Adsense

Selasa, 24 April 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Lagu ‘Bebas – The Azenders” Dipilih Sebagai Ost Filem Jiwa Taiko

Posted: 24 Apr 2012 10:49 PM PDT

Lagu Bebas daripada The Azenders telah dipilih sebagai Ost untuk filem aksi arahan Osman Ali berjudul Jiwa Taiko. Memetik kata-kata si pengarah, "Saya memilih kumpulan The Azender kerana mereka mempunyai kebolehan untuk mencipta lagu yang kena dengan tema Jiwa Taikot. Saya berjumpa dan menceritakan perasaan serta initipati filem tersebut kepada mereka. Secara kebetulan, The Azenders mempunyai material yang seakan-akan, dan dengan sedikit fine tune, terciptalah lagu Bebas."

Filem Jiwa Taiko pada mulanya diberi tajuk Bara Jiwa, namun ditukarkan namanya selepas insiden seorang pelakon yang terbakar teruk di lokasi pengambaran. Filem yang diklasifikasikan untuk tontonan 18 tahun ke atas ini adalah filem aksi yang bergerak seiring dengan penceritaan. Berbanding dengan Anak Halal yang mempunyai jalan cerita pelbagai, perjalanan cerita Jiwa Taiko lebih kompak.

"Keistimewaan filem Jiwa Taiko dimana kesemua pelakon membuat aksi stunt sendiri dengan memaparkan unsur silat moden. Kami gunakan skil persilatan Melayu, namun diolah semula dengan mendapat kerjasama daripada Persatuan Silat Gayong Malaysia," jelas Osman Ali.

Osman Ali turut menyatakan filem Jiwa Taiko sememangnya mensasarkan penonton-penonton yang meminati KL Gangster, sebuah filem yang mencapai kutipan Box-Office.

"Filem Jiwa Taiko mula menjalani rakaman pada Februari 2011. Kebetulan, filem KL Gangster meletup dan kini mempunyai kumpulan peminat yang kuat. Saya memang sasarkan filem Jiwa Taiko ini untuk kumpulan peminat sedemikian, namun tidak adil sekiranya peminat membandingkan kedua-dua filem ini kerana jalan penceritaannya memang berlainan," kata beliau lagi.

Filem Jiwa Taiko akan mula berada di pawagam mulai 14 Jun 2012 dengan membariskan pelakon-pelakon popular seperti Remy Ishak, Diana Danielle & Bront Palare. Video klip selepas ini.

14 Foto Sisi Comel Wawa Zainal Ketika Sidang Media LIPICE

Posted: 24 Apr 2012 09:31 PM PDT

2 lesung pipit milik Wawa Zainal menjadi satu keunikan yang menjadi perhatian ramai jejaka mahu pun wanita yang meminatinya. Selain senyumannya yang menawan, pelakon ini boleh ditakrifkan sebagai bersih daripada bahan gosip liar. Tak silap kalau kami katakan Wawa Zainal mempunyai pakej yang lengkap sebagai bintang baru yang akan bertapak lama dalam industri hiburan.

14 foto Wawa Zainal untuk tatapan anda selepas ini.