Adsense

Isnin, 11 Julai 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Jimmy Shanley Terima Tuduhan Melampau?

Posted: 11 Jul 2011 09:39 PM PDT

Kecut perut kami apabila membaca pelbagai tuduhan serta dakwaan oleh individu yang dipercayai adalah bapa saudara kepada isteri Jimmy Shanley. Perbualan secara terbuka dalam Facebook antara individu yang terlibat, kami lihat lebih kepada emosi semata-mata.

Menurut individu berkenaan, Jimmy Shanley hanya membeli barangan baby untuk menunjuk di depan wartawan sahaja. Kami tak pasti akan kebenaran perbualan mereka ini.

Apa pun, biar pihak mahkamah sahaja yang menentukan kesahihan tuduhan tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Shaheizy Sam Jenis Merendah Diri.

Posted: 11 Jul 2011 09:26 PM PDT

Aku membaca sebuah artikel di Berita Harian mengenai perihal Shaheizy Sam. Dalam artikel itu ada menyebut, seorang individu telah dijemput untuk memberikan review untuk filem Sekali Lagi lakonan Sam, Bront Palare & Lisa Surihani. Namun, individu tersebut berasa keliru dengan watak yang dilakonankan oleh Sam. Dalam sinopsis, Sam sepatutnya berlakon sebagai penghidap autisme, sebaliknya apabila filem dimainkan, lain pula jadinya.

Individu tersebut pun menegur lakonan Sam dalam kolum reviewnya. Selang beberapa hari, Sam secara peribadi telah menghantar email kepada individu itu untuk memberikan penjelasan.

Dalam email tersebut, Sam dengan merendah diri meminta maaf kepada individu berkenaan serta memberikan penjelasan mengenai wataknya dalam filem Sekali Lagi. Individu tersebut berasa terharu dengan sikap Sam, walaupun sudah bergelar Bintang Paling Popular, namun Sam tidak mendabik dada sebagaimana artis-artis yang lain.

Itu cerita individu berkenaan.

Aku pernah menemui Sam secara berdepan-depan. Tutur katanya lancar, setiap soalan dijawab dengan penuh isi & merendah diri. Aku pernah bertanya kepada Sam, apakah perasaannya apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular?

Sam membalas dengan nada rendah diri, "Hidup saya sebagai anak seni untuk memuaskan hati peminat. Terima kasih kepada peminat, ini semua hasil usaha mereka. "

Rendah diri. Itu'lah kejayaan serta peribadi Sam yang wajar dicontohi oleh selebriti-selebriti baru.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.