Adsense

Khamis, 10 Mei 2012

Zon Artis

Zon Artis


(Panas!) Saiful Apek Melancarkan Perang Terhadap David Teo

Posted: 10 May 2012 07:42 PM PDT

Ini memang panas! Saiful Apek telah melancarkan 'perang' terhadap produser, David Teo dengan mendakwa penerbit filem terkemuka terbabit gagal melunaskan pulangan pelaburan RM200,000 filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali kepadanya selepas dia yang membintangi kedua-dua filem berkenaan melaburkan wang hasil lakonannya RM100,000 sejak 2005.

SAIFUL APEK DAN DAVID TEO BERGADUH

Selain isu tidak melunaskan pulangan pelaburan berjumlah RM200 ribu itu, perkara lain dibangkitkan oleh Apek adalah kegagalan David Teo menyiapkan album nyanyiannya sedangkan kontrak dimeterai setahun dan ianya ditandatangani pada tahun yang sama.

Menurut Apek, berikutan tidak berpuas hati dan tidak mempunyai saluran memperjuangkan haknya, dia tampil membuat kenyataan di laman sosial facebook dan twitter sehinggalah menyedari menerima kritikan hebat pengguna rangkaian sosial berkenaan.

Sehubungan itu, pada Ahad ini jam 2 petang, Apek dan lebih 50 selebriti yang mahu menuntut hak masing-masing terhadap David Teo akan mengadakan sidang media bersama bukti dan dokumen yang pernah ditandatangani bagi menerangkan keadaan sebenar.

Related Posts with Thumbnails

Siti Sarah Belum Yakin Untuk Menyanyi Selepas Bersalin

Posted: 10 May 2012 06:54 PM PDT

Siti Sarah Raisuddin

Sejak melahirkan anak pertama, Uwais Alqarni, pada Disember tahun lalu, penyanyi Siti Sarah Raisuddin mengakui yang dia masih kurang yakin untuk merakamkan lagu baru buat masa ini.

Sarah berkata, dia merasakan vokalnya kurang mantap seperti sebelum ini dan beranggapan hal itu mungkin terjadi kerana kesan daripada melakukan pembedahan ketika melahirkan Uwais.

Menurut Sarah:-

"Buat masa ini, saya belum bersedia untuk menyanyi walaupun bakal muncul dengan 'single' lagu terbaru yang masih lagi sedang dalam pembikinan oleh komposer Aidit Alfian.

"Memang saya rasa vokal kurang mantap. Sukar untuk saya gambarkan bagaimana rasanya ketika merakamkan suara, tak macam dulu. Perut saya seperti berangin saja.

"Walaupun orang kata menjadi perkara normal untuk seorang wanita yang lepas bersalin, salah tanggapan itu kerana vokal yang bagus mampu bertahan sehingga usia 63 tahun jika tahun teknik penjagaannya,"

Sementara itu, ditanya bagaimana kehidupannya sejak lima bulan bergelar ibu, Sarah cukup bahagia dan seronok menjaga anak kecilnya itu bersama suami, Shuib.

"Setiap kali melihat wajah Uwais, saya rasa bersyukur sangat kerana memilikinya. Malah walaupun masih kecil lagi, dia sudah pandai mengambil hati saya dan Shuib (Sepahtu).

"Selamatlah, dia tidak banyak ragam apabila saya dan Shuib sibuk bekerja, tetapi apabila dia bersama saya, bukan main lagi dia nakkan perhatian,"

Related Posts with Thumbnails