Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Syahrini mahukan 'Imam'
- Insurans RM1 b
- Saham PChem naik RM5.72 seunit
- Lelaki paling seksi
- Jalan songsang
- Kecewa lagi...
- Batu delima kebas duit
- Lancar album solo sulung
- Jalan rosak angkara lori kuari
- Liu tawar diri kahwin
- Cipta personaliti sendiri
- Penonton Malu Mengaku Tonton Filem 2 Alam
- Tetap Pendirian: Ayu Enggan Pamer Suami dan Anak
- Angelina Jolie Jadi Nama Kuil Di Kemboja
- Aamir Khan Bergandingan Dengan Rani, Kareena Kapoor
- Jaclyn Tak Harap Pergi Jauh Dalam Bidang Lakonan
- Kena tipu RM26,000 mentol ajaib
- Guna pistol palsu minta wang
- Chong Eu seorang negarawan - Kabinet
- Teruskan bina jambatan bengkok
- Petisyen bekas Sultan ditolak
- Penjenayah keji tiga serangkai
- Teringat kenangan pisang goreng
- Jaga anak cacat
- Biskut cip coklat gamat diperkenal
Posted: 26 Nov 2010 04:46 PM PST
PENYANYI yang seorang ini seakan sudah berada dalam pakej yang lengkap. Cantik, seksi dan masih solo membuatkan wanita berusia 29 tahun ini sentiasa didekati kumbang. Menurut Syahrini, ramai jejaka yang mahu mendekati dirinya bahkan ada yang menyuarakan isi hati untuk meminangnya. "Yang berusaha dekat memang ada. Yang mahu meminang juga ada. Bohonglah kalau saya kata tiada. Tetapi adakah mereka cukup kuat untuk berhadapan dengan pekerjaan saya sekarang? Kalau sudah menikah kelak, pilihan hati saya itu harus menjadi imam dan saya sangat berharap agar mendapat lelaki yang baik," ujar Syahrini jujur. Lebih lanjut lagi, penyanyi yang mesra disapa dengan panggilan Rini ini menyatakan bahawa dia mahu terus menyanyi walau pun sudah mendirikan rumahtangga kelak. "Kalau diizinkan, saya tetap mahu berkarya. Saya jenis yang tidak boleh duduk diam di rumah. Untuk permulaan perkahwinan mungkin boleh tetapi selepas itu saya mahu pasangan saya mendokong kerjaya saya,"pinta Syahrini. | ||
Posted: 26 Nov 2010 04:45 PM PST KUALA LUMPUR: Syarikat insurans di negara ini membayar lebih RM1 bilion setahun kepada pemegang polisi bagi membiayai kos rawatan perubatan mereka yang meningkat setiap tahun. Statistik Bank Negara dalam Jadual Petunjuk Utama Insurans menunjukkan jumlah tuntutan insurans hayat dibayar untuk perbelanjaan perubatan mencatat peningkatan sejak empat tahun lalu daripada RM877.6 juta pada 2006 kepada RM1.05 bilion (2007), RM1.27 bilion (2008) dan RM1.45 bilion (2009).Trend peningkatan itu membuktikan kos rawatan perubatan antara aspek kritikal di kalangan masyarakat di negara ini. Trend peningkatan itu membuktikan kos rawatan perubatan antara aspek kritikal di kalangan masyarakat di negara ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika diminta mengulas perkara itu, berkata statistik itu menunjukkan tahap kesedaran rakyat terhadap perlindungan kesihatan diri dan keluarga semakin meningkat. Katanya, kerajaan menyedari peningkatan kos perubatan terutama ubat yang meningkat sekitar 12 peratus tahun lalu sekali gus menyebabkan caj perubatan di hospital termasuk hospital swasta meningkat. Namun, katanya, itu tidak bermakna operator pusat perubatan swasta boleh mengambil kesempatan atas kenaikan itu dengan mengenakan caj terlalu tinggi untuk mengaut keuntungan singkat sehingga membebankan rakyat. "Saya sudah mengarahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican supaya berbincang dengan semua pemilik hospital swasta di negara ini berhubung kos perubatan supaya kenaikan itu rasional," katanya. Sementara itu, sumber industri berkata, tuntutan insurans bagi menanggung kos rawatan dan perubatan diramal terus meningkat sejajar dengan peningkatan jumlah penduduk dan perubahan gaya hidup masyarakat. "Peratusan peningkatan tahunan bukan kecil, tetapi meningkat dengan mendadak," katanya. Katanya, orang ramai mengambil polisi insurans kerana mahu mendapatkan perlindungan kewangan ketika ditimpa musibah seperti sakit atau kemalangan. Isnin lalu, Berita Harian melaporkan sehingga Oktober lalu, 26 peratus kegagalan pembayaran balik pinjaman bank atau kad kredit berlaku berikutan pembiayaan kos rawatan tinggi di hospital swasta yang mendorong individu berhutang di luar kemampuan. Sebelum ini, banyak pihak termasuk seorang doktor dengan 25 tahun pengalaman, tampil mengadu caj dikenakan pusat perubatan swasta adalah terlalu mahal dan mahu pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya mengatasi masalah itu. Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr David KL Quek ketika dihubungi berkata, hanya bayaran kepada doktor berkhidmat di hospital swasta dikawal kerajaan menerusi Akta Perubatan namun caj lain tidak dikawal dan bergantung kepada institusi perubatan swasta terbabit. Katanya, ini menyebabkan caj rawatan, perubatan, makmal dan perkhidmatan lain berbeza antara sesebuah pusat perubatan swasta selain bergantung kepada faktor seperti lokasinya. | ||
Saham PChem naik RM5.72 seunit Posted: 26 Nov 2010 04:43 PM PST WAN ZULKIFLEE memalu gong sambil diperhatikan (dari kanan) Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak, George Ratilal, Tengku Mahamad dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Datuk Shamsul Azhar Abbas pada majlis penyenaraian saham PChem di Bursa Malaysia, Kuala Lumpur, semalam. SAHAM PETRONAS Chemicals Group Bhd (PChem) melonjak sehingga RM5.72 seunit ketika memulakan dagangan sulungnya di Bursa Malaysia semalam, premium 52 sen atau 10 peratus berbanding harga rujukannya iaitu RM5.20 sesaham yang juga harga tawaran awam permulaan (IPO) kepada pelabur institusi. Paras itu juga adalah 67 sen atau 13.3 peratus lebih tinggi berbanding harga IPO yang ditawarkan kepada pelabur runcit iaitu RM5.04 sesaham.Kaunter anak syarikat kedua PETRONAS pada tahun ini yang disenaraikan di bursa itu, dibuka pada RM5.71 sesaham, naik 51 sen atau 8.9 peratus, sebelum melonjak ke paras tertinggi RM5.71 seunit sejurus selepas itu. PChem ditutup pada RM5.31 sesaham, naik 11 atau 2.12 peratus berbanding harga rujukan RM5.20 sesaham. Sejumlah 637 juta saham bernilai RM3.52 bilion diurusniagakan pada hari pertama dagangannya, sekali gus menjadikannya sebagai kaunter paling aktif semalam, di sebalik situasi pasaran saham keseluruhan yang tidak menentu. Mengulas perkembangan itu, Naib Presiden Eksekutif Kewangan PETRONAS, Datuk George Ratilal, berkata premium dicatatkan mencerminkan keyakinan pelabur terhadap potensi perniagaan unit petrokimia PETRONAS itu pada masa depan. "Premium sekitar 10 peratus pada pembukaan adalah sesuatu yang memberangsangkan," katanya pada majlis penyenaraian saham PChem di Bursa Malaysia, Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Pengerusi PChem, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Presiden yang juga Ketua Eksekutifnya, Datuk Tengku Mahamad Tengku Mahamut. Sementara itu, Tengku Mahamad berkata, penyenaraian PCHem akan menambah dengan ketara permodalan pasaran Bursa Malaysia dan menjadikan PChem antara 10 syarikat dengan permodalan pasaran terbesar di bursa saham tempatan. PCHem katanya, akan dimasukkan sebagai komponen utama indeks penanda aras utama pasaran saham tempatan, FBM KLCI Isnin ini. "Kami satu-satu syarikat petrokimia yang disenaraikan di Bursa Malaysia, menawarkan peluang pelaburan kepada pelabur dari dalam dan luar negara," katanya. | ||
Posted: 26 Nov 2010 04:41 PM PST JIKA dicari pasangan selebriti paling menarik ketika ini, jawapannya mungkin terarah kepada rumah tangga Ryan Reynolds dan Scarlett Johansson. Tidak lama selepas si isteri dinamakan Babe of the Year oleh majalah GQ, si suami pula dinobat sebagai Lelaki Paling Seksi 2010 oleh majalah People. Pada usia 34 tahun, Ryan yang mencipta nama menerusi filem The Proposal, yang menyaksikan dirinya berganding dengan ratu filem, Sandra Bullock, kini mampu duduk sebaris dengan beberapa aktor ternama Hollywood lain yang sebelum ini diberikan gelaran sama termasuk Johnny Depp, Brad Pitt, George Clooney, Richard Gere, Mel Gibson dan Matt Damon.Walaupun ketampanan dan susuk tubuhnya mendapat pengiktirafan, aktor dari Kanada itu nyata merendah diri apabila mengulas gelaran yang baru diterima. "Nampaknya, seluruh anggota keluarga bolehlah mengejek sepanjang hayat saya nanti," katanya yang gemar bergurau tatkala ditemubual, sebagaimana didedahkan pasukan penganjur. Namun begitu, Ryan tetap berasakan wujudnya aspek positif daripada gelaran yang baru disandang. Isterinya, yang sememangnya tidak asing dengan gelaran seksi, kini bolehlah menggunakan gelaran berkenaan untuk menyuruhnya melakukan sesuatu perkara. Dia membayangkan, Scarlett akan bersuara: "Lelaki paling seksi, sila angkut sampah ini ke luar." Begitupun, dia juga risau sekiranya perbualan dengan orang asing selepas ini hanya berkisar kepada gelaran terbabit, bukannya mengenai topik lebih serius, mahupun soal kerjayanya. Anugerah Lelaki Paling Seksi muncul sebagai isu paling popular majalah People sejak 1985. Dan, hos program ABC, 25 Years of Sexy, Kim Kardashian percaya, majalah berkenaan membuat pemilihan yang tepat pada tahun ini. "Dia begitu kacak dan kelakar. Dia memiliki pakej yang sempurna dan saya berasakan, itulah ciri-ciri yang sebenarnya dicari oleh majalah People," kata bintang realiti itu. Pada pemilihan kali ini, nampaknya Ryan berjaya mengatasi beberapa nama hebat lain termasuk pelakon Leonard DiCaprio, Jon Hamm, Will Smith dan Patrick Dempsey, begitu juga pereka fesyen dan pengarah filem Tom Ford. Bagi memberikan kelainan pada edisi kali ini, People turut menyenaraikan lima lelaki yang boleh diundi pembaca serta peminat menerusi Facebook. Wakil khas majalah itu, Julie Jordan, berkata Vin Diesel mendapat undian hebat di kalangan calon Facebook, yang turut mengandungi bintang realiti Jersey Shore, Pauly D; atlit, Chad Ochocinco; penyanyi, Enrique Iglesias; dan bintang Old Spice Guy, Isaiah Mustafa. Julie turut mendedahkan, Ryan berada pada tangga teratas lelaki seksi yang disenaraikan kerana ciri-ciri yang dimilikinya, selepas setahun pemilihan dilakukan. Selain keyakinan diri yang tinggi, Ryan juga memiliki wajah yang tampan dan berkahwin pula dengan bintang anggun, Scarlett Johansson. Begitupun, bukan sekadar wajah yang diperhatikan panel pemilih. Mereka nyata mahukan lelaki yang pandai berjenaka, merendah diri, serta berhati mulia. Semua ciri itu, kata Julie, ada pada lelaki yang bertubuh tegap berkenaan. "Dia nampaknya cukup seronok dengan semua itu, dan dia lelaki yang baik. Itulah lelaki yang kami cari," katanya. | ||
Posted: 26 Nov 2010 04:38 PM PST SIASAT...pegawai Jais menyoal siasat pengikut IJ. RAMPAS...pegawai penguat kausa Jais merampas dokumen di surau tanpa tauliah di Sungai Tangkas, dekat Kajang, semalam. PUTRAJAYA: Kegiatan ajaran sesat Islam Jamaah (IJ) yang antaranya menghalalkan tulang babi dimakan dikesan bergerak semula di negara ini selepas penahanan 21 pengikutnya selepas mereka melakukan solat Jumaat di surau tanpa tauliah di Sungai Tangkas, dekat Kajang, semalam. Kegiatan ajaran sesat yang dipercayai didalangi lelaki warga Indonesia itu menjadikan surau berkenaan sebagai markas sejak beberapa bulan lalu sebelum diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), kira-kira jam 1.40 tengah hari. Sebelum serbuan, beberapa penguat kuasa Jais menyelinap ke dalam kumpulan terbabit yang taksub mendengar khutbah dalam bahasa Arab yang disampaikan lelaki itu.
| ||
Posted: 26 Nov 2010 04:36 PM PST KECEWA...Shahida bersama bapanya keluar dari Jabatan Pendaftaran Negara Perlis, semalam. KANGAR: "Saya sudah serah surat pengesahan kelahiran anak (Shahida) yang dikeluarkan seorang tok neban (penghulu) di Thailand, tetapi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) masih tidak berpuas hati dan mahu surat pengesahan baru yang dialih bahasa ke Bahasa Malaysia," kata penoreh getah, Othman Omar, 64, semalam. Dia bersama anak keduanya, Shahida dari Wang Kelian, dekat sini, yang hadir ke pejabat JPN Perlis di Wisma Persekutuan, di sini, pagi semalam, terpaksa pulang hampa kerana masalah birokrasi ditimbulkan pihak terbabit yang masih mahu surat pengesahan kelahiran baru dari Thailand. "Hasrat Shahida untuk melangsungkan perkahwinan pada Januari ini pasti tertangguh untuk kali ketiga kerana tiada pengenalan diri dan saya sudah berputus asa untuk berurusan dengan JPN yang masih berkeras mahu surat pengesahan kelahiran Shahida yang sah.
| ||
Posted: 26 Nov 2010 04:35 PM PST HELAH...seorang pegawai polis memicit butang LED untuk menyalakan batu delima palsu. KOTA TINGGI: Seorang lelaki berusia lewat 30-an bersama dua 'pelakon tambahan' dipercayai menjadi dalang kepada dua kes penipuan batu delima merah palsu di sekitar daerah ini membabitkan kerugian RM26,000. Lelaki berperwatakan alim terbabit menyasarkan warga emas dengan mendakwa batu delima itu boleh digunakan untuk upacara 'tarik duit'. Bagi meyakinkan mangsa, lelaki terbabit meletakkan batu delima itu ke dalam bekas tembaga berisi air sebelum ia mengeluarkan cahaya kemerahan.
| ||
Posted: 26 Nov 2010 04:33 PM PST BERGELAR selebriti tidak hanya mempertaruhkan bakat dan komitmen pada kerja semata-mata. Pada khalayak, selebriti menjadi idola dan sering menarik tumpuan ramai.
Bagi penyanyi yang makin meningkat nama menerusi bidang lakonan, Nadia Aqilah, segelintir berpandangan gadis berusia 25 tahun ini cukup berani mendedahkan sebahagian tubuhnya ketika hadir pada acara hiburan.
"Saya percaya pandangan mereka juga penting dan membantu meningkatkan imej saya agar lebih baik. Tidak kira di mana saya berada, saya lebih berhati-hati dengan penampilan sendiri.
| ||
Jalan rosak angkara lori kuari Posted: 26 Nov 2010 04:32 PM PST SUNGAI BULOH: "Sia-sia turap puluhan kali pun kerana jalan di sini akan rosak semula," kata Aishah Muda, 38, penduduk Jalan Matang Pagar, di sini, berhubung keadaan jalan di kawasan terbabit yang teruk dan membahayakan pengguna. Menurutnya, jalan di situ beberapa kali diturap semula, bagaimanapun ia semakin teruk dengan kehadiran puluhan lori yang menjadikan laluan itu sebagai jalan alternatif untuk ke tapak kuari berdekatan.
"Kadangkala, bahan kuari yang dibawa terkeluar dari kenderaan menyebabkannya terkena pada kenderaan lain yang mengekori atau diletakkan dibahu jalan," katanya menambah beberapa kejadian kemalangan maut pernah berlaku di situ membabitkan lori kuari. Peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Lina, 23, berkata dia kerap melihat kemalangan kecil membabitkan penunggang motosikal dan kenderaan lain di sepanjang laluan itu berikutan struktur jalan yang teruk.
| ||
Posted: 26 Nov 2010 04:30 PM PST SUPERSTAR China, Liu Xiang memberikan harapan buat berjuta-juta peminat wanita yang menyintainya, mengumumkan dia bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya, tetapi memberikan beberapa syarat perkahwinan yang perlu diikuti. Mana-mana wanita yang mahu menjadi isterinya perlu menghormati kedua-dua ibu bapanya, sanggup tinggal serumah dengan mereka dan mahu sekurang-kurangnya dua orang anak sebelum 2015, kata Liu dalam satu temuramah dengan portal Internet ternama, Tencent.
"Ia bergantung kepada takdir. Teman wanita saya patut seorang yang berbudi bahasa, sopan dan menghormati kedua-dua ibu bapanya dan ibu bapa saya." Sejak memenangi pingat emas acara 110 meter lari berpagar Sukan Asia Guangzhou Rabu lalu dengan masa 13.09 saat - catatan masa terbaiknya sejak mengalami kecederaan pada perlumbaan peringkat awal pada temasya Sukan Olimpik Beijing 2008 - Liu sekali lagi menjadi tumpuan utama media.
"Keluarga diibaratkan sebuah pelabuhan yang selamat, tidak kira apa yang berlaku terhadap anda di luar, anda boleh kembali ke rumah dan melupakan mengenai segala-galanya." Liu berkata dia bercadang untuk terus bertanding hingga sekurang-kurangnya Kejohanan Dunia pada 2015.
| ||
Posted: 26 Nov 2010 04:28 PM PST SELESA...ruang dalam gedung Bossini. REKAAN pakaian musim sejuk mungkin agak asing bagi masyarakat Malaysia yang tinggal di kawasan beriklim khatulistiwa. Namun ia mampu menjadi sumber inspirasi kepada sesetengah golongan yang mementingkan gaya dan penampilan.
"Koleksi musim sejuk Bossini tidak pernah suram kerana kami sentiasa berusaha tampil dengan rekaan terkini yang memainkan warna ceria. "Ini kerana kami percaya ia lebih menaikkan mood musim sejuk, berbanding jaket labuh bersama padanan warna gelap.
Tidak ketinggalan hoodie yang sentiasa memanaskan badan ketika dingin. Namun di Malaysia, pemakaiannya tentu saja bergantung kepada cuaca, tetapi tidak mustahil ia dilihat sebagai satu fesyen sekiranya pemakai bijak menggayakannya.
| ||
Penonton Malu Mengaku Tonton Filem 2 Alam Posted: 26 Nov 2010 04:25 PM PST PETALING JAYA: Empat remaja lelaki yang ditemui selepas selesai menonton filem 2 Alam malu untuk mengakui telah menonton filem yang dikatakan mampu mengutip kutipan RM40 juta. Menurut mereka, filem terbitan Dr Rozmey Che Din melalui syarikatnya DR Movie Productions itu juga secara tidak langsung telah memberi persepsi buruk kepada filem Melayu lain. "Kami menonton filem ini kerana ingin mengetahui apa sebenarnya yang orang perkatakan tentang filem ini. "Namun setelah menonton selama sepuluh minit sahaja kami sudah mengerti apa yang mereka katakan selama ini tentang filem 2 Alam ini. "Secara jujurnya ia telah memberi tanggapan buruk kepada filem-filem Melayu yang lain," ujar Azlan, 23, iaitu salah seorang remaja yang enggan nama sebenar mereka didedahkan media. Bagi Irwan Noh, 25, pula memberitahu filem ini mempunyai jalan cerita yang tidak bertaraf sebuah filem. "Apa yang saya dapat tonton sepanjang satu jam setengah ini tidak seperti sebuah filem, malah banyak drama di televisyen lebih baik dari filem ini. "Saya harap selepas ini pihak yang bertanggungjawab lebih pentingkan kualiti sesebuh filem yang akan ditayangkan bukan sekadar siap dan memenuhi piawaian sahaja," katanya. Manakala bagi Aiman Roslin, 28, memberitahu filem ini tidak mungkin mencapai sasaran disebabkan kualiti dan jalan cerita yang terlalu membosankan. "Saya bukan pengkritik filem tetapi bagi pandangan mata penonton biasa seperti saya filem ini terlalu membosankan. "Selain terlalu bangak adegan sama yang berulang-ulang, pelakon-pelakon juga kurang memberi lakonan yang baik, saya hairan bagaimana produser filem ini boleh menyasarkan sebanyak RM40 juta," ujarnya. Ketika tinjauan dibuat di beberapa pawagam utama sekitar Lembah Kelang iaitu di e-Curve, Mid Valley, One Utama dan Pavillion, tempat duduk di setiap bilik yang menayangkan filem ini hanya dipenuhi kurang dari sepuluh penonton sahaja. Malah ketika tayangan sedang berlangsung beberapa penonton mengambil keputusan untuk keluar dari pawagam. Dalam pada itu, maklumat dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) kutipan filem tersebut baru mencecah RM230,000 atau RM0.23 juta dan masih terlalu jauh mencapai sasaran seperti yang dilaungkan oleh produsernya iaitu RM40 juta. | ||
Tetap Pendirian: Ayu Enggan Pamer Suami dan Anak Posted: 26 Nov 2010 04:23 PM PST PETALING JAYA: Juara One In A Million (OIAM) kedua, Norayu Damit atau lebih dikenali sebagai Ayu, 21, menegaskan bahawa dia tidak akan mempamerkan suami, Syed Fauzi Syed Baharuddin, 23, dan anaknya, Syed Nashrul Haikal, 1, kepada umum. Walaupun telah mengaku statusnya sebagai isteri dan ibu pada April lalu kepada pihak media, Ayu tetap dengan pendiriannya, enggan keluarganya ditonjolkon dalam dunia glamor hiburan tempatan. Menurut Ayu, keputusan itu dibuat atas dasar permintaan suami dan kedua-dua belah pihak keluarganya. "Bagi saya, keluarga adalah bersifat peribadi. Mereka enggan ditonjolkan secra terang-terangan. "Lagipun saya menghormati permintaan suami dan keluarga. Kalau nak kata saya sembunyikan mereka tidak juga. ini kerana bila kami keluar berjalan macam biasa dan orang ramai boleh namapk. Cuma mereka tidak dipamerkan dalam mana-mana media cetak atau elektronik. "Alhamdulillah, setakat ini suami juga memberi sokongan dan merestui kerjaya nyanyian saya," katanya yang ditemui di studio rakaman milik penerbit lagu, Rudy Muhammad, di sini, Jumaat. Dalam pada itu, Ayu mengakui bahawa kehidupannya kini lebih mencabar berbanding sebelum dirinya berkahwin. Menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu di usia yang muda sedikit sebanyak mengubah karakternya. "Sekarang ini saya hanya fokus pada dua perkara sahaja iaitu kerja-kerja di rumah serta karier. "Diakui, menjadi seorang isteri dan ibu bukan mudah. Malah karakter saya juga berubah kepada seorang yang kuat membebel. "Lagipun ibu yang menjaga anak saya di kampung buat masa ini. Malah ibu saya menetapkan saya boleh mengambil anak ketika usianya dua tahun. Maklumlah, kini saya sedang dalam proses kemunculan semula dengan album baru, jadi ia memerlukan fokus yang lebih. "Apa yang tidak seronoknya, anak saya memanggil ibu saya dengan panggilan mak dan saya pula anak panggil kakak. Rasa sedih dan pada masa sama juga kelakar," selorohnya yang sedang sibuk dengan pembikinan album keduanya. Kemunculan semula dengan album kedua Ayu pasti akan dinanti-nantikan oleh peminat-peminatnya. Membawa sebanyak enam lagu saduran dan sebuah lagu baru, Ayu gembira kerana dia tidak sabar melihat respon yang diberi oleh masyarakat. Dengan kesediaan 100 peratus, Ayu yakin bahawa album kedua kali ini bakal menjadi langkah pertama untuknya kembali bertapak dalam industri muzik tempatan. "Dalam album ini, saya ingin menunjukkan bahawa saya masih lagi ada bakat dan boleh menyanyi lagi. "Menariknya, lagu-lagu lama yang pernah popular seperti Flora Cinta yang dinyanyikan oleh Min Malek dan Salam Buat kekasih (Nadia) akan diberi nafas baru. "Kemudian, selepas selesai album ini saya akan pulang ke Sabah dan hanya membuat persembahan di Sabah sahaja. Semua ini demi anak, saya mahu meluangkan masa dengannya. "Bagaimanapun, saya tidak akan lama, cuma dalam masa enam bulan saya tinggal di Sabah dan akan berulang-alik ke Kuala Lumpur. "Dengan cara itu juga saya dapat merapatkan hubungan dengan peminat di sana pula," tuturnya. Selain lagu Flora Cinta dan Salam Buat Kekasih, lagu seperti Penghujung Rindu, Dendam Dalam Diam, Setia kekasih dan Kabut Serangkai Mawar turut dimasukkan dalam album kedua Ayu. | ||
Angelina Jolie Jadi Nama Kuil Di Kemboja Posted: 26 Nov 2010 04:23 PM PST SIFAT murni pelakon jelita, Angelina Jolie semakin dihargai oleh penduduk di Kemboja dengan menamakan sebuah kuil Hindu bernama Kuil Angelina Jolie. Aktres ini mendapat penghormatan tersebut kerana mengambil anak angkat dari negara itu iaitu, Maddox. Masyarakat Kemboja menyatakan rasa cintanya kepada pelakon tersebut ketika beliau sedang mengadakan penggambaran di sana. Perkara ini diberitahu oleh Presiden Universal Society of Hinduism, Rajad Zen bahawa kuil tersebut dibina pada abad ke 12 dan telah diberi nama Ta Phrom. Namun kini ia telah ditukar nama kepada Angelina Jolie. Jolie dilihat sebagai seorang wanita suci di mata masyarakat Kemboja. "Saya harap ini juga memberi tanggungjawab kepada Jolie selepas ini, dia juga akan lebih memberi bantuan dan melakukan kerja-kerja kebajikan di sini," katanya. | ||
Aamir Khan Bergandingan Dengan Rani, Kareena Kapoor Posted: 26 Nov 2010 04:22 PM PST PELAKON Aamir Khan bakal beraksi dalam filem terbaru garapan Reema Kagti dan bakal bergandingan dengan Kareena Kapoor dan Rani Mukherjee. Biarpun belum memulakan sebarang penggambaran namun filem Farhan Akhtar dan Ritesh Sidhwani ini telah menjadi buah mulut umum kerana bakal dibintangi oleh Aamir. Dia merupakan salah seorang nama besar Hollywood yang sering dinantikan, malah masyarakat lebih teruja untuk mengetahui siapa heroin yang bakal menjadi pasangannya. Jika nama pelakon jelita Kareena Kapoor telah disebut-sebut bakal bergandingan dengan pelakon itu, nama-nama pelakon wanita lain seperti Priyanka Chopra, Deepika Padukone, dan Katrina Kaif turut berlumba-lumba untuk merebut watak lain dalam filem tersebut. Namun bintang Kuch Kuch Hota Hai, Rani Mukharjee yang dipilih untuk bergandingan dengan Aamir dan Kareena Kapoor. Filem ini dijangkakan akan memulakan penggambaran pada awal tahun depan. | ||
Jaclyn Tak Harap Pergi Jauh Dalam Bidang Lakonan Posted: 26 Nov 2010 04:19 PM PST PETALING JAYA: Penyanyi Jaclyn Victor menyatakan perasaan kurang yakin terhadap bidang lakonan yang diceburinya kini akan pergi lebih jauh. Jelas Jac, ramai pelakon baru yang lebih layak dan mampu untuk memegang pelbagai watak berbanding dirinya yang hanya boleh mampu memegang watak gadis India. "Wajah saya hanya sesuai sebagai watak gadis India, jadi saya rasa peluang untuk pergi lebih jauh agak kurang. "Tak kan pula ada pengarah yang akan membuat satu watak India untuk saya di setiap filem, lain lah jika wajah saya ada kacukan mukin lebih mudah untuk setiap watak," katanya yang baru keluar dengan filem arahan Afdlin Sauhki berjudul Appalam. Bagaimanapun, menurut Jac, lakonan merupakan cabang baru bagi dirinya. Biarpun tidak mengharapkan akan pergi lebih jauh, namun dia tetap mencuba untuk memberikan yang terbaik. "Masih banyak yang perlu saya pelajari dalam bidang ini. Saya berterima kasih kerana diberi peluang untuk berlakon. "Jika diberi pilihan saya lebih berminat untuk berlakon teater kerana ia benar-benar memberi kepuasan. "Bagaimanapun sebagai anak seni saya hanya mencuba pelbagai bidang, tapi fokus utama masih lagi dalam bidang nyanyian," ujarnya yang bakal keluar dengan album terbaru berjudul Tiga Suara. Kata, Jac dia kini masih menunggu album gabungan tiga suara iaitu bersama Ning Baizura dan Shila OIAM. Album yang memuatkan sembilan buah lagu baru itu akan menampilkan kolaborasi suara ketiga-tiga artis tersebut. "Album tersebut sudah siap dan akan dilancarkan tidak lama lagi. Album kali ini lebih istimewa kerana kali pertama gabungan suara artis dimuatkan dalam sebuah album," ujarnya. | ||
Kena tipu RM26,000 mentol ajaib Posted: 26 Nov 2010 04:18 PM PST
KOTA TINGGI – Malang menimpa dua warga emas apabila objek yang disangka 'batu geliga delima' kononnya boleh digunakan untuk menyedut duit yang dibeli dengan harga RM26,000 daripada tiga lelaki berperwatakan alim rupa-rupanya hanyalah sebiji mentol mainan berharga RM1. Kedua-dua mangsa berusia 71 dan 72 tahun masing-masing mengalami kerugian RM6,000 dan RM20,000 pada 20 dan 22 November lalu selepas mereka terpedaya dengan suspek berusia dalam lingkungan 30-an yang memakai kopiah mengatakan batu tersebut diwarisi daripada datuknya. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Muhammad Sebot berkata, bagi meyakinkan mangsa, suspek turut melakukan demonstrasi dengan merendamkan 'batu' tersebut ke dalam air sebelum ia mengeluarkan cahaya kemerah-merahan. 'Batu' tersebut hanyalah merupakan sejenis mentol yang boleh dibeli dengan harga RM1. | ||
Posted: 26 Nov 2010 04:18 PM PST KUALA LUMPUR – Hasrat seorang penjenayah tegar yang mempunyai 24 rekod jenayah untuk memungut wang perlindungan sebanyak RM200 dengan menggunakan sepucuk pistol mainan daripada sebuah kelab malam di Jalan Chow Kit di sini tidak kesampaian apabila dia diberkas di premis itu semalam. Kejadian pukul 12 tengah hari itu berlaku apabila suspek yang mempunyai sebanyak 24 rekod jenayah lampau berkaitan samun dan dadah itu pergi ke kelab malam tersebut sebelum mengugut pemiliknya dengan pistol yang diambil dari sebuah beg yang dibawanya. Sebelum itu, suspek yang berusia dalam lingkungan 50-an itu telah memperkenalkan diri sebagai polis dan meminta RM200 kononnya sebagai wang perlindungan daripada mangsa yang baru hendak memulakan perniagaannya. Jurucakap polis memberitahu, suspek turut mengugut akan mengapa-apakan mangsa sekiranya enggan mengikut arahan. | ||
Chong Eu seorang negarawan - Kabinet Posted: 26 Nov 2010 04:17 PM PST KUALA LUMPUR - Jemaah menteri yang bermesyuarat semalam merakamkan penghargaan tinggi terhadap sumbangan mendiang Tun Dr. Lim Chong Eu (gambar) sepanjang hayatnya dalam politik dan pentadbiran kerajaan khususnya di Pulau Pinang. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sumbangan Chong Eu sentiasa terakam dalam memori negara ini, dan menyatakan mendiang adalah seorang negarawan, pencipta kemajuan negeri Pulau Pinang, dan pejuang parti MCA dan Gerakan dalam Barisan Nasional. "Jemaah menteri menyatakan secara ikhlas sebagai anggota masyarakat kita hargai semua jasa, khidmat dan perjuangan beliau," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini semalam. | ||
Teruskan bina jambatan bengkok Posted: 26 Nov 2010 04:16 PM PST KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tiada sebab mengapa projek pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor yang menghubungkan negeri itu dengan Singapura tidak boleh diteruskan. Beliau berkata, ini kerana semasa perancangan dan perundingan dengan kerajaan Singapura, projek itu tidak menghadapi masalah perundangan dan tentangan daripada negara jiran itu. "Saya dulu terlibat secara langsung dengan perancangan jambatan-jambatan ini, semasa saya kaji cadangan ini, saya telah kaji segala peruntukan undang-undang terutamanya yang melibatkan Singapura, saya telah cuba meminta Singapura bersetuju supaya kita bangunkan jambatan ini bersama tetapi setelah dua tahun berlalu tiada respons menunjukkan mereka tak berminat. "Dengan itu saya rancang sama-sama dengan arkitek-arkitek tertentu untuk mengadakan jambatan ini di sebelah Malaysia sahaja tak melibatkan Singapura dan mereka tidak bantah, kita sebenarnya dah luluskan projek ini dalam Kabinet dan kerja-kerja telah dibuat bersama-sama kontrak CIQ," katanya. | ||
Posted: 26 Nov 2010 04:14 PM PST PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini semalam memutuskan bahawa Tengku Mahkota Kelantan berkuasa penuh sebagai Sultan apabila sultan negeri itu mengalami ketidakupayaan seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Negeri Kelantan. Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, yang mengetuai panel tiga hakim, berkata, Perlembagaan Negeri Kelantan juga memperuntukkan bahawa Tengku Mahkota boleh melaksanakan tugas Sultan walaupun Sultan tidak mengalami ketidakupayaan. "Kami berpendapat hanya seorang individu patut menguruskan hal ehwal Negeri Kelantan pada satu-satu masa," kata beliau. | ||
Penjenayah keji tiga serangkai Posted: 26 Nov 2010 04:13 PM PST SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen di sini semalam menetapkan 31 Januari tahun depan bagi sebutan semula kes terhadap tiga lelaki atas pertuduhan merompak, menculik, merogol, meliwat dan menyamar sebagai anggota polis di Rawang pada 27 September lalu. Hakim Wan Mohd. Norisham Wan Yaakob yang tidak membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin menetapkan tarikh itu bagi membolehkan dua tertuduh, S. Ramesh, 27, dan P. Kumaran, 27, melantik peguam. Seorang lagi tertuduh, T. Karthik, 23, diwakili peguam bela, S. Karthigesan. Ketiga-tiga tertuduh masing-masing menghadapi jumlah pertuduhan yang berbeza namun Timbalan Pendakwa Raya, Salwa Asmary Ab. Rahim memohon untuk menggabungkan perbicaraan kes tersebut dengan alasan akan mengemukakan saksi yang sama memandangkan kejadian jenayah itu dilakukan oleh mereka pada masa, lokasi dan juga mangsa yang sama. | ||
Teringat kenangan pisang goreng Posted: 26 Nov 2010 04:11 PM PST
SHAH ALAM - Bagi membalas jasa ibu yang terpaksa menyara keluarga dengan berniaga pisang goreng sejak kematian bapanya, 14 tahun lalu, Amir Abdul Azim Jamaluddin berazam belajar bersungguh-sungguh bagi memperoleh keputusan cemerlang dalam pengajiannya. Berkat kesungguhan menimba ilmu, Amir Abdul Azim, 24, semalam menerima Anugerah Naib Canselor bagi Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Hotel dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.66 pada Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-73 di Dewan Sri Budiman di sini semalam. Kata Amir Abdul Azim, dengan kecemerlangannya itu, beliau berazam untuk terus mencipta kejayaan dalam pengajian dan kerjaya seterusnya bagi membalas jasa ibunya, Kamisah Sooki, 44. "Ibu sebagai ibu tunggal banyak berkorban untuk menyara kami empat beradik dengan bekerja sebagai pembantu kedai makan dan berniaga pisang goreng sejak bapa meninggal akibat kanser. "Jadi, dengan kejayaan ini, saya akan bekerja dan memastikan hidup ibu saya tidak lagi susah," katanya yang berasal dari Johor Bahru. | ||
Posted: 26 Nov 2010 04:11 PM PST MERSING - Seorang ibu tunggal terpaksa mengurung anak lelakinya Rafie Idrus, 46, yang mengalami kecacatan mental di dalam rumah sejak kematian suami 20 tahun lepas. Itulah pengorbanan yang dilakukan Fatimah Husin, 70, bagi mengelak anak kedua daripada empat beradik itu merayau-rayau ke rumah jiran dalam keadaan berbogel jika terlepas. Katanya, sejak kematian suaminya, Idrus Ismail, dia kini tidak melakukan sebarang pekerjaan kerana menjaga anaknya itu seorang diri termasuk makan minum dan pakaiannya. "Sebelum ini, semasa arwah suami ada, saya membantunya di ladang kelapa sawit dan dapatlah sumber kewangan bagi kami sekeluarga. "Kini, selepas dia tiada (suami), ladang kepala sawit dijaga oleh seorang penduduk dan hasilnya dibahagi dua," katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Endau di sini semalam. | ||
Biskut cip coklat gamat diperkenal Posted: 26 Nov 2010 04:09 PM PST LANGKAWI - Sebuah syarikat tempatan di sini mengambil inisiatif mempelbagaikan produk berasaskan gamat dengan memperkenal biskut cip coklat gamat yang kini dijual di pasaran. Langkawi sebelum ini terkenal dengan pelbagai produk gamat seperti minyak, air, bam dan sabun. Produk keluaran Roha Zara Enterprise berasaskan gamat itu dicampur halia dan herba, sesuai sebagai makanan kesihatan. Pengurus Roha Zara Enterprise, Hasruha Othman, 41, berkata, beliau mengambil peluang ke atas keluaran gamat yang banyak di Langkawi untuk mengeluaran biskut tersebut. "Berbekal modal sebanyak RM5,000, saya memulakan pengeluaran yang pada mulanya secara kecil-kecil untuk memperkenal biskut itu," katanya kepada Bernama ketika ditemui semasa menyertai pameran dan jualan Juara Rakyat Bulan Petani, Penternak dan Nelayan di pekarangan Kompleks Nelayan Penarak di sini semalam. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |