Berita Harian: Hip |
Posted: 11 Dec 2012 03:00 PM PST Noorkumalasari mengaku kakak tinggalkan Malaysia kerana terluka Terluka dan kecewa. Itulah beban emosi yang dikatakan ditanggung Anita Sarawak hingga mendorong diva pop itu pulang ke Amerika Syarikat (AS) secara senyap-senyap, sejak lebih dua tahun lalu. Kak Nita berangkat pulang ke sana secara tergesa-gesa hingga dia tidak beritahu saya. Dia betul-betul terluka, tetapi saya yakin, insya-Allah suatu hari nanti, pintu hatinya akan terbuka untuk pulang ke Malaysia" Noorkumalasari, Adik "Kak Nita tidak hilang, cuma dia hendak tenangkan hati di AS. Dia berangkat pulang ke sana secara tergesa-gesa hingga dia tidak beritahu saya. Dia betul-betul terluka tetapi saya yakin, Insya Allah suatu hari nanti, pintu hatinya akan terbuka untuk pulang ke Malaysia. "Saya tidak pernah tanya kenapa Kak Nita berbuat begitu (meninggalkan Malaysia). Ini kerana saya tahu dia tidak akan cerita apa yang berlaku. Tetapi saya tahu sebabnya dan sekarang, saya fikir, mungkin Kak Nita sedar saya sudah tahu apa yang sebenarnya berlaku," luah Noorkumalasari kepada HIP. Tidak lagi beraksi lincah di pentas seperti di Las Vegas atau tempat lain, Kak Nita dikatakan sedang sibuk mengurus perniagaan malah diva pop itu dikatakan sudah berpindah ke kejiranan baru. Masih bertemankan suami, Mahathir, Kak Nita dikatakan mahu melupakan sejenak bidang seni bagi mengembangkan perniagaan. Namun, difahamkan, Kak Nita sedia pulang ke Malaysia jika menerima tawaran baru. Nafi sekarang berhijab Menolak dakwaan peminat yang terserempak dengan penyanyi lagu, Seksis itu di Texas, AS, dalam keadaan Kak Nita yang dikatakan sudah berhijab, Julai lalu, Noorkumalasari memberitahu, Kak Nita masih dengan imej lama. "Beberapa hari lalu, Kak Nita ada hubungi saya beritahu dia sihat bersama suami dan sibuk menguruskan syarikat. Kak Nita beritahu dia masih seperti dulu dan menafikan dakwaan peminat mengenai perubahan dirinya. "Dia juga beritahu tidak pernah pergi ke mana-mana seorang diri. Malah, jika ada peminat yang menegur, dia tidak akan melarikan diri walaupun dirinya sudah berubah," katanya menjelaskan persoalan itu. Noorkumalasari mengakui sebagai adik, dia memahami tindakan yang dilakukan Kak Nita apabila terpaksa meninggalkan keluarga dan peminat di Malaysia. "Dia tidak pernah berkongsi masalah dengan saya, tetapi saya tahu dia rasa kecewa dengan seseorang sebab itu Kak Nita pulang ke AS," katanya. Noorkumalasari ditemui pada majlis pratonton filem Adik Mana Return di Kuala Lumpur, baru-baru ini. KERONOLOGI |
Posted: 11 Dec 2012 02:54 PM PST The Jacksons adakan segmen khas hargai jasa Raja Pop pada konsert sulung di Malaysia Secara fizikal, jasad adik mereka, mendiang Michael Jackson yang meninggal dunia tiga tahun lalu sudah lama bersemadi. Namun ia tidak bermakna kenangan bersama penyanyi yang mendapat jolokan Raja Pop itu terus lenyap dari ingatan. Bagi kami, Michael tidak pernah mati. Walaupun jasadnya sudah tiada, semangatnya tetap berada di sisi kami sampai bila-bila. Semangat itulah yang kami pinjam, sekali gus menyaksikan The Jacksons kembali bersatu dan mengadakan konsert ini" Marlon Jackson, Anggota The Jacksons Perkara itu diakui sendiri anggota kumpulan itu, Marlon Jackson, ketika ditanya mengenai kerinduan mereka terhadap Michael sepanjang mereka mengadakan siri konsert jelajah dunia, Unity Tour, yang dijayakan kumpulan itu ketika ini. "Bagi kami, Michael tidak pernah mati. Walaupun jasadnya sudah tiada, namun semangatnya tetap berada di sisi kami sampai bila-bila. Semangat itulah yang kami pinjam sekali gus menyaksikan The Jacksons kembali bersatu dan mengadakan konsert ini," katanya pada majlis sidang media The Jacksons Unity Concert di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, semalam. Konsert yang julung kali diadakan di Malaysia itu bakal dilangsungkan di Stadium Negara, malam esok, dan dibawakan khas oleh Offshore Entertainment Production. Sebagai bukti semangat adiknya itu masih bersama mereka, kumpulan yang turut dianggotai oleh Jackie, Jermaine dan Tito Jackson itu turut mengadakan persembahan tribute untuk Michael. Tak pernah bergaduh Hubungan rapat adik-beradik itu memang terserlah dan mereka sememangnya ramah serta gemar berjenaka. Ada saja idea serta usikan spontan mereka untuk membuat wartawan yang hadir ketawa. Justeru, apabila ada soalan yang mendakwa mereka pernah bergaduh sewaktu mengadakan siri konsert Victory Tour, 28 tahun lalu, perkara itu dinafikan sekeras-kerasnya. Tegas Jermaine, hubungan mereka tetap utuh dan dakwaan kononnya berlaku pergaduhan antara mereka tidak benar sama sekali. "Sebelum ini pun ada pertanyaan serupa yang saya terima, iaitu apakah benar kami bergaduh? Mungkin sudah tiba masanya untuk anda semua perbetulkan gosip yang tersebar itu dengan menyatakan, kami tidak pernah bergaduh sepanjang siri konsert itu berlangsung seperti yang tertulis di internet. "Kami tidak pernah ada masalah, apatah lagi bergaduh seperti yang didakwa. Tapi saya tak nafikan, ada ketika kami berselisih faham juga, terutama dalam memberikan pendapat. Selepas itu kami baik semula," terangnya sambil dipersetujui tiga anggota yang lain. Album baru muat lagu rancak Ditanya mengenai penghasilan album baru, Jackie berkata, perkara itu memang ada dalam perancangan. "Kami akan pulang ke Amerika Syarikat Ahad ini untuk menyambut Krismas bersama keluarga. Hanya pada Januari kami dapat masuk ke studio untuk merakamkan lagu baru. Selepas itu kami akan kembali mengadakan siri jelajah konsert iaitu pada Februari. Mungkin peminat akan dapat mendengarkan lagu terbaru kami pada masa itu," katanya sambil menjanjikan ada banyak lagu rancak yang boleh membuatkan peminat menggoyangkan kaki tatkala mendengarkan album terbaru mereka. Mengulas persembahan yang akan mereka sajikan malam esok, masing-masing sepakat menyatakan konsert itu bakal menghiburkan serta membangkitkan nostalgia buat mereka yang menyaksikannya. "Yang pasti kami akan menyanyikan banyak lagu popular kami malam itu dan selebihnya kenalah datang untuk menyaksikannya," janji mereka. Pada majlis itu, Jermaine atau nama Islamnya, Mohammad Abdul Aziz turut diberi kejutan oleh pihak penganjur dengan meraikan ulang tahunnya ke-58, yang kebetulan jatuh pada hari ini (semalam). Info: The Jacksons Unity Tour |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |