Adsense

Jumaat, 3 Februari 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Filem Hantu Dalam Botol kicap

Posted: 02 Feb 2012 03:24 PM PST

gambar lawak cerita lawak

Posted My Gosip: 3 February 2012 at 7:24 am under filem  


Hantu Dalam Botol kicapSinopsis Hantu Dalam Botol kicap:- Aminah dan suaminya, Hussin pulang ke kampung bersama tiga orang anak mereka, Azri, Epul dan Rina. Aminah ingin meminta ibunya, Nek Temah menjaga ketiga-tiga anaknya . Nek Temah merupakan seorang dukun dikampungnya. Hari pertama tiga beradik itu di rumah Nek Temah, mereka diberitahu tentang pantang larang di rumah tersebut. Pertama, mereka tidak boleh keluar rumah selepas maghrib dan kedua, mereka tidak boleh masuk bilik misteri yang diikat selempang merah. Ketika Nek Temah keluar mengubat, Epul terpandang bilik yang diikat selempang merah dan kedengaran bunyi botol berlaga dari dalamnya dan hendak cuba membuka pintu tersebut tetapi terhalang kerana Nek Temah berdiri di belakangnya.

Pada suatu hari, Nek Temah menyuruh cucu-cucunya menangkap, mencabut bulu dan menyembelih ayam. Nek Temah ingin mengajar mereka agar bekerjasama dan akhirnya mereka berjaya menyempurnakan tugasan tersebut. Semasa makan, Rina teringin untuk makan nasi bersama kicap. Epul mencadangkan agar mereka membuka pintu misteri tersebut. Ketika pintu terbuka, tangan Rina luka dan Epul menggunakan kain pengikat botol untuk membalut tangan kakaknya.Seekor hantu terlepas dan hampir mencekik Rina tetapi disergah oleh Nek Temah.

Tajuk Filem:
Hantu Dalam Botol kicap

Pengarah: Azhari Mohd Zain

Penerbit: Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.

Dipawagam: 09 Februari 2012

Pelakon Hantu Dalam Botol kicap:
Angah Raja Lawak
Mon Ryanti
Zalif Sidek
Mohd Mikail Andre b Nazrul Andre
Maimon Mutalib
Wawa Zainal
Ruzaidi Abdul Rahman
Zila Bakarin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full content generated by Get Full RSS.