Adsense

Jumaat, 2 Julai 2010

Sensasi

Sensasi


Kisah Awek Bogel naik Beca

Posted: 01 Jul 2010 10:10 AM PDT

Ada seorang awek berbogel menahan sebuah beca lantas menaiki beca tersebut.Sepanjang perjalanan, si tukang beca langsung tidak mengalihkan pandangannya dari menatap gadis tersebut.

Merasakan dirinya diperhatikan oleh tukang beca tersebut, gadis itu berkata "kenapa, tak pernah tengok perempuan bogel ke?""Bukan begitu, cik adik. Pakcik cuma tertanya tanya, dari mana wang tambang beca ni adik nak keluarkan" jawab tukang beca tu.:)

Gossip Panas Dari MB :Juara Realiti [TERLAMPAU] Pukul Bini Orang Sarat Mengandung lepas tue bersetubuh depannya

Posted: 01 Jul 2010 09:55 AM PDT

30 JUN 2010: Angin takde, ribut takde, tiba-tiba Murai Batu telah diberitahu tentang cerita panas seorang artis wanita yang telah dilahirkan daripada program realiti (bukan terbitan Astro).

Cerita panas ini cukup mengejutkan sebab si artis wanita juga merupakan seorang juara bagi sebuah program realiti yang disertainya itu dah mula tunjuk belang dan berperangai samseng macam perempuan jalang yang murahan.

Yelah, dahlah awak tu cuba nak rampas laki orang, lepas tu berani pulak nak 'bantai' isteri orang sesuka hati. Yang buatkan Murai Batu sedih dan geram tu sebab si suami perempuan tu pun sama naik jugak. Ikut sama bantai isterinya.

Astagfirullahalazim...Kurang ajar betul...Memang kurang ajar betul perangai si artis realiti ni yang tak sedar diri ni!

Yang si mangsa pulak sempat hantar kiriman SMS kepada bapa mentuanya sebelum diarebah dan tidak bermaya selepas dipukul teruk oleh si suaminya yang bengis yang juga adalah teman lelaki kepada si juara program realiti ini.

"Abah...saya baru je kene pukul dengan abang (suaminya) dan penyanyi itu. Lepas dia orang pukul saya, diaorang terus bersetubuh depan saya...".

Murai Batu dapat tahu cerita yang menyedihkan serta menyayat hati tentang si mangsa ini daripada saudaranya sendiri. Dia datang sendiri kepada Murai Batu untuk mengadu. Dalam masa yang sama, saudaranya mahu meminta keadilan terhadap kes yang melibatkan maruah si mangsa.

Jelas saudara mangsa lagi, mangsa yang dipukul itu baru saja selamat melahirkan anak perempuan di Hospital Sungai Buloh. Pun begitu, Murai Batu difahamkan, seminggu sebelum menerima melahirkan anak tersebut, mangsa telah dilaporkan menghilangkan diri untuk mencari suaminya di ibu kota sehingga tidak dapat dihubungi oleh pihak keluarga.

Tambah mengejutkan, sebelum menimang cahaya mata lagi, mangsa yang berasal dari Perak ini telah dipukul macam sampah serta didera oleh suaminya yang ketika itu tengah tangkap cintan dengansi artis realiti tersebut juga berasal dari negeri yang sama.

Bukti dan kesan pukul itu juga masih jelas kelihatan. Malah, keadaan mangsa sekarang ini lemah dan banyak kesan lebam dibahagian mata dan luka dibahagian tangan seperti dicucuh api rokok.

Yang paling mengecewakan adalah SMS dan babak pukul memukul ini dilakukan ketika mangsa dalam keadaan sarat mengandung lagi. Malah, ada juga saksi nampak si mangsa pernah dikejar suaminya kerana ingin melepaskan diri dari seksaan itu sampaikan air ketumbannya pecah.

Lebih memeranjatkan....artis berkenaan sekarang ini difahamkan sedang tersenyum lebar dengan meletakkan status di facebook dibawah tajuk 'tak sabar tunggu habis edah nak kahwin'. Dalam pada itu, selain bergaduh dengan mangsa, si artis genit ini juga ada menyerang adik mangsa dengan menghantar SMS berbau ugutan.

"Sebab aku ni artis lah aku boleh amik laki orang, bapa ko pun aku boleh amik," Begitulah kiriman SMS yang dihantar si artis baru yang perasaan popular ni kepada mangsanya yang telah dipukul sampai lebam.

Dalam kes ini, Murai Batu sudah pun mengetahui siapakah gerangannya si juara program realitri tersebut. Namun, Murai Batu masih menunggu bukti untuk dibawa ketengah. Yang penting, apa yang dilakukan artis ini sangat meloyakan serta memualkan. Malah, dia telah menggunakan statusnya sebagai artis itu ke arah jalan yang terkutuk dan salah. Murai Batu rasa, orang macam ni tak layak digelar artis, apa lagi dijadikan idola.


Murai Batu berharap pihak berkenaan dapat membalas perbuatan kedua manusia ini dengan adil sekali agar perkara sebegini tidak terjadi lagi. Murai batu juga harap perkara ini akan dibawa perhatian pihak polis. Biar si juara realiti program dengan kekasihnya si laki orang itu tahu yang langit tinggi rendah.


Sensasi:Sadisnyeerr...biar betul wujudnya org2 sebegini???dan pelbagai spekulasi dan siasatan dibuat oleh hazabedah sekalian ...
Klue2 yang diberikan oleh MB ialah,dat girl bukan Juara realiti TV ari Astro (AF)..so yg ada tggl lah dr terbitan TV3 dan RTM...pastinya melayu sebab sms dihantar kepada pak mertuanya dlm bahasa melayu..

Berasal dari perak..Walaupun Juara tetapi amatlah suam2 kuku sahaja..bahkan bukan suama org kenal dia..Sensasi pun tak kenal sbnarnye..

tp antara spekulasi yang dibuat oleh org ramai~ tentang siapakah Juara dari Perak

Konsert akhir Mystarz Lg musim ke-3 yang berlangsung di dewan Merdeka PWTC malam ini Ternyata persembahan ketiga-tiga finalis Mystarz Lg kali ini memang hebat dan meletop. Apiz, Tom dan Sarah ternyata berbakat, mereka bekerja keras bagi merebut gelaran juara Mystarz Lg musim ke-3 kali ini.. Tetapi keputusan lebih memihak kepada XXX (berasal dari Perak) kini sudahpun bergelar Juara Mystarz Lg musim ke-3.

tapi tak dapat disahihkan kebenarannye..memula sensasi ada teringat sapa lagi Juara Realiti TV perempuan? Stacy,Jac,Pija,...tak ramai sgt kans..Stacy sabah,Jac bukan melayu dan x suam2 kuku,Pija,sabah...

hee...tunggu je berita susulan nanti..

TP musykil la jugak Takkan TOM? dia kan dah ada anak lagipun dalam salah sebuah sosial network milik FC TOm,katanya dia benci lelaki kecuali anaknye jer..dan dia benci lelaki yg jahat..

hee... :P

Panas la Murai Batu nie,sapa sebenarnye gerangan hartis itew?mana la tau datang dari Rancangan Realiti RTM ker...

Keputusan Kes Dua Lelaki Islam Minum Arak 5 Ogos Ini

Posted: 01 Jul 2010 09:40 AM PDT

Sensasi:Sejak kebelakangan nie barulah kita dengar Org Islam yang minum arak dihukum...huhu..bagus la kans...takla berani membuta tuli menonggak botol arak tue dimana2 sahaja.. Tp sensasi musykil bagaimana pula dengan gambar2 artis,ahli politik dan ramai lagi yang bergambar menonggang arak tue...kan ke dah sahih ada bukti...ehee


KUANTAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menangguhkan ke 5 Ogos ini keputusan kes dua lelaki Islam yang didakwa secara berasingan meminum minuman keras.

Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus menetapkan tarikh itu bagi memberi peluang kepada Mohd Saifulnizal Zulkifli, 29, dan Mohamed Rezzal Mohamed Yussof, 24, melantik peguam selain membuat rayuan.

Kedua-dua tertuduh berkenaan hari ini mengekalkan pengakuan bersalah terhadap tuduhan itu.

Abdul Rahman berkata walaupun kedua-dua tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu, namun mahkamah memberi peluang kepada mereka untuk menarik semula pengakuan berkenaan kerana kes itu berat.

Mohd Saifulnizal dari Sungai Isap di sini didakwa melakukan perbuatan terbabit di kelab malam Horoscope di Sri Dagangan, Jalan Tun Ismail di sini pada 1.05 pagi 7 Feb lepas manakala Mohamed Rezzal dari Pasir Puteh, Kelantan, dituduh melakukan kesalahan yang serupa di tempat letak kereta sebuah pusat beli belah di sini pada 5.30 petang 13 Februari lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (pindaan 1987) yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun dan sehingga enam kali sebatan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya daripada Jabatan Agama Islam Pahang, Azwa Hanim Kamarulzaman.

Bekas Isteri AC Mizal Tak Boleh Ulas Kes Nafkah

Posted: 01 Jul 2010 09:27 AM PDT

Sensasi:So Ac tak mau Shafnie (Bekas Isterinya) mengulas tentang isu tersebut,maklumla nanti terjejas la nama baiknya,.maklumlah isu nafkah anak nie sensitif,tambahan pulak dengan kemewahan AC siap ada kereta mewah Bentley lagi..tp liat nak bayar nafkah anak2 nya yang dua org tue..kesian budak2 tue...masih kecil lagi....dah tue dia mintak kat mahkamah supaya Shafnie tak membawa kedua2 anak lelakinya itu dtg semasa perbicaraan??Why...tau pulak malu kat anak kans...



KUALA LUMPUR, 1 JULAI 2010 : Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, semalam, meluluskan permohonan perintah injunksi pelakon dan pengacara, AC Mizal bagi melarang bekas isterinya, Shafnie Zainudin daripada memberi kenyataan di luar mahkamah berhubung kes tuntutan nafkah dua anak mereka.

Dalam prosiding semalam, Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad turut membenarkan permohonan AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 39, bagi menghalang tiga media termasuk News Straits Times, Sinar Harian dan Utusan Malaysia daripada menyiarkan laporan berhubung kes berkenaan melainkan apa yang direkodkan mahkamah.

AC Mizal yang diwakili peguam Syarie, Siti Aishah Din hadir di Mahkamah sementara peguam syarie Norazmi Mohd Arif menerima keputusan bagi pihak Shafnie, 34. Dalam prosiding semalam, Abu Zaky berkata, permohonan injunksi itu dibenarkan kerana isu yang dibicarakan adalah sensitif.

Menurutnya, walaupun mahkamah bersetuju dengan pembelaan Shafnie bahawa AC Mizal gagal membuktikan reputasinya sebagai artis terjejas kerana kenyataannya di luar mahkamah, Abu Zaky berkata, injunksi itu perlu dibenarkan.

Tambahnya, mahkamah melihat kes itu sebagai prosiding yang berjalan dan sewajarnya ia tidak mendapat sebarang ulasan kerana boleh menghina mahkamah.

Bagaimanapun, Abu Zaky menolak permohonan AC Mizal untuk menghalang Shafnie daripada membawa dua anak mereka, Muhammad Shafiq Iman, 13, dan Muhammad Shabil Iman, 10, ke mahkamah.

"Mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk menghalang sesiapa daripada membawa sesiapa datang ke mahkamah," katanya.

Pasangan itu berkahwin pada 24 Jun 1995 dan dikurniakan dua cahaya mata sebelum sah bercerai pada 17 Oktober 2001.

Pelakon Juhara Ayob trauma terlanggar Perempuan Myanmar sampai mati

Posted: 01 Jul 2010 08:52 AM PDT

Sensasi: huhuhu...memang akan rasa trauma la kalau mayat mangsa siap terpelanting depan cermin kereta bersemburan darah..oh no...Macam mana hal ini berlaku,atau salah siapa tak tahulah...Juhara ckp dia tak sedar bila masa dia langgar,tau2 perempuan Myanmar tue dah ada atas kereta dia.dan kereta toyota Wish yang dipandunya kemek teruk di depan..fuh,mesti kuat rempuhannyer...

Tp kalau tempat kemalangan itu di jalan raya(buka kat tmpt pejalan kaki) atau bukan di lintasan pejalan kaki,mungkin Juhara terlepas dari hukuman...kene la tunggu berita selanjutnya nanti..


"Saya tidak tahu sama ada boleh bawa kereta lagi atau tidak," ujar dramatis, Juhara Ayob (gambar) yang masih trauma akibat terbabit dalam satu kemalangan maut kira-kira pukul 12.15 tengah hari semalam di Jalan Kuching dekat Pasar Borong Selayang.

Dia yang masih terkejut dengan tragedi itu sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Selayang Baru ke Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA) di ibu kota.

"Saya dalam perjalanan ke ASWARA kerana ada kelas pukul 1 petang, saya tak sedar bagaimana kehadiran mangsa kerana tiba-tiba sahaja saya sudah melanggarnya.

"Saya masih terkejut dan takut untuk memandu. Bukan sebab kereta saya hancur tetapi kerana mangsa tersebut meninggal dunia di tempat kejadian," jelasnya dalam nada sedih di sini semalam.

Juhara telah membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Bandar kira-kira pukul 6 petang tadi.

Bagaimanapun, dia yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish berwarna kelabu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mangsa seorang wanita dipercayai warga Myanmar sedang berjalan kaki telah mengalami kecederaan dalaman dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Penceraian Tidak Sah : Ida Nerina & Shahrin Masih Suami Isteri

Posted: 01 Jul 2010 08:37 AM PDT

Ida Nerina dan Shahrin semasa Ida masih belum lumpuh..


KUALA LUMPUR: Pelakon filem terkenal, Ida Nerina dan suaminya Sha'arin Mohd Razali masih lagi pasangan suami isteri yang sah.

Keputusan itu diputuskan oleh Hakim Syarie, Mohd. Yunus Mohamad Zin di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Sha'arin atau lebih dikenali sebagai Shahrin bekas anggota kumpulan muzik Blackrose selaku plaintif gagal membuktikan tentang lafaz cerai yang berlaku pada 22 September tahun lalu di rumah mereka di Petaling Jaya.

Ida hadir mendengar keputusan pengesahan lafaz cerai itu dengan ketiadaan Shahrin yang tiba lewat sehingga mahkamah selesai bersidang.

Kes berkenaan disebut di bawah Seksyen 55A Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984.

Kos mahkamah masing-masing akan ditanggung oleh mereka.

Menurut peguam Shahrin, Mahyuddin Md. Zahari, anak guamnya itu sedang dalam perjalanan ke mahkamah ketika perbicaraan berlangsung kerana sebelum ini dia dimaklumkan kes tersebut ditangguhkan.

Sebelum itu, hakim telah memberikan tempoh setengah jam sementara menunggu Shahrin hadir ke mahkamah. Bagaimanapun, dia tidak tiba mengikut masa yang ditetapkan.

Ida yang hadir berkerusi roda enggan memberikan sebarang komen ketika ditemui di luar mahkamah. Dia ditemani tiga rakan wanitanya termasuk aktres Nanu Baharudin dan Tania Khan (Amazing Race).

Pada 22 Januari lalu, Ida melalui peguamnya, Akhbardin Abdul Kadir bersetuju untuk diceraikan secara baik.

Ditanya sama ada Ida akan membuat permohonan untuk bercerai secara baik selepas ini, Akhbardin berkata dia belum menerima apa-apa arahan daripada anak guamnya itu.

Shahrin yang tiba kemudiannya terus menuju ke kantin mahkamah dan enggan memberikan sebarang komen.

Bagaimanapun, dia menerima keputusan hakim dengan tenang dan memerlukan masa untuk memikirkan perancangannya selepas ini.

Pada 23 November lalu, Shahrin turut memaklumkan kepada mahkamah yang dia tidak tinggal sebumbung dengan Ida sejak lebih dua bulan.

Pada Hari Raya Puasa kedua lalu, Shahrin didakwa telah melafazkan cerai terhadap pelakon filem 'Susuk' dan 'Anak' itu.

Episod penceraian itu dilaporkan berlaku akibat pergaduhan yang berlanjutan sehingga Shahrin tidak mampu mengawal emosi sehingga melafazkan cerai terhadap Ida.

Pada 21 Jun tahun lalu, Ida Nerina yang juga bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia musim ke-7 telah menjalani rawatan membetulkan tulang belakangnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat terjatuh ketika berada di rumah.

Kemalangan itu berlaku ketika dia menaiki tangga di ruang tamu rumahnya yang terletak di Persiaran Syed Putra, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 3 pagi.

Ida, aktres yang dilahirkan di Middlesex, England berkahwin dengan Shahrin pada 2 Jun 2006. Ini merupakan perkahwinan kedua bagi pasangan tersebut.

hasil perkahwinan itu mereka tidak mempunyai anak manakala Shahrin mempunyai dua orang anak iaitu Narissa, 14, dan Arman, 8, hasil perkahwinan pertamanya.


Sensasi:Huuu peliknyer camne penceraian ini boleh jadi tak sah??Shahrin beriya2 ckp yang dia dah menceraikan Ida sebelum nie siap sanggup bersumpah pada mahkamah yang dia pernah menceraikan ida..Cume Ida nerina cakap dia tak dgr Shahrin melafazkan Cerai...so maybe untuk mendapat satu penceraian yang jelas,Shahrin harus menceraikan Ida sekali lagi di dalam mahkamah...tue pun kalau dia masih nak menceraikan Ida...

tapi mcm mana kalau talak itu sbnarnye memang dah jatuh masa dia lafaz dulu and hakim plak kata tak jatuh...so hakim la tanggung dosa kalau derang still hidup mcm husband and wife..isk2..

Bunga Citra Lestari Enggan komen tentang Video Lucah Ariel dengannya

Posted: 01 Jul 2010 08:17 AM PDT




PENYANYI terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari (BCL) enggan memberi komen apabila timbul isu baru kononnya dia turut berkasi lucah dengan penyanyi Ariel.

BCL memilih untuk menumpukan perhatian kepada kandungan hasil perkahwinannya dengan Ashraf Sinclair yang telah berusia lima bulan itu.

Perkara tersebut disampaikan oleh ibunya, Emmy, ketika dihubungi detikhot.com semalam. Emmy juga menegaskan dirinya tidak percaya dengan adanya video porno antara BCL dan Ariel.

"Semasa bertemu pagi tadi, kami asyik berbual tanpa menyentuh tentang video itu. Bunga lebih menumpukan kepada kandungannya," kata Emmy.

Bagi Emmy, dia berasa agak aneh apabila video porno itu diedarkan di Menado dan bukannya di Jakarta.

"Kenapa mesti di Menado dan tidak di Jakarta?" tegas Emmy.

Emmy berharap isu video porno artis yang sedang heboh itu cepat diselesaikan oleh pihak polis.


Sensasi:Kenapa Bunga tidak menafikan kewujudan Video itu?adakah video itu betul2 wujud...manalah tau bila Bunga Menafikan tiba2 Video itu pulak yang disebarkan...huhu..Harap2 takda la Video tersebut...kesian kat dia dahla tengah hamil..nanti tensyen,terjejas baby dlm kandungan...huhu

Fasha Dan Jejai baru Declare bercinta semasa Jejai melawatnya dengan Helikopter

Posted: 01 Jul 2010 07:54 AM PDT

Sensasi:hehe..terasa lawak pula..nampaknya hati Fasha telah cair apabila Jejai dtg melawat Fasha dengan menaiki Heli...Kalau derang baru je kapel,so selama nie kira teman tapi mesra la kot... :P If its true love..then go for it gurl...jangan nanti de kontroversi lain...patutla skrg Fasha brani tweet mcm2 tentang lovernya....Semoga cepat2 la kahwin dpt baby comel2 dan tamatkan segala tohmahan dan gossip negative ttg Fasha... I still heart Fasha ~ wpun gambar di bawah nie agak annoying..tehehe...sape yg dipeluk si Marsha tue?


SELEPAS menafikan mempunyai hubungan intim, aktres Fasha Sandha akhirnya tidak dapat menyembunyikan bahawa hatinya telah terpaut kepada Rizal Ashram Ramli.

Mereka berdua dengan rasminya mengesahkan untuk menjadi pasangan kekasih di Pulau Lang Tengah, Terengganu pada 18 Mei lalu ketika Rizal atau lebih dikenali sebagai Jejai membuat kejutan dengan tiba menaiki helikopter semasa pelakon itu menjalani penggambaran drama bersiri Duyong Aridinata terbitan Zeel Production.

"Kesungguhan dia selama ini membuatkan pintu hati saya terbuka untuk menerimanya sebagai seorang kekasih. Saya memang benar-benar tersentuh hati kerana tidak pernah ada mana-mana lelaki yang berbuat sebegitu kepada saya. Kalau tidak kerana dia datang dengan helikopter pun saya akan terima dia," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran drama tersebut di Ampang hari ini.

Menurut Fasha, dia mengenali anak bekas Menteri Besar Perak sejak tujuh tahun lalu dan mula rapat selepas lelaki itu berpisah dengan pelakon Nora Danish pada 12 Ogos 2008.

Dia turut menolak dakwaan dia adalah perampas dan menjadi pemusnah terhadap rumah tangga pelakon itu.

Sebaliknya katanya, dia dan Jejai sebelum ini hanya sekadar berkawan biasa tanpa ada apa-apa perasaan.

Sebelum ini gosip hubungan mereka semakin kuat apabila dia dikatakan membuat pengakuan dilamar oleh Jejai pada 3 Januari lalu. Pengakuan tersebut dibuat menerusi laman sosial MySpace miliknya.

Namun, keluarga Fasha dikatakan menentang hasrat tersebut kerana bimbang keluarga Jejai tidak akan merestui hubungan mereka.

Bagaimanapun apabila bercakap soal kahwin, dia dan Jejai masih belum merancang untuk kearah itu. Apa yang penting, keluarga kedua-dua pihak telah mengetahui hubungan intim mereka.

Baru-baru ini, Fasha dihambat dengan kontroversi apabila timbul tuduhan aktres Tiz Zaqyah mengganggu kekasihnya itu. Namun tidak lama selepas itu, Tiz menafikan dakwaan tersebut.

Malah dia juga dilaporkan turut mengaitkan nama Tiz menjalin hubungan dengan aktor Fizz Fairuz sehingga menyebabkan hubungan pelakon itu dengan kekasihynya Almy Nadia terganggu.

Bagaimanapun, dia enggan mengulas isu berkenaan kerana menganggap perkara itu sudah berlalu.

"Saya tiada komen apa-apa tentang perkara itu," jawabnya ringkas sebelum meminta izin untuk berlalu pergi.