Adsense

Ahad, 30 Januari 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Grup baru tidak berani – Spider

Posted:

Grup baru tidak berani – Spider

Grup baru tidak berani – Spider



PERTEMUAN bersama Spider diadakan pada satu malam, sewaktu empat tentera muzik ini sedang leka berlatih di studio Luncai Emas milik sifu M. Nasir.

Suasana yang riuh dengan vokal berbalut instrumen diselang-seli celoteh ahli grup tiba-tiba sepi sebaik nama Loloq disebut.

Sebelumnya, penulis ada memberitahu artikel ini akan diterbitkan pada 30 Januari, tarikh sama kembalinya Allahyarham Rosli Khamis atau Loloq ke rahmatullah.

Hakikatnya, hubungan Spider dengan Loloq amat manis dan sangat rapat. Segalanya dikongsi bersama lebih-lebih lagi pada permulaan Spider mahu bertapak dalam dunia seni.

"Kami sangat kehilangan arwah. Album terdahulu kami, Bintang 12 adalah album terakhir bersamanya. Malah, boleh saya katakan bahawa pacuan Spider datang daripadanya.

"Loloq membuatkan kerja jadi seronok dengan penghasilan liriknya," ujar Tam, termenung mengingatkan Loloq, lelaki yang setia dengan jenama Converse dan Levi's.

"Kalau dia ada sekarang, pasti dia yang akan riuh-rendah. Beritahu apa yang bagus dan tidak.

"Malah, kalau sesebuah lagu dihasilkan, dia adalah individu yang akan melompat riang ke sana ke mari," Tam bersuara.

Nafie menambah serius: "Lirik Loloq kena dengan keadaan semasa. Dia juga masak benar dengan cara hidup dan karakter kami. Itu yang membolehkan kerja jadi senang.

"Sebab itu apabila mahu memulakan album baru ini, kami terbayang-bayangkan arwah.

Penulis bertanyakan rutin arwah menulis untuk Spider yang sangat serasi dengan kumpulan itu.

"Dia memang tahu fiil dan perkembangan kami. Sudah ada idea dan intinya. Ada yang dia terus tulis, sejurus mendengar lagu.

"Lirik Aladin, dia tulis dalam masa 10 minit. Spontan. Ada yang dia minta salinan lagu dan buat kerja rumah dulu.

"Malah, kami juga selalu bincang pasal single dan tajuk sesebuah lagu itu. Jadi bila dia tiada, kami terasa sangat," ulang Tam lagi.

Harapan Kitasatu

Perlahan-lahan meninggalkan laut emosi, penulis bertanyakan penghasilan album terbaru mereka, Kitasatu, sebuah album yang tiada langsung sentuhan Loloq.

Kurang puas rasanya mendengar album ini kerana cuma lima lagu yang dihadiahkan. Ia seperti satu perjalanan yang kurang lengkap.

Tam mengulas seraya mengiyakan: "Kita ikut perkembangan semasa. Sekarang lima lagu sudah dikira sebuah album.


SPIDER kembali menemui para pecinta mereka dengan album Kitasatu yang mengandungi lima buah lagu.


"Kalau kita bagi 10 lagu sekali pun, cuma beberapa yang ingin didengar, untuk apa? Kami sendiri kurang puas. Seperti ada yang kurang dan tidak padat."

Memandangkan kebanyakan peminat sekarang lebih tertarik pada fenomena muat turun lagu dari Internet, Spider turut mengikut aliran itu.

Kata mereka, jalan ringkas ini perlu mereka cuba.

Menyentuh soal material, ujar Tam, mereka membuat rakaman secara langsung dan kembali kepada cara asas seperti album pertama, Ngam Ho.

Mereka mencuba semula proses rakaman awalan yang telah lama ditinggalkan.

"Ada pemuzik lain yang rasa album ini satu eksperimen," kata Aie, sang pengetuk dram. Belum habis hujahnya, Nafie mencelah: "Semua album adalah eksperimen buat kami."

Kitasatu, lagu yang sedang dipertaruhkan kini bukanlah sebuah kesinambunagan Relaku Pujuk. Itu pernyataan Tam.

"Ia sebuah lagu nukilan Keon buat saya, hadiah perkahwinan katanya. Melihat liriknya, ia sebuah lagu indah buat pasangan yang dilimpahi flora cinta.

"Kalau diikutkan, kita memang nak jadikan Ajaib lagu handalan kami tetapi ia dimainkan sekejap sahaja di corong radio.

"Ada yang berpendapat lagu itu terlalu eksperimental. Terperanjat mungkin," ujar Tam yang menegaskan bahawa Spider tidak pernah mempromosikan lagu balada sebagai daya penarik material mereka.

"Kami sebenarnya mahu tonjolkan lagu-lagu yang lebih up beat," ujarnya menghala kepada konsep grup ini yang kekal dengan genre ska dan rock.

Maka Kitasatu dihadiahkan dengan lima buah lagu hasil nukilan Spider beserta lirik oleh M. Nasir dan Keon.

Ia satu produk dengan persembahan material menarik walau cuma lima alunan lagu.

Mengimbas semula perjalanan album Spider daripada Ngam Ho ke Aladin, Nazraku dan Bintang 12, pasti setiap satunya membuahkan lebih daripada sebuah single yang menarik.

Rancang mereka juga, album ini bakal dilancarkan pada bulan hadapan di Hard Rock Cafe, Pulau Pinang sebelum diikuti siri jelajah Malaysia, khas untuk merapati kembali peminat yang sudah tiga tahun mereka tinggalkan tanpa material baru.

Penakut

Mood yang semakin menaik selepas bercerita soal album dan material dilanjutkan termometernya.

Sedikit panas apabila ditanya soal kematangan dan kesukaran sebuah grup bernama Spider.

Pernah ada suara keras di luar sana yang merungut mereka susah berurusan dengan Spider bahkan sukar dihubungi. Mereka cuma tersenyum.


GRUP ini mengharapkan grup-grup baru lebih berpendirian.


"Kami sedar ada yang masih bercakap tentang kami. Kononnya sukar berurusan. Bagi kami, industri yang harus matang. Jangan asal boleh sahaja," ujar Nafie. Dia serius lagi.

"Pernah kami dipersalahkan hanya kerana meminta perkara asas sebuah grup sewaktu mahu mengadakan persembahan. Janganlah anggap enteng perkara yang kami minta.

"Tapi akhirnya jari telunjuk dituding ke arah kami sendiri," tambah Tam yang meminta mood mereka tidak diperlekehkan sebelum persembahan.

"Kita lawan balik kerana ideologi grup. Kami lihat grup-grup baru sekarang penakut. Mereka tidak berpegang kepada falsafah perjuangan grup, (mereka) hanya mahu hidup dalam dunia seni.

"Mereka tidak prihatin dan bangun mempertahankan hak," nasihat Tony persis seorang abang kepada si adik.

"Spider bukan mahu jadi musuh sesiapa. Cuma kita perlu ada pegangan agar tidak tertindas selain mesti ada sikap hormat menghormati," perlahan Tam bersuara lagi.

Dia turut kecewa kerana alasan promosi dan persembahan amal membuatkan penyanyi di Malaysia dibayar dengan harga yang rendah.

Lalu cerita Tam, Nafie, Tony dan Aie yang sikap muncul kerana pegangan seni mereka. Mungkin ada yang tersalah tafsir atau sekadar mendengar cerita yang ditokok tambah.

Lali dengan cerita sebegitu, apa yang penting buat Spider ialah prinsip serta identiti diri. Mereka terus mekar dengan 'ego' yang berpaksi pada tujuan yang betul bergelar anak muzik.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Nora, Jejai bersatu demi Rayqal

Posted:

Nora, Jejai bersatu demi Rayqal

Nora, Jejai bersatu demi Rayqal


BIARPUN bukan lagi suami isteri, Jejai dan Nora berusaha menjadi ibu bapa terbaik buat Rayqal.


TERLERAINYA ikatan perkahwinan Rizal Ashram Ramli dan selebriti Nora Danish sejak 2008, tidak pernah memutuskan tali silaturrahim dengan keluarga bekas suaminya.

Hubungan sebagai bekas menantu dan ibu kepada cucu sulung dalam keluarga itu adalah hakikat. Satu-satunya zuriat hasil jodoh singkat antara Nora dan Jejai, Putera Rayqal Ramli Rizallah menjadi penyambung hubungan antara Nora dengan bekas mertuanya iaitu bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib serta isteri, Puan Seri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.

Pelakon kecil molek itu mengakui, perkara itu bukan satu kejanggalan kerana sejak dari lahir, Rayqal ditatang bagai minyak yang penuh oleh keluarga mertuanya. Sebab itu juga, ajakan percutian bekas keluarga mertuanya ke Tokyo dan Niseko, Jepun pada 30 Disember 2010 hingga 19 Januari lalu disambut dengan besar hati.

"Percutian itu sudah lama dirancangkan, sejak Mei 2010 lagi. Lagipun, sudah menjadi agenda keluarga mertua untuk bercuti bersama keluarga setiap tahun. Hanya tahun ini saya dan Rayqal ikut serta.


ANAK BAPA. Rayqal dan Jejai mesra dan menghabiskan banyak masa bersama sepanjang percutian.


"Ia kebetulan untuk meraikan Rayqal yang genap usia 2 tahun pada 7 Januari lalu. Kami semua sangat seronok. Itu percutian pertama kali buat keluarga mertua bersama Rayqal.

"Sejak saya dan Jejai bercerai, itulah kali pertama juga kami bersatu sebagai sebuah keluarga untuk meraikan hari jadi Rayqal," katanya yang dihubungi ketika dalam perjalanan ke Singapura untuk menyertai program anjuran Dunia Herb's di sana.

Sedikit gusar, bimbang kalau-kalau disalah anggap kerana sanggup berkongsi rakaman kenangan sepanjang di Jepun, Nora cuma mahu berkongsi momen bahagianya sebagai ibu yang sedang bahagia melihat si kecil sedang membesar.

"Secara peribadinya saya seronok, kerana pertama kali bercuti ke sana, dapat tengok sekitar Tokyo, masuk ke muzium kesenian di sana dan kemudiannya ke Niseko. Dapat pula bermain ski bersama-sama," katanya.


NORA bersama anaknya, Rayqal, bekas ibu mertua serta bekas adik-adik iparnya tidak puas berkongsi hobi bergambar untuk kenang-kenangan.


Baik semasa atau selepas pulang dari percutian itu, Nora menyifatkan ia sekadar satu penyatuan ahli keluarga bukan pula sebagai mengeratkan hubungannya dengan Jejai.

"Kami sekadar baik dan rasanya lebih baik kami begini sahaja dan percutian itu bukan untuk menyatukan perasaan kami berdua. Antara saya dan Jejai tidak wujud lagi perasaan cinta. Kami baik atas dasar kekeluargaan dan anak," kongsi Nora.

Sepanjang percutian di negara matahari terbit itu, mereka menghabiskan 10 hari di Tokyo dan 10 hari lagi di Niseko. Selain bekas mertua, Nora sendiri, Rayqal dan Jejai percutian itu turut diserta Putri Azalea serta suaminya Alfi, Putri Yasmin dan Alia (adik Alfi).

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Soul 3 semangat 1Malaysia

Posted:

Soul 3 semangat 1Malaysia

Soul 3 semangat 1Malaysia


SOUL 3 yang dianggotai oleh (dari kanan) K. Ganesh, Terry Siau dan Helmi Fazli mencari posisi terbaik untuk dikenali. Album Gunung Asmara menjadi pertaruhan dan bakal muncul dengan konsert mini sendiri.


MESKIPUN sudah melahirkan tiga buah album, kumpulan Soul 3 yang berkonsepkan 1Malaysia hasil gabungan tiga anak muda Melayu, Cina dan India masih belum cukup dikenali ramai dalam dunia seni suara.

Sungguhpun begitu, trio yang diwakili oleh K. Ganesh, Terry Siau dan Helmi Fazli Md. Halim itu masih gigih berusaha. Mereka tidak pernah kenal erti jemu untuk terus bertahan dalam industri hiburan kerana minat yang mendalam dalam bidang nyanyian.

Selaku ketua kumpulan, Ganesh tetap menyifatkan kehadiran mereka masih lagi baru dalam industri muzik dan masih banyak perkara yang perlu dilakukan untuk mengukuhkan posisi.

"Saya akui kami memang kurang mendapat liputan daripada media dan mungkin kerana faktor itu, ia membuatkan kami kurang dikenali.

"Pada tahun ini, kami akan bergerak perlahan-lahan membuat promosi album baru kami yang bertajuk Gunung Asmara. kami akan cuba untuk menganjurkan konsert sendiri," katanya ketika ditemui semasa sesi fotografi di Kosmo! baru-baru ini.

Mengimbas kembali perjalanan Soul 3, Ganesh memberitahu, pada mulanya, kumpulan tersebut merupakan sebuah kumpulan vokal dan mereka melangkah ke bidang seni suara dengan berbekalkan album Hilang pada 2006. Ia terjual sebanyak 3,000 unit.

Setahun selepas itu, Soul 3 menerbitkan sebuah lagi album bertajuk Awan dan Langit, namun mungkin disebabkan dua daripada anggota Soul 3 menarik diri, Ganesh mengambil inisiatif sendiri dengan membuat jualan album secara langsung sehingga mencecah 8,000 unit.

"Sejak ditubuhkan pada tahun 2005, anggota asal Soul 3 memang terdiri daripada tiga etnik utama di Malaysia, namun selepas menerbitkan album pertama, kumpulan ini berpecah. Saya kemudian bangkit dengan mencari ahli baru pada tahun 2007.

"Sekali lagi kami berpecah, namun kehadiran Terry dan Helmi memberikan saya idea agar kami muncul dengan konsep band. Pada masa yang sama, saya amat berharap agar mereka berdua akan kekal dan bersama-sama menaikkan Soul 3 agar berdiri sebaris dengan artis tanah air yang lain," jelasnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.