Celebrity News |
- Gambar Mesra Yusry Dan Lisa Surihani Di Majalah Astroview | Gambar Perkahwinan Yusry Dan Lisa Surihani
- Gadis Bertudung Seksi Yang Bermasalah
- Perempuan Seksi Nampak Pungung ... Apa Nak Jadi !!!
- Kisah Benar Mengenai Penyesalan Seorang Suami
- Sinopsis Filem Jangan Pandang-Pandang | Trailer Filem Jangan Pandang-Pandang
Posted: 03 Feb 2012 12:57 AM PST Inilah gambar terbaru pasangan romantik yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka tahun ini, gambar ini ZoOM ternampak di post FB kawan ZoOM (MHMK), thanks bro, macam tau-tau je ZOOM suka gambar macam ni. Apa yang ingin dikatakan dengan gambar ini, Lisa Surihani nampak cantik dan ayu disamping bakal suami Yusry KRU. Sudah pasti ramai diluar sana tidak sabar menanti gambar perkahwinan artis ini. Jika sebelum ini mahligai yang dibina gagal ditengah jalan, ia tidak mematahkan semangat artis bernama Yusry mencari peneman hidup beliau. Bak kata tiada seri hidup ini tanpa seseorang teman berbicara dan meluahkan perasaan, malahan dengan kehadiran zuriat jika dipanjangkan umur sudah pasti akan menyerikan lagi hidup mereka. Akhir kata dari ZoOM...macam karangan pula...Semoga hari bahagia itu akan tiba jua.. Jangan lupa jemput ZoOM yer :) Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Gadis Bertudung Seksi Yang Bermasalah Posted: 02 Feb 2012 07:53 PM PST Ini lagi seorang perempuan seksi yang tak sedar diri, tetapi daripada gambar ini ia diambil daripada seberang. Apa nak jadi perempuan ni, memalukan kaum sejenis je, dah la pakai tudung tetapi menampakkan aurat yang menjadi perhatian jantan-jantan diluar sana. Nauzubillah...kalau dekat depan mata ZoOM halalkan je sesiapa diluar sana yang menampar atau menendang gadis ini. Memalukan betul cara pemakaian yang tidak melambangkan kesucian yang berada dikepala beliau sebagai penutup aurat seorang wanita. Apa kata anda mengenai gambar ini? Marilah kita SHARE untuk kawan-kawan diluar sana semoga ia menjadi pedoman dan pengajaran dalam berpakaian. Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Perempuan Seksi Nampak Pungung ... Apa Nak Jadi !!! Posted: 02 Feb 2012 07:44 PM PST Iskkkk terkejut juga ZoOM apabila ternampak gambar ini di Facebook kawan-kawan, mana tidaknya gambar ini sudah pasti diambil di Malaysia di sebuah restoran. Patutkah gadis ini berpakaian sedemikian rupa, mungkin dia sedar seluar yang dipakainya tidak sepatutnya disarungkan dibadan. Kerana tidak ada kesedaran sivik gadis ini tidak memperdulikan mata yang ada disekitarnya, mungkinkah gadis ini tidak tahu apa yang tidak patut dan apa yang perlu. Semoga umat kita dihindari daripada kelakuan sedemikian rupa. Apa Kata anda ? Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Kisah Benar Mengenai Penyesalan Seorang Suami Posted: 02 Feb 2012 06:56 PM PST Assalamualaikum…. Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun…. Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata. Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia… Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain….cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat……Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan keliru…..saya amat marah kepada isteri saya…kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu. Ustaz sepanjang kehidupan kami…saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya…dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya….namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar….pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya…tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah…dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: "Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?" Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya….apabila dia bertanya pada saya…"Abang dah solat?…abang tak pernah solat ke?…..Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya….perasaan geram..marah dan rasa terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya…dia menangis terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya. Ustaz pernah suatu hari…dia ingin bermanja dengan saya…..membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk saya …pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone……ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya…..dengan linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai… Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar…..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah. Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong. Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah…dan saya kira itu adalah balasan…apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun….hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya….ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali…..berak kencing saya… dia tadahkan… dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli ….dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi. Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak akan makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya. Bila saya kenangkan kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu….dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya… ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan…Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya….besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya. Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus kering….tiada selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya…. Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi dia tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya…."Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang"……berderai airmata saya hancur hati saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan menyesal. Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…"Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…"Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya. Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir….saya meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu. Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya….dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini…saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan. Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima. Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya.."abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat….berbuat baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya." Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis "Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu…saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…..sayang abang….selamanya. Ustaz ….saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang……Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereeka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah….. Terima kasih ustaz….doakan saya……. Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini….memang saya banyak beri ceramah motivasi dan mendengar banyak masalah masyarakat yg dihantar pada saya dan inilah yang paling sedih.yg pernah saya baca… tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tapi tak boleh upload lagu tu dibawah copyright….tajuknya now and forever… Info : Informasi.my Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Sinopsis Filem Jangan Pandang-Pandang | Trailer Filem Jangan Pandang-Pandang Posted: 02 Feb 2012 06:50 PM PST Sinopsis: Empat pelajar kolej jurusan Sains Sosial dan Manusia – Ajis, Ben, Yaya dan Diana ditugaskan untuk membuat satu tugasan mengumpul maklumat dan data tentang artifak-artifak di Gua Bewah. Yaya baru mendapat tahu Ajis main kayu tiga dan bertekat mahu putus hubungan namun demi menyiapkan tugasan, Yaya setuju untuk berdamai buat seketika. Tugasan berkumpulan memaksa mereka mencari ahli kumpulan ke 5, seorang pelajar jurusan sama tetapi dari luar kampus bernama Marsha, seorang gadis gothik yang penuh misteri. Marsha kata beliau boleh membawa mereka untuk membuat kajian dan penemuan-penemuan artifak di kawasan gua yang tidak pernah dimasuki manusia moden. Tiba di jeti Tasik kenyir, mereka bermalam di dalam sebuah rumah bot kepunyaan seorang lelaki misteri bernama Abang Bob. Bermulalah pengalaman pelik dan ganjil serta menakutkan sepanjang mereka mencari artifak di gua tersebut. Kesilapan mereka ialah memasuki kawasan gua yang dilarang kerana ia merupakan kawasan keras. Sekembali ke bot dari gua, mereka dirasuk hantu gua dan diselamatkan oleh Abang Bob. Keesokan harinya, Abang Bob menghilangkan diri manakala bot pula tiada minyak menyebabkan mereka mengambil keputusan mencari kawasan kampung untuk mendapatkan minyak. Namun tindakan mereka itu memakan diri apabila mereka sesat jalan dan tidak temui mana-mana kawasan kampung mahupun jalan kembali ke bot. Mereka terpaksa bermalam di dalam hutan dan diganggu oleh makhluk halus. Akhirnya mereka menemui sebuah rakit usang lalu mengambil keputusan mencuba nasib menaiki rakit tersebut daripada terusan menjadi mangsa gangguan mistik di dalam hutan. Mereka diselamatkan oleh bot peronda yang dipanggil oleh Abang Bob. Abang Bob sebenarnya menghilangkan diri untuk mendapatkan minyak tetapi telah disalahertikan oleh mereka berlima. Pengalaman di dalam hutan dan sepanjang kembara, mengembalikan ikatan cinta antara Ajis dan Yaya manakala membenihkan rasa cinta antara Ben dan Marsha. Pengarah Penulis: Shariman Shafie : (Scriptwriter) Ahmad Idham : (Lakon layar) Lakonan: : Ajis (Pelakon Utama) Nas-T : Ben (Pelakon Pembantu) Sara Ali : Yaya (Pelakon Pembantu) Miera Leyana : Marsha (Pelakon Pembantu) Azhar Sulaiman : Abang Bob (Artis Jemputan) Jaafar Onn : Pensyarah (Artis Jemputan) Erin Malek : Gadis kampus (Artis Jemputan) Krew: Raja Mukhriz bin Raja Ahmad kamaruddin : (Pengarah Fotografi) Rosli Mohd Taib : (Pembantu Pengarah) Penerbit: : (Penerbit) INFO : Pengarah : Ahmad Idham Syarikat Penerbit : Excellent Pictures Sdn. Bhd. Bahasa : Bahasa Melayu kategori : Filem Cereka Genre : Pengembaraan, Komedi Tarikh Tayangan : 29 Mac 2012 Durasi : 90 min Audio : Dolby Format : 35mm TRAILER : Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
You are subscribed to email updates from Cerita Artis | Isu Semasa | Tutorial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |