Adsense

Ahad, 6 Mac 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Yuna & Qi Akhirnya Sah Bercinta!

Posted: 06 Mar 2011 10:56 PM PST

Walaupun orang sudah lama tahu bahawa Yuna & Qi memang pasangan bercinta, namun kedua-duanya tidak memberikan sebarang kata-kata rasmi mengenai hubungan tersebut. Kalau diikutkan, kami selalu perasan Yuna memberikan hint-hint di laman Twitter. Kami memang nak dedahkan, tapi, biarlah empunya badan sendiri yang maklumkan kepada peminat.

Jelas sekali, gelombang cinta mereka berdua tidak dapat dibendungkan lagi. Qi Razali is in relationship with Yuna Zarai, status facebook yang pendek & ringkas, namun memberikan banyak makna buat peminat.

Tak sangka, gelagat mesra mereka berdua ketika Shout! Awards seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak media telah pun menjadi kenyataan. Ehem, adakah ini bermakna Yuna akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi? Kalau tak silap, kami pernah bergurau dengan Yuna mengenai perkahwinan. Kata Yuna, mungkin dalam bulan 8 tahun ini, tak tahu'lah itu sekadar gurauan, atau betul-betul.

Kenapa bulan 8? Kan Yuna?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pengetua Akademi Fantasia 9 Akan Didedahkan Hari Ini?

Posted: 06 Mar 2011 10:40 PM PST

Segala spekulasi & tanda tanya ramai peminat Akademi Fantasia 9 mungkin akan terjawab hari ini. Baru sahaja sebentar kami, kami menerima email jemputan ke sidang media Akademi Fantasia 9 yang akan berlangsung sekitar Ampang pada pukul 3.30pm. Sebelum ini, khabar angin pengetua dari negara seberang yang akan dilantik, iaitu Ahmad Dhani telah pun senyap. Cerita tersebut berlalu begitu sahaja, namun ada cerita yang mengatakan Amy Search merupakan calon-calon yang disenarai pendek.

Hebat juga penangan pengetua AF, dah jadi national news. Kalau tak silap kami, ada beberapa akhbar yang begitu lantang membantah pelantikan Ahmad Dhani sebagai pengetua. Sehingga ada yang cop penyokong Ahmad Dhani sebagai pendatang. Serius, kami tergelak besar, sebab tak sangka ada juga orang yang berfikiran pendek.

Tunggu pengumuman daripada kami sebaik sahaja nama pengetua didedahkan. Adakah mereka tetap bertegas dengan Ahmad Dhani, atau masih mengekalkan calon-calon daripada tempatan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.