Adsense

Isnin, 11 Julai 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Kembali kerana skrip

Posted:

Kembali kerana skrip

Kembali kerana skrip



TEMPOH dua tahun tidak mendengar arahan 'action-cut', 'berkahwin' dengan kawan-kawan lama di set penggambaran, ada keterujaan yang meluap-luap di hati pelakon Que Haidar saat ditemui pada sesi sidang media dan penggambaran filem Rock Ooo di Ipoh, Perak pada hari Rabu lalu.

Banyak yang diluahkan pelakon versatil itu. Kembalinya dia ke lapangan yang tidak pernah melupakan kredibiliti anak seni sejati sepertinya terus dirai. Namun empunya diri sendiri yang berasa kekok.

Que tidak tahu bagaimana mahu memulakan bicara dengan media. Bimbang reaksi yang bakal diterima kelak apabila dia kembali ke lapangan ini. Takut khalayak melemparkan kejian kepadanya kerana 'memakan semula' kata-kata kononnya mahu bersara.

Ironi, aktor berusia 32 tahun itu bukan mahu bersara. Dia hanya menyatakan akan mengurangkan aktiviti sebagai pelakon kerana mempunyai kepentingan lain sebagai ketua keluarga yang dibina lebih dua tahun lalu.

Namun apabila ada naskhah yang bagus pada pandangannya, dia juga tidak mahu melepaskan peluang itu. Kerana itu dia kini kembali melakukan rutin anak seni dengan bergabung semula bersama sutradara Mamat Khalid dan teman-teman seperjuangan yang lain seperti Sofi Jikan, Khir Rahman, Pekin, Azmi dan ramai lagi dalam usaha merealisasikan sekuel filem Rock itu.

Kepada pihak media, Que turut menghuraikan banyak dakwaan nakal terhadap kehilangannya selama dua tahun dan mengapa dia kembali berlakon.

Dakwaan-dakwaan tersebut semua menuduh ia disebabkan oleh isterinya, Linda Jasmine yang tidak membenarkan dia berlakon kerana cemburu serta dakwaan dia muflis yang menyebabkan Que kini berlakon semula.


PENAMPILAN seorang rocker daripoada Que khusus untuk naskhah Rock Ooo.


"Selepas bernikah, memang saya ada membuat kenyataan untuk tidak lagi aktif sebagai pelakon. Ini kerana saya mahu menumpukan fokus kepada kerjaya baharu saya sebagai tenaga pengajar di kolej Universiti Tun Abdul Razak (Unitar), Kuala Lumpur secara kontrak dan di Linda Jasmine Studio.

"Hari ini, saya kembali berlakon adalah atas keputusan saya sendiri. Ia tidak ada kena-mengena dengan Linda dan isteri saya amat menyokong saya kembali aktif. Selama ini, Linda juga tak pernah menghalang saya daripada berlakon, namun ia adalah keputusan saya sendiri untuk memberi fokus kepada pekerjaan lain.

"Saya juga menafikan dakwaan muflis dan sebagainya. Saya kembali berlakon terutama untuk filem ini adalah kerana ia sebuah skrip yang bagus, sutradara yang bagus, tenaga krew yang bagus dan pelakon-pelakon yang bagus, " katanya bersungguh-sungguh.

Malah dia kini melihat dirinya seperti pelakon baru yang hampir tidak dapat mengejar momentum kehebatan pelakon-pelakon di dalam filem ini seperti Sofi Jikan, Khir Rahman dan lain-lain.

Selain itu, Que juga berasa begitu kecil dan kekok untuk kembali berlakon, Que mengaku dia menangis pada hari kedua penggambaran dijalankan.

"Pada hari pertama penggambaran, abang Mamat cakap saya macam 'kayu'. Saya sangat terpukul. Pada hari kedua pula, saya menangis kerana mencari dan tertekan bimbang tidak dapat mengejar momentum lakonan pelakon-pelakon hebat yang lain," ujarnya.

Bagaimanapun perasaan cuak dan kurang keyakinan diri beransur hilang selepas semua memberi semangat dan dia kembali mendapat rentak untuk memuntahkan kredibiliti yang terperosok jauh entah ke mana selama dua tahun tidak berlakon.


QUE bersetuju untuk kembali aktif dalam dunia lakonan jika karakter yang ditawarkan berjaya memikat hatinya.


Sementelah, karakter Amy Mat Piah, vokalis kumpulan Rimba Bara dan sejarah filem ini juga banyak membantu dia bangkit.

Ditanya tentang naskhah Rock Ooo dan karakter Amy, Que memberitahu Rock Ooo kali ini memberi penekanan kepada Amy, seorang penyanyi yang tidak boleh menyanyi namun yakin dia adalah penyanyi yang hebat.

Katanya yang harus menyanyi di dalam filem ini: "Amy percaya dia adalah seorang vokalis rock, namun sebenarnya dia tidak rock langsung. Dia tak sedar bahawa selama ini, dia hanya terikut-ikut dengan trend rock yang cukup hebat pada tahun 80-an itu."

Keputusan

Apabila Que kembali berlakon, ia seperti memberi isyarat bahawa dia mungkin akan terus aktif selepas usai penggambaran Rock Ooo.

Saat persoalan itu dilontarkan, Que menegaskan dia belum berminat untuk kembali aktif seperti dahulu, malah apa yang terjadi pada hari ini (berlakon filem Rock Ooo) juga tidak menjadi perancangannya sebelum ini.

"Saya memilih untuk tidak berani nak cakap bahawa saya akan aktif atau tidak aktif selepas filem ini. Saya tak fikir soal itu. Jadi saya tak ada jawapan. Namun sekiranya ada cerita yang menepati cita rasa saya, mungkin saya tidak akan menolak.

"Tetapi buat masa ini, saya selesa dengan kehidupan saya yang sederhana dan mempunyai masa untuk keluarga serta kerjaya saya sekarang," katanya yang juga memberitahu dia hanya akan bekerja dengan orang yang dipercayainya sahaja selepas ini.

Menyentuh tentang kehidupan peribadinya, bapa kepada Ratu Haidar, satu tahun lapan bulan itu memberitahu dia cukup teruja menjadi seorang bapa.

Malah tanpa berselindung, Que memberitahu dia dan Linda ingin menimang cahaya mata kedua, namun masih belum mempunyai rezeki. "Kalau boleh, saya nak anak lelaki pula," kata Que ringkas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Zac, Ashley bercinta?

Posted:

Zac, Ashley bercinta?

Zac, Ashley bercinta?


KEINTIMAN Zac-Ashley tidak boleh disembunyikan lagi.


BEKAS teman lelaki Vanessa Hudgens, Zac Efron kelihatan gembira menghabiskan masa santainya dengan membeli-belah di Studio City, California, Selasa lalu.

Pelakon utama High School Musical itu membawa telefon bimbit iPhone4 di tangannya sambil menyertai kawan-kawannya termasuk pelakon Rumer Willis menuju ke kedai Urban Outfitters.

Sebelum ini, Zac dikhabarkan berada di pantai Malibu bagi menyambut sambutan hari jadi Ashley Tisdale yang ke-26.

Menggendong Ashley yang juga pelakon siri High School Musical itu di belakang badannya, kedua-dua teman rapat itu bersuka ria berpesta di pantai yang menyebabkan khabar angin segera bertiup kencang bahawa mereka sedang dilamun cinta.

Ekoran gosip di tabloid yang telah menyiarkan gambarnya bersama Zac itu, Ashley telah menulis di laman sosial twitter miliknya yang berbunyi, "Jangan percaya dengan semua gambar-gambar yang disiarkan. Mereka sengaja mereka perkara itu bagi melariskan jualan! Saya gembira menyambut sambutan hari jadi yang hebat di samping teman-teman, keluarga dan teman lelaki saya, Scott. Saya tidak akan membiarkan gosip bodoh ini merosakkan apa yang saya miliki! Xoxo."

Sumber turut memberitahu, sedang dia gembira menyambut ulang tahunnya yang ke-26, Ashley dikejutkan dengan kehadiran Zac.

Jelas terpancar kegembiraan di wajahnya dengan kehadiran pelakon kacak itu, Ashley juga menghantar tweet kemudiannya yang berbunyi: "Saya sangat gembira dengan kehadiran Zac. Dia merupakan abang dan rakan baik saya!".

Ashley juga berterima kasih kepada peminat-peminatnya yang menghantar ucapan Selamat Hari Jadi. Tulisnya lagi di Twitter: "Terima kasih kepada semua peminat yang menghantar ucapan. Anda yang terbaik. Saya sayang anda semua!".

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua naskhah, satu teater

Posted:

Dua naskhah, satu teater

Dua naskhah, satu teater

Oleh NOR IDAYU BOSRO
berita@kosmo.com.my


LAGAK tersendiri. Dari kiri: Sarimah, Misha dan Norzizi menyuntik tenaga lakonan masing-masing untuk karakter cucu-cucu saudara naskhah Mak Dara Nyonya.


NAMA Mak Dara yang terkenal dek jamu tradisionalnya sudah tidak asing lagi tetapi ramai yang mungkin tidak mengetahui kisah pahit getir kehidupannya sebelum bergelar usahawan wanita berjaya.

Riwayat hidup Mak Dara atau nama sebenarnya Halimah Shuib diangkat ke pentas teater buat kali pertama dalam pementasan teater berjudul Mak Dara Nyonya yang digabungkan bersama kisah dari Indonesia berjudul Nyonya.

Dia yang mewarisi keturunan Arab dari ibunya, Kamariah Latif dan darah Jawa dari bapanya, Suib Elias dilahirkan pada 1 Oktober 1945 di Rengit, Batu Pahat, Johor.

Berkat dorongan adiknya, Munawwar, dia menyertai pertandingan ratu dan berjaya menyandang takhta Ratu Kebaya sebanyak 12 kali.

Menurut Siti Rohayah Attan selaku penerbit dan penulis skrip Mak Dara, konflik hidupnya bermula apabila mahligai perkahwinan yang dibina bersama suami, Syed Ali diracuni orang ketiga iaitu pembantu rumahnya sendiri.

"Mak Dara menukar hak milik rumah pemberian ibu bapanya kepada nama suami sebagai bukti cintanya namun dijual kepada orang lain.

"Syed Ali kemudiannya berpindah keluar bersama isteri barunya meninggalkan Mak Dara bersama lima anak hasil perkongsian hidup mereka tanpa sebarang nafkah," ulasnya mengenai jalan cerita Mak Dara.

Bukan sahaja kehilangan kasih sayang suami, dia juga kehilangan harta pusaka dan situlah bermulanya kesengsaraannya Mak Dara membesarkan kesemua enam anaknya termasuk seorang hasil daripada perkahwinan pertama yang hanya mampu bertahan selama setahun.

Kisah Mak Dara diselang-selikan dengan naskhah Nyonya yang berunsurkan komedi sinis yang mengisahkan kehidupan seorang nyonya di Indonesia.


ZAIFRI sebagai ahli perniagaan yang cuba menggoda Nyonya lakonan Sherry.


Nyonya terpaksa berperang dengan saudagar antik yang ingin mengambil kesempatan ke atasnya sepanjang suaminya terlantar di hospital akibat barah lidah.

Dia juga terpaksa berhadapan dengan cucu saudaranya yang menuntut harta pusaka sehingga mengugut ingin membunuhnya.

Tidak dinafikan kedua-dua naskhah tersebut berlainan genre namun menurut pengarahnya, Rosminah Tahir, terdapat keserasian pada kombinasi naskhah tersebut iaitu berperihalkan wanita dan masyarakat.

"Saya cuba cungkil kisah ketabahan dan kejayaan seorang wanita yang disebaliknya terselit kesengsaraan dan duka lara.

"Selain itu, elemen perlakuan wanita Nyonya yang sudah berasimilasi dengan budaya dan norma masyarakat Melayu di Indonesia turut saya garapkan dalam teater ini," tambahnya lagi.

Bagi penonton yang menyaksikan teater ini, mereka bakal dihidangkan dengan paparan kisah wanita sebagai isteri dan ibu dalam dua situasi yang berbeza yang pasti memberi keunikan dalam teater terbitan CTRA Production ini.

Watak Mak Dara yang diterajui karyawan teater, Juhara Ayob dihayati dengan begitu baik sekali walaupun pada mulanya dia agak takut untuk menjiwai watak orang yang masih hidup kerana bimbang akan disamakan dengan karakter sebenar Ibu Halimah.

Walaupun beraksi secara solo, Juhara bijak menggunakan pentas sebaik-baiknya membuatkan penonton seolah-olah berada dalam peristiwa yang berlaku.

Sementara itu, watak Nyonya pula dijayakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Seni Teater Akademi Seni Kebudayaan dan Warisan Kebangsaan (Aswara) Sherry Syed Abdullah.


AKSI Fara dan Zaifri berjaya menggamatkan suasana.


Berbekalkan pengalaman berlakon dalam 23 teater sebelum ini, dia harus menghidupkan watak Nyonya yang bukan sahaja penuh dengan ekspresi malahan memerlukan sedikit penguasaan bahasa Indonesia.

"Syukurlah saya pernah ke Bandung selama dua minggu untuk mempelajari dan mendalami 'randai' atau teater tradisional suku Minangkabau yang kaya dengan nilai etika dan estetika.

"Dari situ saya mempelajari sedikit sebanyak bahasa Indonesia daripada segi dialek dan lenggok pertuturannya yang betul," kata Sherry ketika ditemui wartawan pada majlis previu teater Mak Dara Nyonya di Panggung Eksperimen Aswara baru-baru ini.

Turut sama terlibat ialah Norzizi Zulkafli, Sarimah Ibrahim dan Misha Omar untuk karakter cucu-cucu saudara.

Di samping itu, Zaifri Husin yang memegang watak saudagar bergelar Tuan dan Fara Fauzana sebagai isterinya juga berjaya merealisasikan naskhah Nyonya.

Kemunculan Fara sebagai pendatang baru dalam dunia teater tidak mengecewakan apabila diberi tanggungjawab menggalas watak isteri saudagar antik.

"Dia benar-benar komited terhadap watak yang diberi dan banyak bertanya kepada pelakon lain yang jauh lebih berpengalaman" kata Pengarah Pemasaran CTRA Production, Chloe H.B Siao.

Teater Mak Dara Nyonya dipentaskan dari 6 hingga 12 Julai ini di Auditorium Pusat Perlancongan Malaysia (Matic), Kuala Lumpur.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.