Adsense

Khamis, 8 Julai 2010

MY ADHA™ | Sumber Maklumat Terkini, Jawatan Kosong

MY ADHA™ | Sumber Maklumat Terkini, Jawatan Kosong


Pemansuhan UPSR, PMR beri kesan industri tuisyen

Posted: 08 Jul 2010 08:55 AM PDT

Pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) didakwa akan memberi kesan kepada industri tuisyen serta penerbitan buku ulang kaji yang bernilai jutaan ringgit.

Selain menjejaskan operasi syarikat atau pusat terbabit dalam industri berkenaan, keputusan itu sekiranya diambil oleh Kementerian Pelajaran akan turut menutup `periuk nasi ramai tutor sepenuh masa dan sebilangan besar guru yang menawarkan khidmat tuisyen secara sambilan bagi menampung pendapatan mereka yang tidak mencukupi.

Seorang perunding pendidikan yang terbabit dalam rangkaian perniagaan menyediakan khidmat tutor dan menguruskan pendaftaran lesen bagi pusat tuisyen, mengakui kebimbangan memang ketara sedang melanda industri berkaitan berikutan cadangan kementerian untuk memansuhkan UPSR serta PMR.

Perniagaan dalam industri pendidikan ini adalah amat besar dan saling berangkai dengan membabitkan banyak pihak. Cadangan itu bukan saja akan memberi kesan terhadap pihak syarikat, tutor dan guru, malah rezeki penulis buku ulang kaji atau soalan latihan bagi peperiksaan berkenaan juga terjejas.

Bagaimana pula dengan timbunan stok buku ulang kaji UPSR dan PMR yang sedia ada dalam pasaran sekiranya cadangan itu dilaksanakan serta-merta atau dalam waktu terdekat?

Justeru, kami selaku penggiat dalam sektor industri ini amat berharap supaya semua pihak yang menyertai perbincangan meja bulat diadakan Kementerian Pelajaran tidak lama lagi, akan meneliti dan menimbang secara mendalam dari setiap aspek sebelum menetapkan sebarang keputusan muktamad, kata perunding itu yang enggan namanya didedahkan.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Kementerian Pelajaran akan mencadangkan UPSR dan PMR dimansuhkan bagi membolehkan pelajar di negara ini menduduki hanya satu peperiksaan awam sepanjang 11 tahun persekolahan.
Berikutan itu, kementerian akan mengadakan rundingan meja bulat pada 19 dan 27 Julai ini bagi membincangkan cadangan berkenaan di mana rumusannya akan dikemukakan kepada Menteri Pelajaran, awal bulan depan.

Laporan akhbar Oktober lalu memetik Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran sebagai berkata, seramai 202,327 pelajar mengikuti tuisyen untuk UPSR, PMR, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di 2,487 pusat tuisyen berdaftar pada 2008.

Seterusnya, perunding itu mendakwa, ramai ibu bapa yang berjumpa dengannya turut membantah cadangan berkenaan kerana menyifatkan dua peperiksaan awam terbabit secara tidak langsung berperanan mendidik sikap anak mereka untuk lebih berdisiplin dan bekerja keras dalam pembelajaran demi mencapai kecemerlangan.

Tambahan pula, sistem pendidikan negara sudah terbukti berjaya melahirkan ramai pelajar yang cemerlang dan berkualiti tinggi selama ini, malah sebilangan daripadanya sudah pun menjadi tokoh atau pemimpin disegani dalam sektor masing-masing, katanya.

- BERITA HARIAN

Penemuan sains terkini mampu perkukuh keimanan umat Islam

Posted: 08 Jul 2010 08:53 AM PDT

Kita boleh beriman dengan apa saja yang kita mahu, namun dunia moden kini berpaksi di atas bukti dan keterangan sains dan teknologi. Bagi mereka, iman tanpa bukti tidak memberi erti kerana kebenaran tidak berlandaskan kepercayaan atau fahaman ramai, jika tidak pasti Christopher Colombus sudah terjatuh dari bumi pada 1420 dulu.

Tidak dinafikan ada kelompok agamawan yang berkarat dengan jumudisme sehingga berasa cuak meletakkan al-Quran di neraca sains, kononnya ia hanya akan melemahkan iman seperti kepercayaan paderi Kristian pada Zaman Kegelapan Eropah (dianggarkan berlangsung selama 1,000 tahun).

Ketika itu institusi Gereja Katolik Rom berkuasa penuh ke atas kerajaan. Menurut paderi Charles Chiniquy, (1809-1888) dalam bukunya bertajuk Years in the Church of Rome, semua kerajaan perlu berasas kepada kepercayaan Katolik dan Paus (Pope) saja adalah sumber perundangan yang sah serta maksum daripada sebarang kesalahan. Paus adalah pentafsir tunggal kepada hukum-hakam.

Pada masa sama, sebuah mahkamah perundangan dinamakan Inquisition Court ditubuhkan dan mahkamah ini mempunyai kuasa penuh menangkap, memenjarakan, menyeksa dan membunuh sesiapa saja dianggap menentang gereja, tanpa bicara.

Berikutan itu, menurut E Josephson (1986), 100 saudagar dibakar pada abad ke-16 hanya kerana membuat keuntungan dalam perniagaan. Sementara itu, dianggarkan sebahagian penulis Barat sekitar 340,000 orang dibunuh dengan dibakar kerana mempelajari sains dan mengeluarkan teori sains kononnya bertentangan dengan gereja serta mengundang kemurkaan Tuhan.

Mengecewakan bila perkara sama berlaku kepada sebahagian masyarakat Islam di Malaysia menyebabkan timbul pertanyaan, benarkah Islam dan sains itu ibarat air dan minyak tidak mungkin bersatu?

Menyingkap sejarah agama nenek moyang mungkin boleh menjawab persoalan ini. Ketika Islam tiba di Tanah Melayu sebelum kurun ke-15, masyarakat Nusantara ketika itu kebanyakannya beragama Hindu dan animisme, atau langsung tidak beragama.
Kepercayaan Hindu dan animisme yang sarat dengan unsur tahyul serta khayalan menyebabkan penganutnya hilang nilai berfikir yang rasional. Tambahan, kita hanya didedahkan dengan ilmu sains dan teknologi oleh penjajah Barat.

Secara luar sedar, kita seolah-olah ditanamkan untuk menempatkan Islam di satu sudut dan sains di sudut berbeza. Pastinya ramai tertanya sejauh mana kebenaran perbandingan antara al-Quran dan sains memberikan kesan negatif kepada keteguhan iman seseorang?

Analisis perbualan Bapa Sains Dunia, Nabi Ibrahim dengan Tuhannya, memberikan pencerahan. Peristiwa itu dirakamkan dalam surah al-Baqarah, ayat 260 yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: Ya Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk yang mati? Allah berfirman: Apakah engkau belum percaya? Ibrahim menjawab: Bahkan aku meyakininya, tetapi supaya tenteram hatiku.

Bagaimana Ibrahim, kekasih Allah yang teruji imannya dengan penyembelihan puteranya, memerlukan bukti zahir yang boleh diperhatikan. Jika iman seorang nabi Allah juga memerlukan bukti pemerhatian untuk mententeramkannya, bagaimana dengan kita?

Cukup kuatkah iman dengan hanya berbekalkan ilmu tauhid yang diajar ketika di sekolah rendah dan menengah? Sempurnakah tauhid kita dengan hafalan dan nyanyian Asma al-husna, sifat 20 dan marhaban atau sebenarnya kita sekadar beriman di mulut, tetapi tidak di hati?

Jelasnya, segala penemuan sains terkini secocok dengan ayat al-Quran dan hadis, tidak menjadi dalil kepada mereka yang tidak beriman. Sebaliknya ia mungkin dapat menggilap kembali mutiara iman yang sedia tersemat pada dada mereka yang jujur mencari kebenaran.

- BERITA HARIAN

Rombak sistem pelajaran bukan hapus UPSR, PMR

Posted: 08 Jul 2010 08:52 AM PDT

Banyak sudah diperkatakan mengenai pandangan yang mula dikemukakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran terhadap ura-ura memansuhkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Pelbagai cadangan dan pandangan diluahkan berikutan pengumuman itu bulan lalu bertujuan mendapatkan reaksi rakyat terhadap sistem persekolahan dan pembelajaran kita sekarang, yang terlalu menekankan peperiksaan untuk menilai kemampuan pelajar.

Umum mengetahui perkembangan yang berlaku sejak beberapa tahun ini sudah membawa majoriti rakyat, pengurusan sekolah, guru apatah lagi ibu bapa begitu mementingkan peperiksaan yang ada hingga memberi tumpuan berlebihan kepadanya.

Ini adalah kerana sistem persekolahan kita sekarang terlalu dikongkong oleh peperiksaan hinggakan hampir keseluruhan masyarakat mahukan kanak-kanak sekolah memperoleh sebanyak mungkin gred A bagi mata pelajaran yang mereka ambil.

Akhbar juga memberi ruang kepada murid sekolah yang memperoleh A terbanyak. Maka ibu bapa serta sekolah yang mana murid itu belajar akan turut berbangga dengan pencapaian demikian.

Maka itulah kebanyakan ibu bapa membelanjakan wang tidak sedikit setiap bulan menghantar anak mereka mengambil pelbagai macam tuisyen dan kelas tuisyen juga diwujudkan di merata tempat, selain ramai pula guru dan bekas guru mengendalikan tuisyen di rumah.

Tidak menghairankan juga bagaimana setiap sekolah berlumba-lumba untuk mencapai prestasi terbaik bagi murid mereka mengikut ukuran ini. Keadaan persaingan itu dimantapkan pula oleh Kementerian Pelajaran yang turut memberi pengiktirafan kepada pengetua dan guru besar sekolah yang mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
Ini sebenarnya tidak salah, tetapi apabila ada pengurusan sekolah yang mahu menentukan kedudukan sekolahnya tidak akan terencat dengan keputusan tidak baik pula, bertindak di luar jangkaan membuang atau mencari jalan untuk menidakkan pelajar yang dianggap lemah daripada menduduki peperiksaan itu di sekolahnya. Kononnya penyertaan mereka ini akan mengurangkan purata prestasi sekolah. Apakah tindakan sedemikian, suatu yang keterlaluan?

Apabila wujud sekolah yang tergamak melakukan hal demikian, tentunya ada yang tidak betul dengan tumpuan yang tidak munasabah diberikan kepada peperiksaan. Keadaan inilah yang perlu dibaiki. Keadaan inilah juga yang mendorong keghairahan ibu bapa menghantar anak mengambil tuisyen hingga mengakibatkan anak tidak mempunyai masa bermain dan beriadah. Ini tentunya suatu perkembangan yang tidak harus dibiarkan, bukannya digalakkan.

Pelbagai macam tuisyen yang dilangsungkan itu bukannya untuk meluaskan pemahaman dan pengetahuan murid terhadap sesuatu mata pelajaran, tetapi ditumpukan semata-mata untuk memberi petua bagaimana mahu menjawab soalan peperiksaan. Yang salahnya ialah bagaimana peperiksaan itu dikendalikan, iaitu berpandukan soalan objektif yang mana murid yang mengambil peperiksaan diminta memilih jawapan betul daripada empat atau lima jawapan disediakan.

Sistem inilah yang membawa kepada bercambahnya pengeluaran buku yang menumpukan kepada hal ini dan murid pula menghafal jawapan.
Ini menunjukkan betapa peperiksaan dilakukan sekarang sudah menyimpang daripada tujuan sebenar peperiksaan diadakan, iaitu untuk menguji tahap pengetahuan dan pemahaman murid terhadap apa yang dipelajarinya di sekolah.

Apakah kita mahu sekolah tidak lagi menjadi institusi yang mana kita boleh mengharapkan kanak-kanak mendapat didikan dan pengetahuan terhadap ilmu? Sekolah sepatutnya adalah tempat kanak-kanak boleh mengasah minda dan diberi tunjuk ajar untuk berfikir dan berinteraksi, bukannya menghafal sesuatu untuk lulus peperiksaan tanpa memahami apa yang dipelajari.

Ini bermakna keseluruhan sistem persekolahan juga perlu dirombak, yang mana murid digalak untuk belajar dan berfikir, yang mana mereka digalak oleh guru untuk bertanya dan mempersoalkan sesuatu tanpa menerima bulat-bulat apa yang diajarkan guru. Bukan seperti sekarang guru tidak menyenangi murid yang kritis dan yang banyak mengajukan soalan.

Inilah saja cara untuk mengeluarkan lepasan sekolah yang boleh menghadapi cabaran terkini. Sekolah juga harus dijadikan tempat murid gembira memasuki kelas bukannya hendak ponteng kerana benci ke sekolah.

Sebenarnya masalahnya bukanlah peperiksaan, tetapi bagaimana peperiksaan itu dikendalikan. Peperiksaan sememangnya amat diperlukan untuk menilai tahap pengetahuan murid. Ini akan hanya dapat diperoleh menerusi cara peperiksaan dikendalikan. Peperiksaan yang terlalu memberi tumpuan kepada soalan objektif tentunya tidak akan dapat mengeluarkan pelajar yang boleh berfikir dan berhujah dengan baik.

Yang salah juga ada sesetengah guru yang tidak menggalakkan murid mereka persoalkan sesuatu. Tumpuan sepatutnya ialah yang mana murid ingin belajar kerana ia menyeronokkan dan tidak membosankan. Maka itu, persekolahan tidak sepatutnya hanya memberi tumpuan kepada proses pengajaran, tetapi lebih kepada minat murid ingin belajar kerana ia menyeronokkan.

Ini bermakna keseluruhan sistem pelajaran sedia ada perlu dirombak, bukannya peperiksaan UPSR atau PMR dihapuskan. Kedua-dua peperiksaan itu masih boleh diteruskan, tetapi mempunyai soalan yang memerlukan pelajar berfikir untuk menulis jawapan. Sepatutnya peperiksaan digunakan untuk menguji tahap pengetahuan seseorang murid terhadap sesuatu mata pelajaran yang diambilnya. Bukan memilih jawapan yang betul daripada empat yang diberikan yang tidak memerlukan pemikiran tetapi hanya perlu diingat kembali apa yang dihafal.

Ini tentunya tidak dapat menunjukkan pengetahuan dan kecerdasan pelajar. Waktu bersekolah sepatutnya dijadikan masa yang dihargai pelajar hingga dia tidak sabar mahu ke sekolah, bukannya liat untuk ke sekolah.

- BERITA HARIAN

Cabaran wanita berkerjaya mantapkan pembangunan keluarga

Posted: 08 Jul 2010 08:50 AM PDT

Oleh Dr Haslee Sharil Abdullah

Sejak kebelakangan ini, kecemerlangan pelajar wanita dalam peperiksaan seperti Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia amat membanggakan dari segi kuantiti dan kualiti. Malah bilangan mereka yang diterima ke universiti awam pada sesi 2010/11 jauh melebihi pelajar lelaki dengan nisbah 2:1.

Ini bukti kejayaan usaha pemerkasaan wanita di Malaysia yang boleh dibanggakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Namun, kemajuan wanita dalam akademik dan kerjaya membawa implikasi besar dalam soal pencarian jodoh dan kehidupan berumah tangga.

Lantas timbul pelbagai persoalan yang perlu dirungkai masyarakat. Apakah kriteria wanita terpelajar dalam pencarian pasangan hidup? Sudikah mereka menerima calon suami yang tahap pendidikan dan pekerjaan lebih rendah?

Di kalangan lelaki pula, sejauh manakah mereka sanggup menerima calon isteri berkelulusan dan berjawatan lebih tinggi? Penulis menjalankan kajian untuk menjawab persoalan ini dan mungkin dapat menjelaskan mengapa semakin ramai wanita berkelulusan tinggi lambat atau tidak menemui jodohnya.

Memang ini tidak menjadi masalah jika wanita yang hidup solo secara pilihan dapat menemui kebahagiaan dengan cara sendiri berlandaskan nilai sosial dan agama. Namun, keperluan psikologi dan naluri hidup berpasangan ada masanya menyebabkan mereka hilang pertimbangan sehingga melakukan perkara yang melampaui batasan nilai sosial dan agama demi memenuhi keperluan itu.

Secara tradisi, lelaki menjadi tonggak urusan ekonomi keluarga. Namun, apakah kesan psikologi kepada lelaki jika isteri yang mengambil alih kedudukan dan peranan itu? Sejauh manakah kemampuan suami mengemudi rumah tangga yang mungkin menerima tekanan daripada mentua dan ipar duai? Sudikah ibu bapa, khususnya ibu untuk menerima menantu lelaki yang kurang tahap pendidikan dan pekerjaan berbanding anak perempuan mereka?

Banyak pasangan suami isteri yang berkerjaya berdepan pelbagai cabaran berumah tangga, lebih-lebih lagi apabila isteri menyandang jawatan lebih tinggi dan lebih sibuk menguruskan kerjayanya.
Andai suami memahami dan boleh menerima keadaan sebegini dan memberi sokongan, Alhamdulillah. Itupun banyak bergantung kepada kebijaksanaan isteri melaksanakan tugas, peranan dan tanggungjawab tatkala melangkah masuk ke rumah dari pejabat.

Jika isteri membawa balik pangkat dan jawatannya sehingga suami rasa tergugat, perhubungan suami isteri mula bermasalah.

Dengan kuasa ekonomi yang ada, isteri boleh menggaji pembantu rumah untuk mengambil alih sebahagian besar urusan rumah tangga tanpa menyedari sentuhan kasih sayang didahagakan keluarganya. Defisit piskologi boleh membuatkan keluarga berasakan terabai. Jika ini tidak disedari dan ditadbir urus dengan baik akan membawa kepada kedinginan perhubungan.

Lama-kelamaan, masing-masing menjauhkan diri. Kefungsian keluarga kian merosot dan akhirnya mengundang pelbagai masalah hubungan suami isteri, ibu bapa dan anak. Apabila ini berlaku, perkembangan anak terjejas, malah jati diri mereka turut lemah. Anak menjadi rapuh dan mudah rebah berdepan pancaroba hidup.

Mungkin sudah tiba masa untuk mengubah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada Kementerian Pembangunan Keluarga dan Masyarakat agar fokus kementerian tertumpu kepada pembangunan keluarga yang menjadi unit sosial paling asas. Dengan ini, kementerian tidak dipersepsikan sebagai pejuang dan milik wanita. Lelaki pun tidak rasa segan silu untuk menyertai program atau meminta bantuan daripada kementerian itu ketika memerlukannya. Dengan kata lain, kementerian akan bersifat lebih inklusif.

- BERITA HARIAN

RMKe-10 bergantung kepada sektor swasta

Posted: 08 Jul 2010 08:47 AM PDT

Matlamat Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh (RMKe-10) ialah untuk memenuhi agenda transformasi ekonomi ke arah negara berpendapatan tinggi. Ia bagi memenuhi hasrat Wawasan 2020 yang mahu menjadikan negara setaraf negara maju lain. Untuk mencapai hasrat itu, pertumbuhan ekonomi negara perlu berada pada kadar enam peratus setahun.

Ia satu cabaran kerana keadaan pertumbuhan ekonomi dunia masih perlahan pada kadar 4.5 peratus untuk tempoh lima tahun akan datang. Kesan daripada kejatuhan ekonomi dunia menyebabkan momentum pertumbuhan ekonomi negara dalam tempoh sedekad lalu adalah perlahan.

Dalam RMK-9, pertumbuhan ekonomi negara hanya pada kadar empat hingga lima peratus setahun. Justeru, negara memerlukan satu anjakan dan pendekatan baru untuk memantapkan struktur dan pertumbuhan ekonomi.

Cara menggerakkan ekonomi negara mesti lebih proaktif, pragmatik dan dinamik. Ia penting dalam konteks persaingan global dan serantau yang semakin kompleks dan mencabar. Penekanan kepada peningkatan daya saing negara menjadi agenda penting dalam memastikan hasrat negara berpendapatan tinggi tercapai.

Sebelum ini, indeks daya saing negara jatuh menyebabkan pendapatan perkapita menurun. Jika dulu pendapatan perkapita negara pernah mengatasi Korea, Singapura dan Taiwan tetapi hari ini keadaan sebaliknya berlaku.

Justeru, kita memerlukan satu pendekatan baru. Jika dulu kelahiran Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah sesuai pada masanya, hari ini Model Baru Ekonomi (MBE) lahir selari dengan senario persekitaran, perubahan dan cabaran ekonomi global serta persaingan yang semakin sengit.

Semua perubahan ini menuntut kita berfikir secara positif dan dinamik ke arah menjayakan perubahan ekonomi yang diharapkan itu.
Jika tiga dekad lalu pembangunan ekonomi negara sering dikaitkan dengan program pembasmian kemiskinan tetapi kini pembangunan ekonomi negara mesti dikaitkan dengan daya saing dan produktiviti negara. Adalah penting negara mencapai negara berpendapatan tinggi supaya kita dapat mengurangkan jurang perbezaan, menambah golongan menengah dan mencapai kesejahteraan hidup lebih sempurna.

Golongan berpendapatan rendah mesti diberi perhatian. Justeru, MBE tidak sama sekali meminggirkan golongan terbabit. Golongan ini perlu dibantu melalui pelbagai cara, termasuk memberikan kemahiran tertentu supaya pendapatan mereka boleh dipertingkatkan.

Pemberian subsidi wajar dinilai semula. Dalam konteks ini, kerajaan boleh mencontohi Denmark yang sudah mencapai status negara berpendapatan tinggi. Di negara itu, subsidi tidak diberi, sebaliknya elaun diberikan kepada golongan berpendapatan rendah untuk membeli barangan pada harga pasaran dunia. Kaedah ini memberi ruang kepada pemain dalam industri ekonomi negara bersaing dalam pasaran semasa.

Peranan sektor swasta penting dalam menggerakkan ekonomi negara. Sejak berlakunya krisis 1977-1978, pelaburan sektor swasta terus merosot menyebabkan pelaburan awam meningkat. Kesannya, berlaku defisit agak tinggi. Justeru, dalam RMKe-10, kerajaan mahu mengurangkan defisit fiskal daripada 5.3 peratus pada 2010 kepada kurang 3 peratus pada 2015.

Untuk tujuan itu, pelaburan sektor swasta dalam negara amat penting. Oleh itu, dalam RMKe-10, kerajaan meletakkan sasaran untuk memangkinkan pelaburan swasta agar berkembang 12.8 peratus atau RM115 bilion setahun.

Negara memerlukan syarikat berdaya saing yang mampu bersaing di pentas antarabangsa. Justeru, sektor swasta perlu memiliki strategi berinovasi yang mampu menjana pertumbuhan.

Sektor Industri Kecil Sederhana (IKS) juga mesti memiliki daya saing tinggi supaya dapat diterima dalam pasaran domestik serta menembusi pasaran global. IKS perlu memanfaatkan kemudahan teknologi yang dapat membantu memodenkan pengeluaran produk dan sekali gus dapat memperkasakan ekonomi negara.

IKS yang kukuh boleh menjadi pemangkin dalam mencapai matlamat RMKe-10. Mana-mana syarikat IKS yang boleh maju dan berdaya saing maka syarikat terbabit wajar diberi bantuan dan sokongan. Kerajaan tidak harus membuang masa dan wang untuk membantu industri yang tidak berdaya saing. Produktiviti berkait rapat dengan tenaga buruh atau modal insan. Sejak 1990-an kita terlalu banyak bergantung kepada buruh asing yang kurang mahir menyebabkan daya saing kita merosot. Aliran ini mesti dihentikan dan negara perlu melahirkan modal insan tempatan berkemahiran tinggi.

Bertolak daripada faktor kritikal inilah, mengikut RMKe-10, peruntukan untuk infrastruktur bukan fizikal ditingkatkan kepada 40 peratus berbanding 21.8 peratus dalam RMK-9 dengan tumpuan diberikan kepada program pembangunan kemahiran, aktiviti R&D dan modal teroka.

Pembangunan modal insan amat berkait rapat dengan pendidikan, Justeru, usaha memperkasa pendidikan negara perlu mengambil kira keperluan melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dalam aspek teknikal, inovasi dan kreativiti. Adalah menjadi kewajipan institusi pengajian tinggi (IPT) menawarkan lebih banyak kursus teknikal dan profesional. Malah, kerajaan sewajarnya memperkasa sistem pendidikan atau sekolah vokasional dan teknik bagi melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi dalam aspek teknikal, inovasi dan kreativiti.

Faktor ini dilihat kritikal kerana negara perlu maju ke tahap teknologi lebih tinggi. Kita tidak boleh lagi bersaing dengan menawarkan tenaga buruh rendah bayarannya. Sebaliknya, kita perlu menawarkan tenaga buruh berdaya saing dengan kemahiran dan pengetahuan tinggi supaya gaji dan pendapatan yang ditawarkan juga tinggi.

Dalam melaksanakan transformasi ekonomi kita memerlukan peranan sektor awam. Sektor awam berperanan penting memacu agenda transformasi negara. Sektor awam berkewajipan mendukung empat tonggak utama kerajaan iaitu gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (GTP), MBE dan RMKe-10. Kesimpulannya, kejayaan pelaksanaan RMKe-10 amat bergantung pada pelaburan sektor swasta, modal insan berkemahiran tinggi dan sektor awam yang berkesan serta teguh mendukung aspirasi negara.

- BERITA HARIAN

60 Petua Mendapat Pasangan dari Dato' Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

Posted: 08 Jul 2010 05:45 AM PDT

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti "magnet" yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau 'kegilaan' bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.


http://mama-cantik.blogspot.com/

World Cup FIFA 2010 Result (Semi Finals) - 07 July 2010

Posted: 07 Jul 2010 01:41 PM PDT

Germany 0 - 1 Spain (73' C.Puyol)
* Spain qualified to the Finals (Netherlands vs Spain)

11/7/2010 Port Elizabeth (2.30AM) - 3rd Place :
Uruguay vs Germany ~ Live Tv1, Astro

12/7/2010 Johannesburg (2.30AM) - Final :
Netherlands vs Spain ~ Live Tv1, Astro

Keputusan MUET diumumkan pada 8 Julai 2010

Posted: 07 Jul 2010 08:15 AM PDT

Keputusan peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) pertengahan 2010 akan dikeluarkan Khamis ini.

Menurut kenyataan Majlis Peperiksaan Malaysia semalam, calon-calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah dan institusi masing-masing mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos.

Calon juga boleh menyemak keputusan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MUET No. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888 mulai pukul 12.01 tengah malam 8 Julai.

Mereka juga boleh melayari laman web http://www.mpm.edu.my mulai pukul 9 pagi pada tarikh itu.

Seramai 81,731 calon telah menduduki ujian itu di 872 buah pusat ujian di seluruh negara.

Calon yang ingin memperbaiki keputusan MUET pada pertengahan tahun 2010 boleh mengambil semula ujian akhir tahun dengan mendaftar di Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah sebelum 22 Julai ini.

Jawatan Kosong di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) - Julai 2010

Posted: 07 Jul 2010 08:06 AM PDT

MATRADE merupakan agensi promosi perdagangan Malaysia di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang terlibat secara langsung di dalam menjadikan Malaysia sebagai negara pengeksport utama dunia dan berperanan untuk membantu syarikat Malaysia membangun dan mengembangkan pasaran eskport negara.

JAWATAN:
- Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
- Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E27
- Juruteknik Komputer Gred FT17
- Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17
- Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.matrade.gov.my/cms/documentstorage/com.tms.cms.document.Document__hide_mjv22010/MATRADE_JOB_VACANCIES%202_2010.doc

Permohonan hendaklah dibuat secara online di : http://www.jobsmalaysia.gov.my/

TARIKH TUTUP : 19 JULAI 2010

Jawatan Kosong di Perbadanan Putrajaya (PPJ) - Julai 2010

Posted: 07 Jul 2010 07:55 AM PDT

Perbadanan Putrajaya dengan ini mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakkan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap seperti berikut:

JAWATAN:
- PEMANDU KENDERAAN GRED R3 (KONTRAK)
- PENOLONG JURUTERA (AWAM/ELEKTRIKAL/MEKANIKAL) GRED J29 (KONTRAK)
- JURUTEKNIK (AWAM/MEKANIKAL/SENIBINA) GRED J17 (KONTRAK)
- PEMBANTU PERTANIAN GRED G17 (KONTRAK)
- AHLI MUZIK GRED B27 (KONTRAK)
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17 (KONTRAK)
- PEMBANTU PENGUATKUASA GRED N17 (KONTRAK)
- JURUTERA (AWAM) GRED J41 (KONTRAK)
- ARKITEK GRED J41 (KONTRAK)
- PEGAWAI PENILAIAN GRED W41 (KONTRAK)

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara online di : http://www.ppj.gov.my

TARIKH TUTUP : 17 JULAI 2010

Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Sarawak - Julai 2010

Posted: 07 Jul 2010 07:27 AM PDT

JAWATAN:
-PEMBANTU AM RENDAH
-TUKANG K3 (TUKANG CAT/TUKANG TULIS)
-TUKANG K3 (TUKANG PAIP)
-PEMBANTU AM RENDAH (WAKIL HULU SUNGAI)
-PENGHANTAR NOTIS
-JURUTEKNIK (AWAM)
-PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
-PEMBANTU TADBIR (STOR)
-PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
-JURUTEKNIK (PERANCANG BANDAR DAN DESA)
-JURUTEKNIK (UKUR)
-TUKANG K3 (TUKANG KAYU)
-PENGHANTAR NOTIS
-PEMBANTU KESIHATAN AWAM
-PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
-PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
-PEMBANTU PERPUSTAKAAN
-PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
-PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN
-PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.e-recruitment.gov.my/eRecruitment3_public/VacancyView_Browse.jsp

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE di : http://www.e-recruitment.gov.my

TARIKH TUTUP : 16 JULAI 2010

Jawatan Kosong di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) - Julai 2010

Posted: 07 Jul 2010 07:18 AM PDT

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia yang bertanggungjawab memajukan pergerakan Pertubuhan Peladang di seluruh negara mempelawa warganegara Malaysia untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:

JAWATAN:
- Pembantu Teknik Gred Jawatan J29
- Pembantu Ehwal Ekonomi Gred Jawatan E17

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.lpp.gov.my/c/document_library/get_file?p_l_id=21379&folderId=201902&name=DLFE-6611.pdf

BORANG PERMOHONAN
http://www.lpp.gov.my/c/document_library/get_file?p_l_id=21379&folderId=201902&name=DLFE-6612.pdf


KETUA PENGARAH
LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG
BLOK C UTARA, PUSAT BANDAR DAMANSARA
KARUNG BERKUNCI 11005
50990 KUALA LUMPUR
(u/p: Bahagian Khidmat Pengurusan)

http://www.lpp.gov.my

TARIKH TUTUP : 14 JULAI 2010

Universiti kekalkan kursus kemanusiaan

Posted: 07 Jul 2010 07:08 AM PDT

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tetap meneruskan kursus kemanusiaan di universiti walaupun sedar permintaan industri terhadap graduan lulusannya terhad berbanding bidang sains dan teknologi.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pihaknya tidak bercadang mengehadkan pengambilan pelajar atau menutup kursus berkaitan kemanusiaan hanya kerana sukar mendapat kerja

Beliau berkata, perlu ada keseimbangan antara lulusan dalam kedua-dua bidang itu bagi memastikan kerajaan tidak dipersalahkan jika nilai kemanusiaan di kalangan masyarakat menurun pada masa hadapan.

Perkara ini menjadi perdebatan sepanjang masa kerana kejayaan universiti diukur dari perspektif penerimaan industri terhadap graduan dengan universiti yang gagal memasarkan pelajarnya dianggap gagal.

Graduan berkaitan sejarah dan agama masih diperlukan kerana mereka membawa nilai kemanusiaan yang tidak ada dalam program sains dan teknologi, katanya pada sidang media di sini, semalam.

Terdahulu Khaled merasmikan Kongres Modal Insan Asia 2010 yang turut dihadiri Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah; Setiausaha Persekutuan Sarawak, Md Yahaya Basimin dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Khaled berkata, universiti perlu mempunyai keseimbangan dalam penawaran kursus agar bidang kemanusiaan tidak dipinggirkan atas alasan permintaan industri.

Kita ada cadangan menggabung ijazah program sains dan teknologi serta kemanusiaan, namun ia belum dapat dilaksanakan berikutan masih pada peringkat penyesuaian kokurikulum di Malaysia, katanya.

- BERITA HARIAN

Pemberian biasiswa kerajaan-luar dan dalam negara

Posted: 07 Jul 2010 06:50 AM PDT

Kenyataan akhbar ini bertujuan menjelaskan kekeliruan para pelajar dan ibu bapa mengenai kaedah pengurusan dan penawaran biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tahun 2010 bagi pelajar-pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009.

Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) sememangnya meneruskan penajaan biasiswa kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan di luar negara pada peringkat Ijazah Pertama.

Tajaan biasiswa memberi fokus kepada bidang-bidang kritikal seperti Perubatan, Pergigian, Farmasi, Sains Perubatan Veterinar, Kejuruteraan, Sains & Teknologi serta Sains Sosial. Ini kerana tenaga sumber manusia dalam bidang tersebut amat diperlukan oleh perkhidmatan awam dan negara.

Program Penajaan JPA bagi tahun 2010 terdiri daripada:

i. PROGRAM IJAZAH LUAR NEGARA (PILN)

Program Ijazah Luar Negara (PILN) merupakan program penajaan kepada pelajar-pelajar cemerlang lepasan SPM untuk mengikuti program Ijazah Pertama di universiti luar negara.

PILN 2010 ditawarkan khusus kepada lepasan SPM 2009 yang memperolehi keputusan cemerlang berdasarkan kombinasi 9 mata pelajaran mengikut bidang pengajian yang dipohon pelajar.

Untuk PILN 2010, kerajaan menyediakan sebanyak 1,500 biasiswa. Permohonan telah dibuka melalui laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam www.jpa.gov.my mulai 11 hingga 17 Mac 2010.

Kriteria yang diguna pakai untuk pemilihan/penawaran biasiswa kerajaan/JPA adalah seperti berikut:

  • Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum;
  • Sosio-ekonomi/latar belakang keluarga; dan
  • Prestasi temu duga.
  • Ringkasan kriteria pemilihan, bidang dan agihan bagi penajaan PILN mengikut kategori yang diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 14 Januari 2009 adalah seperti berikut:




    Pada tahun 2009, seramai 465,853 orang calon telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berbanding seramai 442,936 orang pada tahun 2008.

    Bagi permohonan PILN 2010, JPA telah menerima sebanyak 18,844 permohonan dan daripada jumlah tersebut sebanyak 10,956 permohonan diterima daripada kalangan calon yang melepasi syarat/gred minimum yang telah ditetapkan mengikut bidang pengajian.

    Peningkatan bilangan calon ini menjadikan PILN 2010 lebih kompetitif.

    Pecahan tersebut adalah seperti berikut:




    Dua bidang yang paling popular di kalangan calon ialah perubatan dan kejuruteraan. Manakala, negara pengajian pilihan oleh majoriti calon/pelajar ialah United Kingdom, Australia dan New Zealand.

    Sebanyak 847 tempat disediakan bagi pelajar-pelajar yang memohon bidang kritikal (perubatan, pergigian dan farmasi) di pelbagai negara yang antaranya Australia, New Zealand, India, Republik Czech, Poland dan program-program berkembar di Penang Medical College, Melaka Manipal Medical College dan International Medical University.

    Bagi bidang kejuruteraan, sebanyak 410 tempat disediakan di negara Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan lain-lain. Manakala bakinya adalah bagi bidang-bidang keutamaan dan strategik yang lain.

    Pemilihan pelajar adalah berasaskan merit kriteria dan bidang yang ditetapkan. Penawaran mengikut kategori dan kaum bagi 1,500 pelajar adalah seperti berikut:




    Setelah keputusan PILN diumumkan pada 21 Mei 2010, seramai 59 pelajar telah menolak tawaran JPA dan sebanyak 4,298 rayuan telah diterima. Daripada bilangan tersebut terdapat sebanyak 1,218 rayuan adalah terdiri daripada calon-calon yang mendapat sekurang-kurangnya 9A+.

    Sehubungan itu, Perdana Menteri pada 9 Jun 2010 telah bersetuju dengan cadangan penambahan sebanyak 250 penajaan di bawah PILN bagi tahun 2010 menjadikan bilangan penajaan keseluruhannya sebanyak 1,750.

    Bilangan penajaan yang ditawarkan mengikut kaum selepas penambahan sebanyak 250 tempat adalah seperti berikut:




    ii. PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN)

    Selain daripada penajaan ke luar negara, kerajaan turut menaja pelajar- pelajar cemerlang ke IPT tempatan selaras dengan dasar kerajaan dalam memartabatkan IPT tempatan ke arah menjadikan negara sebagai pusat kecemerlangan dalam penyelidikan dan pembelajaran.

    Selaras dengan hasrat tersebut, sebanyak 100 penajaan disediakan kepada pelajar cemerlang lepasan SPM 2009 yang memilih untuk mengikuti pengajian ke empat buah universiti penyelidikan di Malaysia (Research Universities) yang terdiri daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM). Pecahan penajaan ke universiti penyelidikan adalah seperti berikut:




    Di samping itu, sebanyak 1,900 penajaan telah ditawarkan kepada pelajar-pelajar cemerlang yang tidak terpilih di bawah PILN untuk mengikuti pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dan kampus-kampus cawangan University of Nottingham, Monash University, Swinburne University of Technology dan Curtin University of Technology serta IPT terpilih untuk bidang-bidang kritikal dan strategik.

    Pelajar yang berjaya dipilih akan ditaja di peringkat matrikulasi/asasi/pra-universiti dan seterusnya ke peringkat ijazah pertama sekiranya melepasi syarat akademik yang ditetapkan semasa di peringkat kursus persediaan. Bilangan penajaan yang ditawarkan mengikut kaum adalah seperti berikut:




    Secara keseluruhannya bilangan penajaan (PILN dan PIDN) yang telah ditawarkan mengikut kaum dan program untuk tahun 2010 adalah seperti berikut:




    Bilangan pelajar yang telah ditawarkan penajaan untuk PILN dan PIDN adalah termasuk semua pemohon yang mendapat sekurang-kurangnya A+ dalam 9 mata pelajaran.

    Bagi menampung kos pengajian pelajar seramai 3,750, kerajaan memerlukan peruntukan sebanyak RM1.96 bilion untuk sepanjang pengajian seperti perincian di bawah:




    Bagi pelajar-pelajar lepasan SPM yang tidak ditawarkan sebarang penajaan di bawah PILN, mereka masih berpeluang memohon penajaan di bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) sekiranya ditawarkan tempat di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama di IPT Tempatan yang ditetapkan oleh kerajaan.

    - UTUSAN

    Proton tawar program sambil bekerja

    Posted: 07 Jul 2010 06:49 AM PDT

    Proton Holdings Bhd. (Proton) memperuntukan RM250,000 bagi kerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (MOHE) untuk melaksanakan pengambilan pertama Program Pengajian Diploma Lanjutan Reka Bentuk Automotif dan Kejuruteraan Pembuatan.

    Program diploma itu yang menggunakan pendekatan Pembelajaran Melalui Berkerja ditawarkan di Politeknik Sultan Azlan bermula Jun tahun ini dan pengambilan pelajar akan diadakan dua kali setahun, pada Jun dan Disember dengan 30 orang bagi satu sesi.

    Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, kerjasama antara Proton dan MOE itu bagi membolehkan para pelajar mengikuti program 'belajar sambil bekerja' di syarikat pembuat kereta nasional itu selain memberi pendedahan awal kepada mereka yang mengikuti program ini dalam bidang kejuruteraan automotif.

    "Kerjasama ini diharap dapat membantu melahirkan lebih ramai jurutera yang terbaik di dalam bidang automotif sekali gus membantu memenuhi permintaan dan keperluan industri di masa depan," katanya.

    Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani perjanjian kerjasama dengan MOHE serta pelancaran program Diploma Lanjutan Reka Bentuk Automotif dan Kejuruteraan Pembuatan di sini hari ini.

    Hadir menandatangani perjanjian itu ialah Ketua Setiausaha MOHE, Tan Sri Dr. Zulkefli A. Hassan.

    Menurut Syed Zainal Abidin, pendedahan yang diberikan kepada para pelajar ini bukan saja berkesan dalam menghasilkan graduan yang menyeluruh daripada segi kemahiran tetapi juga berpengetahuan serta memiliki pengalaman 'hands-on' yang relevan.

    Beliau berkata, program diploma itu mengambil tempoh tiga semester, di mana para pelajar akan berada di Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang, Perak pada semester pertama dan kemudian meneruskan pengajian di Proton bagi sesi semester kedua dan ketiga.

    Beliau berkata, objektif utama program pengajian itu adalah memberikan para pelajar pendedahan bersepadu terhadap industri pembuatan kenderaan.

    Melalui proses pembelajaran itu 50 peratus daripadanya akan tertumpu kepada kemahiran mereka bentuk manakala selebihnya melibatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pembuatan automotif.

    Program itu melibatkan bukan saja para pensyarah dari bahagian politeknik tetapi juga tenaga pengajar dari kalangan para pekerja Proton.

    - UTUSAN

    Era dakwah Rasulullah

    Posted: 07 Jul 2010 06:43 AM PDT

    BERKAT tidak putus asa dengan mengunjungi satu khemah ke satu khemah para jemaah haji di padang Mina, Nabi SAW akhirnya berjaya mengajak penduduk Yathrib menerima dakwah baginda.

    Ini membawa kepada Perjanjian Aqabah Ula (Pertama) yang menyaksikan 12 daripada suku kaum Aus dan Khazraj datang daripada jauh menemui Nabi SAW untuk berbaiah.

    Walaupun baginda telah beratus tahun meninggalkan kita namun kita juga boleh berbaiah atas perkara yang sama. Sebagai pengikut, adalah menjadi tanggungjawab kita mematuhi apa juga saranan baginda.

    Baiah kita seperti berjanji untuk tidak mensyirikkan Allah dengan apa juga bentuk kuasa yang lain. Malah kalau kita benar-benar menghayati kepentingan berbaiah itu untuk tidak melakukan zina misalnya, tentulah pada hari ini, gejala itu tidak berleluasa.

    Selepas setahun Perjanjian Aqabah yang pertama itu, datang pula 70 Muslim (ada sesetengah menyebutnya seramai 75 orang dan beberapa orang yang masih musyrik) dari Yathrib berbaiah dengan baginda.

    Baiah kali ini lebih besar, sehingga ia dikenali sebagai Baiah Aqabah Al Kubra.

    Disebabkan jumlah lebih besar, maka Rasulullah perlu lebih berhati-hati kerana bimbang perkara itu akan sampai ke pengetahuan kafir Quraisy Mekah.

    Mereka tidak boleh mendengar mana-mana pihak yang cuba untuk berada di belakang baginda kerana semua itu menunjukkan Nabi SAW semakin berpengaruh yang boleh melemahkan kedudukan dan kekuasaan mereka.

    Lalu perjanjian yang berlangsung pada musim haji tahun 622 M adalah dalam suasana yang sangat rahsia, iaitu lewat malam pada pertengahan hari-hari tasyrik (iaitu tiga hari berturut-turut setelah hari raya korban) di suatu lorong Aqabah, tempat terletaknya Jamrah al Ula di Mina.

    (Namun, menurut Haekal, perjanjian itu sebagaimana yang pertama berlaku di atas bukit Aqabah yang menyebabkan mereka perlu bersusah payah untuk mendaki)

    Salah seorang daripada pemimpin Ansar, Kaab bin Malik al Ansari menukilkan kata-kata mengenai suasana ketika itu: "Kami keluar dari Yathrib untuk menunaikan ibadat haji di Mekah dan kami berjanji bertemu Rasulullah SAW di Aqabah pada pertengahan hari-hari Tasyrik.

    "Maka pada malam itu kami tidur bersama kaum kami di tempat persinggahan kami. Sehingga apabila berlalu sepertiga malam. Kami pun keluar untuk memenuhi janji dengan baginda Rasulullah. Kami keluar secara diam-diam sehingga kami semua dapat berkumpul di satu lorong di Aqabah.

    "Jumlah kami adalah 70 lelaki dan dua wanita turut serta iaitu Nusaybah binti Kaab, iaitu lebih dikenali sebagai Ummu Ammarah dari Bani Mazin bin An Najjar dan Asma' binti Amru atau lebih dikenali sebagai Ummu Mani dari Bani Salamah."

    Menurut Kaab lagi, mereka berkumpul di lorong menantikan kehadiran baginda yang kemudiannya hadir bersama-sama dengan bapa saudara baginda iaitu al Abbas bin Abdul Mutallib.

    Namun dikatakan pada masa itu bapa saudara Nabi itu belum lagi memeluk Islam, tetapi sudah menjadi tanggungjawabnya bagi memastikan keselamatan anak saudaranya itu maka Abbas pun turut bersama Nabi SAW dalam menjayakan perjanjian yang sangat besar ertinya itu.

    Malah beliau juga yang membuka kata alu-aluan sebelum masing-masing bersetuju untuk berbaiah.

    Ini kerana Abbas perlu menerangkan kepada mereka betapa seriusnya tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka apabila bersetuju mengikat perjanjian ini.

    "Wahai sekelian orang Ansar (iaitu panggilan untuk kedua-dua suku Arab Aus dan Khazraj dari Yathrib) anak saudaraku ini tetap hendak memilih untuk bersama kamu. Oleh itu kalau kamu memang benar hendaklah kamu menunaikan apa yang diajaknya kepada kamu dan kamu memang benar-benar dan sanggup mempertahankannya daripada mereka yang menentangnya," kata Abbas.

    Mewakili kaum Ansar, Kaab pun bersetuju dengan kata-kata Abbas itu dan meminta Rasulullah menyampaikan butir-butir perjanjian untuk mereka berbaiah selepas itu.

    Lalu apakah isi perjanjian itu kali ini?

    Menurut riwayat Al Imam Ahmad;

    "Dari Jabir R.A, lalu kami bertanya: Wahai Rasulullah, di atas dasar apakah kami berbaiah?" Sabda Nabi SAW: Di atas dasar mesti dengar dan taat sama ada di masa cergas mahupun malas, di atas dasar menyuruh kepada kebaikan dan menegah kemungkaran.

    "Di atas dasar bangun kerana menegakkan agama Allah, di dalam menegakkan agama Allah itu, tidak mengira celaan orang yang mencelanya dan di atas dasar memberi pertolongan kepadaku apabila aku tiba kepadamu, kamu pertahankan aku sebagaimana kamu mempertahankan diri kamu dan anak-anak kamu, jika kamu melakukan itu, nescaya diberikan untuk kamu syurga."

    - UTUSAN

    Mahasiswa Diingat Tidak Terpedaya Kehidupan Di Kota

    Posted: 07 Jul 2010 05:17 AM PDT

    Mahasiswa, terutama mereka yang baru menjejak kaki ke institusi pengajian tinggi hari ini diingat supaya tidak mudah terpengaruh dengan keseronokan hidup di kota raya, sebaliknya memberi tumpuan penuh kepada kuliah dan pelajaran.

    Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya (UM) Tan Sri Arshad Ayub berkata lokasi kebanyakan universiti khususnya UM yang terletak di tengah ibu kota menyebabkan mahasiswa mudah terpengaruh dan terpedaya dengan keseronokan kota yang sia-sia.

    Beliau berkata generasi muda masa kini lebih cenderung membuang masa dengan melepak dan berpesta sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai penuntut harapan keluarga.

    "Ini termasuklah melepak di tempat berstatus tinggi seperti Starbucks, Hard Rock Cafe, Planet Hollywood dan banyak lagi kelab sosial yang boleh menganggu tumpuan pengajian di universiti," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Minggu Haluansiswa dan Upacara Lafaz Akujanji pelajar baru UM di Kuala Lumpur hari ini.

    Arshad berkata kebebasan yang diperoleh semasa di universiti harus diurus dan dimanfaat dengan sebaik mungkin.

    "Jika kebebasan ini tidak diurus engan baik, terdapat masalah yang datang termasuklah dalam bentuk kejutan budaya," katanya.

    Beliau yang juga Pengerusi AmanahRaya Investment Bank (Malaysia) mengingatkan mahasiswa agar menguruskan biasiswa atau pinjaman yang diperoleh dengan baik dan tidak menyalahgunakannya.

    Arshad berkata masalah penyalahgunaan wang mahasiswa adalah disebabkan keghairahan mereka untuk memiliki gajet model terkini, yang kebanyakannya boleh mengganggu dan menghakis minat membaca di kalangan penuntut.

    "Cabaran teknologi masa kini seperti facebook, Skype, SMS, Twitter dan sebagainya tidak menggalakkan penggunaan bahasa yang baik, malahan melekakan sehingga waktu yang diperuntukkan untuk membaca tidak dimanfaat sebaik mungkin," katanya.

    - BERNAMA

    Buku - Pengalaman saudara baru kenali ajaran Islam

    Posted: 07 Jul 2010 04:55 AM PDT

    Golongan seperti kami terpaksa berhadapan pelbagai halangan dan dugaan pada awal keislaman. Disisihkan keluarga, saudara mara, kawan, bahkan orang tersayang adalah saat sukar bagi kami sedangkan ketika itu kami memerlukan bimbingan, sokongan serta bantuan pihak yang prihatin.

    Itulah keluhan saudara baru yang dikurniakan hidayah Allah dan menerima Islam sebagai agama. Namun, di sebalik cahaya ditemui, terbentang kegelapan di hadapan apabila sinar diharapkan tidak kelihatan disebabkan ada yang tidak faham keperluan mualaf yang baru hendak mengenal Islam.

    seperti kami terpaksa berhadapan pelbagai halangan dan dugaan pada awal keislaman. Disisihkan keluarga, saudara mara, kawan, bahkan orang tersayang adalah saat sukar bagi kami sedangkan ketika itu kami memerlukan bimbingan, sokongan serta bantuan pihak yang prihatin.

    Itulah keluhan saudara baru yang dikurniakan hidayah Allah dan menerima Islam sebagai agama. Namun, di sebalik cahaya ditemui, terbentang kegelapan di hadapan apabila sinar diharapkan tidak kelihatan disebabkan ada yang tidak faham keperluan mualaf yang baru hendak mengenal Islam.

    Pengalaman saudara baru menempuh dugaan meningkatkan keimanan serta memantapkan jiwa keislaman diluahkan penulis Muhammad Rashidi Abdullah dalam buku hasil tulisannya, Travelog Syahadah yang kini sudah berada di pasaran.

    Kisah berdasarkan cerita sebenar dilalui Muhammad Rashidi yang memeluk Islam selepas mengharungi pelbagai cabaran termasuk hasrat untuk menjadi pengikut Nabi Muhammad SAW tidak diendahkan hingga menimbulkan rasa kecewa di hatinya.

    Namun, hidayah Allah memang dijanjikan kepadanya apabila akhirnya beliau melafazkan syahadah di Kelantan dan selepas bertahun memeluk Islam, kini beliau menjadi tenaga pengajar kepada saudara baru.

    Buku Travelog Syahadah menggunakan pendekatan penceritaan boleh memberi kesedaran kepada umat Islam untuk lebih memahami keperluan bukan Islam yang hatinya sudah ditarik cahaya keimanan supaya dapat dibantu.

    Bagi saudara baru yang berhadapan masalah atau tentangan keluarga, perjalanan dilalui penulis buku ini boleh menyuntik semangat untuk terus tabah menghadapi ujian dan pada masa sama, berusaha mencari jalan penyelesaian.
    Kenyataan perlu diakui, masih ramai antara kita tidak sedar reaksi ditunjukkan menyebabkan bukan Islam menjauhkan diri daripada agama Islam sedangkan jika diberi perhatian sewajarnya, kita mungkin menjadi salah seorang yang berjihad ke jalan Allah.

    Pengajaran yang boleh diambil serta dikaji daripada pengalaman kebanyakan bukan Islam yang menemui cahaya keimanan ialah bagaimana mereka menjadikan Islam sebagai cara hidup berbanding individu yang memang Islam sejak lahir.

    * Judul: Travelog Syahadah
    * Penulis: Muhammad Rashidi Abdullah
    * Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd
    * Pengulas: Hasliza Hassan
    * Harga: RM14 (Semenanjung Malaysia), RM16 (Sabah dan Sarawak)

    Hari pertama Diana jadi pembanci

    Posted: 07 Jul 2010 03:55 AM PDT

    KUALA TERENGGANU 6 Julai - Diana Ali, 26, memulakan tugas sebagai pegawai banci hari ini, singgah dari rumah ke rumah di sekitar Gong Tok Nasek di sini untuk mengumpul data mengenai penghuni dan corak kehidupan mereka.

    Dia memohon menjalankan tugas bagi menjayakan program Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 setelah ternampak iklan yang disebarkan melalui media dan bersyukur kerana diterima daripada sekian banyak pemohon.

    "Bagi Diana, bertemu dengan orang ramai di rumah mereka adalah perkara biasa. Kerja sambilan sebagai Pembantu Pembangunan Masyarakat di Jabatan Kebajikan Masyarakat Setiu memerlukan saya menyiasat kes-kes pemohon yang memerlukan bantuan," ujar gadis itu.

    Pada hari pertama, anak sulung daripada empat beradik berasal dari Bukit Besar di sini yang bermotosikal, singgah di hampir 20 rumah di kawasan liputan awal selepas dia dan rakan-rakan setugas diberi taklimat oleh penyelia pada sebelah paginya.

    "Ada beberapa rumah yang Diana singgah cuma terdapat anak-anak kecil di rumah kerana ibu bapa keluar bekerja. Jadi Diana tinggalkan surat temu janji untuk datang semula.

    "Kalau mereka hanya ada kelapangan pada waktu malam saya akan datang pada sebelah malam," ujarnya ketika ditemui.

    Dia gembira kerana keluarga-keluarga yang ditemui memberi kerjasama sepenuhnya bagi menjawab berpuluh-puluh soalan yang dikemukakan termasuk tahap pendidikan, pendapatan, pekerjaan, pemilikan rumah dan status perkahwinan.

    "Umumnya mereka mengetahui mengenai perjalanan program banci yang telah lama dihebahkan melalui media massa," ujarnya.

    Diana antara 26,000 yang dilantik sebagai pegawai banci di seluruh negara dan daripada 900 orang di Terengganu bagi menjalankan tugas yang akan berakhir pada 22 Ogos depan.

    Banci yang dijalankan setiap 10 tahun sekali itu mengumpulkan pelbagai data mengenai rakyat bagi menggerakkan pelbagai perancangan memenuhi wawasan negara.

    - UTUSAN