Adsense

Jumaat, 26 November 2010

Blog Selebriti TV

Blog Selebriti TV


Fanpage Facebook Lisa Surihani Cecah 1 Juta Peminat/Fans/Like, Tahniah!

Posted: 26 Nov 2010 12:42 AM PST

Ingat lagi artikel kami mengenai Top Fanpage Artis dan Selebriti Malaysia?
Jika anda lupa kami ingatkan anda semula artikel yang kami buat bulan Januari hari tu disini : http://blog.selebriti.tv/artis-selebriti-malaysia-paling-popular-di-facebook-fanpage/

Kemudian kami kemaskini semula Top 10 artis selebriti paling popular di Facebook pada bulan September lalu dengan Lisa Surihani merampas tempat pertama daripada Fara Fauzana. Pada waktu itu Lisa Surihani sudah pun mempunyai lebih 600 Ribu peminat (Fans).

Semalam kami dapat tahu yang Lisa telah pun secara rasminya menjadi selebriti pertama Malaysia yang berjaya mengumpul 1 juta peminat melalui laman Facebook Fanpage-nya.

Lisa Surihani 1 juta peminat facebook fanpage

Kalau di luar negara kecoh dengan Lady Gaga sebagai top artis di laman social, di Malaysia kita ada Lisa Surihani yang kini masih lagi ligat mengacara rancangan Mari Menari. Tahniah buat Lisa!

Mari kita lihat video khas Lisa Surihani berucap mengenai pencapaian ini :

Sebut mengenai rancangan realiti Mari Menari ni, kami beru teringat beberapa hari sudah kami secara tak sengaja terserempak dengan roadshow Mari Menari. Asalnya salah sorang krew kami pergi ke Alam Sentral untuk membeli stock aksessori wanita, tak sangka punya Geng Mari Menari dan Kau & Aku Musim Baru akan mengadakan show kat situ. Sempat la juga kami rakam beberapa gambar dan video ketika mereka membuat persembahan sebelum kami teruskan dengan trip kami ke Anggerik Mall.

Kalau nak tengok video tu kene lah tunggu artikel kami yang seterusnya.

Blog Widget by LinkWithin

Sponsor Setia Blog Selebriti.tv :


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.