Adsense

Ahad, 19 Februari 2012

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Yusry dan Lisa Surihani Berpisah Sementara

Posted: 19 Feb 2012 08:25 AM PST

Sipnosis: Remaining three days called virgin, actress Lisa Surihani still taboo practice 'sweet blood' when not met her future husband, Yusri KRU since finished filming partnership with, Snake, 10 February.

Saat indah dinantikan oleh dua pasangan ini semakin hampir untuk kejinjang pelamin. Yusry dan Lisa kini berpisah sementara sebelum ketibaan majlis perkahwinannya.

Berbaki tiga hari lagi bergelar dara, pelakon Lisa Surihani masih mengamalkan pantang larang 'darah manis' apabila tidak bertemu bakal suaminya, Yusri KRU sejak selesai penggambaran filem gandingan bersama, Ular, 10 Februari lalu.

Lisa, 25, bakal diijabkabulkan dengan Yusry, 38, Khamis ini di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya, selepas setahun berkenalan. Majlis resepsi pula akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari ini.

"Kali terakhir saya menemui Yusry dua minggu lalu, itu pun atas urusan kerja. Pertemuan itu bukan sekadar suka-suka nak 'dating', malah kami juga tidak keluar berdua-duaan.

Bagi Lisa sendiri, hatinya sudah bulat tetapi sebelum bertaut kucupan di dahi, dia dan Yusry harus mengelak daripada bersemuka. Mereka memilih untuk berpisah sementara. Mungkin untuk kumpul rindu agaknya tapi saya cuma ikut pesan dan amalan orang-orang tua, pesan ibu saya. Kami sudah tidak bertemu sejak 10 Februari, Yusry mula-mula agak pelik dengan amalan sebegini, tapi dia okey lagipun ini bukannya satu paksaan cuma ada baiknya juga.

"Namun apabila menyentuh bab urusan perkahwinan, kami berdua lebih senang berhubung menerusi telefon. Syukur, Yusry sangat memahami keadaan itu.

"Mengenai persiapan majlis pernikahan dan resepsi, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar setakat ini. Cuma ada beberapa perkara yang perlu disempurnakan," katanya ketika dihubungi Metro Ahad, semalam.

Dengan nada ceria, Lisa berkata, dia baru selesai mengikuti upacara mandi bunga dan berinai bersama sepupu rapat serta teman baiknya.

"Esok (hari ini), saya akan ke rumah nenek di Petaling Jaya bagi majlis khatam al-Quran yang dijangka bermula selepas solat Maghrib.

"Semua barang hantaran saya yang pilih sendiri, begitu juga di pihak Yusry. Namun minta maaf, saya tidak boleh beritahu apa yang dibeli kerana ia kejutan khas buat Yusry," katanya yang memberi tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Mengulas warna tema bagi majlis pernikahan, Lisa berkata, Yusry pernah meminta pandangannya dan dia mengakui lebih selesa jika persalinan berwarna bersih iaitu putih, sekali gus melambangkan kesucian.

Tahniah kepada Lisa Surihani dan Yusry KRU yang bakal berkahwin pada 23hb Februari 2012. Semoga Majlis Perkahwinan tersebut berjalan dengan lancar.

Filem Keramat Tarikkan Simbol Sex Zul Handy Black dan Mon Ryanti

Posted: 19 Feb 2012 12:15 AM PST

Sipnosis : Hot action in the film refers to the half Nazmir Keramat (played by Zul) seduced by the brother-in-law Munirah (played by Mon Ryanti) in the bathroom.

Jom baca petikan dibawah:

Semalam baru tengok filem Keramat, jalan cerita filem nie okie lah, menarik gak, tetapi filem ini sekiranya tidak mendedahkan unsur unsur sex mahupun seksi, saya merasakan tarikkan untuk melihat filem ini mungkin berkurangan. Persoalannya mengapa sesebuah filem untuk laris dipasaran memerlukan simbol sex adakan ini salah satu cara untuk memancing penonton ker pawagam?
Jom baca petikan dibawah:

Semalam baru tengok filem Keramat, jalan cerita filem nie okie lah, menarik gak, tetapi filem ini sekiranya tidak mendedahkan unsur unsur sex mahupun seksi, saya merasakan tarikkan untuk melihat filem ini mungkin berkurangan. Persoalannya mengapa sesebuah filem untuk laris dipasaran memerlukan simbol sex adakan ini salah satu cara untuk memancing penonton ker pawagam?


KEBERANIANNYA tampil berbogel dalam filem Mantra setahun lalu mendapat kecaman hebat pelbagai pihak. Teruk dia dihentam tetapi tidak sedikitpun ia menjadi kudis buat empunya diri kerana dia yakin apa yang dipersembahkan itu atas dasar profesional.

Terbaru, menerusi filem Keramat yang menjengah pawagam seluruh negara Khamis lalu, Zul Suphian sekali lagi tampil 'daring' dalam adegan bilik air apabila digoda adik ipar, lakonan Mon Ryanti. Biarpun masih memakai tuala pada badannya, keberanian Zul melakonkan adegan sebegini berpotensi mencetuskan kontroversi sekali lagi. Babak itu memaparkan Nazmir (Zul) yang baru selesai mandi, digoda adik iparnya yang dirasuk roh Mustika yang hidup 100 tahun lalu.

Ketika menggoda, wajah Munirah acap kali bertukar rupa Mustika (Diana Amir). Ketika dihubungi, Zul tidak menafikan babak itu agak 'berani' tetapi tidaklah sepanas Mantra di mana ada babak Zul tanpa seurat benang di tubuhnya. Andai ia menjadi kontroversi, bekas vokalis kumpulan Handy Black ini bersedia kerana pernah berdepan senario serupa sewaktu Mantera ditayangkan. "Saya pun memilih, bukan main buat saja tanpa sebab. Saya akan bersetuju dengan permintaan pengarah dan memenuhi kehendak skrip apabila babak itu logik untuk diwujudkan.

Babak goda dalam bilik air memang logik untuk filem ini. "Ketika baca skrip, saya ada berbincang dengan pengarah bagaimana mahu gambarkan perasaan Mustika yang menagih kasih Habib yang hidup sezaman dengannya. Mustika mahu menggoda Nazmir kerana muka Nazmir seiras dengan Habib.

"Sebagai pelakon, saya lihat babak ini sebagai cabaran dan melakukannya atas dasar logik dan profesional. Jika tidak logik, apa hal pula saya nak tayang badan atau buat babak panas? Seperti saya katakan tadi, ini semua bersebab. Kalau suka-suka, itu sengaja mencari publisiti murahan namanya dan saya bukan begitu," katanya. -

petikan dari Harian Metro


dah baca kasi komen di bawah tu kemudian letak website anda, so dah buat backlink dengan blog isu-hangat.blogspot.com PR2 :) apa lagi jom komen.

Foto sensasi Separuh Bogel Nikita Mirzani Tersebar

Posted: 19 Feb 2012 12:00 AM PST

Nikita Mirzani artist was shocked to hear his sensational photo spread on the internet.

He said he was keeping the picture closely that he was suspicious of those who were close to him.


Jom baca petikan dibawah.

Artis Nikita Mirzani amat terkejut ketika mengetahui foto sensasi miliknya tersebar di internet.

Menurutnya, dia sudah menyimpan gambar berkenaan dengan rapi menyebabkan dia mencurigai mereka yang rapat dengannya.

Saya tidak tahu mengapa gambar itu boleh tersebar kerana ia adalah foto peribadi. Gambar itu saya simpan di Facebook dan hanya keluarga dan teman rapat yang boleh melihatnya.

Malah, hanya beberapa keping yang di muat naik, katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam sebuah blog, terdapat kira-kira 12 keping gambar menunjukkan Nikita tampil seksi mendedahkan bahagian atas tubuhnya.

Ada juga gambar menunjukkan dia hanya memakai pakaian dalam. Dalam satu gambar pula, perempuan kelahiran Jakarta pada 17 Mac 1986 itu kelihatan seksi dengan sebahagian tubuhnya dipenuhi tatu.

Bagaimanapun, Nikita menganggap gambar dirinya itu tidak keterlaluan. Malah, bintang filem Perempuan Liar itu mendakwa fotonya lebih bersifat artistik. Nak lihat aksi Nikita Mirzani berbogel cari dalam google.

ps:bodynya terbaik dari ladang

dah baca kasi komen di bawah tu kemudian letak website anda, so dah buat backlink dengan blog isu-hangat.blogspot PR2 :) apa lagi jom komen.

Rita Rudaini meminta pengguna Twitter mohon maaf

Posted: 18 Feb 2012 07:22 PM PST


Well-known actress who is also a national footballer's wife Aidil Zafuan Abdul Radzak, Rita Rudaini Kingdom, claiming the owner of a Twitter account, @ bob_azuan to apologize immediately after the insult, slander and humiliated through the social networking site.

Apa lagi nak kita cakapkan apabila @ bob_azuan yang telah disahkan oleh isteri pemain bola sepak negara iaitu Aidil Zafuan telah menfitnah beliau, isi sesedap rasa sahaja.

Aktres terkenal yang juga merupakan isteri pemain bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan Abdul Radzak, Rita Rudaini Moktar menuntut seorang pemilik akaun Twitter, @bob_azuan supaya segera memohon maaf selepas menghina, memfitnah dan memalukannya menerusi laman sosial tersebut.

Rita menganggap perbuatan individu tersebut telah menjatuhkan maruahnya selain turut masuk campur dalam kemelut rumah tangga yang dihadapinya pada masa ini.

"Saya menuntut individu tersebut membuat permohonan maaf dengan segera. Saya telah diaib dengan kata-kata kesat berbaur penghinaan menerusi komen-komennya dalam akaun tersebut.

"Antara kata-kata kesat dan mengaibkan yang dilemparkan kepada saya termasuklah menggelar saya dengan perkataan 'Ritaik'," ujar Rita yang dipetik dari laman mStar.

Selain itu juga, pemilik akaun tersebut yang menggunakan gambar profil Twitter adik ipar aktres iaitu Zaquan Adha Abdul Radzak turut mendakwa akan mendedahkan kisah dan gambar yang bertujuan untuk mengaibkannya.

Rita yang dikatakan mengenali pemilik Twitter berkenaan memaklumkan bahawa individu tersebut telah memohon maaf melalui seorang teman dan menutup akaun tersebut selepas dihentam teruk oleh peminat Rita yang mengkritik dan marah dengan tindakannya.

"Saya mahu dia mohon maaf secara terbuka. Saya kenal individu itu. Saya tahu dia adalah rakan kepada Zaquan Adha dan Ayu Raudhah tetapi dia tidak ada hak untuk masuk campur dalam masalah rumah tangga saya," katanya.

Individu tersebut mendakwa bekerja sebagai seorang jurugambar syarikat produksi yang turut merakamkan gambar Zaquan Adha dan isterinya, Ayu Raudhah ketika menjalani penggambaran drama di Sabak Bernam awal bulan ini.

Seperti diketahui ramai, masalah rumah tangga Rita dan Aidil Zafuan yang merupakan kembar kepada Zaquan Adha masih hangat diperkatakan dan belum selesai selepas suaminya bertindak keluar rumah dan tidak pulang sejak awal Januari lalu.

Rita dan Aidil Zafuan telah bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008. Hasil perkahwinan terbina, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Rafqa Arjuna yang kini berusia 10 bulan.

Sementara itu Zaquan Adha menerusi Twitter miliknya enggan mengulas panjang mengenai kejadian yang berlaku, sebaliknya mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyangka kononnya dia telah menyamar menjadi @bob_azuan.

Soalnya sekarang, boleh ker kesan siapakah empunya akaun tersebut?

dah baca kasi komen di bawah tu kemudian letak website anda, so dah buat backlink dengan blog isu-hangat.blogspot PR2 :) apa lagi jom komen.