Adsense

Jumaat, 5 November 2010

aReaL&Celebrity

aReaL&Celebrity


Lagi,Lagi Dan Lagi Kemalangan Melibatkan Bas, Terbaru, Seorang Maut dan 4 Wanita Cerdera

Posted: 05 Nov 2010 08:32 PM PDT

Salam Buat Semua, Lagi Kemalangan Yang Melibatkan Bas Dan Kali Ini Lebih Menyedihkan Bila Hajat Mangsa Kemalangan Yang Maut Untuk Menegur Pemandu Bas Supaya Memperlahankan Bas Yang Di Naiki Mereka Gagal Apabila Bas Ekspres Transnasional Yang Di Pandu Laju Itu Melanggar Pembahagi Jalan Dan Terjunam Ke Tali Air Di Kilometer 20, Jalan Pekan-Nenasi Pahang Kelmarin.. Kita Tunggu Dan Dengar Pengakuan Pemandu Bas Ni Nanti Eh.. Apa Yang Dia Akan Cakap... Apa Alasan Yang Bakal Di Beri.. Read More...!!!



Bulan Lepas Dah 3 Kemalangan Di Catatkan.. Bertambah Pilu Rasanya Bila Mendapat Tahu Bahawa Mangsa Yang Terkorban Bakal Melangsungkan Pertunangan Pada 11 November Ini..Ingatkan Tregedi Oktober Dah Berakhir, Tregedi November Pula Muncul.. Mmmm... Diharap Pemandu Bas Ini Di Kenakan Balasan Sewajarnya.. Dah Terang Lagi Bersuluh Yang Bas Tu Di Pandu Laju.. Klik "Buka" Untuk Berita Penuh..

Spoiler:
PEKAN: "Pemandu ini berhenti rehat nanti, aku nak tegur. Bas ini terlalu laju...aku seram," itulah keluhan terakhir Ismail Naqiuddin Hamdan, 25, kepada rakannya sebelum dia mati lemas apabila bas ekspres Transnasional dinaikinya melanggar penghadang jalan dan terjunam ke dalam tali air di Kilometer 20, Jalan Pekan-Nenasi, dekat sini, malam kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, bas ekspres yang membawa 33 penumpang dalam perjalanan dari Johor Bahru, Johor ke Kuantan turut mengakibatkan empat penumpang wanita cedera dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.


Penumpang bas lain yang cedera ringan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Pekan (HP), di sini, sebelum dibenarkan pulang.

Ismail yang berasal dari Taman Cenderawasih, Kuantan, menaiki bas ekspres berkenaan bersama rakannya, Shukri Zahat, 25, untuk pulang ke Kuantan selepas tamat menghadiri kursus teknologi maklumat di Senai, dekat, Johor Bahru.


Mengimbas kejadian, Shukri yang duduk di belakang Ismail Naqiuddin berkata, arwah sempat memberitahu kepadanya bahawa dia berasa tidak sedap hati berikutan bas itu dipandu laju.


Menurutnya, tidak sampai lima minit selepas arwah mengeluh demikian, bas ekspres berkenaan merempuh penghadang di kiri jalan sebelum terjunam dalam tali air menyebabkan arwah tercampak ke depan.

Katanya, dalam keadaan cemas dan gelap-gelita, dia cuba mencari arwah namun gagal berikutan bas ekspres berkenaan mula dimasuki air menyebabkan dia terpaksa bertindak memecahkan cermin dalam usaha untuk menyelamatkan diri.


"Ketika itu keadaan amat cemas dan sebahagian penumpang menjerit malah ada yang menangis kerana ketakutan sebelum keluar menyelamatkan diri melalui pintu kecemasan serta cermin yang dipecahkan.

Katanya, dalam keadaan cemas dan gelap-gelita, dia cuba mencari arwah namun gagal berikutan bas ekspres berkenaan mula dimasuki air menyebabkan dia terpaksa bertindak memecahkan cermin dalam usaha untuk menyelamatkan diri.


"Ketika itu keadaan amat cemas dan sebahagian penumpang menjerit malah ada yang menangis kerana ketakutan sebelum keluar menyelamatkan diri melalui pintu kecemasan serta cermin yang dipecahkan.

"Saya juga berasa tidak sedap hati dan terkilan kerana kata-kata arwah mahu menegur pemandu itu supaya memperlahankan kenderaan tidak kesampaian," katanya ketika ditemui, semalam.


Seorang lagi penumpang, M Marippan, 19, berkata dia yang duduk di barisan belakang cedera di dagu dan tangan sebelum keluar menyelamatkan diri melalui cermin yang dipecahkan pemandu bas.


Menurutnya, dia dan bapanya pulang ke Kuantan untuk menyambut Deepavali bersama keluarga bersyukur kerana terselamat namun pengalaman terbabit dalam kemalangan menaiki bas mungkin tidak dapat dilupakan selama-lamanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, mayat mangsa lemas terbabit dihantar ke HP untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya pagi semalam.


Sumber Lain,

KERING air mata menangisi pemergian orang yang tersayang. Impian untuk bersemayam di mahligai bahagia kini bertukar menkadi pelamin kaca yang terhempas. Lumat dan leburlah segala harapan.

Bakal bernikah pada 11 November ini (hanya tinggal enam hari) Nurul Hana Abu Hasan, 25, tentu tergamam sebaik mendengar berita sedih itu.

Namun dikuatkannya hati, lalu bergegas ke tempat kejadian, di KM20, Jalan Pekan-Nenasi untuk melihat sendiri pemergian tunang tersayang.

Dan sungguhlah apa yang dikhabarkan. Tunangnya yang tersayang, Ismail Nakayuddin Hamdan, 25, disahkan terkorban apabila bas ekspress Transnasional yang dinaikinya malam semalam, terbabas lalu termasuk ke dalam tali air menyebabkan dia meninggal di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman, mengesahkan kematian Ismail yang beralamat di Taman Cenderawasih, Kuantan. Dia dipercayai lemas apabila air dan lumpur memasuki bahagian dalam bas yang terbabas.

Turut cedera parah dalam kemalangan bas yang membawa 33 penumpang itu ialah dua penumpang wanita yang belum dikenalpasti. Pemandu bas itu selamat, tetapi dia kini ditahan polis.

Namun cerita sedih Nurul Hana yang kehilangan tunang tercinta yang bakal dinikahi pada 11 November ini siapakah yang sudi mengongsinya? Bolehkah pemandu bas ekspress itu merasai dukacita di dalam hati seorang wanita yang kehilangan orang tersayang hanya beberapa hari sebelum mereka berada di atas pelamin?

P.s:Al Fatihah Buat Mangsa Yang Terkorban - Ismail Naqiuddin Hamdan

P.p.s: Siyes Aku dah Start Takut Naik Bas.. Tak Kira La Bas Ekspres Ke, Bas Mini Ke Mahupun Basikal...!!!

P.p.p.s:Ikut Rasa,Binasa.Ikut Hati, Mati. Ikut Perasaan, Jadi Macam Video Bawah Ni...



Kemalangan Bas di pekan pahang,kemalangan bas transnasional,Isu Semasa, kemalangan bas, kemalangan bas di Jalan Pekan Nenasi,gambar kemalangan di Jalan Pekan Nenasi, gambar kemalangan di tali air,gambar kemalangan dipahang,gambar kemalangan semalam,gambar kemalangan di kilometer 20 pahang,gambar kemalangan terbaru,video gambar kemalangan,
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

Nantikan 'Perutusan’ Filem 2 Alam Dari Dr Rozmey Di Kaca Tv Korang Esok

Posted: 05 Nov 2010 07:31 PM PDT

Salam Buat Semua, Buat Julung Kalinya Dalam Sejarah Perfileman Malaysia,"Perutusan" Tarikh Filem Ditayangkan Dipawagam DiSiarkan Di Kaca Tv.. Dah Macam Perutusan Hari Raya La Pulak Aku Tengok... Kuikuikui.. Nampaknya, Dr Rozmey Ni Bersungguh-sungguh Mempromosikan Filem Pertamanya Yang Di War-warkan Olehnya Bakal Menjadi Filem Pertama Pecah Punggung Panggung Dengan Kutipan Sebanyak RM40 Juta.. Boleh Ke ? Read More...!!!



Dengar Citer, Banyak Wartawan Yang Geleng Kepala Dan Kecewa Selepas Menonton Movie Screening Filem 2 Alam Baru-Baru Ni.. (Sila Rujuk Sini) Apapun, Kita Tunggu Je La 18 Nov Ni Okey.. Bukan Tunggu Untuk Tengok Citer Ni La... Tunggu Birthday Aku... Yeah... Hadiah Please...!!! Hehehehe...

Sila Klik "Buka" Untuk Membaca Berita Penuh...

Spoiler:
BELUMPUN reda kita dikejutkan dengan sasaran RM40 juta filem 2 Alam, Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) selaku produser mahu membuat kejutan baru esok (7 November) serta projek 2011 syarikatnya.

Ketika ditemui di pejabatnya di Jitra, Kedah, DDR mahu orang ramai tunggu depan televisyen esok kerana dia akan membuat kejutan itu, tetapi tidak mahu menceritakan secara terperinci memadailah perutusan khas caranya tersendiri.

"Intro kata-kata saya di televisyen esok begini, "Saya Datuk Dr Rozmey pemegang label Dr Rozmey ingin mengisytiharkan..." Perutusan dalam 52 saat itu bukan bertujuan menyinggung mana-mana pihak, cuma ia lebih berunsur gimik untuk tarikan filem sulung saya. Jika perutusan berbentuk iklan itu mencetus kontroversi, saya tidak hairan kerana ia samalah seperti sasaran RM40 juta yang masih bingung difikirkan orang boleh atau tidak," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd juga penerbit dR Movie Production itu berkata idea membuat perutusan seperti aksi penyimpan besar mohor raja-raja itu tercetus apabila memikirkan filem 2 Alam akan memulakan tayangan pada hari kedua Aidiladha.


"Saya membuat perutusan awal seminggu sebelum tayangan supaya orang ramai khususnya peminat filem tempatan bersedia ke pawagam," katanya.


Cuma tinggal 12 hari lagi filem 2 Alam akan ditayangkan di 85 panggung di tanah air termasuk Singapura dan Brunei bermula.

Sekalipun filem itu yang akan berentap dengan Harry Potter itu belum teruji lagi di pawagam, DDR sudah merangka beberapa projek terbaru untuk tahun depan yang disifatkan sebagai transformasi global supaya penggiat filem tempatan berjiwa besar sekali gus mencontohi apa yang dilakukannya.

"Jika 2 Alam saya mengundang dua pelakon luar, Aaron Aziz dan Shuhaila Salam dari Singapura, Untuk projek 2011, saya mahu menawarkan Pamela Anderson berlakon dalam filem saya. Pihak produksi saya sudah merangka beberapa projek baru yang akan kami laksanakan secara usaha sama.

"Sebagai permulaan saya akan berusaha untuk menjalani usaha sama dengan penggiat filem Thailand. Perkembangan filem negara jiran kita sebelah utara itu kian mendapat perhatian antarabangsa. Melalui filem usaha sama kelak dapat kita selitkan bintang ternama Hollywood itu nanti. Untuk projek sulung usaha sama begini, saya mensasarkan filem bercorak aksi dan kita maklum selain mistik filem Thailand sinonim dengan filem aksi" katanya.

Tidak dapat kita bayangkan jika impian DDR berjaya menyunting bintang seksi Baywatch itu, pastinya ia menjadi fenomena baru dalam filem Melayu.

Bertambah menarik jika dapat diselitkan adegan Pamela mencuba Jus Mate 5 untuk kesegarannya sejajar dengan tagline produk DDR, World Brand.

Belum setahun jagung menjadi produser, DDR mulai merasai getirnya tersendiri berbanding bisnes Jus Mate 5.

Sasaran RM40 juta yang dilaungkan itu menjadi persenda segelintir pihak bahkan tidak kurang menyifatkan dia menerbitkan filem tidak serius sekadar untuk 'test market' semata-mata.

"Tidak terlintas untuk saya test market dalam filem tetapi mahu membuat transformasi baru untuk penggiat filem mencontohinya. Saya tidak mahu jadi produser beria-ria menyebut setahun nak terbit sepuluh filem, untuk syarikat saya memadailah setahun, kami dapat terbitkan satu filem saja.

"Biarpun pun satu filem, ia menjadi bualan ramai, itu yang saya mahu. Umpamanya filem 2 Alam ini, di merata ceruk ramai yang memperkatakan sasaran RM40 juta itu. Saya sedar ada yang memperlecehkan impian saya itu tetapi salahkah jika saya mempunyai jiwa besar. Saya bukan Mat Jenin yang berangan-angan tanpa berusaha, sebaliknya saya memerah keringat sendiri, keluar wang sendiri bukan minta bantuan sesiapa untuk filem saya. Saya ada kapasiti seperti idea dan wang untuk menggapai impian saya, justeru saya harap pihak lain yang cuba perlecehkan saya kena ada integriti.

"Mengapa kita takut untuk bercakap filem Melayu mensasarkan RM40 juta. Ia samalah ketika PM dulu, Tun Dr Mahathir mahu mendirikan Menara Berkembar Petronas menjadi bangunan tertinggi di dunia, ada yang persenda impiannya itu. Bagi saya apabila impian sudah disemat seperti mahu filem kita cecah RM40 juta, atas daya keringat kitalah untuk direalisasikan. Saya yakin berkat usaha dan doa tidak mustahil ia menjadi realiti," katanya. - hMetro

Dr Rozmey Cakap Nak Buat Kejutan Perutusan Ini Di Kaca TV Esok,Tapi, Aku Rasa Daripada Bulan Lepas Aku Dah "Terkejut Beruk" Tengok Video Perutusan Ni.. Sebab,Dari Bulan Lepas Lagi Dah Aku Upload Video Ni Kat Facebook Fan Aku <--Korang Dak "Like" Ke Blom ?. Tatau La Kalau Yang Esok Tu Video Yang Lain Dan Lebih "Mengejutkan". Tapi Cara Dia Bagi Klu Tu Macam Yang Ni Je... Layanzzzz.....!!!! Amaran : Lemah Jantung Jangan Tengok..!!! Takut Terkejut...!!!







Apamacam...? Terkejut Tak...? Terkejut Tak...? Hehehe....

P.s:Sekurang-kurangnya Dia Berjaya Membuat Sesuatu Pembaharuan Dalam Industri Perfileman Malaysia... Tak Gituw...?

P.p.s:Kalau Wartawan Geleng Kepala, Aku mesti Hantuk Kepala Kat Lantai Simen... Hehehehe..

P.p.p.s: Pendapat Korang Pasal Perutusan Filem Sebegini.. Ok Ke Tak ?





LABEL
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.