Malaysian Gossips, Rumours, Celebrities & Pictures Blog |
- Penggiat Makyung sedia bereksplorasi
- Imam muda ke pusat penyembelihan
- Angkat imej wanita
- Pancaindera ke PD lagi
- Buang bapa di rumah jagaan bukan Islam
- Pistol tepat pada muka
- Adik kejam
- Hanya pindah empat jam
- Laba Petronas susut 24.5%
- Penumpang berdiri dalam pesawat
- Lydia tak sorok perkahwinan
- Terharu tengok kucing dipukul
- Alif Satar Cedera Terjatuh Bermain "Skateboard"
- Zach Hampir-Hampir Diserang Penyakit Gara-Gara Direndam
- Duyong Aridinata Dijangka Meletup
- Rabecca Tidak Hipokrit Kerana Nama
- Ning Belajar Bangkit Semula Jadi Penghibur Berjaya
- Tiga Lagu Iringi Setiap Peserta Mentor 4
- Karim Serahkan Koleksi Karya Habsah Hassan
- KD Bernikah Oktober Ini
- Kristen Stewart Tidak Mahu Jadi Angelina Jolie
- Penghuni Rumah Titian Kasih Tinggal Bersesak Selepas Berpindah
- Fasha kunci mulut
- Janji konsert terbaik bersama OSK
- Beri kami ruang dan privasi - Rizal
Penggiat Makyung sedia bereksplorasi Posted: 01 Jul 2010 08:56 PM PDT
Banyak elemen kebudayaan dan kesenian masyarakat yang diperturunkan dari generasi ke generasi, kian berubah malah terus pupus oleh perubahan nilai, norma dan cara kehidupan masyarakat. Tidak terkecuali menerima tamparan itu ialah kesenian Makyung dari Kelantan. Menyedari hakikat itu, Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) sedang giat berusaha untuk memelihara warisan budaya ini dengan menggalakkan penyertaan aktif daripada generasi muda. Selain itu, Ketua Pengarah Datuk Norliza Rofli, menjelas lebih lanjut lagi mengenai usaha untuk memastikan kelangsungan Makyung. "Kita perlu mencari jalan untuk menjadikan Makyung relevan hari ini dan terus mekar pada hari-hari seterusnya. Kita mahu kesenian tradisi ini hidup kekal dan berterusan dan para penggiatnya boleh 'cari makan' hasil daripada kepakaran mereka dalam kesenian ini", kata Norliza. Beliau berkata demikian pada Seminar Eksplorasi Makyung 2010 baru-baru ini yang objektifnya untuk mencari pembaharuan dalam persembahan Makyung dalam pelbagai aspek seperti pementasan, skrip, koreografi, disiplin pemain Makyung, teknikal, bahasa dan tempoh masa persembahan. Survival pemain Makyung Persoalannya, bolehkah mereka mengubah dan berubah jika ingin terus kekal? Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik UiTM, Prof. Dr. Hatta Azad Khan sewaktu membincangkan kertas kerjanya bertajuk 'Eksplorasi dan Lestari Seni Makyung' berpendapat sungguhpun permainan seni tradisi seperti wayang kulit dan Makyung masih digemari di Kelantan, realitinya para seniman teater tradisional ini sentiasa menghadapi masalah kewangan. "Mereka ada keluarga yang hendak disara. Dengan pendapatan yang tidak menentu, mereka tidak boleh 'survive' dengan hanya semata-mata menjadi seniman rakyat," tambahnya. Menurut Prof Hatta, para penuntut universiti yang menjalankan kajian mengenai seni ini berhadapan dengan keluh kesah yang memilukan, yang antaranya masyarakat tidak berminat, para penggiat yang sudah lanjut usia dan tiada kumpulan pelapis. Paling utama ialah tiada sebarang inovasi atau idea kreativiti baru dalam struktur persembahan, tiada sebarang pembaharuan dari aspek penggunaan teknologi bunyi dan pencahayaan, tiada kumpulan pengurusan yang memahami kaedah perancangan, dan akhir sekali persembahan yang dibuat adalah untuk tontonan golongan penonton yang sama. "Atau adakah kerana seni yang mereka amalkan itu rendah nilainya dan masyarakat moden hari ini merasa 'malu' menjadi sebahagian daripada penontonnya? "Transformasi tidak bermakna berubah secara total. Format dan konvensinya dikekalkan dengan gaya dan teknik penyampaian yang ditambahbaik. Dan boleh mencontohi Jepun dengan pembinaan sebuah panggung nasional khusus untuk Makyung," jelas Hatta. Kurang bersetuju dengan pendapat yang menyalahkan bentuk hiburan lain apabila teater tradisional tidak mendapat sambutan, Prof Hatta berpendapat dalam dunia moden hari ini, apa sahaja yang memerlukan kehadiran penonton atau pengguna yang membeli atau membayar, itu adalah produk yang memerlukan strategi pemasaran. Lebih tepat lagi produk tersebut memerlukan iklan dan promosi serta suntikan dana sama ada dari pihak kerajaan mahupun NGO. "Kuala Lumpur telah lama diwar-warkan sebagai kota budaya. Sudah sampai waktunya ia cuba menandingi Jepun (Tokyo) dan Korea (Seoul). Jabatan juga harus memainkan peranan menasihati kementerian dan agensi-agensi berkaitan bidang seni seperti Istana Budaya dan Aswara agar memberikan tumpuan memartabatkan kesenian tinggi dan bukan budaya popular," sarannya kemudian. Cubaan eksplorasi
Bagi yang belum mengenali Makyung, di dalam pementasannya, setiap dialog pemain watak merangkumi cerita, perwatakan, latar tempat dan latar masa. Jika tumpuan penonton hilang seketika, maka hilanglah penghayatan cerita yang sedang dipersembahkan. Malah bahasa yang digunakan mungkin kurang difahami oleh penonton yang tidak menguasai dialek Kelantan. Tambahan pula, persembahan asal Makyung tidak menggunakan set atau 'scenery' tetapi menggunakan prop seperti rotan berai yang dipegang pakyung dan parang yang dipegang oleh peran. Kaedah eksplorasi yang dicadangkan oleh pembentang Zulkifli Ab. Rashid atau Zulrashid ialah dengan menambahkan peranan sinografi di dalam persembahan Makyung. Beliau yang pernah menggalas tugas-tugas utama di dalam persembahan di Istana Budaya seperti Pengarah Artistik, Pereka Cahaya dan Pengurus Pentas berpendapat dengan menggunakan teknik-teknik sinografi yang berkesan seperti rekaan set, props, cahaya, audio, multimedia dan kesan-kesan khas yang lain, dapat memberi kesan yang lebih mendalam malah membantu penonton yang kurang menguasai dialek Kelantan memahami cerita yang disampaikan. Penanda aras
Mungkin ada yang tidak yakin bahawa Makyung boleh dipentaskan dalam rupa yang berbeza. Namun, percubaan yang dilakukan oleh The Actors Studio di bawah sokongan serta kerjasama JKKN menerbitkan Makyung Titis Sakti (MTS) pada tahun lepas boleh dijadikan penanda aras yang baik untuk masa depan Makyung. MTS adalah sebuah pementasan Makyung dengan menggunakan sebuah naskhah baru karya bersama Norzizi Zulkifli dan Nan Megat yang berinspirasikan dari naskhah A Midsummer's Night's Dream (MSND) oleh William Shakespeare. Selain dibarisi pelakon muda berbakat besar, ia turut disokong oleh tenaga produksi kreatif sebagai pereka set, pengarah muzik, koreografer, pereka tatacahaya dan pereka kostum. Hasilnya, MTS 'full house' selama lima malam pementasannya dan ditonton oleh khalayak berbilang bangsa. Bagaimana ia boleh berjaya? Menurut Norzizi, pengadaptasian naskhah Shakespeare kepada MTS dilakukan kerana merasakan banyak elemen di dalam skripnya yang mempunyai persamaan dengan watak-watak Makyung. "Cerita Makyung banyak berkisar tentang cerita-cerita raja. Ditambah pula dengan watak supernatural seperti dewa-dewa dan cerita Makyung yang lazimnya mempunyai unsur-unsur magis. Jadi, sebagai pengarah, saya kira naskhah ini sesuai dipersembahkan dalam bentuk Makyung," jelasnya. Menurut Norzizi, proses adaptasi MSND kepada MTS membolehkan watak-watak dalam karya Shakespeare muncul sebagai watak-watak seperti yang terdapat dalam persembahan Makyung iaitu watak pemerintah sebagai Pakyung, heronya sebagai Pakyung Muda, permaisuri sebagai Makyung, heroinnya sebagai Puteri Makyung. Manakala orang suruhan raja atau pelawak dijadikan watak peran tua dan peran muda, dayang-dayang yang terdiri daripada gadis-gadis manja sebagai penari dan pengiring Makyung atau puteri Makyung dan watak supernatural jahat sebagai jin dan supernatural baik sebagai alim ulama dari kayangan. Bagi mengekalkan falsafah Makyung, gerak tari dikekalkan sepenuhnya sewaktu tarian mengadap rebab. Norzizi masih mengekalkan peralatan muzik asal Makyung tetapi ditambah dengan peralatan muzik moden seperti keyboard, percussion dan chime. Juga terdapat lagu baru yang dicipta pengarah muzik bagi disesuaikan dengan pementasan. Pihaknya turut memberi penekanan dan penambahan kepada kostum pelakon-pelakonnya dengan penataan cahaya yang membantu menaikkan lagi mood persembahan. Kejayaan tersebut mungkin boleh dijadikan permulaan kepada perubahan di dalam pementasan Makyung. "Pada saya Makyung boleh muncul dalam pelbagai cara, sama ada yang asli mahupun yang terkini. Tidak bermakna kesenian itu akan rosak oleh eksplorasi baru yang dilakukan kerana evolusi pasti akan berlaku terhadap sesuatu bentuk kesenian. Selain teks cerita, bahasanya juga boleh dipelbagaikan dan dikembangkan kepada bahasa Melayu dan Inggeris. Malah terpulang kepada produksi untuk mengekalkan lagunya dalam bahasa asal atau diubah. | ||
Imam muda ke pusat penyembelihan Posted: 01 Jul 2010 08:55 PM PDT
MINGGU demi minggu, yang masih tinggal di gelanggang pembelajaran membentuk sahsiah bakal imam yang sejati, hanya berbaki lapan orang sahaja lagi. Tentu sahaja tuntutan menyempurnakan tugasan apabila melangkah ke fasa yang lebih tinggi bukan sesuatu yang ringan dan boleh dipandang enteng. Tugas menyembelih tidak boleh diambil mudah dan banyak perkara yang perlu dititik beratkan. Dari segi hukum, tertib dan cara penyembelihan segalanya perlu diberi perhatian sewajarnya apatah lagi apabila haiwan yang disembelih itu akan dimakan oleh orang muslim. Menyedari betapa pentingnya pengetahuan dan tertib penyembelihan, peserta Imam Muda kali ini didedahkan dengan operasi pemeriksaan penyembelihan di beberapa pusat penyembelihan di ibu kota. Operasi dilakukan sekitar pukul 1 pagi itu turut disertai oleh beberapa penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang terlebih dahulu memberi taklimat serta panduan sebelum memulakan serbuan. Operasi bertujuan memastikan pusat-pusat penyembelihan yang terlibat mengikuti prosedur serta hukum penyembelihan sebenar mengikut syarak. Peserta yang masih kekal dalam program terbitan saluran Oasis (saluran 106, Astro) ialah Amiril Md. Banin, 25; Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan, 26; Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 26; Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27 dan Muhammad Khairul Azhar Ghazali, 21. Tidak ketinggalan ialah Nik Muhammad Adib Md. Amin, 22; Nuri Ali Arbain, 25 dan Mohd. Taufek Mohd. Noh, 27. Daripada situ, pengetahuan serta kepekaan peserta Imam Muda mengesan kesalahan serta pelbagai aspek kekurangan yang tidak menepati syarak bakal teruji. Disinilah peserta Imam Muda menjalankan tanggungjawab mereka dalam memberi khidmat nasihat yang sewajarnya dalam waktu yang sama memberikan kaunseling kepada pemilik premis agar kesalahan yang sama tidak berulang lagi pada waktu akan datang. Menjalankan serbuan berdasarkan informasi yang diterima oleh pihak Jawi, serbuan dimulakan dengan soal siasat terhadap pemilik premis. Ini termasuklah pemeriksaan keatas barangan, peralatan serta mesin-mesin yang diguna pakai oleh sesebuah premis sepanjang menjalankan aktiviti penyembelihan. Selain itu, cabaran yang diberikan kepada peserta Imam Muda ialah menguji sejauh mana kefahaman serta pengetahuan amali yang telah disampaikan oleh tenaga pengajar diaplikasikan kepada aktiviti penyembelihan. Inilah yang bakal dinilai oleh tenaga pengajar mereka kerana tidak kesemua pelajar Imam Muda sebelum ini berpengalaman melakukan aktiviti penyembelihan. Pengetua Imam Muda, Datuk Hassan Mahmood ketika dihubungi Hits memberitahu, tugasan ini sengaja diberikan kepada mereka bagi memastikan mereka mampu mengaplikasikan setiap ajaran yang diberikan dalam kelas sebaik mungkin. "Minggu ini mereka menunjukkan kebolehan dan kefahaman masing-masing dalam tugasan penyembelihan. "Kebenaran daripada pihak Jawi, ialah haiwan berkaki dua jadi kita memilih ke premis penyembelihan ayam bagi melaksanakan tugasan Imam Muda pada minggu ini. "Dari segi hukum, rukun penyembelih serta adab mereka ketika melakukan penyembelihan diberikan pemarkahan," katanya. Ini termasuklah menggunakan pisau yang tajam ketika menyempurnakan penyembelihan, menghadap kiblat serta tidak menyakiti haiwan. Tambah Hassan, prestasi serta pemarkahan yang dinilai daripada tugasan yang dilakukan oleh mereka sangat hampir antara satu sama lain. Ini kata Hassan, berkemungkinan kerana ada antara mereka telah mempunyai pengalaman menyembelih maka markah yang mereka terima masing-masing tidak jauh berbeza. "Biarpun markah yang diperolehi hampir sama, namun penyingkiran pasti akan berlaku. "Kerana itu sudah diberitahu sedari awal rancangan ini bersiaran. "Untuk tugasan minggu ini, apa yang mengurangkan markah mereka ialah beberapa kesalahan seperti tidak memegang haiwan yang hendak disembelih dengan betul, tangan menggigil, serta mutu penyembelihan yang tidak sempurna," katanya. | ||
Posted: 01 Jul 2010 08:54 PM PDT
JIKA di Hollywood, banyak drama bersiri yang mengisahkan kumpulan wanita yang berkongsi kisah suka-duka dalam menempuhi kehidupan seharian di ibu kota diterbitkan. Desperate Housewives, Lipstick Jungle, Sex And The City merupakan antara drama bersiri yang berjaya mengetengahkan wanita sebagai watak utamanya. Drama-drama tersebut memainkan kisah wanita yang datang dari pelbagai latar-belakang, konflik dan rahsia di sebalik kehidupan mereka yang menarik lalu membuatkan penonton melekat di kaca televisyen. Kini, menggunakan formula yang sama, Astro tampil dengan sebuah drama bersiri yang berkisar kehidupan empat jelitawan yang terdiri daripada Lisa Surihani, Julia Ziegler, Chermaine Poo dan Linda Hashim. Bezanya, jika drama Hollywood itu penuh glamor dengan pakaian yang serba seksi dengan wanita-wanita yang sentiasa berani berfesyen, sentuhan pengarah Faizal Ishak dan Joyce Lee berkali ganda sopan, dengan menampilkan wanita-wanita bertudung sebagai pendukung drama ini. Nama drama ini, Tudung Ekspres, sudah cukup menerangkan karakter watak utama bagaimana yang akan dibawa mereka dan yang pastinya manis bertudung. Drama bersiri 30 minit ini bakal menemui penonton pada setiap hari Khamis pada pukul 9.30 malam bermula 8 Julai ini menerusi Astro Prima (saluran 105, Astro). Drama bersiri 13 episod ini mengisahkan kehidupan empat orang wanita bertudung yang memiliki watak dan kisah tersendiri. Tudung Ekspres memberi peluang untuk penonton menyelami pelbagai isu dan emosi yang dialami keempat-empat wanita bertudung ini dalam mengejar kebahagiaan hidup di samping mengetengahkan isu-isu semasa yang berkait rapat dengan imej dan perwatakan mereka. Ujar Faizal, imej wanita bertudung diangkat dalam drama terbarunya ini kerana bagi membetulkan tanggapan sesetengah orang yang wanita bertudung ini sedikit mundur kerana banyak pantang-larang dalam kehidupan mereka. Katanya, lazimnya wanita bertudung disalah tidak berfikiran terbuka dan tidak berani memajukan diri. Hakikatnya bagi pengarah itu, mereka seperti juga wanita lain bersemangat dan bercita-cita tinggi, memiliki kehidupan yang menarik. Namun Faizal mengakui, apa yang membezakan golongan ini mereka bertudung dan begitu menitik berat soal imej dan personaliti. "Kami membawa kisah ini secara bersahaja, seperti norma wanita bertudung di bandar sekarang di mana mereka menjadi diri sendiri agar penonton tidak rasa seperti ditipu. "Ekspres dalam tajuk drama ini merupakan metafora yang digunakan di mana wanita-wanita ini sentiasa maju kehadapan walaupun bertudung keran ia tidak membataskan niat murni mereka. "Selain itu, tempat pertemuan keempat-empat watak utama ini di dalam sebuah tren komuter lalu mereka menjadi sahabat juga menerangkan maksud 'ekspres' itu," ujarnya ketika ditemui pada sidang akhbar Tudung Ekspres baru-baru ini. Menjalani pengambaran di dalam komuter, krew produksi ini telah bergerak dari pusatnya di KL Sentral, Kepong malah sehingga ke tanjung Malim, Perak. Tambah Faizal, Lisa, Linda, Julia serta Charmaine dipilih menerajui watak utama walaupun mereka tidak bertudung kerana bagi memudahkan babak-babak yang dilakonkan di rumah. Terangnya, jika mereka memilih yang sedia ada bertudung, ia akan menimbulkan sedikit masalah dimana mereka ingin menjadikan drama ini secara realiti yang mungkin. | ||
Posted: 01 Jul 2010 08:51 PM PDT BAGI anda yang tidak tahu untuk ke mana Sabtu ini, apa kata anda datang ke Dataran Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sama-sama memeriahkan Konsert Mini Pancaindera yang akan berlangsung di situ. Konsert yang akan diadakan pada 3 Julai bermula pukul 8.30 malam menampilkan hampir 10 orang artis popular tanah air yang akan menghiburkan pengunjung-pengunjung yang hadir pada malam tersebut. Barisan artis yang sudahpun mengesahkan akan membuat persembahan termasuklah Amir Ukay's, Aril (AF6), Imran Ajmain, Azza Elite, Roslan Shah, Amyza Aznan, Razali Hussain, Amylea Azizan, Farahdhiya dan ramai lagi Pada awal Mei yang lalu, Konsert Mini Pancaindera sudahpun singgah di Dataran Teluk Kemang dan mendapat sambutan di luar dugaan dengan kehadiran hampir 30,000 pengunjung. Kehangatan Konsert Mini Pancaindera diteruskan pula di Johor Bahru (30 Mei) dan di Bentong, Pahang, hujung minggu lalu yang menyaksikan sambutan luar biasa penduduk setempat. Konsert Mini Pancaindera diadakan sempena Karnival Port Dickson 2010 pada 2 hingga 4 Julai ini. Sebagai pantai peranginan popular di Malaysia, Dataran Sri Kemang bakal menjanjikan kehangatan apabila seramai 70,000 pengunjung dijangka hadir menyerbu karnival tiga hari itu. Apatah lagi dengan pelbagai acara telah dirangka, karnival anjuran Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Sembilan dan disokong Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Port Dickson itu bakal menyediakan pelbagai acara kepada pengunjung. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan, Datuk Mohammad Razi Kail, beliau yakin, penganjuran kali ini dapat menarik lebih ramai pengunjung berbanding tahun lalu. Pihaknya menawarkan hadiah wang tunai kira-kira RM30,000 untuk pemenang-pemenang dalam pelbagai acara yang disediakan. Sementara itu, Konsert Pancaindera yang dibawa khas oleh akhbar Mingguan Malaysia bakal menjadi tarikan kepada warga Malaysia untuk datang ke Port Dickson sambil menikmati keindahan dan pantainya yang bersih," jelasnya lagi. "Antara aktiviti menarik yang disediakan termasuk Pesta Pancing Port Dickson, konsert artis-artis popular, karaoke idol dan pertandingan mewarna kanak-kanak tadika. "Selain itu, pengunjung juga boleh beriadah selain menyaksikan acara pertandingan congkak terbuka yang melibatkan penyertaan 200 peserta. "Saya berharap karnival yang diadakan tahun ini mampu menarik pelancong dalam dan luar negara bagi merancakkan lagi kempen promosi di pantai peranginan popular di Malaysia. "Apa yang penting, melalui karnival ini, ia dapat menyedarkan rakyat mengenai kepentingan menjaga khazanah alam semula jadi terutama dari segi kebersihan dan mengekalkan keasliannya," kata Mohammad Razi lagi. Pada karnival itu, pantai Teluk Kemang di Batu 8 bakal menjadi tumpuan kaki pancing apabila pertandingan memancing menawarkan hadiah keseluruhan wang tunai lebih RM20,000. Selaku wakil artis, sudah pasti Roslan Shah juga merasakan debaran di samping perasaan teruja kerana dapat kembali ke Dataran Teluk Kemang buat kali kedua. Penyanyi muda Imran Ajmain pula menganggap penyertaan dalam Konsert Pancaindera kali ini sebagai peluang untuk bertemu secara lebih dekat dengan peminat yang menyokongnya selama ini. | ||
Buang bapa di rumah jagaan bukan Islam Posted: 01 Jul 2010 08:44 PM PDT JAAFAR ditinggalkan anak di rumah jagaan orang tua bukan Islam di Mount Erskine, Georgetown sejak setahun lalu. GEORGETOWN: Seorang warga emas berusia 85 tahun yang uzur mendakwa 'dibuang' ahli keluarganya dengan menempatkannya di sebuah rumah jagaan orang tua swasta yang dikendalikan bukan Islam di Mount Erskine di sini, sejak setahun lalu.Jaafar Ali, yang terpaksa menggunakan topang untuk bergerak kerana pahanya dimasukkan besi selepas terbabit kemalangan serta menghidap kencing manis, kini tinggal sebumbung dengan bukan Islam yang turut membela anjing.Dengan usianya yang semakin lanjut, Jaafar amat mengharapkan dapat tinggal di tempat lebih selesa untuk beribadat dengan tenang dan sempurna bersama sebelum 'menutup mata' selama-lamanya. Jaafar yang sebak apabila menceritakan nasib malangnya, berkata dia tidak kisah jika anaknya menghantarnya ke rumah orang tua diuruskan orang Islam, bukannya tempat didiami sekarang. "Selepas meninggalkan saya di sini sejak setahun lalu, anak saya tidak pernah datang menjengok dan bertanya khabar. Saya sangat sedih dan tidak sangka mereka buat saya macam ini. "Tergamak mereka buang saya di sini. Saya tidak kisah jika mereka hantar ke rumah orang tua yang diuruskan oleh orang Islam, bukannya tempat macam ini, yang turut membela anjing. "Pak cik dah tua, nak beribadat dengan tenang dan sempurna sebelum habiskan sisa-sisa hidup. Tetapi, tempat macam ini tidak sesuai. Mana lagi saya nak pergi," katanya yang sebak mengenangkan nasibnya dalam pertemuan dengan Berita Harian, semalam. Bekas pekerja Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) berasal dari Kampung Dodol, Jalan Perak di sini, mempunyai isteri, Rafiah Senapi, 70-an, yang lumpuh dan tinggal bersama anaknya di Penanti, Bukit Mertajam. Jaafar mendakwa, walaupun anaknya menghantarnya ke pusat jagaan itu, bayaran bulanan sebanyak RM700 kepada pusat itu, menggunakan wang pencennya. Difahamkan, pusat jagaan itu mempunyai kira-kira 10 penghuni bukan Islam, manakala sebahagian besar petugasnya adalah wanita. Jaafar yang mempunyai empat anak tetapi seorang daripadanya sudah meninggal dunia, mendakwa tiada seorang pun anaknya sanggup membelanya, walaupun mereka bukanlah orang susah. "Saya begitu sedih kerana tiada siapa yang mahu tolong saya. Adik beradik dan anak semuanya tidak mahu tolong. Anak tidak ingatkan bapa lagi walaupun kita yang bela sejak kecil," katanya sambil merintih dia tidak `tahan' lagi tinggal di pusat jagaan itu kerana tidak dapat beribadat dengan sempurna. Dia beberapa kali menadah tangan tanda bersyukur apabila melihat wakil Berita Harian mengunjungi rumah jagaan itu. "Saya mahu keluar dari sini, tak kisah pergi ke mana-manapun," katanya yang merayu mana-mana pihak untuk membantu menempatkannya di rumah orang tua yang diuruskan orang Islam. "Saya mahu beribadat kepada Allah untuk menghabiskan sisa-sisa hidup saya. Saya amat berharap untuk sembahyang di Masjid Sungai Nibong," katanya yang mempunyai rumah di Sungai Nibong di sini. | ||
Posted: 01 Jul 2010 08:42 PM PDT SUBANG JAYA: "Saya tergamam sebaik perompak itu mengacukan pistol tepat ke wajah saya," kata Puteri Lily, 21, isteri pelakon dan pengarah filem terkemuka, Aziz M Osman, yang menjadi mangsa rompakan dua lelaki bermotosikal. PECAH...cermin kereta BMW yang dipandu Puteri Lily dipecahkan dua penjenayah sebelum merompaknya, tengah hari semalam. Lily atau nama sebenarnya Puteri Salbainun Lokman berkata, ketika berhenti di satu persimpangan lampu isyarat, dua lelaki bermotosikal menghampiri keretanya sebelum seorang daripada mereka memecahkan cermin tingkap di tempat duduk penumpang. "Selepas itu, seorang daripada mereka mengeluarkan sepucuk pistol dan mengacukannya ke arah saya. Dia kemudian merampas beg tangan yang saya letakkan di atas tempat duduk penumpang hadapan sebelum memecut motosikal untuk melarikan diri," kata model dan pelakon berkenaan. Lily berkata, dia gagal mengecam wajah dua penjenayah terbabit kerana mereka memakai topi keledar berpenutup muka penuh selain turut memakai baju lengan panjang. "Apa yang saya tahu, mereka turut membawa senjata lain dipercayai pedang samurai yang disembunyikan di belakang baju. Saya menyedari kewujudan senjata itu selepas seorang daripada lelaki itu membongkok untuk mengambil beg tangan," kata mangsa yang membuat laporan di Balai Polis Subang, sejurus selepas kejadian.Menurutnya, kejadian itu menyebabkan dia kehilangan wang tunai RM1,000 selain kamera dan pelbagai dokumen penting termasuk MyKad miliknya.
Sementara itu, Aziz yang turut berada di lokasi kejadian berkata, dia ketika itu baru mengambil kenderaan MPV Nissan Serena dan memandu di hadapan kereta isterinya. | ||
Posted: 01 Jul 2010 08:40 PM PDT KUALA LUMPUR: Seorang lelaki menemui ajal di tangan adiknya sendiri akibat ditikam berkali-kali dengan pisau serta dipukul menggunakan objek keras sehingga otaknya bersepai selepas kedua-dua mereka bertengkar disebabkan bil elektrik rumah didiami bersama tertunggak mencecah RM2,000. DI SINI...tempat mayat Amir Khan ditemui berlumuran darah. Difahamkan, perbalahan mangsa yang tinggal bersama adiknya itu sejak 10 tahun lalu dan tidak memiliki pekerjaan berlaku kira-kira jam 4 pagi berpunca daripada bil elektrik yang tertunggak menyebabkan bekalan elektrik di rumah itu hampir dipotong. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada adik mangsa, namun sebaik tiba di lokasi, mangsa sudah meninggal dunia. "Polis menemui mangsa di atas tilam di bilik tengah dengan berseluar pendek dan tidak memakai baju manakala kepalanya ditutup bantal. "Siasatan mendapati mangsa ditikam tujuh kali di kepala, tiga di dada serta dihentak menggunakan objek tumpul dan keras di muka sehingga menyebabkan otak mangsa bersepai dengan kesan darah terpercik pada dinding," katanya.Menurutnya, siasatan turut menemui sebilah pisau sepanjang 31 sentimeter di bawah tilam dalam bilik suspek.
"Banyak kesan darah terpercik di dinding tempat mayat mangsa ditemui, mangsa dipercayai bergelut dengan seseorang sebelum dibunuh. | ||
Posted: 01 Jul 2010 08:38 PM PDT KUALA LUMPUR: Tidak sampai empat jam proses pemindahan penghuni Rumah Titian Kasih (RTK) di Persiaran Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa selesai, mereka akhirnya kembali mendiami rumah berkenaan jam 6 petang semalam. SYUKUR...penghuni RTK membaca Yasin selepas solat hajat sebagai tanda kesyukuran. KECEWA...sebahagian peserta meninggalkan RTK, pagi semalam. "Peguam memberitahu kami boleh menduduki rumah ini sehingga proses rayuan terhadap pengosongan rumah itu selesai. "Rasa penat hilang sebaik saja menerima berita gembira ini walaupun saya tidak tahu berapa lama lagi kami boleh tinggal di rumah ini. "Saya juga menerima panggilan daripada pihak bank yang sudi mempertimbangkan semula permohonan pinjaman untuk membeli rumah ini," katanya ketika ditemui selepas majlis solat hajat dan tahlil di sini, semalam. Dalam pada itu, Mak Pah berkata, ada pihak menyatakan kesudian memberikan dana kepada RTK bagi membayar rumah berkenaan.Tinjauan Harian Metro mendapati semua penghuni sedang menunaikan solat hajat dan tahlil sebagai tanda bersyukur selain berharap segala urusan berjalan lancar. Notis 24 jam diberikan kepada pengurusan rumah berkenaan yang menempatkan 73 penghuni wanita termasuk warga emas dan orang kurang upaya (OKU). | ||
Posted: 01 Jul 2010 08:37 PM PDT PETRONAS mencatat perolehan RM216.4 bilion bagi tahun kewangan berakhir Mac lalu, merosot 18.1 peratus berbanding RM264.2 bilion direkodkan untuk tempoh sama tahun sebelumnya. PENJELASAN...Shamsul Azhar (tengah) memberi penerangan sambil disaksikan (dari kiri) Ratilal, Anuar, Wan Zulkiflee dan Wee.
| ||
Penumpang berdiri dalam pesawat Posted: 01 Jul 2010 08:36 PM PDT LONDON: Syarikat penerbangan Ryanair merancang merevolusikan perjalanan udara dengan memperkenalkan penerbangan dengan penumpangnya berdiri. GAMBARAN tempat duduk tegak yang hendak diperkenalkan Ryanair.
| ||
Posted: 01 Jul 2010 08:34 PM PDT SEKALIPUN tidak banyak drama apatah lagi filem dilakonkannya, nama Lydia Ibtisam Abdul Wahab bukanlah asing dalam industri seni tempatan. Ternyata drama Impian Ilyana lakonannya untuk dua musim cukup membantu wanita kecil molek ini dikenali. Berusia 29 tahun, Lydia mengakui dia bukan individu yang gemarkan publisiti murahan. Ujarnya, dunia hiburan yang penuh dengan glamor dan populariti artis ini begitu mendapat perhatian ramai. Justeru, dia memahami dan sedia memberi kerjasama. "Saya bukanlah tidak mesra media langsung. Cuma, saya akui kurang terbabit dengan sesi fotografi bersama media. Lagipun, saya tak banyak cerita. Apapun, saya tetap sedia memberi kerjasama kepada media jika diperlukan dan takkan mengelak. "Artis dan media mempunyai hubungan dua hala. Justeru, saya masih sedar mengenai tanggungjawab itu dan memang tiada masalah untuk bekerjasama. Namun, barangkali sikap pendiam dan tak banyak cakap membuatkan saya dianggap sombong. "Tak kenal maka tak cinta. Jadi, saya percaya sesiapa saja yang sudah mengenali Lydia Ibtisam akan tahu siapa dia sebenarnya. Saya orang yang mudah mesra dan suka ketawa. Malah, dalam kalangan rakan rapat pun saya antara yang suka bercakap," katanya.Sudah mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, Ezam Merican, 29, setahun lalu, Lydia dikatakan menyorokkan perkahwinan itu. Dia yang memiliki Sarjana Muda Komunikasi Multi Media dari Universiti Malaya enggan mengundang media.
"Jangan tuduh saya begitu. Saya ada mengirim undangan, namun siapalah saya untuk menjadi perhatian media. Saya bukanlah pelakon yang popular sangat. Saya fikir ada ramai artis yang lebih popular di negara ini yang perlu diberikan perhatian. | ||
Posted: 01 Jul 2010 08:32 PM PDT BENCI dengan perlakuan menganiaya haiwan menjadikan Thanuja Ananthan, 24, lantang bersuara dalam memperjuangkan hak haiwan.
"Saya akan pastikan jadual kerja dan pelajaran tidak bertindih. Oleh itu, setiap kali ada kelas saya hanya menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran dan tidak akan menerima sebarang tawaran kerja.
| ||
Alif Satar Cedera Terjatuh Bermain "Skateboard" Posted: 01 Jul 2010 08:31 PM PDT AKIBAT ingin mencuba permainan Sketeboard, penyanyi lagu Jangan Nakal, Alif Satar dikejarkan ke hospital apabila mengalami kecederaan pada tulang belakang akibat terjatuh. Dia dimasukkan ke hospital pakar Damansara Selasa lalu pada pukul 12 malam dan sehingga kini masih lagi mendapatkan rawatan fisioterapi bagi memulihkan kecederaan. "Saya baru cuba untuk main skateboard dengan kawan-kawan, tiba-tiba terjatuh. Masa jatuh tidak terlalu sakit tetapi dua hari selepas itu baru saya rasa sakit yang teramat sangat sampaikan saya menangis ketika dalam perjalanan ke hospital. "Doktor beritahu bahawa tulang belakang saya tergelincir atau "slip dics" dan perlu mendapatkan rawatan rapi. Tapi hari ini saya minta kebenaran keluar sekejap untuk sesi fotografi drama Idola Kecil The Series. "Saya hanya boleh berdiri sekejap untuk bergambar dan banyak berbaring sahaja," ujarnya yang sedang dalam perjalanan pulang semula ke hospital sewaktu dihubungi mStar Online. Jelasnya lagi, buat masa ini dia tidak dibenarkan menjalankan aktiviti lasak terutamanya bersukan. Malah perlu lebih banyak berehat sehingga benar-benar pulih. "Mungkin beberapa hari lagi saya akan dibenarkan pulang jika keadaan mengizinkan. Tapi saya tidak boleh melakukan aktiviti lasak dan angkat benda berat," katanya yang baru menghasilkan single terbaru berjudul Cukup Indah. Dalam pada itu, Alif juga baru sahaja selesai program Singing DiGiLive Tour yang menjelajah lapan buah negeri termasuk Sabah dan Serawak. Antara artis yang turut terlibat ialah 6ixth Sense, Disagree, Estrange, Ana Raffali dan ramai lagi. | ||
Zach Hampir-Hampir Diserang Penyakit Gara-Gara Direndam Posted: 01 Jul 2010 08:30 PM PDT DEMI menjayakan watak ikan duyung yang ditangkap dan dikurung dalam air, aktor Zachery Francis terpaksa menahan kesejukannya sehingga hampir-hampir terkena hipotermia. Hipotermia merupakan satu keadaan di mana suhu badan menurun secara mendadak daripada paras normal akibat kesejukan. Zachery atau lebih mesra disapa Zach melakonkan watak Aridinata, putera duyung yang diberi kuasa menjelma sebagai manusia. Menurutnya, babak tersebut betul-betul mencabar dirinya apabila dia perlu berendam selama satu jam di Pusat Akuatik Shah Alam pada pukul dua pagi. "Saya tak tahan sejuk sehingga hampir menghidap hipotermia kerana kesejukan itu meresap sehingga ke dalam tulang. Waktu itu, saya hanya memakai jeans sahaja," katanya kepada mStar Online ketika majlis pelancaran drama bersiri Duyong Aridinata di Ampang kelmarin. Bercerita lagi tentang pengalaman lain sepanjang menjalani penggambaran drama arahan Adam Hamid di Pulau Lang Tengah, bekas anggota kumpulan X-Factor itu terpaksa menahan sakit setelah kulit badan di bahagian perutnya luka akibat terkena batu karang. "Semasa menyelam mata saya menjadi kabur kerana tidak memakai penutup mata. Sebab itu kulit saya bergaris terkena tak nampak batu karang," beritahunya sambil menunjukkan garisan putih panjang di perut. Zach mengenakan kostum ekor duyung berwarna hijau yang ditempah khas dari Amerika Syarikat. Rambutnya juga diwarnakan dengan warna hijau dan lengannya dililit dengan rumpai laut hijau diperbuat daripada plastik. Selain itu, drama yang akan ditayangkan mulai 12 Julai ini akan membolehkan penonton melihat pemandangan dasar laut yang indah dan bakat Zach menyelam sebagai putera duyung. "Saya tak sangka boleh menyelam ke dalam laut sedalam tujuh meter itu. Tetapi lama-kelamaan semangat untuk menyelam semakin bertambah. "Saya bukan sahaja dapat bertemu dengan ikan nemo dan jerung, tetapi saya juga berpeluang masuk dalam gua yang panjang dan sempit," ceritanya. Ada yang beranggapan, populariti Zach akan bertambah selepas drama itu ditayangkan. Bagaimanapun, Zach berkata dia tidak mengharapkan apa-apa melainkan semoga penonton gembira dengan Duyong Aridinata. "Populariti adalah di luar jangkaan saya," tutur jejaka kacukan Kadazan, Bidayuh dan Iban itu. Zach yang juga mengaku sedang bercinta dengan wanita kacukan India dan Punjabi itu menganggap wajak kacaknya seperti yang diperkatakan orang hanyalah sekadar sebagai bonus. Malah Adam Hamid berkata Zach menjadi pilihan untuk mengalas watak utama itu kerana wajahnya adalah kacukan selain kebolehan berenangnya. | ||
Duyong Aridinata Dijangka Meletup Posted: 01 Jul 2010 08:29 PM PDT DRAMA bersiri 64 episod Dyesebel dari Filipina pernah mencetuskan populariti tersendiri pada tahun lalu. Tahun ini, produksi tempatan iaitu Zeel Productions tidak melepaskan peluang membikin drama bersiri 20 episod berjudul Duyong Aridinata yang seakan-akan sama dengan drama popular berkisarkan cinta romantis antara duyung dan manusia. Duyong Aridinata bukan menceritakan seorang duyung wanita seperti yang ditonton dalam Dyesebel, tetapi seorang putera duyung yang mahu mencari cinta sejati di bumi. Drama arahan pengarah terkenal Adam Hamid itu menyelami pengembaraan putera duyung bernama Aridinata lakonan Zachery Francis yang mahu memahami dunia manusia dan mengenali erti cinta sejati. Menurut Adam, tidak dinafikan drama itu mempunyai persamaan dengan Dyesebel dari segi "shoot" studio dan latar set. Namun apabila sampai ke dalam laut, suasananya pasti berbeza kerana mereka merakamkan pemandangan sebenar dalam laut di Pulau Lang Tengah, Terengganu. "Kami menjalani penggambaran selama empat hari dengan kedalaman tujuh meter dalam laut menggunakan kamera kalis air," katanya semasa majlis pelancaran drama bersiri itu di Ampang kelmarin. Keseluruhan penggambaran drama itu dilakukan selama sebulan bermula awal Mei sehingga minggu ketiga Jun lalu. Sepanjang 19 tahun dalam industri seni dan lapan tahun bergelar pengarah, ini merupakan kali pertama Adam terlibat dengan cerita yang memerlukannya menyelam di dasar laut. "Bagi saya, agak mencabar juga untuk memberikan arahan kepada pelakon ketikam di dalam air. Jadi, saya harap ramai yang akan menonton drama Duyong Aridinata kerana ia bukan sahaja banyak memberikan cabaran kepada jalan cerita tetapi juga kepada pelakon," luahnya. Duyong Aridinata turut merungkai tentang Aridinata pernah menyelamatkan seorang perempuan yang hampir lemas di laut dan mengagumi kesempurnaan tubuh manusia. Maka, Aridinata dan Bumatra (Hirzi) mencari jalan untuk keluar dari empayar Insangrumpair. Aridinata sering teringatkan budak perempuan yang pernah diselamatkannya dan mahu mencarinya ke alam manusia. Dengan bantuan Dukun Mek Melusa (Maria Farida), Aridinata dan Bumatra berjaya menukarkan ekor mereka kepada sepasang kaki manusia. Namun, Aridinata perlu memenuhi beberapa syarat. Dia hanya akan kekal menjadi manusia sekiranya ada wanita mengucapkan cinta kepadanya dalam tempoh tujuh bulan. Aridinata dan Bumatra telah berkenalan dengan Cleo (Fasha Sandha) dan Tom Diana (Syakilla) yang mengikuti rombongan pelajar Universiti Malaya. Aridinata tertarik dengan perwatakan Cleo yang ikhlas dan bersahaja. Aridinata berusaha untuk memenangi hati Cleo kerana masa semakin suntuk. Siri selama 20 episod ini akan bersiaran mulai 12 Julai ini, setiap Isnin hingga Khamis pukul 4.30 petang menerusi slot Lagenda di TV3 dan siaran ulangannya di TV9 pukul 8.30 malam. Selain Zachery Francis dan Fasha Sandha ia turut membariskan pelakon popular lain seperti Natasha Hudson, Rozie Rashid, Tony Eusoff, Maria Farida, Zain Saidin, Jasmin Hamid, Hirzi, Syakilla. | ||
Rabecca Tidak Hipokrit Kerana Nama Posted: 01 Jul 2010 08:28 PM PDT PENAMPILAN yang seksi dan mengoda membuatkan Rabecca Nur Al-Islam,24, tidak lari daripada menerima tohmahan gara-gara nama dan personaliti yang dikatakan tidak seiring. Namun bagi Rabecca, dia mahu menjadi dirinya sendiri dan tidak enggan bersikap kepura-puraan seperti segelintir manusia lain. "Saya tidak faham bagaimana orang menilai seksi. saya rasa saya biasa sahaja. Saya hanya jadi diri sendiri. Tidak semestinya nama saya Rabecca Nur Al Islam saya perlu jadi hipokit. "Saya tahu orang ingin saya bawa nama ini dengan watak yang sentiasa baik. Tapi tiada siapa di dunia ini yang sempurna. Namun saya akan cuba perbaiki diri ke arah yang lebih baik. "Saya berpakaian sesuai dengan keadaan. Lagipun saya dilahirkan dalam keluarga yang terbuka dan positif, keluarga tidak mengongkong cara saya berpakaian," jelasnya. Dalam pada itu, Rabecca memberitahu bangga dengan nama yang dimilikinya. Malah dia juga mengakui jatuh cinta dengan nama peliknya itu. "Nama saya memang agak pelik tetapi secara jujur saya bangga dan jatuh cinta dengan nama ini, sebab itu saya lebih suka memperkenalkan diri dengan nama penuh saya. "Bukan saya sahaja malah adik beradik yang lain semua mempunyai nama yang pelik. Itu adalah keunikan keluarga kami dan membezakan dengan orang lain," jelas Rabecca yang mempunyai darah kacukan Arab,Cina,Indonesia dan Melayu ini. Bercerita tentang kerjaya, dia yang sudah 7 tahun menceburi bidang lakonan bakal keluar dengan filem terbaru berjudul Keramat terbitan Metrowelth tidak lama lagi. Filem ini merupakan percubaan pertama Rabecca untuk meneruskan langkahnya kedunia filem. Bagaimanapun menurut anak jati Johor ini berlakon filem bukanlah cabaran besar buat dirinya. "Tidak banyak perbezaan antara drama dan filem. Penggambaran drama lebih panjang berbanding filem tetapi filem lebih rumit kerana perlu memasukkan semula suara selepas selesai penggambaran. "Tapi ia bukanlah cabaran besar sebab saya sebelum ini memulakan kerjaya lakonan daripada lakonan teater," jelasnya yang pernah berlakon teater Sirah Junjungan. Bercerita tentang watak yang sering dilakonkan, dia mengakui lebih banyak ditawarkan watak antagonis berbanding watak wanita baik. "Raut wajah saya yang garang mungkin menyebabkan saya dipilih memegang watak antagonis. Namun saya tidak kisah kerana saya lebih mudah membawa watak jahat berbanding watak baik. "Tetapi jika diberi pilihan saya lebih gemar melakonkan watak aksi seperti yang sering dilakonkan oleh Angelina Jolie," jelasnya. | ||
Ning Belajar Bangkit Semula Jadi Penghibur Berjaya Posted: 01 Jul 2010 08:27 PM PDT SETELAH hampir dua tahun menguruskan diri tanpa bantuan pengurus peribadi, penyanyi Ning Baizura mengaku dia lebih yakin menggalas tugas itu. Kata Ning, pengalaman yang ditimba dengan pengurus-pengurus sebelum ini banyak memberinya peluang untuk berdikari selain mempelajari selok belok dunia seni dengan lebih baik. Bermula daripada ibunya, Stella Abdullah, sehinggalah kepada pengurus asing, Mendiang Mike Bernie (pengurus Allahyarham Sudirman) dan Vernon Kedit- Jolly. Sepanjang 17 tahun menimba pengalaman dengan mereka yang boleh dianggap sebagai 'sifu', Ning akui banyak perkara yang dipelajarinya tentang selok-belok bergelar anak seni ini. "Alhamdulillah, apabila usia sudah menjangkau 35 tahun dan sudah berumah tangga, saya akui lebih yakin untuk berdikari sebagai seorang usahawan yang berjaya. "Dalam masa yang sama, saya juga belajar bangkit semula dan menjadi penghibur yang berjaya. Insya-Allah kalau ada rezeki banyak lagi ilmu yang saya ingin belajar dan bekalkan dalam diri," katanya kepada mStar Online. Penyanyi bersuara lantang dan soprano itu sentiasa mengenang jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh bekas-bekas pengurusnya itu. Tanpa mereka, dia tidak mungkin mampu mencapai tahap seperti sekarang ini. "Mereka semua telah memberi saya banyak pengajaran mengenai dunia hiburan selama ini. Saya amat terhutang budi buat mereka semua," luah Ning sepenuh hati. Berbekalkan usaha untuk terus kekal dalam industri seni tempatan, penyanyi yang sedang popular menerusi lagu Mama Papa itu menubuhkan syarikatnya iaitu Happenings (M) Sdn Bhd. "Syarikat saya menguruskan kerjaya saya, acara dan pelbagai perkhidmatan untuk persembahan. Saya juga telah membuka sebuah restoran dan dewan muzik diberi nama Dewan Muzik Selebriti sejak April tahun ini di SoHo KL Solaris Mont Kiara. "Restoran dan dewan muzik ini bertujuan untuk mengetengahkan artis kita dan artis antarabangsa. Kami mempunyai sistem penataan, visual dan bunyi yang terbaik di Malaysia," tuturnya. Dalam perkembangan lain, Ning juga telah merakamkan album ke-11 yang akan diedarkan selepas Hari Raya tahun ini. Pelakon filem Diva dan Muallaf itu juga akan muncul dengan filem terbarunya berjudul Cun di pawagam pada tahun ini. Selain itu, dia juga sedang menjayakan teater muzikal Shout! The Mod Musical yang akan dipentaskan di KL Pac, Sentul Park pada 15 hingga 21 Julai ini. | ||
Tiga Lagu Iringi Setiap Peserta Mentor 4 Posted: 01 Jul 2010 08:26 PM PDT TIGA finalis Mentor musim keempat iaitu Nani, Mohd. dan Adi bakal berentap Ahad ini di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan setiap daripada mereka akan menyanyikan tiga buah lagu. Mereka akan menyampaikan tiga buah lagu secara berselang-seli, sebuah lagu, persembahan solo dengan lagu pilihan masing-masing dan berduet bersama artis pilihan. Nani akan menyampaikan sebuah lagu baru ciptaan mentornya, Azmeer berjudul Terhenti Di Tanda Koma, selain menyampaikan medley Suci Dalam Debu dan Livin' Da Vida Loca. Gadis lincah dari Sarawak ini akan mengakhiri percaturannya di pentas Mentor dengan persembahan duet bersama lagenda Rock, Ramli Sarip membawakan medley lagu Istilah Bercinta dan Jikalau Berkasih. Sementara, Mohd. iaitu protege penyanyi Ziana Zain tampil dengan lagu baru ciptaan Aswandy dan Sham Kamikaze berjudul Cinta, menyampaikan lagu pilihan Tragedi Oktober dan Itu Kamu, selain berduet dengan Juara Mentor Musim Ke-2, Fiq menggegarkan dewan itu dengan lagu 3 Malam Tanpa Bintang dan Bujang Senang. Protege penyanyi Dayang Nurfaizah, Adi pula akan menyampaikan sebuah lagu ciptaan Omar K berjudul Tafsirkan Cinta, selain dua lagu pilihan Kenangan Terindah dan Suatu Janji. Dia akan berduet bersama Aizat menerusi lagu Hanya Kau Yang Mampu. Selepas Pija, Fiq dan Black diumumkan sebagai juara Mentor pada musim sebelum ini, pastinya persoalan utama menunggukan siapa pula kali ini yang bakal menjejaki langkah mereka? Malam Ahad ini merupakan malam penentuan adakah usaha gigih mereka selama hampir empat bulan akan membuahkan hasil. Mungkin agak tidak keterlaluan jika menyifatkan Mentor 4 adalah yang paling sengit sejak program ini diterbitkan bermula tahun 2005. Malah, Pengarah Muzik tanahair terkenal, Ramli MS juga turut sama merasai bahang pertandingan selain bersetuju pusingan peringkat akhir Mentor 4 itu adalah paling hebat berbanding sebelumnya. Katanya: "Ketiga-tiga finalis cukup bertenaga dan mampu menyampaikan lagu dengan baik. Melalui vokal mereka, tidak banyak beza tetapi Mohd. mempunyai kelebihan dengan vokal yang lebih lantang." Format pemarkahan pada Mentor akhir dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 50 peratus dari juri profesional dan 30 peratus melalui undian khidmat pesanan tingkas (SMS). Bagaimanapun 20 peratus lagi adalah pilihan juri awam yang terdiri daripada penerbit program hiburan, pelajar-pelajar muzik, wartawan dan golongan semi-profesional dalam bidang muzik. Penerbit eksekutif dan pengarah Mentor 4, Mohd Sufian Isa berkata: "Protege yang layak menjejakkan kaki ke peringkat akhir ini merupakan yang terbaik hasil kerja keras mereka sendiri dan mentor masing-masing. "Persedian yang mereka lalukan hanya dalam masa seminggu sahaja dan mereka telah memanfaatkan tempoh itu sepenuhnya. "Apatah lagi pada tahun ini mereka akan memperkenalkan lagu ciptaan terbaru yang dijangka bakal menambat hati ramai. "Berita baik untuk penonton setia Mentor, program ini tidak berakhir sehingga malam Ahad ini sahaja sebaliknya penonton masih boleh menonton episod terakhir pada 11 Julai, pukul 9 malam yang memaparkan kisah suka dan duka kesemua protege sepanjang perjalanan Mentor 4 selama satu jam." Johan bagi pertandigan itu akan membolehkan pemenang membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000 dan trofi manakala naib johan memenangi wang tunai, RM30,000 dan trofi. Tempat ketiga juga tidak akan pulang dengan tangan kosong dan akan menerima RM10,000. Kesemua hadiah wang tunai dikongsi bersama mentor dan protoge masing-masing. | ||
Karim Serahkan Koleksi Karya Habsah Hassan Posted: 01 Jul 2010 08:25 PM PDT BEKAS wartawan Berita Harian, Karim Sulaiman,49, berjaya mengumpul lebih 900 koleksi lirik serta 130 cakera padat yang mengandungi karya milik komposer terkenal Habsah Hassan. Karim yang pernah memenangi Anugerah Kajai, sebuah anugerah tertinggi kewartawanan itu menyerahkan koleksinya kepada Habsah dalam satu majlis yang diadakan di Restoran Puteri, Taman Tun Dr. Ismail, semalam. Karim berkata, selama ini dia telah mengumpul lirik ilham Habsah Hassan dari tahun 1976 sehingga 2010, melalui kaset dan bahan-bahan lain. "Apa yang menggerakkan hati saya untuk mengumpulnya kerana saya mempunyai hubungan baik dengan Kak Chah. Dia juga terkenal sebagai produser yang baik. "Saya berharap lirik-lirik itu dapat disimpan di Arkib Negara untuk rujukan orang ramai kelak," katanya. Karim mula mengenali Habsah pada tahun 1985 ketika bekerja sebagai wartawan di Berita Harian. Karim turut berterima kasih kepada isterinya, Siti Hawa Mohd Arief yang telah banyak membantunya mengumpul lagu Habshah. Sementara itu, Habsah memberitahu, dia cukup mengagumi koleksi lagunya yang dikumpulkan Karim. "Hasil kerjanya begitu teliti kerana setiap lagu disusun mengikut syarikat rakaman, pencipta lagu dan tahun diterbitkan. "Inilah kali pertama saya melihat hasil kerjanya dan saya begitu menghargai kesungguhannya," ujar Habsah. Karim menghidap sejenis penyakit kulit dikenali Scleromyxoedema sejak dua tahun lalu yang menyebabkan dia terpaksa menamatkan tugasnya sebagai wartawan. | ||
Posted: 01 Jul 2010 08:24 PM PDT DIVA pop Indonesia Krisdayanti atau KD seperti mula menampakkan tanda-tanda akan segera menamatkan status jandanya. Khabar tersebut secara tidak langsung dibenarkan oleh sahabat baiknya, Elsie Lontoh. "Mereka mungkin sahaja kahwin bulan Oktober, kerana dari awal lagi KD ingin bernikah cepat-cepat. Dia menjangkakan pada bulan Oktober ini," terang Elsie seperti dipetik KapanLagi.com. Ketika ditanya tentang jejaka yang bakal dikahwini KD samaada kekasih baru ataupun kekasih lamanya. Dia memberitahu "Boleh sahaja dengan orang yang lama, atau orang yang baru," ujar Elsie. Menurut Elsie, lelaki yang beruntung menikahi KD boleh sahaja Raul Lemos, jutawan yang pernah menjadi kekasihnya. Ini kerana sehingga kini bekas isteri vokalis, pencipta lagu Anang Hermansyah itu masih menyimpan rahsia cintanya dengan Raul. "KD sudah mengakui itu sendiri. Mereka juga putus kerana keadaan yang memaksa," tegas Elsie. | ||
Kristen Stewart Tidak Mahu Jadi Angelina Jolie Posted: 01 Jul 2010 07:50 PM PDT PELAKON Twilight, Kristen Stewart tidak tertarik untuk menjadi seperti aktres popular Angelina Jolie. Pemegang watak Bella Swan itu memberitahu tidak suka mendapat perhatian media apabila menjadi terlalu terkenal. "Saya tidak mahu jadi seperti Angelina Jolie," kata Kristen seperti dipetik Nowmagazine. Kristen mengakui Jolie seorang yang sangat berbakat, cantik, berjaya, mengagumkan dan banyak melakukan kegiatan amal. Tapi artis yang dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Robert Pattinson itu tidak langsung terfikir untuk menjadi seperti Jolie. "Saya tidak terfikir langsung untuk menjadi sepopular Jolie dan tidak mahu menjadi tumpuan di mana-mana sahaja" katanya. Artis jelita kelahiran Los Angeles ini menjadi terkenal setelah memainkan watak Bella Swan dalam filem Twilight. Kristen sebenarnya telah memulakan kerjaya lakonannya pada 2001 melalui filem The Safety of Objects. | ||
Penghuni Rumah Titian Kasih Tinggal Bersesak Selepas Berpindah Posted: 01 Jul 2010 07:49 PM PDT KUALA LUMPUR: Bayi berusia dua bulan dan warga emas berumur 85 tahun serta golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan antara 70 penghuni Rumah Titian Kasih (PTK) di sini yang terpaksa tinggal bersesak-sesak di sebuah lagi RTK apabila mereka hari ini terpaksa keluar dari tempat perlindungan mereka yang dihuni selama ini. Tinjauan Bernama mendapati kesemua penghuni wanita PTK itu telah mengosongkan premis asal di No 15, Persiaran Titiwangsa kira-kira pukul 11 pagi tadi untuk berpindah ke satu lagi premis RTK yang sebelum ini dikhaskan untuk penghuni lelaki yang terletak di Lorong Maran yang berhampiran. Premis RTK di Jalan Maran hanya boleh menampung 45 orang pada satu-satu masa dan ini menjadikan premis tersebut kini sesak dengan lebih 100 orang penghuni. Tinjauan juga mendapati pihak pengurusan RTK terpaksa mendirikan dua buah khemah di hadapan bangunan itu bagi memberi ruang kepada para penghuni. Kelmarin Pengusaha RTK berkenaan Sharifah Adlan berkata mereka telah diarah keluar atas perintah mahkamah kerana pemilik banglo itu mahu menjualnya bagi tujuan komersial. Seorang penghuni, Rospalela Mohd Nor, 45, yang menghidap angin ahmar berkata beliau sedih kerana terpaksa meninggalkan tempat perlindungan awalnya setelah tujuh bulan berada di situ. "Apabila disuruh untuk mengosongkan rumah ini, saya sangat sedih dan terkilan kerana tiada siapa yang dapat membantu," katanya. Nordiana Rasuli, 24, yang menghadapi masalah fizikal berkata pada mulanya beliau enggan keluar tetapi apabila dipujuk terpaksa akur dengan keputusan mengosongkan premis tersebut. "Sedih sangat-sangat, saya sayang rumah ini," katanya yang berharap dapat tinggal dipremis itu buat selama-lamanya. Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd Khairun Aseh berkata pihaknya akan terus berusaha untuk mencari premis lain supaya penghuni RTK dapat ditempatkan di rumah perlindungan baru yang lebih selesa. "Kami telah berusaha untuk mendapatkan kuartes kerajaan, namun usaha ini gagal kerana setakat ini tiada kuartes kerajaan yang kosong," katanya. | ||
Posted: 01 Jul 2010 07:48 PM PDT Rentetan kontroversi yang menghambat Fasha Sandha, Rizal Asharam dan Tizz Zaqyah baru-baru ini, Fasha mengambil keputusan untuk terus mengunci mulut dari membicarakan isu hangat yang diperkatakan dan enggan memanjangkan cerita yang telah dianggap basi itu. Bagi Fasha apa yang penting saat ini dia mahu meneruskan kehidupan serta memberi tumpuan kepada rezeki lakonan yang semakin mencurah-curah. "Kalau boleh saya tidak mahu ingat perkara yang telah berlalu, yang penting saya dan Rizal tahu kebenarannya, dan saat ini saya mahu memberi tumpuan kepada kerjaya saya dan menjaga perhubungan ini sebaik mungkin," katanya yang ditemui semasa pelancaran drama terbaru lakonannya iaitu Duyong Aridinata. Fasha juga pernah mengeluarkan kenyataan sebelum ini mengingatkan Tizz tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh memakan dirinya. Sebelum ini nama Fasha Sandha kembali hangat diperkatakan setelah Fasha mengeluarkan kenyataan di laman sosial milik mengingatkan seorang aktres agar menjauhi teman lelakinya. Walaupun tidak mengeluarkan nama namun ramai dapat mengagak pelakon yang dimaksudkan itu adalah Tizz Zaqyah yang juga rakan baiknya. Tidak lama selepas itu Tizz tampil mengeluarkan kenyataan menafikan dia ada mengganggu dan menghubungi kekasih Fasha Sandha iaitu Rizal. Walau bagaimanapun Rizal tidak hanya berdiam diri dan turut menyangkal kenyataan yang dibuat Tizz. Jejai romantik Pelakon berusia 26 tahun ini lebih senang berbicara mengenai hatinya yang telah berjaya ditawan bekas suaminya Nora Danish iaitu Toh Muda Rizal Asharam Ramli, 34, yang mesra disapa Jejai. Menariknya Pulau Lang Tengah, Terengganu menjadi saksi bersatunya dua hatinya yang telah rasminya menjadi pasangan kekasih sejak Mei lalu. Jejai yang telah membuat kejutan kepada Fasha apabila dia hadir ke lokasi penggambaran Duyong Aridinata dengan menaiki helikopter. "Saya memang tak sangka Jejai sanggup berbuat demikian untuk saya (datang dengan helikopter) kerana kami sudah dua bulan tidak berjumpa. Terus terang, saya terbuka hati menerima cinta Jejai kerana melihat kesungguhannya bersusah-payah untuk saya, selain mahu memberi kejutan. Ia amat menyentuh hati saya kerana belum pernah ada lelaki sanggup berbuat demikian untuk saya.," "Selain itu sikap Jejai yang romantik serta penyayang membuatkan hati saya tertarik kepadanya. "Apa pun orang kata mengenai Jejai, saya terima seadanya. Begitu juga dengan Jejai, dia menerima baik buruk mengenai saya," akui Fasha yang masih belum memikirkan soal perkahwinan walaupun telah mengumumkan mengenai hubungan cinta mereka ini. Saat ditanya jika keputusannya untuk mengumumkan perhubungannya dengan Jejai ada kaitan dengan kontroversi yang timbul sebelum ini, Fasha menegaskan tindakannya tiada kena mengena dengan kontroversi itu. "Saya ingin tegaskan bahawa pengakuan ini tidak ada kaitan langsung dengan kontroversi yang berlaku baru-baru ini. Bagi saya, ia sudah selesai dan saya ingin teruskan kerjaya seperti biasa," katanya. Sebelum mengakhiri temu bualnya dengan para media, Fasha sempat menitip pesanan ikhlas dari hatinya mengenai pengakuan yang telah dibuat. "Saya berharap pengakuan ikhlas saya ini boleh diterima pembaca dan peminat. Saya sudah mempunyai seorang teman istimewa 'and he's the one'. Jika ada yang tak boleh terima, saya tak boleh buat apa-apa sebab saya memang dengan dia," katanya. | ||
Janji konsert terbaik bersama OSK Posted: 01 Jul 2010 07:45 PM PDT Setelah melalui karier nyanyian selama 25 tahun, Ella boleh tersenyum puas dengan penganjuran Konsert Ella bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) di Istana Budaya selama dua hari bermula malam tadi dan akan berakhir malam ini. Konsert yang mengetengahkan genre muzik rock dan sedikit elemen muzik tradisional pasti membawa kelainan dalam persembahan Ella. Lebih bermakna lagi Ella merupakan artis wanita kedua selepas Datuk Siti Nurhaliza yang mengadakan konsert solo di Istana Budaya. Transformasi dan adaptasi ini mengujakan Ella untuk menterjemahkan persembahannya kali ini. Apa tah lagi, Ella pertama kali berduet dengan penyanyi veteran, Datuk Ahmad Jais. "Ella akan cuba memberikan yang terbaik, selainnya terpulang kepada penonton yang datang untuk menilainya," kata Ella. Bagi Ella konsert ini adalah suatu penghargaan kepada peminat yang sentiasa menyokong penglibatannya dalam seni semenjak 1985 sewaktu bersama The Boys. Pada konsert yang penuh makna itu, Ella akan mempersembahkan 23 lagu sepanjang 2 jam konsert berlangsung sempena Festival Muzik Kuala Lumpur yang dianjurkan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Ella juga akan mengimbau kenangan para peminatnya terhadap lagu-lagu hit seperti Sepi Sekuntum Mawar Merah, Pengemis Cinta, Sembilu, Permata Pemotong Permata, Layar Impian, Kitalah Bintang, Dua Insan Bercinta, Simbiosis dan Rama-Rama. Selain genre rock, Ella turut menampilkan genre muzik irama tradisional dengan menampilkan lagu seperti Ulik Mayang, Jauh Di Mata, dan istimewa berduet dengan Datuk Ahmad Jais menerusi lagu Budi Setahun Segunung Intan. Biarpun dilabel sebagai ratu rock, Ella tetap ingin membawa lagu pelbagai genre kerana menerusi variasi genre muzik akan meletakkan kebolehan seseorang penyanyi itu untuk menghiburkan peminat dari pelbagai kalangan usia. Selain diiringi 40 pemuzik profesional OSK dan The Love Beggars, persembahan Ella turut dimantapkan dengan petikan gitar dari Joe Wings dan panduan suara bersama Awie menerusi dua buah lagu iaitu Baldu Biru dan sebuah lagu baru Mana Menghilang. | ||
Beri kami ruang dan privasi - Rizal Posted: 01 Jul 2010 07:44 PM PDT KUALA LUMPUR - Bekas suami aktres Nora Danish, Rizal Ashram Ramli kembali menarik perhatian media berikutan pengakuan terbuka Fasha Sandha bahawa mereka adalah pasangan kekasih. Berikut jawapan Rizal, 34, atau lebih dikenali sebagai Jejai ketika dihubungi Kosmo! terhadap kenyataan terbuka Fasha, 26, semasa sidang akhbar drama bersiri Duyong Aridinata kelmarin. Kosmo!: Apa pandangan Rizal tentang kenyataan Fasha yang disiarkan media semalam? RIZAL: Saya tidak mahu banyak komen dan memanjangkan lagi isu ini. Kosmo!: Sesetengah pihak melihat Fasha sebagai angkuh menerusi kenyataannya yang tidak kisah tentang penerimaan keluarga Rizal terhadapnya sebab belum ada rancangan untuk berkahwin? Apa komen anda? RIZAL: Saya tidak fikir isu penerimaan (keluarga) itu angkuh kerana itu bukan apa yang Fasha maksudkan. Maksudnya adalah hubungan kami masih baru dan tidak perlu fikir tentang isu penerimaan itu lagi. Kosmo!: Ada sebarang perancangan untuk berkahwin? RIZAL: Tidak terlintas pun di fikiran tentang hal (perkahwinan) itu. Semua perkara lain akan dibincangkan apabila tiba masanya. Buat masa ini saya dan Fasha mohon diberi sedikit ruang dan privasi. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |