Adsense

Khamis, 10 Mei 2012

Celebrity News

Celebrity News


Sinopsis Filem 29 Februari

Posted: 10 May 2012 10:23 AM PDT

Lakonan Remy Ishak

Filem 29 Februari ini mengisahkan Budi yang dilahirkan pada tahun lompat, 29 Februari 1896 dan hanya dimakan usia empat tahun sekali. Fizikalnya yang kelihatan terbantut menyebabkan masyarakat menganggap kecacatan dialaminya sebagai sumpahan. Ia sebenarnya anugerah buat Budi yang melalui era transformasi Tanah Melayu kepada Malaya dan seterusnya Malaysia.

Kisah percintaan Budi dan Lily (Jojo Goh) melalui pelbagai cabaran serta dihalangi keluarga kerana perbezaan bangsa dan agama.

Filem 29 Februari terbitan KRU Studios menampilkan lakonan hebat Remy Ishak, Jojo Goh, Izzue Islam, Fizz Fairuz, Namron, Wan Hanafi Su dan Dian P Ramlee.



Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Gambar Terbaru Anak Harith Iskandar, Penyokong Liverpool !!

Posted: 09 May 2012 08:11 PM PDT


Ya, kami tahu anda kecewa. Tetapi, terimalah kekalahan Chelsea kepada Liverpool sebanyak 1-4 Ketika perlawanan di Liga Inggeris malam tadi dengan hati yang terbuka.
Foto terkini Zander Xayne Iskander yang kini berusia 2 bulan telah dikongsikan oleh peminat Harith Iskandar melalui kiriman email sebagai tanda menyambut kemenangan Liverpool.
Katanya, "Like Father, Like Son. Tapi saya suka foto ni sebab ada jersi Liverpool. Win habis!"
Benar, itu adalah satu ungkapan yang amat tepat untuk mengambarkan kecomelan anak milik Harith Iskandar yang dilahirkan pada 8 Mac 2012 lalu hasil perkahwinannya bersama Jezamine Lim.
Perkembangan terbaru, Harith Iskandar akan bergabung dengan Douglas Lim sempena persembahan Masterjoke Malaysia di bangunan Jaya One Petaling Jaya hari ini. Katanya, tiket sudah habis terjual. Ta
pi, pihak penganjur akan mengadakan sebuah lagi persembahan pada 23 Mei di lokasi yang sama. Dapatkan tiket secepat yang mungkin ya!
Sumber : OHBULAN

ZoOM : Alahai comelnya anak Harith Ni, nampak wajah Zander sebiji macam muka ayah dia kan...tetapi LIVERPOOL...Minta maaflah penyokong Liver ye ZoOM tak masuk...Apa-apa pun Pose yang menarik...
 

 
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Panas : Permohonan Maaf Terbuka David Teo Kepada Allahyarham Bob Kuman

Posted: 09 May 2012 08:01 PM PDT


Panas memang panas kerana perkataan yang dikeluarkan daripada mulut David Teo yakni "Sedekah", ia mengakibatkan beliau dikecam teruk dilaman blog malahan sahabat baik Allahyarham iaitu Apek turut terpanggil dengan apa yang berlaku.

Dan berikut permohonan maaaf terbuka David Teo mengenai isu ini :

Salam takziah saya buat seluruh keluarga dan sahabat handai arwah Bob Kuman (Husni Bin Mohd. Rawi). Pemergian beliau sememangnya satu kehilangan buat industri hiburan Malaysia. Saya sendiri terkejut apabila mendengar berita pemergian beliau namun kita sebagai manusia harus redha dengan segala ketentuan tuhan. Allahyarham sebelum ini banyak terlibat dalam produksi saya dan beliau sangat komited dengan segala kerja yang dilakukannya. Saya juga sangat menghormati beliau sebagai sahabat dan rakan kerja.

Di kesempatan ini, saya dari lubuk hati yang dalam memohon maaf daripada keluarga
Allahyarham sekiranya ada kata-kata atau tindakan saya yang menyinggung perasaan mereka. Bukanlah niat saya untuk mencetuskan sebarang isu atau kontroversi.

Saya sedar kata-kata saya dalam rancangan Melodi bertarikh 22 April 2012 saya ada menyebut tentang sumbangan yang telah saya beri di Hospital Tawakal pada tahun 2010 semasa beliau sakit. Dalam kenyataan itu, saya ada menyebut "jika Bob Kuman perlukan sumbangan lebih, saya boleh sedekah". Di sini saya ingin menjelaskan bahawa kenyataan ini dikeluarkan semasa Arwah masih hidup, BUKANNYA setelah beliau meninggal. Penggunaan perkataan "sedekah" yang saya maksudkan adalah "derma atau sumbangan".
Perkataan panas yang tersebar dilaman sosial diantara Apek dan David Teo

Apa yang saya faham, "sedekah" bukanlah sesuatu yang hina. Selalu kita dengar "senyum adalah satu sedekah" dan "sedekahkan al-Fatihah" jika ada orang meninggal dunia. Saya anggap perkataan ini sesuatu yang suci tetapi mungkin saya tersalah tafsir.

Saya sedar kata-kata saya ini telah menyinggung perasaan keluarga dan sebilangan masyarakat terutamanya peminat dan penyokong Arwah Bob Kuman. Percayalah, demi Tuhan saya langsung tidak terlintas niat di hati untuk menyakitkan hati mana-mana pihak sedangkan beliau telah saya anggap sebagai sahabat baik saya.

Saya sekali lagi memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki di atas kertelanjuran saya. Saya bukanlah insan sempurna yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Pengalaman ini akan saya jadikan pedoman untuk menempuh hari-hari yang mendatang dengan lebih berhati-hati.

Kepada semua rakan-rakan artis dan peminat, sama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham di-sana. Diharapkan permohonan maaf ikhlas ini dapat diterima dengan hati yang ikhlas juga.

Ikhlas,
David Teo

ZoOM : Sebentar lagi ZOoM akan post komen Apek mengenai isu panas ini !!!

Apa komen anda ?


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Berita Semasa :Penjelasan PDRM – Ibu kandung kejam pukul bayi sedang jalani hukuman penjara 18 bulan

Posted: 09 May 2012 07:50 PM PDT

STATUS VIDEO PENDERAAN BAYI :

Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.

Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.

Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Info : Link PDRM

ZOOM : Apa nak jadi dengan dunia sekarang ni..walaupun ia adalah kes lama namun ia membuatkan ramai pihak diluar sana tidak senang duduk melihat kekejaman si ibu yang tidak berperikemanusian.

APA KOMEN ANDA ?
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!