OHBULAN! |
Trailer : “Total Recall” Filem Futuristik Tahun 2084 Lakonan Colin Farrell Posted: 02 Jul 2012 11:38 PM PDT Sekarang 2012, dan 2 Ogos ini anda semua bakal lompat ke tahun 2084 apabila filem futuristik, "Total Recall", bakal ke pawagam-pawagam di seluruh Malaysia. Filem terbaru lakonan Colin Farrell, Kate Beckinsale dan Jessica Biel ini mengisahkan tentang peperangan antara 2 pihak di Bumi. Konflik menjadi semakin serius apabila seorang lelaki bernama Douglas Quaid (Colin Farrell) yang hanya seorang pekerja kilang telah mengunjungi sebuah pusat yang mampu menanam implan memori artifisial yang boleh mengikut kehendak hidup yang diinginkan si pengguna. Namun, Quaid menjadi semakin sangsi apabila selepas menjalani pembedahan implan memori tersebut, dia terperangkap di antara peperangan yang dia sendiri tidak tahu dia berada di sebelah mana. Filem ini sememangnya sebuah filem yang sangat futuristik dan kami pasti anda semua sudah lama mengidamkan filem seperti ini bukan? Tambah-tambah lagi apabila ia akan dibintangi oleh 3 orang selebriti yang sememangnya dikenali ramai. Untuk pengetahuan, filem ini adalah filem remake kembali dari filem asal yang dilakonkan oleh Arnold Schwarnezegger sebelum ini. Menarik bukan? Apa pun, mari kita tonton trailer filem ini dahulu! |
Penjagaan Rambut Wanita Berhijab Posted: 02 Jul 2012 10:10 PM PDT Rambut merupakan mahkota bagi setiap wanita. Tidak kira sama ada anda berhijab mahupun tidak, penjagaan rambut harus diutamakan. Ini adalah bagi membentuk keterampilan dan juga keperibadian diri sendiri. Tambahan pula, kecantikan seseorang wanita adalah bermula daripada dalaman iaitu keyakinan dan kepuasan diri sendiri. Majoriti wanita yang berhijab akan mengalami masalah rambut seperti kelimumur, rambut berbau, kulit kepala berminyak dan juga rambut gugur. Ini berpunca daripada kurangnya ketelitian dalam penjagaan rambut dan memandang enteng dalam semua aspek penting penjagaan mahkota wanita ini. Disamping itu, tidak dinafikan wanita berhijab memerlukan penjagaan rambut yang lebih rapi dan menyeluruh berbanding wanita yang tidak berhijab. Ini kerana, keadaan kulit kepala dan rambut yang sentiasa tertutup boleh mengundang kerosakan rambut jika tidak dirawat dengan baik. Bagi wanita yang berhijab, pemilihan syampu adalah penting bagi medapatkan kesesuaian produk dengan masalah rambut yang dihadapi. Tidak semua syampu yang berada dipasaran efektif dalam menangani masalah-masalah rambut, jadi para wanita perlu lebih peka dan teliti dalam mendapatkan syampu yang sesuai. Sebelum membuat keputusan untuk memilih syampu yang diinginkan, seseorang individu tersebut haruslah mengenalpasti terlebih dahulu jenis masalah rambut yang dihadapi. Ini adalah bagi mengelakkan tersalah pilih produk, sehingga mengakibatkan masalah rambut menjadi bertambah kritikal. Selain bersyampu, penggunaan conditior turut penting dalam merawat rambut yang bermasalah. Ini adalah bagi mendapatkan hasil yang lebih efektif dan secara tidak langsung bagi memiliki rambut yang sihat dan senang terurus sepanjang masa. Jadi, bagi wanita yang berhijab jagalah mahkota anda ini sebaik-baiknya. Walaupun rambut ini tidak didedahkan kepada umum, tetapi cukuplah sekadar anda sendiri yang merasai kepuasan memiliki rambut yang sihat dan cantik. Sumber : Sensasi Selebriti |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |