Adsense

Khamis, 8 Julai 2010

jom lepak dulu

jom lepak dulu


Arjaa Lee Mengaku Dia Memang Berbogel Dalam Filem Anu Dalam Botol

Posted: 08 Jul 2010 03:17 AM PDT

"Ya, memang saya berbogel" , kata Arja Lee. Arja mengakui dirinya berbogel di dalam satu adegan dalam filem arahan Khir Rahman itu. Adegan yang dimaksudkan itu melihat wataknya, Ruby sedang mandi.

Kata Arja, awalnya, dia ada diberikan seluar dalam warna kulit untuk dipakai bagi melakonkan babak itu. Tetapi kerana tidak selesa dengan keadaan basah ditambah dengan buih sabun, dia meminta kebenaran Khir untuk mandi bogel. Tambahnya lagi, kerana penggambaran dilakukan dari sudut tepi, tidak kelihatan alat sulitnya.



Tatkala ditanya jika tidak malu berbuat demikian, Arjaa Lee atau nama sebenar Azharudin Ramli ini memberitahu dia memang malu dan diakui juga apa yang dilakukan itu bercanggah dengan norma masyarakat.
Ditambah pula sebagai seorang Islam dia tahu  hukumnya haram melakonkan watak perempuan dan menambah dosa lagi apabila mendedahkan aurat.

alahai  lah Arjaa Lee, kalau dah tahu kau buat jugak, huhuhu!!

Berikutan dengan pengakuan berani Arjaa Lee tu, Jakim dah mula nak siasat dan kita tunggu nanti Jakim nak buat pe kat Arjaa Lee.


 Sinopsis filem Anu Dalam Botol:




Filem ni adalah  berdasarkan kisah benar itu berkisar tentang kehidupan golongan homoseksual, yang digambarkan oleh sepasang lelaki 'gay', Rubidin dan Ghaus, yang sedang bercinta.

Kerana cinta, Rubidin sanggup menjalani pembedahan jantina menjadi Ruby. Tetapi pengorbanan Ruby tidak dihargai Ghaus yang membuat keputusan untuk meninggalkannya.

Ruby kembali kepada identiti asalnya, Rubidin dan telah ditemukan dengan seorang gadis, Dina. Mereka bahagia. Tetapi untuk berapa lama apabila Dina dapat tahu Rubidin tidak lagi memiliki kelakiannya? Ke mana anu Rubidin..hahahhaa!! cari le di dalam botol..tu sebab tajuk dia Anu Dalam Botol..tapi ditukar ..Dalam Botol saje.


sumber: gua.com.my




Video Paul Sotong Pilih Sepanyol ke Final Piala Dunia 2010, Gambar Paul Sotong

Posted: 08 Jul 2010 01:14 AM PDT

Ini le video Paul Sotong yang meramal dan menilik pasukan yang ke pusingan final semalam.
Dalam video ni, Paul sotong kurita turun dengan laju atas kotak yang bertanda bendera Jerman, tetapi tiba tiba beralih ke kotak makanan yang mempunyai bendera Sepanyol..hehehe
so Paul Sotong kurita ni pun amik makanan dalam kotak yang ada bendera Sepanyol dan kebetulan smlm Sepanyol menang dengan 1-0 ke atas Jerman.

Banyak pihak susah hati dengan Paul dan jugak tak kurang yang seronok tengok Paul Sotong ni meramal.

Lihat Video Paul Sotong pilih Sepanyol:








Gambar Paul Sotong peramal Piala Dunia 2010





Filem Magika Sebuah Filem Muzikal Terbitan KRU, Sinopsis Filem Magika

Posted: 07 Jul 2010 10:09 PM PDT

Filem Magika ialah sebuah filem muzikal terbitan KRU, kalau abangnya Yusy Abd Halim ada filem Merong Mahawangsa sebuah filem tentang epik dan lagenda penuh aksi, filem adiknya Edry Abd Halim pula lebih kepada muzikal. Edry ni dah maklum selalu buat lagu dan pencipta yang berbakat, ramai penyayi yang mendapat lagu dari Edry.



Filem Magika akan mula ditayangkan di seluruh pawagam pada 23 Septembar 2010. Sekarang Kru sibuk dengan promosi filem ni di seluruh Malaysia.
Terminal One, Seremban (11 Julai), Mahkota Parade, Melaka (17 Julai), Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang (24 Julai) dan Taiping Sentral Mall, Perak (31 Julai).

Peminat boleh bertemu pelakon utama filem Magika ni seperti Diana Danielle. Pelakon kanak kanak Fimie Don. Pelakon lain yang ada dalam filem ni ialah Ogy Ahmad Daud, Aznil, Nabil Raja Lawak, Apek Senario, Sharifah Aliya, Ziana Zain, Ning Baizura, Maya Karin, Adibah Noor, Vanida Imran, Zaibo, Marsha dan ramai lagi.

Sinopsis Filem Magika



Pengembaraan fantasi dua beradik Ayu lakonan Diana dan Malik (Fimie). Mereka dilanda kesedihan selepas kematian ibu mereka (Ogy Ahmad Daud). Malik berasa lebih tertekan kerana memikirkan dia sebagai punca kematian ibunya. Ketika merajuk, Malik membawa diri ke tepi hutan pada waktu senja dan tiba-tiba masuk ke alam Magika.


Lalu bermula perjalanan fantasi dua beradik itu yang berdepan pelbagai cabaran lucu dan menakutkan. Dalam pengembaraan itu, mereka berjumpa banyak watak dongeng seperti Mahsuri, Pak Pandir, Badang, Orang Minyak, Hang Tuah, Bawang Putih, Bawang Merah dan Nenek Kebayan yang berhati kejam.

Bila tengok trailer filem ni, lenih kurang macam pengembaraan Alice in Wonderland pun ada jugak, macam macam benda pelik , lucu dalam filem ni sepanjang jalan cerita pengembaraan Ayu ni. Alice Wonderland versi Malaysia le kot heheh.


Trailer Filem Magika









Polis Periksa Alat Sulit Ariel Peterpan

Posted: 07 Jul 2010 04:56 PM PDT

Polis Indonesia menjalankan pemeriksaan badan termasuk alat sulit Ariel Peterpan. Aduh duh!! Setelah Ariel disahkan sebagai suspek utama dalam video lucah bersama Luna Maya yang tersebar tu, polis menjalankan penyiasatan rapi.



Luna Maya dan Ariel diperiksa dengan mengambil kira ukuran tangan, badan, pinggang dan bentuk tubuh.

Kabarnya lagi,pihak polis di Indonesia sudah mengenalpasti orang yang menyebarkan video lucah Ariel di internet. Namanya bermula huruf "K". Kalau di Malaysia huruf K memang glemer le hhehehehe!! K dikatakan bekerja sebagai pengurus sebuah syarikat. Adakah K ni lelaki atau perempuan?

Natasha Hudson Ratu Plagiat?

Posted: 07 Jul 2010 04:41 PM PDT

Natasha Hudson yang kini kembali berlakon setelah lama menyepi, dilanda gosip panas, Natasha dikatakan menciplak lagu dari Kimberly Chuah "Right or Wrong", tajuk lagu yang Natasha nyanyikan tu ialah Hanya Tuhan Yang Tahu.

Dulu dia dituduh memplagiat karya orang lain dalam buku puisinya.


Natasha Hudson (dr Kosmo)



Natasha kini baru selesai berlakon dalam Duyung Aridinata, membawa watak antagonis yang jarang dia lakonkan.

Kabarnya Natasha banyak dapat tawaran berlakon dari seberang, dan dia ingin ke sana menerima tawaran yang berlimpah ruah tu, lagi pun di sini dia pening dengan tuduhan negatif yang menimpanya. Natasha macam merajuk je.

sumber: Kosmo