Adsense

Khamis, 10 Mei 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Gambar Honeymoon Fasha Sandha Dan Jejai Di Pulau Redang

Posted: 09 May 2012 10:52 PM PDT

Gambar Honeymoon Fasha Sandha Dan Jejai Di Pulau Redang
Fasha Sandha dan suaminya Jejai yang baru berkahwin pada 27 April 2012 yang lepas nampaknya memilih Pulau Redang di Terengganu sebagai lokasi berbulan madu diaorang.. Ternyata pilihan mereka berdua tidak silap kerana di Malaysia sendiri juga banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati.. Fasha Sanda dan Jejai yang baru pertama kali berkunjung Ke Pulau Redang nampak begitu bahagia dan gembira sekali dengan honeymoon mereka…

Fasha Sandha dan Jejai yang dikatakan menetap di 'The Taaras Beach & Spa Resort' nyata gembira dengan pilihan mereka untuk berhoneymoon di dalam Negara dengan menganggap dirinya sebagai wanita paling gembira didunia ini..

Subhanallah, cantiknya tempat ni. First time for both of us. Omg, cantik sgt….
Honeymoon di Malaysia adalah pilihan yg terbaik. Seriously, i am the happiest woman alive :)

Tanpa membuang masa lagi, jom kita tengok gambar berbulan madu Fasha Sandha dan Jejai di Pulau Redang kat bawah ni.. MyGosip harap kebahagiaan diaorang akan berkekalan sehingga ke anak cucu hendaknya…

Permohonan Maaf Secara Terbuka David Teo Mengenai Isu Bob Kuman

Posted: 09 May 2012 03:06 AM PDT

david teo permohonan maaf secara terbuka
Akhirnya David Teo telah membuat satu permohonan maaf secara terbuka akibat salah faham yang tecetus apabila sebelum ini David Teo seakan-akan mengelarkan Bob Kuman sebagai peminta sedekah di salah satu rancangan hiburan sebelum ini.. Akibat salah faham itu pihak David Teo telah meminta maaf dan menjelaskan secera terperinci mengenai hal itu..

Seperti biasa, David Teo sudahpun meminta maaf dan MyGosip harap sesiapa yang tersinggung dengan kenyataan David Teo sebelum ini dapat memafaakan dia.. Apa-apa pun korang baca la surat permohonan maaf David Teo kat bawah ni…

PERMOHONAN MAAF TERBUKA

Salam sejahtera,

Salam takziah saya buat seluruh keluarga dan sahabat handai arwah Bob Kuman (Husni Bin Mohd. Rawi). Pemergian beliau sememangnya satu kehilangan buat industri hiburan Malaysia. Saya sendiri terkejut apabila mendengar berita pemergian beliau namun kita sebagai manusia harus redha dengan segala ketentuan tuhan. Allahyarham sebelum ini banyak terlibat dalam produksi saya dan beliau sangat komited dengan segala kerja yang dilakukannya. Saya juga sangat menghormati beliau sebagai sahabat dan rakan kerja.

Di kesempatan ini, saya dari lubuk hati yang dalam memohon maaf daripada keluarga Allahyarham sekiranya ada kata-kata atau tindakan saya yang menyinggung perasaan mereka. Bukanlah niat saya untuk mencetuskan sebarang isu atau kontroversi.

Saya sedar kata-kata saya dalam rancangan Melodi bertarikh 22 April 2012 saya ada menyebut tentang sumbangan yang telah saya beri di Hospital Tawakal pada tahun 2010 semasa beliau sakit. Dalam kenyataan itu, saya ada menyebut "jika Bob Kuman perlukan sumbangan lebih, saya boleh sedekah". Di sini saya ingin menjelaskan bahawa kenyataan ini dikeluarkan semasa Arwah masih hidup, BUKANNYA setelah beliau meninggal. Penggunaan perkataan "sedekah" yang saya maksudkan adalah "derma atau sumbangan".

Apa yang saya faham, "sedekah" bukanlah sesuatu yang hina. Selalu kita dengar "senyum adalah satu sedekah" dan "sedekahkan al-Fatihah" jika ada orang meninggal dunia. Saya anggap perkataan ini sesuatu yang suci tetapi mungkin saya tersalah tafsir.

Saya sedar kata-kata saya ini telah menyinggung perasaan keluarga dan sebilangan masyarakat terutamanya peminat dan penyokong Arwah Bob Kuman. Percayalah, demi Tuhan saya langsung tidak terlintas niat di hati untuk menyakitkan hati mana-mana pihak sedangkan beliau telah saya anggap sebagai sahabat baik saya.

Saya sekali lagi memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki di atas kertelanjuran saya. Saya bukanlah insan sempurna yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Pengalaman ini akan saya jadikan pedoman untuk menempuh hari-hari yang mendatang dengan lebih berhati-hati.

Kepada semua rakan-rakan artis dan peminat, sama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham di-sana. Diharapkan permohonan maaf ikhlas ini dapat diterima dengan hati yang ikhlas juga.

Ikhlas,
David Teo