Adsense

Selasa, 2 November 2010

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


Kenapa tiada pagar pemisah penonton di EPL

Posted: 01 Nov 2010 06:32 AM PDT

Mungkin terlewat untuk isuhangat mengucapkan tahniah kepada pasukan bolasepak dan rakyat negeri Kelantan yang membawa pulang Piala Malaysia setelah membenam Negeri Sembilan yang kelihatan agak gugup setelah ketiadaan Aidil. Pasukan Kelantan memang berhak memenangi perlawanan akhir ini.

Penyokong pasukan 'red warrior' memang terkenal dengan sifat fanatik kepada pasukan negeri mereka, tidak hairanlah suasana merah menguasai Stadium Bukit Jalil, nasib baiklah tiada kejadian yang tidak diingini semasa perlawan akhir lalu walaupun kelihatan botol-botol air mineral yang bertaburan dan kedengaran bunyi letupan mercun. Apa pun sekarang warna biru dan hijau memenuhi DUN Galas :)

Kepada mereka yang gila EPL mesti tidak hairan melihat penonton mereka di stadium Liga Inggeris. Selain dikenali dengan Kick And Rush-nya, Liga Inggeris dikenali dengan kualiti padang dan stadiumnya yang boleh dikatakan terbaik.

Dan satu lagi, stadium-stadium di England ternyata tidak punya pagar pemisah di antara penonton dengan padang. Dan yang lebih hebatnya lagi, jarak bangku penonton dengan padang tidak lebih dari 5 meter.

Kenapa boleh begitu? Ternyata hal tersebut dikuatkuasakan bukan kerana penonton kelab-kelab di England adalah baik dan tertib, tapi kerana penonton mereka lebih brutal dari penyokong Kelantan.

Ini dia sejarah dan alasannya …

Anda pasti sudah tahu dengan rusuhan yang dilakukan penyokong Liverpool di Belgium sewaktu final Liga Champions ketika melawan Juventus. Rusuhan yang berlaku 29 Mei 1985 yang kemudian dikenali dengan Tragedi Heysel ini mengorbankan nyawa 39 orang. Tragedi tersebut memberi impak besar bagi sejarah bolasepak Eropah.

Liga EPL

Soal rusuhan dan pergaduhan, Eropah paling tegas. UEFA akhirnya melarang Liverpool bermain di Eropah selama 5 tahun. Dan uniknya, bukan hanya Liverpool, tapi semua kelab Inggeris tidak boleh bermain di luar England selama 5 tahun! Dan yang paling unik, ternyata tiada protes dari kelab-kelab lain yang turut terkena hukuman.

Hukuman FA tidak berhenti di situ. Ada banyak perubahan parameter keselamatan yang lain. Yang paling jelas adalah menghilangkan pagar pemisah penonton dan padang serta tiada lagi ada penonton kelas berdiri (tanpa kerusi) di seluruh England.Di Eropah, cuma England yang tidak menjual tiket tanpa kerusi.

FA dikecam oleh orang awam peminat bolasepak di England, bahkan Eropah. Jelas banyak yang marah kerana tiket berdiri harganya murah dan meriah. Dan hal yang dianggap paling gila adalah menghilangkan pagar pemisah. Ada pagar pun merusuh, apalagi kalau tiada?

Tapi buat FA, kelas suporter berdiri merupakan punca berlakunya rusuhan. Jadi, sekarang ini semua stadium di England tanpa pagar dan tidak menjual tiket bernombor kerusi. FA memang organisasi berpengalaman. Idea mereka ternyata berjaya. Hilangnya pagar sekatan membuatkan penonton menjadi lebih matang dan dewasa. Kerana FA juga mencatat identiti penonton yang masuk stadium. Sekali membuat rusuhan, penyokong bakal di-banned masuk stadium di seluruh England untuk beberapa tahun, bahkan selamanya. Di dalam stadium juga tidak nampak pasukan polis walaupun yang menyamar.

Liga EPL

Dengan peraturan tersebut, bukan bemakna bolasepak Liga Inggeris 100% selamat. Peminat Setan Merah pasti tidak akan lupa dengan "tendangan kung fu" Eric Cantona kepada penyokong Crystal Palace di tepi padang.

Liga EPL

Atau peminat Liverpool masih ingat dengan insiden kemasukan belon ke padang yang dilemparkan seorang remaja yang akhirnya membuat liverpool kalah dari Sunderland.

Liga EPL

Terlepas dari masalah itu, rasanya kita patut mengucapkan tahniah untuk keberanian FA dan sikap dewasa para suporter Liga Inggeris yang dulu sering membuat orang resah, sekarang nampaknya relatif lebih bersopan.

Kalau hal serupa diterapkan di Liga Malaysia, apa yang bakal terjadi? – isuhangat

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.