Adsense

Khamis, 5 April 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


IAMNEETA Kini Artis Baru NAR Records

Posted: 05 Apr 2012 07:58 PM PDT

IAMNEETA Kini Artis Baru NAR Records

Setelah berjaya mencungkil bakat Najwa Latif melalui youtube, NAR Records Sdn Bhd kini maju setapak lagi dengan menandatangani kontrak artis baru syarikat rakaman tersebut.Artis baru yang dimaksudkan itu adalah kumpulan iamneeta

Baru-baru ini, Kumpulan iamneeta telah di lamar oleh syarikat rakaman NAR Records Sdn Bhd untuk menjadi artis di bawah naungan syarikat itu.Kumpulan iamneeta bertuah dapat bernaung bersama-sama artis2 NAR Records Sdn Bhd yang lain seperti Mimie Haris dan Najwa Latif.

Bakat iamneeta juga dikesan melalui laman social youtube apabila video-video nyanyian mereka menarik perhatian pihak NAR.Kumpulan yang dianggotai oleh 3 anak muda ini terdiri dari Neeta selaku vokalis serta anas dan Patrick selaku gitaris .Single pertama kumpulan ini berjudul "Tuhan Tolong Aku" akan dilancarkan tidak lama lagi.

Kumpulan iamneeta mendapat sambutan baik dari peminat ketika siri jelajah sahabat lalu,meskipun single mereka belum di lancarkan,kumpulan ini telah banyak menerima undangan nyanyian di sekitar kuala lumpur dan di seluruh negara .

Satu kelebihan kumpulan iamneeta ini adalah vokalis utamanya Neeta merupakan gadis kacukan Cina, India dan Thailand yang begitu fasih berbahasa melayu, selain itu juga Neeta juga fasih berbahasa inggeris dan mandarin.Jesteru itu kumpuan iamneeta mempunyai kelainan dari kumpulan-kumpulan yang lain. Kumpulan iamneeta juga mempunyai bakat dalam penulisan lagu, ini kerana single pertama mereka "Tuhan Tolong Aku" hasil tulisan gitaris mereka Patrick.

Menurut kumpulan iamaneeta single ini sangat bermakna mereka, selain dapat merealisasikan cita-cita untuk merakam lagu mereka sendiri. Ia juga adalah juga hadiah buat para peminat yang telah lama menantikan singlenya sendiri dan telah lama menyokong beliau dalam bidang seni. Single "Tuahn Tolong Aku" akan di jangka keluar pada bulan April 2012.Jesteru itu mereka berharap single ini mendapat sambutan baik pendengar dan stesen-stesen radiom tempatan.

Laman Sosial:
Facebook Fanpages: iamneeta
Twitter : @iamneeta3
youtube : www.youtube.com/iamneeta

NAR Records Sdn Bhd
NAR Records Sdn Bhd adalah satu-satunya syarikat rakaman bumiputra yang telah melahirkan ramai artis seperti Exists,Siti Sarah,Farah Dhiya,Jin Bara,Deja Moss dan ramai lagi.Pada tahun 2010 NAR Records mengorak langkah dengan memcari artis-artis baru untuk bernaung di bawah syarikat ini.Antara muka baru yang telah bernaung di bawah NAR ialah Mimie Haris,Kumpulan FBO dan Najwa Latif.

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Najwa Latif Promote Rakan Youtube di Jelajah Sahabat
  • Gambar Nubhan di Majlis Menandatangani Kontrak Maestro Records & Talents & Artiste United Records
  • Mimie Haris Rakam Single Terbaru Kakiku Kaku
  • Najwa Latif Artis Youtube Paling Muda di Malaysia
  • List Winner 54th Annual GRAMMY Awards
  • Refleksi Orkestra Catat Malaysia Book Of Records
  • Gambar Juliana Banos di Anugerah Industri Muzik 1998
  • Ajai dan Liza Ilyas Kahwin Julai 2008?
  • Yuni Shara, Kakak Kris Dayanti Bawa Lagu Melly Goeslow
  • Melanie Amaro Winner Of The X Factor
  • Feel Good Run 2012 Batalkan Larian Bersama Haiwan Peliharaan

    Posted: 05 Apr 2012 07:50 PM PDT

    Pihak penganjur Feel Good Run 2012 ingin memohon maaf kepada orang ramai kerana terpaksa melupakan rancangan awalnya untuk memperkenalkan larian yang memberi ruang kepada pemilik haiwan untuk berlari bersama haiwan peliharaan mereka di dalam larian amal yang bakal berlangsung pada 8 Julai nanti di Sri Pentas, Bandar Utama.

    ntv7

    Mengambil kira nasihat dan maklum balas daripada pelbagai pihak berkenaan soal keselamatan dan sebarang kebarangkalian terhadap pelari dan haiwan, pihak jawatankuasa terpaksa mengambil keputusan untuk membatalkan rancangan itu bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. "Kami telah pelajari daripada pelbagai larian yang sedia ada bahawa aspek keselamatan adalah yang paling terpenting daripada semua aspek. Pasukan kami tentunya memerlukan lebih masa persediaan dan latihan untuk benar-benar lengkap dan bersedia kerana ini merupakan sesuatu yang baru buat kami," kata Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV.

    "Kami sentiasa cuba untuk memberikan para pelari sebuah pengalaman yang penuh ceria dan kami percaya peraturan sebegini amat penting di dalam mana-mana jua acara larian yang lain," tambah Airin.

    Walaupun keputusan untuk membatalkan larian bersama haiwan telah dibuat, namun pihak penganjur akan tetap memastikan pelbagai perkara menarik bakal menanti mereka pada 8 Julai ini.

    Sementara itu, jumlah penyertaan sehingga kini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan sejak dibuka pada 21 Mac dan bagi pelari yang benar-benar berminat adalah digalakkan untuk melakukannya dengan kadar segera sebelum tarikh tutupnya pada 1 Jun.

    Penyertaan boleh dilakukan secara online di laman sesawang rasmi Feel Good Run di www.ntv7.com.my/feelgoodrun, manakala penyertaan secara manual pula boleh dilakukan di:

    • Federal Territory Amateur Athletic Association (FTAAA), Level 2C, Multipurpose Hall, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat 50150, Kuala Lumpur
    • Twenty First Century Sports (M) Sdn Bhd, No 51 Jln SS 18/6, 47500 Subang Jaya

    Peserta yang berminat juga boleh mengajukan sebarang kemusykilan mereka melalui emel ke feelgoodrun@ntv7.com.my atau hubungi talian Hooha.Asia 03-56373821 untuk keterangan lanjut.

    Penganjuran Feel Good Run buat julung kalinya pada tahun lepas adalah bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-13 stesen ntv7 dan bertujuan untuk menyebarkan keseronokan bersama keluarga dan rakan taulan di samping bergembira dan kekal cergas. Untuk maklumat lanjut mengenai acara larian ini, layari www.ntv7.com.my/feelgoodrun.

    ntv7

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Feel Good Run 2012
  • Raja Azura, Azfar OIAM, Ikhwan Hotfm Dalam Friskies… Meow Belai Si Comel
  • Gambar Sekitar Feel Good Run NTV7 2011
  • ntv7 anjurkan Larian Amal Feel Good Run 2011
  • Feel Good Run Larian Ceria Buat Semua
  • Syadhia Hos Haiwan Teladan 3
  • Artis Meriahkan Larian Amal Feel Good Run
  • Sinopsis Filem Zoo
  • Jom Lari Bersama Selebriti di Feel Good Run ntv7
  • Gambar Dayang Nurfaizah @ 10th Anniversary NTV7 Feel Good Channel