Adsense

Rabu, 25 Januari 2012

Sensasi

Sensasi


Luahan Abby:Mengimbau Kenangan bersama Zul sejak hari pertama perkenalan

Posted: 25 Jan 2012 09:55 PM PST

Setelah berakhirnya perubungan Abby dan Zul,macam-macam gossip yang keluar tentang mereka,ada gossip yang mengatakan Zul masih sayangkan Abby.Kemudian gossip Zul sudah lupakan Abby.

Abby pula mengeluarkan kenyataan masih sygkan Zul tapi kenapa Zul tak mahu berterus terang dnegannya yang masih sayang,kemudian Abby terkilan Zul sudah lupakannya,Kemudian cerita Abby terkena sihir .

Ramai orang mula menyalahkan Zul kerana dikatakan kacang lupakan kulit,manakala Abby pula di katakan perigi mencari timba..huhuhu

Apa yang boleh sensasi katakan bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Kalau ada jodoh antara Zul dan Abby ,berpisah walau lama mana akhirnya bersama semula.Kalau takda jodoh walau berkongsi segala-galanya tetap takkan bersama.

Jadi berdoalah pada tuhan,kalau jodoh kita,dekatkanlah mereka dengan kita,dan kalau bukan jodoh,jauhkanlah dari hati.

Sedih sebenarnya bila banyak kenangan bersama kemudian berpisah.Dekatkan diri dengan tuhan Insyaallah dapat mengubati kesedihan dan kekosongan dalam hati. Kalau kita tak dapat mengecapi kebahagian di dunia ,kejarlah kebahagiaan di akhirat.

Jom baca Celoteh Abby tentang perhubungan dan perkenalan mereka

TAAARAAAA...


Assalamualaikum, hye! Tunggu Sy? Hehe.. Tak sabar yer nk baca entri neh? ;P Sy pun tak sabar nk publish sebenarnya, huhu.. Tapi, dr smlm, neh baru selesai....Cerita 'Tentang Awak' Sy. Siapa? Yang tau, taulah.. Yang taktau, bayangkan je mcm baca sinopsis novel! Huhu.. :)


Gambar neh Sy snap sendiri depan mata Awak (Raya 2011)



Tiba2 dr mlm tadi Sy rasa tak syoo.Ook sgt2! Melampau2 tahap tak syoo.oOk Sy... Cane neh? Huhu.. Sebab Sy jd mcm ni ialah bila baca kenyataan2 yg kua dr mulut Awk Sy dulu, yg di keluarkan di media2 massa kebelakangan Ini. Awal hari tu, mcm best je baca. Tgk Galaksi pun rasa mcm... ' ohhh so sweet'. Macam tak percaya jugak yg bercakap tu Awk Sy yg dulu tu... ( Sy ingtkan Awak-Awak yg kt sawah tu ;P) tapi sebab rasa terharu dan teruja, bila media mntk pulak komen Sy, Sy lagi ada hati mcm nk berangan2 lg utk kembali bersama.. Adessss! Abby, dah kenapaaa?? ;P huhu.. Yelah, Sy jawab 'Sy lagii sayanggg dia' tu Sy maksudkan, ikhlass dr hati,... Sy mmg sayangggg sgt2 smpai skrg. Biarlah apa org nk kata, Sy tetap tak segan nk mengaku Sy masih sayangkan Awk Sy tu. :) So what? Sayang tak semestinya nk terhegeh2 lagi kan? Sayang jer sbb 'byk kenangan bersama' huhu.. :)


air feberet kiteorg :)


memory.... :)

Nak tak nak, mahu tak mahu, Sy kena tulis jugak utk redakan keadaan dan bg org lain faham situasi. Biar org2 tertentu tu, segan skit klau ada feeling2 nk jd juri awam! ;P sorry.. Juri2 awam tak diperlukan hokek. Okbaiii! ;P 

TENTANG AWAK....


Sy tempah ketayap neh utk Awk, tp taktahulah berkesempatan nk bagi ke tidak :(

Awak......., Awak sihat? Busy ye skrg? Ok.. Faham..... :) Lama dah kite tak jumpakan?Last  jumpa masa awk tengah sibuk rehearsal 'bersilat ngan belajar bahasa arab'... pastu.. Hilang terus. Sedih tau... Sy pasti awk penah rindu pd Sy, Sy pun berperasaan yg sama, tp makin hilang di telan waktu kan? Sedih lagi, huhu.... Kalau tak, hampir setiap hari.. Paling tidak, selang shari kita jumpa. Cuma kalau gaduh jer, lama sikit berjarak jadi nya kita. Huhu... Sekarang, sekelip mata je keadaan berubah.. Macam 'magic'!! Tingg! Menyampah nk jumpa... Tinggg! Tingg! Taknak layan langsung! Tingggg! Layan light2! Tinggg! Blahhh laaa.. Tak faham2 lg ke? Huhu.. :( Sebab? 'Kuasa CINTA' dah takde rasa! Kan? ( entah.. Sy x pasti sebenarnya sbb awk sukar di duga :) Sejak awk stat shoot pilem neh, mmg lgsg tak berkesempatan nk picit idung awk... ;P kan? Hehe.. ( memain jer.. Huhu) yelaaaa.. Dah jd bintang pilem, mana nk pandang pelakon2 veteran mcm Sy neh, kan? :) takpelaaaa.. Sy buat2 faham je, 'sedar ruang' kata org... Cuma, Sy ralatttt skit la awk.... Awk ngan Sy sgt2 rapatkan? Kita je yg betul2 tahu apa yg berlaku antara kita, kita yg melaluinya, kita yg rasa...... Tp bila bercakap dkat media, dkat mana2 lah sekalipun, kenapa awk smpai hati keluarkan kenyataan2 yg semacam menidakkan kehadiran Sy? Sian Sy awk.... Kecik ati tau! Huhu.. Selama neh, kita share segala kot...


MEMULA DULU....
Dari awal masa mula2 berlakon, Sy inilah yg pertama duduk sebelah awk. Awk 1st time berlakon, 1st day puasa utk tahun 2008 masa tu. Sy ingt lagi, drama ' Apakah Itu Cinta'. Ingt tak? Awk dialog mcm membaca masa tu. huhu.... Pastu Sy tegur, "Adik, takyah hafal sgt dik, amek point jer pastu cakap mcm biasa"... Tak tentu arah Awk masa tu, gegel kan bila Sy tegur? ;P Cakap dua tiga kali pun Awk mcm tu jugak, tak buleh nk ubah sebab dialog tu Awk dah hafal semalaman smpai tak tido Awk kata. Ok.... "Tak bule nk buat apa," Sy kata, takpe, "Adik buat rilek jer, jgn nmpk keras sgt" :P Yelahhh.. konon jumpa makwe lama kan dlm scene tu? Kena lah buat mcm dah biasa sembang kan? hehe.... nostalgia sgt! ;D Habis dialog kene wat2 mesra, Sy dajal hulur air coke pd Awk walaupun tau Awk tak bule minum sebab puasa, terkumat kamit Awk tolak. Hehe.. 'Abby Abadi yg noty' itulah Sy ;D Hehe..berlokasikan Mc DOnald di tepi IKEA masa tu ( sebelum Mc Donald tu di ubahsuai) Semua tu masih segar dlm ingatan Sy. Awk ingt lg tak? Awk?? Ingt ke tidak? ;D itulah 'teguran' pertama utk Awk, dgn niat berkongsi ilmu, supaya Awk pandaiiii..... ;D


Kenangan RAYA 2011 :)

Masa shooting drama tu kita tak mesra manapun, tp dlm reramai, Sy paling 'mesra rakyat' pd Awk kan? Ingat tak yg neh jugak? Hadek kakak, hadek kakak kita masa tu. Scene yg paling xleh blahpun Sy ingt. Masa Awk dtg rumah panggil nama Sy.. "Mona! Monaaa! Assalamualaikum! Mona! Mona! ;P ( kelakarrrr gile intonation Awk masa neh! Hehe.. Sampai la last day shooting kt Damansara. Scene nyanyi2 lagu Aizat masa tu 'Hanya engkau yg mampu' ( gegel rasa tangan bila Awk pegang utk ending scene mlm tu.. Wahh! Walaupun tgh dlm scene kan? Yelaaa,.. Masa tu tgh kurang kasih sayang, jd senanglah ter.... 'tetttt'.. Hikhikhik..(Gurau! Jgn jadikan point k pd yg ri salah tu ;P) Abes shoot drama tu, langsung tak jumpa, berhubung jauh sekali. Masing2 buat hal sendiri,... Sampai lah malam raya 2008 tu, Sy dpt sms raya dr Awk smpai 3x. Masa tu rasa mcm kelakar, tertanya2 jugak.. So Sypun reply, kenapa hantar smpai 3x neh dik, nk duit raya ke? Hehe.. Pastu dia cal, kt situlah bermula nya sembang kengkawan antara kami. ( Kawan je masa tu ek sbb kes Sy x selesai lagi..). Huhu...


Last msg dr Awak, yg kata Sayang.. pastu huhu.....


MESRAAA...

Di pendekkan cerita, selepas bercerai Sy dan Awk berkawan baik dan makin 'mesraaaa' tanpa dirancang, huhu.. Kebetulan Awkpun sedang mencari arah dlm industri seni, jadi di situ Sy sentiasa bersama utk Awk. Dari tak buleh berdialog smpai bule buat dialog sendiri, dari takleh nanges, smpai nanges mcm org mati bini..:p Jeling camera, curi camera, sedar ruang, conty, semualah, Sy bgtau.. Dan Sy sedar dulu, sebelum org lain sedar yg Awk ni mmg berbakat. Cepat tangkap! Bagitau apa cepat je faham, pastu dah pandai, Awk pulak ngajar Sy ;D Cayalahhh! Dasat tu! Teruja Sy... Hehe.. Cepat je masa berlalu kan? Mcm jelesss je ngan kita, huhu lagi... Skrg, Awk.... Maner? :(


REALITI....



:D

 Itu cerita dlm bidang lakonan, cerita dunia realiti lebih zassss dan sendu! Huhu.. Awk mmg tidak buleh menidakkan kehadiran Sy. Mana yg tiada, diadakan.. Yg tak cukup, di cukupkan. Yang nk pinjam, di pinjamkan. Berjanji setia bagai, walaupun Sy tau itu bukan jaminan. Tapi laaa neh, sebulan dua je awk berubah jd ' monster'.. Nape? Huhu.. Kenapa nk buat Sy mcm musuh? Salah Sy ke keadaan kita jd mcm gini? Siapa yg menganiaya siapa sekarang neh? Hukhukhuk.. Janganlah........ Janganlah buat org luar, org keliling pandang sebelah mata pd Sy. Sangka bukan2. Janganlahhh!! Sy simpan rapi semua permasalahan kita. Sy komen yg baik2 je utk awk, Awkpun patutnya buatlah benda yg sama! Huhu.. Sy tahu Awak mmg handsome! Mmg hot! Mmg sgt2 sempurna. Mmg buleh pergi jauh...... Tanpa Sy! Tapi janganlah abaikan ' batas permulaan nya' sedih tau! Bukan Sy yg nk jd mcm neh... Sehabis baik dah Sy jaga hubungan neh, tp bila ada je yg tak kena, makin lama makin jelas... Utk apa kita bersama lagi kan? Sy dah terima kenyataan awk yg kita dah tiada apa2 hubungan lagi. Yerrrr! Sy redha. Ini bahagian Sy. Yang terbaik utk awk, terbaik jugaklah utk Sy. Awk teruskan dgn jalan awk, Sy terus ikut jalan Sy. Ok Awk.... Tak baik tau, buat musuh dgn org yg pernah menatang Awk bagai minyak yg penuh. Nanti pape jd, menyesalpun tak guna. Sooo.. Selagi ada kesempatan, kita selesaikanlah cara baik, cara paling muafakat. Sy pun segan sbnrnya nk msg2 Awk, tweet2 Awk.. Itupun sbb sms/ cal tak respon, huhu..... SORRY klau Sy menganggu..... Sy nk kawan, bukan lawan..... :)


KENANGAN TERINDAH.... :")

Ikutkan, kalau nk bercerita ttg Awk Sy neh, smpai lebammm tak abess! gambar pun berlambak2.... Tapi oklah neh kan? Nanti org mengata pulak! huhu...... Apapun, Sy nk semua org tahu, Awk punya 'hati' yg baik..baik sgt2! Awk sgt2 comel! Sgt2 manjer, mengaderrr, byk cekadak! hehe.... cuma keadaan, masa, status, org keliling yg membuatkan kita tak mungkin bersama. Jangan ada Dendam, Jangan ada Benci... Ok? Sy nk Awk tahu, Sy bukan nakkan perhatian.. simpati jauh sekali! Sy menulis dgn niat. Pertama, utk jelaskan keadaan. Keduanya, biar jd 'kenangan terindah' dlm blog Sy neh. Ajal dtg tak mengira usia kan? Andaikatalah Sy pergi dulu sebelum Awk, buleh la Awk selalu baca celoteh2 Sy neh utk buat Awk terus ingat pd Sy. Lupa jer baca, baca jer lupa.. Hehe.. ( sayu sebenarnya dlm hati neh...:,) huhu.. Masih berkesempatan utk Sy mohon maaf pd Awkkan? Bulehkan Maafkan Sy dr hujung rambut sampai hujung kaki? Maaf sgt2 sbb tak sempurna utk jd pasangan Awk smpai renyuk2,... hukhukhuk.....


Ikhlas dr hati,
Abby Abadi
21-22 January 2012
Mahligai ABADI


Demi Moore dikejarkan ke hospital kerana penyalahgunaan dadah

Posted: 25 Jan 2012 09:27 PM PST



Kesian Demi Moore,nampaknya Perceraian dengan bekas suami mudanya Ashton Kutcher memberi tekanan hebat sehingga Demi menjadi kurus dan terbaru dikejarkan ke hospital setelah menelefon 911 kerana penyalahgunaan dadah menyebabkan Demi Moore menjadi tidak terurus dan kepenatan.

Demi dah Ashton bercerai pada November lepas setelah Ashton didapati curang pada ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-6.

Demi ternyata masih sayangkan Ashton walaupun menuntut perceraian dengan Ashton,kerana nama Twitter Demi masih kekal sabagai Mrs Kutcher.

Demi berusaha untuk memulihkan diri dan semangat yang telah patah setelah berpisah dengan bekas suaminya.

Dengan sokongan keluarga dan rakan-rakan,Demi akan mencari bantuan psikologi untuk memulihkan diri

Noh Hujan dan Mizz Nina jadi Cover Majalah W&W

Posted: 25 Jan 2012 08:11 PM PST

Pasangan suami Isteri Noh Hujan dan Mizz Nina menjadi penyeri bagi cover majalah W&W.

Noh Hujan kelihatan bermisai nipis dan berjambang sedikit.Bila berpenampilan begini mungkin Noh kelihatan lebih matang dan berumur kerana Mizz Nina 4 tahun lebih tua dari Noh jadi bila berpenampilan begini, Noh kelihatan lebih dewasa berbanding dulu.

Apapun pasangan ini memang sama cantik dan padan.Mizz Nina kelihatan makin berseri .
Usia perkahwinan mereka kini mencecah 6 bulan,tapi belum ada khabar mereka utk menimang anak lagi.Masing-masing sibuk dengan kerjaya yang sedang meningkat naik .


Rumah tangga berantakan , Rabecca Nur Islam dan suami jelaskan isu dera anak tiri

Posted: 25 Jan 2012 08:03 PM PST


Kecoh seketika apabila media dan rakan srtis membawakan perkhabaran kononnya rumah tangga pelakon Rabecca Nur Al Islam bergegar dilanda badai. Puncanya apabila si suami mula mengesyaki isteri tercinta tidaklah sebaik yang disangka.Hati mana yang tidak kecewa apabila isteri yang diamanahkan menjaga anak tiri rupa-rupanya tidak menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin. Akhirnya cerita pelakon filem Keramat yang suka mendera fizikal dan emosi anak tirinya sampai ke pengetahuan si suami.

Akibatnya mahligai yang dibina setahun lalu itu bergoncang juga walaupun sebelum ini Rabecca menafikan sekeras-kerasnya dia ibu tiri yang jahat.

Bagaimanapun, sewaktu menghadiri majlis ulang tahun pelakon Datin Paduka Umie Aida tempoh hari, lain pula situasi yang disaksikan.

Kehadiran Rabecca yang lebih akrab disapa Becca bersama suami, Nor Azam Sulaiman, ditambah kemesraan yang ditonjolkan mereka sepanjang acara berlangsung seolah-olah menepis dakwaan mereka kini sedang berantakan. Malah, ketika diajukan soalan itu kepada pasangan ini, Rabecca dan suami menegaskan, tiada apa yang berlaku dan kebahagiaan masih menjadi milik mereka.

Betulkah khabarnya rumah tangga Becca sedang bergoncang ketika ini?

Rabecca:
Dari mana anda semua mendengar cerita ini? Terus terang, ini kali pertama saya mendengarnya. Buat apa saya nak jawab jika perkara itu memang tidak berlaku. Kalau betul rumah tangga saya berantakan, takkanlah saya dan suami boleh berada di majlis ini? Lagipun, beberapa hari lalu kami baru saja meraikan ulang tahun pertama perkahwinan kami di Jakarta. Selepas ini kami akan bercuti ke Singapura dan insya-Allah selepas itu akan ke London pula. Jadi macam mana boleh timbul isu kononnya kami bergaduh?

Berdasarkan cerita yang tersebar, rumah tangga Becca bergegar kerana suami dapat tahu Becca memang mendera anak tiri. Boleh Becca jelaskan?


Rabecca:
Saya tak faham mengapa cerita seperti itu masih diungkit lagi sedangkan sudah berkali-kali saya buat penjelasan. Baru-baru ini, sewaktu majlis pratonton filem Keramat, anak saya sendiri sudah mengeluarkan kenyataan, perkara itu tidak pernah terjadi, malah saya menjaga mereka dengan baik. Apa yang boleh saya katakan, dalam dunia ini, tak semua orang suka kita dan tak semua orang benci kita. Jadi lebih baik saya tak payah layan dan kepada orang yang menyebarkan fitnah itu, saya maafkan kesalahan mereka.

Maksudnya, ini semua berlaku kerana ada pihak yang dengki dengan kebahagiaan anda berdua?

Rabecca:
Mungkin... Sebab dari dulu lagi ada saja cerita yang tidak baik mengenai diri saya disebarkan. Saya sendiri tidak faham mengapa saya terus menjadi sasaran, sedangkan saya tidak pernah kacau kehidupan sesiapa. Mengenangkan inilah rempah ratus dan cabaran terpaksa saya lalui apabila bergelar pelakon, jadi saya terima saja.

Sebagai suami, apakah Azam pernah berasa sangsi dengan isteri sendiri?

Nor Azam:
Saya sudah lama mengenali isteri saya sebelum kami mengambil keputusan mendirikan rumah tangga. Saya tahu dia bukanlah seperti yang orang ramai sangkakan. Dia seorang yang penyayang dan sukakan kanak-kanak. Sebab itulah saya tak pernah meraguinya. Cuma ada satu perkara yang saya sangsi mengenai Becca, iaitu apakah benar dia pandai masak seperti yang dikatakannya? Maklum sajalah, dia seorang artis dan apakah dia ada masa untuk ke dapur? Namun selepas berkahwin, ternyata Becca memang pandai masak dan sebagai seorang yang suka makan. Saya akui masakan Becca memang sedap.

Mungkin gosip seperti ini timbul disebabkan status Becca sebagai artis? Apakah Azam akan meminta Becca bersara jika gosip seperti ini tidak terkawal?

Nor Azam:
Sebelum berkahwin, saya memang tahu dia seorang pelakon dan berlakon juga sudah menjadi darah dagingnya. Saya tiada masalah dalam hal itu, asalkan dia tahu batas sebagai seorang isteri, itu sudah memadai. Gosip perkara biasa dalam kehidupan artis dan saya amat memahaminya.

Temubual bersama Farid Kamil tentang perkahwinan dengan Diana Danielle

Posted: 25 Jan 2012 07:53 PM PST

Pasangan yang sama cantik dan sama padan siapa lagi kalau bukan Farid Kamil dan Diana Danielle yang sangat cantik.

Ada ketika Diana mengaku bersedia untuk berkahwin bahkan pernah memincangkan soal kahwin dengan Farid namun belum memutuskan tarikh kerana masing-masing masih muda takut nama tenggelam pula lepas kahwin.

Jadi Persoalan ditujukan kepada Farid pula.Tentang perkembangan Farid dan perancangan kahwin mereka.


Apa perkembangan terbaharu Farid?

FARID: Untuk awal tahun 2012 ini, saya banyak terikat dengan dunia lakonan. Insya-Allah selepas bulan Jun nanti, barulah saya akan duduk di kerusi pengarah untuk filem Gerilla. Ia adalah gabungan dua pengarah iaitu saya dan Ismail Bob Hashim. Saya akan bertindak sebagai pengarah aksi untuk filem itu dan kini sedang menunggu keputusan untuk mendapat 100 peratus kerjasama daripada Angkatan Tentera Malaysia.

Adakah ini gabungan pengarahan pertama yang dibuat Farid dan mengapa terima tawaran ini?

Ini merupakan salah satu projek mega Metrowealth di mana kebetulan pula saya baru sahaja tamat pengajian di Australia Stunt Academy selama sebulan. Dan saya rasa ini adalah permulaan baik untuk saya bekerjasama dan mempraktikkan apa yang telah saya pelajari semasa di sana sebagai pengarah aksi untuk filem mega ini. Saya juga anggap ia sebagai kos intensif untuk mempelajari segala macam jenis lagak ngeri secara teori dan praktikal.

Mengapa belajar lagak ngeri?

Tujuan saya ke sana bukanlah untuk menjadi pelagak ngeri. Tapi kerana saya minat genre aksi, jadi saya rasa ia lebih bersesuaian dengan pengarahan genre yang saya lakukan dan juga saya merupakan pelakon aksi dan sedikit sebanyak benda ini boleh membantu saya dari segi lakonan aksi, tapi bukan sebagai pelagak ngeri.

Perancangan masa hadapan terutama tentang isu kahwin yang tiba-tiba timbul. Betul ke anda berdua sudah merancang untuk berkahwin pada tahun ini?

Secara jujur, memang belum lagi ada perancangan ke arah itu (berkahwin). Saya pun tidak tahu bagaimana cerita itu boleh timbul. Tapi yang pasti memang setakat ini tiada perancangan apa-apa yang berkaitan perkahwinan. Mungkin disebabkan populariti Lisa Surihani dan Yusry KRU, jadi secara tidak langsung ia terpalit kepada kami dan kemudian disensasikan pula.

Namun, Diana kata dia sudah bersedia?

Saya lagi bersedia (ketawa). Tidak, saya belum sampai seru lagi. Jika hati ini belum ditiup dan menjadi kukuh untuk melakukan sesuatu ke arah kebaikan atau melangkah ke fasa baharu itu, saya rasa memang belum lagi sampai seru.

Mungkin ada sasaran bila mahu tamatkan zaman solo?

Saya tidak berani cakap kerana memang saya tiada target untuk perkara ini. Nanti bila saya bercakap sedikit perkara ini akan berlarutan. Jadi, memang saya tunggu seru sahaja.

Gambar-gambar Isabella, Serina tak kisah lahirkan sepuluh orang anak kerana suami penyayang

Posted: 25 Jan 2012 07:41 PM PST

Suami yang penyayang ,menjaga hati dan romantik adalah idaman setiap isteri,begitu juga sebaliknya.

Serina kelihatan bahagia disampaing suami dan anak-anak tersayang.





"Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Dalam masa tiga hari saya berada di sini terasa sekejap saja, apatah lagi Isabella dilahirkan secara normal.Semua pihak nampaknya gembira dan bersyukur atas kelahiran ini," katanya.

Datuk kepada Isabella iaitu Datuk Chef Wan Ismail yang kini berada di luar negara kerana sedang bercuti khabarnya gembira walaupun sedikit ralat kerana tidak dapat bersama dengan anak perempuan tunggalnya itu menyambut kelahiran warga baru dalam keluarga mereka.

"Untung saya mempunyai suami yang memahami dan sentiasa berada di sisi di saat saya memerlukannya. Setiap masa dia ada bersama saya. Daripada sebelum saya melahirkan sehinggalah selesai saya keluar daripada bilik bersalin.

"Apabila selesai saja semua, dia memeluk dan mengucup dahi saya.Lantas mengucapkan terima kasih kerana melahirkan anak untuknya.

"Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya perasaan saya kerana mempunyai suami yang menyayangi dan menghargai susah payah seorang isteri mengandung dan melahirkan anak untuknya.

"Kalau macam ini, saya tak kisah nak sepuluh anakpun tiada masalah," bicara Serina sambil berseloroh mengenangkan suaminya Gavin yang begitu menyayanginya.

Tambahnya lagi, dalam masa berpantang ini dia akan cuba sehabisnya untuk menjaga badan kerana tidak sabar untuk membuat penampilan semula.

"Dalam masa 44 hari ini, saya akan bersiap-siap untuk menjalani proses berpantang. Mungkin ramai yang tidak tahu saya juga telah dilantik sebagai duta set bersalin Tanamera.

"Dengan danya set bersalin ini, nampaknya akan lebih memudahkan proses berpantang kerana ianya memberikan rawatan sepenuhnya sebelum dan selepas bersalin," katanya.

Menurut Serina lagi, set bersalin Tanamera berkenaan sesuai untuk semua bakal ibu kerana ia menggunakan teknologi dan pendekatan yang lebih praktikal dalam masa yang sama masih mengekalkan amalan tradisional orang lama seperti herba dan produk semulajadi.

"Walaupun saya bersuamikan mat saleh, namun saya memilih untuk menjalani rawatan selepas bersalin secara tradisional. Contohnya memanggil tukang urut, mendapatkan makanan yang berkhasiat dan saya beruntung kerana ibu adalah individu yang akan membantu saya menjalani proses ini.

"Gavin juga tidak pernah menghalang saya daripada mendapatkan rawatan secara tradisional.