Adsense

Khamis, 15 Mac 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Portal TONTON Perkenal Siaran TV Catch Up

Posted: 15 Mar 2012 12:59 AM PDT

TONTON MAJU KE HADAPAN

Tonton, portal video premier di Malaysia, mencatat kejayaan terkini dengan pendaftaran melebihi 2 juta keahlian dalam masa kurang daripada 18 bulan selepas dilancarkan.

Pencapaian bermakna Tonton semenjak ia dilancarkan berjaya membuktikan portal video berasaskan internet memenuhi permintaan ramai untuk 'video on demand' pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

TONTON

"Bilangan pendaftaran yang menjangkau 2 juta keahlian juga menunjukkan minat rakyat Malaysia dalam dunia penyiaran televisyen internet, selari dengan perkembangan dunia antarabangsa kini", menurut Lam Swee Kim, Pengurus Besar Kumpulan, Media Prima Berhad.

Tonton, yang tersenarai antara peningkatan terpantas dalam carian Google 2011, turut menerima lebih 29 juta tontonan pelawat dan membekalkan lebih 31 juta 'streaming' video kepada pelanggan di seluruh dunia pada tahun lalu.

Perkembangan teknologi telefon pintar, dengan pengenalan peranti telefon yang lebih sotisfikated selain komputer tablet, dilihat menyumbang kepada peningkatan pelayar Tonton yang menggunakan aplikasi 'mobile' untuk menonton video.

Tonton menjangkakan capaian akses dalam dunia internet 'mobile' bakal lebih baik di masa hadapan dengan pembangunan dan penambah-baikan dalam sambungan internet 'mobile' , selain menerima fakta yang pengguna kini sedar yang mereka boleh memenuhi permintaan sendiri pada bila-bila masa.

Dalam masa yang sama, Tonton menawarkan siaran televisyen 'catch-up' secara 'online' bagi tempoh lebih lama, selain menawarkan capaian penonton yang lebih luas untuk pelbagai rancangan televisyen kelolaan Rangkaian TV Media Prima Berhad seperti TV3, TV9, ntv7 dan 8TV.

TONTON

Servis 'catch-up' ini membolehkan pengguna menonton program televisyen terbaik di seluruh dunia, selain tontonan ulang-tayang untuk program pilihan yang diminati. Malah, jangka hayat setiap program televisyen dapat dipanjangkan selain memberi pilihan yang lebih fleksibel buat pengguna menonton rancangan seperti siaran berita pada masa yang sesuai.

Selain itu, pengiklan serta syarikat perniagaan turut berpeluang mengambil bahagian dalam pengiklanan produk untuk program popular televisyen yang kini melalui fasa terbaru siaran 'online'.

Tonton menampilkan kepelbagaian kandungan 'catch-up' dan video premium termasuk drama tempatan dan Asia, program bual-bicara hiburan, dokumentari serta filem hebat tanahair. Tonton kini menyiarkan keseluruhan 13 saluran, antaranya rangkaian saluran televisyen milik Media Prima Berhad (TV3, TV9, ntv7 dan 8TV) serta saluran lain seperti KRU TV, GUA TV, Gua Muzik, One TV, Hot TV, Fly TV, Emas, Tonton Eksklusif and Tonton Korea.

Dalam masa yang terdekat, Tonton bakal memperkenal servis dan saluran baharu bagi memenuhi permintaan pelayar yang semakin bertambah, selain menawarkan lebih banyak pilihan buat pengguna. Tonton bakal menjadikan tontonan televisyen lebih bermakna di masa hadapan.

TONTON

18 bulan yang lalu merupakan momen tahunan terbaik Tonton semenjak dilancarkan untuk tontonan umum. Kejayaan dan rekod terbaik Tonton sepanjang tahun lalu seperti berikut:

1. 24 Mac 2011: Anugerah Pilihan Rakyat untuk kategori PORTAL HIBURAN PILIHAN di Anugerah ICT NEF-Awani 2010.

2. 21 April 2011: Tonton 'Mobile' dilancarkan dengan hits 'page views' melebihi 1 juta sepanjang tahun

Tonton boleh dilayari secara 'mobile' melalui http://m.tonton.com.my tertakluk kepada keperluan minimum teknikal berikut:
• Model iOS 4 dan ke atas – iPhone, iPad, iPod Touch
• Model Android 2.2 dan ke atas –Telefon pintar Android dan Tablet
• Blackberry 6 dan ke atas – Telefon Blackberry dan Playbook

3. Jun 2011 – Dalam masa 30 hari, drama Melayu popular NORA ELENA mencatatkan sejumlah 1.3 juta tontonan video. Menjelang akhir November 2011, tontonan video menjangkau 2.2 juta, menjadikan drama ini pilihan program nombor 1 di Tonton untuk tahun 2011.

4. 8 Julai 2011: Tonton Premium dilancarkan melalui premier eksklusif Nur Kasih the Movie secara 'online'.

5. 7 Disember 2011: Tonton tersenarai di tempat ke-9 dalam Tangga-10 Peningkatan Terpantas dalam Carian Google 2011 (*Sumber: Senarai tahunan Google Zeitgeist untuk Malaysia (7 Disember 2011)

6. 11 – 22 November 2011: Siaran 'live streaming' upacara pembukaan dan majlis penutup SUKAN SEA ke-26 termasuk perlawanan bola yang melibatkan pasukan Malaysia mencatatkan bilangan kunjungan hampir150,000 hits.

7. Disember 2011: Tonton mencatatkan bilangan hits paling tinggi sebanyak 11 juta 'page view' dan 955,000 kunjungan unik pelawat (Sumber: comScore) seterusnya meletakkan Tonton sebagai portal video nombor 1 di Malaysia kini.

TONTON

Tahun ini bakal menyaksikan Tonton melangkah lebih maju ke hadapan dengan tawaran saluran baharu dan program yang lebih menarik. Tonton yakin dapat memenuhi kapasiti pengguna yang semakin meningkat selain menambah-baik pengalaman tontonan buat pengguna.

Alt Media kini dalam langkah membangunkan versi Tonton yang lebih kompak, atau dikenali sebagai "Tonton Lite" menggunakan aplikasi teknologi Tonton 'Mobile'. Versi ini bakal membolehkan pengguna menonton video dengan lebih pantas menerusi komputer peribadi atau laptop untuk pengalaman menonton yang lebih selesa. "Kami ingin menawarkan kualiti pengalaman menonton yang lebih baik kepada semua pengguna buat masa sekarang dan juga akan datang. Kami yakin menerusi pembelajaran yang berterusan dan pengembangan idea kreatif membolehkan kami kekal di barisan hadapan dunia hiburan online", ujar Paul Moss, Pengurus Besar Platform dan Teknologi Alt Media Sdn. Bhd.

Tonton juga bakal menawarkan lebih kandungan keluaran negara Asia, antaranya dari Korea, Indonesia, India dan Filipina. Saluran pendidikan dikenali sebagai "Tonton Learn" akan diperkenalkan mulai pertengahan April dan menyasarkan golongan pelajar dengan tawaran latihan tutorial oleh profesional untuk para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan utama seperti UPSR, PMR dan SPM. "Kandungan pendidikan merupakan kategori baru yang akan diperkenalkan untuk golongan pelajar di Tonton. Kami percaya saluran ini bakal memberi lebih faedah buat para pelajar dalam menyiapkan diri mereka menghadapi peperiksaan utama selain akses yang mudah serta merangkumi kesemua subjek peperiksaan", menurut Puan Lam Swee Kim, Pengurus Besar Kumpulan Alt Media Sdn. Bhd. "Sebagai tambahan juga, kami akan turut memperkenalkan saluran "Tonton Kids" melalui kerjasama strategik dengan Rangkaian TV Media Prima."

Arena sukan juga turut menjadi sebahagian yang tersenarai dalam pelan pengembangan Tonton. Tonton dan Tonton 'Mobile' bakal menyiarkan siaran langsung perlawanan EURO 2012 membabitkan 16 perlawanan menerusi 'streaming' pada Jun tahun ini. Siaran 'catch up' perlawanan turut boleh ditonton untuk durasi 48 jam di Tonton selepas siaran 'live stream'.

Untuk sepanjang tahun 2012, Tonton juga akan meneruskan sokongan utuh dalam siaran pelbagai acara hiburan dan anugerah utama terbitan Rangkaian TV Media Prima.

Untuk merasai pengalaman unik Tonton dan menjadi sebahagian daripada komuniti online terbesar di Malaysia, layari www.tonton.com.my untuk mendaftar.

Pada sidang media yang telah diadakan semalam, Tonton telah meraikan 2 pengguna bertuah iaitu Dr Kasim Salleh (57 Tahun) sebagai pengguna ke 2 juta dan membawa pulang sebuah komputer bimbit Acer Aspire One D270 serta 200 kredit Tonton Premium. Manakala pengguna paling aktif, En. Kasolang Abdul Razak (31 Tahun) membawa pulang 500 kredit Tonton Premium.

TONTON

TONTON

TONTON

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Portal Tonton Capai 2 Juta Pengguna Berdaftar
  • HOT TV, Fly TV, KRU TV dalam Portal TONTON
  • Tonton Dapat Anugerah Rakyat Untuk Portal Hiburan Pilihan
  • ADV: Episod Ke-2 Drama Online Mingguan Lelaki di Portal GUA
  • CATCH THE LAST EPISODE OF LATTE AT 8
  • Media Prima Lancar Portal TONTON
  • Jom Tonton Drama Luna Fantasiku
  • Drama Nora Elena Catat Sejarah
  • Nur Kasih The Movie Kini Di Portal Tonton
  • Adv: Saksikan Episod Pertama Mingguan Lelaki di Portal Gua
  • Kemunculan Semula IZ Dengan Balada CINTA AKHIR

    Posted: 15 Mar 2012 12:42 AM PDT

    IZ MEMBUAT KEMUNCULAN SEMULA DENGAN BALADA "CINTA AKHIR"

    Dengar Lagu CINTA AKHIR Preview on SoundCloud

    Akhirnya, penyanyi dan komposer muda, IZ, bakal membuat kemunculan semula beliau dengan single Melayu rasminya yang pertama berjudul " CINTA AKHIR " bagi semua stesen radio tempatan. Lagu balada hasil nukilan bekas peserta rancangan realiti terbitan Media Prima Berhad, One In A Million (OIAM 2) ini telah mendapat sentuhan penerbit hebat dari seberang seperti Pongky Prasetyo dan Bemby Noor yang pernah bekerjasama dengan Dato' Sheila Majid.

    IZ

    Karya terjemahan kisah peribadi IZ ini sendiri telah menjalani proses adunan yang teliti di BackBeat Studio, Jakarta manakala, Leon Zervos selaku Mastering Engineer pula memikul tanggungjawab Mastering di Studios 301, Sydney, Australia. Menariknya, IZ juga telah merakamkan versi Bahasa Indonesia untuk mencuba pasaran seberang selepas kemunculan beliau di Indonesia bersama Abdul & The Coffee Theory dalam rancangan 'Celebrity Journal Follow Me' terbitan MNC Network Indonesia.

    IZ yang kini sedang berada di Los Angeles, Amerika Syarikat selama tiga bulan juga bakal menjalani penggambaran muzik video rasmi "CINTA AKHIR" di sekitar Los Angeles & Oldtown Pasadena. Di samping itu beliau juga sedang mengikuti latihan seni persembahan seperti latihan seni vokal bersama guru vokal terkenal, Nick Cooper, yang pernah melatih artis-artis antarabangsa seperti Beyonce, Rain, David Archuleta, Katy Perry, serta latihan tarian, pergerakan pentas dan lain-lain. Untuk lebih informasi tentang akitivit-aktiviti IZ di Amerika Syarikat, sila lawati www.facebook.com/IZsulaini

    Single "CINTA AKHIR' boleh didapati secara online terus dari iTunes (US, Australia/New Zealand, Canada, UK/Europe, Japan, Mexico), Amazon MP3, Last.FM, iLike, MySpace, Napster, Rhapsody, Spotify & Tesco dan banyak lagi.

    CINTA AKHIR Recording Process | Behind-The-Scenes

    TRIVIA DAN INFORMASI TERBARU IZ DAN "CINTA AKHIR"

    1. "CINTA AKHIR" juga merupakan lagu tema sebuah filem pendek lakonan Liyana Jasmay, Pierre Andre dan IZ sendiri yang telah dilancarkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia pada Mei 2011 bersempena dengan Kempen Anti Merokok Sedunia.

    2. "CINTA AKHIR" versi Indonesia berjudul "SESAL" juga sudah berada secara online.

    3. Lirik lagu CINTA AKHIR

    Lagu & Lirik : IZ

    TAJUK: CINTA AKHIR

    Verse:

    Melangkah pergi

    Tiada pasti

    Ku kan berani mencari erti hidup

    Ketika aku

    Mengenangkan mu

    Masih terkurung

    Sekian lama

    Walau telah kau lepaskan aku pergi

    Takkan ku tunggu, kan cinta mu yang telah hapus

    Pre- Chorus:

    Ku coba untuk, melupakan mu,

    Bayanganmu makin menjauh

    Chorus:

    Cinta, tak akan ada nya

    Cinta, yang sama cinta pertama,

    Ku cari ku rela

    Sepanjang hidup ku

    Oh Cinta, tak akan kembali

    Kisah, yang pernah kau beri pada ku,

    Telah terkubur

    Semua, telah berakhir

    Bridge:

    Selamat tinggal kekasih

    Kerna kini ku telah mengerti

    Bahawa semua, cerita,

    Telah berakhir

    Chorus:

    Cinta, tak akan ada nya

    Cinta, yang sama cinta pertama,

    Ku cari ku rela

    Sepanjang hidup ku

    Oh Cinta, takkan kembali nya

    Kisah, yang pernah kau beri pada ku,

    Telah terkubur

    Semua,

    Segalanya,

    Derita, telah berakhir

    Written, Composed by IZ Sulaini [IzWorkz Music] – Produced by Pongky Prasetyo & Co-Produced by IZ Sulaini – Malay Lyrics by IZ Sulaini – Vocals Arranged by IZ Sulaini – All Vocals Produced & Recorded by Samuel Kevin @ BackBeat Studios, JAKARTA – All Instruments Arranged by Pongky Prasetyo & Recorded by Samuel Kevin @ BackBeat Studios, JAKARTA – Live Acoustic & Electric Guitar Parts by Andrew Dhinut & Recorded by Samuel Kevin @ BackBeat Studios, JAKARTA – 'CINTA AKHIR' Mixed by Samuel Kevin @ BackBeat Studios, JAKARTA – Mastered by Leon Zervos @ Studios 301, SYDNEY – Song Production Managed by Daniel Zakaria, JAKARTA.

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Album Kompilasi Terbaru Ella BALADA
  • Senarai Lagu Berjaya Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik
  • Keputusan Muzik-Muzik Separuh Akhir Kategori Irama Etnik Kreatif
  • Bintang RTM Suku Akhir 3
  • Lagu Tanpa 6ixth Sense Berjaya Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik
  • Senarai Finalis Anugerah Juara Lagu 23
  • Jawaban Trivia: Ziana Zain Berjaya Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik Balada
  • Dapatkan Album Dua Insan Bercinta di Pasaran Sekarang
  • Senarai Semua Lagu Konsert Akhir AF5
  • Trivia: Rambut Penyanyi Mana Ni
  • Sensasi

    Sensasi


    Kisah Benar yang mengharukan: Nenek tua yang mencuri Ubi Kayu

    Posted: 15 Mar 2012 08:59 AM PDT


    Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

    Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

    Hakim menghela nafas dan berkata, "Maafkan saya, bu", katanya sambil memandang nenek itu.

    "Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang".

    Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

    'Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

    "Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh."

    Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya..

    Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.

    Zarina Anjoulie Lavocah bakal berkahwin dengan suami orang untuk tamatkan kontroversi

    Posted: 15 Mar 2012 08:53 AM PDT

    Zarina Anjoulie ,yang diberi jolokan sebagai Angelina Jolie Malaysia oleh entah sape..(mmg tak same lgsung dgn Angelina Jolie) yang sering dilanda kontroversi kerana selalu "cakap lepas", laser dan suka cari gaduh dengan rakan artis dan rakan tak artis, dan gambar panas miliknya..kini ingin menamatkan kontroversi dengan berkahwin ..

    Zarina berharap selepas melangsungkan perkahwinannya nanti, hidupnya akan lebih aman dan sekaligus menamatkan segala tohmahan yang dilemparkan kepadanya selama ini.

    "Saya ingin cepat bernikah kerana itulah jalan terbaik. Saya harap dengan keputusan ini, saya tidak akan lagi dikaitkan dengan kontroversi yang boleh mengaibkan saya.

    "Jika selepas bergelar isteri masih ada yang ingin bercerita buruk tentang saya terutamanya berkaitan dengan mana-mana lelaki, saya tidak tahu hendak kata apa lagi," kata Zarina.

    Aktres seksi berusia 25 tahun ini turut mengakui bakal melangsungkan perkahwinan dengan suami orang dan akan bermadu tetapi enggan mendedahkan identitinya bagi mengelak daripada menjadi bahan fitnah mereka yang tidak berpuas hati dengannya.

    "Walaupun benar dia suami orang, sekurang-kurangnya kami membuat keputusan yang betul. Lebih baik saya menjadi isteri kedua, ketiga mahu pun keempat. Asalkan apa yang kami lakukan kelak halal di sisi agama.

    "Dibandingkan dengan orang bujang bercinta sakan sehingga melakukan perkara di luar batasan, lebih besar dosanya. Keputusan yang diambil ini sepatutnya mendapat restu ramai dan doakan yang baik-baik sahaja buat kami berdua," ujarnya lagi.

    Awal Ashari tak mahu Wedding of The Year Scha anggun memakai busana pengantin

    Posted: 15 Mar 2012 08:43 AM PDT

    Wah gitu,semenjak perkahwinan Norman Hakim dan Memey dikutuk chef wan secara kaw kaw sebab ditaja sepenuhnya sehingga kata chef wan mcm majlis iklan untuk Rafflesia,kini semua artis lain dah mula mengurangkan penajaan semasa majlis kahwin..

    Elok lah tue..guna duit sendiri utk majlis kahwin kalau mampu rasanya lebih puas hati.
    Scha dan Awal memang loving couple,happy dan ceria bersama..tak sabar nak tengok mereka kahwin..

    Awal tak mahu Wedding of The Year?

    "Tarikhnya sudah ada. Tapi saya tidak boleh umumkan lagi kerana menghormati pihak keluarga. Bukan sebelah pihak saya sahaja, tetapi di sebelah pihak Scha juga. Kami akan adakan sidang media untuk buat pengumuman tentang majlis itu dan harap pihak media serta peminat memahami situasi kami. Apa yang boleh saya katakan, majlis perkahwinan kami akan berlangsung dalam tahun ini juga," ujar Awal bersungguh-sungguh.

    Dalam masa yang sama, Awal juga memberitahu dia dan Scha kini sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis bersejarah itu.

    "Sekarang ini persiapan sudah siap 60 peratus. Tapi kami belum sempat menempah baju perkahwinan kerana masing-masing sibuk dengan jadual penggambaran. Lagipun, saya dan Scha masih mencari-cari pereka fesyen yang sesuai. Memang ada yang mahu menaja, namun kami masih lagi memikirkannya.

    Kalau boleh, kami tidak mahu terlalu bergantung kepada penajaan. Biarlah berpada-pada. Saya tidak mahu kerana mengejar penajaan, majlis pernikahan dan resepsi kami tidak seperti yang diimpikan. Kalau kami ini tidak kisah, memang kami bolot semua penajaan yang datang," ujar Awal yang tidak mahu masyakarat melabel perkahwinannya sebagai Wedding Of The Year.

    "Saya dan Scha tidak bercadang untuk mengadakan majlis perkahwinan yang gilang-gemilang. Sebaliknya, kami hanya mahukan sebuah majlis yang biasa untuk kami berkongsi saat-saat indah bersama peminat dan juga pihak media yang banyak memberi sokongan," ujar Awal.

    gambar kahwin scha al yahya

    gambar kahwin scha al yahya
    gambar kahwin scha al yahya
    gambar kahwin scha al yahya
    gambar kahwin scha al yahya
    gambar kahwin scha al yahya
    gambar kahwin scha al yahya
    gambar kahwin scha al yahya
    gambar kahwin scha al yahya
    gambar kahwin scha al yahya
    gambar kahwin scha al yahya
    gambar kahwin scha al yahya


    Video sangat comel: Bapa yang sangat penyabar

    Posted: 15 Mar 2012 08:27 AM PDT



    Anaknya memang comel,mcm teletubbies kecik..hehe..asyik kacau bapanya nak solat sampai memanjat-manjat badan bapanya..tp bapa nya sgt lah cool dan penyabar..

    Video Comel: Kucing seronok diurut anak anjing

    Posted: 15 Mar 2012 08:21 AM PDT



    Hehe kelakar tengok muka kucing jepun nie...suka je dia bila puppy tue dok urut-urut tengkuknya..

    borak kosong

    borak kosong


    Selalu Gagal Membina Hubungan dengan Manusia, Lelaki Ini Nikahi Boneka

    Posted: 15 Mar 2012 09:15 PM PDT

    EVERARD Cunion, seorang lelaki dari  Dorset, Inggris, selalu merasa sial dalam percintaan. Untuk menghilangkan sakit hatinya, Everard memutuskan untuk menikah dengan seorang wanita, bukan manusia, tapi sebuah boneka mannequin.

    Keputusan ini bermula dari hobinya mengoleksi boneka mannequin sejak tahun 2000. Everard selalu mengagumi kecantikan boneka-boneka plastik yang dibuat dengan wajah dan tubuh persis manusia asli.

    Bagi Everard, inilah contoh nyata dari konsep life-imitating art atau seni yang menyerupai kehidupan nyata. Everard jatuh cinta pada mannequin kerana kecantikannya berbeza dari para wanita di dunia nyata yang selalu ingin berdandan seperti boneka.

    Keinginan para wanita untuk tampil seperti boneka menghasilkan konsep art-imitating life atau kehidupan yang meniru karya seni. Menurut Everard, konsep ini membentuk peribadi yang palsu.


    Keputusan ini diambil selain kerana Everard jatuh cinta pada Caroline, dia juga khuatir akan timbulnya konflik yang berujung pada perceraian jika menikah dengan manusia.

    Everard juga mengaku masih ingat rasa sakit hati yang dialaminya saat berpisah dengan kekasihnya seorang manusia.

    The Daily Star melaporkan, baru-baru ini Everard menikah lagi dengan sebuah mannequin berambut pirang. Pernikahan ini berlangsung di kampung halamannya, Christchurch, Dorset, lengkap dengan upacara keagamaan dan naik kereta kuda keliling kota.

    Sumber : http://www.tabloidbintang.com 

    Video Ciuman 2 Artis Korea Bikin Fans Marah

    Posted: 15 Mar 2012 09:00 PM PDT

    Penyanyi Korea Selatan, IU, bikin terkejut para penggemarnya. Video IU yang memperlihatkan dia sedang mencium personel boyband Big Bang, Taeyang, beredar di dunia maya. Video itu segera menjadi perhatian penggemar kedua artis tersebut.

    Rakaman itu sebetulnya merupakan potongan gambar acara "Inkigayo" yang ditayangkan SBS. IU yang membawakan acara tersebut menceritakan jenis lelaki idealnya kepada Taeyang yang menjadi bintang tamu. Seperti dikutip Allkpop, kemudian IU bertanya kepada Taeyang, "Siapa yang akan kamu beri hadiah untuk White Day nanti?"

    Pertanyaan IU direspons meriah oleh personel Big Bang yang lain. Mereka berteriak, "Cium, cium, cium!"

    Tanpa diduga, Taeyang kemudian memeluk penyanyi muda tersebut dengan sepenuh hati. IU yang mendadak dipeluk nampak sedikit terkejut. Namun, dia berhasil menguasai keadaan dan kemudian tersenyum bahagia. 

    Tak cuma itu, di akhir acara, saat mereka membawakan lagu "I Need A Girl" di atas pentas, IU gantian buat Taeyang terkejut. Dengan penuh semangat, dia mencium pipi Taeyang.

    Aksi peluk cium itu rupanya bikin penggemar keduanya benci dan cemburu.

    "Kalian berdua, stop!" seru seorang penggemar dalam komennya di media sosial.

    "Apakah hubungan mereka akan benar-benar menjadi hubungan yang real?" komen fans yang lain, khuatir.

    Sumber : http://showbiz.vivanews.com 

    Pasukan Anak Kalah, Ayah Gigit Cuping Telinga Jurulatih

    Posted: 15 Mar 2012 08:45 PM PDT

    Seorang ayah yang marah menyerang jurulatih basketball setelah pasukan anaknya kalah. Polis Massachusetts menyatakan, ia menggigit cuping pelatih itu hingga nyaris putus.

    Serangan itu terjadi selepas perlawanan di Holy Name School di Springfield, stesen TV WWLP melaporkan. Setelahpasukan putranya yang duduk di kelas 6 SD kalah di final, Timothy Lee Forbes menyerang jurulatih pasukan pemenang, dan menggigit telinganya, kata asisten jaksa Marie Angers. Beberapa anak-anak berusia 10-12 tahun, yang telah berkumpul untuk berjabat tangan, menangis setelah kejadian.

    Penonton lain kemudian menarik Forbes. Sang pelatih segera dilarikan ke hospital untuk menjalani serangkaian operasi penyambungan kembali telinganya. Setelah menjalani perawatan di Baystate Medical Center, pelatih yang namanya dirahsiakan itu kembali ke rumah, menurut NBCConnecticut.com.

    Western Massachusetts CYO Basketball League dalam siaran  menyatakan "terkejut oleh tindakan terhadap salah seorang jurulatih kami yang paling berdedikasi" dan bahawa insiden itu pertama kali terjadi dalam sejarah liga.

    Forbes, 34, menyerahkan diri kepada pihak berwajib di pengadilan Springfield. Dia mengaku bersalah atas perilaku tidak tertib dan penyerangan. Ia menghadapi sidang minggu ini. Pengacaranya Philip Lauro mengatakan kliennya tidak memiliki catatan kriminal sebelumnya.

    Sumber : http://www.tempo.co/ 

    Hebat betul foto dalam lesen memandu abang ni

    Posted: 15 Mar 2012 08:30 PM PDT

    Biasanya orang akan berdandan habis-habisan untuk foto kad identiti, baik untuk kad pengenalan mahupun lesen memandu  Namun bagi Adam Bard, warga Kota Victoria, British Columbia, Kanada, foto lesen memandu  harus dibuat unik.

    Maka, pada pagi hari sebelum difoto, ia ditemani saudara lelakinya, Stefan, memotong rambut, misai, dan janggut dengan potongan sangat unik. Ia mencukur sendiri janggut dan misainya bahagian kanan. Sesudah itu ia bersama Stefan menuju tempat cukur dan meminta rambut kepala bahagian kiri yang dicukur.

    Hasil foto Bard memang benar-benar unik dan lucu. Foto itu kemudian dimuat naik ke Reddit, situs media sosial yang memperbolehkan anggotanya memilih foto atau konten menarik. Nah foto ini berhasil menarik perhatian 6 juta penggunanya hanya dalam 24 jam! "Saya tidak mengira mendapat perhatian sebanyak ini," kata Bard, geli.

    Pengalaman unik pun diperoleh programmer komputer ini saat mengurus insurans di Perusahaan Insurans British Columbia (ICBC). Lelaki berusia 26 tahun tersebut mengira akan mendapati wajah-wajah terkejut saat melihat potongan rambutnya. "Malah saya diutamakan lebih dulu dalam barisan" ujarnya terkekeh.

    Memang ia bukan lelaki pertama dengan foto unik untuk lesen memandu. "Orang biasanya ingin pose foto yang terbaik kerana harus bertahan selama lima tahun dengan foto itu. Namun baru kali ini kami melihat pose lucu itu," ucap Mark Jan Vrem, Manager Hubungan Media ICBC, tertawa. 

    Sumber : http://www.tempo.co 

    Otak Terus Menyusut Sejak Lahir Kerana Penyakit Misteri

    Posted: 15 Mar 2012 08:15 PM PDT

    Jason Egan tidak boleh berjalan, berbicara atau makan seperti kebanyakan anak usia 9 tahun. Ia harus bergantung dengan kerusi roda dan tabung makan yang langsung terhubung ke perut. Anak laki-laki ini mengalami keadaan misteri yang membuat otaknya terus menyusut sejak lahir.

    Awalnya bahagian cerebellum (otak kecil) Jason Egan yang menyusut, iaitu daerah otak di bahagian atas leher yang bertanggung jawab untuk mengendalikan dan menyeimbangkan gerakan.

    Tapi selama beberapa tahun terakhir, seluruh bahagian otak anak 9 tahun ini telah mengecil dan terus menyusut, tapi tidak ada yang tahu penyebabnya.

    Sejauh ini belum ada yang tahu seperti apa yang salah dengan otak Egan. Doktor tahu bahawa otak anak asal Victoria, Australia, telah menyusut sejak lahir, tetapi semua pengujian menunjukkan hasil negatif untuk semua gangguan neurodegeneratif yang sudah dikenal.

    Menurut dokter, Egan mungkin memiliki penyakit degeneratif otak misteri yang baru bagi ilmu pengetahuan. Tidak ada kes serupa yang pernah tercacat di dunia. Doktor dan ilmuwan sedang menelidiki kesnya untuk mencari solusi pengubatan.

    "Tidak ada ubat, tidak ada tablet yang boleh diberikan kepadanya. Semua ubat yang diberikan hanya untuk membuat hidupnya lebih nyaman. Dan pada tahap ini, dia 100 peratus adalah anak yang bahagia dan hidup dengan penuh kasih," ujar Jamie, ayah Egan, seperti dilansir news.com.au, Kamis (15/3/2012).


    Sumber : http://health.detik.com 

    Anak tembak diri sendiri ketika ayah isi minyak

    Posted: 15 Mar 2012 08:00 PM PDT

    Akibat kecuaian seorang ayah yang meninggalkan pistol, seorang anak kecil tiga tahun kehilangan nyawanya. Anak itu menembakan peluru ke arahnya sendiri saat ayahnya tidak ada didekatnya.

    Anak laki-laki berusia tiga tahun itu ditinggalkan di dalam kereta bersama dengan adik perempuannya yang masih bayi di Washington, Amerika Syarikat. Sementara sang ayah keluar dari kereta untuk mengisi minyak dan sang ibu pergi berbelanja di pasaraya yang masih berada di kawasan pam minyak itu.

    Anak laki-laki itu tiba-tiba saja menemukan pistol milik sang ayah yang dengan mudah boleh dijangkaunya. Tidak lama setelah bermain-main dengan pistol milik ayahnya, anak laki-laki itu pun mengarahkan pistol ke kepalanya dan langsung menarik pemetik.

    "Ini adalah kejadian luar biasa tragik. Orang tua kedua anak ini telah melakukan tindakan kecuaian," ujar salah seorang petugas polis Naveed Benjamin seperti dikutip Emirates247 Khamis, (15/3/2012).

    Ditambahkan Benjamin, polis setempat telah mengajukan beberapa pertanyaan terkait dengan insiden yang disebabkan kecuaian sang ayah  tersebut.

    Insiden ini merupakan yang ketiga kalinya terjadi di Washington. Sebelumnya seorang anak perempuan berusia tujuh tahun dilaporkan tewas ketika saudaranya menemukan sebuah pistol dan menembak dirinya.

    Insiden penembakan terakhir terjadi pada 22 Februari lalu dimana seorang anak perempuan berusia lapan tahun terluka parah saat salah seorang temannya mengeluarkan pistol dan tanpa sengaja menembak dirinya.

    Sumber : http://international.okezone.com 

    Jangan salahkan ibu Dirang

    Posted: 15 Mar 2012 07:45 PM PDT


    PASIR GUDANG – Mangsa bunuh dan bakar, Nurul Nadirah Abdullah, 5, tidak pernah bersendirian ke kedai runcit atau ke taman permainan di Flat Seri Delima Bandar Seri Alam, di sini, kecuali pada hari kejadian itu.
    Peniaga, Anisah Kalam, 35, berkata, dalam sehari mesti dua atau tiga kali mangsa, yang lebih mesra dipanggil Dirang, pergi ke kedai runcitnya, tetapi bersama abang atau ibu saudaranya.
    Anisah yang sudah berniaga di flat itu enam tahun berkata, Dirang juga tidak keseorangan ketika bermain di taman permainan berhampiran rumahnya.
    "Saya minta tolong janganlah salahkan ibunya (Roselyn Alan) kerana sepanjang berniaga di sini Dirang tidak pernah (dibiarkan) bersendirian membeli gula-gula atau barang pesanan ibunya," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
    Anisah berkata, Walaupun Dirang baru berumur lima tahun, kanak-kanak itu petah bercakap dan mesra dengan semua orang sehingga keletahnya diingati penduduk flat itu.
    Menurutnya, Dirang tidak pergi ke kedainya tiga hari sebelum itu.
    "Pada hari itu saya pelik lihat Dirang sendirian ke kedai, malah baki wang 20 sen selepas membeli dua bungkus mi segera dan lima biji telur tidak dibelanjakan untuk membeli gula-gula seperti biasa.
    "Keletahnya seperti biasa yang gemar memberi salam sebelum masuk ke kedai. Saya juga suka mengusik dia kerana petah bercakap walaupun baru berusia lima tahun," 

    sumber : sinar harian

    Temui anak tidak bernyawa

    Posted: 15 Mar 2012 07:30 PM PDT


    KOTA BHARU- Cukup sayu apabila pencarian seorang ibu, Lini Abdullah, 27, selama setengah jam akhirnya terjawab setelah menemui sekujur tubuh bayinya di dalam kuala sungai kira-kira 10 meter belakang rumah.
    Paling memilukan, bayi berkenaan, Nik Muhd Iqbal Azim Nik Roslan, satu tahun dua bulan itu, didapati terapung di sungai berdekatan rumah setelah dipercayai terjatuh di permukaan kuala Pantai Mek Mas, Pantai Cahaya Bulan (PCB), di sini, kira-kira jam 1.30 petang, kelmarin.
    Dengan longlai, Lini yang penat mencari anak bongsu lelakinya di merata-rata kawasan rumah bersama seorang sepupu dikenali sebagai Imah, 30-an, mengangkat anak ketiganya itu di dalam air separas 0.5 meter.
    "Setengah jam sebelum menemuinya di dalam sungai, saya sempat melihatnya bermain-main keseorangan di ruang tamu rumah, manakala saya pula membasuh pakaian di dapur.
    "Dia pernah turun dari rumah, tetapi tidak pernah turun ke kuala sungai berdekatan, namun kali ini saya hanya temui tubuhnya terapung dan sudah kaku," katanya ketika ditemui di rumah mertuanya di Pantai Mek Mas, PCB, di sini.
    Menurutnya, anaknya yang dipanggil Azim itu baru pandai berjalan (bertatih) dan sentiasa mengawasi pergerakannya, namun semuanya cepat berlaku.
    Lini berkata, semasa kejadian, dia langsung tidak mendengar sebarang jeritan dan pada mulanya tidak mengesyaki anaknya turun ke sungai terbabit.
    Sejurus melihat sekujur tubuh kanak-kanak itu, kata Lini, dia bergegas ke muka kuala, menarik tubuh berkenaan dalam keadaan pilu dan tidak sanggup melihat wajah anak kecil itu, lalu segera menyerahkannya kepada Imah.
    "Tidak ada perkataan untuk saya gambarkan perasaan ketika menemuinya. Saya masih ingat keletahnya yang sudah pandai menyebut 'Ma' (panggilan untuk dirinya)," katanya.
    Setelah ditemui, anak berkenaan disahkan meninggal dunia apabila dibawa ke Klinik Kesihatan Badang, PCB, di sini, petang kelmarin.
    Sementara itu, bapa kanak-kanak malang itu, Nik Roslan Nik Mat, 32, yang bekerja sebagai nelayan tiada di rumah kerana mengambil upah membuat bubu di kawasan berdekatan.
    "Saya menerima panggilan telefon daripada adik saya mengatakan anak bongsu saya lemas.
    "Saya reda dengan pemergian Azim, sekurang-kurangnya kami menemuinya biarpun dalam keadaan menyedihkan," katanya bapa kepada dua lagi anak, Nik Nadia Izati, 10 dan Nik Muhd Iqbal, 9, yang belajar di Sekolah Kebangsaan Che Latif, di sini.
    Bagi nenek mangsa, Azizah Mamat, 47, dia diberitahu kehilangan cucu tersebut kira-kira jam 7 pagi semalam.
    "Ketika kejadian, talian telefon bermasalah dan kali terakhir saya menemui Azim pada Ahad lalu ketika melawatnya di rumah," katanya.
    Jenazah Nik Muhd Iqbal Azim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Che Latiff, di sini.
    Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan menerima laporan kejadian lemas bayi berkenaan.
    sumber : sinar harian

    Saintis klonkan anak kambing Kashmir

    Posted: 15 Mar 2012 07:15 PM PDT


    SRINAGAR, India - Sekumpulan saintis di wilayah Kashmir yang dikuasai India telah mengklonkan seekor anak kambing Kashmir dengan tujuan untuk meningkatkan bilangan haiwan yang sukar ditemui itu.
    Kambing Kashmir hidup di beberapa bahagian Banjaran Himalaya dan dataran Tibet.
    Bulu kambing itu yang dinamakan bulu pashmina digunakan untuk membuat baju panas Kashmir.
    Mengulas tentang kejayaan projek tersebut, seorang saintis, Riaz Ahmad Shah berkata, klon seekor anak kambing Kashmir betina yang lahir pada 9 Mac lalu itu akan membolehkan program pembiakan kambing berkenaan dilakukan di beberapa kawasan lain di Banjaran Himalaya bagi tujuan komersial.
    Menurutnya, klon anak kambing betina itu dinamakan Noori yang bermaksud cahaya.
    Pasukan saintis yang diketuai oleh Riaz di Universiti Sher-i-Kashmir mengambil masa selama dua tahun untuk menghasilkan klon kambing tersebut. - Agensi

    sumber : kosmo online

    Dua balu Osama ‘berperang’

    Posted: 15 Mar 2012 07:00 PM PDT


    ISLAMABAD: Dua balu Osama bin Laden dilaporkan bergaduh dalam tahanan apabila seorang daripada mereka menuduh madunya sebagai "sundal."
    Pergaduhan itu berlaku ketika mereka masih dalam tahanan selepas ketua al-Qaeda itu dibunuh tentera elit AS pada Mei tahun lalu.

    Sumber keselamatan semalam berkata, pengawal yang bertugas terpaksa masuk campur dan meleraikan pergaduhan berkenaan.


    "Ekoran insiden itu, pengawal diberi arahan khusus supaya tidak membiarkan kedua-dua wanita terbabit tanpa pemantauan.

    "Ada kebimbangan mereka mungkin saling cuba berbunuhan," katanya.


    Difahamkan, pergaduhan itu membabitkan isteri paling tua Osama, Khairiah, 61, dengan madu paling muda, Amal, 29.



    Sumber berkata, pergaduhan itu tercetus apabila Amal menyatakan kecurigaannya terhadap Khairiah yang mungkin mengkhianati Osama.

    Katanya, Amal mengesyaki Khairiah bertanggungjawab membocorkan rahsia tempat persembunyian Osama.


    "Pada masa sama, Khairiah juga cemburu kerana Amal sering menjadi teman kepada Osama berbanding isterinya yang lain," katanya.

    Sumber itu - seorang pegawai kanan agensi perisikan Pakistan - berkata, Amal menganggap Khairiah sebagai "pembunuh sebenar Osama." Pada pandangan Khairiah pula, katanya, Amal seperti "sundal" kerana asyik "mahu berasmara siang malam." Kedua-dua balu Osama itu kini ditahan di Pakistan bersama seorang lagi isteri pemimpin al-Qaeda itu, serta 20 anak mereka.


    Amal yang bernikah ketika berusia 18 tahun, cedera dalam cubaannya melindungi Osama ketika kediaman mereka di Abbottabad diserbu tentera AS.


    Sumber itu berkata, selepas disoal siasat, Amal mula mengesyaki Khairiah menjadi pengkhianat kepada Osama.


    "Osama paling sayang kepada saya.


    "Kami sering bercakap mengenai cinta dan isu lain yang tidak ada kena-mengena dengan al-Qaeda," katanya. - TS



    sumber : myMetro

    Tinggal bayi di kedai

    Posted: 15 Mar 2012 06:45 PM PDT


    KUALA TERENGGANU: Seorang wanita dipercayai ibu bayi lelaki (gambar) berusia lingkungan 40 hari tergamak meletakkan anaknya itu di sebuah kedai makan di Kampung Melayu, Sungai Buluh, Selangor sebelum menghilangkan diri dalam kejadian 14 Februari lalu.
    Bagaimanapun, bayi malang yang diberi nama Mohd Amzar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu bernasib baik apabila ditemui seorang penduduk kampung berkenaan yang kebetulan melalui kawasan berkenaan, kira-kira jam 6 pagi hari sama sebelum dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut dan diserahkan kepada JKM. Lebih menyayat hati, ketika ditemui bayi berkenaan hanya ditinggalkan atas bangku di kedai berkenaan dalam keadaan kesejukan tanpa pakaian, cuma dialas dengan kain.

    Jurucakap JKM berkata, bayi malang itu yang cukup sifat ditemui tanpa sebarang pengenalan diri serta nota dan kini berada di bawah jagaan sementara p


    ihaknya bagi memudahkan waris mengambilnya selepas proses pendaftaran selesai.

    "JKM sedih dengan kejadian ini kerana bayi tidak berdosa itu ditinggalkan berseorangan dalam kegelapan awal pagi di kedai berkenaan.

    "Jika orang ramai tidak menemui bayi berkenaan, pelbagai kemungkinan boleh berlaku termasuk digigit haiwan liar hingga boleh menyebabkan kematian.


    "Kita berharap ibu bapa yang tidak mahu menjaga anak dilahirkan tidak meletakkannya sesuka hati di sebarang tempat, sebaliknya berhubung dengan JKM untuk memudahkan urusan perlindungan bayi terbabit," katanya. Menurutnya, bayi itu dalam keadaan sihat dan meminta orang ramai yang mengenali warisnya berhubung dengan JKM.



    sumber : myMetro

    Tanggung malu nasi hujan panas kena kebas

    Posted: 15 Mar 2012 06:30 PM PDT


    GEORGETWOWN: "Saya dan isteri terpaksa menanggung malu kepada rombongan pengantin perempuan yang tiba dari Terengganu, penduduk kampung serta jemputan," kata Md Saad Hasan, 68, mengulas tindakan seorang lelaki yang dikatakan pemimpin parti pembangkang, melarikan satu periuk nasi majlis kenduri kahwin dua anak lelakinya di Kampung Pulau Betong, di sini, 4 Mac lalu.
    Menurutnya, hingga kini penduduk kampung masih bercakap mengenai kegagalannya menyediakan sajian istimewa iaitu nasi hujan panas yang sepatutnya dihidangkan untuk rombongan keluarga pengantin perempuan yang tiba dengan sebuah bas.

    Md Saad berkata, dia kesal dan kecewa dengan tindakan pemimpin parti pembangkang Kampung Terang yang sanggup melarikan periuk nasi ketika majlis kenduri itu tanpa berjumpa dengannya terlebih dulu.
    "Saya difahamkan, mereka mengambil nasi terbabit untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang untuk satu program anjuran kerajaan negeri di kampung ini.

    "Mereka melarikan periuk berisi nasi itu menggunakan sebuah lori yang siap menunggu," katanya yang ditemui di sini, semalam.

    Warga emas itu berkata, ketika itu dia bersama isteri dan ahli keluarga lain sibuk melayan tetamu apabila dimaklumkan tukang masak bahawa satu periuk nasi dilarikan lelaki berkenaan.
    "Keadaan menjadi kelam kabut dan saya serta isteri bergegas ke dapur. Keadaan menjadi kecoh kerana tiada nasi boleh diganti untuk dihidangkan kepada tetamu.

    "Ketika itu juga rombongan keluarga pengantin perempuan terdiri daripada 50 orang tiba dengan sebuah bas dan saya kecewa apabila mereka terpaksa pulang dalam keadaan lapar," katanya.
    "Sikap pemimpin parti itu menunjukkan dia hanya mementingkan diri tanpa memikirkan perasaan orang lain menyebabkan majlis kenduri yang dirancang dengan baik menjadi kelam kabut," katanya.

    Menurutnya, dia kemudian bertemu dengan pemimpin berkenaan untuk meminta kepastian berhubung tindakannya melarikan periuk nasi itu.

    "Ketika bertemu dengannya, dia meminta maaf dan mengakui kesalahannya kerana mendakwa nasi yang dimasak di lokasi mereka melakukan program ketika itu mentah, biarpun sudah dua kali masak.

    "Dia mendakwa terpaksa mengambil nasi di rumah saya untuk memastikan program yang dilaksanakan berjalan lancar," katanya.

    Md Saad yang tidak berpuas hati dan rasa dirinya dimalukan pemimpin berkenaan membuat laporan di Balai Polis Balik Pulau, kelmarin.

    sumber : myMetro

    Irfan leka tengok burung

    Posted: 15 Mar 2012 06:15 PM PDT


    KUALA LUMPUR: "Kali terakhir saya melihatnya, dia leka memerhatikan burung dan saya pula sibuk melayan dua abangnya yang menangis ingin menaiki buaian.
    "Bila nak balik, baru kami sedar dia tiada. Puas kami mencarinya, tapi tak jumpa," kata Nurazura Ahmad, 27, ibu kepada Irfan Danish Rosdi berusia dua tahun yang ditemui lemas di Tasik Titiwangsa, di sini pagi semalam.

    Menurut Nurazura, semasa berkelah di pinggir tasik itu kira-kira jam 6.30 petang kelmarin, dia terpaksa menarik anak bongsunya itu dua kali kerana berada terlalu dekat dengan air.


    "Dua abangnya sibuk bermain di taman permainan tapi dia lebih tertarik melihat tasik dan saya terpaksa menariknya dua kali kerana dia berdiri terlalu dekat air," katanya.

    Mayat Irfan ditemui seorang pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di tasik berkenaan kira-kira jam 7.30 pagi semalam. Nurazura membuat laporan polis mengenai kehilangan Irfan jam 7 malam kelmarin tanpa mengetahui anaknya jatuh ke dalam tasik. Menurut Nurazura yang menetap di Kluang, Johor, dia dan tiga anak lelaki yang berusia dua dan enam tahun termasuk Irfan berkunjung ke ibu negara dan berkelah di Taman Tasik Titiwangsa sempena cuti persekolahan.


    "Kami sekeluarga datang dari Kluang sejak Ahad lalu untuk melawat saudara di sini selain bercuti sempena cuti sekolah dan semalam (kelmarin) kami ke Tasik Titiwangsa bersama keluarga ipar saya untuk berkelah.



    "Suami saya tak datang kerana bekerja. Selain saya empat beranak, kami ke Tasik Titiwangsa bersama kakak dan abang ipar saya serta tiga anak mereka," katanya. Nurazura mengakui dia terlepas pandang Irfan kerana sibuk melayan kerenah dua lagi anaknya yang menangis ingin menaiki buaian ketika duduk di pondok disediakan berhampiran tasik itu.

    "Ketika saya sibuk melayan dua abangnya menangis nak naik buaian, saya perhatikan Irfan leka melihat burung dan itulah kali terakhir saya melihatnya," katanya.


    Nurazura diberitahu mengenai penemuan mayat anaknya selepas dihubungi polis pagi semalam dan diminta datang ke tasik untuk membuat pengecaman.

    Dia kemudian bergegas ke lokasi penemuan Irfan bersama kakak iparnya dan hanya mampu menangis sebaik melihat sendiri jasad anak bongsunya terapung dalam keadaan tertiarap di gigi air.


    Difahamkan, sebelah selipar kanak-kanak itu turut ditemui di tebing tasik berkenaan, manakala sebelah lagi terapung di permukaan air.



    sumber : myMetro

    Mati berdiri dihimpit lori

    Posted: 15 Mar 2012 06:00 PM PDT


    KUALA LIPIS: Akibat dipercayai gagal menarik brek tangan, seorang pemandu lori hantu terpaksa menempuh azab hampir setengah jam sebelum disahkan meninggal dunia apabila tersepit antara pintu lorinya dengan sebatang pokok sawit dalam kejadian di Ladang Sungai Kelembung, Jalan Felda Telang Satu, di sini, kelmarin.
    Dalam kejadian pada jam 2.20 petang itu, mangsa, Lau Hon Yong, 53, dari Mantin, Negeri Sembilan menemui ajal di tempat kejadian selepas kepala dan perutnya tersepit.
    Difahamkan, ketika kejadian, mangsa sedang membaiki kerosakan kenderaan berat berkenaan tanpa menyedari lori itu bergerak sendiri secara perlahan dan hanya terhenti selepas menghimpit mangsa yang ketika itu tersandar di batang pokok sawit berdekatan.

    Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu disedari pekerja ladang yang mendengar jeritan mangsa sebelum menghubungi Balai Polis Trafik Lipis.



    Menurutnya, sepasukan anggota polis dengan bantuan orang awam mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit antara pintu lori dengan pokok sawit berkenaan.



    sumber : myMetro

    Aaron Aziz naik angin

    Posted: 15 Mar 2012 05:45 PM PDT


    PETALING JAYA: "Memang saya marah dengan perbuatan lelaki ini dan tidak akan teragak-agak membuat laporan polis," kata pelakon, Aaron Aziz, selepas mendapati ada individu menyamar sebagai pembantu peribadinya dan menjual iPad menerusi akaun facebook yang menggunakan namanya.
    Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 36, berkata, dia juga merancang menfailkan saman terhadap lelaki terbabit yang turut membuka akaun facebook palsu atas namanya dan menggunakan laman itu untuk memperdaya peminat serta menggelapkan wang mereka. 
    Menurutnya, dia mengesan perbuatan individu terbabit yang mendakwanya menjual 50 unit iPad pada harga murah khas untuk peminat dan mereka yang berminat dengan tawaran itu perlu meninggalkan nama dan nombor telefon dalam peti masuk pesanan selepas diberitahu isterinya, Diyana Halik, 27, kelmarin.

    "Isteri saya memaklumkan ada seorang wanita menghubunginya pagi semalam (kelmarin) dan memberitahu menjadi mangsa penipuan lelaki yang menyamar sebagai pembantu peribadi saya dan menjual iPad di laman facebook," katanya ketika dihubungi, semalam.



    Aaron berkata, dia terkejut kerana tidak sangka ada individu menyamar sebagai pembantu peribadinya dan kononnya menjual iPad bagi pihak dirinya.



    sumber : myMetro

    Lelaki yang mengalami krisis identiti dihalau dari perpustakaan universiti

    Posted: 15 Mar 2012 05:30 PM PDT






    kejadian ini berlaku di Perpustakaan Universiti Jingxian China

    Suami terkejut pelacur yang dilangganinya isterinya sendiri

    Posted: 15 Mar 2012 05:15 PM PDT

    WARSAW - Seorang lelaki hidung belang terperanjat di sebuah pelacuran kerana sang pelacur yang hendak disewa ternyata isterinya sendiri?

    Seperti dikutip Reuters, lelaki tersebut benar-benar terkejut setelah membuka pintu bilik pelacuran. Bagaimana tidak, seorang wanita seksi yang tengah duduk di atas ranjang adalah isterinya sendiri.

    "Saya sungguh tercengang! Saya berfikir saya sedang bermimpi," ujarnya kepada suratkhabar setempat.

    Selama ini, lelaki itu tak pernah menyangka isterinya bekerja sebagai penjaja seks komersial. Sepengetahuan dia, isterinya bekerja sebagai kpekerja di salah satu kedai di pusat kota. "Isteri saya pernah minta izin kerja untuk mendapat penghasilan tambahan sebagai pekerja kedai," tuturnya.

    Akibat insiden memalukan itu, pasangan yang telah 14 tahun menikah itu pun akhirnya memutuskan untuk bercerai. Kini, mereka pun menjalani hidup masing-masing. Tak ada yang tahu, apakah perceraian itu menciptakan hubungan baru sebagai pelanggan dan pelayan seks?

    Sebab pakai tali pinggang keledar itu penting

    Posted: 15 Mar 2012 05:00 PM PDT

    sumber gambar : unic77.tk

    Melihat kecederaan pemandu ini sungguh mengerikan dan disebabkan
    inilah kenapa pakai tali pinggang keledar itu sangat penting.Kecederaan yang di alami
    memang sungguh dahsyat...


    Adakah anda segila awek ni?

    Posted: 15 Mar 2012 04:45 PM PDT

    Awek ni betul-betul gila..dia begitu fsnatik dengan pokemon.Segala barangan yang berkaitan dengan pokemon di kumpulnya.Bahkan kereta Volkswagon Beattlenya juga dihias dengan POKEMON.Cuba lihat gambar di bawah ini :
    Hardcore_Pokemon_Fan_Ever_13
    Hardcore_Pokemon_Fan_Ever_16
    Hardcore_Pokemon_Fan_Ever_12
    Hardcore_Pokemon_Fan_Ever_8
    Hardcore_Pokemon_Fan_Ever_5
    Hardcore_Pokemon_Fan_Ever_17
    Hardcore_Pokemon_Fan_Ever_18

    Inilah Mulut Tiruan yang Boleh Bercakap

    Posted: 15 Mar 2012 04:30 PM PDT


    INILAH.COM. Jepun – Mulut ini bukan betul. Tapi boleh bercakap seperti mulut manusia.

    Profesor Sawada dari Universiti Kawaga, Jepun menciptakan robot mulut yang boleh bercakap. Ia mempertunjukan hasil karyanya itu pada pameran Robotech 2011, baru-baru ini.

    Robot buatannya tidak hanya menghasilkan suara yang diputar dari hasil rakaman, melainkan juga menciptakan gerak mulut yang alami, seperti mulut manusia.

    Robot ini boleh melakukan gerak mulut berdasarkan suaranya, kerana dibuat dari organ tiruan yang dibangun di dalamnya. Organ tiruan itu antara lain paru-paru, tenggorokan, serta sistem pita suara tiruan.

    Saat ini, robot ciptaannya baru berbentuk mulut saja, jadi agak menyeramkan. Menurut ubergizmo, hasil akhir robot ini adalah figure wajah . Mungkin akan bagus jika robot mulut ini dipadukan dengan robot Showa Hanako 2.

    Daisy pengadil wanita termuda didunia

    Posted: 15 Mar 2012 04:15 PM PDT

    Daisy dari Somerset, Inggris dinyatakan sebagai pengadil bola sepak wanita yang paling muda di dunia menurut Guinness. Daisy yang mendukung Championship Inggris dari sisi Watford, menerima kelayakan level 9 dari Persatuan Bola sepak di hari ulang tahunnya tahun ini. Daisy telah melakukan kursus pelatihan dua minggu untuk total 16 jam sebagai persyaratan untuk memimpin pertandingan dan-pertandingan itu pertandingan bolasepak dibawah usia 11 tahun. Daisy juga harus lulus ujian pilihan ganda sebelum melakukan tujian pratikal yang melibatkan analisa sebuah pertandingan di DVD.
    Di pertandingan pertamanya sebagai wasit FA yang cakap atau memiliki kelayakan, Daisy memberikan sebuah penalti kepada musuh pasukan sekolahnya sendiri. "Aku tertarik dengan bolasepak ketika berusia 10 tahun dan pindah dari sekolah khusus perempuan ke sekolah dasar (sekolah campuran ). Lalu aku memutuskan untuk mengambil (pelatihan) pengadil kerana aku berfikir hal itu bakal mengembangkan seluruh mentalitasku terhadap pertandingan-pertandingan dan membuatku menjadi pemain yang lebih baik. Teman-temanku ok-ok saja dengan itu kerana mereka tahu aku orang yang mahir olah raga. Bahkan beberapa temanku bangga terhadap aku," ujar Daisy.
    Daisy yang bermain untuk Bishop"s Lydeard , berharap dirinya boleh menjadi pengadil untuk orang dewasa dan menjadikannya sebagai pekerjaan part-time ketika dirinya berusia 16 tahun. Pengadil yang lulus ujian atau berkelayakan di Inggris sendiri ada sekitar 25.502 orang dimana hanya ada 407 pengadil perempuan disana.

    Aneh.. Ada Anak Kucing Mirip Anjing

    Posted: 15 Mar 2012 04:00 PM PDT

    IkadaNews - Seekor kucing di Yangshan,Daerah Jiangsu, China Timur,  menjadi terkenal setelah ia melahirkan seekor anak yang mirip anak anjing.

    Pemilik kucing tersebut, Zhou Yun, mengatakan pada awal April kelmarin kucingnya tersebut melahirkan dua anak. Namun seekor anaknya mati.

    Kemudian satu ekor anaknya lagi setelah Zhou perhatikan, menyerupai anak seekor anjing.

    "Saya baru menyedari kalau anak kucing saya yang masih hidup ini memiliki wajah yang menyerupai anak anjing," ujar Zhou.

    Seperti yang dikutip dari Orange, Lai Xiaoyun, Ketua Klinik Haiwan Pemerintah, mendatangi rumah Zhou dan memeriksa anak kucing yang menyerupai anjing itu.

    "Kucing dan anjing adalah dua spesies yang berbeda sehingga tidak mungkin untuk memiliki keturunan bersama," ujar Lai.

    sumber : http://international.okezone.com/

    Gadis Termuda Yang Sudah Mendapati Tali Pinggang Hitam

    Posted: 15 Mar 2012 11:00 AM PDT


    Itulah foto nyata: gadis 5 th (sekarang tujuh,) pemegang tali pinggang hitam perempuan termuda di dunia , memberikan jumpkick ke mulut seorang lelaki dewasa , mungkin setelah ia berfikir bahawa dengan satu pukulan ia akan terlihat lebih manis ..


    Ini Varsha Vinod dari Purakkad, India
    Varsha mulai berlatih bela diri seninya di usia dua tahun, Dia juga master dalam menggunakan beberapa senjata mematikan , termasuk tongkat yawara, nunchaku, dan ll.

    Foto Pre Wedding Menyeramkan!! Saat Pose Diserang Oleh Hantu Menakutkan

    Posted: 15 Mar 2012 10:30 AM PDT

    Momen foto Pre Wedding merupakan suatu hal yang penting diabadikan diawal proses menjelang pernikahan, dan diabadikan sebagai sebuah momen monumental yang bererti dalam perjalanan hidup dimasa depan sebagai sebuah kenangan manis dalam pernikahan, oleh kerananya tidak jarang para pasangan membuat sebagus mungkin pose mereka dalam foto Pre Weddingnya

    Lain halnya dengan pasangan dari California Ameria Syarikat ini, pasangan Juliana Park dan Ben Lee membuat foto Pre Weddingnya menjadi begitu dramatik kala ada kehadiran seorang Zombie yang mengancam mereka dimana Zombie diperankan oleh teman mereka sendiri iaitu Jason Boesch dan di foto oleh fotografer Amanda Rynda.


    Boleh jadi maksud mereka adalah dalam pernikahan tidak jarang ada gangguan dan masalah namun dengan kebersamaan mereka boleh singkirkan halangan dan rintangan tadi seberat apapun (digambarkan oleh Zombie) yang menyeramkan, idea yang bagus.







    Kumbang Ini Memakan Katak Hidup-Hidup

    Posted: 15 Mar 2012 10:15 AM PDT

    Kumbang, pada umumnya memakan daun, buah, serangga kecil atau sejenisnya. Seramnya, kumbang ini memakan katak dan cicak.

     Kumbang Epomismen jadi predator bagi katak dan cicak yang  ukurannya jauh lebih besar. Menurut ilmuwan Tel Aviv University di Israel, kumbang biasanya memakan haiwan kecil seperti serangga, cacing atau haiwan bertulang  mati.


    Namun, menurut peneliti Gil Wizen, ketika ada 'kerabat' kumbang ini dimangsa cicak atau katak, kumbang ini akan membalas dendam dengan menyerang dan memangsa katak atau cicak itu.

     Kumbang ini termasuk fenomena luar biasa haiwan tak bertulang punggung yang memangsa haiwan bertulang punggung.Kumbang Epomis tak serta merta menyerang mangsanya.

     Peneliti menemukan, kumbang ini akan mendekatkan diri dengan mangsanya terlebih dahulu sebelum akhirnya menyerangnya di malam hari. Ketika menyerang, kumbang ini akan menggigit punggung korban dan menusuknya hingga lumpuh.

     Saat itulah kumbang Epomis memakan korbannya secara perlahan. Seperti dikutip discovery, kumbang ini perlu beberapa jam untuk menghabiskan 'santapannya' itu.

     Beikut ini videonya :