Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
DRAMA TELEFILEM ANUGERAH SKRIN 2012 Posted: 08 Sep 2012 10:25 AM PDT ANUGERAH SKRIN KEMBALI… Penganjuran anugerah berprestij, Anugerah Skrin kini kembali untuk memberi pengiktirafan kepada karyawan-karyawan seni tanah air pada bulan November ini bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Anugerah Skrin bukan sahaja memberi ruang kepada penggiat seni untuk memperkembangkan lagi bakat seni, malah ia juga menggalakkan mereka berusaha lebih gigih dan berkarya secara kreatif dalam menghasilkan produk yang bermutu tinggi sekali gus memartabatkan hasil seni negara. Bagi menyemarakkan lagi debaran Anugerah Skrin 2012, TV3 bakal menayangkan semula sebahagian daripada telefilem yang tercalon ke Anugerah Skrin 2012. Ia akan disiarkan setiap Ahad, jam 9.00malam – 11.00 tengah malam mulai 16 September 2012 hingga 4 November 2012, antaranya, Pelarian, Ku Petik Dosa, Di Telapak Kaki Bonda, Bedah Tong Gas, Aku Mahu Terbang, Ajaibnya Cinta, Hilangnya Doa Seorang Ibu dan Maharku Untukmu. Seperti tahun sebelumnya, selain rangkaian televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad yang terdiri daripada TV3, NTV7, 8TV dan TV9, pihak penganjur juga turut menjemput stesen televisyen RTM, ASTRO dan juga TV Al-Hijrah untuk sama-sama menyertai anugerah yang berprestij ini. Kesemua rangkaian televisyen ini layak untuk menghantar penyertaan bagi terbitan drama dan terbitan dalaman yang pernah disiarkan di stesen televisyen mereka untuk merebut anugerah bagi kategori yang dipertandingkan mengikut syarat yang telah ditetapkan. Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9 berkata, "Anugerah Skrin sudah pun memasuki tempoh usia matang di mana ianya dinanti-nantikan oleh para karyawan dan artis tanah air untuk menjulang nama mereka. Seperti yang pernah kami tegaskan sebelum ini, Anugerah Skrin bukanlah pertandingan antara stesen televisyen, tetapi drama dan terbitan bermutu yang disiarkan melalui stesen-stesen ini yang dipertandingkan. Kami berharap agar penganjuran ASK 2012 turut mendapat kerjasama dan sokongan positif dari rakan-rakan stesen televisyen yang lain." "Untuk makluman, pihak kami akan mengumumkan dengan lebih terperinci mengenai kategori keseluruhan pencalonan termasuklah senarai nama drama, filem dan juga barisan pelakon serta produksi yang telah disenarai pendek di dalam satu majlis sidang akhbar khas Anugerah Skrin 2012 pada bulan Oktober nanti," tambah Cik Sherina. Anugerah Skrin memberi pengiktirafan kepada pengeluar–pengeluar drama, filem dan produksi TV tempatan. Telefilem dan drama bersiri yang dicalonkan pula adalah hasil penerbitan syarikat yang memenuhi slot-slot drama di semua rangkaian televisyen setiap minggu. Antara faktor yang menyebabkan telefilem dan drama bersiri ini terpilih untuk ditayangkan di kaca televisyen adalah garapan skrip yang baik, jalan cerita yang sempurna, lakonan yang mantap dan mutu penerbitan yang baik serta mampu menyampaikan mesej positif disamping boleh menarik perhatian penonton. Calon-calon yang dipertandingkan pula terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di kaca TV dan pawagam mulai 1 Julai 2011 hingga 30 Jun 2012 dan pencalonan drama yang berdasarkan catatan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian Nielsen Audience Measurement mengikut 'genre' masing-masing. Semua pencalonan akan dinilai oleh panel juri profesional yang dipilih. Berikut adalah sinopsis antara TELEFILEM ANUGERAH SKRIN 2012: Pelarian (16 September 2012, 9.00malam) Di Telapak Kaki Bonda (23 September 2012, 9.00malam) Ku Petik Dosa (30 September 2012, 9.00malam) Bedah Tong Gas (7 Oktober 2012, 9.00malam) Aku Mahu Terbang (14 Oktober 2012, 9.00malam) Ajaibnya Cinta (21 Oktober 2012, 9.00malam) Hilangnya Doa Seorang Ibu (28 Oktober 2012, 9.00malam) Maharku Untukmu ( 4 November 2012, 9.00malam) Bersempana dengan tayangan telefilem-telefilem yang tercalon, penonton juga boleh berinteraksi melalui alam maya bersama dengan artis yang bertanding selama 1 jam bermula jam 10.30 malam – 11.00 malam. Istimewa bagi penonton juga mereka boleh menonton drama-drama tersebut selama 14 hari secara percuma melalu lama web rasmi Anugerah Skrin di www.tv3.com.my/ask2012. Layari laman sesawang serta Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. No tags for this post.Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Pemenang Siswa Merdeka Anjuran Erama TV Posted: 08 Sep 2012 07:38 AM PDT #SiswaMerdeka menawarkan pelbagai hadiah untuk pelajar Malaysia di dalam & luar Negara! Sempena menyambut Hari Malaysia pihak Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Erama TV sedang menganjurkan pertandingan mudah secara online bagi mengenalpasti dan menilai bakat pelajar dalam mengekpresikan diri mereka terhadap perasaan cintakan Negara. Pertandingan terdiri dari 3 kategori iaitu slogan #siswamerdeka, gambar cintai negara & juga video kemerdekaan. #SiswaMerdeka dilihat sebagai pertandingan yang dekat dengan kehidupan kini pelajar dimana ia menggunakan media sosial terkini bagi menghantar penyertaan. Bagi slogan #siswamerdeka pelajar hanya perlu menulis "Saya @siswamerdeka kerana…….." di twitter, menghantar gambar cintai Negara di Instagram hanya dengan tag #siswamerdeka dan video yang menceritakan pengalaman dan harapan pelajar terhadap Malaysia. Semudah itu pelajar berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik antaranya Ipad 3, Iphone 4, Kamera DSLR dan wang tunai. Salah seorang pengguna twitter menghantar penyertaan menulis "Saya @siswamerdekakerana kelahiran saya adalah untuk meneruskan perjuangan kemerdekaan Negara sehingga akhir nyawa". Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato' Saifuddin Abdullah juga ada menulis, "#siswamerdeka dapat melihat bakat mahasiswa meluahkan perasaan cinta mereka terhadap Malaysia dengan menggunakan cara mereka, iaitu dengan menggunakan media sosial sepenuhnya". Katanya lagi, "Bagi mengetahui nilai patriotism dalam diri seorang siswa, kita dekati cara mereka kerana saya percaya mahasiswa mempunyai semangat cintai Negara dan ada nilai patriotisme hanya penyampaian mereka berbeza". Pada Hari Malaysia sendiri 16 September ini, upacara penyampaian hadiah akan diadakan di Saloma Bistro, Jalan Ampang. Peserta dan pelajar dijangka menghadiri majlis santai ini. Majlis ini akan di hoskan oleh Kamal Adli dan Tauke Rajalawak. Bagi pelajar yang berminat, mereka boleh melayari www.erama.tv/sm untuk maklumat lanjut atau guna sahaja akaun twitter / instagram ada dan ikuti susur masa #siswamerdeka. Masih belum terlambat!! No tags for this post.Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |