Adsense

Khamis, 31 Mei 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Cara Halang Bintik Hitam

Posted: 31 May 2012 09:50 PM PDT

Selain jerawat, bintik-bintik pada muka anda boleh mencacatkan penampilan dan menghilangkan keyakinan anda. Pasti ramai yang mengalami masalah bintik hitam di bahagian muka anda. Sudah tentu bagi anda yang mengalami masalah sebegini telah cuba pelbagai cara untuk menghilangkannya.

Ada kemungkinan anda juga telah cuba pelbagai produk untuk membaiki masalah yang timbul pada wajah anda ini. Mungkin produk-produk yang anda guna belum memberi kesan yang baik pada wajah anda dan mungkin juga produk tersebut tidak bersebuai dengan muka anda.Oleh itu apa kata anda cuba tips yang pihak OHBULAN! beri ini.

  

1. Ubat Gigi 

Ubat gigi antara 'ubat' paling berkesan untuk menghentikan masalah bintik-bintik hitam. Caranya sapukan ubat gigi tersebut hanya pada kawasan bintik berkenaan. Kemudian biarkan sehingga ia kering. Lalu setelah ia dibiarkan kering kemudian cuci dengan air bersih.

2. Madu

Madu juga adalah penawar terbaik. Jika di amalkan secara harian ia akan memberi kesan yang sangat baik. Sapukan madu setiap pagi di bahagian yang berbintik hitam di wajah anda, kemudian biarkan sehingga kering kemudian dicuci bersih.

3. Susu Segar

Celupkan putik kapas ke dalam susu segar dan kemudian sapukan pada bahagian bintik hitam tersebut. Lakukan sebelum anda masuk tidur. Warna bintik – bintik berkenaan akan beransur hilang dan menjernihkan wajah sekaligus.

Cubalah salah satu daripada tiga cara ini. Tetapi jika bintik hitam masih terus kekal bermakna anda sedang menghadapi masalah serius. Anda haruslah mendapatkan nasihat daripada doktor pakar kulit mengenai masalah ini sekiranya kulit muka anda mengalami masalah bintik hitam yang serius.

6 Kesalahan Fesyen Perlu Di Elakkan

Posted: 31 May 2012 09:45 PM PDT

Seringkali kita melihat masih ada orang yang berfesyen tetapi masih kelihatan tidak sesuai digayakannya. Ada juga yang kadang-kadang menjadi mangsa fesyen. Pihak OHBULAN! ada membuat sedikit kaji selidik tentang kesalahan dalam berfesyen untuk kaum lelaki. Kami harap tips ini dapat membantu anda.

1. Memakai stoking Dengan Sandal
Padanan ini cukup tidak kena langsung lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca negara kita yang panas. Jika anda kesejukan sekalipun, pakailah stoking bersama kasut kerana sandal direka untuk menampakkan kaki anda.

2. Jangan suai padan pakaian yang pelik-pelik
Tidak salah jika anda ingin suai padan pakaian anda tetapi biarlah hasilnya sedap mata memandang. Jangan pula anda memakai tali leher dengan kemeja T berkolar, Turtle neck dengan seluar pendek atau apa sahaja yang menampakkan anda mangsa fesyen. Jangan kerana hendak berfesyen anda diketawakan.

3. Pakai untuk menunjuk-nunjuk
Anda harus ingat dalam berfesyen " less is more " . Elakkan menunjuk-nunjuk label atau jenama pakaian anda. Sudahnya nanti ada yang menggelarkan papan iklan bergerak pula.  Pilihlah gaya yang ringkas dan sederhana kerana itu lebih baik.

4. Elakkan memakai sut pejabat tetapi mengenakan beg sandang
Anda nampak tampan dalam sut pejabat anda, tetapi mengapa perlu menyandang beg? itu sudah silap. Sebagai lelaki berkarier, tidak ada salahnya anda berbelanja sedikit membeli beg pejabat, tentu penampilan anda lebih menawan bukan.

5. Bergaya tidak kena tempat.
Sekiranya ingin menghadiri sesuatu majlis. Tidak salah jika anda bertanyakan tema atau dress code untuk majlis tersebut. Jangan hentam keromo nanti anda juga yang malu. Jika ingin keluar makan malam dengan teman-teman cukup sekadar mengenakan kemeja-T, Seluar Jeans dan kasut yang sepadan. Tidak perlu berlebih-lebihan

6. Pilih Baju ikut saiz badan
Elak mengenakan baju yang besar dan menggelebeh atau yang sempit sehingga 'melekat' di badan. Pilihlah saiz pakaian yang benar-benar sesuai dengan tubuh anda agar apa yang dipakai nampak elok dan menarik.