Sensasi |
- Gambar-gambar bahagia Scha dan Awal sambut Ramadhan bersama
- Gambar bahagia Fasha sambut hari jadi "hubby' Jejai
- Tahniah Zed Zaidi bergelar bapa,gambar wajah comel anak Zed Zaidi
- Wajah Comel Zahrah Rania Shanley yang berusia setahun
- Abby kata rezeki tersekat apabila BN jadi pemimpin,Sheila Rusli dan Ummi Aida bidas
- Video :Cover Raya Lisa Surihani dan Yusry KRU menghiasi Media Hiburan
- Kristen Steward curang dengan Rupert Sanders,pengarah filem, Robert Pattinson tertekan dan bawa diri
Gambar-gambar bahagia Scha dan Awal sambut Ramadhan bersama Posted: 29 Jul 2012 09:34 AM PDT |
Gambar bahagia Fasha sambut hari jadi "hubby' Jejai Posted: 29 Jul 2012 09:19 AM PDT Sempoi je selepas berkahwin nie,sambut birthday kat kedai mamak je..hehe..kalau tak dulu asyik ke "club" je nak sambut birthday. Alhamdulillah semenjak pasangan nie berkahwin nampak kebahagiaan dan perubahan positif.. Fasha kini mengandung,perut belum ketara lagi,tapi dah boleh nampak sikit baby bump tue... mesti anak Fasha nanti comel mcm ibunya |
Tahniah Zed Zaidi bergelar bapa,gambar wajah comel anak Zed Zaidi Posted: 29 Jul 2012 09:08 AM PDT "Alhamdulilah, saya berasa terharu kerana dapat melihat sendiri proses isteri saya melahirkan anak sulung kami. Isteri saya terpaksa melalui pembedahan kerana bayi kami agak besar iaitu seberat 4.32 kilogram. "Pada mulanya ramai yang menasihati saya suapaya tidak melihat proses bersalin itu kerana takut saya akan mual dan muntah. Namun, saya bersyukur kerana saya dapat bersama isteri saya sepanjang proses itu berlangsung dengan menggenggam tangannya supaya dia kuatkan semangat. "Paling saya tidak boleh saya lupakan ketika isteri saya dibedah, darah yang terpancut terkena juga kepada saya," ceritanya Teruja dengan kelahiran putera sulungnya itu, Zed Zaidi berkata dia sudah pun meletakan nama bayinya Ryan Ziqry sejak dia dalam kandungan lagi. "Sejak kami tahu yang isteri disahkan hamil anak lelaki, saya dan isteri terus memilih nama bayi kami. Saya menamakan nama Ryan kerana saya mahukan huruf R di depan seperti nama saya iaitu Rozaidi. "Manakala nama Ziqry adalah pilihan isteri saya sendiri yang bermaksud rezeki dalam Islam,"katanya. |
Wajah Comel Zahrah Rania Shanley yang berusia setahun Posted: 29 Jul 2012 08:45 AM PDT |
Abby kata rezeki tersekat apabila BN jadi pemimpin,Sheila Rusli dan Ummi Aida bidas Posted: 29 Jul 2012 08:40 AM PDT Apa pendapat korang tentang perubahan dan penghijrahan Abby Abadi...Sensasi rasa baguslah dia dah berhijrah..tapi selepas penghijrahan Abby,dia seolah begitu mengaitkan politik dengan segalanya.. Politik bukanlah tiang agama..sampai semuanya mesti berlandaskan politik..lagi2 politik di Malaysia nie bukan sesuci politik zaman nabi...Sensasi pun rasa agak kurang menyokong tindakan Abby yang kata org mcm 'over react" pulak.. Kenyataan Abby tentang rezekinya tersekat selagi BN menjadi pemimpin,amatlah tidak patut kerana rezeki itu ditangan tuhan,bukan ditangan pemimpin..Setiap penghijrahan pasti ada pengorbanan.jdi kenapa nak pertikaikan tentang rezeki,kalau rezeki berlakon kurang cuba cari rezeki lain,berniaga ke apa ke.. Sensasi rasa sengal jugak lah..huhu... Abby nie cuba bercakap dengan nada merendah tetapi tajam amatlah tidak sesuai ,lagi2 org belum memandang Abby sebagai org bijak agama,tetiba nak bersuara lantang bagai..tak sesuai..mungkin Abby nak merubah org lain,tapi caranya salah je sensai tengok sebab menggunakan medium twitter sekaligus menggunakan ayat menghentam org memang boleh mendatangkan benci kan? Pelakon dan juga penerbit drama Sheila Rusly membidas kenyataan Abby Abadi yang mengatakan hanya akan berkarya selepas Barisan Nasional (BN) ditumbangkan kerana menurutnya, adalah tidak wajar dan perlu mengeluh dengan dugaan Allah dalam kerjaya atas perubahan yang baru sahaja dibuat. Dipetik dari MPP, Sheila berkata, jika ada di kalangan artis yang baru sahaja bertudung, sukar untuk mendapat tawaran kerja kerana penghijrahan yang baru saja dibuat itu, artis tersebut harus menerima dugaan Allah dengan hati yang terbuka. "Jangan mempertikai isu tawaran lakonan atau rezeki kerjaya merosot hanya kerana kita baru sahaja beberapa hari bertukar imej bertudung. Artis yang terbabit kena sedar niat kita berhijrah ini kerana Allah." "Namun, percayalah takkan Allah mahu tutup rezeki jika kita berubah ke arah kebaikan? Kalau seseorang artis mengeluh mengenai nasib dan kesan daripada keputusan itu, ia seolah-olah mereka tidak ikhlas berhijrah," ujarnya. Sementara itu, pelakon versatile Umie Aida yang nyata tidak bersetuju dengan kenyataan Abby Abadi ini telah menemplak kenyataan tersebut melalui laman Twitter yang menganggap Abby Abadi berfikiran cetek dan kenyataan itu lebih bermotifkan politik kerana menganggap golongan artis yang berhijrah hanya akan mempunyai kerja jika rakyat tukar kerajaan. Pada masa sama, Umie juga menggesa Abby Abadi agar tidak menggunakan politik dalam meyampaikan dakwahnya. Sebelum ini, Abby mengeluarkan kenyataannya menerusi Malaysian Insider yang mengatakan kerana kerajaan sekarang, dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Malah berkata, bakatnya untuk berkarya sebagai Muslimah yang sudah bertudung juga tidak dapat dikembangkan. "Apabila anda berhijrah, ruang untuk anda berkarya secara kreatif adalah terhad, oleh itu kita perlukan drama dan filem yang Islamik." "Selebriti seperti kami hanya akan bekerja di dalam dunia seni apabila ianya adalah sejajar dengan syariah Islam. Untuk itu, Pakatan Rakyat perlu menang dan membentuk kerajaan untuk merealisasikan dunia hiburan yang berdasarkan syariah," kata Abby. |
Video :Cover Raya Lisa Surihani dan Yusry KRU menghiasi Media Hiburan Posted: 29 Jul 2012 09:26 AM PDT Lisa dan Yusry menjadi rebutan majalah untuk menghiasi cover mereka untuk Edisi Raya. Maklumlah pasangan suami isteri nie pertama kali beraya bersama.Dan keduanya merupakan selebriti yang hot... Yusry kelihatan manja dengan Lisa...Jangan jeles uols |
Kristen Steward curang dengan Rupert Sanders,pengarah filem, Robert Pattinson tertekan dan bawa diri Posted: 29 Jul 2012 08:25 AM PDT Hubungan pasangan Robert Pattinson dan Kristen Stewart yang bertahan selama tiga tahun akhirnya retak, berikutan dengan kecurangan Stewart yang telah tampil membuat pengakuan dan memohon maaf secara terbuka semalam. Dipetik dari laporan Dailymail, Pattinson yang dikatakan terlalu kecewa dengan kecurangan yang dilakukan oleh kekasihnya itu telah bertindak keluar dari rumah yang didiami oleh mereka di Los Angeles. Bintang "Twilight" itu dikatakan mahu mengasingkan diri tanpa dihubungi terutamanya oleh Stewart buat masa ini. Pada bulan April lalu ketika ditemubual oleh Vanity Fair, aktor kelahiran British ini memberitahu bahawa beliau tidak suka berlaku curang. "Saya tak faham kenapa orang sanggup berlaku curang," kata beliau. "Saya bukan jenis lelaki begitu. Kalau saya memilih untuk bersama seseorang, itu sebab atas kemahuan saya sendiri. Kalau saya ada hubungan istimewa, saya akan berikan seratus peratus." Manakala Kristen pula, sedang berada dalam keadaan yang sangat tertekan di atas kesilapan besar yang dibuat beliau dengan mempunyai hubungan sulit dengan pengarah filem "Snow White And The Huntsman", Rupert Sanders, yang merupakan suami kepada model Liberty Ross dan juga bapa kepada dua orang anak. Kristen membuat permohonan maaf diatas kecurangannya setelah gambarnya bersama pengarah filem 'Snow White and the Huntsman" tersebar... "Saya sangat menyesal telah memalukan dan melukai orang-orang yang dekat dengan saya. Kecurangan ini telah mengancam perkara penting di dalam hidup saya, iaitu orang yang paling saya cinta dan hormati, Rob. Saya cintakan dia, saya cintakan dia, saya mohon maaf," kata Kristen. |
You are subscribed to email updates from Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |