Adsense

Isnin, 11 Julai 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Jimmy Shanley Terima Tuduhan Melampau?

Posted: 11 Jul 2011 09:39 PM PDT

Kecut perut kami apabila membaca pelbagai tuduhan serta dakwaan oleh individu yang dipercayai adalah bapa saudara kepada isteri Jimmy Shanley. Perbualan secara terbuka dalam Facebook antara individu yang terlibat, kami lihat lebih kepada emosi semata-mata.

Menurut individu berkenaan, Jimmy Shanley hanya membeli barangan baby untuk menunjuk di depan wartawan sahaja. Kami tak pasti akan kebenaran perbualan mereka ini.

Apa pun, biar pihak mahkamah sahaja yang menentukan kesahihan tuduhan tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Shaheizy Sam Jenis Merendah Diri.

Posted: 11 Jul 2011 09:26 PM PDT

Aku membaca sebuah artikel di Berita Harian mengenai perihal Shaheizy Sam. Dalam artikel itu ada menyebut, seorang individu telah dijemput untuk memberikan review untuk filem Sekali Lagi lakonan Sam, Bront Palare & Lisa Surihani. Namun, individu tersebut berasa keliru dengan watak yang dilakonankan oleh Sam. Dalam sinopsis, Sam sepatutnya berlakon sebagai penghidap autisme, sebaliknya apabila filem dimainkan, lain pula jadinya.

Individu tersebut pun menegur lakonan Sam dalam kolum reviewnya. Selang beberapa hari, Sam secara peribadi telah menghantar email kepada individu itu untuk memberikan penjelasan.

Dalam email tersebut, Sam dengan merendah diri meminta maaf kepada individu berkenaan serta memberikan penjelasan mengenai wataknya dalam filem Sekali Lagi. Individu tersebut berasa terharu dengan sikap Sam, walaupun sudah bergelar Bintang Paling Popular, namun Sam tidak mendabik dada sebagaimana artis-artis yang lain.

Itu cerita individu berkenaan.

Aku pernah menemui Sam secara berdepan-depan. Tutur katanya lancar, setiap soalan dijawab dengan penuh isi & merendah diri. Aku pernah bertanya kepada Sam, apakah perasaannya apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular?

Sam membalas dengan nada rendah diri, "Hidup saya sebagai anak seni untuk memuaskan hati peminat. Terima kasih kepada peminat, ini semua hasil usaha mereka. "

Rendah diri. Itu'lah kejayaan serta peribadi Sam yang wajar dicontohi oleh selebriti-selebriti baru.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sensasi

Sensasi


Pelancaran Produk terbaru Coway Water Softener di Sunway Lagoon Pada 9 Julai 2011

Posted: 11 Jul 2011 02:57 AM PDT

Pada hari sabtu yang lepas iaitu 9 July, Coway telah melancarkan satu produk rumah kesihatan yang amat menarik iaitu Coway Water Softener. Sebelum nie sensasi pernah memperkenalkan kepada pembaca semua tentang Water Softener dan kebaikan nya… ushar kat sini -> http://my-sensasi.blogspot.com/2011/07/alami-gaya-hidup-yang-sihat-dengan.html

Pelancaran Produk terbaru iaitu Coway Water Softener telah berlangsung di Sunway Lagoon.
Sensasi dan pasangan telah sampai di tempat pelancaran pada pukul 11.30 pagi.


Setibanya kami di Sunway Lagoon,Sensasi menerima goodie bag dengan souvenier Coway yang menarik,serta ticket All Park Sunway Lagoon.

Ada Booth Coway dimana terdapat pelbagai aktiviti percuma yang dibuat khas untuk pengunjung dan Media. Ada Pedicure,Manicure,ada air-brush ada sand art,ada magician ,tukang tiup belon dengan bentuk2 comel,ada photo booth(polaroid)..Semuanya Percuma .memang enjoy.

Pukul 11.40 sensasi duduk kat tempat yang disediakan untuk blogger.sementara menunggu pelancaran produk,sensasi dan beberapa blogger lain dihiburkan dengan street magic oleh ahli silap mata Coway..haha kelakar tapi seriously agak amazing. Sensasi diberikan garfu yang telah dipatahkan oleh magician tu sebagai cenderamata…huhu





Pada pukul 12 tengahari,Emcee memulakan acara ,kemudian diikuti sedikit ucapan dan pengenalan tentang produk Coway Water Softener oleh Mr. Hoe Kian Choon,iaitu Senior Sales GM Coway Malaysia.


Emcee memulakan acara setelah semua jemputan Media,Blogger, dan Selebriti tiba…

Ucapan Oleh Mr Hoe mengenai Produk Terbaru teknoligi Korea, Coway Water Softener.




Pelancaran Produk…dengan Gimik yang menarik iaitu…. Ada wanita yang tengah mandi keluar dari bilik showermemberi kejutan kepada para jemputan..



beberapa orang Selebriti termasuklah Ning Baizura dan MayJune yang telah diberikan Produk Coway untuk merasai kehebatan Produk tersebut.Kemudian mereka menceritakan pengalaman dan perbezaan mandi dengan air lembut Coway berbanding air paip biasa…





Tak Lama kemudian Vanidah Imran pula muncul..dia terlambat sikit sebab kesesakan lalulintas,ala korang tau lah BERSIH kan berlangsung pada hari tue..Nasib baik Sensasi dtg dari Damansara so memang tak jam laa

Apa yang menariknya,Apabila Vanidah cakap untuk tahu samada kulit kita kering atau tak,cuba guris tangan dengan kuku kalau ada garis putih bermaksud kulit kita kering..memang sebelum nie kalau sensasi garu /guris tangan dengan kuku mmg akan jadi garis putih,so sensasi pun nak tengok lah betul ke tak,maklumlah sensas turut menerima produk Coway Water Softener untuk merasai sendiri kebaikannya…dan Memang terkejut badak,walau sekuat mana sensasi cuba guris kulit tangan/lengan sensasi memang langsung takda garis putih… ternyata Produk nie betul betul berkesan..gelak besar sensasi dengan pasangan sebab suka sangat..

Sebelum berkahirnya acara Pelancaran sesi Soal jawab dibuka kepada jemputan..Lepas bersurai kami disajikan dengan refreshment…apa lagi..makan lerr…ada mee goring ada sosej,ada roti jala,ada kuih muih,ada air the,kopi dan mcm-mcm lagi…




Produk Coway juga telah dipasang sebanyak 48 unit di sunway Lagoon untuk kegunaan orang ramai agar dapat menikmati kelainan dan kepuasan mandi dengan air lembut.Percubaan ini selama 3 bulan..apa lagi cepat serbu Sunway Lagoon kalau nak rasa beza Air Lembut..

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Akhil Hayy Jadi Pengacara Program Cubaan Astro Oasis

Posted: 11 Jul 2011 05:41 PM PDT

Pada jam 12 tengahari semalam, sesudah selesai rehersal & briefing untuk Anugerah DiGi Wwwow di KL Pac, Budiey terus ke The Gardens, Mid Valley City untuk hadir di Sidang Media Program TV terbaru di Astro Oasis yang diberi nama CUBAAN.

Berkenaan dengan Anugerah DiGi Wwwow yang akan berlangsung pada jam 8 malam ini di KLPac, Budiey bukannya finalis yang dicalonkan dalam anugerah pertama anjuran syarikat telekomunikasi terkenal, DiGi ni, Budiey sekadar hadir untuk menjadi penyampai anugerah untuk pemenang kategori Fave Malaysian Male Online Celebrity. Mmm… agak-agak korang siapa yang akan menang ya. Budiey rasa, kalau diberi pilihan Budiey pilih Aaron Aziz. Huhu, penangan Nora Elena katanya.

Sebenarnya, ramai yang tak tahu tentang anugerah yang menghargai pengguna internet khususnya blogger-blogger yang semakin ramai tumbuh macam cendawan. Rasanya promo untuk awards ini ada disiarkan di kaca TV. Ala, biasa la kan, anugerah tahun pertama memang macam tu, tak berapa orang nak tahu. Tapi kalau setiap tahun dianjurkan mesti orang akan ingat.

Apa-apa pun, kepada semua pemenang dan finalis Anugerah Wwwow DiGi malam ini, selamat maju jaya buat korang. Tahniah sebab korang dipilih sebagai finalis pun dah kira satu kejayaan besar. Budiey juga turut membawa seorang pembaca ke anugerah ini, memandangkan tiket sangat terhad dan pihak DiGi tidak dapat memberi tiket kepada pembaca budiey.com. Sorry eh.

Akhil Hayy Waheeda

Berbalik kita kepada program TV Cubaan ini, setelah melihat trailer, beberapa klip sedutan dari program ini, dapat Budiey katakan program ini adalah satu program prank yang berbentuk dakwah, di mana Akhil Hayy sebagai pengacara akan menerjah orang ramai untuk menguji sejauh mana orang Islam di Malaysia peka dengan isu hukum hakam agama.

Semalam, pengacara dan pendakwah bebas terkenal ini turut hadir bersama isterinya, Waheeda yang bertudung hijab. Lama betul Budiey tak jumpa dengan Waheeda ni, teringat masa mula-mula kerja dengan budiey.com dulu, Budiey pernah buat contest album Waheeda kat blog ni. Kalau korang pembaca setia budiey.com dari dulu, korang mesti ingat lagi. Tapi sekarang Waheeda dah lain dah, tak macam dulu, maksud budiey, imej dan penampilan beliau.

Akhil Hayy Waheeda

Program itu akan disiarkan di Astro Oasis (saluran 106) pada setiap Sabtu, pukul 7.30 malam bermula 16 Julai ini.

Budiey kira, bukan senang untuk buat program prank dalam acuan dakwah seperti ini sebab perancangan dan strategi kena betul dan dirancang sebaik mungkin. Kalau silap perancangan, akan jadi benda lain pulak.

Menjadi hos dan turut sama menerjah orang ramai, membuatkan Akhil Hayy benar-benar memberikan pendedahan baru dan membuatkan Akhil sentiasa beristighfar serta berhati-hati dengan kejadian yang tidak diingini walaupun sentiasa diawasi oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Polis.

"Program ini bukan sekadar terjahan dan merakamkan sesuatu keadaan dengan kamera tersembunyi, tetapi secara tak langsung tujuannya adalah untuk mendidik dan berdakwah kepada masyarakat. Kami sengaja menjadikan program ini berbentuk santai dan spontan namun tidak bermakna hendak mengaibkan pihak tertentu. Saya bukan nak tunjuk pandai, sebaliknya mahu memberikan penyelesaian dan kesedaran kepada masyarakat jika sesuatu insiden yang tidak diingini berlaku kepada keluarga dan diri-sendiri."

Akhil Hayy Waheeda

Hos Program terbaru CUBAAN di Astro Oasis

Sepanjang sebulan menjalani rakaman program 13 episod itu di sekitar ibu kota, Akhil akui banyak pengalaman dan cabaran yang dihadapinya.

"Semasa kami meminta seorang kru wanita melakonkan sebagai wanita hamil yang mengerang kesakitan, kami lihat tiada masyarakat yang prihatin sehinggalah akhirnya muncul seseorang yang bukan Muslim mengambil tindakan dan meminta orang ramai menolong wanita itu. Selain itu, berlaku juga kejadian yang tidak diingini ketika kami menguji orang ramai dengan insiden seluk saku. Malangnya, salah seorang kru kami cedera di kepala akibat diserang oleh orang awam yang membantu mangsa pencuri itu," ceritanya.

Akhil Hayy Waheeda

Turut hadir ialah Pengurus Saluran Astro Oasis, Haji Izelan Basar

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Haji Izelan Basar pula, "Kami di Astro Oasis sentiasa berusaha dan mencari idea baru yang lebih segar dan cocok dengan jiwa penonton masa kini. Dalam masa yang sama mahu menjadi perintis kepada program dakwah dengan formula utama iaitu setiap ilmu yang ingin dikongsi, disampaikan dengan cara yang lebih santai dan menarik. Yang jelas, matlamat kami adalah untuk mendidik masyarakat menerusi setiap program yang ditayangkan."

Jadi, apa kelainan program Cubaan ini dengan program dakwah yang lain. Selain ada drama prank, di mana ianya dilakonkan oleh pelakon upahan yang menyamar sebagai pencetus kepada topik atau isu dan situasi tertentu, Cubaan juga memberi mesej yang jelas dan menarik di mana orang kita mesti suka tengok situasi atau reaksi spontan dari orang ramai. Wah, satu lagi Budiey nak cakap, Cubaan menggunakan lagu tema dari grup Hujan sebagai muzik latar montaj.

"Saya rasa sudah tiba masanya untuk pendakwah mendatangi masyarakat dan bukannya hanya berada di surau atau masjid kerana mungkin ada antara masyarakat yang terlepas pandang tentang beberapa insiden yang berlaku di sekeliling kita," katanya lagi yang bakal muncul dengan album baru selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Suami kepada penyanyi Waheeda ini berharap agar program itu akan menyingkap kebaikan sebenar dan memberikan contoh terbaik kepada masyarakat.

Menurutnya, album yang akan memuatkan dua buah lagu itu turut menampilkan kolaborasinya dengan penyanyi Mawi dan kumpulan Brothers menerusi lagu Ighfir Zdunubi (Ampunkan Daku) dan Subhanak (Maha Suci Engkau) yang digubah sendiri oleh Akhil dan isterinya.

Selain itu, dia sedang sibuk menguruskan perniagaan pakej umrah ke Mekah melalui syarikatnya, Akhil Network (AN) di Kajang sejak setahun lalu. via Mstar Online.

Akhil Hayy Waheeda

Akhil Hayy Waheeda

Akhil Hayy Waheeda

Akhil Hayy Waheeda

Akhil Hayy Waheeda

Akhil Hayy Waheeda

Akhil Hayy Waheeda

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Cafe Akhil Hayy Astro Oasis Dihentikan
  • Gossip Ustaz Akhil Hayy Kahwin Senyap-Senyap Dengan Waheeda ?
  • Gosip Ustaz Akhil Hayy Tidak Berdisiplin?
  • Gambar Maizawati Zainal Isteri Akhil Hayy
  • Mawi dan Akhil Hayy Dalam Program Raya 1001 Inspirasi Raikan Kemenangan
  • Maizawati Tidak Mahu Jadi Pengacara
  • Penyanyi Waheeda dan Akhil Hayy Kahwin Pagi Ini
  • Quotes of The Day: "Cukuplah Menghukum Waheeda" – Akhil Hayy
  • Gambar Selebriti @ Majlis Pelancaran Program Maulidur Rasul Astro Oasis
  • Akhil Hayy Akan Saman Blogger
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    16 Peserta Perfect Gentleman Kini Diumumkan

    Posted: 11 Jul 2011 06:23 AM PDT

    16 PESERTA 'PERFECT GENTLEMAN' KINI DIUMUMKAN

    Hanya yang terbaik akan dipilih…

    Kuala Lumpur, 8 July – Pencarian peserta program peserta peragaan lelaki yang pertama di Malaysia, The Perfect Gentlemen di ntv7 kini berada di peringkat akhir. Selepas 467 orang calon peserta melalui beberapa tapisan dan proses di seluruh negara, hanya 16 jejaka tampan peserta terpilih untuk menyertai rancangan ini. Hos kesayangan ramai, Hoong Jia Hui akan mengacara rancangan realiti berprestij ini dan bakal menghiburkan penonton dengan kehadiran peserta-peserta yang tampan dan bakal mencuri hati penonton.

    _MG_1560

    Saingan sengit bakal bermula! 16 peserta terbaik yang berumur dalam lingkungan 19 hingga 41 tahun berasal daripada pelbagai negeri termasuklah Kedah, Penang, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah. Mereka telah pun Berjaya menawan hati juri dengan bakat mereka ketika sesi ujibakat. Sesi ujibakat ini telah diadakan di empat lokasi di Malaysia– Johor Baru, Penang, Kuala Lumpur, dan Kuching – yang bermula daripada april sehingga Mei.

    Rancangan The Perfect Gentleman akan bersiaran selama 13 minggu bermula 17 Julai, setiap hari Ahad jam 6.00 petang hanya di ntv7, Saluran Ceria Anda. Para penonton bakal menyaksikan peserta kegemaran mereka cuba melepasi pelbagai peringkat yang mencabar yang telah disediakan. Bersiaran secara langsung pada hari Ahad, 9 Oktober di mana para penonton akan menyaksikan rancangan hebat 'Perfect Gentleman' ynag buat julung-julung kalinya diwujudkan di Malaysia. Menambahkan lagi sensasi rancangan ini, penonton juga akan melihat ragam 16 peserta ini di belakang tabir dengan segmen selama dua minit yang akan disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat , jam 9. 59 malam bermula 11 Julai ini.

    IMG_029536

    Lai Cheah Yee, Pengurus Kumpulan Penjenamaan ntv7 yang bakal menunjukkan trofi berprestij di sidang akhbar hari ini berkata, "ntv7 telah mengambil langkah inisiatif yang besar dengan mengadakan rancangan TV realiti pertandingan peragaan lelaki yang pertama di Malaysia, di mana ia akan member peluang untuk jejaka tempatan mempamirkan pesona dan bakat mereka. Ujibakat yang telah diadakan di empat lokasi di Malaysia, telah berjaya menarik minat seramai 467 peserta yang berani menyatakan keyakinan dan member yang terbaik dari dalam diri mereka."

    Ketika siding akhbar, 16 orang peserta teratas yang dipilih ini akan sekali lagi diberi cabaran ,emperagakan koleksi terkini Lord's Tailor di hadapan tetamu dan media yang hadir. 16 peserta yang terpilih ialah:

    Nama Umur Negeri Pekerjaan
    1. Anson 21 Selangor Agen Insuran
    2. Chris 21 Kuala Lumpur Pelajar
    3. Wilson 21 Johor Pelajar
    4. Vicca 20 Kedah Pelajar
    5. Shyang Wen 18 Kuala Lumpur Pelajar
    6. Ivan 28 Selangor Jurutera
    7. Dennis 41 Selangor Jurulatih Yoga
    8. Jake 24 Johor Jurutera Minyak & Gas
    9. John 19 Sabah Pelajar
    10. Ming Yang 20 Sarawak Chef
    11. Ryan 21 Malacca Pelajar
    12. Joel 30 Selangor Agen Projek
    13. William 27 Johor Pengurus Bistro
    14. Fung 21 Selangor Guru Sekolah Swasta
    15. Kong Jie 21 Sarawak Jurujual/Pemain Bola Keranjang
    16. Gir Shen 21 Kuala Lumpur Pelajar

    Beberapa selebriti tempatan dan antarabangsa akan dijemput menjadi hakim dan tetamu khas antaranya termasuklah pakar penggaya terkenal, pereka pakaian dan usahawan terkenal pada sesi permulaan dan pertandingan akhir nanti. Peserta juga akan mendapat tunjuk ajar dari para personaliti yang berpengalaman mengenai penjagaan penampilan, gaya, komunikasi yang berkesan dan pelbagai lagi.

    Dengan pengalaman dan pembelajaran yang akan mereka timba, mereka akan diuji dalam pelbagai cabaran yang telah disediakan dan hanya 6 orang peserta kan layak mara ke pertandingan akhir. Antara cabarannya ialah pengurusan perniagaan, cabaran fizikal dan mental, etika social, penggayaan diri, rakaman video dan banyak lagi

    Sementara itu, JiaHui yang mempunyai 10 tahun pengalaman dalam bidang pengacaraan merupakan pilihan tepat dalam mengacara rancangan The Perfect Gentleman. Pengacara bertubuh genit ini biasa dilihat mengacara rancangan seperti E-Space di ntv7, Eve's Diary, Resipi Warisan, Blissful Life, Heart to Heart dan bermacam-macam lagi. Dia juga pernah dijemput oleh Stesen TV Hunan untuk mengacarakan pertandingan akhir Ratu Cantik Miss STAR dan Ratu Cantik Universe Malaysia yang benar-benar mempamirkan keupayaannya mengacara.

    Dalam rancanagan ini nanti, Cheah Yee menambah, " Sebagai salah seorang penyedia kandungan di dalam Negara ini, ntv7 akan sentiasa cuba mencari bayak lagi bakat rakyat Malaysia dan tiada cara yang lebih baik daripada rancangan siri realiti The Perfect Gentleman".

    'Perfect Gentleman' atau jejaka sempurna akan membawa pulang hadiah- hadiah lumayan serta wang tunai sebanyak RM200,000. Tidak seperti rancangan reality lain, pemenang rancangan ini akan diberi peluang mengasah bakat lakonan dan mengacara sebagai personaliti TV ntv7.

    "Saya juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua penaja yang bermurah hati di atas tajaan dan sumbangan mereka dalam menjayakan rancangan ini," One FM merupakan rakan media manakala majalah Newicon For Him and Newtide adalah majalah Cina rasmi rancangan ini.

    Siapakah yang akan memenangi The Perfect Gentleman? Jangan melepaskan peluang menyaksikan rancangan realiti ini bermula 17 Julai, setiap hari Ahad, 6.00 petang, hanya di ntv7, Saluran Ceria Anda. Pertandingan akhir pula akan bersiaran secara langsung pada hari Ahad, 9 Oktober nanti.

    Untuk maklumat lanjut mengenai rancangan ini, sila layari laman web rasmi The Perfect Gentlemen di www.ntv7.com.my/theperfectgentleman atau laman Facebook rasmi (ntv7.perfectgentleman).

    IMG_029587

    FA_TPGposter_30x40inch_mail

    TV3_2683

    TV3_2702

    TV3_2729

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Show My Starz LG Bertemakan Movie Soundtrack
  • Elyana Tetamu Undangan di My Starz LG
  • Kumpulan Produk UNZA Lancar Safi Balqis Perfect 10
  • Fiq Tetamu Istimewa Program Realiti My Starz LG
  • Raja Azura, Azfar OIAM, Ikhwan Hotfm Dalam Friskies… Meow Belai Si Comel
  • PERADUAN TEMAN 2 THE PERFECT GATEWAY
  • Amylea Tersingkir Dari One In A Million
  • Adila & Yazid Peserta Oo La La Pertama Tersingir
  • Fira, Chaq dan Kumpulan Evo Bertarung di Konsert Mentor
  • Aswara Menang Awards di 13th Lyon Asian Film Festival
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    borak kosong

    borak kosong


    Kacau...Kuda Lepas Berlari ke Jalan Raya

    Posted: 11 Jul 2011 09:00 PM PDT


    MEPPEN - Seekor kuda tertangkap kamera melarikan diri di jalanan kota Jerman. Kuda tersebut diketahui telah melarikan diri dari kandangnya yang rosak.

    Dia berlari menulusuri jalan utama yang sibuk dan ke Kota Meppen di Emsland di Lower Saxony, Jerman.

    "Kuda itu berlari dengan kecepatan penuh dan berlari beberapa kilometer sebelum dapat dihentikan dan ditangkap untuk dikembalikan ke kandangnya," tutur seorang juru bicara polis, seperti dikutip Orange, Isnin (11/8/2011).

    Foto itu diambil dari sebuah kamera yang telah diatur untuk mengambil objek gambar yang berkepatan tinggi. "Pada saat itu kereta yang saya tumpangi sedang berhenti kerana lampu merah," ujar salah satu saksi yang tidak disebutkan namanya itu.

    "Pemandu teksi saya sempat mempertanyakan apakah dirinya boleh menghindari kuda tersebut tanpa membayar denda dengan maksud menghindari jalur yang dilalui kuda tersebut agar tidak terjadi bentrokan," imbuhnya.

    Kuda itu akhirnya dikembalikan ke kandangnya tanpa insiden dan pagar yang rosak diperbaiki untuk mencegah kejadian tersebut terulang.(rhs)

    Wow...Jurujual terbang 6,000 kali untuk jual kereta

    Posted: 11 Jul 2011 08:00 PM PDT


    LOS ANGELES - Seorang jurujual kereta yang merupakan pengguna setia syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS), United mencipta rekod tersendiri apabila berjaya mencatat perjalanan udara sejauh 16 juta kilometer.

    Thomas Stuker yang berasal dari Chicago menaiki pesawat hampir 6,000 kali selama 29 tahun untuk urusan jual beli kereta. Jarak yang dilaluinya juga dikatakan bersamaan dengan mengelilingi bumi sebanyak 400 kali.

    Berikutan rekod itu, Stuker diibaratkan seperti Ryan Bingham, watak yang dilakonkan oleh George Clonney dalam filem Up In The Air pada tahun 2010.

    "Saya mengambil masa selama 20 tahun untuk mendapatkan jarak sejauh 8.04 juta kilometer (km) pertama, sebelum menggandakan penerbangan bagi mendapatkan 16.09km dalam tempoh 10 tahun," katanya kepada ABC News.

    Dia menghabiskan lebih banyak masanya di dalam pesawat berbanding berada di dalam kereta kerana menguruskan urusan jual-beli kereta di AS dan di seluruh dunia.

    Kesetiaannya dan jumlah jarak penerbangan itu membolehkan dia memiliki akses ke lounge istimewa di hub syarikat penerbangan United di Chicago dan penerbangan kelas pertama. Malah, sebuah kapal terbang dinamakan sempena namanya. - Agensi

    sumber : kosmo online

    Wanita Islam didenda ASD5,500 jika enggan ikut arahan polis buka purdah

    Posted: 11 Jul 2011 07:00 PM PDT

    CANBERRA - Wanita Islam kini terpaksa membuka purdah dan menunjukkan muka mereka atas permintaan polis untuk proses pengecaman berikutan undang-undang baru dicadangkan kerajaan Australia.

    Cadangan itu mencetuskan pertembungan budaya antara umat Islam yang semakin meningkat dan rasa tidak senang penganut Kristian Australia sejak 1973 apabila kerajaan melong-garkan polisi imigresen.

    Wanita Islam yang menentang arahan polis dengan enggan membuka purdahnya boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun dan denda ASD5,500 (RM17,710).

    Namun, rang undang-undang itu akan diundi Parlimen pada Ogos depan dikutuk hebat penunjuk perasaan Islam di negara itu sebagai tindak balas melampau ke atas satu kes lalu lintas melibatkan seorang pemandu wanita yang tidak mahu membuka purdahnya sebaliknya hanya mendedahkan matanya.

    sumber : sinar harian

    Surat khabar dijual RM141 senaskah

    Posted: 11 Jul 2011 06:00 PM PDT


    LONDON - Edisi terakhir tabloid nombor satu Britain, News of the World kelmarin dijual di laman lelongan ebay pada harga mencecah AS$47 (RM141) senaskhah, lapor sebuah akhbar semalam.

    Edisi terakhir News of the World itu menjadi rebutan di laman web berkenaan selepas akhbar itu habis dijual dalam tempoh cuma beberapa jam berada di pasaran.

    Lebih empat juta naskhah akhbar itu habis dijual kelmarin, sekali gus menjadikannya jualan akhbar paling laris di Britain dalam tempoh satu dekad.

    Akhbar berkenaan yang dimiliki oleh taikun media Amerika Syarikat (AS), Rupert Murdoch ditutup bermula semalam kerana dikaitkan dengan skandal pengintipan perbualan telefon melibatkan lebih 4,000 mangsa.

    "Orang ramai berebut untuk membeli edisi terakhir News of The World sebaik sahaja kedai dibuka," kata seorang peniaga tempatan yang memberitahu akhbar tersebut habis dijual seawal pukul 8 pagi.

    Akhbar yang ditutup oleh pemiliknya, News International itu mengetengahkan tajuk: Thank You & Goodbye.- Agensi

    sumber : kosmo online

    Dapur yang boleh digunakan untuk memasak dan caj bateri handphone

    Posted: 11 Jul 2011 05:00 PM PDT


    INILAH.COM, Jakarta – Sambil menyelam minum air, sambil memasak charging handphone.

    BioLite adalah dapur yang tidak hanya berfungsi memasak, tapi juga dapat digunakan sebagai pengecas bateri. Panas yang dihasilkannya diubah jadi energi elektrik

    Daya sebesar 1-2 watt yang dihasilkannya dapat disalurkan melalui port USB yang disambungkan untuk mengisi daya telefon atau menyalakan lampu LED.

    Panas yang dihasilkannya didapat dari kayu bakar, tapi dapur ini tidak menghasilkan banyak asap. Jumlah asapnya berkurang hingga 95% dibandingkan dapur biasa.

    Dapur ini dapat memasak seliter air kurang dari empat minit. Berat dapur ini kurang dari 1 kg. Untuk menyalakannya, boleh menggunakan ranting, sekam, jerami, atau semak belukar.

    Dapur ini sudah memenangkan penghargaan 2010 Sustainable Brands Innovation Open. Versi kempingnya akan dikeluarkan BioLite tahun depan.

    Perangkat ini sangat bermanfaat terutama untuk rumah tangga di negara miskin dan berkembang yang jimat biaya elektrik atau orang-orang yang berkhemah.

    Ini betul-betul nak bunuh anak

    Posted: 11 Jul 2011 11:01 AM PDT

    gila ke apa ni????

    Gempak..gajah dibei cuti untuk ke spa dan diurut

    Posted: 11 Jul 2011 10:30 AM PDT


    THRISSUR - Begitu istimewa para gajah ini, setelah bekerja keras, kini mereka mendapatkan cuti satu bulan penuh dan mendapatkan urutan dan spa.

    Sekira 64 gajah ini juga akan diberikan makanan yang cukup agar berat tubuh mereka tetap mencapai 316-360 kg.

    Gajah dari Kuil Guruvayur Sree Krishna Kerala di Thrissur, India ini mendapatkan pelayanan istimewa setelah selama satu bulan ini selalu melakukan perjalanan dalam rangka festival kuil.

    Paket spa untuk gajah ini juga akan memberikan hidangan istimewa seperti nasi khusus, berbagai macam rempah sebagai multi vitamin yang diawasi oleh para ahli.

    seperti dilansir Telegraph, Senin (11/7/2011), perawatan istimewa untuk para gajah ini menghabiskan dana sekira Rp170 juta.

    Para pemeluk Hindu meyakini bahwa dengan memberikan pelayanan istimewa kepada Ganesha, dewa gajah, dapat menyingkirkan semua halangan dan akan mendatangkan kebijaksanaan dan kekuasaan.(rhs)

    Gila...Tukang sapu tikam kanak-kanak berusia 2 tahun

    Posted: 11 Jul 2011 09:45 AM PDT


    TRIBUNNEWS.COM - Seorang kanak-kanak berusia dua tahun meninggal dunia ditikam tukang sapu yang diduga mabuk akibat minum bir dan menggunakan narkoba. Demikian dilapor The Nation/ANN, awal minggu ini.

    Lelaki yang bernama Thavichai Nathongbo (47) menikam kanak-kanak bernama Thanapat Ketkaew di depan orang-orang ketika menjadikannya tawanan di distrik Prawet, Bangkok, Thailand, Sabtu minggu lalu.

    Kanak-kanak malang itu sudah tak sedarkan diri ketika polis tiba di gedung Number One Cleaning Service, sebuah gedung di Soi Chalermprakiat. Polis cuba melakukan upaya pertolongan namun Thavichai menikam Thanapat setiap ada seseorang yang berusaha mendekatinya untuk memberikan pertolongan.

    Thavichai berhasil ditahan dan Thanapat dilarikan ke RS namun tak boleh diselamatkan akibat luka lapan tusukan.

    Thavichai mengatakan kepada polis bahawa dia sudah bekerja beberapa bulan di perusahaan itu dan seorang perempuan asing memberikannya pil warna putih dan membuatnya merasa sakit sehingga ibu kanak-kanak malang itu menyuruhnya tinggal di pejabat bersama kanak-kanak itu.

    Ia kemudian menenggak sebotol bir dan kemudian tidur di lantai dua ketika ia tiba-tiba merasa seseorang hendak membunuhnya dan kemudian membuatnya menikam bocah itu. Hasil penyelidikan polis menunjukkan jika Thavichai menggunakan narkoba. Polisi juga menemukan data jika ia pernah dipenjara selama lima tahun kerana menjual heroin.

    Anak sanggup bunuh ayah kandung kerana tak dibelikan motor

    Posted: 11 Jul 2011 08:00 AM PDT


    TRIBUNNEWS.COM, TERUSAN NYUNYAI - Disyaki akibat tidak dibelikan sebuah motor, Sopian (18) warga Kampung Gunung Batin Baru Kecamatan Terusan Nyunyai, Lampung Tengah, Lampung nekad menghabisi nyawa ayah kandungnya, Solihin (51).

    Peristiwa tragik itu terjadi, Isnin(11/7/2011), sekitar pukul 05.00 WIB pagi hari. Ketika korban sedang menyaksikan televisyen di rumah.

    Pelaku melampiaskan amarahnya, dengan cara menetak menggunakan sebilah parang pada bahagian tangan, punggung, dan sekitar leher.

    Mansur, salah seorang kerabat korban menjelaskan, pembunuhan diperkirakan akibat keinginan pelaku untuk memiliki sebuah motor tidak dipenuhi oleh ayahnya "Setahu kami itu. Kemungkinan besar gara-gara motor," bebernya.

    Menurutnya, keinginan pelaku untuk memiliki sebuah motor sudah sejak satu hingga dua bulan belakangan. Namun, belum terpenuhi.



    Kapolsek Terusan Nyunyai AKP Sutiyono mengaku, pihaknya hingga saat ini masih melakukan pencarian terhadap tersangka Sopian. Motif sementara, pembunuhan diakibatkan keinginan yang tidak terpenuhi dari pelaku.

    "Kita masih lakukan pencarian terhadap tersangka. Kerana melarikan diri. Dari beberapa saksi yang kita mintai keterangan, motifnya diduga kerana pelaku tidak dikasih motor. Khabarnya itu, pelaku sudah mahu punya motor dari dua bulan lagi," terangnya.

    Sutiyono belum dapat memastikan, apakah pelaku Sopian telah merencanakan untuk melakukan pembunuhan terhadap ayah kandungnya. "Kita belum tahu. Kerana tersangka belum ditangkap. ," tegasnya.


    Hah! Baca Buku Boleh Orgasme

    Posted: 11 Jul 2011 07:45 AM PDT


    INILAH.COM,– Banyak faktor yang dapat mempengaruhi cepat atau tidaknya orgasme. Sebuah kajian baru menyebutkan, sebuah bacaan romantis boleh memicu orgasme singkat. Benarkah?

    Para ilmuwan yang tergabung dalam penelitian mengatakan, adegan percintaan pada novel-novel romantis yang biasanya digemari kaum Hawa dapat membahayakan kesihatan emosional anda.

    Menurut jurnal kesihatan yang diterbitkan di Inggris, novel romantis dinilai sebagai ancaman tak terlihat terhadap kesihatan wanita, baik secara seksual maupun emosional.

    Terlebih dengan semakin banyaknya kritik yang menyebutkan novel-novel romantis dinilai gagal mempromosikan seks aman dan kesabaran dalam mencapai orgasme.

    Susan Quilliam, seorang penulis Inggris menjelaskan, jika pembaca mulai percaya cerita fiksi romantis yang dihadirkan, mereka berpotensi menyimpan masalah sendiri.

    "Kadang-kadang hal terbaik dan paling bijaksana yang dapat kami lakukan untuk pesakit yakni untuk mendorong mereka untuk meletakkan buku dan menghadapi realiti," jelas Susan.

    Quilliam mengatakan, menurut sebuah survei hanya 11,5% dari pembaca novel romantis mengaku menggunakan kondom.

    "Dalam cerita, sang tokoh utama yang berperanan sebagai pahlawan biasanya menolak memakai kondom kerana dia tak ingin ada 'penghalang' antara dirinya dan pasangan," tegasnya.

    Kerana tulisan dalam diari perompak ini ditangkap

    Posted: 11 Jul 2011 06:00 AM PDT


    LONDON, KOMPAS.com - Hati-hatilah menulis dalam dairi harian! Pencuri malang Jonathan Ochola dari Essex, Inggris, dihukum kerana ikut serta dalam perompakan bersenjata. Yang membuat aksi pencuriannya diketahui kerana buku catatan hariannya sendiri (diari). Ia menulis tentang kejahatannya itu dalam buku itu.

    Pencuri berumur 21 tahun itu semula menyatakan dia berada di rumah dan asyik menonton bolasepak di TV ketika rakannya, Rashad Delawala, mencuri ratusan pounds dari sebuah kedai Ladbrokes di Southsea, Hants, Inggris.

    Namun kenyataannya, Ochola menjadi perancang bagi Delawala dan mereka, pada Jun tahun lalu ketika peristiwa itu terjadi, menggenggam senjata api tiruan dan membagi 500 pounds wang yang mereka curi.

    Pengadilan Portsmouth mengetahui bahawa Ochola ditangkap setelah polis menemukan sebuah catatan pada buku hariannya pada tarikh perompakan itu terjadi, yang berbunyi, "Pergi ke Portsmouth. Rompakan Terlaksana".

    Detektif Constable Mel Sinclair, dari Hampshire Constabulary, mengatakan, sebagaimana dikutip The Telegraph, Ahad (10/7/2011), "Anda tidak biasanya mendapatkan bukti yang baik seperti itu. Dia agak bodoh dengan memasukkan hal itu pada buku hariannya dan mengakui dalam wawancara bahawa tindakannya itu suatu kebodohan."

    Juri hanya memerlukan waktu 40 minit untuk memutuskan Ochola, yang berasal Dagenham, Essex, bersalah atas perompakan dan ia akan dijatuhi hukuman pada akhir bulan ini. Delawala, juga Essex, mengaku bersalah atas perompakan dan sedang menunggu waktu untuk menjalani hukuman.

    Kereta-kereta mewah yang dijadikan sate

    Posted: 11 Jul 2011 05:00 AM PDT

    Spindle of Cars adalah tugu yang dibuat pada tahun 1989 oleh seniman Dustin Shuler (1948-2010). Ini terdiri dari lonjakan 50 kaki dengan lapan kereta tertusuk di atasnya. Dari tahun 1989 sampai diruntuhkan pada 2 Mei 2008, itu terletak di taman kereta Cermak Plaza pusat perbelanjaan, di sudut Jalan Cermak dan Harlem Avenue (Illinois Route 43) di Berwyn, Illinois, USA

    Ini pada awalnya ditugaskan oleh pemilik pusat perbelanjaan, David Bermant, yang menyumbangkan keretanya BMW untuk ditempatkan kedua dari atas tugu. Landasan patung mencapai hampir 30 meter ke tanah.Kos mendirikannya adalah lebih dari $ 75.000. Tugu ini telah ditampilkan di Dunia Wayne filem, di sampul buku, pada kad pos, buku pelancungan dan peta.



    Berikut adalah Jenis kereta-kereta yang di tusuk dari atas ke bawah :

    1. 1967 Volkswagen Beetle, merah
    2. 1976 BMW Kelas Baru, Plat Lisensi perak berbunyi "DAVE"
    3. 1981 Ford Escort, biru
    4. 1974 atau 1973 Merkurius Capri, hijau
    5. 1978 Ford Mustang, putih di atas biru
    6. 1981 Pontiac Grand Prix, merah marun atau merah anggur
    7. 1980 atau 1979 Ford LTD, cahaya kuning
    8. 1981 atau 1979 Mercury Grand Marquis, hitam

    Sepanjang keberadaannya tugu ini penuh kontroversi di kalangan warga Berwyn, dan pada tahun 1990 mereka memilih untuk diruntuhkan. Namun datuk bandar Berwyn membiarkannya dan Spindle dijadikan sebagai "ikon di komuniti kami", namun kerana desakan terus menerus dari warga Spindle pun akhirnya diruntuh .

    Walaupun berkaki satu,lelaki tetap jaguh

    Posted: 11 Jul 2011 04:40 AM PDT

    Ini Dia ,Gelang yang Tercantik di Dunia harus lihat

    Posted: 11 Jul 2011 03:30 AM PDT


    Sebuah gelang dari Itali dinobatkan sebagai gelang tercantik di dunia. Seperti apa keindahan gelang tersebut? Ini dia.

    Gelang Isotta, keluaran rumah perhiasan Damiani, dinobatkan sebagai 'Best Fashionable Jewelery', dalam acara Middle East Premier Watches, Jewelry & Pens Awards. Event tahunan yang diadakan di Bahrain itu diikuti oleh seluruh designer perhiasan di seluruh dunia.

    Tahun ini, gelang Isotta yang menjadi jauaranya. Seperti dikutip dari Genius Beauty, gelang itu terbuat dari emas putih yang bertahtakan berlian dan batu safir.

    Yang paling menarik, potongan batuan mulia itu diatur sedemikian rupa, hingga dapat memberi efek warna yang berbeda ketika terkena cahaya. Sangat indah!

    Ternyata Nazi Menciptakan Patung Seks Ketika Perang Dunia II

    Posted: 11 Jul 2011 02:00 AM PDT


    Bagi ketua pasukan khas SS Jerman, Heinrich Himmler, apa yang paling mengerikan ketika pasukannya memasuki Paris bukanlah dentuman bom mahupun desingan peluru dari pasukan musuh, melainkan banyaknya pelacur yang bertebaran dimana-mana dalam jumlah yang tidak terkawal.

    Situasi ini mendorong ilmuwan Nazi menciptakan "pemuas sintetik" untuk diberkan kepada para tentara mereka di Paris yang dikhuatirkan akan "jajan" sembarangan.

    Penggunaan patung yang memiliki rambut perang dan mata biru ini disetujui langsung oleh Hitler sendiri. Ukurannya cukup kecil untuk dimasukan ke dalam beg sandang.

    Penulis Graeme Donald menemukan fakta projek khusus Hitler ini ketika dirinya sedang mencari data-data sejarah patung Barbie, yang ternyata terinpirasi dari projek patung seks Jerman, atau disebut juga "Borghild Project".

    Himmler sendiri sangat terkesan oleh produk baru ini dan memesan 50 unit untuk pasukannya.

    Namun pada tahun 1942, fasiliti ini ditolak oleh pasukan Jerman sendiri. Bagi mereka, ditangkap dan ditahan oleh pasukan Inggris adalah sebuah resiko yang dapat diterima, namun kalau di tangkap kemudian ke"gep" membawa patung ini di beg sandang, mereka merasa tak cukup kuat menanggung rasa malunya.

    Menurut Donald, kilang pembuat patung ini hancur ketika terjadi peristiwa pemboman di Dresden.

    sumber: the Sun

    Para penunjuk perasaan berciuman untuk elakkan kekerasan pemerintah

    Posted: 11 Jul 2011 01:38 AM PDT


    VIVAnews - Aksi protes dan demonstrasi tak selalunya berlangsung penuh kekerasan. Sebuah aksi protes menentang peraturan pendidikan di Chile berlangsung unik.

    Dua ribu mahasiswa turun ke jalan-jalan ibukota Chile, Santiago, untuk memprotes presiden Chile Sebastian Pinera yang dinilai merugikan dunia pendidikan pada 7 Julai 2011 lalu. Sembari membawa aneka poster, para pemrotes saling berciuman dengan pasangan pada demo disebut 'Pesta Ciuman'.

    Seperti dikutip dari BBC, aksi protes ini dimaksudkan untuk menghindari kekerasan terhadap para demonstran yang kerap dilakukan pemerintah.

    "Negara ini telah melihat kami melakukan segala macam cara. Ini adalah salah satu cara yang paling lucu," kata mahasiswa kedoktaran pergigian, Ignacio Marchant.

    Mahasiswa yang tidak puas, merancang terus menentang. Mereka bakal menggelar 'mogok nasional' pada 14 Julai nanti.

    Lelaki ini nekad rakam orang kencing dikawasan rumahnya dah upload di You Tube

    Posted: 11 Jul 2011 12:00 AM PDT


    Bukan hanya kerana hal tersebut jelas tidak higienis dan menjijikan, namun boleh saja alat kelamin akan menjadi tontonan ratusan ribu penonton di YouTube jika terus kencing bukan tempat sepatutnya.

    Inilah yang dilakukan oleh Harry Monk, 45. Kesal kerana tempat tinggalnya di Hoxton, London, sering kali menjadi tempat buang air kecil orang yang lalu lalang. Ia melakukan hal yang akan menjadi mimpi buruk bagi orang-orang yang tidak bertanggung jawab tersebut. Iaitu, merakam dan mengupload aktiviti peribadi mereka ke internet.



    Wow..Kecepatan tangan diperlukan untuk bekerja di kilang ini

    Posted: 10 Jul 2011 11:30 PM PDT

    Mari kita lihat bagaimana para karyawan kilang kad di China ini bekerja dengan tangan mereka yang super cepat untuk memasukan ribuan tumpukan kad ke dalam kotak setiap harinya


    Alamak..800 orang berbogel dalam perang bantal

    Posted: 10 Jul 2011 10:36 PM PDT


    BRUSSELS - 800 laki-laki dan perempuan tunggang langgang tanpa pakaian sehelai pun dalam perang bantal di Brussel, Belgium. Ini merupakan bentuk inspirasi seni dari seniman Amerika Syarikat (AS) Spencer Tunick.

    Atas nama seni, inspirasi yang berjudul "Sleeping Beauties" ini berlangsung di Castle Gaasbeek, yang letaknya sekira 6 km dari Ibukota Belgium, Brussels. Karya Tunick memang selama ini lebih banyak mengetengahkan tubuh telanjang laki-laki dan perempuan di tempat awam.
    Karyanya kali ini tentu mencengangkan melihat tubuh tanpa sehelai benang pun, saling pukul dengan menggunakan bantal. Kurang 800 orang sepertinya menikmati perang bantal tersebut tanpa rasa malu akan tubuh bogel mereka. Demikian diberitakan Daily Mail, Minggu (10/7/2011).
    Aksi 800 manusia telanjang ini nantinya diabadikan oleh Tunick dalam sebuah foto. Ia juga mengatur para sukarelawan yang tanpa pakaian ini dalam berapa pose diakhiri dengan perang bantal.
    Tidak terlalu sulit nampaknya bagi Tunick untuk mengatur seninya. Buktinya, 800 orang tersebut seperti bebas dan merasa nyaman dengan tubuhnya tanpa ditutupi pakaian serta berkumpul bersama di lingkungan luar castle.
    Hebatnya, Tunick tidak mengeluarkan biaya banyak untuk menyelesaikan instalasi seninya ini. Ia bahkan hanya membayar mereka dengan foto edisi terbatas sebagai kompensasi.
    Spencer Tunick memang dikenal akrab memberikan karya bogel dari intepretasi seninya. Awalnya ia mengambil foto bugil dari objek di sebuah sekolah di Dulwich, London, Britain. Seiring dengan waktu, Tunick pun makin memiliki idea gila mengambil foto objeknya dari lokasi tidak biasa.
    Projek bogel terbesar yang pernah dia lakukan adalah di Mexico beberapa waktu lalu. Saat itu sekira 18 ribu orang, bersedia difoto bugil di pusat kota Meksiko City. Projek ambisius ini ia sebut Zocalo.
    Sumber :http://www.okezone.com/