Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Platun Harimau Perangi Komunis Di TV2 Posted: 18 Jul 2011 10:45 PM PDT Platun Harimau Perangi Komunis Di TV2 Cubaan pihak tertentu untuk menghidupkan kembali fahaman komunisme di negara ini merupakan rancangan jahat untuk merampas kuasa secara haram dengan cara menghuru-harakan pemikiran rakyat. Justeru rakyat yang mempunyai pemikiran waras, berkeluarga, berpendidikan, berniaga dan mempunyai kepentingan lain, harus bangkit menentang fahaman jahat yang tidak sah di sisi undang-undang negara ini. Cuba tampil dengan misi sama mahu memupuk kesedaran sekaligus menambah semangat cintakan negara yang aman dan harmoni, Radio Televisyen Malaysia (RTM) cuba menarik tumpuan terutama di kalangan remaja yang di harap menjadi tunggak negara pada masa hadapan dengan menyiarkan sebuah drama bersiri terbaharu yang diadaptasi daripada sebuah novel perang bertajuk Platun Harimau hasil karya Lt Kol Mohd Radzi Abd Hamid. Platun Harimau yang menemui penonton mulai 21 Julai 2011, setiap Khamis, jam 9.00 malam di TV2 arahan En Razali Mohd Yussof dengan kerjasama TD dangan Nadirasa Budaya (M) Sdn Bhd dalam 13 episod siarannya ini juga dilihat menyumbang kepada menyemarakkan semangat rakyat negara ini menyambut Hari Kemerdekaan yang bakal di raikan 31 Ogos depan. Bertujuan menyedarkan generasi muda bahawa komunis adalah pengganas bertindak kejam kepada rakyat negara ini Platun Harimau mengaspirasikan kejayaan Tentera Darat khususnya Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) yang telah berjuang habis-habisan menentang komunis. Malah hingga ramai yang terkorban, tercedera, cacat penglihatan dan sengsara hingga ke saat ini. Pada masa sama, Platun Harimau menyeru supaya anak-anak Malaysia bangkit menentang golongan yang menperjuangkan komunis. Babak-babak menarik dalam Platun Harimau mengangkat kisah sebenar yang berlaku disekitar era 1980-an yang dilalui oleh pasukan RAMD yang menerima tentangan hebat pengganas komunis yang dikenali sebagai `Black Jacket'. Seramai 16 perajurit gugur di medan perang di Daerah Gubir, di utara Perak bersempadan dengan Betong (Wilayah Siam) yang merupakan kawasan hitam pengganas komunis Black Jacket yang diketuai oleh Chong Woo. Penggambaran drama ini diadakan di sekitar kawasan hutan Tapah, Perak dan Kem Sg. Udang serta Kem Terendak, Melaka dan mengambil masa dua bulan untuk disiapkan. Barisan pelakonnya pula terdiri daripada Zul Huzaimi, Norman Hakim, Yatt Hamzah dan ramai lagi di samping pelakon tentera termasuklah anggota daripada PULPAK, 4 RAMD dan 4 RSD. Terdahulu Panglima Tentera Darat, Jen Dato' Sri Zulkifeli Mohd Zin telah diberi penghormatan untuk melancarkan Drama Bersiri Platun Harimau di Wisma Transit pada 18 Feb lalu. Tags: TV2Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Rakaman Program Raya SEDETIK MUZIK Posted: 18 Jul 2011 10:24 PM PDT Khas buat seluruh peminat muzik Evergreen tanahair, TV3 bakal membawakan kepada anda sebuah konsert mini istimewa "SEDETIK MUZIK" yang akan bersiaran pada bulan Syawal nanti. Konsert yang akan berlangsung selama 60 minit ini diwarnai oleh persembahan memukau artis terkenal senior dan ditemani bakat-bakat baru yang akan mendendangkan lagu-lagu hits dan popular yang akan menjadikan sambutan Aidilfitri kali ini lebih meriah. Dihoskan oleh Fara Fauzana, konsert ini menggandingkan 5 orang artis dari 2 generasi lama dan baru! "SEDETIK MUZIK" menampilkan nama-nama yang bakal mengegarkan pentas seperti Shila Amzah, Azlan & The Typewriter, Datuk M. Nasir, Datuk Khadijah Ibrahim dan Black. Kalau mahu ke program raya TV3 "SEDETIK MUZIK" korang boleh hadir di rakaman yang akan berlangsung pada: Hari/Tarikh : 24 Julai 2011 (Ahad) Waktu : 8.00 malam (Rakaman bermula pada jam 8.30malam) Tempat : Sri Pentas 2, Tingkat 5, Plaza Alam Sentral, Shah Alam Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |