Kosmo Online - Hiburan |
Tak kisah digelar Raja Filem Seram Posted: Tak kisah digelar Raja Filem SeramDUA tahun menyepi dari dunia seni tidak bermakna pengarah muda yang diberi nama Mohd. Pierre Andre Nazarul Andre atau nama komersialnya Pierre Andre telah berputus asa dari dunia hiburan tempatan. Menurut Pierre Andre atau lebih mesra disapa sebagai Pierre, selepas krisis yang melanda dirinya bersama penerbit Metrowealth Movies (MIG), David Teo kira-kira dua tahun lalu, dia mengakui pernah berasa kecewa , lantas nekad ingin bersara dari industri hiburan. "Dulu, saya terlalu banyak memberi sehingga tiada apa-apa yang tinggal untuk saya. Jadi, kali ini saya tenangkan diri untuk mencari idea selepas berlakunya konflik tersebut. Saya akui saya pernah kecewa dengan industri ini, dan saya berfikir mahu memulakan perniagaan. "Sepanjang tempoh dua tahun itu, saya kerap berulang-alik ke Indonesia dan Kuala Lumpur. Malah, saya sempat berlakon filem serta berkenalan dengan pengkarya-pengkarya dan juga pernah ditawarkan untuk menjadi artis di sana," ujar Pierre yang pernah berlakon dalam filem Indonesia arahan Rako Prijanto yang berjudul Krazy Crazy Krezy pada tahun 2009. Pierre juga mengakui pernah ditawarkan untuk menjadi artis di bawah naungan beberapa produksi filem di Indonesia, namun kerana masih ingin menabur bakat di negara sendiri, dia berazam ingin meneruskan karier sebagai penggiat seni di sini. "Masalahnya, jika saya ingin menjadi pelakon di bawah syarikat produksi di sana, saya harus menjadi warganegara Indonesia dan tinggal di sana. Jadi, saya tidak mahu mengambil keputusan itu kerana saya mahu menjadi penggiat karya di Malaysia. "Saya akui ada yang mengkritik tentang percakapan saya sebagai orang bukan Indonesia, mungkin lenggok bahasa saya aneh bagi penonton di sana. Bagi saya itu perkara biasa," luah Pierre yang ditemui semasa previu filem terbaharu arahannya, Al-Hijab, di e@ Curve, Damansara, Selangor baru-baru ini.
Badi Jangan Pandang Belakang Menjadi pengarah filem pada usia muda, tidak mengehadkan anak muda berusia 26 tahun ini untuk berkarya dalam satu genre filem sahaja. Antara filem yang pernah diarahnya termasuklah Jangan Pandang Belakang, Seru, Jangan Tegur, I'm Not Single dan 9 September. Walaupun pernah menggarap filem berunsur romantik komedi, namun kejayaan Pierre dilihat lebih 'menjadi' melalui hasil karya filem-filem seram arahannya. Membicarakan mengenai kejayaan dua filem seramnya sebelum ini iaitu Jangan Pandang Belakang dan Jangan Tegur, diusik andai dia rela digelar dengan gelaran 'Raja Filem Seram', Pierre hanya tersenyum, namun dia mengakui bersyukur anda.i dia ditakdirkan meraih gelaran tersebut "Mungkin juga ia badi Jangan Pandang Belakang kerana sejak itu orang mula pandang saya sebagai 'muka hantu' atau sayalah penulis skrip dan lakon layar cerita-cerita seram. Saya akui, saya ingin menjadi pengarah yang versatil, dan ingin bikin macam-macam filem. "Cuma kadangkala, tidak dapat saya nafikan, walaupun ada genre lain yang saya hasilkan, ia tidak sehebat filem seram. Mungkin secara tidak sedar, saya lebih dekat dengan penulisan genre seram. "Dan jika suatu hari saya dilabelkan sebagai Raja Filem Seram, tidak mengapa, saya tidak kisah. Jika di Jepun, mereka ada Hideo Nakata yang terkenal dengan filem-filem seram seperti Dark Water dan The Ring, siapa tahu rezeki saya di sini kerana Malaysia masih belum mempunyai pengarah yang mendapat label sebegitu," jelasnya yang juga menyebut Hideo Nakata menjadi idolanya.
Bicara Pierre, banyak yang perlu dipelajarinya dan menganggap empunya diri masih anak-anak kecil yang masih perlu mencari ilmu. Menurutnya lagi, kematangan akan datang dari pengalaman yang dilalui sendiri selama ini. "Ia adalah jalan terbaik untuk mempraktikkan skil bagi menjadi pengarah yang baik," ujarnya. Tekanan Setelah dua tahun menyepi, Pierre kini kembali memilih genre seram menerusi Al-Hijab dan katanya ia juga bagai mengingatkan kembali penonton bahawa Pierre masih berada dalam industri dan kini kembali berkarya. "Saya memilih genre seram kerana umum telah kenali saya dengan Jangan Pandang Belakang. Jadi, dari situ saya ingin kejutkan semula peminat filem tempatan untuk kembali mengingati saya yang dulu. "Selain itu, saya ada juga rancangan untuk bikin filem-filem aksi namun kini saya beri peluang kepada diri saya untuk membina nama dalam industri ini dengan apa yang saya pernah atau berjaya lakukan," jelasnya. Mengakui tertekan sepanjang membikin Al-Hijab kerana harapan besar yang diletakkan oleh penonton terhadapnya selepas sukses menerusi Jangan Pandang Belakang dan Jangan Tegur, ungkap Pierre: "Saya mengambil ia sebagai satu cabaran dan tidak menganggap ia sebagai bebanan yang berat." | ||||
Posted: Anna ada lima bekas kekasih
PELAKON jelita Anna Faris mengakui dia meniduri lima lelaki yang berlainan sebelum akhirnya berkahwin dengan suaminya sekarang ini, aktor Chris Pratt pada tahun 2009. Jangan silap faham. Apa yang dimaksudkan oleh aktres yang mencipta nama menerusi siri filem Scary Movie itu adalah dia telah menjalinkan hubungan dengan lima lelaki tersebut sepanjang kehidupan bujangnya. Bercakap pada majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya, What's Your Number? di Los Angeles baru-baru ini, kata Anna: "Saya pernah membuat hubungan (cinta) dengan lima lelaki sahaja sebelum saya berkahwin dengan Chris (Pratt). Tambahnya: "Umur saya kini 34 tahun! Jumlah itu agak sedikit bukan?" Menurutnya lagi yang pernah berkahwin dengan aktor Ben Indra, dia mengetahui Chris merupakan pilihan yang tepat untuk menjadi suaminya selepas mereka bersua di set penggambaran filem Take Me Home Tonight pada tahun 2007. Katanya: "Saya tahu Chris pilihan yang tepat untuk menjadi suami saya sejak kali pertama bersua dengannya. Saya cukup bahagia menjadi isterinya. Dia sangat prihatin tentang diri saya. Sukar mahu bertemu dengan lelaki sepertinya di Los Angeles." | ||||
Misteri wang hantaran Noraniza Posted: Misteri wang hantaran NoranizaOleh NASRI JAMALUDIN dan
DUA kali gagal dalam perkahwinan tidak mematahkan semangat figura tersohor lagu-lagu etnik, Noraniza Idris, 43, untuk kembali melayari kehidupan berumah tangga. Meskipun keputusan untuk menamatkan kehidupan sebagai ibu tunggal kepada dua anak bukan sesuatu yang mudah, namun jauh di sudut hatinya masih membuka ruang untuk golongan lelaki sekali gus kembali bergelar isteri. Tanggal 29 September lepas, bertempat di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru menjadi bukti apabila jiwa wanitanya berjaya 'dicuri' seorang usahawan dan juga bilal, Jeffri Hudi, 52. Warga Singapura itu yang merupakan duda beranak empat sah bergelar suami kepada Noraniza hanya dengan sekali lafaz. Upacara bersejarah itu turut disaksikan anak kedua-dua pasangan, keluarga terdekat dan orang ramai termasuk peminat yang hadir pada majlis yang diadakan secara terbuka itu. Pasangan tersebut yang mula berkenalan tahun lalu dinikahkan oleh Naib Kadi Johor Bahru, Abu Bakar Watak pada pukul 2.45 petang dengan mas kahwin berupa senaskhah al-Quran. Pihak lelaki memberi lima dulang hantaran berupa sirih junjung, alat solek, telekung, sejadah dan cincin dibalas tujuh dulang daripada pihak Noraniza iaitu sirih junjung, senaskhah tafsir al-Quran, songkok serta kain pelekat, minyak wangi, sejadah, tasbih dan cincin. Kedua-dua mempelai anggun mengenakan busana berwarna putih mutiara sedondon rekaan Eilla Faizshah dari Butik Busana Cinta@Ratu Cinta. Majlis akad nikah tersebut diadakan besar-besaran sempena Festival Kahwin-Kahwin Masyhur 1Malaysia Negeri Johor 2011 dan Noraniza dan suami pula disandingkan dua hari kemudian di lokasi sama. Noraniza adalah penganjurnya bersama Jabatan Pelancongan Negeri Johor, Gerakan Belia 4B, Tourism Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Johor, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, UDA Mall, Jabatan Kemajuan Orang Asli, Juwein e'zain Bridal Gallery, Pasific Arena Pte. Ltd. dan Adabi. Turut memeriahkan majlis 40 kanak-kanak kurang upaya dari Sekolah Pendidikan Khas Johor Bahru. Menyingkap kembali detik percintaan pasangan yang bertunang pada 22 April lalu itu berputik sejak setahun lalu ketika Noraniza membantu adiknya menjual kuih tart keju di bazar Ramadan di bandar raya ini. MAJLIS akad nikah dan persandingan Noraniza dan Jeffri berlangsung secara besar-besaran sempena Festival Kahwin-Kahwin Masyhur 1Malaysia Negeri Johor 2011. "Saya mempromosikan kuih tart keju kepada Jeffri tanpa mengetahui dia tidak menggemarinya. Namun, Jeffri tertarik dengan cara saya mempromosikannya. "Sejak itu, mereka saling berhubung termasuk berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) malah Jeffri sering memberi doa serta surah al-Quran untuk diamalkan. Sikap yang peramah dan merendah diri telah membuka hati saya menerimanya," katanya ketika ditemui pada majlis akad nikah berkenaan. Noraniza yang kelihatan berseri-seri berkata, dia bersyukur dan gembira kerana majlis bersejarah itu berlangsung dengan lancar seperti mana yang dirancangkan. Namun, Noraniza atau mesra disapa Kak Ani yang hampir tiga tahun menjadi ibu tunggal itu bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah wang hantaran yang diterimanya kali ini, namun dia berdoa perkahwinannya tersebut adalah yang terakhir buatnya. Perkahwinan terakhir Luah Noraniza yang mengimpikan dua zuriat bersama Jeffri: "Saya dan anak-anak berdoa agar pernikahan ini adalah yang terakhir bagi saya. Saya juga berharap dapat hidup bahagia di sisi keluarga baharu ini. "Saya juga bersyukur kerana dua anak saya dan empat anak Jeffri bersikap terbuka dan merestui perkahwinan kami." Selepas berumah tangga, Noraniza akan tetap aktif dalam aktiviti seninya termasuk menguruskan bisnesnya. "Meskipun perlu membahagikan masa untuk suami dan anak-anak, ia bukanlah penghalang untuknya bergiat aktif dalam bidang seni," ujarnya yang memiliki dua anak teruna, Mohd. Alif Haiqal, 22, dan Mohd. Alfeeq Haiqal, 17, dari perkahwinan pertamanya dahulu. Sementara bagi Jeffri, dia sudah bersedia bergelar dan memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan suami kepada Noraniza. "Saya turut meminati bidang seni, jadi tidak ada masalah untuk Noraniza meneruskan aktiviti seninya. Saya juga sudah bersedia bergelar suami kepada isteri yang bergelar artis. "Pada masa sama, saya berharap para peminatnya mendoakan kebahagiaan kami berdua sekali gus dapat hidup bahagia hingga ke akhir hayat. "Saya sendiri tidak menyangka bahawa akan bertemu jodoh buat kali ketiga dan berharap perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat kami," tuturnya. Dalam pada itu, Jeffri yang juga merupakan seorang usahawan di Singapura turut gembira dan bersyukur dengan kelancaran majlis dan pihaknya akan mengadakan majlis kecil-kecilan di Kallang, Singapura bagi meraikan perkahwinan mereka. "Harapan saya semoga perkahwinan ini kekal dan bahagia sehingga akhir hayat kami dan saya juga tidak akan menghalang aktiviti seni isteri kerana itu merupakan minatnya," katanya lagi. Diiringi 20 buah kereta Sementara kelmarin pula di lokasi yang sama dengan upacara akad nikah, berlangsung majlis persandingan pengantin. Suasana kemeriahan bertambah dirasai dengan kehadiran Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang sudi mencemar duli ke majlis tersebut. Pasangan pengantin yang masing-masing mengenakan busana pengantin tajaan Juwein e'zain Bridal Gallery telah diiringi ke lokasi persaingan mereka itu dari kediaman rasmi mereka di M Suites Hotel dengan konvoi 20 buah kereta Proton Perdana dan 40 buah motosikal berkuasa besar dari Kelab Bikers Johor. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |