Malaysian Gossips, Rumours, Celebrities & Pictures Blog |
- Tidak sesekali jaja kisah sendiri
- Tidak perlu habiskan banyak wang
- Kereta remuk dibaling sampah
- Bekas teman wanita zalim
- Pemandu terlelap
- Ketagih makan uri
- Maybank sasar keluar 10,000 kad kredit premium
- Cinta Bilal Philips pada Islam
- Usah abaikan riadah
- Nenek kental besarkan empat cucu
- Pemulihan rohani di Khaniqah
- Budaya '3M' dalam falsafah iqra'
- Pengorbanan Chin Lee
- Bantu si comel
- Bantuan untuk kanak-kanak
- Buruh wanita jalanan Pakistan
- Memburu cinta suami orang
- Mekap ubah wajah
- Gabungan tradisi, moden Innai
- Simpan sel stem untuk masa depan
- sejarah sel stem
- VEE Jaga Batasan Seorang Isteri
- ISABELLA Penuh Risiko
- Perlukah Berdakwah Dengan Berbogel?
- Nostalgia dangdut dulu-dulu
Tidak sesekali jaja kisah sendiri Posted: 07 Jul 2010 11:14 PM PDT BIARPUN nama Zarynn Min mula meniti puncak kejayaan sebagai pelakon drama, tak banyak kisah mengenai peribadi dan perkembangan kariernya terpapar di majalah atau akhbar tempatan. Bahkan, mungkin masih ramai yang tidak mengenalinya. Bagaimanapun, ujarnya dia kurang keyakinan diri dan tiada kisah sensasi untuk dikongsikan kepada umum. Justeru, dia terfikir apakah media sudi memberi ruang kepadanya? Namun, Zarynn tegas mengakui dia tiada niat untuk menjauhkan diri. "Siapalah saya untuk menghindari daripada media. Nama pun tak popular mana dan perjalanan karier ini baru bermula. Selepas lapan tahun berusaha, sekarang masanya saya mendapat peluang yang ditunggu-tunggu untuk melakonkan watak utama. "Oleh itu, sokongan media sangat saya perlukan. Cuma, terus-terang saya katakan kurang mahir beraksi di hadapan kamera jurugambar majalah atau akhbar. Jadi, saya kekok untuk menampilkan aksi istimewa dan mudah panik untuk memberikan kerjasama. "Saya risau kalau aksi ditampilkan membuat jurugambar itu marah. Apapun, jika ada wartawan dan jurugambar ingin mengambil foto saya, tiada masalah. Saya sedia memberi kerjasama dan diharapkan tiada yang tersalah anggap terhadap diri ini kerana tidak mesra."Realiti, saya bukan individu yang sombong dan sebenarnya mudah didekati. Malah, jika ada masa lapang saya takkan mengelak sekiranya media memanggil untuk sesi fotografi. Namun, saya takkan sesekali bertemu media untuk menjaja kisah sendiri," kata Zarynn.
| ||
Tidak perlu habiskan banyak wang Posted: 07 Jul 2010 11:10 PM PDT JIKA dilihat secara zahir, lima wanita jelita ini memiliki kecantikan kulit wajah yang tidak dimakan usia walaupun saban tahun umur pasti akan berganjak. PERKENALKAN...duta produk Olay TE diperkenalkan secara rasmi pada majlis ulang tahun ke-10 Olay TE di Jakarta, baru-baru ini.
| ||
Posted: 07 Jul 2010 11:08 PM PDT KUALA LUMPUR: Kerja dajal apabila seorang penghuni pangsapuri sengaja membaling bungkusan plastik berisi sampah dari tingkat atas sebuah flat PPR Setapak di sini, menyebabkan sebuah kereta penduduk yang diletakkan di tempat letak kereta remuk. PECAH...keadaan cermin kereta mangsa yang pecah. KESAL...Lau (kanan) dan penasihat guaman MCA, Datuk Theng Book menunjukkan gambar keretanya yang rosak.
"Saya sudah membuat aduan kepada pihak pengurusan flat termasuk membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul berhubung kejadian berkenaan," katanya. | ||
Posted: 07 Jul 2010 11:07 PM PDT KUALA LUMPUR: Hasrat seorang lelaki memutuskan hubungan dengan kekasih kerana mahu berkahwin dengan gadis lain mengundang padah apabila dia dibelasah bekas teman wanitanya sehingga cedera parah dan patah kaki kanan. Difahamkan, wanita berusia 40-an itu membuat perancangan rapi untuk membelasah lelaki terbabit dengan berpura-pura mengajaknya ke rumahnya di sebuah pangsapuri di Jalan Masjid India di sini, kononnya bagi berbincang dan pada masa sama membayar hutang mangsa.Sumber Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam Isnin lalu, mangsa ke rumah bekas teman wanitanya itu selepas menerima panggilan telefon daripada wanita berkenaan. Menurutnya, wanita terbabit yang tidak bekerja memberi alasan mahu memulangkan semua hutang yang dipinjamnya daripada bekas teman lelakinya yang berusia 38 tahun sejak mereka mula berkenalan lapan tahun lalu. "Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa berjanji datang ke rumah wanita terbabit selepas waktu kerja. "Sebaik masuk ke rumah, lelaki itu tergamam apabila wanita berkenaan mengajukan pelbagai soalan mengapa dia sudah lama tidak menghubunginya," katanya. Menurutnya, mangsa yang tidak dapat menjawab soalan itu berjanji akan menghubungi wanita terbabit lebih kerap selepas ini."Namun, secara tiba-tiba, wanita terbabit mengambil dua batang kayu panjang yang disembunyikan di bawah katil dalam biliknya sebelum memukul tubuh, tangan dan kedua-dua kaki lelaki itu sekuat hati. Wanita itu kemudian merampas telefon bimbit, wang tunai RM450 dan jam tangan yang dipakai mangsa sebelum melarikan diri.
| ||
Posted: 07 Jul 2010 11:04 PM PDT BENTONG: Faktor mengantuk dan terlelap ketika memandu dipercayai menjadi punca sebuah bas persiaran membawa 40 penumpang di kalangan peneroka merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 48.5 Lebuh raya Karak, dekat sini menyebabkan pemandu bas dan lima penumpang parah, awal pagi semalam. REMUK...keadaan bas persiaran selepas melanggar belakang treler di Lebuh raya Karak, pagi semalam. TERHUMBAN...van dan kereta yang turut terbabit dalam kemalangan, semalam. Difahamkan semua penumpang dalam perjalanan menghadiri majlis Hari Peneroka di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Trolak, Perak, yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Sumber polis berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 1.45 pagi apabila bas persiaran berkenaan mengelak sebelum merempuh belakang sebuah treler. "Rempuhan kuat itu menyebabkan pemandu bas dan lima penumpang bas cedera parah manakala 19 lagi penumpang cedera ringan. "Difahamkan, ketika kejadian bas dipandu dari Felda Jengka, Pahang, itu membawa kira-kira 40 penumpang. Kebanyakan penumpang yang cedera parah duduk di bahagian hadapan bas," katanya.Difahamkan, kira-kira setengah jam kemudian, sebuah lagi treler mengangkut muatan dandang terpaksa berhenti kira-kira 100 meter di belakang bas yang mengalami kemalangan itu.
Menurutnya, semua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Bentong dengan menggunakan sembilan ambulans dari Hospital Bentong, Selayang, Kuala Lumpur dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM). Beliau berkata, polis masih menyiasat punca kemalangan berkenaan berikutan kawasan kejadian bukan jalan curam. Sementara itu, Ketua Polis Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahim yang dihubungi berkata, kemalangan ngeri itu turut membabitkan beberapa kanak-kanak turut menjadi penumpang bas terbabit. Menurutnya, polis percaya bas berkenaan dipandu laju menyebabkan ia tidak sempat berhenti sebelum merempuh belakang treler terbabit hingga remuk. "Pemandu bas berusia 21 tahun parah dengan kedua-dua kaki patah selain kecederaan dalaman. Mangsa kini dirawat di Hospital Temerloh, Pahang. "Konvoi beberapa bas lain yang tidak terbabit dalam kemalangan itu bagaimanapun meneruskan perjalanan menuju ke Trolak, Perak. Polis masih menyiasat punca kemalangan dan tidak menolak kemungkinan pemandu bas mengantuk," katanya. Menurutnya, dia juga hairan bagaimana pemandu bas berusia 21 tahun berkenaan dibenarkan memandu bas kerana dia masih terlalu muda dan baru memperoleh lesen memandu. "Apa yang jelas pemandu bas itu kurang pengalaman dan kes terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu cuai," katanya. | ||
Posted: 07 Jul 2010 11:01 PM PDT JOHOR BAHRU: Untuk memastikan diri kekal cantik dan awet muda seperti anak dara, ada ibu yang baru melahirkan anak sanggup memakan uri bayi sendiri kerana percaya cara itu paling berkesan untuk memenuhi matlamat mereka. TEORI SONGSANG...serbuk uri bayi yang dijadikan pil. Amalan menjijikkan itu didedahkan seorang tabib Cina di bandar raya ini dan lebih mengejutkan, dia mendakwa sebahagian penggemar uri untuk awet muda terdiri daripada wanita Melayu beragama Islam. Lelaki berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Sam berkata, uri atau dikenali sebagai plasenta sebelum ini dijadikan sebahagian bahan utama dalam pembuatan kosmetik. "Tapi kini, mungkin disebabkan ingin mendapatkan kesan lebih hebat dan segera, ada wanita sanggup melakukan perbuatan tidak masuk akal ini. Malah, mereka juga percaya makan uri mampu membekalkan khasiat dan sumber tenaga kepada wanita yang baru bersalin terutama yang melahirkan anak secara pembedahan," katanya. Sam berkata, uri adalah 'sarung' yang terbentuk dalam rahim ketika kehamilan dengan salur darah dan bersambung dengan bayi menerusi tali pusat itu kebiasaannya ditanam dan diuruskan dengan cara baik."Uri bayi suci dan sepatutnya diuruskan dengan baik. Semua agama berkongsi kepercayaan ini," katanya.
Menurut Sam, perbuatan itu berlaku mungkin akibat wanita terbabit terlalu terpengaruh teori songsang yang menganggap amalan makan uri baik untuk kecantikan dan kesihatan terutama ibu baru bersalin. "Mereka juga terpengaruh teori yang menyatakan keberkesanan uri dalam mencantikkan dan menghilangkan kedut di wajah. Bagaimanapun, mereka perlu memikirkan risiko memakannya yang boleh mengakibatkan jangkitan kuman," katanya. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr Robia Kosai, berkata amalan memakan uri sesuatu yang luar biasa. Beliau berkata, ini berikutan setiap uri dari ibu bersalin hanya diselaputi darah dengan kebiasaannya uri berkenaan diserahkan pada pasangan selepas kelahiran zuriat untuk ditanam. "Kebiasaannya orang Islam akan menguruskannya dan bagi pasangan yang tidak membawanya pulang, pihak hospital akan melupuskannya. "Ia boleh didermakan jika terdapat keperluan perubatan untuk rawatan, tapi amalan memakan uri adalah pelik," katanya yang menambah pihaknya belum menerima sebarang aduan mengenai perbuatan segelintir wanita memakan uri. | ||
Maybank sasar keluar 10,000 kad kredit premium Posted: 07 Jul 2010 10:59 PM PDT
KUALA LUMPUR 7 Julai - Malayan Banking Bhd. (Maybank) menyasarkan sebanyak 10,000 pemegang kad premium Maybankard World MasterCard pada tahun ini. Timbalan Presiden dan Ketua Perkhidmatan Kewangan Komunitinya, Lim Hong Tat berkata, sasaran tersebut adalah konservatif memandangkan Maybank ingin mengekalkan keistimewaan dan eksklusif kad tersebut. ''Kad tersebut ditujukan khas kepada segmen rangkaian pelanggan mewah, termasuk pelanggan perbankan peribadi Maybank. ''Pelanggan-pelanggan ini akan dijemput untuk memohon kad tersebut. Jemputan akan diberikan kepada pelanggan yang memenuhi kriteria ketat telah ditetapkan seperti mempunyai pendapatan tahunan sebanyak RM240,000 dan lebih serta mempunyai trek rekod yang baik,'' katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas pelancaran kad premium Maybankard World MasterCard di sini hari ini. Hadir sama Naib Presiden dan Pengurus Kanan Negara Malaysia dan Brunei MasterCard, Jim Cheah dan Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Perniagaan Kad dan Pembayaran Maybank, Ashraf Ali Kadir. Terdahulu, Maybank menawarkan program spend anytime, anywhere to earn treats airmiles (berbelanja bila-bila waktu, dimana sahaja dan miliki mata airmile). Hong Tat berkata, untuk setiap RM2 yang dicaj di kad tersebut di Malaysia atau RM1 dicaj di luar negara lima mata ganjaran airmile akan diberikan kepada pemegang kad premium eksklusif Maybankard World MasterCard bagi program perjalanan yang boleh ditukar untuk MAS Enrich Miles. ''Setiap lima mata airmiles yang bersamaan dengan satu mata MAS Enrich Miles. Manfaat lain termasuk 50,000 mata saguhati airmile selepas menerima kelulusan dan menerima insurans perjalanan sehingga RM2 juta. ''Pelancaran kad tersebut sejajar dengan komitmen Maybank untuk mempelbagaikan keperluan pelanggan setiap segmen. Ia juga turut membuka peluang manfaat perjalanan kepada pelanggan mewah,'' jelasnya. Selain itu, melalui kerjasama dengan MAS, Hong Tat berkata, manfaat lain program tersebut adalah memberi penjimatan apabila memilih untuk terbang dengan syarikat penerbangan tersebut. ''Pemegang kad yang membeli tiket penerbangan kelas perniagaan MAS sehala dapat menerima diskaun sebanyak 50 peratus bagi pembelian tiket pulang menggunakan Enrich Miles. Program juga membolehkan diskaun 25 peratus dan 15 peratus bagi kelas perniagaan dan 'flex seats' kelas ekonomi berdasarkan kadar pasaran pada waktu pembelian,'' katanya. Manfaat tambahan lain, mata ganjaran airmile tidak akan luput, mendapat akses setahun ke MAS Golden Lounge di seluruh dunia serta penerimaan menjadi ahli Kelab Perdana Hilton yang boleh digunakan 40 hotel di seluruh Asia dan Timur Tengah. | ||
Cinta Bilal Philips pada Islam Posted: 07 Jul 2010 10:58 PM PDT
PANDAI berkata-kata" dan "bersifat terus terang" adalah sebahagian perkataan yang dapat menggambarkan karakter Dr. Abu Ameenah Bilal Philips. Iltizam kuat dalam usaha mencari kebenaran hakiki telah membawanya dari tanah kelahiran di Jamaica ke Toronto, Kanada, di mana dia dibesarkan dan seterusnya menerima Islam pada tahun 1972. Bilal Philips dahulunya beragama Kristian. Berasal daripada keluarga pendidik, memandangkan ibu bapanya adalah guru. Datuknya pula ialah paderi gereja dan cendekiawan kitab Injil. Dilahirkan pada 7 Januari 1947, Bilal Philips telah menamatkan pengajiannya di peringkat diploma dan sarjana muda Bahasa Arab dari Kolej Usul ad-Din (Prinsip-prinsip Islam) di Universiti Islam Madinah pada tahun 1979. Kemudian pada tahun 1985, Bilal Philips memperoleh ijazah sarjana dalam bidang Teologi Islam dari Universiti King So'oud, Riyadh, Arab Saudi. Akhirnya pada 1994, beliau berjaya memiliki doktor falsafah (Ph.D) dari University of Wales dalam bidang teologi Islam. Beliau mengajar pendidikan Islam dan Bahasa Arab di beberapa sekolah swasta di Riyadh, Arab Saudi selama 10 tahun dan selama tiga tahun memberi kuliah kepada pelajar pendidikan di Jabatan Pengajian Islam di beberapa universiti seperti di Universiti Islam Shariff Kabunsuan di Cotabato City, Mindanao, Filipina. Sumbangannya yang tidak kurang hebat adalah apabila beliau menjadi pengasas dan pengarah Pusat Maklumat Islam atau kini dikenali sebagai Discover Islam di Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UEA). Selain pengarah di Jabatan Bahasa Asing di Dar al Fatah Islamic Press di Sharjah, UEA. Kini, Dr. Bilal Philips ialah pensyarah Bahasa Arab dan Pengajian Islam di American University di Dubai dan Ajman University di Ajman, UAE. Di samping itu, Bilal Philips turut tidak ketinggalan mengembara ke seluruh dunia demi menyebarkan syiar Islam kepada pelbagai khalayak. Malah universiti Islam dalam talian atau Islamic Online University (IOU) adalah merupakan hasil kajian (brainchild) Dr. Bilal Philips. Beliau telah membayangkan dan menjangkakan sebuah institut yang dapat menawarkan kurus-kursus intensif, diploma, ijazah dan sarjana dalam bidang pengajian Islam yang ditawarkan secara percuma. Universiti ini menawarkan program Bachelor of Arts in Islamic Studies (BAIS) selama empat tahun. IOU dilancarkan secara rasminya pada 2001 dari UAE dengan menawarkan beberapa kursus jangka pendek. Selang lima tahun kemudian, IOU dilancarkan semula pada 2007, tetapi kali ini dari Qatar dengan menawarkan kursus-kurus jangka pendek yang jauh lebih lengkap secara percuma. Kini terdapat lebih 6,600 pelajar yang mengikuti pengajian secara maya menerusi universiti ini. Sementara itu, dalam bidang penulisan pula, Bilal Philips telah mengarang lebih 100 buah buku dan bukunya yang berjudul The Fundamentals of Tawheed adalah karya paling diminati. Antara buku-bukunya yang lain ialah; Fundamentals of TAWHEED (Islamic Monotheism) International Islamic Publishing House, True Message of Jesus Christ Islamic Book Services 2006; ISBN 9788172313609, Purpose of Creation 84pp, Islamic Book Services 2002; ISBN 8172313586, Funeral Rites International Islamic Publishing House, Polygamy in Islam, Islamic Book Services dan Islamic Studies Al-Basheer 2002 Buku-buku yang pernah diterjemah olehnya adalah Ibn Taymiyyah's Essay on the Jinn, The Devil's Deception dan Arabic Calligraphy in Manuscripts. Kini, Bilal Philips menetap di Doha, Qatar, bersama keluarga dan mengajar di Akademi Pengajian Islam di situ. Justeru, tidak hairanlah Dr. Bilal Philips lebih dikenali sebagai cendekiawan Muslim, pelajar Islam yang berilmu, pensyarah, pengarang buku, editor, penterjemah dan pemikir yang kritis. Dalam kesibukannya itu juga, Dr. Bilal Philips turut memperuntukkan masa senggang bermain skuasy, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu bersama isteri dan anak lelakinya sebagai satu cara untuk kekal sihat dan membebaskan diri daripada tekanan. Malah dia juga mengajar anak-anaknya seni mempertahankan diri dan memiliki tali pinggang hitam dalam sukan karate. Beliau pernah muncul di Peace TV, sebuah saluran televisyen Islam satelit yang disiarkan secara 24 jam ke beberapa negara di seluruh dunia. Keseriusan beliau dalam kerja-kerja dan aktiviti dakwah Islamiah dapat digambarkan menerusi kata-katanya yang sekali gus menjadi pegangan kepada usaha dakwahnya iaitu, "Tiada masa untuk bercuti, apatah lagi apabila anda menyedari betapa pendeknya masa yang berbaki dan betapa banyak kerja yang perlu dilakukan demi agama Islam". | ||
Posted: 07 Jul 2010 10:57 PM PDT
BERSUKAN atau beriadah sering dikaitkan dengan dengan meningkatkan kesihatan dan kecergasan. Pepatah Arab ada menyatakan "akal yang sihat datang daripada badan yang sihat". Islam juga menggalakkan umatnya kuat dan sihat seiring dengan sepotong hadis riwayat Imam Bukhari, sabda Rasulullah SAW, Seorang mukmin yang kuat itu lebih baik dan disayangi Allah dari seorang mukmin yang lemah... Malah sukan memanah dan berkuda juga adalah salah satu sunnah Rasulullah SAW. Ini jelas menunjukkan bahawa perkaitan antara akal dan kesihatan jasmani adalah sangat rapat. Badan yang sihat adalah pemangkin kepada akal yang cerdas. Apabila akal yang cerdas dilengkapi dengan rohaniah yang utuh, ia menghasilkan manusia yang berketerampilan, bersemangat dan bersedia menghadapi cabaran. Walaupun istilah kuat sangat subjektif maksudnya, namun tidak dapat dinafikan bahawa manusia yang lebih kuat, sihat dan berani akan lebih diho kepadanya. Kalau tidak masakan sejak dahulu lagi, manusia sering menganjurkan pertandingan beradu kekuatan baik untuk menentukan taraf dalam masyarakat mahupun syarat untuk menjawat sesuatu pangkat. Sihat adalah keperluan Mempunyai badan yang sihat adalah perlu untuk meneruskan kehidupan. Manusia adakalanya menggunakan kudrat tulang empat keratnya untuk mencari sesuap nasi, justeru memiliki badan yang kuat dan sihat adalah suatu kemestian baginya. Bukan itu sahaja, pelajar mahupun pekerja memerlukan badan yang sihat untuk menggalas tanggungjawab masing-masing. Pendakwah juga mesti memiliki badan yang cergas dan minda yang cerdas kerana tanggungjawab mereka juga tidak mengira batasan tempat dan waktu. Terdapat pandangan bahawa beriadah adalah sangat menyusahkan, mengambil masa serta badan menjadi letih. Pandangan ini harus ditepis kerana kebaikan beriadah dan bersukan adalah amat banyak. Pertama, ia meningkatkan pengaliran darah dalam badan, mengeluarkan peluh dan seterusnya menjadikan tubuh badan lebih cergas dan sihat. Banyak kajian menunjukkan kebaikan beriadah, walaupun setakat berjalan kaki kerana ia membantu organ-organ dalaman berfungsi dengan lebih baik dan mengawal stamina tubuh. Malah tekanan juga dikatakan dapat dilepaskan melalui beriadah dan bersukan. Apabila badan sihat, minda menjadi lebih segar, fokus dan perasaan lebih ceria seterusnya dapat dimanfaatkan untuk keluarga, masyarakat, organisasi dan negara. Kedua, beriadah dan bersukan boleh mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia. Kegiatan-kegiatan sukan yang dilakukan bersama-sama dengan orang lain mampu memupuk semangat kekitaan dan toleransi. Lebih-lebih lagi apabila dilakukan dengan keluarga, hubungan keluarga menjadi lebih erat dan teguh. Aktiviti sukan pada hujung minggu misalnya, dapat melepaskan penat lelah kerana kesibukan sepanjang minggu. Melalui sukan juga integrasi kaum juga dapat dipupuk. Kita lihat banyak acara sukan dan riadah yang dianjurkan dengan penyertaan pelbagai kaum, dan ini dapat menjadi medium yang berkesan untuk penyatuan kaum dan membina semangat patriotisme. Ketiga, mengelak remaja daripada terjebak masalah sosial dan mempertingkatkan kualiti kehidupan. Masa senggang seorang remaja agak banyak kerana tidak perlu menanggung tanggungjawab seperti seorang dewasa. Justeru, banyak masa lapang remaja kadangkala diisi dengan aktiviti yang kurang berfaedah seperti melepak, merempit, bermain komputer tanpa batasan dan berbual-bual kosong. Masa senggang selalu menyebabkan remaja hilang fokus dan menyebabkan salah guna masa berlaku. Alangkah baiknya sekiranya masa-masa ini dapat diisi dengan kegiatan yang lebih berfaedah dan memberi manfaat. Jika dimanfaatkan betul-betul, sukan dapat membangunkan masyarakat yang berdisiplin dan berdaya saing. Banyak lagi kebaikan beriadah yang mungkin sudah kita ketahui, cuma yang kadangkala menghalangnya adalah akibat kekangan ruang, masa dan rasa. Walau apa pun, bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan! Sekiranya kita tidak menyedari kepentingan bersukan dan beriadah, masih tidak terlambat untuk kita mula beriadah dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Gunakan masa sihat sebelum sakit, dan untuk sihat kita perlu penjagaan dan amalan hidup yang baik. Kesihatan fizikal, bersama-sama kekuatan mental dan spiritual menjadikan seorang remaja lebih berdisiplin, ceria, bermotivasi, berdaya saing dan bersiap siaga. Potensi remaja sebeginilah yang bakal membangun generasi akan datang ke arah masyarakat yang maju dan bersedia menghadapi apa jua cabaran yang datang. | ||
Nenek kental besarkan empat cucu Posted: 07 Jul 2010 10:56 PM PDT
LAMBAIAN tangan dan redup pandangan mata penuh doa mengiringi penulis saat meninggalkan nenek Normah atau nama penuhnya, Normah Sutan Temenggung, 62. Nenek yang kental membesarkan empat cucu. Masih basah di lipatan minda kira-kira tujuh tahun silam, seorang nenek tua menuntun basikal membawa cucu-cucu yang comel ke pejabat zakat di Selayang. Nenek itu mengadu perihal nasib diri, meladeni hidup bersama empat cucu. Lalu jasad tua itulah yang menjadi ibu, ayah dan nenek sekali gus. Di pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), sudah menjadi kewajipan menyantuni mereka yang benar-benar memerlukan. Normah adalah simbol keutuhan kasih-sayang. Di teratak sewanya di Selayang Baru, beliau membina hidupnya hari demi hari. Bagi orang lain mungkin tidak kisah, namun bagi mukmin yang sejati, tidak sempurna iman jika membiarkan saudara seagama terlantar. Umat Islam yang sebenar, adalah mereka yang menutup mulut menjaja keaiban tetapi tangannya menjaja kebaikan. Lantas, bersama niat mahu berziarah, tujuan penulis singgah ke terataknya agar dapat melihat keadaan beliau. Jika dahulu Normah sibuk menghantar dan menjemput cucu-cucunya bersekolah, kini semua cucunya sudah besar. Cucu pertamanya, Siti Aishah sudah berusia 17 tahun, adiknya Muhd. Nur Fitri menginjak usia 15 tahun, adik ketiganya Siti Shafina pula 13 tahun dan adik bongsunya, Muhd. Lukman, 11 tahun. "Terima kasihlah Zul datang menjenguk nenek... beginilah keadaan rumah ini, sudah penuh dengan kain baju hasil pemberian orang ramai. Sudah tak ada tempat nak simpan," katanya ketika dikunjungi baru-baru ini. Benar, ruang sempit rumahnya itu penuh dengan kain baju. Di luar rumah pula, tersusun kotak-kotak dan kertas lama serta tin-tin kosong - semua itu akan dijual oleh nenek Normah demi menampung keperluan mereka sekeluarga. Itulah kegigihan seorang nenek yang sepatutnya dibanggakan oleh kita semua. Bahkan wajar dicontohi, kerana dia sesekali tidak selesa hanya menyerah diri kepada nasib dan takdir ilahi. Sebenarnya, kisah Normah sudah lama dikongsi bersama pembaca. Kejerihannya memelihara empat cucu dengan kudrat tuanya sudah mendapat liputan banyak media. Satu waktu dahulu, beliau pernah mencari ikan dan sayuran lebihan penjual di pasar. Kala itu, cucu-cucunya masih bersekolah rendah dan yang termuda berusia kira-kira lima tahun. Lalu, sejak tahun 2004 beliau sudah diangkat menjadi asnaf di LZS dan disantuni seadanya sehingga kini. Bahkan, rumah tempat Normah bernaung bersama empat cucunya itu pun adalah ihsan daripada tuan rumah. Menurut Normah, kira-kira lapan tahun dahulu, tuan rumah yang kini sudah pun meninggal dunia mengizinkan rumah kecil itu untuk didiami oleh beliau secara percuma. Bahkan anak-anak tuan rumah itu pun tidak pernah memintanya meninggalkan rumah itu. Normah memang berasal dari Selangor. Berkahwin dan dikurniakan tiga cahaya mata, seorang perempuan dan dua lelaki yang menjadi pelengkap kepada keluarga. Suaminya seorang kelindan lori. Kehidupan serba mencabar di Lembah Kelang, dengan pekerjaan suami sebagai kelindan lori menggambarkan taraf ekonomi mereka yang serba kurang. Sebab itulah kata Normah, dia sudah betah berpindah-randah sejak dahulu lagi. Namun, ujian Tuhan memang sukar diduga. kira-kira 35 tahun lalu, suaminya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dalam perjalanan ke Kelang. Suaminya meninggal dunia. Sejak itu, kehidupan mereka kian susah. Janganlah ditanya soal harta, kerana suaminya memang tidak meninggalkan apa-apa pusaka melainkan anak-anak sahaja. Namun, anak-anak lelakinya kini entah di mana. Anak perempuan tunggalnya pula, asalnya masih boleh bergantung harap. Dia berkahwin dan awalnya bahagia. Namun, setelah anaknya bercerai, semuanya berubah sekelip mata. Maka, nenek manalah sekadar larat memerhati, sedang cucu itu adalah darah daging sendiri. Namun begitu, kata Normah yang amat merisaukan hatinya ialah apabila memikirkan masa hadapan cucu-cucunya. Pernah katanya satu ketika cucu sulungnya dimarahi guru kerana gagal menyediakan wang bagi mendapatkan buku yang diarah. Sebab itulah dia sentiasa mengutamakan pendidikan cucu-cucunya agar mereka berjaya dan dapat merubah masa hadapan keluarga. Malah dia turut bimbang akan nasib yang bakal menimpa cucu-cucunya jika dia meninggal dunia. Namun, Normah tetap yakin, Allah Tuhan Yang Maha Pemurah pasti akan memberikan yang terbaik kepada mereka sekeluarga. Apa yang penting, dia akan terus berusaha yang terbaik selagi usianya masih ada untuk cucu-cucunya. Dalam hidupnya, Normah tidak pernah lokek mengucapkan terima kasih kepada LZS di atas segala budi yang telah ditabur. Dia juga tidak pernah lokek berdoa, moga-moga Allah SWT terus melimpahkan keberkatan rezeki kepada pembayar zakat. Mudah-mudahan juga LZS akan terus maju di negeri Selangor yang makmur, amin. | ||
Posted: 07 Jul 2010 10:55 PM PDT
Kaum wanita juga banyak membangunkan masjid, khaniqah, ribat dan sekolah di Andalusia, Iraq, Hijjaz, Syam (Syria) dan Palestin, semuanya dibangunkan dengan menggunakan nama-nama mereka". Demikian menurut Muhammad Al Ghazali dalam bukunya Warisan Pemikiran Islam, Menurut Syarak dan Akal (muka surat 218 Cresent News, 2009) Apabila disebut perkataan khaniqah dan ribat, ia menarik perhatian untuk kita mengetahui lebih lanjut apakah kisah di sebaliknya. Kedua-dua perkataan yang mewakili sebuah institusi penting yang agak asing bagi kita. Sukar bagi mendapatkan maksud dan istilah sebenar khaniqah dan ribat dalam bahasa Melayu. Namun apabila kita menyelusuri lembaran-lembaran sejarah dalam sumber-sumber mengenai khaniqah dan ribat, ternyata kedua-duanya adalah nama besar dalam sejarah khazanah silam Islam. Khaniqah atau khanqah (atau disebut juga khaneqa atau dalam bahasa Parsi disebut khanegah atau khaneghah) dan ribat (malah disebut juga di sesetengah tempat lain sebagai Zawiya dan Tekke) adalah umpama penginapan asrama khas untuk ahli sufi atau tarekat. Malah khaniqah atau ribat ini mempunyai fungsi utama menjadi pusat pemulihan rohani dan karakter kepada mereka yang bermasalah. Pada zaman dahulu juga malah sehingga kini, khaniqah menawarkan tempat tinggal seperti itu untuk ahli-ahli sufi (salik) yang sering mengembara dan para pelajar (at-tullab) yang mengikuti pengajian agama di merata-rata tempat dalam jarak yang jauh. Lazimnya khaniqah adalah bangunan yang dibina bersebelahan dargah (tempat untuk bersuluk), masjid-masjid, madrasah yang lazimnya boleh ditemui di negara-negara Islam di bawah pengaruh Parsi terutamanya Iran dan Asia Tengah. Hanya di bahagian dunia Arab sahaja terutamanya di utara benua Afrika, institusi seperti itu dikenali sebagai zawiya atau zaouia. Di Turki dan negara-negara bekas empayar Uthmaniah seperti Albania dan Bosnia, dikenali sebagai tekke atau tekye. Malah dikatakan terdapat juga di bahagian Asia Tenggara terutamanya Indonesia yang lebih dikenali sebagai khanqah dan dargah. Begitupun tidak dapat dipastikan bila wujudnya golongan sufi yang mendiami khaniqah atau ribat ini. Namun dalam tulisannya, Jonathan Berkey berkata: "Salah satu ciri atau karakter penting mengenai sufisme di abad pertengahan adalah apabila bercambahnya sebuah institusi yang dikenali sebagai khanqah atau ribat. Iaitu sebuah kompleks bangunan yang mengandungi rumah-rumah kediaman dan dihidupkan dengan pelbagai aktiviti yang mistik. Kemunculan awal golongan ini tidak dapat dipastikan tarikhnya tetapi dikatakan telah mula berakar sejak awal abad ke 9 dan 10 lagi." (Berkey 2003, muka surat 157) Bagaimanapun, jika dirujuk kepada Ensiklopedia Brittanica, khaniqah atau ribat dimaksudkan sebagai bangunan penting yang mesti dibina oleh hampir setiap negara Islam seawal dari abad ke-8. Ia bertujuan sebagai kubu pertahanan daripada pihak luar yang cuba menyerang dari arah pedalaman dan sempadan negara. Untuk tujuan itu, ribat yang paling masyhur diperkatakan dan sering dikunjungi para pelancong ialah Ribat Sousse dan Ribat Al Monastir di bandar Tunisia, Afrika Utara yang dibina sejak seawal abad kesembilan lagi. Kedua-duanya adalah kompleks kubu pertahanan yang sangat menakjubkan kerana mempunyai nilai-nilai seni bina yang sangat tinggi dan kukuh sehingga ke hari ini. Ribat Sousse misalnya tidak sahaja berperanan sebagai kubu tetapi dwi fungsi sebagai rumah api untuk memberi isyarat komunikasi yang boleh diterima hingga ke Mesir. Akan tetapi tumpuan khaniqah atau ribat itu lebih menarik juga dilihat melalui catatan yang ditulis oleh tokoh ilmuwan Islam terkenal, Al Ghazali. Menurutnya, khaniqah atau ribat mengikut kajiannya adalah premis atau institusi yang dibina khas untuk kaum wanita oleh wanita. Maksudnya, tokoh-tokoh wanita sesebuah kawasan berperanan membina khaniqah melalui harta miliknya yang diwakafkan atas kesedaran dan tanggungjawab membela kaum sejenisnya. Hal itu jelas pada tulisan dalam sebuah khaniqah yang didirikan di Damascus (Damsyik) sekitar tahun 650 H/1252M iaitu: "Khaniqah ini diwakafkan oleh Fatimah binti Al Malik al Adil Muhammad bin Al Adil bin abi Bakr bin Ayyub kepada para wanita fakir yang menghuninya, juga untuk tempat menunaikan solat lima waktu dan untuk bermalam di dalamnya." Maka dia adalah tokoh yang memikirkan nasib kaum sejenisnya lalu mendirikan Khaniqah yang khusus untuk menampung dan mendidik kaum wanita terutama yang kurang bernasib baik seperti yang baru diceraikan, janda, balu, mangsa kemiskinan dan penderaan untuk mereka selamat dan mendapat perlindungan. Sementara di sebuah pusat pelancongan terkenal di Mesir, dikenali sebagai Al Qrafah al Kubra turut mempunyai kisah tersendiri mengenai khaniqah atau ribat. Walaupun kawasan itu mempunyai penduduk yang sangat padat namun istimewanya ia mempunyai banyak masjid, kawasan rehat dan taman rekreasi sehingga menjadi tumpuan pelancong terutama pada malam-malam yang disinari cahaya bulan terang. Namun yang uniknya, Al Qarafah Al Kubra itu banyak didirikan ribat. Antara yang terkenal adalah Ribat Al Khawas dan Ribat Al Asyraf yang dibina khusus untuk para wanita daripada kalangan keluarga keturunan Nabi Muhammad (Al Asyraf). Sementara banyak ribat lain dibina oleh tokoh-tokoh wanita sebagai tempat tinggal para wanita miskin dan janda. Menurut Al Ghazali, khaniqah atau ribat turut berperanan memastikan para penghuninya mengikuti pengajian ilmu-ilmu yang seharusnya dikuasai oleh kaum wanita. Maka menjadi tanggungjawab para pemilik premis menyediakan guru bagi memastikan para penghuninya dapat menghabiskan masa dengan pelbagai perkara yang berfaedah. Namun hayat atau perjalanan premis-premis yang sebaik itu tidak lama. Fungsinya semakin berkurang dan sehinggalah di zaman Turki Uthmaniah, tiada lagi khaniqah dan ribat daripada harta yang diwakafkan. Ini menyebabkan, kata Al Ghazali kebanyakan bangunannya tidak lagi mendapat perhatian mana-mana pihak. Ada yang dibiarkan rosak teruk dan tidak kurang hanya menjadi tinggalan atau khazanah silam untuk tatapan generasi akan datang. Walau apa pun fungsinya, sama ada sebagai pusat perlindungan wanita, asrama ahli-ahli sufi bersuluk sehinggalah menjadi kubu-kubu pertahanan, institusi khaniqah atau ribat ini telah menjadi sebahagian puncak kegemilangan tamadun Islam. Hari ini ia hanya meninggalkan puing-puing runtuhan dan bekas sedangkan masih ada manfaatnya yang sangat berguna kepada umat Islam zaman sekarang. | ||
Budaya '3M' dalam falsafah iqra' Posted: 07 Jul 2010 10:54 PM PDT
Sempena bulan membaca pada Julai setiap tahun adalah baik disoroti pandangan Islam terhadap budaya ini. Elok juga dikupas budaya mengkaji dan menulis bersama-sama budaya membaca dalam perkembangan ajaran Islam itu sendiri. Wahyu pertama kepada Rasulullah SAW dimulakan dengan perkataan iqra' atau bacalah. Bahkan seluruh kandungan wahyu itu dinamakan al-Quran yang bermaksud bacaan. Membaca adalah suruhan Allah ke atas umat Islam (rujuk al-Alaq: 1-5). Kalimah iqra' yang diterjemahkan kepada bacalah adalah merupakan fi'il 'amar (kata perintah). Kata perintah ini mengandungi seribu satu rahsia yang jika dikupas dapat memacu umat Islam ke arah kejayaan duniawi dan ukhrawi. Sebab itu, ilmuwan Islam seperti Muhammad Abduh menganggap di sebalik wahyu pertama itu ada falsafah yang cukup tinggi iaitu falsafah iqra' yang meliputi cara dan kaedah manusia dalam mendapatkan ilmu pengetahuan. Kenyataan itu diteguhkan melalui hadis Nabi SAW: "Menuntut ilmu adalah satu kewajipan ke atas setiap Muslim". (riwayat Ibn Majah). Peristiwa penurunan wahyu di Gua Hira' memberi pengajaran yang besar. Allah Maha Mengetahui dan Jibrail juga tahu Muhammad itu ummi (tidak tahu membaca dan menulis). Namun tidak tahu bukanlah alasan untuk tinggal beku. Tidak berdaya bukan juga penyelesaian untuk terus tidak mencuba. Berkali-kali Jibrail memeluk Baginda memasukkan keberanian, keyakinan dan dorongan. Setelah kali ketiga akhirnya baginda berjaya membaca. Ternyata, bimbingan dan dorongan begitu penting dalam pembudayaan iqra' itu. Begitu juga aspek galakan dan rangsangan adalah perlu bagi proses pembelajaran terutama bagi anak-anak. Sejak peristiwa Gua Hira' itu, Rasulullah SAW giat memperkembangkan budaya iqra' itu dalam kalangan umatnya. Di peringkat awal baginda membacakan al-Quran. Para sahabat mempelajari dan menghafalnya. Ada juga yang dicatat untuk keperluan yang terhad. Perkembangan awal Islam di Madinah pula, mereka sibuk mempelajari hal-hal kenegaraan seperti perundangan dan kemasyarakatan di samping berkaitan muamalat harian seperti perdagangan, pertanian dan sebagainya. Semua itu dicatat dan dibukukan untuk rujukan masyarakat setempat di samping ada juga yang dihantar kepada negara-negara jiran. Semua itu bukti budaya membaca dan menulis amat mendominasi kehidupan seharian mereka. Pada zaman Khalifah Uthman r.a, beliau mengarahkan para sahabat menyalin al-Quran yang kemudiannya dikenali sebagai mushaf Uthmani. Pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, para ulama diperintah mengumpul dan menulis hadis-hadis Nabi SAW pada akhir kurun pertama hijrah. Penulisan hadis diteruskan sehingga lahirnya ulama seperti Imam Bukhari dan Muslim yang menukilkan kitab Sahih Bukhari dan Muslim yang menjadi rujukan umat Islam hingga kini. Kemunculan tamadun iqra' dan berkembangnya budaya membaca, mengkaji dan menulis semakin ketara pada zaman khalifah Abassiah yang berpusat di Iraq. Ketika itu pusat-pusat pengajian bercambah dengan pesat di kota-kota Baghdad, Basrah dan beberapa kota lain. Natijah daripada budaya iqra' itu yang terangkum di dalamnya tiga ciri iaitu membaca, mengkaji dan menulis maka perbendaharaan ilmu-ilmu Islam bertambah bernas, kemas dan luas. Mengkaji Seiring dengan budaya membaca, budaya mengkaji dan menyelidik harus berjalan subur untuk memastikan proses pembangunan ilmu berjalan lancar. Budaya mengkaji ini wajar digiatkan sama ada dalam persoalan sosial, ekonomi, politik, sains, teknologi dan sebagainya. Pengkajian dan penyelidikan amat penting dalam sesebuah negara kerana sifat ilmu pengetahuan yang harus sentiasa berkembang untuk menerokai potensi yang ada secara optimum. Kita harus kembali melahir dan meramaikan sarjana-sarjana muslim bertaraf dunia seperti Ibn Sina, Ibn Rusyd, al-Khawarizmi dalam bidang sains tulen dan perubatan. Kita harus juga melahirkan tokoh sejarawan dan ahli sosiologi seperti Ibn Khaldun, al-Zahabi, Ibn Batutah dalam masyarakat kita. Menulis Penulisan berperanan besar dalam merakam sejarah dan peradaban lepas untuk bacaan dan kajian lanjutan. Kemajuan tamadun dan peradaban dapat dipertingkatkan dengan membukukannya atau menghasilkannya dalam bentuk bahan cetak. Syed Muhammad Naquib al-Attas pernah memetik kata-kata al-Raniri, "Tanpa berlengah-lengah saya membuat keputusan bahawa sumbangan yang abadi yang dapat diberikan oleh seseorang dalam keadaan seumpama ini ialah menulis buku kerana buku dapat kekal lama selepas kerajaan, manusia, negara, catatan pemikiran dan tindakan manusia lupus". Kesimpulannya, marilah kita menghayati falsafah iqra' dan menghidupkan kembali tamadun iqra'. | ||
Posted: 07 Jul 2010 10:53 PM PDT
KEMESRAAN dan keakraban antara Sia Chin Lee, 41, dan anak sulungnya, Sia Chen Yi, 8, ketika menyertai satu pertandingan melukis di ibu negara baru-baru ini, memang menarik perhatian. Situasi itu bukan sahaja jarang dilihat malah mampu menyentuh hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Dalam keadaan tubuh si bapa yang separuh lumpuh dia tetap menggagahkan diri berada di sisi anaknya yang begitu asyik melukis. Tanpa mengendahkan mata-mata yang memandang, Chin Lee turun dari kerusi roda, sambil mengensot dia duduk di atas simen yang sejuk di sisi Chen Yi. Sesekali kedengaran suaranya mengarah Chen Yi mengambil pensel warna yang diperlukan sambil tangan turut membantu mewarnakan lakaran yang separuh siap. Senario itu menunjukkan kecacatan atau kekurangan bukan penghalang bagi seseorang itu untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa. Nyata, kecacatan yang dialami sedikit pun tidak menghalang Chin Lee membuktikan kasih sayangnya dan menghabiskan masa bersama keluarga dengan menyertai pertandingan melukis untuk anak dan bapa anjuran MBG Fruitshop di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Lebih mengharukan, dia yang bermastautin serta bekerja di Muar, Johor, sanggup turun ke Kuala Lumpur semata-mata untuk memenuhi permintaan anaknya yang sememangnya gemar melukis. Bagi lelaki itu tiada apa yang lebih menggembirakan selain dapat bersama-sama keluarga tercinta menghabiskan cuti hujung minggu bersama. Ketika ditanya, Chin Lee menyatakan, dia tidak pernah melepaskan peluang untuk 'menikmati' cuti hujung minggu bersama isteri dan dua orang anaknya memandangkan pada hari biasa dia sibuk bekerja. Walaupun memandu dari Muar ke Kuala Lumpur menuntut masa yang agak panjang dan tidak selesa lebih-lebih dalam keadaan tubuhnya yang kurang sempurna, namun Chin Lee sanggup melakukan apa sahaja demi keluarga tercinta. ''Ini merupakan kali kedua kami menyertai pertandingan melukis di Kuala Lumpur. ''Pada saya tidak ada masalah menyertai apa jua pertandingan dan di mana juga lokasinya asalkan anak-anak saya gembira. ''Yang penting saya tidak pernah menjadikan kecacatan diri sebagai penghalang untuk bergembira bersama-sama keluarga tercinta ,'' ujarnya. Sedang Chin Lee tekun menyiapkan lukisan bersama-sama anak sulungnya, isterinya, Leong Ka Ling, 29, pula melayan anak keduanya, Sia Hao Lin, 3, menghabiskan tugasan yang diberikan. Pertandingan melukis anjuran MBG Fruitshop itu diadakan sempena cuti sekolah dan sambutan Hari Bapa baru-baru ini. Bertemakan 'Hidup Sihat, Keluarga Bahagia', pertandingan tersebut dilihat mencapai matlamat asal kerana seramai 146 buah keluarga telah menyertai pertandingan tersebut termasuk dua buah keluarga yang terdiri daripada golongan orang kurang upaya (OKU). Menurut Pengasas dan Pengarah Urusan MBG Fruits, Adnan Lee, setiap tahun pihaknya pasti menganjurkan program seumpama itu di pusat membeli belah yang berlainan dalam usaha mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. ''Apabila pertandingan seperti ini diadakan, ia secara tidak langsung menunjukkan kreativiti antara anak dan bapa di samping bekerjasama menghasilkan satu lukisan yang baik dan berkualiti. ''Pihak kami juga akan meneruskan program sebegini setiap cuti sekolah di masa akan datang,'' ujarnya. Pada pertandingan tersebut, gandingan Ho Soon Lang, 43, dan anaknya Ho Mun Juein, 15, telah memikat hati juri untuk dinobatkan sebagai pemenang utama. Mereka membawa pulang hadiah bernilai RM3,000, hamper buah-buahan dan juga trofi. Tempat kedua dimenangi oleh pasangan ibu dan anak, Lim Soo Eng, 47, dan Fung Jing Xian, 15, sementara tempat ketiga dimenangi Lee Boon Ho, 39, dan Lee Jia Yao, 12. Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan RM500 beserta hamper buah-buahan serta trofi. Ternyata pertandingan tersebut bukan sahaja mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan malah ia juga secara tidak langsung mencungkil bakat-bakat terpendam di kalangan ahli keluarga. | ||
Posted: 07 Jul 2010 10:51 PM PDT
MENYAKSIKAN anak mula belajar berjalan merupakan detik yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri. Namun apa yang berlaku sebenarnya, anak itu sendiri yang memutuskan bila dia bersedia untuk membuka langkah pertama. Paling penting ibu bapa tidak harus membandingkan keupayaan anak mereka untuk berjalan dengan anak orang lain, sebaliknya terima saja keupayaan anak itu seadanya. Ada sesetengah anak yang mula belajar berjalan ketika memasuki usia setahun dan ada juga anak yang baru belajar untuk meluruskan kaki ketika usianya sudah mencapai 18 bulan. Apa pun selagi bayi membesar dengan normal, ibu bapa tidak perlu berasa bimbang. Namun jika ingin menyedapkan hati, ibu bapa boleh bertanya atau mendapatkan pandangan doktor. Berjalan merupakan proses yang berkaitan dengan keseimbangan, perkembangan motor dan perbuatan yang tidak terlalu tergopoh-gapah. Sesetengah bayi, dapat berdiri tegak sudah satu kejayaan baginya, manakala yang lain dapat melangkahkan satu kaki ke hadapan merupakan impian yang tidak terhenti di situ saja. Sebenarnya terdapat beberapa cara ibu bapa oleh membantu bayi belajar berjalan. Galakkan bayi untuk berdiri dan berpapah pada perabot rumah untuk meningkatkan kestabilan dan membantunya belajar menyeimbangkan badan dengan betul. Apabila bayi semakin yakin, dia akan memilih untuk bergerak mengelilingi perabot untuk mencapai mainan kesukaannya. Baby walker Alat bantuan berjalan yang mempunyai tempat duduk dan beroda ini bukan alat terbaik untuk membantu anak berjalan lebih awal. Malah ia sebenarnya boleh menyekat perkembangan semula jadi anak untuk berjalan. Bayi yang menggunakan walker cenderung bergantung kepada alat tersebut untuk bergerak dan menyeimbangkan badan. Keadaan ini menyebabkan otot yang diperlukan untuk berjalan tidak berkembang seperti sepatutnya. Gunakan baby walker dengan berwaspada memandangkan setiap tahun banyak berlaku kemalangan disebabkan alat tersebut. Kaki ayam Alam semula jadi sebenarnya memberi kita lapik tapak kaki terbaik untuk kita mengekalkan keseimbangan badan. Memakaikan kasut pada anak yang baru cuba berjalan juga tindakan semula jadi, tetapi cuba biarkan anak terbiasa dengan permukaan yang berbeza-beza seperti rumput, karpet, kayu dan pasir. Ia akan menjadi pengalaman yang menarik dan mengujakan bagi anak. Pegang tangan Memegang atau memimpin tangan memang dilihat cara terbaik untuk membantu anak berjalan tetapi sebenarnya menjejaskan keseimbangannya. Kalau mahu juga berbuat demikian cuba pegang badannya supaya tegak. Interaksi Satu dunia 'baru' akan terbuka apabila anak boleh berdiri dan dia akan melihat sekelilingnya dengan perspektif yang baru. Sokong keterujaan itu dengan menghabiskan lebih banyak masa bersamanya dan beri galakkan untuk dia berasa lebih yakin menggerakkan atau melangkahkan kakinya. Dan apabila dia jatuh, ketawa bersamanya dan galakkannya untuk mencuba lagi. Anak anda akan cuba mencapai semua benda apabila dia boleh berjalan. Waktu ini mungkin anda akan 'merindui' saat-saat dia hanya berbaring di katil. | ||
Posted: 07 Jul 2010 10:51 PM PDT
GREAT Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad (Great Eastern), baru-baru ini, telah menganjurkan program sehari bersama penghuni rumah Persatuan Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Selangor melalui projek kebajikan ChildrenCare. Aktiviti bertemakan Mari Warnakan Dinding Anda itu membabitkan kira-kira 40 sukarelawan Great Eastern. Pelbagai aktiviti diatur sepanjang bersama kanak-kanak istimewa berkenaan termasuk melakukan kerja-kerja seperti mengecat, membersihkan kawasan persekitaran rumah, menyiapkan makan tengah hari dan berhibur bersama mereka. Ia adalah sebahagian daripada usaha mengukuhkan lagi keakraban di kalangan para penghuni dan sukarelawan Great Eastern. Pada masa yang sama, kanak-kanak istimewa ini turut berpeluang merasai kasih sayang yang sememangnya amat mereka perlukan. Terdapat seramai 80 kanak-kanak istimewa yang menghuni banglo dua tingkat berkeadaan serba kekurangan itu. Kanak-kanak ini mengalami pelbagai kekurangan dari segi mental dan fizikal termasuk sindrom down, autisme, kecacatan fizikal, masalah penglihatan, kepayahan untuk bercakap, masalah pendengaran dan perkembangan minda yang terbantut. Ketua dan Naib Presiden Kanan Jabatan Modal Insan Great Eastern, Nancy Lim berkata, melalui program ChildrenCare ini diharap dapat mengembalikan sinar keceriaan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik, di samping membangkitkan semangat gotong-royong di kalangan kakitangan Great Eastern sendiri. Selain itu katanya, ChildrenCare juga turut menghulurkan sumbangan berjumlah RM30,000 kepada lima buah rumah kebajikan. Kelima-lima rumah kebajikan tersebut ialah Persatuan Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Selangor, House of Joy, Rumah Titian Kasih, Pusat Jagaan Kasih Keluarga dan Trinity Home. "Program ChildrenCare telah diwujudkan sejak 14 tahun lalu dan sepanjang tempoh itu banyak projek kemasyarakatan khususnya membabitkan kanak-kanak telah berjaya dilaksanakan. "Selain membantu golongan kurang bernasib baik baik kami juga ingin wujudkan budaya penyayang dan prihatin terutama di kalangan para ejen dan kakitangan Great Eastern," katanya. | ||
Posted: 07 Jul 2010 10:50 PM PDT
DI bawah pancaran terik matahari di bumi Pakistan, ditambah suasana bingit deruman lori yang memekakkan telinga dan bunyi hon bertalu-talu serta bau tengik karbon dioksida yang keluar dari ekzos, seorang wanita mengandung, Ayesha Bibi menjunjung baldi yang berisi penuh batu. Sesekali dia kelihatan seperti cuba menahan kesakitan. Baru berusia 29 tahun, dia merupakan seorang bekas balu yang mempunyai empat orang anak. Usia kandungannya sekarang sudah mencecah lima bulan. Bekerja sebagai buruh binaan di tepi sebatang jalan raya di sebuah perkampungan berdekatan sempadan India, itulah satu-satunya pekerjaan yang boleh dilakukannya dalam usaha untuk mencari sesuap nasi bagi menyara kehidupan anak-anak. Pakistan mungkin salah sebuah negara di dunia yang nasib kaum wanitanya masih terabai. Kesihatan kaum tersebut tidak diutamakan. Tidak ada perundangan tempatan bagi mengatasi kejadian jenayah rumah tangga dan seks. Suami Bibi sekarang yang merupakan ayah kepada anak yang dikandungnya itu, enggan membayar nafkah menyara anak-anak tirinya. Keadaan itu memaksa Bibi berjemur di bawah terik matahari mengerah kudrat dan keringat melakukan kerja-kerja kasar membina jalan raya dari Wazirabad ke Islamabad sejauh yang 193 kilometer di Tenggara Islamabad. "Saya tidak pernah memikirkan mengenai bayi saya yang belum lahir ini. Dia akan mengalami nasib yang sama seperti saya alami sepanjang hidup," kata Bibi. Golongan wanita seperti Bibi yang bekerja sebagai memecah batu dalam projek pembinaan jalan adalah buruh yang paling murah di Punjab dan Sidh, iaitu dua wilayah di Pakistan yang paling membangun. Sejak beberapa generasi lalu jalan-jalan di wilayah itu boleh dikatakan dibangunkan oleh tenaga dan kudrat wanita. Ramai di kalangan mereka tidak mengetahui cara meneruskan kehidupan lain. Apa yang mereka tahu ialah dilahirkan di sepanjang jalan itu. Membesar di situ dan kemudian bekerja sebagai buruh binaan. Ketika berehat seketika, Bibi berkata, dia mungkin melahirkan anaknya dalam tempat yang kotor tersebut. "Kami melahirkan anak di sepanjang jalan ini. Berkahwin dan kemudian mati di jalan ini. Ini adalah kehidupan kami dan kami tidak tahu apa-apa lagi kecuali memecahkan batu," katanya. Bagi sebuah Pertubuhan Hak Asasi Manusia, Godh, yang sering membangkitkan hal berkaitan kebajikan pekerja-pekerja buruh itu, menganggarkan lebih daripada dua juta rakyat Pakistan menjadi buruh membina jalan. Lebih 900,000 di kalangan tenaga pekerja itu wanita. Menurut Pengarah Eksekutif kumpulan pertubuhan berkenaan, Nazir Ghazi, kerajaan tidak memberi perhatian terhadap golongan itu manakala ibu bapa pula tidak melakukan apa-apa untuk melatih anak-anak mereka. ''Keadaan pekerja wanita dan kanak-kanak ini amat menyedihkan. Kesemua mereka akan tetap bekerja kecuali apabila mereka sakit. Bagi mereka yang mengandung, wanita-wanita ini akan bekerja sehingga saat mereka bersalin. "Ini menyebabkan keadaan bayi mereka lemah dan mengalami kulit melepuh akibat membesar dengan keadaan persekitaran yang teruk. Kanak-kanak pula tidak mempunyai kemudahan untuk belajar," katanya. Tiada bezanya dengan Ameer Mai, yang telah melakukan pekerjaan itu sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Sekarang usianya telah mencecah 45 tahun. Dia mula bekerja memecahkan batu untuk membantu menyara ibu bapanya. Kemudian diteruskan untuk membantu suami dan menyara anak-anak. Sekarang dia memerlukan 240 dolar bagi anaknya yang berusia dua tahun disahkan menghidap sakit buah pinggang. Ameer dan suaminya mendapat upah 250 rupee (tiga dolar) sehari; anak perempuan mereka yang berusia 10 tahun, Mussarrat menerima 150 rupee sehari. ''Dengan duit itu, kami membeli satu beg gandum, sayur-sayuran dan tidak mampu membeli daging,'' katanya. Air mata berlinangan di kelopak mata Ameer ketika dia menceritakan kesukaran hidupnya sambil tangannya memegang anak lelakinya, Shahid. Sebelah lagi tangannya memegang sebiji baldi.. Tidak berupaya memecah kitaran hidup yang sukar itu, dia bakal mewariskan kehidupan yang sukar itu kepada anak perempuannya. Sementara anak-anak perempuan lain belajar di sekolah dan bergelut dengan buku, Mussarrat menjunjung baldi yang berisi batu di Punjab Zafarwal iaitu sebuah kawasan di Sialkot. ''Saya beritahu ibu saya mahu ke sekolah dan tidak mahu bekerja tetapi dia selalu menyebut, awak harus bekerja jika tidak awak tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan," beritahu Mussarrat kepada AFP, dengan mukanya merah terbakar di pancar cahaya matahari dan rambutnya penuh lumpur. ''Kadang-kadang saya rasa mahu meninggalkan tempat ini dan berbaring," katanya. Pengurus di salah sebuah syarikat pembinaan jalan di Wazirabad-Daska menafikan bertanggungjawab ke atas buruh wanita dan kanak-kanak. ''Kami telah menyerahkan tugas-tugas memecahkan batu-batu kepada kontraktor yang mengupah mereka. Kami tidak berurusan secara terus dan kami hanya tahu kerja-kerja kami selesai." Katanya, sub-sub kontraktor kebanyakannya terdiri daripada para suami, abang dan sepupu kepada wanita berkenaan. Banyak kempen-kempen telah dijalankan bagi mewajibkan pendidikan kepada semua kanak-kanak yang berumur di bawah 16 tahun dan menyediakan mereka penjagaan kesihatan secara percuma. Sekarang ini, kanak-kanak yang berumur 16 tahun ke atas adalah dibolehkan dan layak untuk bekerja. ''Wanita-wanita ini sepatutnya bangkit bergabung dan mempunyai satu persatuan mereka sendiri, menuntut gaji yang sama kerana mereka juga bekerja macam mereka. Kadang kala gaji mereka dibayar kepada saudara lelaki mereka,'' kata Farhana Bari, ahli Pengasas Kumpulan Bantuan Pattan. | ||
Posted: 07 Jul 2010 10:49 PM PDT CINTA tidak boleh dipaksa, kata orang tetapi cinta juga boleh ditolak jika risikonya tinggi dan mengancam kebahagiaan orang lain. Kisah cinta tiga segi mungkin lumrah tetapi cinta yang sengaja dicari juga bersepah-sepah. Jika di katakan cinta itu buta rasanya tidak lagi relevan sebab yang buta adalah orang yang mencari cinta, tidak pandai menilai dan memilih. Itulah mukadimah saya minggu ini, episod kisah cinta yang menghancurkan kebahagiaan orang lain. Menariknya minggu ini kisah dikirim oleh seorang wanita yang bekerja di sebuah kilang di utara tanah air yang menamakan dirinya Shira. Kata Shira dia terpanggil berkongsi kisah ini kerana tidak sanggup lagi melihat gelagat kebanyakan gadis yang sekarang ini terlalu ghairah menjerat suami orang untuk dijadikan teman hidup. Contohnya kisah yang berlaku di sebuah kilang, tempat kerja Shira. Apa yang ingin Shira ceritakan adalah untuk panduan dan iktibar kaum wanita yang mungkin sedang terjerat di dalam kancah tiga segi seperti kisah ini. Begini kata Shira. "Saya ingin menyentuh tentang sikap anak gadis kita sekarang yang pada saya tidak ada perasaan malu atau segan lagi. "Sikap merendah diri, lembah lembut dan berbudi bahasa terutama dengan orang tua sudah semakin luntur. Jarang ditemui gadis yang berbudi pekerti tinggi seperti pada masa lalu. "Yang dilihat kebanyakannya gadis dan wanita yang tidak lagi menjaga tingkah laku, tidak hormatkan orang dan bergaul dengan lelaki melebihi batas. "Saya ingin mengambil contoh akan kejadian di tempat saya bekerja, sebuah kilang di utara tanah air. "Kisahnya membabitkan seorang gadis berusia 25 tahun yang mempunyai menjalin hubungan dengan seorang penyelia di kilang yang sama berstatus suami orang. "Lelaki ini mempunyai isteri dan tiga orang anak. Tahap percintaan mereka amat kritikal dan hampir bernikah. "Setiap hari mereka makan dan pulang bersama. Malah mereka langsung tidak ada segan silu untuk bermesra di tempat kerja. "Meluatnya saya... Bukan saya sahaja semua pekerja lain juga mengalami perasaan yang sama. "Nak dijadikan cerita isteri penyelia itu dapat menghidu hubungan mereka. Apa lagi, meluru si isteri datang ke kilang dan bersemuka dengan gadis tersebut. "Kecoh satu kilang. Mereka bertengkar dan saling memburuk-burukkan antara satu sama lain. "Bos besar kilang juga turut terbabit meleraikan keadaan. Bagaimanapun si gadis ini masih tunjuk cool macam tidak ada apa berlaku. "Semua orang menuding jari kepada penyelia tersebut kerana menjadi punca pergaduhan mereka. Bertepuk sebelah tangan masakan berbunyi. "Selepas kejadian itu penyelia itu macam kena ikat kakinya. Pergi dan balik kerja dijemput oleh isteri. Sehinggakan waktu makan tengah hari juga isteri datang menjemput untuk makan bersama-sama. "Akhirnya kerana tidak tahan malu dan tidak dipeduli lagi oleh si penyelia, gadis itu mohon tukar tempat kerja. "Korek punya korek akhirnya saya dapat tahu sebelum ini ada pekerja lain juga cuba mengurat dia. Tetapi tidak dilayan kerana tidak ada jawatan dan tidak kacak. "Saya ingat perkara itu berhenti di situ rupanya tidak. Sebelum bertukar tempat kerja dia sempat juga bercinta dengan lelaki lain juga suami orang. "Konon cerita lelaki ini pada mulanya cuba menasihati dia dia tetapi tersangkut. Mujur lelaki itu cepat sedar. "Bila sudah terlepas daripada cengkaman gadis itu baru masing-masing tersedar, pada hal gadis itu bukanlah hebat sangat, rupa paras pun biasa sahaja. "Saya dengar berita kerana kecewa tidak ada teman lelaki walaupun usia sudah 25 tahun gadis itu telah berjumpa seorang bomoh untuk mandi bunga supaya lelaki jatuh hati kepadanya. "Sejauh mana kebenaran dakwaan itu wallahualam. Tetapi apa yang saya perhatikan, ada kebenarannya. Kebanyakan kakitangan kilang amat mesra dengannya. "Jika lelaki yang tidak kuat iman pasti akan tunduk kepadanya tetapi mujurlah semua yang terkena cepat sedar dan kembali ke pangkal jalan. "Sebagai orang lama saya juga turut menasihat pekerja lelaki di kilang itu supaya berwaspada dengan gadis itu. Mana tahu kalau ada yang terjerat lagi. "Sekarang kilang tempat kerja kami kembali aman setelah dia berpindah. Syukur alhamdulillah. "Tapi melalui kawan-kawan khabar yang saya dengar di tempat kerja barunya juga dia mengulangi sikapnya itu memburu cinta suami orang. "Apa pun saya berharap dia akan sedar dan kembali ke pangkal jalan. Pada gadis-gadis jagalah maruah diri. Hormati hak orang lain dan jangan jadi perampas hanya untuk keseronokan sendiri sedangkan orang lain menderita," kata Sira menutup cerita. Cerita Shira bagaikan kisah dalam drama. Saya setuju dengan Shira yang mengatakan gadis dan wanita sekarang amat berani. Keberanian mereka cukup luar biasa. Bagaimanapun, elok kita ambil iktibar daripada kisah yang telah Shira ceritakan. Elakkan berbuat sesuatu yang boleh menghancurkan hati orang lain terutama dalam bab rumah tangga. Ingatlah kebahagiaan terletak pada cara bagaimana kita melalui ujian untuk satu kehidupan panjang yang menceriakan. Menutup kata, pesanan saya, seorang wanita yang berfikir akan mampu mengubah padang menjadi sebuah kebun yang indah. Salam | ||
Posted: 07 Jul 2010 10:48 PM PDT
KUASA mekap mampu mengubah wajah seseorang wanita. Yang polos pucat tanpa secalit warna, ia boleh bertukar kepada jelita dan memukau setiap mata memandang. Perubahan wajah yang bergantung kepada produk mekap ini sebenarnya memerlukan sentuhan pakar dan mereka yang arif dalam bidang solekan. Solekan harus disesuaikan dengan keadaan si pemilik wajah dan di mana dia berada. Wanita yang destinasinya hendak ke pejabat harus mengenakan solekan yang sederhana dan tidak keterlaluan. Solekan setiap hari ini boleh dilakukan sendiri oleh si empunya diri dengan mempelajari cara-cara yang betul. Jika ke majlis malam, solekan harus lebih sedikit dengan warna-warna terang dan berkilat. Jika mengenakan solekan seperti ke pejabat ketika anda hendak ke majlis malam, anda mungkin dikatakan tidak sihat kerana wajah nampak pucat tidak berseri. Menjadi ratu sehari pula sudah tentu memerlukan seseorang itu disolek tebal. Seharusnya ada perbezaan di antara si ratu dan tetamu wanita yang hadir. Justeru khidmat jurusolek profesional sememangnya diperlukan bagi menata rias wajah si ratu pada hari bahagianya. Mekap yang cantik dan solekan daripada jurusolek profesional menghasilkan satu kerja seni yang menakjubkan. Pemilihan produk mekap yang betul dan bersesuaian boleh menjadikan ini satu kenyataan. Menurut Prinsipal Kecantikan Make Up For Ever (Mufe), Alicia Chong, walaupun produk Mufe dicipta bagi memenuhi kehendak industri seni persembahan namun mekap ini juga amat sesuai untuk kegunaan wanita biasa untuk dipakai setiap hari. ''Mufe menjadi pilihan utama bagi mekap artis profesional, pelakon, penyanyi dan mereka yang terlibat dalam industri kecantikan di seluruh dunia. Ini kerana Mufe mempunyai rangkaian produk yang paling banyak dan tiada jenama lain yang mempunyai rangkaian yang sebegini banyak. ''Kami (Mufe) mempunyai lebih 1,400 produk dan warna mekap yang dibuat khas untuk semua jenis kulit orang yang ada di seluruh dunia. Tidak kira anda berkulit cerah, sawo matang, coklat, gelap atau muda, tua, remaja dan sebagainya semuanya sesuai menggunakan Mufe ,'' ujar Alicia ketika ditemui baru-baru ini. Pada pertemuan tersebut, jurusolek Mufe telah menunjukkan tiga jenis solekan yang berbeza untuk tiga acara, iaitu solekan ke pejabat, ke majlis malam dan solekan pengantin. Alicia menambah, Mufe dicipta pada tahun 1984 oleh Dany Sanz, seorang pelukis dan pengukir Peranchis yang kemudiannya bertukar menjadi mekap artis. Tahun lalu, Mufe telah menyambut ulang tahunnya ke-25 tahun. ''Dany yang memang gemar membancuh mekap kerana warna-warnanya yang cantik pada mulanya hanya membuatnya untuk dirinya sendiri. ''Kepelbagaian warna mekap Mufe menjadikannya sebagai pilihan golongan seni dan mereka meminta Dany untuk menghasilkan lebih banyak produk Mufe. Bayangkan untuk pembayang mata sahaja, Mufe mempunyai lebih 150 warna dan 120 warna gincu bibir. Ini belum lagi dicampur dengan bedak asas, bedak padat, pemerah pipi dan banyak lagi. ''Sebab itu, pakar-pakar kecantikan lebih gemar menggunakan Mufe kerana warna yang pernah digunakan 15 tahun dulu masih ada pada Mufe sedangkan produk lain sudah tidak menggunakan warna ini,'' ujar Alicia yang pernah memegang portfolio jenama-jenama berprestij seperti Issey Miyake, Jean Paul Gaultier, Bvlgari, Emmanuel Ungaro dan Ferragamo. | ||
Posted: 07 Jul 2010 10:45 PM PDT
Sejak ditubuh dan diperkenalkan pada 2004, jenama fesyen terkenal tempatan, Innai terus melangkah cemerlang dalam penghasilan koleksi rekaan-rekaan moden atau klasik. Sedikit sebanyak ia turut membantu mencetuskan idea kepada penggemar dan pengikut fesyen tempatan untuk tampil cantik serta bergaya. Terbaru, Innai menempa satu lagi kejayaan dengan memperkenalkan dua jenama baru yang digelar Baharim dan Nuur Innai. Istimewanya, koleksi Baharim dihasilkan dengan kerjasama pereka fesyen popular yang sebelum ini banyak memenangi pelbagai anugerah fesyen tanah air, Syaiful Baharim. Manakala koleksi Nuur Innai pula menampilkan rangkaian pakaian muslimah yang sesuai untuk dipakai wanita bertudung dalam pelbagai suasana. Pengasas dan Pengarah Urusan Innai, Izrin Ismail berkata, jenama tersebut lahir dalam keluarga yang amat mencintai batik dan nilai estetika moden. Dalam fokus perniagaannya, Innai melangkaui sempadan seni tradisional apabila menggabungkan batik lukisan tangan tradisional dengan rekaan serta sentuhan moden. "Setiap helai pakaian yang dikeluarkan di bawah Innai mempunyai ceritanya yang tersendiri dari segi warna dan rekaan selain menampilkan ciri-ciri khazanah Malaysia. "Rekaan Innai menampilkan motif Melayu, abstrak, flora dan keunikan lukisan lain yang mendapat pengiktirafan di peringkat tempatan serta antarabangsa. "Selepas enam tahun kami merasakan sudah sampai masanya untuk kami memperluaskan dunia fesyen kami dengan memperkenalkan dua jenama baru, Baharim dan Nuur Innai. "Langkah ini bagi memberi lebih banyak pilihan kepada penggemar serta pengikut fesyen tempatan terutama pelanggan setia yang kami hargai," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Minum Petang Pertunjukan Fesyen Innai di Hotel Sheraton Imperial di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Pada majlis itu tetamu dijamu mata dengan peragaan 22 koleksi Baharim dan lebih 10 koleksi Nuur Innai. Menurut Izrin, tarikan rekaan terbaru oleh Syaiful adalah ia dihasilkan untuk digayakan wanita yang mempunyai minat tinggi dalam berfesyen. "Golongan ini lazimnya ingin tampil mengikut gaya terkini tetapi tidak gemar kelihatan terlalu menonjol," katanya. Bagi yang inginkan fesyen ringkas tetapi dilihat sedikit seksi, menawan dan unik, koleksi Baharim adalah pilihan bijak serta terbaik. Lebih mempersonakan, koleksi Baharim dihasilkan dalam warna-warna yang kebanyakannya semula jadi seperti kosong, sedikit merah, ungu lembut dan kuning air. | ||
Simpan sel stem untuk masa depan Posted: 07 Jul 2010 10:44 PM PDT
Teknologi dalam bidang perubatan sentiasa berkembang. Para saintis dan doktor terus memikirkan cara yang terbaik dan selamat untuk membantu pesakit. Menerusi mekanisme perubatan dan teknologi terkini, dibantu pula penggunaan peralatan dan mesin ia membolehkan pelbagai kaedah baru ditemui untuk rawatan pelbagai penyakit. Kaedah penyimpanan stem sel misalnya banyak membantu pesakit. Kini individu boleh menyimpan 'darah' yang mengandungi sel-sel mereka sendiri untuk kegunaan pada masa depan menerusi sistem 'perbankan' yang ditawarkan. Pastinya ramai di kalangan kita pernah mendengar mengenai kejayaan perubatan dan faedah yang didapati menerusi penyimpanan sel stem menerusi bank darah tali pusat yang diambil ketika bayi dilahirkan. Darah daripada tali pusat itu akan disimpan untuk jangka masa panjang bagi kegunaan bayi tersebut pada masa depan sekiranya diperlukan. Sekarang, bagi mereka yang telah terlepas peluang untuk menyimpan sel stem sendiri (yang hanya boleh dilakukan ketika proses kelahiran dahulu) kini boleh melakukannya menerusi proses yang serupa. Ketua Pegawai Perubatan StemLife Berhad, Profesor Aw Tar Choon berkata, StemLife kini menawarkan bank untuk simpanan sel stem bagi mereka yang dewasa. Sel stem itu boleh digunakan semula sekiranya keadaan memerlukan pada masa depan. Peripheral Blood Stem Cells (PBSC) atau sel stem darah periferal yang diambil merupakan darah sel stem dewasa. ''PBSC diperoleh daripada periferal darah anda dan telah menunjukkan potensi berkesan membantu keadaan darah anda yang rosak, kecederaan akibat bersukan, kecederaan trauma dan luka kronik. ''Proses pengumpulan sel stem dilakukan ke atas pesakit dengan memastikan tiada sebarang kerosakan sel berlaku ketika proses simpanan darah itu dilakukan bagi kegunaan jangka panjang,'' katanya. Prosedur itu juga tambahnya, akan memastikan pengumpulan sel stem dalam jumlah yang banyak sekali proses itu dilakukan. Suntikan G-CSF (faktor untuk merangsang sel stem) akan dilakukan untuk merangsang sel dalam tulang sum-sum anda bagi mereplikakan dan menambahkan jumlah sel. Sel stem itu akan memasuki pembuluh darah anda di mana ia akan mudah dikumpulkan. ''Ketika prosedur pengambilan darah sel stem dilakukan, anda akan diminta duduk dengan selesa dan sel stem anda akan dikumpulkan dalam tempoh empat hingga lima jam. ''Darah ini akan dikeluarkan dari lengan anda, berputar dalam mesin apheresis (untuk sel stem diekstrakkan). Darah yang tinggal akan dikembalikan semula ke dalam tubuh pesakit di bahagian lengan yang sebelah lagi. ''Ia merupakan satu proses yang mudah dan tidak menyakitkan,'' jelasnya. Sel stem itu kemudiannya akan dipindahkan ke makmal untuk proses selanjutnya termasuk pengiraan jumlah sel. Ia kemudiannya akan disediakan sama ada untuk kegunaan individu itu secara serta-merta atau disimpan untuk kegunaan bagi tempoh yang telah ditetapkan. ''Sel stem anda akan disimpan dalam tangki simpanan cryogenic dengan suhu di paras negatif 196 darjah celcius,'' katanya. Tambahnya, StemLife Berhad sendiri telah mempunyai peralatan terkini dalam penyimpanan sel stem anda. Jelasnya, ia juga merupakan yang pertama menawarkan bank simpanan untuk sel stem bagi mereka yang dewasa dan perkhidmatan rawatan terapeutik di seluruh Asia Tenggara. ''Kaedah penyejukbekuan ini memastikan sel stem anda kekal dengan kualiti dan kuantiti yang sama ketika ia diekstrakkan. Jika ia diperlukan, sel ini akan dikeluarkan untuk kegunaan anda pada saat ia diperlukan,'' katanya. | ||
Posted: 07 Jul 2010 09:55 PM PDT
Sel stem merupakan satu bidang bioteknologi yang sudah lama diperkenalkan di dunia. Sel stem yang diperkenalkan di Malaysia beberapa tahun lepas menjadi jalan penyelesaian kepada beberapa pemasalahan penyakit terutama berkaitan genetik. Kira-kira 20 tahun lalu, saintis dan penyelidik mendapati darah tali pusat mengandungi banyak sel termasuk sel stem. Pada tahun 1998 pula, sekumpulan ahli perubatan Perancis berjaya melakukan pemindahan sel stem bagi pesakit fanconi anemia. Pada tahun 1997, Hospital Universiti (kini Pusat Perubatan Universiti Malaya - PPUM) berjaya melakukan pemindahan sel stem darah tali pusat kepada seorang pesakit talasemia major yang didermakan daripada adiknya yang baru lahir. Begitu juga pada tahun 2005, buat pertama kalinya, PPUM berjaya melakukan pemindahan sel stem darah periferal alogenik daripada penderma yang tidak mempunyai hubungan persaudaraan dengan pesakit yang menderita leukemia. Sel stem ialah sel kosong berbanding sel-sel lain yang bersifat tersendiri dan berkeupayaan terbahagi dan menghasilkan rangsangan pembentukan sel-sel lain seperti dalam darah merah dan sel darah putih. Darah di dalam tali pusat bayi adalah sumber sel stem yang sangat bernilai secara genetiknya. Sel ini yang ada di dalam tali pusat adalah building block kepada darah dan sistem pertahanan yang biasanya akan ditukarkan kepada sel darah merah, sel darah putih dan platelet, iaitu sel yang akan memulihkan kecederaan. Oleh itu ia boleh digunakan untuk merawat sel-sel dan tisu-tisu gantian bagi merawat 70 jenis penyakit seperti parkinson, alzheimer, leukemia, angin ahmar, serangan jantung, kencing manis, penyakit darah (barah, talasemia, anemia), sklerosis berbahagi, artritis reumatoid dan lumpuh saraf tunjang. | ||
VEE Jaga Batasan Seorang Isteri Posted: 07 Jul 2010 09:53 PM PDT
| ||
Posted: 07 Jul 2010 09:51 PM PDT
| ||
Perlukah Berdakwah Dengan Berbogel? Posted: 07 Jul 2010 09:50 PM PDT
| ||
Posted: 07 Jul 2010 09:46 PM PDT
|
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |