Celebrity News |
- Filem Animasi Seefood | Sinopsis Seefood | Trailer Seefood | Kutipan Filem Seefood
- Gossip Taiyuddin Bakar Besar Kepala Dan Tiada Disiplin
- Keputusan Penuh All England | Keputusan Separuh Akhir All England | All England Semi Final Result
- Kolej Kadazandusun Murut Sabah
- Menguap Cara Islam
Filem Animasi Seefood | Sinopsis Seefood | Trailer Seefood | Kutipan Filem Seefood Posted: 11 Mar 2012 10:34 AM PDT Sinopsis Seefood : Julius seekor jerung ganas tetapi sebernanya sangat ceria bersama Pup Seekor Yu Buluh bermain di terumbu karang. Tiba-tiba terserempak dengan dua penyelam yang mengambil telur telur ikan. Pup gagal untuk menyekat mereka. Pup yang kesedihan cuba dipujuk oleh Julius dengan aksiaksi yang melucukan tetapi gagal lalu Julius membawa pup pulang ke kediamannya, disebuah kapal karam yang penuh dengan wang emas. Sementara itu sebuah kilang yang berhampiran persisiran pantai telah membuang sisa-sisa bahan industri kedalam laut berhampiran tempat tinggal mereka, mengakibatkan pencemaran kepada terumbu karang, air laut dan kehidupan lain. Julius ditugaskan untuk menyelamatkan Pup Octo dengan ciptaan barunya yang mampu membuat Julius naik kedarat. Julius yang naik kedarat kini menjadi buruan penyelam-penyelam tersebut yang juga ingin menjadikan dia sebagai salah satu hidangan istimewa. Trailer Seefood : Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Gossip Taiyuddin Bakar Besar Kepala Dan Tiada Disiplin Posted: 11 Mar 2012 10:28 AM PDT Entah betul ke tidak gossip ini, baru je dia nak melebarkan sayap di arena industri hiburan dah ada desas desus yang kurang enak didengar mengenai Taiyu. Kesian pun ada sebab ada je orang yang tidak suka dengan orang tengah naik ni. Maklumlah dia pun nak juga macam Taiyu tetapi bakat cukup-cukup makan je...buat bodoh je Taiyu...u can do it Bro....apa cer.....Celop la Der....apa-apa pun dibawah ni berita mengenai gossip keras kepala ni..... Terbaru, pemilik nama sebenar Sallehuddin Abu Bakar ini dikatakan sering hadir lewat ke sesi latihan pementasan teater muzikal Gerimis Mengundang yang kini berlangsung di Istana Budaya, di sini. Taiyu yang mengakui isu kelewatan itu berkata, segala tuduhan yang menjejaskan namanya sebagai orang baru adalah sesuatu yang diperbesarkan daripada perkara yang sebenar. "Saya akui ada beberapa kali lewat ke sesi latihan Gerimis Mengundang tetapi semuanya bersebab. Sebagai orang baru, takkan saya sengaja untuk bertindak begitu? "Ia hanya perkara kecil yang terjadi pada mana-mana individu dalam industri ini tetapi bagi kes saya ia seolah diperbesarkan untuk menimbulkan masalah kepada karier saya," katanya ketika ditemui pada latihan teater itu, di Istana Budaya, baru-baru ini. Menjawab tuduhan kononnya dia mula berubah sikap selepas memenangi anugerah Pelakon Harapan Lelaki di Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) pada November tahun lalu, Taiyu menepis sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan menganggap ia sebagai keterlaluan. "Kenapa pula ada pihak yang menuduh saya mula bersikap besar kepala sedangkan perkara itu mengarut. Anda boleh tanya pada mana-mana produksi yang pernah saya bekerja bagaimana sikap saya ketika bekerja. "Saya tahu tuduhan-tuduhan sebegini dilakukan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan saya. Saya sedang mengukuhkan bukti sebelum menghebahkan kepada khalayak mengenai sikap buruk pihak tersebut. "Apabila tiba waktu yang sesuai selepas mendapatkan nasihat peguam, saya tidak akan teragak-agak untuk bertindak balas," katanya. Terbaru, aksi Taiyu bersama barisan pelakon Kamal Adli, Ika Nabila dan Amanda Misbun boleh ditonton menerusi drama Apa Celop (arahan Ahmad Idham) yang disiarkan pada setiap Isnin pukul 9 malam di TV3 bermula 20 Februari lalu. Info : Mstar OnlineJika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Keputusan Penuh All England | Keputusan Separuh Akhir All England | All England Semi Final Result Posted: 11 Mar 2012 10:12 AM PDT FINAL ( Datuk Lee Chong Wei VS Lin Dan) Keputusan Perseorangan Lelaki Lee Chong Wei (1), Malaysia, tewaskan Lee Hyun-il (8), Korea Selatan, 21-19, 21-18. Lin Dan (2), China, tewaskan Kenichi Tago (7), Jepun, 21-18, 21-17. Keputusan Perseorangan Wanita Wang Yihan (1), China, tewaskan Wang Shixian (3), China, 20-22, 21-18, 21-18. Li Xuerui (7), China, tewaskan Tai Tzu-ying, Taiwan, 19-21, 21-16, 21-10. Keputusan Beregu Lelaki Jung Jae-sung and Lee Yong-dae (2), Korea Selatan, tewaskan Mathias Boe dan Carsten Mogensen (3), Denmark, 21-14, 21-13. Cai Yun dan Fu Haifeng (1), China, tewaskan Hirokatsu Hashimoto dan Noriyasu Hirata (8), Jepun, 21-10, 21-15. Keputusan Beregu Wanita Wang Xiaoli dan Yu Yang (1), China, tewaskan Huan Xia dan Tang Jinhua, China, 21-13, 21-18. Tian Qing dan Zhao Yunlei (2), China, tewaskan Ha Jung-eun dan Kim Min-jung (3), Korea Selatan, 21-19, 21-19. Keputusan Beregu Campuran Thomas Laybourn dan Kamilla Rytter Juhl (8), Denmark, tewaskan Xu Chen dan Ma Jin (2), China, 21-16, 21-18. Tontowi Ahmad dan Lilyana Natsir (4), Indonesia, tewaskan Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying, Malaysia, 27-25, 21-16. Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Kolej Kadazandusun Murut Sabah Posted: 11 Mar 2012 10:04 AM PDT Sekadar Hiasan Beliau berkata, serentak dengan pelancaran itu Perdana Menteri juga akan melakukan upacara pecah tanah kampus tetap kolej berkenaan di Kaingaran, dalam daerah Tambunan. Berucap pada majlis perasmian persidangan Tri-Tahunan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) di Dewan Hongkod Koisan di sini hari ini, Pairin yang juga presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata, kabinet Sabah telah bersetuju "membantu" menubuhkan kolej universiti berkenaan. "Kita bersyukur kerana kerajaan telah meluluskan penubuhan kolej komuniti itu dan tapaknya sudah disediakan di Tambunan. Diharapkan kerajaan negeri atau persekutuan dapat menyediakan peruntukan untuk tujuan ini," katanya. Cadangan penubuhan kolej berkenaan dibuat oleh Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun dan Murut Sabah (PEKADIN). — BERNAMA ZOoM : Sekarang ini banyak kolej dan IPTS yang wujud di Malaysia, tetapi sana-sini sedang mencari kerja kerana penawaran (DD) melebihi permintaan (SS). Kalau kerja dengan Kerajaan gaji kecil pun tak apa sebab elaun dan lain-lain dan tinggi. Tapi bila dan di mana tidak dapat dipastikan kerana ZoOM tahu diluar sana ramai yang terpaksa berkerja dengan SWASTA.... Apa kata anda mengenai belajar dan berkerja ? Adakah anda ingin berkerja dulu, lepas tu kerja atau pun sebaliknya.. Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Posted: 11 Mar 2012 05:33 AM PDT Sekadar Hiasan "Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari) Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka." (Riwayat Imam Muslim) Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap . Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu." (Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi) Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin." (Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi) Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin: 1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat. 2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat. 3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin. Sunat ketika bersin mengucapkan "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan "Yarhamukallah". Sunat mengucapkan "Astaghfirullah" selepas menguap. Wallahu a'lam Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
You are subscribed to email updates from Celebrity News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |