Adsense

Khamis, 5 April 2012

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Gambar Proton Preve Ekslusif sebelum Hari Perlancaran 2012 tersebar!

Posted: 05 Apr 2012 06:23 AM PDT

Proton Preve mempunyai 3 color iaitu Biru, Putih, Merah dan Kuning. Perlancaran Proton Preve pada 16 April 2012 yang sudah tersedia dimaklumkan dimana Proton akan melancarkan Model Proton terbaru digelar Proton Preve. Apa yang menariknya kami disini ingin berkongsi Gambar Ekslusif Proton Preve sebelum Hari Perlancaran. Rata rata mengatakan model proton terbaru ini memenuhi citarasa rakyat untuk membeli.

Proton Preve - model baru yang akan dilancarkan PROTON Holdings Bhd pada 16 April 2012 ini bakal menjadi penanda aras bagi pengeluar kereta nasional itu dalam menetapkan standard dan kualiti dalam membangunkan produk baru pada masa depan.

Kereta yang direka serta dibangunkan sejajar keperluan perundangan dan peraturan automotif global itu juga bakal memperbetulkan persepsi serta pandangan negatif umum terhadap spesifikasi dan kualiti kereta keluaran PROTON Holdings sebelum ini.

Sedan baru PROTON yang akan merapatkan jurang segmen di antara model Persona dan Inspira, serta akan bersaing dalam kelas sama dengan Toyota Corolla Altis, Honda Civic 1.8 liter dan Kia Forte itu juga disasarkan mengukuhkan pasaran eksport pengeluar kereta nasional itu.

Jom lihat gambar ekslusif dari Prototype sehinggalah dihari perlancaran Proton Preve.









Pengarah Urusan PROTON Holdings, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, beliau yakin PROTON Preve akan membuka lembaran baru buat syarikat kereta nasional itu dalam memasarkan produk yang menepati semua cita rasa pasaran.