Adsense

Ahad, 30 Januari 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


(Gambar) Konsert Urusan Aizat Amdan Live In Damansara

Posted: 30 Jan 2011 11:03 PM PST

Kami tahu, sedikit slowpoke. Konsert Urusan Aizat Amdan Live In Damansara yang berlangsung pada 29 Januari 2011 menerima sambutan SOLD OUT daripada peminat penyanyi lagu, Kau Aku. Dengar cerita, pihak penganjur pada mulanya cuma mahu 'test market' dengan mengadakan konsert kecil-kecilan. Namun mereka tidak menyangka tiket-tiket tersebut boleh habis terjual dalam masa 2 hari.

Konsert dimulakan dengan lagu rancak Years From Now membangkitkan mood penonton dengan jeritan Aizat, Aizat! Ya, rata-rata penonton konsert ini dihadiri oleh wanita, nais! Jujur kata, kami enjoice & rasa terharu kerana dijemput oleh pihak penganjur ke konsert Aizat.

Terima kasih kepada rakan media, Rotikaya yang berkongsikan gambar epik persembahan Aizat Amdan, serta kemunculan 2 pasangan popular selebriti, Datuk Siti Nurhaliza & suami serta Mizz Nina & Noh Hujan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Lagu Insya-Allah Maher Zain Versi Bahasa Melayu

Posted: 30 Jan 2011 10:03 PM PST

Terer betul Maher Zain nyanyi dalam bahasa Melayu. Sebutan jelas, malah maksud lagu pun tak lari jauh dengan versi asal. Lirik lagu mudah difahami sehingga boleh menyentuh mana-mana jiwa yang mendengar. Maher Zain, baru sahaja melangsungkan konsert tertutup di Malaysia tempoh hari mendapat sambutan yang hangat daripada peminat.

Apa lagi, kasi layan lagu Insya-Allah daripada Maher Zain. Sesekali layan lagu bertemakan keinsafan, apa salahnya. Jangan dok layan lagu Katy Perry manjang. Opss, habis'lah kami kena lahar dengan peminat Katy Perry. Sorry, you guys!

Oh ya, adakah fenomeno Raihan akan kembali semula? TQ rakan media Beautifulnara yang berkongsi lagu ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.