muka tu? Bila sebut pasal karya kreatif ni, memang perkara yang cukup sensitif. Kalau rasa-rasa tak kreatif, duduk diam-diam sudahlah. Bila dah macam ni, tak ke busuk nama tu?

Kesian Diana Danielle

Posted: 29 Jan 2011 06:39 PM PST


FARID KAMIL putuskan hubungan dengan kekasihnya Diana Danielle? Alamak, apa dah jadi ni? Musim artis putus cinta ke? Joyah baru berangan nak makan nasi minyak mereka.

Ye lah sebelum ini Joyah dengar mereka berdua ni dengar-dengarnya sudah bersepakat nak menuju ke fasa pernikahan.

Tup tup sekarang ni, sudah lain pula ceritanya ya. Apa pasal ni?

Khabarnya, Farid memutuskan hubungannya dengan Diana disebabkan sikap gadis itu sendiri yang macam budak-budak. Suka sangat cari pasal dan nak bertekak walau hal remeh-temeh.

Dan dalam hal ini, Joyah teringat pula dengan kata-kata bekas teman lelaki si Diana yang sebelum ini. Luah jejaka tampan itu pada Joyah satu ketika dulu, punca mereka putus pun disebabkan perangai Diana. Mula-mula bolehlah tahan.

Tapi, kalau dah bercinta dengan budak sekolah, kenalah banyak bersabar tau, jangan nak fikirkan emosi diri sendiri saja, kenalah faham tahap budak-budak berfikir. Dan ini juga mungkin siren kecemasan untuk Diana supaya ubah sikap dan jadi lebih baik. Tak gitu?

Akim buang hadiah peminat?

Posted: 29 Jan 2011 06:39 PM PST


NAMPAKNYA ada yang panas punggung apabila dapat tahu Akim yang cukup popular dengan lagu Inilah Cinta telah membuang hadiah peminat dalam satu kejadian di Brunei. Khabarnya Akim membuang hadiah tu sebab dia tak suka.

Hal ini dibangkitkan oleh peminat sendiri yang tak puas hati dengan Akim sampaikan ada yang melabel penyanyi remaja itu dengan panggilan yang bukan-bukan. Tak kenang budi, lupa daratan, macam-macam. Peliklah, baru setahun menyanyi, baru hendak popular, sudah jadi 'kacang' ya Akim? Ish!Ish! Ish, sampainya hati buat peminat macam tu.

Dan bila Syed tanya Akim baru-baru ini, dia menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Akim nyata terkejut dengan cerita yang keluar tu sebab dia dia tak pernah buang walau satu pun hadiah pemberian peminatnya selama ini.

"Tak ada asas langsung. Macam mana cerita tu boleh keluar? Kalau ikut cerita tu, Akim buang gambar pemberian peminat di Brunei. Masalahnya cerita buat persembahan di Brunei tu sudah lebih setahun setengah, kenapa baru sekarang nak keluar cerita tu?" kata Akim. Tegas Akim, semua peminat dia sayang dan hadiah peminat tak kira kecial atau besar, dia akan simpan di rumah.

"Cuba bayangkan kalau orang buang hadiah pemberian Akim. Tentu Akim akan sedih. Sama juga hal macam tu," nafinya lagi. Okeylah Akim, kalau tak buat tak apa. Tetapi nasihat Syed, kalau ada artis buat perangai macam tu, alamatnya tak lamalah bernafas dalam dunia seni. Nak jadi artis, kenalah tahu menghargai peminat, okey?

Syed: Buang surat cinta lama bila sudah bertemu orang baru. Opsss!

Rita Rudaini Tamatkan Sengketa Dengan Mertua

Posted: 29 Jan 2011 06:06 PM PST


PETALING JAYA: Hubungan yang keruh melibatkan pelakon Rita Rudaini Mokhtar,35, dengan keluarga mertuanya kembali jernih apabila kedua-dua pihak sudah menamatkan perselisihan faham yang tercetus hampir tiga tahun lalu.

Peristiwa air mata itu berlaku di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Tun Razak di sini pada malam Khamis lalu apabila suami Rita, Aidil Zafuan,24, membawa ibu dan bapanya Azizah Arshad,58, dan Abdul Radzak Salleh,61, untuk menziarahi cucu mereka, Airit Rayyan Rizqin yang berusia dua tahun di pusat perubatan itu akibat demam panas.

Ketika tiba di pusat perubatan berkenaan, Rita telah meluahkan segala isi hati yang terbuku selama ini sehinggalah kedua-dua pihak bermaaf-maafan bagi menjernihkan segala kekusutan yang terjadi.

"Emak sayangkan Rita. Mak restu perkahwinan Rita dengan Aidil," kata Azizah sambil memeluk menantunya dengan linangan air mata.

Rita juga turut mencium tangan Abdul Radzak sambil kedua-dua mereka meminta maaf di atas segala masalah yang telah berlaku selama ini.


Aidil Zafuan (kanan) bersama ibu dan bapanya, Azizah Arshad dan Abd. Radzak Salleh sewaktu ditemui wartawan di rumah mereka di Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.
Detik-detik itu turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Bukan sahaja bermaaf-maafan malah Rita yang kini mengandung lima bulan anak kedua turut menjemput ibu bapa mertuanya itu melawat cucu mereka di rumahnya di Manjalara, Kuala Lumpur pada masa akan datang.

"Kalau mak dengan ayah rindu dekat Rayyan, boleh datang melawat," kata Rita yang tentunya berasa lega dengan peristiwa bersejarah itu.

Kedua-dua pihak memanjatkan rasa syukur kerana kekeruhan yang berlaku dapat dijernihkan apabila mereka berjaya menamatkan sengketa yang telah berlaku.

Rita dan Aidil bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada bulan Februari 2008 sehingga menimbulkan kekecohan apabila perkahwinan berkenaan tidak mendapat restu keluarga.

Akibat kejadian itu, kedua-dua pihak gagal mencapai persefahaman untuk berdamai sehinggalah ia berpanjangan.

Selain Aidil Zafuan, kembar bintang bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan tersebut iaitu Zaquan Adha turut memilih artis sebagai isteri apabila bernikah dengan Ayu Raudhah pada 21 Januari lalu.

Erra Enggan Layan Gosip Suami Main Kayu Tiga

Posted: 29 Jan 2011 06:05 PM PST


PETALING JAYA: Aktres popular Erra Fazira, 36, enggan melayan sebarang gosip yang mendakwa rumah tangganya sedang bergolak gara-gara suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin kononnya mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Menjawab dakwaan terbaru yang kembali diperkatakan, Erra bagaimanapun menyifatkan cerita yang timbul itu sebagai sesuatu yang tidak berasas selagi tidak mempunyai bukti.

"Jujurnya, memang saya pernah dengar cerita yang mengatakan Emran mempunyai hubungan dengan wanita lain di luar tetapi saya selalu ambil pendekatan untuk tidak ambil pusing selagi tiada bukti kukuh.

"Kadang-kala orang boleh bercakap dan memfitnah macam-macam tentang kita. Jika benar dakwaan tersebut, saya sentias berdoa agar ditemukan bukti dan petunjuk," katanya yang tidak hairan dengan dakwaan terbaru itu.

Ditanya pula adakah dia pernah bertanyakan kesahihan dakwaan tersebut kepada suaminya, Erra mengakui pernah berbincang dalam keadaan yang santai dan bergurau.

Namun perkara tersebut tidak pernah diperbesar-besarkan sehingga mencetuskan perbalahan kerana tidak terbukti kesahihannya.

"Memang saya pernah bertanyakan perkara itu kepadanya tetapi dalam keadaan yang santai dan bergurau. Namun, selagi tidak terbukti, saya tidak mahu ambil serius.

"Tidak perlulah sampai kami berbalah di rumah semata-mata mendengarkan cerita yang timbul sedangkan belum terbukti kebenarannya," katanya yang mengakui pengalaman bergelar selama hampir 18 tahun dalam bidang seni banyak membantu dalam menangani gosip sebegini.

Bagaimanapun, Erra turut bersedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan dalam rumah tangganya seandainya perkara yang tidak diingini itu benar-benar berlaku seperti mana yang didakwa.

"Sebolehnya saya tidak mahu memikirkan tentang perkara remeh-temeh yang tidak berasas selagi tidak mempunyai bukti.

"Bagaimanapun, seandainya sesuatu yang tidak diingini berlaku, saya sentiasa bersiap-sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran program rombongan Erra Art Club di Borders, The Curve, di sini, Jumaat.