Adsense

Rabu, 9 Februari 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Ifa Raziah 'Sembur' Safura & Pengikut Twitter

Posted: 08 Feb 2011 08:21 AM PST


PETALING JAYA: Pelakon Ifa Raziah mencetuskan kontroversi apabila melemparkan perkataan yang agak "panas" kepada seorang pelakon melalui laman sosial Twitter miliknya pada Sabtu lalu.

Menerusi Twitter itu, Ifa memanggil pelakon berkenaan sebagai perempuan murahan selain menasihatinya supaya tidak terus menyalak seperti anjing berikutan kenyataan pelakon tersebut dalam rancangan Melodi Ahad lalu kononnya turut mengaitkan Ifa Raziah.



Kata-kata yang dilkeluarkan Ifa Raziah terhadap artis yang dipercayai ditujukan untuk Safura.
Ifa Raziah yang juga Pengarah Urusan, Zenzoria ketika dihubungi menjelaskan tujuannya melemparkan kata-kata kasar menerusi Twitter miliknya kerana tidak berpuas hati selepas melihat kenyataan artis berkenaan iaitu Safura Ya'cob berserta keratan akhbar dan gambar mengenai kes mereka yang disiarkan menerusi Melodi pada siaran 30 Januari lalu bagi menerangkan kemelut yang melanda mereka selama ini.

"Saya tidak berpuas hati dengan kenyataan dia(dalam Melodi) bahawa kemelut antara kami telah selesai. Biarpun dia tidak menyebut nama saya tetapi gambaran yang diberikan oleh rancangan hiburan tersebut sangat menjurus kepada saya.

"Di sini saya ingin jelaskan kemelut kami belum lagi selesai dan masih lagi berjalan di mahkamah. Dia yang memulakan angkara ini mengapa dia kata sudah selesai?" soal Ifa.

Jelas Ifa, Isu saman menyaman sejak tahun 1998 di Mahkamah Tinggi dan kemudian berlanjutan di Mahkamah Rayuan pada tahun 2007 sudah selesai apabila Safura diarahkan membayar kos mahkamah sebanyak RM500.

Namun menurut Ifa dia masih belum menerima sebarang bayaran daripada pelakon itu sehingga hari ini.


Menerusi Twitter yang sama, Ifa turut memarahi pengikut Twitter berkenaan yang cuba masuk campur terhadap kesnya dengan Safura.

Ifa juga turut mengemukakan tuntutan ganti rugi sebanyak RM100,000 dan saman malu di Mahkamah Tinggi pada tahun 2007 terhadap Safura.

"Dia yang memulakan tindakan untuk menyaman saya tetapi kedua-dua saman itu diketepikan mahkamah. Malah dia pula yang diarahkan bayar kos guaman sebanyak RM500. Itu pun masih belum dijelaskan lagi.

"Dan atas dasar profesional, saya tidak pernah beritahu perkara ini di mana-mana akhbar biarpun sudah lebih 10 tahun perkara itu berlalu. Tapi dia dengan mudah cakap masalah di antara kami sudah selesai," katanya.

Sementara itu, di Twitter yang sama, Ifa turut berbalah dengan beberapa pengikutnya apabila segelintir mereka memberi komen negatif terhadap Ifa berhubung pendapatnya terhadap Safura menerusi laman sosial berkenaan.

"Saya cakap begitu untuk mengajar mereka yang kurang ajar agar menghormati artis dan jangan terlalu merendah-rendahkan golongan artis yang mereka tidak suka.


Safura. Gambar diambil pada tahun 2008.
"Saya kecewa dengan segelintir manusia yang tidak minat dengan seseorang artis dan mencaci artis tersebut. Jika mereka tidak suka dengan saya tolong jangan campur urusan saya," katanya berang dengan segelintir pengikut Twitter yang melemparkan cacian kepadanya.

Jelas Ifa, dia tidak mahu berdiam diri dan terus dipandang hina oleh segelintir pihak yang gemar merendah-rendahkan martabatnya sebagai seorang artis.

Sebelum ini Safura pernah mengemukakan tuntutan ganti rugi sebanyai RM500,000 daripada Ifa Raziah dengan mendakwa penyanyi dangdut itu telah secara salah dan dengan niat jahat kepada wartawan untuk menulis, mencetak dan menyiarkan kenyataan mengenainya (Safura) dalam majalah Media Hiburan edisi 10-16 Oktober, 1998 dan edisi 31-06 November, 1998.

Safura mendakwa Ifa Raziah telah mengadakan temu bual dengan wartawan majalah itu dan memberitahu dia (Ifa Raziah) baru sahaja sembuh daripada penyakit ganjil serta penyakit itu disebabkan oleh seorang rakan artis.

Dalam pembelaannya, Ifa Raziah mengaku memberitahu wartawan yang dia baru sahaja sembuh daripada penyakit ganjil tetapi menafikan membuat kenyataan bahawa penyakit itu disebabkan oleh seorang rakan artis iaitu Safura.

Kereta Pelakon 'Ponti Anak Remaja' Dikopak

Posted: 08 Feb 2011 08:19 AM PST


PETALING JAYA: Pelakon drama Ponti Anak Remaja, Azlee Khairi (gambar), 22, kerugian lebih RM1,000 selepas keretanya jenis Proton Iswara dikopak dalam kejadian di sekitar Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada malam Ahad.

Peristiwa itu berlaku kira-kira pukul 5 petang hingga 7 malam ketika dia sedang menjalani penggambaran drama Iparku Diva untuk Astro Warna (saluran 132).

"Dalam kejadian itu, saya telah kehilangan beg duit dan beg silang kesayangan saya. Waktu itu, saya sedang menjalani penggambaran drama Iparku Diva di sekitar Pavilion.

"Selepas selesai penggambaran, saya pulang ke kereta dan tidak perasan apa-apa. Apabila saya membuka dashboard yang menempatkan beg duit saya, baru saya sedar beg duit dan beg silang saya telah tiada. Masa itu hanya tinggal duit 50 sen dalam kocek seluar.

"Saya tengok ada kesan pintu kereta saya telah dikopak. Pengawal keselamatan di situ mengaku ada melihat sekumpulan penunggang motosikal berdekatan kereta saya.

"Saya syak pasti itu 'kerja' mereka. Selepas itu, saya terus membuat laporan di balai polis sekitar Shah Alam," ujarnya kepada mStar Online.

Walaupun berasa terkilan, namun Azlee redha dan cuba melupakan kejadian tersebut kerana menganggap dia tidak akan mendapat semula barang yang telah dicuri itu.

"Pada mulanya saya tak boleh tidur malam dan berharap pencuri itu memulangkan semula barangan penting saya seperti kad pengenalan dan kad ATM. Bagaimanapun, saya terpaksa redha dengan takdir Allah," katanya.

google: azlee khairi, azlee khairi facebook, azlee khairi blog, azlee khairi twitter, azlee khairi myspace, azlee khairi profile, azlee khairi wiki, azlee khairi biodata, azlee khairi seksi, azlee khairi hot, kereta azlee khairi, kereta azlee khairi kopak, azlee khairi kereta pecah, azlee khairi 2011, gambar terkini terbaru azlee khairi, berita terkini terbaru azlee khairi, kontroversi azlee khairi

Selepas Galaksi, Irma Ingin Terus Mengacara

Posted: 08 Feb 2011 08:17 AM PST


PETALING JAYA: Pelakon Irma Hasmie (gambar)memberitahu akan terus mengembangkan bakatnya dalam bidang pengacaraan selepas tamat kontrak mengendalikan program hiburan Galaksi.

Irma berkata, biarpun masih hijau dalam bidang tersebut, dia percaya bakatnya masih boleh diperkembangkan lagi jika diberi peluang.

"Saya anggap bidang ini sebagai rezeki, jika ada tawaran untuk mengacara bermakna ada rezeki saya untuk terus mengacara.

"Saya tidak mengacarakan Galaksi kerana kontrak sudah tamat dan hanya disambung selama sebulan bagi memberi ruang untuk produksi membuat persiapan lengkap.

"Saya faham mereka mahu tukar konsep yang baru dan memerlukan muka baru untuk program ini. Namun bukan kerana saya ada masalah tertentu, jadi tiada masalah untuk meneruskan dan mengembangkan bakat saya bidang ini," katanya kepada mStar Online.

Menurut Irma, dia berterima kasih kepada program tersebut kerana memberi peluang kepadanya mengendalikan program tersebut selama setahun.

Semenatra itu, jelas Irma, buat masa ini dia hanya menumpukan perhatian sepenuhnya dalam bidang lakonan.

"Sekarang jadual lakonan saya sudah penuh sehingga bulan April untuk tiga buah telefilem berjudul Alin ke Elin, Maya Helena dan Pengorbanan Terakhir.

"Manakala sebuah tawaran filem terpaksa ditolak kerana bercanggah dengan jadual yang sedah ada. Tentang pengacaraan, jika ada tawaran yang bersesuaian dengan saya dan jadual Insya-Allah saya pertimbangkan," katanya.

‘Modest’ & Jaket Berhud Eksklusif Heliza-Yasalma

Posted: 08 Feb 2011 08:17 AM PST

Heliza memperagakan 'modest' berkonsepkan pakaian tradisional Korea dan tudung yang digayakan dengan reben. - Foto koleksi HELIZA

KUALA LUMPUR: Selepas menubuhkan syarikat sendiri iaitu Heliza Helmi Production Sdn Bhd (HHP), penyanyi Heliza Helmi mengorak langkah ke satu cabang perniagaan baru iaitu menjual busana eksklusif seperti modest, jaket berhud dan tudung.

Semuanya bermula apabila pelakon filem Syurga Cinta itu berjumpa dan bergabung idea dengan pereka fesyen Yasalma dengan menghasilkan produk tersebut atas jenama Heliza Helmi by Yasalma.

Biarpun perniagaan yang baru dilakukan sejak beberapa bulan itu belum beroperasi sepenuhnya, namun ia tidak menghalang niat finalis Akademi Fantasia 5 (AF5) itu untuk bercerita tentang produk terbarunya itu.

Menurut graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu, dia sedang mencari pembekal produk tersebut dan setakat ini menjalankan perniagaan tersebut menerusi laman web Facebook atau emel.


Heliza menggayakan jaket berhud.
Katanya, pelanggan sudah boleh membuat tempahan dengan melayari Facebook Heliza Helmi atau menghantar emel kepada helizahelmiyasalma@gmail.com.

"Saya masih baru melakukan perniagaan ini dengan kerjasama Yasalma selaku pereka fesyen. Setakat ini, saya telah mengilhamkan idea busana modest berkonsepkan pakaian tradisional Korea dan jaket berhud.

"Saya suka pakai kardigan. Biasanya kardigan yang terdapat di pasaran agak singkat dan tidak sesuai untuk fesyen muslimah. Jadi, saya minta dia reka pakaian yang nampak sopan dengan konsep kardigan labuh paras lutut.

"Selain dari pakaian, saya juga menjual tudung, reben, skirt panjang dan inner tudung. Setiap produk dijual berasingan bagi memudahkan pelanggan kami gabung padan reben dengan inner tudung atau sebagainya," ujarnya kepada mStar Online.

Produk tersebut dijual pada harga bermula RM25 hingga RM350. Setiap produk dihasilkan secara eksklusif dan terhad.

"Saya merasakan setiap produk itu dijual pada harga berpatutan kerana kuantitinya yang terhad dan dijual secara eksklusif. Kami akan memperkenalkan lebih banyak rekaan terbaru lagi dari semasa ke semasa. Insya Allah," katanya yang turut tampil dengan single Cuma Aku, Kau Selamanya dan Chord G.

Selepas ini dia merancang untuk menghasilkan lagu berkonsepkan ketuhanan.

Selain itu, dia bersedia menerima tawaran berlakon di sekitar Kuala Lumpur dan dalam Semenanjung Malaysia.

google: tudung eksklusif heliza-yasalma, gambar tudung eksklusif heliza-yasalma, lokasi jualan tudung eksklusif heliza-yasalma, harga tudung eksklusif heliza-yasalma, gambar terkini terbaru tudung eksklusif heliza-yasalma, beli tudung eksklusif heliza-yasalma, bagaimana nak beli tudung eksklusif heliza-yasalma, harga terbaru terkini tudung eksklusif heliza-yasalma,

Nadia Mustafar Dapat Anak Lelaki

Posted: 08 Feb 2011 08:13 AM PST


PETALING JAYA: Pelakon Nadia Mustafar, 34, selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.2 kilogram pada pukul 11.41 pagi, Ahad lalu di Hospital Pantai, Cheras, Kuala Lumpur.

Menurut Nadia, proses kelahiran anak kedua yang diberi nama Qaiem Quzey Izham itu lebih mudah berbanding anak pertamanya, Qaliff Hazil Izham, 18 bulan.

"Alhamdulillah, dia dilahirkan dengan selamat dan kami cuma duduk sehari di hospital.

"Proses melahirkan pun tidak susah sangat dan saya mengalami kontraksi selama dua jam sahaja, berbanding dengan anak kedua, saya terpaksa menahan sakit selama sembilan jam.

"Bagaimanapun, selepas kandungan Qaeim berusia tujuh bulan, rasa sakit sudah mula. Mungkin sebab itu proses kelahirannya agak mudah. Saya syukur semuanya berjalan dengan lancar," katanya yang dihubungi mStar Online, Selasa.

Tambah Nadia, dia merancang untuk menambah anak selepas satu atau dua tahun lagi kerana impian dia dan suaminya, Hazil Izham Ismail untuk memperoleh empat orang anak.

"Sekarang ini memanglah saya tak mahu mengandung lagi sebab baru lepas rasa sakit bersalin. Tapi lepas ini tak tahulah macam mana.

"Apa-apa pun, saya perlu jarakkan umur Qaeim dahulu sebelum mengandung lagi agar Qaeim dijaga dengan baik," kata Nadia yang sedang berpantang di rumahnya, di Taman Desa, Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Selain dua anak itu, Nadia turut mempunyai seorang anak angkat bernama Mia Qaisara Hazil Izham yang berumur tiga tahun.

google: nadia mustafar, anak nadia mustafar, baby nadia mustafar, nadia mustafar bersalin, nadia mustafar dapat anak lelaki, gambar terkini terbaru nadia mustafar, gambar anak baby nadia mustafar, foto terbaru terkini nadia mustafar, suami nadia mustafar, gambar suami nadia mustafar