Adsense

Selasa, 2 November 2010

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


(GAMBAR) Rozita Che Wan dan Shahir cover BiPop

Posted: 02 Nov 2010 02:58 AM PDT

Bagi cover majalah edisi terhad mingguan Bipop Ahad lalu, dua gandingan artis yang kian bakal meninggalkan dunia artis dan seorang lagi artis baru yang bakal memberi kejutan kepada industri muzik, siapa lagi Rozita Che Wan dan Shahir AF. Dalam cover kali ini mereka nampaknya tidak begitu serasi sangat lah, maknanya tidak cocok. Dalam erti kata lain, Shahir kurang senyuman berbanding Rozita yang lebih memikat dan seksi. Shihir walaupun tidak senyum, dia masih lebih menonjol, 'control hensem' lah katakan.




(GAMBAR) Artis kenamaan di majlis hari jadi Sultan Pahang

Posted: 02 Nov 2010 02:57 AM PDT

Majlis memang kelas kenamaan yang hadir adalah kerabat diRaja, golongan VVIP, VIP, kaya raya adalah menjadi sebagai penyeri majlis. Mungkin majlis makan malam agaknya, majlis ini adalah sempena ulang tahun Sultan Pahang baru-baru ini. Kelas kenamaan ni menampakkan serinya apabila didatangi oleh artis-artis yang bertaraf dengannya, maknaya mereka berkahwin dengan golongan berkenaan ler. Lihatlah siapa yang datang. Artis bergelar Datuk dan Datin. Siti Nurhaliza dan suami pun turut datang.



(Gambar) Scha Alyahya, Yuna, Liyana Jasmay, Juliana Evans

Posted: 02 Nov 2010 02:55 AM PDT






Siapa cantik diantara mereka? semestinya anda tahu sendiri menilai. Memang itulah yang bakal ditakdirkan dalam '20 yang anggun' pada 28 November nanti. Mereka berempat ni sempat jadi cover majalah Eh! keluaran November ni. Fesyen kemerah-merahan, memang padanlah jika seorang wanita memakai warna merah. Nampaknya, gambar ini juga sudah diedit, semuanya nampak hitam manis, tidak putih seperti biasa. Tapi pada dasarnya, mereka tetap cun melecun.

(AMALKAN) DOA UNTUK PEPERIKSAAN

Posted: 02 Nov 2010 02:46 AM PDT





Doa untuk Mengulangkaji Pelajaran

- Doa memulakan ulangkaji


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: "Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki."

- Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: "Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu."

Doa Pada Hari Peperiksaan

Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: "Dan katakanlah: "Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku."

2. Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku."

3. Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

Maksudnya: "Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan."

4. Atau:

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.

Maksudnya: "Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki."

5. Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.

Maksudnya: "Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku."