Adsense

Khamis, 10 Mei 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Chanel Boy

Posted: 10 May 2012 11:09 PM PDT

Jenama antarabangsa Chanel baru-baru ini telah pun menghasilkan keluaran tas tangan terbaru yang telah direka khas untuk lelaki yang diberi nama Chanel Boy. Chanel menampilkan rekaan kali ini  dengan tiga palet warna asas perfesyenan iaitu merah,putih dan hitam. Direka dengan bentuk yang ringkas tambah membuatkan tas tangan tersebut kelithatan begitu sofisikated dan element ranggi yang ditambah pada tas tangan tersebut lagi membuatkan tas tersebut kelihatan cukup WOW!

Tas tangan ini dihasilkan dalam tiga jenis bentuk berbeza. Bentuk yang kecil sekali digayakan sebagai dompet,manakala bentuk yang lebih besar digayakan sebagai tas tangan dan juga beg silang. Tas tangan rekaan Chanel ini bukan hanya boleh dipakai oleh lelaki namun wanita juga masih boleh menggayakan tas tangan tersebut dengan gaya tersendiri.

Tas tangan yang diilhamkan dari beg katrij ini pada asalnya dibuat untuk si pemburu namun telah direka semula untuk si pengemar fesyen. Pada anda si pengemar fesyen yang sentiasa inginkan kelainan dalam menatarias gaya anda, janganlah lepaskan peluang untuk memiliki satu daripada tas tangan keluaran Chanel ini. Tas tangan ini dijangka bakal tiba di butik-butik Chanel di Malaysia dalam bulan ogos 2012.

Konsert Jelajah Jason Mraz Di Malaysia Jun 2012, Yay!

Posted: 10 May 2012 12:20 AM PDT

Penantian sekian lama peminat Jason Mraz terjawab jua apabila sebuah konsert untuk jelajah album terbarunya, "Tour Is A Four Letter Word" akan diadakan pada 19 Jun 2012 bermula pukul 8:30 malam di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Penyanyi yang popular dengan lagu I'm Yours ini muncul di Malaysia pada tahun 2009 semasa jelajah konsert untuk album terdahulu.

Mix FM telah dilantik sebagai radio rasmi dengan didokong oleh rangkaian radio steten yang lain seperti Hitz FM, ERA dan My FM. Pendengar berpeluang untuk memenangi tiket konsert serta pertemuan eksklusif bersama penyanyi antarabangsa itu dalam sesi 'meet and greet'. Selain itu, sebuah sesi interview bersama Jason Mraz akan diadakan melalui telefon dan diumumkan sebaik sahaja mendapat kebenaran daripada pihak di Amerika Syarikat.

Peluang menangi pas backstage

8 pembeli tiket bertuah berpeluang mendapatkan pas backstage dan menemui Jason Mraz mengikut urutan pembelian seperti berikut, 200, 400, 800, 1000, 1200, 1400, dan 1600. Tiket telah mula dijual melalui AirAsiaRedTix mulai hari ini dengan harga permulaan Arena : RM345, RM295, RM185, RM95 (numbered seating); Terrace : RM235, RM75 (free seating).

Konsert Jason Mraz ini diadakan oleh Scenique Concerts & Events Sdn Bhd dan Live Limited, dengan kerjasama bersama syarikat label muzik, Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd.