Adsense

Isnin, 11 Oktober 2010

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Benarkah Rosyam semakin ego?

Posted:

Benarkah Rosyam semakin ego?

Benarkah Rosyam semakin ego?

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR


kata Rosyam, tidak ada sebab untuk dia berlagak sombong atau melupakan rakan-rakan yang selama ini menjadi tulang belakang kejayaannya.


ROSYAM Nor bukanlah asing dalam drama televisyen (TV) mahupun filem-filem tempatan, malah hubungannya dengan wartawan juga baik.

Selama ini, dia dikatakan bijak berdepan dengan media massa sehingga jarang terdengar masalah di antara kedua belah pihak.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, hubungan itu dikatakan mula retak apabila ada di kalangan orang media yang kurang senang terhadapnya.

Rosyam didakwa bukan lagi seperti Rosyam dulu yang merendah diri dan tidak sombong orangnya, termasuklah apabila dikritik media.

Ekoran sikapnya itu, pelakon yang mencipta nama pada pertengahan tahun 1980-an itu, dia dikatakan mula memperlihatkan sikap egonya.

Sewaktu ditemui Mega pada sesi uji bakat rancangan realiti TV Pilih Kasih terbitannya, Rosyam yang ditanya mengenai hal itu benar-benar terkejut dengan persepsi itu.

Pelakon berusia 43 tahun ini menafikan dia semakin ego sehingga ramai wartawan yang kurang senang dengan sikapnya itu.

"Siapalah saya hendak bersikap ego dengan wartawan? Saya amat memerlukan wartawan untuk kerjaya saya.

"Kalau saya ego dengan wartawan saya sengaja mahu membunuh kerjaya saya dalam bidang ini. Saya terkejut dengan tohmahan seperti itu. Saya tidak pasti daripada mana datangnya tohmahan itu. Saya yakin tidak semua wartawan memberi persepsi itu kepada saya.

"Mungkin hanya segelintir wartawan yang berkata macam itu. Kalau boleh, saya mahu berkawan baik dengan semua wartawan," katanya menjelaskan salah faham banyak pihak padanya .

Pada pertemuan di lokasi uji bakat Pilih Kasih di KL Sentral, Kuala Lumpur itu, Rosyam bukan sahaja terkejut, malah menafikan dakwaan tersebut sekeras-kerasnya.

Tidak jauhi wartawan

Menurut pelakon yang menempa nama menerusi filem Gila-Gila Remaja (1984) itu, dia tidak pernah terfikir untuk sombong dengan wartawan, jauh sekali memusuhi golongan itu.

"Dalam diri saya, tiada istilah sombong atau besar kepala dengan wartawan. Buat apa saya mahu menjauhkan diri dengan mereka?," jelas Rosyam mempertahankan dirinya.

Persepsi itu timbul sejak kebelakangan ini apabila ada di kalangan wartawan yang beranggapan dia tidak seperti Rosyam Nor yang dulu.

Pelakon yang pernah mendapat gelaran 'hero tua' ini antaranya, dikatakan mudah melenting akhir-akhir ini apabila dikritik media massa.

Apatah lagi, selepas tersiarnya sesebuah artikel yang ditulis itu ia ada kaitan dengan kepentingannya dalam bidang-bidang perniagaan yang diceburinya.

Lebih tepat lagi artikel yang pernah disiarkan dalam sebuah akhbar sisipan hujung minggu itu berkaitan dengan namanya.

"Saya tidak kisah kalau dikritik asalkan ia boleh memberi manfaat. Tetapi saya tidak boleh terima kalau ia seperti mahu menjatuhkan saya.

"Sebagai contohnya, baru-baru ini ada wartawan di sebuah akhbar (bukan terbitan Kumpulan Utusan) yang tulis kata saya menipu.

"Akibatnya, saya kerugian ratusan ribu ringgit dalam perniagaan kerana laporan itu yang bukan sahaja tidak benar tetapi juga berbau fitnah.

"Saya ada cuba berjumpa wartawan terbabit tetapi apabila datang ke pejabatnya, rakan-rakannya kata dia tiada," ujarnya sambil memberitahu dia tidak 'menyerang' wartawan berkenaan seperti yang didakwa.

Pada kesempatan ini, Rosyam mengharapkan rakan-rakan media yang selama ini akrab dengannya tidak akan memandang serong padanya, sebaliknya, pelakon itu akan berusaha menjernihkan semua hubungan yang tercalar.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

Pilih Kasih 2 lebih meriah

Posted:

Pilih Kasih 2 lebih meriah

Pilih Kasih 2 lebih meriah

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my


RUANG legar KL Sentral penuh sesak dengan orang ramai dan para peserta yang menunggu giliran untuk diuji bakat bagi menyertai rancangan Pilih Kasih yang mencatat rating 1.5 juta penonton pada musim pertamanya tahun lalu.


SELAKU penerbit rancangan realiti TV mencari pelakon, Pilih Kasih musim kedua, Rosyam Nor yakin dengan bakat para pesertanya.

Malah, penerbit Suhan Movies & Trading ini juga menjangkakan Pilih Kasih musim terbaru itu akan lebih meriah berbanding tahun lalu.

Ia kata Rosyam berdasarkan sambutan para peserta yang menjalani sesi-sesi uji bakat dan bilangan mereka yang mengikutinya.

"Tahun ini lebih 1,000 peserta hadir menjalani sesi-sesi uji bakat yang kami adakan di beberapa lokasi seperti Shah Alam dan Kuala Lumpur.

"Tahun lepas jumlahnya tidak seramai ini. Biarpun uji bakat dimulakan pukul 10 pagi tetapi seawal pukul 8 pagi lagi para peserta telah hadir.

"Ramai peserta yang datang dari jauh termasuklah Kota Bharu, Kelantan semata-mata kerana mahu mengikuti uji bakat ini.

"Sebab itu, saya berpendapat sambutan musim ini lebih meriah berbanding sebelumnya," katanya kepada Mega sewaktu ditemui baru-baru ini.

Daripada lebih 1,000 peserta yang menyertai uji bakat, hampir 100 daripadanya telah disenarai pendek untuk diketengahkan dalam program itu.

Rosyam yakin sambutan itu secara tidak langsung menggambarkan semangat para peserta bagi menonjolkan bakat lakonan mereka.

Ini kerana, katanya, sesi-sesi uji bakat Pilih Kasih tidak diadakan di tempat tertutup, sebaliknya ia diadakan di tempat terbuka.

"Bagi saya ini adalah cabaran buat para peserta. Bukannya mudah untuk tampil berlakon di hadapan khalayak kerana mereka masih baru.

"Sedangkan orang yang berpengalaman pun gugup berlakon secara langsung depan khalayak, inikan pula para peserta yang amatur.

"Secara tidak langsung, ini adalah cabaran awal mereka untuk berdepan dengan tekanan sebenar apabila bergelar pelakon kelak," jelasnya.

Sebagai perintis rancangan realiti TV mencungkil bakat pelakon tempatan, Rosyam optimis ia mampu melahirkan ramai pelakon baru.

Apatah lagi jelasnya, bidang lakonan mampu memberi pendapatan lumayan dan lebih lama jangka hayatnya berbanding nyanyian.

"Ramai penyanyi yang tidak mampu bertahan lama kerana faktor usia dan fizikal. Sedangkan pelakon semakin lama semakin menyerlah lakonannya.

"Lagi lama berlakon lagi banyak pengalamanya dan boleh melakonkan pelbagai watak. Mereka tidak tenggelam dimakan usia.

"Sebab itu, ada penyanyi dari rancangan realiti TV nyanyian bergelar pelakon selepas mereka tidak menyerlah sebagai penyanyi," ujarnya.

Para peserta Pilih Kasih 2 akan mendapat bimbingan daripada tenaga pengajar seperti Datuk Rahim Razali, Erma Fatima dan Fatimah Abu Bakar.

Pada setiap sesi uji bakat yang diadakan, dua pengkritik akan dijemput termasuklah pengarah, Aziz M. Osman dan pelakon Lisdawati.

Mereka setakat mengadili para peserta yang hadir pada sesi uji bakat tetapi juga mengkritik serta memilih peserta yang layak menyertai Pilih Kasih.

"Bukan setakat tenaga pengajar dan pengkritik pada sesi uji bakat, malah kami juga menyediakan Juri Tetap dalam rancangan ini.

"Dr. Abu Hassan Hasbullah dan Fauziah Nawi merupakan Juri Tetap Pilih Kasih 2 dan setiap peserta akan melalui semua proses itu.

"Mereka (para peserta) mendapat kritikan dan bimbingan sejak dari proses uji bakat sehinggalah terbabit dalam rancangan ini.

"Semuanya bagi memastikan rancangan ini boleh melahirkan pelakon pelapis yang benar-benar berbakat dalam bidang ini," pintanya.

Siri Pilih Kasih musim kedua akan bermula di TV2 mulai 11 Disember ini pukul 8.30 malam dan ia disiarkan secara langsung selama dua jam.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.