borak kosong |
- Kesal, Seorang Lelaki Bakar Gaun Mantan Isterinya
- Lelaki lempar coklat kepada kekasih yang tak berhenti baca novel porno
- Sarung Tangan Ini Merubah Bahasa Isyarat Menjadi Suara
- McDonald's Kanada dedah resipi sos Big Mac's
- Nak mancung hidung tapi tak nak bedah dan sakit,ini penyelesaiannya
- Kerana setin minuman Ronaldinho kehilangan kontrak
- Lori ceroboh ruang tamu warga emas
- Lelaki Sepanyol papar kejadian bunuh diri di FB
- 10 tahun rantai isteri
- Suspek kes tipu diarah kunyah dokumen tanah palsu
- Pengasuh dakwa budak lebam dipukul hantu
- Lelaki dakwa tersasul cerai isteri
- Belasah isteri 6 jam
- Serik pakai cincin
- Pengasuh dakwa budak lebam dipukul hantu
- [Hebat]Mulia sungguh hati tukang gunting rambut ini
- Selama 25 tahun cungkil gigi tertanam dalam perut
- [GAMBAR] Apa salah orang tua ini sehingga di belasah begini?
- Daring betul auntie ni,pakai baju nampak bra strapnya
- Pencuri aneh..sanggup potong rambut perempuan di bas stop untuk dijual
- Kasihan, Burung Ini Terperangkap dan Boleh Bertahan Hidup
- Watch How Chinese Thieves Use Chopsticks dan mereka tak takut lansung
- Gambar..Budak terjatuh dari dari Tingkat 8 tersepit dicelah aircond berjaya diselamatkan
- Tempat kerja tergempak di dunia
- Power of make up,adakah waniata akan keluar tanpanya?
Kesal, Seorang Lelaki Bakar Gaun Mantan Isterinya Posted: 12 Jul 2012 09:15 PM PDT DENVER - Seorang lelaki didakwa melakukan kejahatan ringan, setelah membakar gaun pengantin dan foto pernikahan mantan isterinya. Lelaki tersebut kini didakwa kerana melakukan tindakan pembakaran dengan sengaja. Pejabat Kejaksaan Denver, Amerika Syarikat (AS), memutuskan Scott Kramer melakukan aksi ceroboh, membakar dengan sengaja gaun milik mantan isterinya. Lelaki berusia 35 tahun itu, sepertinya kesal dengan keputusan cerai yang dilayangkan sang isteri. Kini dirinya harus dihadapkan dengan proses pengadilan. Bila terbukti bersalah, Krammer boeh dijatuhkan hukuman percobaan atau enam tahun kurungan penjara. Demikian diberitakan Orange, Khamis (12/7/2012). Tetapi untuk sementara, Kramer boleh menghirup napas segar. Dia dibebaskan untuk sementara setelah membayar wang jaminan sebesar USD50 ribu . Pihak jaksa penuntut mengatakan, gaun beserta foto mantan isteri Kramer diketahui dibakar di dekat rumahnya pada 29 Jun lalu. Setelah menerima laporan isterinya, polii pun bergegas menangkap lelaki tersebut. |
Lelaki lempar coklat kepada kekasih yang tak berhenti baca novel porno Posted: 12 Jul 2012 09:00 PM PDT LONDON - Seorang lelaki di Inggris khabarnya sanngup melemparkan cokelat kepada sang kekasih. Tindakan ini dilakukannya setelah sang kekasih menolak untuk berhenti membaca novel yang dinilainya porno, Fifty Shades of Grey. Raymond Hodgson mengaku, ia kesal melihat kekasihnya Emma McCormick tidak juga berhenti membaca novel tersebut hingga ia pun memutuskan untuk melempar cokelat. "Menurut Hodgson novel itu porno hingga Emma tidak harus membaca literatur seperti itu," ujar pembela Hodgson di persidangan seperti dilansir Digital Spy Khamis, (12/7/2012). Ditambahkan pembela Hodgson kejadian ini terjadi setelah pasangan itu bertengkar sebelumnya. "Tidak hanya itu melempar cokelat namun, lelaki itu dikhabarkan juga sempat menampar kekasihnya," ujar jaksa penuntut umum dalam persidangan. Akibat tindakannya itu Hodgson pun terpaksa menghadapi dakwaan melakukan serangan dimuka umum. Ia diperintahkan untuk membayar sejumlah kompensasi dan Hodgson pun mendapatkan jadual jam malam. Kendati terlibat dalam perkara hukum, pasangan ini khabarnya masih tetap menjalin hubungan asmara. |
Sarung Tangan Ini Merubah Bahasa Isyarat Menjadi Suara Posted: 12 Jul 2012 08:45 PM PDT Berkomunikasi adalah salah satu tantangan bagi penderita bisu, dan hal tersebut dapat menjadi sangat sulit jika mereka harus berhadapan dengan orang yang tidak memahami bahasa isyarat. Namun pasukan penemu asal Ukraina rupanya telah menemukan solusi atas masalah ini, dengan mengembangkan sebuah sarung tangan hi-tech yang mampu menukar bahasa isyarat ke dalam ucapan. Sarung tangan yang diberi nama EnableTalk ini dilengkapi dengan jaringan sensor kompleks, yang mengenali gerakan tangan, menerjemahkan tanda-tanda tersebut dan kemudian mengubahnya kedalam bentuk suara yang diucapkan oleh aplikasi pada smartphone. Dikutip dari Dailymail, para penemu ini telah memenangkan penghargaan untuk desain mereka tersebut, dan berharap EnableTalk akan meningkatkan kualiti hidup jutaan orang di seluruh dunia dengan berbicara dan gangguan pendengaran. Sarung tangan hi-tech ini dilengkapi dengan sensor flex, sensor sentuh, gyroscops dan pengukur kecepatan, dengan bantuan tenaga dari sel surya. Sarung tanagn ini bahkan memungkinkan pengguna untuk membuat dan memprogram isyarat mereka sendiri, yang nantinya akan dikenali oleh aplikasi. Meskipun masih dalam bentuk prototipe, namun telah banyak yang mengagumi EnableTalk ini. Projek ini adalah pemenang di Microsoft Imagine Cup di Australia, sebuah pertandigan untuk mempromosikan inovasi teknik. Pasukan dibalik EnableTalk ini yakin mereka menciptakan sebuah produk yang akan mengubah kehidupan dari para penyandang cacat bicara. "Kami terinspirasi untuk membantu teman-teman kita yang menderita gangguan berbicara dan mendengar, membuat mereka memiliki kemampuan untuk berkomunikasi seperti orang lain." tutur programmer Maxim Osika. Penemu EnableTalk mengklaim biaya untuk prototipe perangkat keras mereka hanya 50 pound yang berarti bahwa mereka akan dapat menawarkan sebuah produk yang terjangkau atau mampu beli.-manado today |
McDonald's Kanada dedah resipi sos Big Mac's Posted: 12 Jul 2012 08:30 PM PDT TORONTO - Cef Eksekutif Restoran McDonald's Kanada, Dan Coudreaut mendedahkan ramuan sos burger Big Mac's, menurut satu laporan kelmarin. Portal berita New York Daily News melaporkan Coudreaut berkata, pendedahan tersebut yang merupakan sebahagian daripada program ketelusan McDonald's, dibuat bagi menjawab soalan seorang pelanggan yang ingin mengetahui cara membuat sos Big Mac's. Menurut Coudreaut, sos itu mudah disediakan dengan menggunakan ramuan yang biasa didapati di kedai runcit atau pasar raya. Katanya, sos itu memerlukan krim jeruk, sos mustard kuning, cuka wain putih, serbuk bawang putih, serbuk bawang dan paprika. Namun, resipi sos tersebut katanya, adalah terhad untuk di Kanada sahaja dengan ramuan berbeza digunakan di negara-negara lain di dunia. - Agensi SUMBER : KOSMO ONLINE |
Nak mancung hidung tapi tak nak bedah dan sakit,ini penyelesaiannya Posted: 12 Jul 2012 08:15 PM PDT Mahu punya hidung mancung tapi takut atau tak mahu dioperasi? Berikut adalah 3 produk pemancung hidung dari Jepun yang boleh kamu jadikan pilihan. 1. Beauty Nose Harga $41 Terinspirasi dari sepit rambut yang sudah dimodifikasi (kelihatannya begitu), Beauty Nose adalah alat pemancung hidung yang didesain agar dapat mencengkram batang hidung dengan pas dan nyaman. Kekuatan cengkamannya pun dapat diatur dalam dua pilihan, keras atau lembut. Pakai lima minit sehari, maka hidungmu bakal terlihat lebih menarik. Pros: Harga paling ekonomis! Cons: Modelnya mirip seperti sepit rambut. 2. Hana Tsun Nose Straightener Harga $62 Hana = hidung, dan tsun = menonjol atau mancung. Jika kamu segan memakai Beauty Nose yang terlihat seperti sepit rambut patah, Hana Tsun Nose Straightener boleh dijadikan pilihan. Sayangnya, agar efektif, produk yang terbuat dari silikon ini harus dipakai lebih lama dibandingkan Beauty Nose, iaitu 20 minit setiap harinya. Pros: Sepertinya produk ini terlihap paling manusiawi dan tidak 'menyiksa' dibandingkan produk yang lain. Cons: 20 minit waktu pemakaian memberikan risiko ketahuan dan ketidaknyamanan yang lebih besar untuk pemakainya. 3. Beauty Lift High Nose Harga $88 Dibandingkan produk-produk sebelumnya, produk ini yang terlihat paling 'meyakinkan'. Dalam arti desainnya terlihat lebih kompleks, harus memakai bateri dan dilengkapi buku manual. Cukup dipakai 3 minit sehari agar efektif. Pros: Model paling futuristik dan dapat bergetar. Hitung-hitung dapat bonus alat pijat untuk hidung. Cons: Terbuat dari silikon dan baja, produk seberat 25 gram ini nampaknya lebih berat dibandingkan yang lain. Butuh bateri dan harganya paling mengurangkan kocek anda. |
Kerana setin minuman Ronaldinho kehilangan kontrak Posted: 12 Jul 2012 08:00 PM PDT Kontrak yang didapat oleh mantan pemain FIFA terbaik, Ronaldinho, kandas hanya kerana setin minuman soda. Pemimpin Coca Cola Company 'terbakar' setelah melihat bintang bola yang menjadi brand ambassador mereka, Ronaldinho, meneguk setin minuman bersoda ketika sang bintang sedang melakukan sidang akhbar baru-baru ini. Pasalnya, minuman tersebut berasal dari perusahaan musuh abadi mereka, Pepsi. Kerana kesalahan kecil ini, Coca Cola mencabut kontrak mereka atas mantan pemain AC Milan tersebut yang diperkirakan bernilai sebesar 500 ribu poundsterling . Ronaldinho, yang kini bermain untuk kelab Atletico Mineiro di Brazil, memang akhir-akhir ini tampil tidak terlalu memukau di atas padang. Pemuda berusia 32 tahun ini juga khabarnya seringkali bolos latihan dan lebih suka menggadakan pesta besar-besaran.Kebiasaan buruk ini juga sebenarnya sudah menjadi perhatian bos Coca Cola. "Sponsorship ini telah menjadi sesuatu yang memalukan," ujar ketua marketing Coca Cola, Marcelo Pontes. |
Lori ceroboh ruang tamu warga emas Posted: 12 Jul 2012 07:45 PM PDT LONDON: Seorang nenek nyaris maut selepas sebuah lori merempuh kediamannya ketika dia sedang menonton televisyen. Warga emas berusia 76 tahun itu sedang duduk di ruang tamu kediamannya ketika ditimpa serpihan konkrit yang melayang apabila lori berkenaan merempuh dinding rumahnya. Dia yang cedera ringan di kepala dan menggeletar akibat mengalami kejutan dikejarkan ke hospital. Saksi pertama yang tiba di tempat kejadian, Kevin Carr berkata, dia bimbang wanita itu mungkin terbunuh. Carr berkata, dia memandu di belakang lori itu di sepanjang Eastern Avenue di Ilford, Essex ketika ia melanggar kereta BMW yang diparkir di tepi jalan sebelum berpusing menghadap kenderaan dari arah bertentangan. Lori itu kemudian menaiki kaki lama sebelum merempuh ke rumah berkenaan kira-kira jam 1 tengah hari, Selasa lalu. Jiran mangsa, Minal Gadhavi, 38, sedang menyusukan anak perempuannya ketika mendengar bunyi rempuhan kuat itu. Minal berkata: "Ia nyaris mengenai seorang wanita yang melalui kawasan itu untuk menghantar anaknya. Saya ingat ia akan melanggar kami," katanya. Carr, 52, melompat keluar dari kenderaannya dan memeriksa tiada sesiapa di dalam kereta BMW itu. Dia berkata: "Ia seperti babak gerakan perlahan. Saya dan pemandu lain berlari ke kediaman mangsa dan lelaki dalam lori berkenaan kelihatannya tidak cedera kerana dia boleh bercakap. "Saya dengar seseorang menjerit meminta tolong, tetapi saya tidak faham apa yang dikatakannya dan saya fikir dia berada di bawah lori itu. sumber : myMetro |
Lelaki Sepanyol papar kejadian bunuh diri di FB Posted: 12 Jul 2012 07:30 PM PDT BANGKOK: Seorang lelaki Sepanyol yang bekerja di Thailand, membunuh diri dan memaparkan kejadian itu di satu laman web sosial popular, semalam. Pegawai Penyiasat Balai Polis Huay Kwang, Leftenan Kolonel, Apichan Swasdibutra berkata, Juan Andres Medin Peneiro, 37, mencampur sejenis racun ke dalam bir kemudian meminumnya di depan rakan di laman web itu. Pineiro, adalah pekerja teknologi maklumat untuk syarikat telefon selular di Bangkok, Dia ditemui mati di biliknya di tingkat 11, sambil duduk di hadapan komputer riba, gelas dan sebotol bir. Swasdibutra berkata, lelaki Sepanyol itu menulis mesej di laman Facebooknya, dia mahu mati dan meminta maaf kepada rakan sekerjanya kerana tidak dapat bekerja dengan mereka lagi. - BP sumber : myMetro |
Posted: 12 Jul 2012 07:15 PM PDT WASHINGTON: Seorang lelaki dari Virginia Barat ditangkap kerana menyeksa isterinya, menjadikannya hamba dan tebusan dengan merantainya selama hampir 10 tahun. Menurut media tempatan, pegawai di Jackson County menuduh Peter Lizon bertindak jahat selepas isterinya muncul di sebuah pusat perlindungan dengan parut pada pergelangan tangan dan kaki akibat dirantai baru-baru ini. Lizon, 37, juga didakwa memukul kaki isterinya dengan peralatan pertanian. Dia memanggil isterinya, Stephanie, 43, 'hamba' dan memaksa wanita itu melutut setiap kali dia memasuki bilik. Stephanie mengalami kecederaan serius pada seluruh tubuhnya, dari melecur teruk pada payu dara dan belakang badan akibat ditekap dengan besi dan kuali panas sehingga patah jari dan berparut, menurut tuduhan jenayah yang difailkan oleh seorang wanita yang menemui mangsa di pusat perlindungan itu. Wanita itu juga mendakwa Lizon memukul isterinya di perut ketika dia mengandung, menyebabkan mangsa keguguran sebelum lelaki itu menanam mayat janin yang sudah membesar menjadi bayi di ladangnya. Stephanie juga dipaksa melahirkan seorang lagi anak sambil dia dirantai. Dia dan dan anaknya tidak pernah menerima rawatan perubatan sejak itu. Bagaimanapun, peguam Lizon, Shawn Bayliss menolak dakwaan itu dengan memberitahu stesen televisyen WSAZ, keguguran yang dialami Stephanie berpunca daripada kemalangan jalan raya. Menurutnya, wanita yang memfailkan tuduhan itu mengalami masalah mental dan berkata, Stephanie tetap mempertahankan suaminya. - AP sumber : myMetro |
Suspek kes tipu diarah kunyah dokumen tanah palsu Posted: 12 Jul 2012 07:00 PM PDT MANILA: Ketua Suruhanjaya Hak Asasi Kemanusiaan kerajaan Filipina semalam mengutuk timbalan datuk bandar yang berpengaruh kerana memaksa seorang penipu memakan dokumen palsunya. Jurucakap suruhanjaya itu, Loretta Ann Rosales berkata, dia akan menghubungi setiausaha kementerian dalam negeri supaya mengambil tindakan terhadap Rodrigo Duterte, timbalan datuk bandar Davao, bandar di selatan Filipina kerana dituduh mendera suspek. Duterte bekas datuk bandar Davao yang terkenal dengan sikap tegasnya terhadap jenayah, Selasa lalu memaksa lelaki direman polis itu supaya mengunyah dokumen tanah palsu yang dijual kepada penduduk setinggan. "Saya tidak peduli siapa anda, anda tidak boleh menyalah guna kuasa anda. Memaksa seseorang supaya memakan dokumen tanah palsu adalah satu bentuk penyeksaan," kata Loretta kepada media. Dia menyifatkan insiden itu sebagai satu lagi contoh 'kekebalan' yang berleluasa di Filipina, di mana lelaki berkuasa percaya mereka bebas mendera, malah, membunuh orang mengingkari mereka. "Ia sangat ketara dan tiada siapa dapat berbuat apa-apa kerana dia adalah Timbalan Datuk Bandar Duterte. Dia seperti Tuhan di bandar Davao," katanya. - AFP sumber : myMetro |
Pengasuh dakwa budak lebam dipukul hantu Posted: 12 Jul 2012 06:45 PM PDT KUALA LUMPUR: Dipukul hantu. Itu helah digunakan sebuah pusat asuhan di Wangsa Maju, di sini, selepas seorang bayi berusia enam bulan yang dijaga lebam di muka angkara tindakan pekerja pusat itu. Ibu mangsa, Azizah Abdullah, 31, berkata, kecederaan pada muka anak bongsunya itu disedari ketika mengambil bayinya di pusat asuhan jam 8 malam pada 10 Julai lalu. Menurutnya, tanpa bertanya, seorang pekerja pusat asuhan itu berusia awal 20-an menerangkan anak perempuannya dipukul hantu menyebabkan dia sangsi dengan penjelasan berkenaan. Katanya, selepas disoal dan didesak beberapa kali, pekerja terbabit menyatakan kanak-kanak lain pula yang mencederakan anaknya namun kesan lebam pada muka anaknya bersaiz besar dari mata hingga ke rahang. "Selepas balik rumah, saya menunjukkan kesan lebam itu kepada suami sebelum kami membawanya ke klinik dan sangkaan saya tepat apabila doktor mengesahkan kesan lebam itu bersaiz ukuran jari orang dewasa. "Sebaik menerima laporan perubatan, saya menghubungi pemilik pusat asuhan itu namun dia enggan bertanggungjawab mahupun meminta maaf di atas kecuaian pihak mereka," katanya ketika ditemui di Jalan Tun Razak, semalam. Beliau berkata, sebaik pulang ke rumah, dia menyoal anak sulungnya yang berusia lapan tahun yang dihantar ke pusat asuhan sama dan anaknya menyatakan adik perempuannya itu menangis tanpa henti sejak petang pada hari kejadian. Lebih mengejutkan, bayi itu turut ditinggalkan bersendirian dalam bilik berikutan tidak berhenti menangis dan percaya dia ditampar seorang daripada pekerja pusat asuhan berkenaan. Beliau berkata, disebabkan tidak puas hati dengan kecuaian pusat asuhan terbabit dia membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan lanjut. "Saya berharap polis mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan pusat asuhan terbabit yang bertindak kejam ke atas kanak-kanak," katanya. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan lanjut dijalankan. sumber : myMetro |
Lelaki dakwa tersasul cerai isteri Posted: 12 Jul 2012 06:30 PM PDT KUALA LUMPUR: Niat asal pasangan ini ke Mahkamah Rendah Syariah di sini untuk bercerai kali kedua namun lain pula jadinya apabila si suami yang mendakwa dirinya 'tersasul' melafazkan talak dua sekali gus. Tindakan Dzulkepli Ahmad, 52, itu mengejutkan Hakim Syarie, Rohaizad Redzuan dan mahkamah terpaksa menangguhkan prosiding beberapa minit sebelum ia disambung semula. Rohaizad kemudian menegur tindakan Dzulkepli selaku defendan kerana boleh dikatakan menghina mahkamah kerana melafazkan talak dua tanpa kebenaran. "Saya tersasul Yang Arif, kerana dalam fikiran saya ini adalah cerai kali kedua," katanya dalam nada perlahan selepas ditegur hakim. Isterinya, Rosma Hamid, 46, hanya tenang dengan kejadian itu dan berkata dia tidak boleh berbuat apa-apa kerana semuanya sudah berlaku. Terdahulu, pada prosiding semalam mahkamah mengarahkan Dzulkepli melafazkan talak satu kepada isterinya dengan membaca satu salinan nota yang diberikan mahkamah. Bagaimanapun, tanpa diduga Dzulkepli melafazkan cerai talak dua terhadap Rosma yang membawa maksud telah jatuh talak tiga selepas diambil kira talak satu yang terdahulu. Tindakan ini membawa maksud perkahwinan pasangan itu tidak boleh dirujuk melainkan Rosma berkahwin lain dan kemudian bercerai dengan suaminya itu. Pasangan itu sebelum ini pernah bercerai talak satu pada tahun lalu namun rujuk semula dalam tempoh edah. Mahkamah kemudian mengesahkan lafaz talak dua itu sebagai sah dan telah gugur talak tiga iaitu talak Ba'in Qubra selain plaintif diperintah bersuci edah tiga kali dengan perceraian itu didaftarkan. sumber : myMetro |
Posted: 12 Jul 2012 06:15 PM PDT REMBAU: Hanya kerana gagal memperoleh wang daripada isteri, seorang lelaki tergamak membelasah wanita itu menggunakan kabel elektrik selama hampir enam jam dalam kejadian di rumah mereka di Mambau, dekat sini. Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit turut memukul dua daripada empat anak mereka termasuk yang baru berusia dua tahun hingga terpaksa menerima 18 jahitan di kepala manakala anak sulung berusia empat tahun cedera di bawah mata kanan selepas terkena kabel elektrik dihayun bapanya. Menurut sumber, suspek yang menganggur berusia 30 tahun didakwa bertindak demikian terhadap isterinya sejak beberapa bulan lalu dan kemuncaknya pada 4 Julai lalu apabila dia membelasah mangsa dengan kabel elektrik tanpa henti dari jam 8 pagi hingga 1.50 tengah hari di rumah mereka. "Akibat kejadian itu, mangsa yang berusia 27 tahun, seorang pengawal keselamatan mengalami lebam di tangan, kaki, seluruh badan, kepala dan muka. "Sebelum ini, lelaki itu pernah mengugut merampas semua anak jika mangsa membuat laporan polis selain mahu membunuhnya jika melarikan diri," katanya. sumber : myMetro |
Posted: 12 Jul 2012 06:00 PM PDT KUALA TERENGGANU: "Saya sudah serik untuk memakai cincin kerana ia menyebabkan saya nyaris kehilangan jari," kata Baidillah Ibrahim, 27, yang menggunakan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu untuk membuka cincin yang tersangkut pada jari telunjuk tangan kirinya. Pemandu lori terbabit yang tinggal di Kampung Jerangau Barat, Hulu Terengganu, ketika ditemui di Wad Ortopedik Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, semalam berkata, dia tidak menduga cincin tahan karat yang dipakainya sejak empat tahun lalu semakin ketat dan hampir menyebabkan dia kehilangan jari dalam kejadian pada 4 Julai lalu. Menurutnya, episod hitam itu bermula apabila dia cuba mengeluarkan pagar kayu dari belakang lori di tempat kerjanya di sebuah kilang sawit di Jerangau pada jam 9.30 pagi. Katanya, sebaik membuka bidai penutup badan lori, jari telunjuk tangan kirinya diletakkan di celah penyelak badan kenderaan berkenaan. "Ketika itulah kaki saya tergelincir dan jari telunjuk tangan kiri saya yang bersarung cincin termasuk ke dalam penyelak menyebabkan kulit serta daging di jari itu terhakis akibat menahan berat badan saya daripada rebah. "Walaupun perit, saya cuba membuka cincin besi itu, tetapi usaha itu gagal kerana ketat sebelum rakan menghantar saya ke Hospital Hulu Terengganu untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke HSNZ," katanya. Baidillah berkata, doktor menggunakan khidmat anggota bomba untuk membuka cincin yang tersekat pada jari telunjuk. "Anggota bomba mengambil masa setengah jam sebelum dapat memotong cincin berkenaan menggunakan mesin. "Dulu ramai orang menasihati saya supaya jangan pakai cincin terlampau lama kerana nanti susah hendak dibuka, tetapi tidak saya hiraukan," katanya. Menurutnya, dia yang serik dengan kejadian itu membuat keputusan untuk tidak lagi memakai cincin. sumber : myMetro |
Pengasuh dakwa budak lebam dipukul hantu Posted: 12 Jul 2012 05:45 PM PDT KUALA LUMPUR: Dipukul hantu. Itu helah digunakan sebuah pusat asuhan di Wangsa Maju, di sini, selepas seorang bayi berusia enam bulan yang dijaga lebam di muka angkara tindakan pekerja pusat itu. Ibu mangsa, Azizah Abdullah, 31, berkata, kecederaan pada muka anak bongsunya itu disedari ketika mengambil bayinya di pusat asuhan jam 8 malam pada 10 Julai lalu. Menurutnya, tanpa bertanya, seorang pekerja pusat asuhan itu berusia awal 20-an menerangkan anak perempuannya dipukul hantu menyebabkan dia sangsi dengan penjelasan berkenaan. Katanya, selepas disoal dan didesak beberapa kali, pekerja terbabit menyatakan kanak-kanak lain pula yang mencederakan anaknya namun kesan lebam pada muka anaknya bersaiz besar dari mata hingga ke rahang. "Selepas balik rumah, saya menunjukkan kesan lebam itu kepada suami sebelum kami membawanya ke klinik dan sangkaan saya tepat apabila doktor mengesahkan kesan lebam itu bersaiz ukuran jari orang dewasa. "Sebaik menerima laporan perubatan, saya menghubungi pemilik pusat asuhan itu namun dia enggan bertanggungjawab mahupun meminta maaf di atas kecuaian pihak mereka," katanya ketika ditemui di Jalan Tun Razak, semalam. Beliau berkata, sebaik pulang ke rumah, dia menyoal anak sulungnya yang berusia lapan tahun yang dihantar ke pusat asuhan sama dan anaknya menyatakan adik perempuannya itu menangis tanpa henti sejak petang pada hari kejadian. Lebih mengejutkan, bayi itu turut ditinggalkan bersendirian dalam bilik berikutan tidak berhenti menangis dan percaya dia ditampar seorang daripada pekerja pusat asuhan berkenaan. Beliau berkata, disebabkan tidak puas hati dengan kecuaian pusat asuhan terbabit dia membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan lanjut. "Saya berharap polis mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan pusat asuhan terbabit yang bertindak kejam ke atas kanak-kanak," katanya. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan lanjut dijalankan. sumber : myMetro |
[Hebat]Mulia sungguh hati tukang gunting rambut ini Posted: 12 Jul 2012 05:30 PM PDT Sebuah kenderaan melanggar dan merempuh masuk ke sebuah kedai gunting rambut. Kejadian di Anchorage, Alaska, itu hampir-hampir meragut nyawa pemilik kedai itu Heng Song, dan dua pelanggannya. Heng Song terperanjat ketika melihat dengan mata kepalanya sebuah kereta melanggar kedai ketika dia sedang asyik memotong rambut seorang pelanggan. "Baru separuh potong rambut dan bummm…," kata warga Korea Selatan berusia 35 tahun itu menggambarkan kejadian tersebut. Drama tersebut sempat dirakam kamera dan di dalam rakaman itu kereta tersebut berada di dalam kedai. Waktu seolah terhenti ketika kejadian itu berlangsung dengan cepat. Ketika melihat rakaman tersebut, Heng Song teringat pelanggannya yang belum habis dicukur. Hari berikutnya, setelah membuang runtuhan dari kedainya, dia memutuskan untuk pergi ke rumah pelanggannya untuk menghabiskan pekerjaannya. Ini benar-benar ungkapan kesetiaan seorang tukang cukur pada pelanggannya.(link) |
Selama 25 tahun cungkil gigi tertanam dalam perut Posted: 12 Jul 2012 05:15 PM PDT TRIBUNNEWS.COM - Seorang lelaki menderita sakit perut yang parah selama 25 tahun tanpa tahu penyebabnya apa. Namun, baru-baru ini terungkap ternyata Ove Sohlberg (65) mengalami sakit perut akibat cungkil gigi yang tertanam di dalam perutnya. Dilansir Fox News, Sohlberg dalam wawancaranya dengan harian Vasterbottens-Kuriren mengatakan dirinya mengalami sakit perut teruk25 tahun silam setelah operasi infeksi perut. "Saya merasa ada sesuatu di dalam perut saya dan saya terus merasakan sakit," katanya sembari menambahkan jika dirinya sudah dirujuk sebanyak 100 kali. Minggu lalu, ahli bedah akhirnya mengelurkan cungkil gigi kayu dengan panjang enam sentimeter dari dalam perutnya. Sohlberg, dari Lycksele di utara Sweden, mengatakan benda itu tinggal di dalam tubuhnya sekitar 25 tahun a lalu. "Ini sangat menyedihkan harus hidup dengan penderitaan itu selama bertahun-tahun," katanya. |
[GAMBAR] Apa salah orang tua ini sehingga di belasah begini? Posted: 12 Jul 2012 05:00 PM PDT Gambar menunjukkan seorang pemuda membelasah seoang tua.. Apa kesalahan orang tua ini tidak diketahui...tapi dari segi logik walu marah marah sekalipun janganlah dibelasah orang tua ini... kawan dia tengok sahaja... marah kepada jurugambar yang mengambil gambarnya... kesedihan menahan sakit akibat dipukul.... |
Daring betul auntie ni,pakai baju nampak bra strapnya Posted: 12 Jul 2012 04:45 PM PDT Biar muda atau tua fesyen tetap berfesyen,walaupun fesyen tu tak kena dengan usia.... Said the STOMPer: "I saw this while I was in the queue at the ATM at Bedok Central. "I was really surprised and embarrassed at the same time to see aunties today being so daring as to wear something like this. "I was standing with my teenage brother and it really went awkward to see such things." sumber: stomp.com.sg |
Pencuri aneh..sanggup potong rambut perempuan di bas stop untuk dijual Posted: 12 Jul 2012 04:30 PM PDT TRIBUNNEWS.COM - Ini pencuri aneh. Seorang polis mengatakan, seorang lelaki mendekati perempuan berambut panjang ketika sedang menunggu bus di halte kemudian memotongnya. Demikian dilansir AOL. Polis Brasil itu mengatakan jika rambut si perempuan itu masih perawan artinya belum pernah diwarnakan dan sepertinya rambut itu akan dijual untuk dijadikan bahan wig. Kejadian itu berlaku di kota Goiania. Inspektor Polis Jose Carlos Bezerra da Silva, dalam keterangannya, mengatakan perempuan malang itu sedang menunggu bus dan tiba-tiba seorang lelaki menggunakan pisau dan memotong rambut panjangnya hingga pinggang. Si perempuan ini menyangka lelaki itu akan mencuri dompetnya sehingga ia membelakangi si lelaki. Perempuan berusia 24 tahun ini mengaku harus melapor ke polis kerana dia seorang penganut agama yang taat dan harus menjelaskan ke paderi mengapa rambutnya tidak panjang lagi. |
Kasihan, Burung Ini Terperangkap dan Boleh Bertahan Hidup Posted: 12 Jul 2012 04:15 PM PDT |
Watch How Chinese Thieves Use Chopsticks dan mereka tak takut lansung Posted: 12 Jul 2012 04:00 PM PDT |
Gambar..Budak terjatuh dari dari Tingkat 8 tersepit dicelah aircond berjaya diselamatkan Posted: 12 Jul 2012 11:00 AM PDT |
Tempat kerja tergempak di dunia Posted: 12 Jul 2012 10:30 AM PDT PITTSBURGH - George M. Davison, seorang CEO dan pendiri sebuah perusahaan pengembang produk yang dinamakan Davison di Pittsburgh, Pennyslvania merancang tempat kerja para karyawannya menjadi seperti taman bermain raksasa demi memudahkan para karyawannya mencetuskan idea-idea kreatif. Di atas lahan seluas 6967,7 meter persegi, berdiri sebuah bangunan yang dinamakan Inventionland yang dibangun pada tahun 2006. Sesuai namanya, Inventionland (Pulau Rekayasa), di dalamnya terdapat aneka ruang kerja dengan berbagai bentuk rekaan benda-benda dengan ukuran raksasa yang disertai warna-warna cerah, sehingga seperti tempat bermain anak-anak. Di dalam Inventionland terdapat sebuah perahu layar raksasa yang tentunya merupakan ruang kerja bagi staf Divison. Selain perahu layar raksasa, ada juga sebuah ruangan di dalam sepatu raksasa, di dalam sebuah rumah pohon, atau cupcakes raksasa. Bahkan terdapat pula air terjuan buatan yang sengaja dibuat untuk menyembunyikan sebuah ruangan yang berisi dokumentasi rahasia. Sebagaimana dikutip Dailymail, Jumaat (8/7/2011), dengan motto perusahaan "Dare to Invent", perusahaan Davison yang didirikan pada tahun 1989 ini hanya memiliki 250 staf, namun setiap tahunnya mampu menghasilkan 2.500 penemuan-penemuan baru yang dikembangkan menjadi sebuah produk inovatif yang dijual di perusahaan-perusahaan waralaba ternama seperti Wal-Mart, F.A.O Schwartz, ACE Hardware dan banyak nama besar lainnya.(rhs) |
Power of make up,adakah waniata akan keluar tanpanya? Posted: 12 Jul 2012 10:15 AM PDT |
You are subscribed to email updates from borak kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |