Harian Metro: Rap |
Posted: 09 Jul 2012 07:08 AM PDT BERDARAH Arab Yemen (sebelah bapa) dan keturunan Jawa dari Istana Keraton (sebelah ibu), Betty Banafe memang penyanyi dan pelakon berdarah kacukan yang sentiasa meraih perhatian ramai lelaki yang ingin mendekati dirinya. Bukan saja sering dikaitkan dengan artis lelaki yang sama-sama berkecimpung dalam bidang hiburan tanah air, malah kawan baik kepada pelakon Zahida Rafik ini turut dikaitkan dengan golongan kenamaan (VIP). Malah, ketika Zahida meraih perhatian ramai kerana dakwaan hubungannya dengan orang kenamaan, baru-baru ini, Betty turut terkena tempias gosip liar membabitkan pelakon berdarah Pakistan itu. "Mungkin kerana wajah saya dan Zahida seiras, ramai yang fikir sayalah Zahida yang digosipkan dengan menteri itu sedangkan kami cuma berkawan baik sesama rakan artis.
"Saya akui sudah berpunya dan si dialah 'VIP' di hati saya sekarang. Justeru, kalau ada lelaki yang cuba nak 'tackle' saya, lupakanlah hasrat anda itu. "Buat masa ini, saya belum bersedia untuk mengulas lebih lanjut siapakah si dia yang bertakhta di hati ini. Tunggulah apabila tiba masa yang sesuai nanti. Saya tidak dapat komen lanjut sama ada si dia orang biasa ataupun berstatus VIP," katanya. Pada masa sama, Betty mengakui dia masih berkawan baik dengan bekas penyanyi vokalis Lefthanded, Nash yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini. "Saya dengan Abang Nash masih berhubung tapi bukanlah setiap hari. Bagi saya, abang Nash memang seorang lelaki yang baik, cuma kami tiada jodoh. Tidak mungkin kami akan menjalinkan hubungan cinta semula seperti dulu kerana banyak hati yang perlu dijaga," katanya. Bagaimanapun, kata Betty, keutamaannya sekarang adalah menjaga ibunya yang menghidap sakit jantung. "Saya agak menyepi dari bidang hiburan kerana sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru kerana menjaga ibu yang sakit. "Apabila ada kelapangan barulah saya memenuhi undangan berlakon dan anggota keluarga lain pula yang ambil alih menjaga ibu. Fokus saya memang pada ibu dan saya perlu sentiasa di sisinya," katanya. Betty ditemui pada majlis pelancaran telefilem Sugeh arahan Thorpe Ali terbitan Eeman Corporation Sdn Bhd di Seksyen 13, Shah Alam, baru-baru ini. Menyentuh wataknya dalam telefilem Sugeh pula, kata Betty, dia berlakon sebagai Lijah yang juga bekas kekasih Syaiful (lakonan DJ Pool) yang juga anak kepada Pak Hamid, orang kaya di kampung itu. "Saya tertarik berlakon dalam cerita ini kerana ia cerita bahasa Jawa yang julung kali dihasilkan di negara ini. Saya juga berpeluang berlakon dengan orang lama seperti penyanyi senior Herman Tino yang memegang watak sebagai abang saya dalam cerita ini. "Cabaran paling besar ialah saya kurang faham dialog dalam bahasa jawa yang dituturkan pelakon dalam cerita ini kerana saya berbahasa Jawa-Jodja, mereka pula Jawa-Malaysia. Apapun, semuanya berjalan lancar sepanjang penggambaran telefilem ini," katanya. Berkongsi pencapaiannya dalam bidang seni setakat ini, kata Betty, dia bersyukur tawaran berlakon tidak pernah putus sampai sekarang. "Saya mula terbabit dalam bidang seni sejak 1999 dan akan terus berlakon selagi ada tawaran. Kalau orang cakap bila saya nak menang trofi pula, ia bergantung soal rezeki daripada Tuhan. "Aktor terkenal Hans Isaac pun dapat trofi pertamanya selepas 12 tahun terbabit dalam bidang seni. Begitu juga dari segi watak, saya inginkan karakter yang pelakon lain tak boleh bawa kerana ia akan mencabar kredibiliti seseorang pelakon itu untuk menjadi yang lebih baik," katanya. Tidak ketinggalan, Betty akan muncul dengan single terbaru berjudul Kau Yang Ku Mahu yang juga genre pop dan diterbitkan bersama syarikat rakaman Universal. "Single ini sudah siap dan saya masih menunggu untuk diputarkan di stesen radio tempatan. Menyusul selepas ini, single yang juga lagu tema drama Pelesit lakonan saya yang disiarkan di Astro sebelum ini berjudul Naluri," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/09 |
Posted: 09 Jul 2012 06:38 AM PDT MERENUNG kembali kehidupannya yang lampau, membuatkan penyanyi lagu Madah Berhelah ini berasa amat bersyukur dengan kurniaan Yang Maha Esa kepadanya. Punya kerjaya nyanyian yang baik dan terus diterima peminat untuk tempoh 21 tahun, rasa kesyukuran berganda dirasakan Siti Roziana Zain (Ziana Zain), 44, dengan adanya suami yang penyayang, anak-anak, keluarga, rakan taulan serta peminat yang sentiasa memberi sokongan padu kepadanya. "Hidup saya tidaklah terlalu mewah tetapi syukur alhamdulillah cukup semuanya. Dulu masa awal-awal menyanyi saya ingat lagi terpaksa naik teksi pergi 'show' tetapi dengan rezeki dalam bidang ini membolehkan saya mampu memiliki apa yang saya inginkan. "Tapi saya percaya untuk kekal seperti hari ini bukannya mudah. Kita harus jujur dengan apa yang kita lakukan selain bersungguh-sungguh. Ia perlu disertakan dengan sifat merendah diri, menghargai peminat dan barulah kita akan menjadi contoh yang baik kepada masyarakat.
Bertempat di sebuah hotel Kuala Selangor, Ziana bertemu dengan hampir 50 penduduk di sekitar daerah Kuala Selangor untuk berkongsi serta memperkenalkan produk berkenaan. Produk B.lift yang menjengah pasaran seminggu lalu, adalah jawapan kepada rahsia kecantikan dan kesihatan Ziana selama ini. Dengan kecanggihan teknologi yang terdapat di negara kita pada hari ini, Ziana hanya mengambil masa selama hampir enam bulan saja untuk merealisasikan impian itu. Majlis yang bermula pada jam 3.30 petang itu dimulakan dengan sesi perkongsian ilmiah mengenai produk serta kandungan produk B.lift oleh Ziana sendiri. Selama hampir setengah jam Ziana memperkatakan mengenai produknya, dia turut menjawab beberapa pertanyaan daripada tetamu yang hadir. Ziana turut mengadakan sedikit demonstrasi mengenai cara pengambilan produk B.lift dan rata-rata yang hadir memberikan respons cukup positif. Dalam majlis berlangsung selama hampir 3 jam itu, Ziana turut memperkenalkan seorang testimoni yakni antara pengguna terawal produk B.lift untuk sama-sama berkongsi mengenai keberkesanan produk ini, Puan Hajah Hashimah Abd Wahab yang berusia awal 50-an dan berstatus isteri, ibu dan nenek serta masih bekerjaya. Bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai produk ini, orang ramai boleh melayari www.zianazain.com dan www.facebook.com/zianazainventures. Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/09 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |