Adsense

Isnin, 9 Julai 2012

Celebrity News

Celebrity News


Gempar :Gambar Kejadian Amuk Pasangan Suami Isteri Di JPM Putrajaya Hari Ini

Posted: 09 Jul 2012 07:28 AM PDT

Hari ini kecoh mengenai pasangan suami isteri menyerang Jabatan Perdana Meteri (JPM) di Putrajaya, dan menurut berita yang ZoOM baca pasangan tersebut ditembak kerana bertindak ganas.


Dan menurut info akhbar Utusan adalah akhbar yang pertama menyiarkan berita yang menggemparkan Putrajaya petang tadi.


Dan berikut adalah berita mengenai kejadian petang tadi :

Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.
Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.
Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.
Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.
Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.
Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali. – UTUSANPUTRAJAYA: Seorang masing-masing lelaki dan wanita dipercayai suami isteri ditahan polis selepas difahamkan mengamuk dan cuba mencederakan orang ramai yang lalu di Kompleks Kerajaan berhampiran Blok B1 Jabatan Perdana Menteri, di sini, hari ini. - Berita Harian



ZoOM: Nak serang Putrajaya !!!? tak kan dua orang je ? dan macam mana mereka terlepas masuk ? dan yang ZOOM dan orang diluar sana sedang fikir mengenai tembakan wanita terbabit bukannya sebelah kanan tetapi sebelah kiri.


Apa kata anda ?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!