Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Gambar Yana Samsudin Berkemban Dalam Aku Masih Dara Posted: 01 Dec 2010 04:41 PM PST Setelah menang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 23, pelakon di bawah pengurusan MIG, Yana Samsudin semakin dikenali. Lakonannya di kaca TV tak putus-putus disiarkan. Habis satu drama, timbul pula drama yang lain. Pendekata, nama Yana Samsudin semakin meniti di bibir peminat. Terbaru, Yana Samsudin memegang watak utama dalam Aku Masih Dara yang akan ditayangkan mulai 15 Disember 2010. Watak Aleesya seorang gadis seksi yang suka bersosial dan tidak bermoral serta bermasalah. Kata Yana, dia sangat malu dan segan sebenarnya apabila perlu berkemban dalam filem ini. Itu semua dibuat atas cadangan pengarah yang mana mahu watak Aleesya betul-betul antagonis. Ini semua ada satu cabaran untuk Yana dan terpaksa menerima segala kritikan dari media dan penonton. Mengikut pada jalan cerita, watak Aleesya akhirnya hilang dara setelah ditebuk oleh beberapa orang lelaki semasa dalam party seks atau party buih beramai-ramai. Yana terpaksa berkemban dan pakai baju seksi bukan untuk menarik penonton datang ke pawagam tapi ini satu tanggungjawab yang perlu saya buat untuk memuaskan hati bagi menjayakan watak ini. Pada awalnya, Yana tak suka dengan watak sebegitu. Tapi setelah berfikir panjang, dia menyahut cabaran tersebut. Yana berharap penonton tak salah tafsir kerana Yana dalam filem tak sama dengan Yana di luar filem. Harapan Yana juga, penonton dapat mengambil pengajaran dan menerima mesej berguna dalam filem ini. Selepas Aku Masih Dara, Yana akan muncul pula dengan lakonan yang juga cukup mencabar dalam filem KONGSI. Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Gambar Seksi Nita Hamzah di Party EH! 20 Yang Anggun 2010 Posted: 01 Dec 2010 11:10 AM PST Wow! Melatop kebaboom! Itu kata Budiey masa berjumpa dengan penyanyi Nita Hamzah semasa Party EH! 20 Yang Anggun 2010 yang lalu. Bagi Nita pula, dia tak kisah orang nak cakap apa. Malah senyumnya bertambah meleret. Dress ketat dan singkat ini bertambah seksi apabila pereka bijak mengeksploitasi warna fabrik yang digunakan. Material dengna warna yang seakan warna kulit pastinya membuatkan orang nampak Nita seperti tak berbaju. Tapi tetap la meletop! Oh ya tak ya, tengok la siapa pereka dress ni. Amir Luqman! Sememangnya, ramai yang dah tahu pereka yang berbakat besar ni memang mahu mencari kelainan dari segi rekaannya. Penampilan berani Nita Hamzah di party ini mengingatkan Budiey dengan penampilan Siti Elizad Sharifudin yang tampil dengan pakaian paling seksi pada malam Parti 20 Yang Anggun 2007 yang diadakan di Ruums pada 24 November 2007. Ia mendapat kecaman dan kutukan dari pembaca blog ini satu ketika dulu. Namun, mungkin ramai yang sudah tahu gaya dan cara Nita berpakaian selama ini. Nita taklah sedahsyat itu. Apa-apa pun, dari pemerhatian Budiey, penampilan Nita adalah yang paling seksi dan berani di malam party itu. Selebriti lain yang hadir tu tak berapa nak seksi sangat. So, pemenang untuk pakaian paling seksi di 20! Yang Anggun jatuh kepada Nita Hamzah. Nita bersama pelakon Karak dan model serta pereka Amir Luqman Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |