Utusan Online - Hiburan |
Posted: Kedai urut bisnes baru Lindashazryn.faizal@utusan.com.my TAB mandi yang menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk merehatkan minda dan badan. Mula beroperasi sejak November lalu di Pasar Raya Besar Giant, Batu 9, Cheras, Kuala Lumpur, Linda memberitahu keinginan untuk membuka bisnes urutan adalah kerana minatnya sendiri. Jelasnya, semua tidak dirancang ketika dia ditawarkan oleh pihak pengurusan pasar raya itu untuk membuka sebuah lagi cawangan restoran nasi ayam My Mom's Chicken Rice di situ. Memandangkan bahagian lot di belakang restoran itu masih kosong dan belum dimiliki, Linda dan kakaknya, Intan sepakat untuk membuka kedai urut. "Seperti mana perniagaan nasi ayam dan asam pedas, dengan alasan itu jugalah saya membuka kedai urut ini. Saya memang suka diurut dan dibelai apabila berpeluang ke spa. "Lalu, idea itu timbul dan bersama Intan, maka kami pun membuka perniagaan ini. Segala-galanya ada di sini dan saya pun tidak perlu lagi ke spa atau kedai urut lain. "Jika ada masa terluang dan tidak sibuk dengan kerja, di sinilah tempat saya menenangkan fikiran serta berehat," jelas Linda sewaktu ditemui S3 di premis perniagaan baru itu. Biarpun baru tiga bulan beroperasi, Linda atau nama sebenarnya Rozlindah Onn ternyata gembira dengan sambutan yang diberikan oleh masyarakat terhadap My KakiJamu Shop. Apatah lagi pelbagai pakej dan perkhidmatan yang ditawarkan pada harga yang berpatutan, tidak hairanlah apabila My KakiJamu Shop sentiasa dikunjungi pelanggan terutama pada hujung minggu. Jelas Linda, dia amat berpuas hati dengan respons yang diterima oleh pelanggan yang rata-rata begitu positif dengan perkhidmatan yang disediakan. Tidak hanya tertumpu kepada urutan kaki atau refleksologi, perniagaan baru itu turut menawarkan urutan badan, menata rias kuku tangan dan kaki serta pelbagai jenis mandian termasuk lulur, susu, limau dan rempah. Seringkali yang menjadi pilihan adalah pakej berharga RM180 yang bermula dengan rendaman kaki bagi membuang toksik, sauna herba, mandi bunga, urutan badan selama dua jam dan minuman herba. "Malah, kami juga ada pakej khas iaitu Aura Seri yang hanya disediakan pada hari Khamis dan Jumaat sahaja. Pakej berharga RM380 ini juga antara yang popular di sini. "Dengan harga itu, pelanggan akan dapat menikmati mandi limau, mandi aura seri bunga, urutan badan untuk dua jam, urutan muka bagi menaikkan seri muka dan kemudiannya, diberi minuman herba. "Mereka yang datang ke sini semuanya diberi layanan istimewa kerana lapan tukang urut kami semuanya tahu akan tugas masing-masing," jelas penyampai radio Suria FM berusia 34 tahun ini lagi. Bukan itu sahaja, My KakiJamu Shop juga menyediakan pakej rawatan selepas bersalin lengkap selama empat jam untuk sekali rawatan. Begitu cerewet dan teliti dalam soal pemilihan tukang urut, jelas Linda, tugas itu dilakukan sendiri olehnya dan Intan di mana mereka sendiri mencuba perkhidmatan tukang urut yang sering merawat mereka sebelum ini. Seandainya urutan diberi begitu mengasyikkan atau dalam erti kata lain, sedap di badan, Intan akan menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka. "Kami mahu pelanggan juga merasai apa yang kami nikmati dalam soal urutan ini. Jika kami puas, kami juga mahu pelanggan turut berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan yang diberikan," kata Intan yang berada di sisi Linda. Ditanya apakah mempunyai perancangan untuk meluaskan lagi perniagaan kedai urut mereka itu, sambil tersenyum Intan memberitahu buat masa ini mereka mahu fokus kepada yang satu ini terlebih dahulu. "Apabila kedudukan My KakiJamu Shop sudah kukuh, tidak mustahil untuk kami membuka cawangan lain di masa hadapan," katanya positif. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: Gubahan ceria KencanaGambar DJOHAN SHAHRIN SHAH Kencana ketika memilih bunga untuk digubah. Bukan mereka-reka cerita mengenai minatnya yang sudah dipupuk sejak dari kecil lagi, Kencana sememangnya merupakan seorang yang sangat kreatif dalam kesenian menggubah bunga. Bagi Kencana, sentuhan seni gubahan bunga yang dilakukan turut memberi inspirasi kepada dirinya untuk sentiasa kekal segar dan ceria. Ini sejajar dengan aura ceria yang perlu dikekalkan oleh anak bongsu daripada empat orang beradik ini bagi mengendali segmen Ceria Pagi di Suria FM. "Saya ini memang jenis yang suka menghias rumah. Itu memang minat saya sejak dari dulu lagi. "Biasanya, saya suka mendapatkan sentuhan gaya vintaj dalam setiap gubahan yang dilakukan. "Bagi saya, ia merupakan satu kepuasan apabila dapat melihat sesuatu gubahan telah siap sepenuhnya," katanya sambil memilih bunga untuk digubah. Menurut Kencana, minatnya itu juga merupakan salah satu cara untuk mengisi masa lapang dengan melakukan perkara yang berfaedah. "Biasanya jika berkesempatan, saya akan kumpul kembali bunga-bunga lama dan gubahkan ia kembali supaya nampak baru. "Sekurang-kurangnya bunga tersebut terus dapat digunakan serta dapat mengelakkan pembaziran," jelas anak kelahiran Kuala Lumpur ini. Selain itu, antara bunga yang menjadi pilihan Kencana ialah bunga mawar dan juga orkid. Kencana memberitahu bunga tersebut sebenarnya mampu bertahan lama berbanding dengan bunga-bunga lain, selain mempunyai pelbagai warna yang cantik. "Jika betul dengan cara gubahannya, bunga mawar dan juga orkid mampu bertahan sehingga dua hingga tiga minggu. "Sebab itulah biasanya kita melihat majlis perkahwinan dihias menggunakan mawar putih. "Di samping cantik dan menaikkan seri majlis perkahwinan tersebut, ia juga sebenarnya tahan lama," jelas Kencana bersungguh-sungguh sambil jari jemarinya menyusun kemas bunga gubahannya. Bukan sahaja mahir menggubah bunga hiasan, Kencana juga berkebolehan untuk mengikat kalungan bunga melur. Namun, menurut Kencana, kemahiran tersebut diperoleh ketika dia berusaha untuk menghidupkan watak yang diberikan kepadanya dalam sebuah drama. "Seingat saya, ketika itu saya diberikan satu watak di dalam drama Atas Nama Cinta. "Dalam drama tersebut, saya memegang watak seorang wanita yang perlu mengikat kalungan bunga melur. "Untuk menghidupkan watak tersebut, saya telah pergi ke kedai bunga melur di Batu Caves untuk mempelajari cara-cara bagaimana mengikat kalungan tersebut," katanya sambil tersenyum manis mengingatkan kembali kejadian tersebut. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |